Powered By Blogger

Sunday 23 October 2016


" Ceritaku Bermula Pada Bab Baru "

Dengan lafaz Bismillah, sungguh lama aku mendiamkan dari dunia penulisan apatah lagi menziarahi dunia bloggerku.

Hari ini, entah angin apa yang membuaiku untuk bercerita. Terasa sesak benar dadaku,tidak mampu untuk hadap apa yang berlaku. Entah kesekian berapa air mataku mengalir, tiada siapa yang memahamiku.

Terkadang aku berfikir, sungguh ujiannya dengan menerima si dia dalam hidupku. Kadang ku rasakan jiwaku dah semakin kosong dengan menahan segala ujian yang bertalu-talu ini. Terlalu ingin aku menceritakan apa yang ada di sudut hatiku, namun aku hanya mampu membiarkan ia terus mengalir dalam diri tanpa ada daya dan kekuatanku.

Tiadalah aku terniat untuk bermain-main dengan perasaan sendiri atau orang lain. Namun aku tidak mampu untuk menghalang takdir ini berlaku dalam hidup. Bukan kehendakku semua ini terjadi,soal perasaan dan sebagainya. Ya Allah, beratnya ujianmu terasa di pundakku. :(

Aku sayang sahabat-sahabatku, dalam masa yang sama aku juga menyayangi tunanganku. Bukan niatku untuk menyembunyikan,namun aku perlu masa untuk menceritakan segala apa yang berlaku. Bukan niatku untuk menipu atau mempermainkan,namun ku perlukan masa untuk berhadapan semua ini. Namun apalah dayaku untuk menceritakan perihal sebenar,siapalah aku untuk dipercayai.

Teringat pada Kak Asiah,berharap pada manusia kita akan kecewa..Tapi mintalah pada Allah,kita akan rasa tenang.

Ya Allah,ku maafkan sahabat-sahabatku,walaupun mereka tidak mengetahui kisah sebenar. Namun beriku kekuatan untuk berhadapan dengan anggapan mereka. Tidak ku salahkan mereka andai anggapan mereka begitu kepadaku kerana,mereka berhak untuk menilai dan memberi penilaian.Namun beriku kekuatan ya Rabb. Berikanku jalan keluar untuk hadapi hiruk pikuk perjalanan ini..Temanku aku saat ini ya Rabb. Aku memerlukanmu Ya Tuhan. Jangan Tinggalkkan aku disaat aku benar-benar terlempar. Kasihani hambamu  ini Ya Allah,peluklah hatiku disaat jiwaku benar-benar dirobek.

Buatmu Tunangku Muhammad Ridzwan,
Aku menerimamu sesungguhnya tanpa ada penilaianku terhadap apa-apa..
Walau hatiku kini berada di hujung keputusasaan,
Terasa putus asa untuk berhadapan ujian ini..
Aku akan cuba untuk berpegang pada janji yang kau beri..
Janganlah tinggalkan aku,sia-siakan aku..
Tiada Perasaan lainku untuk orang lain,hanya engkau seorang..
Dikaulah sahabatku,temanku,kawanku,abangku,tunangku dan akan ku terus berdoa moga Kaulah jodohku hingga jannah..

Walau aku harus banyak menangis,janganlah tinggalkan aku..

Wahai Tunangku,
bantu aku tuk hadapi ujian mencabar ini,
ujian yang menyiat-nyiatkan hati,
bantu aku untuk terus bergantung denganNya,
Bantu aku untuk kukuhkan pergantunganku sepenuhnya dengan Dia,
Bantu aku untuk sandarkan harapanku denganNya
atas segala yang berlaku..
Bantu aku untuk tegar saat aku benar-benar terlempar..

Ya Allah,jika Muhammad Ridzwan adalah takdirku..
Berikanku kekuatan untuk bertahan dengannya,setia dengannya
Walau harus ku hadap ujianMu..
Berikanku kekuatan untuk terus menyokongnya,walau jasadku sudah tiada..

Kasihani aku ya Rabb..