Saturday, 31 December 2011

Antara Cinta Syahid Dan Cinta Dunia

ni email dari lelaki, Assalamualaikum…. Ukhtuki fil aqidah… Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah? Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya. Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti…. Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang… Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini. Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah… Salam jihad dari ana… Ehsan Fahmi 2 Januari 2011 10.45 pm TAPI INI PULAK JAWAPAN DARI WANITA, Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta. Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan… Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta. Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja… Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama! Salam juang dari ana… Safiyyah Hanisa

Kemanisan Dakwah


Eh Ika….banyak gak enti beli kacang ni , buat sedekah ke??seloroh Nisa slumber.
Hehehhe…enti ni macam tau2 aje…saja nak cari pahala macam ni la..ika membalas tanpa mengaku kalah.
Ar ah la..enti la yang menang?? Kalau bap nak sponsor ni serah aje kat enti…kitorang langkah kanan aje…ehheheh
Hheheeh..tak adalah macam tu..dah tiba2 ada rezki share la..bak kata ayah tak bek kedekut ..nanti rezki susah nak masuk..tak macam tu ukhti semua..
Tampak manis senyumannya dihiasi barisan gigi yang tersusun rapi…
Sedang mereka sibuk berborak terlihat oleh mereka kelibat sahabat sebilik mereka…Sara namanya..seorang yang dingin dan amat susah sekali mendengar nasihat..hatta tidak menghiraukan sahabat2 yg berada disekelilingnya..hati sahabat kecewa dan remuk dek sikapnya yang acuh tak acuh dalam menghormati dan menghargai sahabat di sekelilingnya..
Sara nak pergi mana??marilah join sekali makan..banyak ni kacang ika beli dari kantin…
Ar ah Sara marilah…ajak sahabat2nya..
Ajakan yang diseru  oleh sahabatnya ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ditoleh wajah ika dan nisa yang bercakap dengannya…diambil kasut diatas rak lantas keluar dengan menghempas pintu..terkejut sahabat2nya
Mak aih , slumbernya dahlah ana panggil tak hirau, siap buat tak tau lagi..kira syukurlah ana ajak makan g sekali..hish!!!geramnya ana..ingat ana ni tak da perasaan ka..rungut ika..dengan nada kesal.
Ar ah betul tu ika…ana Tanya pun tak dihiraukan ingat ana ni tunggul kayu keapa..panas hati ni…haih!!macam manalah boleh jumpa orang macam ni..tak pernah seumur hidup aku..nisa juga merungut kesal
Enti rasa macam mana mira..tak sakit hati ke tengok..
Nak buat macam mana biar aje lah..dia da besar dah tau fikir mana baik mana tidak…takkan kita nak ikut mana dia pergi..
Enti ni pun satu…kalau dibiar hati kita pula yang parah…
Belum sempat nisa meneruskan ayatnya..Sufi menyampuk..
Nisa , ika , mira..dengar sini ana nak cakap sikit..
3 sahabat it uterus tertumpu pada sufi. Bagi mereka sufilah ketua tmasuk  naqibah. Setiap kata2nya mampu menggugat keimanan setiap insan. Beruntunglah siapa yang dapat memndekatinya..subhanallah!!!
Sahabat macam tu kalau dah ada masalah , kita tak boleh marah , kutuk , pulau , buat geram..hal tu boleh menyebabkan sahabat menjauhi kita , malahan gap( jurang ) juga akan wujud. Tuk bercakap dengan sahabat kita yang macam ni kita perlu banyak sabar..tak rugi orang yang sabar , dikasihi oleh  Allah lagi.kita kena ingat dengan mengajak orang kat sekeliling kita tak semestinya kena tnjuk akhlak aje , tak semestinya kita kena nampakkn kelebihan yg ada pada kita..kita kena perbetulkan aspek pemikiran kita..contohnya..sahabat kita ni kita boleh mengajaknya dengan berbuat kebajikan..mungkin dengan carat u kita boleh mendekati n melembutkan hatinya..kita tak tau kan apa yang akan terjadi..yang penting kita kena yakin Allah akan menilai setiap usaha hambanya..pastu kita kena ingat jangan sesekali kita nampakkan kat depan sahabat kita tu kita tak puas hati dengannya..hal tu la yang akan menyebabkan sahabat kita tu makin jauh darinya..pastu kita tak payahlah nak balas dendam kat dia nak dia rasa macam mana perasaan kita yang tercalar olehnya…itu semua tak perlu sahabat..hal tu biar urusan dia dengan Allah..jangan kita nak tmbhkan lagi dosa sahabat kita dengan dosa kita sekali..kita ni dah banyak dosa , tak usahlah kita nak menambah lagi dosa kita..kalau dihitung tak terhitung dosa kita ni..boleh tangkap tak maksud ana sahabat2..
Ana nak bawah satu kisah..dahulu ada seorang perempuan yahudi buta yang sering menghina, mencaci banyak lagilah yang dilakukan oleh perempuan yahudi..tapi nabi tak ambil kisah semua tu , nabi tetap meneruskan kerjanya..hatta bilamana nabi menyuap roti yang telah dikunyah2 olehnya disuap ke mulut perempuan yahudi itu..perempuan itu sempat lagi menghina nabi dihadapannya..nabi hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya menyuap roti ke dalam mulut perempuan yahudi..hampir tiap hari baginda melakukan pkara yang sama dan tiap hari juga baginda mendengar hinaan demi hinaan padanya..sehinggalah satu hari bilamana rasullah telah wafat , saidina abu bakar meneruskan kerja nabi..namun perempuan itu dapat merasai kelainan pada tangan yang menyuapnya kali ini..lantas berkata yahudi..tangan ini tidak sama dengan tangan yang selalu menyuapku..
Sahabat nak tau apa yang terjadi??abu bakar brkata::
Wahai makcik orang yang selalu menyuapmu hatta orang kau hina setiap hari itulah dia RAsullah SAW..mengalir air di wajah perempuan yahudi itu lantas memeluk islam..tapi tahukah kita perempuan yahudi itu masuk islam tanpa melihat dan mengenali akhlak Rasullah itu sendiri.berkat kebajikan yang dilakukan oleh Rasullah itu menyebabkan hati perempuan tua itu lembut..
Melalui kisah ni kita dah dapat ambil iktibar..tak macam tu sahabat semua..
Habis tu kita nak buat macam mana sekarang ni Sufi..
Macam ni nisa kita bincang dulu nak buat camna, kita susun strategi kita baik2..
Perbincangan mereka pun bermula..
Keesokan harinya , 4 sahabat itu meneruskan kerja kebajikan mereka..
Sara..sara..bangun2..subuh2..bangun sara..
Begitulah usaha 4 sahabat ini dalam usaha menggerakkannya bangun untuk solat subuh.akhirnya solat yang dilakukan sara hampir datangnya waktu fajar…
Pagi itu mira tidak sengaja melihat biliknya yang bersepah..lantas memanggil ika.
Ika jom..kita tolong sara kemas biliknya..
Ok no hal..jom..
Diteruskn  kerja mereka..
Kenapa sara tak kemas bilik dia..
Tak taula ika  tak pa lah ika kita tolg aje dia..mungkin tadi dia nak cepat..sampai tak sempat kemas
Mungkin jugaklah mira..tak pa lah kita kemas aje..
Akhirnya kerja mereka siap jua akhirnya..
Barulah Nampak cantik sikit kan ika..boleh tahan jugak kita ni mengemas.tersenyum bangga mira dengan hasil kerja mereka.
Tengah hari itu mereka pergi ke restoran yang berdekatan..tengan mereka berjemaah menjamah makanan yang terhidang..kelibat sara kelihatan.
Eh tu sara kan..
Eh sara..marilah join kitorang…masih banyak lagi ni makanan..
Ajakan itu tak dihiraukan sara..
Erm macam mana ni sufi…
Tak pa ika…kita sabar aje..erm cuba tengok..antunna perasan tak tadi sara just pesan makanan aje, minuman tak da..jom kita sponsor dia air….
Erh…biar ana yang sponsor…nisa menawarkan diri..
Ok..
Sara..ni ana beli air lebih..ambiklah ana blanja..
Sara hanya melihat air itu..egonya melebihi kehendak dirinya..
Alhmdulilah sufi…ana da bagi kat sara..
Baguslah macam tu nisa..sekarang ni jom kita join sara..
Jom…
Erm sara kitorang nak join sekali makan boleh kan..
Terkebil-kebil empat sahabat itu…tiada yang mampu bersuara
Tak pa…kita sabar aje…ya sahabat2..jangan dibawa ke hati apa yang kita rasa hari ini..anggaplah ia satu tarbiah dari Allah tuk mendidik hati kita..bukan senang nak dapat tarbiah dari Allah ini..
Kami tau Sufi..insyaAllah kami boleh terima..
3 sahabat itu mengangguk-angguk tanda setuju dengan nasihat Sufi…
Erm ana ada cadangan..nak tau tak sahabat2..ujar sufi..
Pa dia Sufi..mira bertanya tanda tidak sabar dengan cadangan sufi.
Macam ni kalau enti perasanla..sara selalu tengok jadual harian dia kan..satu hari tu ana tak sengaja melihat jadual hariannya..kat situ sara notekan sekali birthdaynya..kalau tak silap  21 hb ni..start dari sekarang tinggal 2 hari lagi sebelum birthdaynya..jadi bila time birthdaynya..kita jangan wish dulu..kita wish sehari setelah birthdaynya ok..surprise sikit..macam ok tak cadangan ana..
Mantap cadangan enti sufi..so jom kita plan start dari sekarang..kita ajak muslimin sekelas kita wat surprise tu kat rumh kita..macam mana..mira pula mengusulkan cadangan..
Ar ah..ok la tu..
Nisa dan ika menyetujuinya..
Selang beberapa hari…hari yang ditunggu mengunjung tiba..
Sedang sahabat  lain sibuk menyiapkan surprise birthday  sara..sara pula mengasingkan diri dengan pergi ke pantai..
Hmmm…ari ni da masuk hari kedua birthday  aku..sorang pun tak  da yang wish kat aku..budak rumah aku , budak kelas aku…sejujurnya bukan hadiah yang aku nak , yang aku inginkan  cukuplah perhatian , kasih sayang , dan sumbangan..tapi memang salah aku pun..selama ni aku asyik menyakitkan hati mereka , sentasa buat tak endah dengan ajakan mereka..mungkin sekarang Allah nak balas kat aku..bila time birthday aku sorang pun tak endah..hrmmmm..
Mengalir air mata sara menyesali perbuatannya..
Balik sahaja di rumah sara bergegas masuk ke biliknya..dibuka sahaja pintu..sufi menantinya disitu..
Sara ingin keluar kembali namun sempat dihalang oleh Sufi..dipimpinnya tangan sara dan membawanya duduk atas katil milik sara..
Ni bilik awak sara..maafkan sufi sebab masuk bilik tanpa izin sara..
Sara…kami semua sayangkan sara..dalam rumah ni kita macam adik beradik..disinilah kita menyulam kasih , ukhwah..
Kenapa sufi dn kawan2 yang lain masih nak berbaik dengan sara..sara ni tak layak nak berkawan dengan korang semua..sara ni budak teruk..
Sara kami tak pernah rasa sara macam ni..kami tau sara bukan nak lakukan semua ni dengan kerelaan sara kan..tapi kerana mungkin masalah yang sarah hadapi yang kita hadapi.maafkan kami sara sebab  mungkin selama ni kami jugak yang kurang ambil tahu masalah setiap sahabat kita dalam rumah ni hatta kat kels sekali..maafkan kami sara..mengalir air di wajah sufi..
Tak adalah sufi..sara yang selalu buat hal..sara yang selalu menyusahkan korang semua..sara ni tak layak nak dimaafkan..lebih2 lagi apa yang selama ni sara buat dah lebih dari cukup..baru sara rasa yang sara ni tak dapat hidup n gerak secara bersendirian..sara perlukan sahabat2 sara..sufi layak lagi ke sara nak bersahabat dengan korang semua..
Sara , kami sentias mengalu-alukan kedatangan sara dalam hidup kami..kami tak terfikir pun nak buang sara dari kami..sara manusia ni tak pernah terlepas dari ujian..setiap detik dan saat ada aje ujian sara..mungkin apa yang berlaku pada kita ni adalah tarbiah dari Allah utuk mendidik keikhlasan dalam persahabatn n paling penting ukhwah tu  sendiri.dari situ Allah nak mendidik kesabaran kita..sara kami nak sara tau kami sayangkan sara..kalau sara ada masalah..selagi boleh kita selesaikan..insyaAllah sara kami bantu..yang penting kita hidup macam adik beradik..kami sayangkan sara..
Dua sahabat itu berpelukan..mengalir air mata keduanya..terima kasih sufi…
Tiba-tiba…
“ Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan nurul maisara,Allah selamatkan kamu..”
Sanah helwah sara..mira , nisa , sufi , ika dan sahabt sekelas lain..masing2 memeluk sara…mengalir air mata sara..terharu atas pengorbanan sahabat2nya..maafkan sara..doakan sara berubah..sara yang sayangkan korang semua..erat sekali pelukan sara dengan sahabat2ny…
insyaAllah sara kami doakan..semoga Allah teguhkan ukhwah kita..maafkan kami juga sara..
mengalir air mata sahabat2 ini…kerana ukhwah..Allah menguji,kerana ukhwah Allah mendidik, Kerana ukhwah Allah memimpin hati manusia untuk menjadi insane yang istiqamah pada apa pun jenis ujian..moga kita ambil iktibar dari kisah ni…
mesti semua dalam kalangan kita ni hadapi situasi yang sama kan macam ni…kita perbetulkan niat kita..dalam nak mengajak sahabat n masyarakat sekeliling kita..kit a doakan moga keluhan tak mnjadi penghalang dalam kita meneruskan kerja Nabi SAW…
jom kita berubah..kerana Allah!!!
REMAJA CINTA DAKWAH PENENTU TAMADUN UMMAH!!!!