Friday, 19 April 2013


Bismillah. Lafaz itu ku dakapkan terlebih dahulu. Seluas kesyukuran kepada Allah Taala kerana aku masih mampu bernafas hingga hari ini melalui peluang yang diberi. Allahuakbar! Sedalam tinta sekalipun tak mampu ku gambarkan dengan kebaikan dan perhatian yang Allah beri buatku. Allah lah sumber segala perundangan, sumber segala hukum, sumber segala kebijaksanaan, sumber segala kekuatan. SubhanaAllah,Alhamdulilah,Allahuakbar!!
Salam rindu dariku buatmu Ya Rasullah. Aku sedar biarpun aku tergelincir berkali-kali. Biar aku tersungkur tiap hari, imanku sentiasa menyebelahi dan menyokong akan diriku. Dia katakan pada hatiku, jiwaku terlalu rindu padamu. Acap itu juga, aku menangis tak henti. Mengenangkan serta menelusuri alur-galur kehidupanmu membuatkan aku terpaku Ya Rasullah. Aku rindukan engkau, tak dapat ku gambarkan seperti apa kasih dan rinduku. Kisahmu menyuapkan roti ke mulut yahudi tua itu sering menggamit rasa hatiku untuk menjadi sepertimu. Kisahmu itu membuatkan aku terpukul dengan segala amanah dan tanggungjawab yang telah Allah amanahkan di bahuku untukku pikul dengan sebaiknya. Kisahmu itulah yang membuatkan aku kuat untuk hadapi kehidupan ini. Selawat dan junjungan besar buatmu Ya Habibullah. Berkat perjuangan dan pengorbananmu ya Rasullah kini aku berdiri sebagai Norazmalina Binti kamarul Jamal, hamba yang tiada dayanya. Aku rindukan engkau ya Rasullah. Ingin aku melawat makammu ya Rasullah, melepaskan rasa rinduku. Ingin ku kucup makammu untuk kelepaskan tangisan hati dan rinduku padamu. Usiaku akan terus ku hitung biar umurmu makin meningkat.
Abdullah Bin Rawahah. Tak pernah mataku bertemu dengan dirimu apatah lagi bercerita dan berkongsi rasa denganmu. Sejarah perjuanganmu membuatkan aku jatuh hati. Pengorbananmu mengorbankan tenaga dan jiwamu buat Islam membuatkan aku terlalu rindu bertemumu ya Abdullah. Biar tangan kananmu dipotong, bendera Islam langsung tak jatuh ke tanah sebaliknya tangan kirimu pula sebagai ganti. Terkorban juga tangan kirimu, namun bendera itu tidak juga terjatuh sebaliknya bibirmu menjadi ganti dengan menggigit bendera itu. Allahuakbar! Melayang pergi juga lidah dan bibirmu namun hinggalah akhirnya bendera itu dipegang oleh sahabatmu meneruskan perjuanganmu. Ya Abdullah. Aku rindukan engkau. Tiap hari aku berdoa, agar Allah memberikan kesempatan buat diriku mengunjugi makammu, mengunjungi perang mu’tah itu. Ya Abdullah, tahukah engkau kisahmu itu sering ku beritakan agar sekelilingku tak lupa. Dengan bercerita tentangmu juga mampu melepaskan rasa rinduku. Sayu hatiku mengenangkan engkau Ya Abdullah. Perjuanganmu itu membuatkan aku terus kuat berdiri atas muka bumi ini meneruskan perjuanganmu. Akalku sedar, perjuanganku takkan sama dengan apa yang kau korbankan. Namun, aku ingin engkau mengetahui satu perkara ya Abdullah, jiwaku takkan pernah lupa akanmu. Kisahmu itulah yang menyedarkan aku tentang iman dan islam. Allahu Allah!! Terima kasih ya Allah. Syukran kathsir Ya Rabb. Sampaikanlah salam rinduku buat kekasihmu Rasullah, buat para sahabat Nabi dan Srikandi pejuang Islam yang tegar. Jadikanlah kekuatanku semara mereka Ya Allah. Pujuklah aku ya Allah. Aku rinduku mereka. Hanya Engkau yang maha Tahu akan titisan air yang mengalir di mataku. Walaupun rasa hati itu mampu ku sembunyikan dari teman-temanku,mana mungkin bisa ku sembunyikan ia dariMu Ya Allah. Allah!Allah!Allah!
Mujahadahku,
Lama sungguh kau tidak ku ziarahi. Mungkin kerana kesibukan duniaku membuatkan aku tak berkesempatan melawatmu. Namun, aku ingin kau tahu seperkara bahwa aku tak pernah melupakanmu walau sesaat kerana kaulah sahabat baik dan akrabku. Sentiasa menemaniku. Allah,Allah.
Mujahadah,
Dalam kehidupan ni, kita tak boleh hidup senang sebab hakikatnya apa yang kita lakukan kat dunia ni semua akan dituntut dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Yang Esa. Tugas kita adalah sentiasa menjadi pelakon dan sentiasa cuba untuk menjadi pelakon terbaik melalui skrip yang telah Allah tuliskan buat kita.
Kalau kita nak hidup senang, tak ada ertinya kita nak kejar Syurga Allah. Setiap kesusahan itu menjanjikan kemudahan. Setiap kepayahan itu menjanjikan kemanisan. Setiap mujahadah itu menjanjikan keimanan.
Antara nilai wang RM 1000 dan 10,000 yang mana kita inginkan? Pastilah nilai besar itu menjadi pilihan kita. Tapi sedarkah kita, untuk mendapatkan nilai sebanyak itu memerlukan pada usaha yang gigih begitu juga dengan kita. Untuk mengejar syurga Allah yang mahal itu memerlukan pada kesusahan yang banyak. Sebabnya?? Allah nak kita hidup tenang dan sentiasa bergembira di syurgaNya.
Baik kan Allah Taala. Biar kita sentiasa lupa akanNya, Allah tak pernah lupa akan kita. Buktinya, Allah tak pernah tidur walau sesaat. Penglihatannya Maha Luas. Kebaikannya Maha Hebat. Allah!Allah!Allah.
Selagi nyawa masih bersisa, masih belum terlambat untuk kita berubah. Masih belum terlambat untuk kita mencintai Allah, Rasulnya dan para sahabat perjuangan Nabi SAW. Pastikan tiap hari dan masa kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah Taala.
Satu perkara yang perlu kita lazimi ialah “ Bercakap dengan Allah Taala”. Setiap masa perlu bermonolog denganNya di dalam hati. Ceritakan segala segala hal-hal seharian kita dengan Allah. Kita jadikan Allah Taala sebagai tempat meluahkan segala masalah dan tempat berkongsi kegembiraan. Sekiranya kita beerjaya lakukan, kita akan merasai bersendirian itu lebih bahagia daripada teman-teman disisi. Sedangkan kalau kita jauh daripada Allah, waktu sunyi tu terasa sangat membosankan. Kita juga akan merasai satu perubahan pada diri iaitu, apa sahaja yang datang samada masalah mahupun perkara bahaya, hati tetap terasa tenang kerana jiwa telah merasai Allah ada disisi.
Mujahadah,
Diriku terkenang akan kisah ketuaku. Dialah amirku di kampus ini sebagai pengerusi guru pendidikan islam. Aku bersyukur kerana menjadi timbalan lajnah tarbiah pada guru pendidikan islam ini. Sungguh aku bersyukur, kerana aku berada di bawah naungan amirku ini. Dahulu ketuaku ini biasa-biasa sahaja. Tidak ada yang istimewanya pun. Jarang ke surau dan lebih suka melepak. Amir ku sendiri yang menceritakan.Namun setelah dia menerima amaran daripada Allah Taala dengan kesakitan kanser tahap 3 yang dialaminya. Saat itu hidayah Allah datang mencurah. Sepanjang tempoh penangguhan semester itu, amirku bercerita itulah saat-saat getir yang tak mampu dilupakannya. Berada di ambang maut. Cuba kita letakkan situasi kita dalam situasi yang dialaminya. Peluang kedua yang Allah beri padanya takkan disia-siakan. Peluang dan kebaikan itulah yang digunakannya untuk mendekatkan diri pada Allah Taala disamping menjalankan tugasnya sebagai muslim sebenar. Allah!Allah!Allah!
  Aku bersyukur kerana terpilih menjadi orang bawahannya. Dengan keprihatinnya terhadap perjuangan mendirikan islam di kampus ini membuatkan aku sujud syukur pada Ilahi. Akan ku cuba laksanakan sebaik mungkin amanah ini.
Apa yang membuatkan aku terus semangat untuk mentarbiah diri serta sekelilingku bilamana seorang senior di kampus ini mengatakan:
“ Rosak guru pendidikan Islam, maka rosaklah kampus ini”
Allah!Allah!Allah!
Allah,permudhakan urusan mentarbiah diriku dan sekelilingku.lembutkanlah hati kami menerima kebaikan dan hidayahMu.
Kini, hatiku berasa tenang. Inilah cinta yang ku damba, rindu dan cinta tiap hari. Kini aku telah bertemu dengan cinta ini. Allah!Allah!Allah. Syukurku pada Ilahi. Cukuplah cinta ini merawat jiwaku. Kuatkan hatiku menempun perjuangan ini.
Ya Rasullah!Ya Abdullah!!
Akan ku beritakan kisah kalian di hadapan Rabbku kelak, bahawa kalianlah yang menjadi tulang belakangku meneruskan perjuangan islam di bumi ini.. Aku rindukan kalian. Melihat foto di google sahaja sudah cukup menghilangkan rasa rinduku kerana aku tahu kalian memahami apa yang berada di dasar hatiku.
Ya Allah,peluang hidayah yang Kau berikan ini akan ku cuba usahakan untuk membantu agamamu ini. Terima kasih Ya Allah kerana membeerikan aku ganjaran ini.
Allahumma amin.
Mujahadah, moga apa yang ku kongsikan di dadamu ini mampu memujuk hatimu yang lama tidak ku ziarahi. In shaa Allah, ada jodoh dan pertemuan, akan ku kongsikan lagi tarbiah yang ku peroleh. Moga semuanya bernilai sebagai ibadah disisinya. Allah!Allah!Allah!
Assalamua’laikum mujahadahku.