Powered By Blogger

Thursday 19 November 2015

Luahan Hawanis


Buatmu Ya Akhi
Yang pernah bertapa di hati impian dalam membina Baitul Haraki..

Ya Akhi,
Dulu semasa kita ditaarufkan buat pertama kali...
Saat itu,aku hanya mengenali ya Akhi sekilas..
Aku tahu Ya Akhi juga begitu...
Yang membuatkan kita kenal hanyalah keterlibatan kita dalam gerak kerja..
Ya Akhi pengarah dan aku merangkap timbalan sekaligus S/U juga bendahari..
Saat itu,hanya Allah yang tahu betapa ku rasa terbeban yang teramat..

Ya Akhi...
Kerja program kita berjalan seperti biasa,
Seperti yang kita rancang walau terdapat pelbagai kekangan..
Istilah tidak kenal itu ku tepis demi melaksanakan sebuah tanggungjawab..

Usai Program,
kita tidak berhubung lagi kerana segalanya telah selesai..
Ya Akhi dengan diri ya Akhi
Aku dengan diriku
Masing-masing membawa haluan sendiri

Selang 3 minggu kemudian,
Ku menerima satu risikan...
Terasa seakan tidak percaya..
Ku bertanya pada akak yang menjadi orang yang tengah...

Ya Akhi,
Tahukah dikau,berkali-kali aku menolak..
Namun berkat kesungguhan akak yang menjadi pegawai UBM,
Dalam memberi keyakinan dan sokongan denganku,
Ku relakan hatiku dan diriku untuk melakukan istikharah...
Hampir sebulan lebih ku laksanakan hanya untuk menjawab Ya atau tidak pada soalanmu Ya Akhi..

Melihatkan harapan Arwah dan akak yang menginginkan aku untuk menerima
bahkan segala bentuk keyakinan akan dirimu diperihalkan padaku..
Tidak cukup dengan itu,
ku bertanyakan perihal dirimu di kampus pada pegawai UBM di pengajianmu dahulu..

Maaf aku telah melakukan hal sedemikian,
Aku hanya inginkan sebuah keyakinan yang sebenar akan dirimu,
Lantaran aku tidak pernah mengenalimu..
Memandangkan segala jawapan adalah positif,
Dengan lafaz Bismillah dan penuh harapan,
Ku sambut salam Taarufmu Ya Akhi..

Masih ku ingat,
Saat itu pada waktu malam tepat jam 9.30..
Aku menerima dengan penuh rasa takut,
Tidak berapa lama kemudian,
Ku menerima Satu kiriman mesej
Ya Akhi mengharapkan satu pertemuan esok malamnya ..

Aku semakin takut dan kalut,
Mengapa secepat itu,
Ku nyatakan hasrat pada pegawai UBM akan rasa takut,
Namun aku dipujuk dan diberikan sokongan terus menerus..
Hatiku sejuk..

Esok Malamnya,
Itulah pertemuan taaruf kita yang pertama,
Petangnya aku terasa ingin membatalkan,
Kerna aku tidak yakin dengan keputusanku sendiri,
Mungkinkah aku menerima kerana hasrat sebenar atau harapan orang lain..
Ku pujuk hati,namun hatiku terasa berat..
Akak itu tak pernah lelah dalam memberikan kata-kata semangat,
Lantaran semua telah dimaklumkan bagi sesiapa yang terlibat dalam taaruf kita..
Ku senyum,

Malam itu,
Jiwaku seakan seram,
Pabila dimaklumkan kau sudah ada di tempat pertemuan,
Agak lawak masa itu,
Ku maklumkan pada pegawai juga seorang akak yang menjadi penasihat kita...
Aku nak balik dan nak batalkan taaruf tu..
Namun,
Melihatkan akak pegawai,jiwaku tersentuh..
Kata-katanya begitu meyakinkan akan dirimu,'
Yang kau tidak seperti lelaki yang lain..
Jiwaku terpujuk,
Lantas ku relakan diriku..

Malam itu bermulanya taaruf kita,
Kau maklumkan tentang dirimu,
begitu juga diriku..

Dan begitulah sebaliknya,
Proses Taaruf itu berjalan,
Namun kerana Ujian masalah dari pihak keluargaku,
Yang menginginkan aku menyudahkan terlebih dahulu pembelajaranku,
Ku maklumkan pada akak pegawai,
Bahwa aku tidak mengharapkan apa-apa,
Dan aku rela andai taaruf kita terhenti setakat itu..

Namun,
kiriman kata-katamu Ya Akhi,
Sanggup menunggu hingga aku menyudahi pembelajaranku,
membuatkan aku mula menerima Ya Akhi dalam diari hidup,
Saat itu,
Aku cuba menerima Ya Akhi sungguh-sungguh dalam hidupku,

Taaruf kita berjalan dengan ikatan melalui Baitul Muslim,
Cuba ku jaga sebaik mungkin hubungan kita,
FB Ya Akhi,Tiadalah ku jadikan temanku,
Harapanku biarlah saat yang sebenar itu baharulah fb kita menjadi teman,
Aku hadkan segala mesej tujuanku tidak ingin hatimu terusik,
Saat kau menjadi alumni,
Kau menerangkan segala-galanya..
Aku cuma mampu tunduk akur tanpa memberikan persoalan,
Apabila kau menjual buku juga..
Terasa ingin sekali untuk membeli bagi membantu menampung danamu diawal2 pekerjaan..
Namun,untuk menjaga hati,
ku hadkan diriku dan hanya mampu doa dalam diam..
Moga Allah permudahkan urusanmu..


Taaruf terus berjalan,
Kerja juga semakin bertambah,
Kau juga semakin mendapat tempat dalam masyarakat,
Aku pula terikat dengan suasana kampus..
Aku juga jarang bertanya khabar,
kerana penglihatanku dari jauh,
Ku Lihat Ya Akhi sihat segalanya..
Ku hanya mampu mendoakan dari jauh dan segalanya ku serah dengan Dia..
Tiada apa yang ku inginkan melainkan hanya ingin mendapat berkat dariNya..

Demi membawa amanah kampus,
Aku perlu berulang-alik dari sabah ke semenanjung demi mencari sebuah ilmu,
Kerana taklifan yang ku galas...
Aku hanya memaklumkan perjalananku pergi dan balik..
Pada mulanya,Ya Akhi menerima dengan terbuka..
Cuma pesanan agar aku berhati-hati di tempat orang..
Cuba ku jaga hatiku sebaik mungkin semasa berada di sana..
Cukuplah hatiku ada perasaan yang perlu ku jaga sebaiknya..



Ya Akhi,
Ku faham benar kerisauanmu bila melihat aku harus bergerak kerja dengan muslimin lain,
Cukup kau tahu,aku hanya menjalankan gerak kerja dan taklifanku,
Tiadalah lebih dari itu,
Selang beberapa bulan kemudian,
Ku maklumkan yang aku harus ke semenanjung lagi,
Saat itu,dapat ku rasakan mesejmu berubah..
Pelbagai persoalan ya Akhi timbulkan,
Entah mengapa,
Ku rasakan satu perubahan..
Sekembalinya aku dari semenanjung,
Ku mendapat makluman,
Bahwa ya Akhi telah menetapkan syarat untukku..
Syarat-syarat itu membuatkan aku terdiam sebentar..
Mengapa drastik seperti itu..
Mungkinkah kerana aku bergerak kerja dengan orang lain dan terlalu aktif keluar..
Jiwaku sayu,
Aku sayangkan jemaah ini..
Lagi sayu hatiku,
Bila kau hentikan taklifanku sebagai naqibah dan memberikan pada orang lain..
Hanya air mata yang mengalir..
Mungkinkah kerana usrah itu dijalankan pada waktu malam dan menyebabkan aku dan seorang lagi teman memerlukan bantuan sahabat-sahabat muslimin yang lain untuk menemankan atas asbab dasar keselamatan..
Menyebabkan keraguanmu Ya Akhi sebegitu denganku..

Saat itu,
Demi menjaga dan menyelamatkan taaruf kita,
Ku terima segala syarat-syaratmu walaupun ia agak berat untukku
Ku terima andai orang lain yang menggantikan tempatku disana
Ku terima hajatmu untuk aku tidak aktif pada gerak kerja lagi
Ku menolak segala taklifan andai itu yang terbaik untukmu ya Akhi..



Segala-galanya telah ku lepaskan dan kini aku menjadi orang biasa,
Yang hanya menanti arahan..
Ku tetap menjaga kesetiaanku walaupun kekadang perit untukku alami..
Kekadang menoreh kesabaranku namun tetap cuba ku pertahankan..
Asalkan taaruf kita tetap bertahan..

Pada awalnya,ku melihat Ya Akhi pertama kalinya kembali seperti dulu,
Mula memahami keadaanku,
menghargai keputusan yang ku buat..
Syukur yang teramat..

Namun,
Selang 2 bulan kemudian,
Ku mendengar sesuatu tentangmu,
Terasa amuk di dada,namun aku cuba berbaik sangka..
Namun segala yang disampaikan padaku,
mula menjadikan aku ragu-ragu denganmu ya akhi..
Tangisan demi tangisan..
menangis dan menangis..
Ingin aku bertanya padamu,
Namun aku takut,takut andai aku tersilap rasa...
menyebabkan ya Akhi terasa dengan persoalanku..
Semuanya ku diamkan..ku tetap yakin dengan diriku..

Namun,
Saat ku melihat dengan mataku sendiri,
segala-galanya tanpa perlu orang lain menyampaikan,
Seakan-akan terhenti jantungku Ya Akhi,
mengalir air mata tanpa henti..
terkenang segalanya..
Terkenang saat bermulanya taaruf kita..

barulah ke sedari,
mengapa sebulan akhir itu,
kau mendiamkan diri tanpa menjawab segala persoalan pegawai,
Tahukah kau ya Akhi,
Betapa remuknya rasa,
Betapa susahnya untuk aku menerimamu ya Akhi,
Betapa sukarnya ku membina keyakinanku terhadapmu saat itu,
Namun segalanya ranap begitu sahaja,
Kepercayaanku menjadi rapuh..
Hilang arah juga aku seketika..

Maafkan aku ya Akhi,
Andai layananku padamu tak seperti muslimah lain 
Maafkan aku andai aku tak pernah memberikan kata-kata manis
Maafkan aku andai aku tak sehebat muslimah lain yang jauh lebih hebat
Ilmuku masih terlalu sedikit dan banyak yang perlu ku garap,
Harapanku saat pertama kali ku menerimamu,
Agar dapat Ya Akhi ajarkan aku apa yang tidak ku ketahui...
Maafkan aku andai tak dapat melaksanakan semua itu...
Tujuanku adalah untuk menjaga hubungan taaruf kita..

Tidak ku salahkan mu Ya Akhi,
Kau berhak mendapat muslimah yang dapat memenuhi segala impianmu tiap waktu,
Maaf aku bukan seperti itu..andai semasa denganku hanya membuatkan Ya Akhi bosan..
Namun,
Ku lebih rela mengorbankan segala-galanya yang menjadi kesayanganku cukup dapat memenuhi kehendakmu,
Namun mungkin,

Taaruf kita selama setahun lebih setakat ini sahaja,
Nukilan yang penuh dengan air mata,
Bukan mudah tuk aku menerimamu saat dulu,
Dan mungkin bukan mudah juga tuk aku melupakan segalanya yang pernah berlaku antara kita..
Ku harap masa dapat membawa segala kesakitan seiring dengan waktu yang berjalan...

Hawanis,be strong....please be strong..wake up...
Hawanis boleh...



Wednesday 10 June 2015

Bismillahirrahmaanirrahim.....

Alhamdulilah segala puji buatmu Allah, Tuhanku pemilik segala kebesaran. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw..Kekasih Allah Rabbul Izzah.Masih ku teringat, Rasululullah pernah berkata dengan sahabat-sahabatnya, untuk menegakkan Khilafah Islamiyah ini, aku melalui pelbagai penderitaan, siksaan, cubaan dan pelbagai lagi ujian hinggakan mengorbankan nyawa...Kisah ini membuatku terpukul dengan satu kisah semasa perang Mu'tah. Panji Islam itu sesekali tidak jatuh ke tangan musuh apatah lagi jatuh ke tanah. Tidak sama sekali. 3 Panglima hebat yang bertempur di medan Mu'tah. Panglima Abdullah, panglima Ja'far dan Panglima Khalid bin Al Walid. ketiga-tiga mereka adalah utusan Nabi saw untuk mengetuai peperangan itu. Tiada gentar, tiada putus asa. Segalanya diserahkan kepada Allah semata.Saat Panglima Ja'far syahid, panji yang dipegangnya terus diambil oleh Panglima Abdullah Bin Rawahah tanpa membiarkan ianya jatuh. Namun, disaat tangan kanannya kukuh memegang panji pihak musuh telah memotong tangannya. Hal itu mengukuhkan lagi semangatnya untuk terus memegang panji dari terlepas dengan terus mencapai panji melalui tangan kirinya. Tidak lama setelah itu, tangan kirinya juga dipotong hinggakan panji tersebut digigitnya sekuat hati menyerahkan nasib perjuangannya kepada Allah. Dengan takdir Allah, panglima itu syahid setelah kepalanya dibelah.Adakah panji itu jatuh di tanah??Tidak sama sekali sebaliknya, Panglima Khalid bin Al Walid terus mencapai panji tersebut dan mengatur strategi yang baru bersama tentera yang lain dan akhirnya menemui kemenangan.Perjuangan yang takkan pernah selesai hinggalah kita berhadapan dengan kematian..Saat itu, terhentilah segala-galanya.Selawat Buatmu Ya Rasululullah dan para sahabat atas perjuangan kalian hinggakan kami masih lagi mampu menghirup udara iman,Islam dan taqwa. Mogakan kita bertemu disana nanti,mogakan kami terus kuat meneruskan perjuanganmu. Amin.Itu merupakan muqaddimah buat hati-hati kita. Sengaja diriku membawa diriku serta sahabat-sahabat menelusuri kembali perjuangan mereka.2 minggu sebelum tarikh 8 Mei 2015, hatiku terlalu berat untuk meneruskan program yang telah dirancang. Semangat entah hilang ke mana. Rasa malas nak teruskan. Ditaklifkan sebagai AJK Dana, Tapi still buat slumber. 2 Minggu itu juga diuji dengan sesuatu yang mematahkan semangat, tanpa disangka. Lama mendiamkan diri, pelbagai andaian menerawang di minda. 2 Minggu sebelum, rasa macam budak2. Menangis memanjang?? Taklah juga, tapi sesekali tu adalah mengingati peristiwa yang mematahkan semangat. Diam membisu?? Yes, minggu membisu. Bercakap tak nak, kadang-kadang emosi tak tentu hala. Hahahhaha...!! Sangat lawak bila ingat masa tu lebih-lebih lagi masa tu minggu awal nak praktikum. Lagi - lagi emosi tak stabil.Saat itu, aku banyak berfikir. Disamping semangatku hilang entah ke mana, aku cuba merawat hatiku sendiri untuk menerima ujian yang ditakdirkan.Terkadang rasa give up nak bawa Usrah, Tak sangka penilaian seperti itu.Hari-hari yang dilalui dengan air mata, dengan diri yang membisu..satu hari aku berborak dengan temanku..Macam tak da semangat nak teruskan program..Ujarku dengan nada slumber.Samalah, aku pun tak da semangat. Rasa sedih teramat bila ingat apa yang berlaku..Masing-masing merenung, solat maghrib dan baca Al Quran. Hatiku sejuk, aku terfikirkan sesuatu. Rupanya sahabat ku juga sama.Aisyah ( Bukan nama sebenar ), nak tahu sesuatu tak?? Aku terfikir tadi..Samalah, aku pun sama...Kau fikir apa??? Ujarku..Apa yang terjadi dan berlaku dengan kita ni sebenarnya Ujian Allah untuk kita. Dia nak tengok samada kita nak teruskan bawa Usrah atau tidak bila kita terima Ujian yang kita tak sanga-sangka ni.Aku terdiam,Betul, setuju...Allah nak tengok kita buat kerja ke tak buat kerja. jadi sekarang kita tak boleh duduk menangis lagi, duduk berfikir apa yang berlaku sebelum ni. Tugas kita teruskan perjuangan..Ar Ah!!! Biarlah orang nak kata apa...yang penting kita teruskan laksanakan tanggungjawab kita. ini tarbiah Allah untuk kita.Kami senyum. Yes!! Lupakan apa yang berlaku.. Eh, tak bolehlah kita lupakan..kita mana boleh delete macam dalam laptop tu, yang kita boleh buat ambiklah ia sebagai pengalaman.New Experience...Pada awal Mei itu, aku bakal terlibat dengan satu program Dakwah di semenanjung. sebelum itu,nak bagitahu..hehehe.. ^_^dah 2 minggu praktikum, pengalaman yang mencabar..Pada minggu kedua, aku ditaklifkan menjadi guru bertugas. Pengalaman pertama berhadapan dengan ibu bapa yang datang ke sekolah dalam keadaan marah-marah. Aku cuba menenangkan, namun tak dihiraukan, sebaliknya pula yang berlaku. hehehe.. ( Kecut juga bila tengok wajah2 kencang ni ^_^)..Aku cuba menerima segala cercaan itu dengan memberikan senyuman..Didikan Allah untuk menguatkan hatiku, ditakdirkan aku mendapat tahun 1..Satu-satunya kelas di sekolah itu. Satu-satunya kelas yang banyak dapat complain..Argh!! Hiraukan, In shaa Allah Aku boleh.. begitulah semangat yang ku ukir di awal persediaan praktikum.Senyum, minggu kedua itu semasa aku mengajar aku pernah disembur dengan air sabun semasa pengajaranku, tudungku pernah diconteng dengan marker hinggakan menghilangkan seribu keyakinan untuk masuk ke kelas seterusnya.Hahahhaha!!! oleh kerana tanggungjawab ku gagahkan juga masuk ke kelas tahun 6.. Disitu lain lain ragamnya.. Semasa pengajaranku, mereka bergaduh, lawan cakapku.. tidak kurang juga yang bertanya keadaan tudungku, namun aku cuba buat slumber hinggalah habis kelas. Aku pergi surau, tunaikan apa yang belum tertunai. Bercerita seadanya denganNya...hati tenang, alhamdulilah..Petang itu, aku bercerita dan berkongsi pengalaman dengan seorang akak.. senyum, Berderai juga air mataku...Azma,Hati murid2 tu Allah yang pegang..Mintalah kat Allah agar dilembutkan hati anak2 murid tu. Allah bagi macam tu supaya dalam kita mengajar, kita banyak ingat Dia. Banyakkan solat hajat untuk murid2, tahajjudlah..ehhhee, Kasih sayang Allah..malam itu after solat Isya, aku berjumpa dengan arwah, dia sempat bertanya..Azma, camna ngajar..Aku senyum.. x tahu nak kata apa?? Rasa macam lepas ni nak sambung study terus..Arwah gelakkan aku, Aik, takkan putus asa.. Jangan putus asa azma,kuatkan semangat.Diorang tu Mad'u enti. Sama macam ahli usrah Azma sendiri. Jangan sesekali putus asa. Terdiam, namun perbualan terhenti kerana ada liqa setelah itu. Kitorang pun pegi liqa. Arwah pun ada sekali..Masa tu arwah asyik tenung sorang satu, tapi iyalah mana perasan. Sebak pula bila ingat. Rasa macam masih baru.Waktu tu, sempat cakap kat arwah..In shaa Allah, minggu depan hari jumat flight saya g semenanjung..doakan perjalanan saya, moga Allah permudahkan.Arwah senyum,Teruskan perjuangan Azma, jangan putus asa dan lemah semangat bawa Islam. Bawalah ilmu disana untuk disini, terutamanya kat kampus kita. Teruskan perjuangan,Pegang baik2 apa yang dipertanggungjawabkan..Aku macam biasalah, senyum jak reti...hehehe..Masa tu macam2 perbincangan masa liqa, antaranya tarikh 8 mei nak jemput arwah jadi kem kom..semua dah dirancang masa tu..Balik dari semenanjung, ada baki lebih kurang seminggu lagi baki praktikum.. atas nasihat dan semangat yang dititipkan..Alhamdulilah, minggu terakhirku di sekolah..aku rasa bahagia..Murid2 sudah mula mendengar cakap..Benarlah, bila kita letakkan jiwa murobbi dalam diri..mendidik kerana Allah semata,bersandarkan pada Dia..sentiasa mengadu kat Dia expecially diwaktu malamnya yang sunyi, hati kita akan tenang..Saat itu tiada apa lagi yang ku fikirkan, apa yang penting jiwa mereka terisi dengan kalam Allah..Cukuplah mereka tahu, Daripada Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali..Alhamdulilah, nikmat kasih Allah, Murid yang dahulu menyemburku, kini menjadi pembantuku di kelas.. dan banyak lagi nikmatnya.. Alhamdulilah.6 Mei, aku diobserve..alhamdulilah responku positif dari pensyarah..usai itu, aku bergerak ke surau..syukur padaNya..Syukur atas nikmatnya.. Ku pandang whassup..rasa teringin nak wish thank u untuk akak tu n arwah..Namun, kerana ada hal yang tiba2, ku putuskan nantilah aku whassup, sempat lagi nanti..bisik hatikuMasa yang panjang membuatkan aku lupa, sampailah lepas maghrib aku dimaklumkan arwah n sorang g accident. Masa tu hatiku berdebar-debar...Entah tak tahu camna nak bayang. Ustaz Fauzi panggil kami semua duduk dalam bilik..Bila dimaklumkan arwah dah meninggal, kami still tak percaya..sampai kami buat on call berkali2 biarpun telah dimaklumkan.. masa tu ku pandang ustaz fauzi..Aku katakan padanya, Ustaz kena Qawiyy...Ustaz hanya tersedu dengan air matanya..Semalam ana baru jumpa Arwah, dia datang masa Usrah. Bisik Ustaz Fauzi..Sahabat2 len cakap, X da ustaz, dia x da semalam..Ustaz Fauzi menggeleng..Ada, Arwah ada..dia ada salam saya lagi.. dia cakap kat saya doakan perjalanan dia g Lahad Datu..Sahabat2 Semua menggeleng..X da ustaz, dia x da ustaz..Masa tu, air mataku tak tertahan melihat keadaannya..ku tutup mata..sambil kami semua menundukkan pandangan..Ku lihat Whassupku, baru teringat aku lupa nak wish syukran..saat itu aku teringat segala pesanannya yang berulang2..Semua itu membuatkan cukup terasa pemergiannya..Masih ku teringat, diawal2 aku ditaklifkan timbalan dakwah..Masa itu kosong yang teramat.Rasa rendah diri lantaran hanya aku seorang junior.Namun, dia memberikan kata2 perangsang yang  banyak mengubah aku hingga beginilah aku kini.. ( macam yang sahabat2 nmpak..heheh )Banyak sekali jasanya...sahabat2ku, ku nukilkan satu puisi indah buat kalian..

Tarikh 8 meiMerupakan tarikh keramatKerana tarikh itu kita nak kaderkan orang..Namun sebelum tarikh itu,Pelbagai Ujian menimpaHinggakan tarikh itu harus ditunda..Semangat hilang entah kemana..Rupa2nya Ada sesuatu yang cuba Allah tunjukkan,Rahsianya yang tersuratAllah nak bagitahu,Tarikh 8 Mei itu kita akan ziarah arwah buat kali terakhirAllah nak bagitahu tarikh 7 Mei itu,Arwah dah pegi buat selamanya..Allah nak bagitahu,Tarikh 8 Mei itu,Arwah dah direhatkan dan tak sempat jadi kem kom..Disaat Ummah memerlukan diaDisaat dunia masih menginginkannya,Allah telah memanggilnyaKini tibalah masa untuknya rehat...So, kita teruskan perjuangan...jangan pernah berhenti selagi punya kudrat berdiri..Disini ku titipkan video khas..Video ini dibuat untuk slot khas semasa munajat peperiksaan sambil menginsafi diri yang alpa..



Al Fatihah...
















Wednesday 14 January 2015

Baitul Muslim vs Baitul Haraki


Bismillah,

Allah kalam itu lafazkan terlebih dahulu.. meletakkan kalimah Allah yang utama kerana Dialah pemilik segala ilmu..Moga ilmunya serta perkongsian ini mampu memberikan kekuatan dan berkah disebaliknya Amin...

Baitul Muslim vs Baitul Haraki...

Dari segi maksud hampir sama tapi jauh bezanya dari segi penilaian serta penghayatannya..

Entah angin apa yang membuatkan aku terfikir slogan ini. Aku senyum sendiri..

Dari jauh aku melihat sepasang suami isteri. Tenang melihat mereka dengan anak2 berjalan mengisi ruang cuti mereka...beberapa ketika pula aku melihat ada sepasang suami isteri yang asyik merajuk dan dipujuk. Ada juga pasangan yang ku lihat mengisi setiap masa dan waktu mereka bersama-sama.

pokok kata, setiap masa dan ketika sentiasa dengan suami.

Aku menginsafi keadaan itu. Ku tenung langit semahunya..ku pandang ombak dihadapanku.. Hatiku tenang..Aku berfikir, adakah kehidupanku kelak seperti itu. masaku bersama bakal suami sentiasa full..

Aku berfikir lagi...

Aku teringat pesanan seorang kakak, taujihat darinya banyak menyedarkan serta mengajarkan aku erti hidup.

" Semua orang boleh berbaitul muslim, tapi tak semua dapat merasai erti berbaitul haraki."

Semua orang Islam yang berkahwin itulah baitul muslim tapi berbeza dengan baitul haraki.

Baitul haraki menuntut sebuah pengorbanan yang lebih tinggi..kehidupan perkahwinan yang tidak akan sama seperti orang lain.

Berbaitul haraki!!

Bersedia untuk ditinggalkan
Bersedia untuk mengecap kesunyian
Bersedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah
Bersedia untuk merasa susah
Bersedia dengan air mata
Bersedia dengan segala perasaan

Amat menyeramkan..Tapi itulah dia baitul haraki.

Mataku berair, rupanya mataku menangis. Merah lagi mataku. Aku berfikir dan terus berfikir..

Proses penantian dan persediaan ini membuatku banyak mentarbiyyah diriku sendiri untuk menjadi seorang isteri kepada seseorang yang telah meletakkan janjinya kepada Allah semata, seseorang yang sememangnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah untuk diqiyadikan.

Selang beberapa ketika, Allah menguji jiwa dan perasaanku lagi bilamana seorang sahabat bertanyakan kepadaku akan poligami..

Poligami, suatu benda yang menakutkan bagi seorang wanita sepertiku.

Persoalannya

" Azma, enti tahu bakal suami enti orang yang macam mana. dia orang hebat."

Aku senyum dan menjawab dengan hikmah

" Belum tentu bakal menjadi suami ana enta, segala perancangan Allah yang atur"

Dia senyum

" Ana tahu..tapi enti kena lebih bersedia dari sekarang. Sebab persoalan yang ingin ana tanyakan pada enti ini lebih kepada kehidupan enti."

Senyum dan mengiyakan..

" Apa tu?"
 " Enti, enti tahu bakal suami enti orang yang macam mana..ana ulang lagi..ditakdirkan enti sudah berkahwin dengannya hampir 10 tahun dan mungkin masa tu enti dah beranak pinak..tiba-tiba, sahabat enti yang paling enti rapat belum bersuami..adakah enti membiarkan sahabat enti seperti itu terus atau enti mengorbankan perasaan enti dan bersedia untuk mengambilnya sebagai sahabat madu enti dan berkongsi hidup dengan suami enti.."

Aku senyum dan menyandar ke belakang kerusi...

Dia bertanya,

" Ana bagi enti persoalan ini untuk berfikir..Habis perbincangan ni ana nak tahu jawapan dan pandangan enti"

Aku mengulas senyuman...Tiba2 hatiku terasa sayu..Ku pandang setiap ruang dihadapanku..
Aku keluar sebentar dari tempat perbincangan dan pergi keluar..

Aku memandang langit..Awan yang bergerak mengikut keselesaannya.. Matahari yang pada mulanya tegak ingin melabuhkan diri ke senja di ufuk. Menandakan wajah alam yang ingin bertukar. Malam

Argh!! Mataku berair lagi. Terasa mendalam benar persoalan itu. Ku berikan ruang pada hati untuk ditenangkan.

Langit itu ku pandang lagi..Mataku tunduk memandang lantai..Ku pandang lagi ke langit dan membiarkan mataku terarah..tiba2 fikiran menerawang memikirkan si dia yang juga milik Allah.

Mataku berair, kesekian kalinya ku pandang segala ruang di dada langit tanpa ada satu yang tertinggal..

Ku kesat air mata, ke pegang hatiku..Bibirku kembali senyum..

Bismillah..

Ku pandang langit, disebaliknya ada awan yang menghiasi..disebaliknya juga ada matahari yang meneranginya serta menemaninya..Tapi bukan selamanya matahari itu terus menerangi..dia harus ikut aturan pencipta  kerana malam itu bakal menemani langit..matahari harus akur dengan kehendak yang telah ditetapkan Allah padanya untu merelakan langit itu ditemani dengan malam dan sinaran bulan..

Aku senyum..aku sudah punya jawapannya..dan aku redha dengan jawapan dan kata hati yang Allah hantarkan padaku..

Aku teringat kata2 seorang akak..

" Dik, bila kita jadi isteri seorang pejuang ini..kita kena berlapang dada terima apapun yang Allah beri. Tugas kita adalah untuk menjadi tulang belakang suami dalam melebarkan perjuangannya, menguatkan semangatnya agar tak lelah dan gentar untuk tetap atas jalan ini.."

Dari dalam ku lihat sahabat yang mengutarakan persoalan itu..aku masuk kedalam..aku duduk dengan tenang..Benar seperti jangkaanku, dia datang dan bertanyakan soalan itu.

" Dah habis berfikir"
Aku Senyum..
" Alhamdulillah"

Apalah jawapannya..

Ku pejamkan mata, mengurut dada.. air mata pengorbanann semata2 tuk Islam tak seharusnya dibiarkan mengalir..

" Dia bukan milik ana. Bila dia jadi suami ana pun, dia bukan milik ana..tapi dia milik Allah n dia milik Islam..Paling dekat, dia milik perjuangan..sebelum ana bakal jadi isteri dia pun, awal2 dia dah jadi suami pada isteri dia yang tetap yang lebih melengkapkan kehidupannya..( Perjuangan )..
Ana tidak ada hak atas tu..Hidup ana dan dia Allah yang atur, tugas kami akur pada ketetapan Allah..tugas ana untuk kukuhkan pergantungan dia kepada Allah.

aku berhenti sekejap..aku senyum lagi

Kalau itu yang terbaik untuk perjuangan dan dia seorang yang bertanggungjawab..ana dengan rela hati benarkan diri ana untuk dimadukan..dan ana akan terus doakan suami ana moga terus kuat atas jalan ni..dengan hati terbuka dan lapang ana terima siapapun bakal madu ana.."

Ku genggam tangan dan jemariku..ku tundukkan pandanganku, ada titik air mata jatuh..ku genggam titisan itu..

Moga perjuangan ini bernilai ibadah..Kuatkanlah hati ya Allah untuk mempersiapkan diri menjadi seorang isteri pada perjuangan mahupun sebuah kematian..jagakanlah ibadahku,Al Quranku, amalku,lisan dan perjuanganku..

Untukmu bakal suamiku,

Moga Allah terus menguatkan dirimu atas jalan perjuangan...Aku tidak inginkan apa-apa, cukuplah sekadar aku membantu melengkapkan dunia perjuanganmu walau harus lelah itu menjadi pendampingku..itu sudah memadai dan cukup besar untukku sekiranya dapat berbakti denganmu...

Tak mengapa andai aku ditinggalkan sunyi dan kehidupan kita kelak tak sama seperti kehidupan perkahwinan orang lain..asalkan kau menang dalam membantu agama Allah dan menghadiahkan pahalamu pada keluarga kita kelak..

Buatmu bakal suamiku,

kehidupan perkahwinan dalam teratak haraki ini bukanlah untuk mencapai keseronokan semata2, bahkan ia adalah satu wadah untuk kita lebih bekerja keras membantu agama Allah..mogakan dengan pengorbanan ini, kita dapat meluaskan kembali empayar Islam yang jatuh oleh tangan2 yang tidak berkemanusiaan..Mogakan dengan tadhiyyah ini, satu wadah untuk mendidik generasi anak2 kelak..mogakan lahir diabad itu anak2 persis Al Fateh..

Amin..

14 januari 2015 ( Rabu) 4.52 pm

Tuesday 13 January 2015

Senja Murobbi


14 Januari 2015 :

Bismillah, kalam itu ku rakamkan dahulu dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat Iman dan Islam yang hingga kini masih mampu ku rasai betapa damainya perasaan itu..

Ku hembuskan salam rindu buat Nabi Saw, teladan dan suri kehidupan Ummah. Buat para sahabat yang memperjuangkan Islam itu hingga kini, tak mampu ku nilai betapa titis peluh yang mengalir ditambah dengan jasad yang sentiasa dirobek dan dicalar dengan hunusan pedang berbisa itu..itulah yang membuatkan aku mampu menghirup angin Islam.

Infiiru!!!

Keberangkatan mereka memperjuangkan Islam  untuk dibandingkan dengan diriku.Terasa benar kerdil diri..Allahurabbi, .betapa lemah dan kerdilnya diri berhadapan dengan yang Maha Pencipta..

Apa khabar dirimu mujahadahku sayang, sedar tak sedar hampir 3 hari rupanya aku berada di bumi Kampus Kent, Bumi Pentarbiyahan untukku mendidik diriku menyempurnakan segala amanah dan seruan Nabi saw.

Sepanjang ku berada disini, tiada apa yang ku fikirkan..hanyalah memikirkan apakah cara untukku membawa adik2 sabah untuk mengenal nikmat Iman dan Islam sebenar..Hatiku rasa benar gentar dan terasa sayu jiwa memenuhi ruang jiwa. Apapun, Be Strong Azmalina. Seorang muslimah haraki yang merelakan dirinya ditarbiyyah tidak boleh kalah dan kena kuat untuk berada di atas jalan perjuangan ini.

Untuk melahirkan dan membentuk generasi Ummah yang akan bekerja untuk Islam sememangnya direntang dengan segala duri, kelelahan, kelemahan dan juga ketakutan.. jadi itu adalah satu perkara biasa dalam dunia perjuangan..

so, now let's direct to the point..

Aku ingin berkongsi satu perkongsian berkaitan dengan Ayahanda Imam As Syafie..

 Sejak kecil lagi Imam Syafie mempunyai impian dan cita-cita untuk mempelajari ilmu agama hinggakan belum pun mencapai usia 14 tahun, beliau telah meminta izin daripada ibunya untuk mengembara dalam mencari ilmu. Ibu Imam Syafie merupakan seorang ibu tunggal yang telah lanjut usia dan Imam Syafie merupakan satu-satunya anak yang dimiliki. Setelah menyampaikan hajatnya, Imam Syafie sedar raut wajah ibunya berubah seolah-olah ada kekusutan yang bertandang.
Lalu berkatalah si anak, “Ibu sayang, kalau keinginan saya untuk pergi ini membuatkan ibu berasa risau, saya akan menarik kembali hajat ini, dan akan berpuas hati dengan apa saja ilmu yang akan dapat saya belajar dari kawasan tempatan. Jadi saya dapat berada di sisi ibu dan sentiasa menghambakan diri kepada ibu.”
Tiba-tiba air mata mula menitis dari kelopak mata si ibu. “Tidak anakku, bukanlah itu maksudku. Sebenarnya apa yang engkau minta adalah jawapan kepada impianku dan doaku selama ini terhadapmu. Ibu sentiasa berjaga malam, memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada anak kesayangan ibu kemahuan untuk belajar tentang Rasulullah SAW, supaya Dia kurniakan kepadamu keinginan menuntut ilmu yang akan menerangi jalan makhlukNya. Cuma, yang merisaukan ibu, ibu tidak ada apa-apa untuk diberikan kepadamu sebagai bekal. Tiada apa di rumah ini dapat ibu berikan untuk memenuhi keperluan perjalananmu.”
Tetapi ternyata wanita itu mempunyai ketegasan dan kekuatan dalamam yang amat tinggi. “Baik anakku, janganlah dirimu takut. Allah SWT akan membekalkan kepadamu dengan secukup bekalan dan akan sentiasa memenuhi keperluanmu. Pergilah anakku, ibu menyerahkanmu kepada pemeliharaan Allah SWT. Ibu yakin Dia tidak akan mensia-siakan dirimu.”
Subhanallah, betapa besar pengorbanan si ibu, sebesar cita-citanya yang menginginkan si anak menjadi seorang yang berilmu. Lalu bergeraklah Imam Syafie dengan hanya berbekalkan semangat menuntut ilmu yang tinggi bersama redha ibu tercinta.

Ternyata, perjalanan ilmu yang ikhlas itu suatu yang berkat. Perjalanan Imam Syafie dipermudahkan Allah SWT apabila seorang tua sudi untuk menumpangkannya dari Mekah ke Madinah. Dan di Madinah Imam Syafie menuntut ilmu daripada Imam Malik dan selepas beberapa bulan beliau meneruskan kembara ilmunya ke Iraq, Iran dan Baghdad serta berguru dengan ramai lagi tokoh-tokoh ulama’ yang terkenal.

 KEKURANGAN BUKANLAH ALASAN
Antara kisah yang terkenal dalam kembara beliau, ketika pertama kali di Madinah, Imam Syafie yang ketika itu berada di Masjid Nabawi telah mendengar pengajaran hadith oleh Imam Malik. Secara diam-diam Imam Syafie duduk di satu sudut lalu mengambil seutas rami dan setiap kali Imam Malik meriwayatkan hadith, Imam Syafie akan membasahkan rami itu dengan mulutnya lalu menulisnya di atas tapak tangan kiri. Setelah sesi pengajaran itu tamat, Imam Malik yang telah memperhatikannya memanggil Imam Syafie.
Berkatalah Imam Malik, ”Kamu seperti orang baik, tetapi ada satu kelakuanmu yang pada saya kurang baik untuk dilakukan. Semasa saya meriwayatkan hadith Rasulullah SAW, kamu terus bermain dengan rami dan tidak mendengar dengan penuh hormat.”
Lalu dengan hormat dan rendah diri Imam Syafie menerangkan, ”Saya bukanlah bermain-main. Sebenarnya saya telah menggunakan rami itu untuk menulis di atas tangan saya supaya saya dapat menghafal apa yang telah diajar. Saya tidak ada apa-apa alat untuk menulis dan dakwat, jadi saya telah membasahkan rami itu dengan mulut saya dan selepas menulis ia pun kering dan tiada apa yang dapat dibaca lagi. Alhamdulillah saya telah dapat menghafal kesemua hadith-hadith tadi.”
Hal ini telah memeranjatkan Imam Malik, maka Imam Malik meminta Imam Syafie mengulangi hadith-hadith yang diajarkannya tadi dan ternyata beliau telah menghafal kesemuanya!
Sepanjang kembara ilmunya, Imam Syafie telah ditawarkan dengan pelbagai jawatan-jawatan penting dan harta kekayaan, namun segalanya ditolak agar fokusnya untuk menuntut ilmu tidak lari. Sehinggalah ketika beliau kembali semula ke Madinah untuk bertemu gurunya, Imam Malik yang dikasihinya. Imam Malik yang ketika itu dilimpahi rezeki hadiah daripada anak muridnya serata dunia, menghadiahkan Imam Syafie pelbagai “buah tangan” mewah, daripada kuda-kuda Khurasan, keldai-keldai Mesir, pakaian-pakaian berharga, makanan-makanan sehinggalah kepada beg-beg yang dipenuhi wang ringgit.
KASIH MENUJU AKHIRAT: PERANAN IBU DALAM MENDIDIK ILMUWAN HEBAT
Setibanya di Mekah dengan perasaan yang terlalu rindu kepada ibu tercinta yang telah ditinggalkan selama bertahun-tahun, Imam Syafie lantas mendapatkan si ibu yang telah berusia. Orang ramai yang berkerumun kelihatan sungguh gembira namun insan yang dirindui ternyata tiada senyuman pun terlukis. Apabila ditanya, berkatalah si ibu, “Apakah dirimu masih ingat anakku, apabila engkau meninggalkan ibu, ibu tidak membekalkan apa-apa kecuali dua pakaian Yaman yang ibu berikan kerana semangatmu untuk menuntut ilmu. Dan ibu tetap menghantar kamu walaupun engkau adalah satu-satunya anakku dengan harapan engkau mengkayakan dirimu dengan pelajaran hadith Rasulullah SAW. Apakah engkau fikir ibu menghantarmu untuk kekayaan dunia? Apakah yang engkau bawa balik ini adalah untuk menunjuk-nunjuk kekayaanmu dan merendahkan sepupu-sepupumu?”
Imam Syafie tergamam. “Betapa zuhudmu pada harta kekayaan dunia dan betapa dalamnya penghormatan ibu kepada ilmu agama, betapa kepercayaanmu tiada hadnya kepada Allah SWT.” Lantas dengan izin ibunya, Imam Syafie menyedekahkan kesemua harta yang diperolehi beliau sehingga tidak berbaki waima satu dinar!
Berkatalah si ibu, “Sekarang ini, anakku, kamu akan memasuki teratak burukmu itu dengan keadaan sama seperti kamu meninggalkannya dahulu. Tetapi kini di sana akan ada satu cahaya yang mana belum pernah menyinari teratak itu sebelum ini. Anakku tersayang, Allah SWT telah pun memberi cahaya kepadamu dengan cahaya ilmu dan ibu tidak mahu cahaya itu nanti akan menjadi gelap gelita disebabkan oleh tarikan dan godaan kecantikan dunia yang sekejap ini.” 
KESUNGGUHAN, AKHLAK DAN PENDORONG

 Saya terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu tertunduk malu menginsafi diri…
Benar, besar peranan seorang bonda untuk menjadi PENDORONG dalam melahirkan insan-insan yang hebat, di mata masyarakat dan yang paling penting hebat sebagai mukmin bertaqwa pada pandangan Allah SWT. Semoga Allah memberikan kekuatan dan jalan untuk diri ini menjadi ibu solehah yang sentiasa dapat mendidik zuriat yang dilahirkan agar menjadi insan bertaqwa dan mujahid mujahidah yang tegar berjuang untuk Islam, insyaallah.
Sungguh, kembara ilmu itu tidak akan pernah berhenti, menuju akhirat destinasi abadi…
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah (ilmuNya dan hikmahNya). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Luqman: 27)
Mari mengembara ilmu!!!