Powered By Blogger

Tuesday 8 November 2016

Berikanku Sebuah Senyuman


Bismillahirrahmaaniirahim....
Dengan namaMu yang Pemurah dan Maha Penyayang......

Ya Tuhan,
Berikanku sebuah senyuman
Yang tulus dan abadi dariMu
Jangan Kau biarkan aku lemas dalam keputusasaan
Jangan Kau biarkan aku tenggelam dalam ombak badai ujian

Ya Tuhan
Berikanku sebuah senyuman
Maha hebat dan tenang dariMu
Izinkan daku berpaut dibawah lembayung rahmatMu
Izinkan daku berpijak dalam lautan cintaMu

Ya Tuhan
Daku lemah tanpa petunjukMu
Daku lemah tanpa HidayahMu
Daku lemah tanpa kekuatan dariMu

Ya Tuhan
Aku sedar dan aku faham
UjianMu bukan untuk melelahkan tapi menguatkan
UjianMu bukan menjauhkan tapi adalah cinta

Ya Tuhan
Ku rindukan jiwa Siti Hajar
Saban waktu ku berdoa
Pinjamkan aku ketabahan Siti Hajar walau secebis cuma
Pinjamkan aku kebesaran hati Siti Khadijah walau sementara
Pinjamkan aku cinta Sumayyah walau beberapa tika
Pinjamkan aku iman Zinnirah walau hanya beberapa masa

Ya Tuhan
Berikanku sebuah senyuman
Dari Ketabahan jiwa Siti Hajar
Tabah dan tawakal yang tinggi saat ditinggal keseorangan di padang pasir
Berikanku sebuah senyuman
Dari kebesaran jiwa Siti Khadijah
menerima ujianMu tanpa ada sebuah keluhan kerana jiwanya hanya untukMu semata
Berikanku sebuah senyuman
Dari cinta Sumayyah
Walau diuji hingga meragut nyawanya
Hatinya tetap berpaut padaMu
tetap teguh dengan kalimah SyahadahMu
Agar dengannya jiwaku teguh berpasak walau direnggut hati menuju putus asa
Berikanku sebuah senyuman
dari Iman Zinnirah serikandi yang dibunuh hanya mempertahankan keimanannya
Teguhkan imanku ya Tuhan,
Bimbing aku dengan hidayahMu
Agar tak lemas aku dalam ujian dunia

Ya Tuhan,
Teguhkan hatiku disaat hatiku mulai meruntuh
Tetapkan imanku disaat imanku mula menjauh
Jangan biarkan aku jatuh ditebing kebinasaan ya Tuhan

Berikanku sebuah senyuman
Ajar aku akan cintaMu
Agar tak lelah aku dalam lautan ujian cintaMu

Berikanku aku sebuah senyuman
Agar aku tetap tersenyum
walau hati dirobek,disisa..
Andaiku menangis biarlah kerana menangisi dosaku
Jangan kerana putus asa menguasai jiwaku...

Salam cinta Dari UjianMu Ya Tuhan

Sunday 23 October 2016


" Ceritaku Bermula Pada Bab Baru "

Dengan lafaz Bismillah, sungguh lama aku mendiamkan dari dunia penulisan apatah lagi menziarahi dunia bloggerku.

Hari ini, entah angin apa yang membuaiku untuk bercerita. Terasa sesak benar dadaku,tidak mampu untuk hadap apa yang berlaku. Entah kesekian berapa air mataku mengalir, tiada siapa yang memahamiku.

Terkadang aku berfikir, sungguh ujiannya dengan menerima si dia dalam hidupku. Kadang ku rasakan jiwaku dah semakin kosong dengan menahan segala ujian yang bertalu-talu ini. Terlalu ingin aku menceritakan apa yang ada di sudut hatiku, namun aku hanya mampu membiarkan ia terus mengalir dalam diri tanpa ada daya dan kekuatanku.

Tiadalah aku terniat untuk bermain-main dengan perasaan sendiri atau orang lain. Namun aku tidak mampu untuk menghalang takdir ini berlaku dalam hidup. Bukan kehendakku semua ini terjadi,soal perasaan dan sebagainya. Ya Allah, beratnya ujianmu terasa di pundakku. :(

Aku sayang sahabat-sahabatku, dalam masa yang sama aku juga menyayangi tunanganku. Bukan niatku untuk menyembunyikan,namun aku perlu masa untuk menceritakan segala apa yang berlaku. Bukan niatku untuk menipu atau mempermainkan,namun ku perlukan masa untuk berhadapan semua ini. Namun apalah dayaku untuk menceritakan perihal sebenar,siapalah aku untuk dipercayai.

Teringat pada Kak Asiah,berharap pada manusia kita akan kecewa..Tapi mintalah pada Allah,kita akan rasa tenang.

Ya Allah,ku maafkan sahabat-sahabatku,walaupun mereka tidak mengetahui kisah sebenar. Namun beriku kekuatan untuk berhadapan dengan anggapan mereka. Tidak ku salahkan mereka andai anggapan mereka begitu kepadaku kerana,mereka berhak untuk menilai dan memberi penilaian.Namun beriku kekuatan ya Rabb. Berikanku jalan keluar untuk hadapi hiruk pikuk perjalanan ini..Temanku aku saat ini ya Rabb. Aku memerlukanmu Ya Tuhan. Jangan Tinggalkkan aku disaat aku benar-benar terlempar. Kasihani hambamu  ini Ya Allah,peluklah hatiku disaat jiwaku benar-benar dirobek.

Buatmu Tunangku Muhammad Ridzwan,
Aku menerimamu sesungguhnya tanpa ada penilaianku terhadap apa-apa..
Walau hatiku kini berada di hujung keputusasaan,
Terasa putus asa untuk berhadapan ujian ini..
Aku akan cuba untuk berpegang pada janji yang kau beri..
Janganlah tinggalkan aku,sia-siakan aku..
Tiada Perasaan lainku untuk orang lain,hanya engkau seorang..
Dikaulah sahabatku,temanku,kawanku,abangku,tunangku dan akan ku terus berdoa moga Kaulah jodohku hingga jannah..

Walau aku harus banyak menangis,janganlah tinggalkan aku..

Wahai Tunangku,
bantu aku tuk hadapi ujian mencabar ini,
ujian yang menyiat-nyiatkan hati,
bantu aku untuk terus bergantung denganNya,
Bantu aku untuk kukuhkan pergantunganku sepenuhnya dengan Dia,
Bantu aku untuk sandarkan harapanku denganNya
atas segala yang berlaku..
Bantu aku untuk tegar saat aku benar-benar terlempar..

Ya Allah,jika Muhammad Ridzwan adalah takdirku..
Berikanku kekuatan untuk bertahan dengannya,setia dengannya
Walau harus ku hadap ujianMu..
Berikanku kekuatan untuk terus menyokongnya,walau jasadku sudah tiada..

Kasihani aku ya Rabb..

Saturday 30 January 2016

SWEET 23


Bismillahirrahmaanirrahim...

Alhamdulilah, hari ini berpeluang lagi ku merasakan nikmatnya lapang dan kesihatan apatah lagi nikmat Iman dan Islam yang utama..

Mujahadahku,temanku sayang...

10 minit lagi,bakal menjelang hari yang ku tunggu..tarikh 31 Januari maka genaplah umurku 23 tahun. Maknanya, 23 tahun hidupku di dunia.

Bakal menjelang ini, jiwaku sayu. hatiku merintih. mataku terasa mengalir sesuatu di bening mataku. 23 tahun penuh dengan sejarah dan tahun ini juga bakal berakhir segalanya. 23 tahun, penuh dengan noda dan dosa antara sedar dan tidak.

Andai diberikan peluang sempat lagi ku merasai detik 24 tahun,namun jika disini pengakhiranku..mungkin inilah tahun terakhirku. Entah kenapa,belakangan ini jiwaku terlalu sayu. Terasa jiwaku berbeda dari sebelum ini.

Andai ini tahun terakhirku,ku mengharapkan pengakhiranku biarlh lunas segala hutangku di dunia.. Andai ini tahun terakhirku,Demi Allah, aku menyayangi keluargaku sesungguhnya. Tiada apa yang ku harapkan di hari lahirku melainkan kasih Sayang Allah sentiasa buat keluargaku. Biarlah ku derita,biarlah ku merasai segala kesengsaraan..palitkanlah segalanya padaku...Asalkan bahagia dan kuat keluargaku hadapi kehidupan yang mendatang penuh mencabar..

Andai ini tahun terakhirku,ku harapkan ku dapat pergi dengan kerelaan..biarlah sebelum ku pergi..aku yakin,akan ada yang akan sentiasa berdoa untuk mereka..

Andai ini tahun terakhirku, ku hadiahkan diriku untaian taubat atas segala dosaku selama ku menumpang dimuka bumi buminya..