Powered By Blogger

Monday 18 June 2012

Jihad Cinta

Erm...kalau dulu sya cuma menghasilkan cerpen dan sajak.kali ini teringin pula nak berjinak-jinak dengan dunia penulisan novel pula..huhuhu..amin mohon doa dari semua. penulisan kali ni berkisarkan JIHAD CINTA,nak tahu ceritanya..jum baca!!!



  Entah bila semua ini terjadi , aku sendiri jahil dalam pengertian ini.. awan berarak mengikut rentaknya.mentari  bersinar gah disebalik awan.SK Mawar riuh-rendah dengan anak-anak kecil yang ingin menuntut ilmu.diwaktu itu ,  umurku baru  12 tahun masih segar lagi diingatanku, waktu itu ada seorang pelajar baru masuk ke kelas 6 al Bukhari.
 “ wei!!budak baru masuklah usik Nasrul sambil menyiku lengan Nasyriq.”
“ iya kan..kau tengok dulu tu , diam aje orangnya..”
Rakan-rakan sekelas hanya mampu melihat. Yang duduk bersebelahan pelajar baharu itu ada yang sempat berkenalan maklumlah duduk dalam satu kumpulan.
“ woi!! Cikgu Norziah masuklah !!” kedengaran suara Tika memecah kebisuan dalam kelas tersebut.
“ Assalamualaikum semua..”
“ waalaikumsalam cikgu” ucap murid 6 Al Bukhari tersebut dengan penuh bersemangat
“ semua siap kerja matematik yang cikgu bagi??” soal cikgu Norziah kepada mereka.
Cikgu tersebut sememangnya terkenal dengan sifat garang dan jarang senyum.
“ wei Azni kau dah siap ke kerja cikgu ni??bisik Ain perlahan
“ sudah!!kau belum siap lagi ke?
“ belumlah,aku betul-betul tak ingat??Macammana ni Azni??matilah aku kali ini..”
Kedengaran suara Ain seolah-olah putus asa lantaran ketakutan
“ Ain kau tengok buku aku ajelah,lagipun sikit lagi kan yang mesti kau buat.lagipun cikgu tu kan periksan dari meja ke meja , kau sempat lagi tu buat, sekarang ni meh ambik buku aku , kau copy aje senang cerita.”
“ thanks Azni,kaulah kawan aku paling baik”
“ iyalah tu , salin cepat nanti tak pasal-pasal dengan aku  sekali kena denda , siap kau???” Azni memberi amaran dengan nada gurauan.
Sekelas Azni cukup senang dengan sifatnya yang cukup peramah .kenakalannya bergaul juga dengan sahabat-sahabat sekelasnya membuatkan Azni tak kering gusi . namun begitu semenjak awal tahun Azni berubah menjadi seorang yang pendiam.sehinggakan tiap hari ada sahaja Nasrul tak henti-henti dari mengusiknya agar kembali seperti dahulu.
“ hah Azni!!mana buku matematik kamu??ke kamu tak siap lagi kerja yang cikgu bagi??
Hish!!matilah aku kali ni , mana Ain ni tak bagi lagi buku aku..
“ Errr saya??saya??saya??”Azni gugup secara tiba-tiba
“ Apa saya?? Saya? Berdiri sampai habis masa!!”
Habis sahaja kelas matematik tersebut…
“ Azni aku minta maaf ya , pasal aku kau berdiri sampai habis masa.aku minta maaf banyak-banyak.”air mata Ain mula kelihatan di bening matanya.
“ Sudahlah!benda dah jadi Ain biarlah..dahlah tak payahlah nangis , lagipun bukan selalu aku berdiri , sekali-sekala”
“ betul ni kau tak marah kat aku?”
“ taklah Ain , kalau aku marah sapa nak jadi kawan aku , teman aku pergi kantin , teman aku pergi bilik guru…em..takpalah Ain , bukan salah kau pun”
“Ok!! Kita kawan yea”
“ ok!!”
“ Azni kesian kan kawan baru kita tu , diam sangat.”
“ habis tu kau nak buat apa Ain , nak berkenalan?jom!!”
“ kau biar betul ni Azni “
“ iyalah!!jom”
Sampai sahaja di meja sahabat baru mereka itu , dua pasang sahabat mula menemubualnya.
“ kau dari mana”Azni memulakan persoalan
“ dari Pulau Labuan”shafiq lebih selesa menjawab sepatah yang ditanya sepatah itulah yang dijawab.
“ oh ya..aku Ain, Marhain Mazni??kau??”
“ Muhammad Shafiq”panggil Along aje
“oooo..Ni sebelah aku ni Nurul Azni Shafiqah , tapi kelas panggil dia Mak Minah”Ain ketawa sendirian
“ iyalah tu Ain , kau tulah Mak Minah!!dahlah emm..Along kan nama kau??emm..tak payah hirau tul burung satu ni..kerja dia melalak aje sampai esok..kalau kau dengar pagi subuh ayam melalak tu , hah!!sebelah aku nil ah..”Azni sengaja menimbulkan keadaan seperti itu agar shafiq selesa dengan mereka.
“iyalah Tu Azni!!”
“Panggil aku Azni aje cukup..”emm..tak payahlah diam sangat , nanti kau kena buli dengan student sini..kena tegas sikit!!”
Tidak lama kemudian , Nasrul masuk ke kelas.
“ oh Azni!!!nak pikat Shafiq ke yea??”
“ mengadalah kau Nasrul!!aku cili mulut kau , sebulan kau tak makan” sindir Azni dengan nada yang selamba
“  kenapa sebulan pula , setahun kan best!!”Nasrul mentertawakan Azni yang kemerah-merahan wajahnya.
“ mengada betul la penyapu satu ni” Azni mendengus tanda tidak puas hati.
“ Dahlah Azni tak payah kau hirau” jom!!ajak Azni.
Sememangnya Azni terkenal dalam kalangan sahabat sekelasnya seorang yang pemendam. Suasana kelas itu menjadi hingar kembali setelah tamatnya waktu rehat.
“ Hoi kawan-kawan!!nak tau tadi Azni berkenalan dengan Shafiq budak baru” Nasrul mengenakan Azni..
Hahhahahhah!!!
Budak kelas 4 BUkhari menjadi riuh , shafiq hanya mendiamkan diri.
“ Wei Nasrul , salah ke kalau kami berkenalan dengan dia.Shafiq pun bukan sesiapa dengan kita.Dia akan jadi kawan kita. Yang kau tak puas hati sangat dengan Azni ni kenapa hah??” luah Ain tanda tidak puas hati.
“ Ala ain, yang kau bising sangat apa hal?? Mak Minah tu diam aje , kau pula yang melebih” Shikin  membela Nasrul dan teman yang rapat dengan mereka.
“ dahlah Ain tak payah hirau diorang tu , bukannya bagi manfaat pun”.
Sindiran Azni membuatkan Nasrul tidak berpuas hati.
Sepanjang proses PNP pada hari itu , suasana menjadi tegang.masing-masing sibuk membawa haluan masing-masing.
“petang ni kau plan nak buat apa Azni.??
Soalan Ain membuatkan Azni tersentak
“ tak pasti lagi lah Ain,kenapa??” balas Azni selamba.
“ owh!! Tak da lah saje aje Tanya.”
“ oklah Ain semua orang dah balik dah, aku balik dulu yea”
“ ok!!”
Hah!!jangan lupa buat kerja cikgu Norziah , nanti esok aku lagi kena denda, esok no excuse tengok buku lagi.” Amaran nakal Azni disertai dengan kerlingan mata yang manis.
“ ok lah Mak Minah!!jangan risau esok confirm siap!!”Ain menjawab dengan penuh yakin.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampong menuju rumahnya , Azni banyak diam. Fazilah yang duduk disebelahnya menyiku lengannya.
“ Hoi!! Yang kau ni kenapa Azni dari tadi berkhayal sendiri!!” Fazilah tiba-tiba menyergahnya
“ tak adalah Ila. Aku biasa aje , cumanya aku geram betul dengan Nasrul tadi.yang kau pun tak bela aku langsung” kedengaran dengusan Azni tanda putus asa
“ hmmm, aku bukan apa Azni , kang kalau aku ikut sekali , ada yang nangis nanti , bukan kau tak tau aku , sekali bercakap , mesti ada nangis.” Kata Ila tanpa segan silu
“ hmm ya lah..cumanya bukan apa aku kesian tengok..”
Belum sempat Azni meneruskan katanya,
“ oo mesti si Shafiq ni kan..oo mesti kau suka dia ni kan”Ila menyakat Azni
“Hoi!!! Kau ni kalau tidak melibatkan suka-suka tak boleh ke??nak aku terangkan kat kau , kita ni masih sekolah rendah , mana cukup syarat..apa lah kau ni , akil baligh pun belum lagi.” Azni cuba mengenakan Ila tanpa segan silu.
“ iya kan , betul kau cakap..apa yang kau kesiankan sangat kat Shafiq tu. Aku tengok biasa aje”
“ memanglah biasa sepupu cik oi..masalahnya terlalu pendiam sangat , bukan kau tak tau kawan kita macam spesies Nasrul tu , suka sangat buli orang , aku tak hairanlah kalau dia buli shafiq.”tapi kesianlah..
“ iya kan??hmm…habis tu kau nak buat macam mana??”
“ Aku tak taulah Ila , aku ni pun bukan baik sangat , jahat lagi tu..hari tu dah masuk kes disiplin..tapi kalau kes yang hari tu , aku tak hairanlah..budak tu yang tiba-tiba fitnah aku.free-free kena touching dengan guru disiplin.”
“ entahlah Azni biarlah tu , kes lama kita tutup lah , kalau ingat nanti kita sakit hati pula dengan budak kelas sebelah tu.”
“ hmm iyalah..eh dah sampai pun kita , ok jumpa esok kat kelas sepupuku.”
“ Ok!!beres sepupuku!!”
  BERSAMBUNG......???:)

Thursday 14 June 2012





Dahulu aku amat merindui detik aku meneruskn jihadku dalam pembelajaran..aku amat menanti detik lamaran ku diterima untuk menyambung pengajianku di bumi Anbiya'..saban waktu doa itu tak pernah putus dalam diriku..aku menanti dan terus menanti..aku bersungguh-sungguh dalam jihad pembelajaranku..
terasa sekali kecemburuan dalam hatiku melihat senior-seniorku menyambung pengajian dari bumi sahabat tersebut..perlbagai andaian menerjah di kotak pemikiranku..
Satu hari aku nyatakan kecemburuanku pada Murobbiahku
" Ustazah mungkinkah saya boleh meneruskan jihad di bumi palestin.."
tenang sekali MUrobbiahku itu menuturkan persoalan padaku...
" Kenapa Azini nak sangat g bumi Anbiya' kan kat Malaysia pun boleh meneruskn pengajian??"
aku tak tahu kenapa masa tu aku terasa sekali dengan kata-kata Murobbiahku..
" sebenarnya Ustazah bile sebut berkaitan jihad ilmu , semua orang boleh mendapatkannya..semua orang boleh melakukannya..hatta tanpa dipaksa pun semua orang boleh melakukannya..siapa yang tak nak kejayaan dalam jihad ilmu ustazah..
saat itu aku terdiam sejenak , ku tersukan jua biarpun air ini mula mengalir..
tapi bila sebut jihad yang sebenar , jihad Fillah..pengorbanan jiwa raga..tak semua boleh melakukannya,tak semua sanggup menerimanya,tak semua sanggup mengumi Agalasnya..hanya insan yang terpilih sahaja ustazah..
belum sempat aku mneghabiskan ayat ku , ustazah menambah..
" kan kat sini pun boleh jihad Fillah..membantu sahabat2 kat sini pun dah dikira jihad dah tu.."
ustazah masih cuba menguji pendirianku..
tapi aku tetap aku ,pendirianku takkan pernah surut..
" memang ustazah kat sini pun boleh jihad..tapi x sama dengan jihad ke bumi anbiya'..aku leraikan kekusutan yang bermain diminda..
" Apa yang tak samanya Zini.."
" ustazah kat Anbiya' tersimpan kemas sejarah perjuangan para sahabat..hatta tempat perjuangan para nabi..kat Bumi Anbiya' terasa sekali roh perjuangan para sahabat..tak dinafikan kat sini kita juga merasai roh perjuangan tersebut seperti rohnya perjuangan para sahabat zaman dahulu.saya teringin sekali nak pergi lawat makam para sahabat..nak sangat menyaksikan tempat dimana berlakunya jihad..tempat yang mengajar saya erti semangat juang..tempat yang walaupun jauh mengajar saya seribu satu erti semnagat jihad..tempat yang mentarbiah saya untuk teruskan jihad kat bumi SMK Serdangi..tempat yang sering menjadikan peringatan buat saya..tempat dimana saya berikrar untuk syahid dijalannya..tempat yang membuatkan jiwa saya bulat pada perjuangan semata-mata.."
" sungguh saya rasa amat bersyukur biarpun kaki belum lagi menjejakkan kaki ke bumi bertuah tu , saya telah mempelajari banyak perkara..banyak tarbiah yang saya peroleh..tempat dimana islam pernah diatas..Subhanallah ustazah!!saya..
aku terhenti berkata-kata....
" Azini kalau betul niat kamu ke sana untuk memantapkan perjuangan kamu , ustazah doakan moga dipermudahkan Allah taala..sebenarnya ustazah sengaja nak menguji pendirian kamu terhadap soalan-soalan ustazah..ustazah yakin kat kamu..walau kamu dicaci , dihina , dipulau , dan pa pun ujian yang Allah beri..ustazah yakin kamu akan mampu menggalasnya..ustazah yakin dengan kepimpinan kamu dalam memimpin sekolah ini hatta menjawab persoalan yang diberi pada kamu ustazah dah nampak kesungguhan kamu pada perjuangan..percayalah kalau kamu mengharapkan syahid insyaAllah dengan izinnya kamu pasti dapat..ustazah yakin melalui harapan kamu , tempat itulah yang memberikan kamu seribu satu inspirasi dalam meneruskan perjuangan..temapt itu juga lah yang mengajar kamu erti cekal,cekal pada ujian dan pengorbanan..
" Azini , kita manusia sentiasa mengharapkan apa yang kita inginkan kita akan perolehi tapi tak semua yang kita inginkan kita akan dapat..tu yang kita kena ingat..ingatlah walau dimana pun kita berada , hidup kita kerana Allah..bila mana kita sandarkan semua pada Allah , kesakitan itu akan bernilai sebagai ibadah..kerana ia amat manis sehingga tak terasa lagi kesakitan..
Aku melihat wajah ustazah merah..mungkinkah ustazah menangis keranaku..
" apakah yang menyebabkan engaku menangis ustazah.."
" Azini , tangisan ustazah kerana kebahagiaan..ustazah bersyukur dipertemukan dengan kamu , tak semua yang mengerti maksud berjuang..dalam manusia leka dengan hiburan dunia..rupa-rupanya masih ada lagi insan yang menyedari hidup takkan lama..hidup diakhir zaman..'
" Azini, sejujurnya ustazah terharu dengan pengorbanan sepatutnya pengajian kamu di sekolah agama hinggalah kamu tamat SPM..tapi kerana permintaan Murobbi dan Murobbiah kamu untuk menghantar kamu ke bumi Sekolah menengah biasa ini..kamu sanggup menggalasnya..kamu sanggup menerimanya..kamu sanggup korbankan kebahagiaan kamu di sana.."
belum pun sempat ustazah meneruskan kata-katanya , aku telah menambah..
" Ustazah, saya teringat dalam satu hadis ( takkan sempurna iman kamu sebelum kamu mencintai saudaramu melebihi dari dirimu sendiri..)
"ustazah permintaan itu bukanlah permintaan dari Murobbi ataupun Murobbiah saya, tapi ia adalah permintaan Allah Taala..dah sampai masa saya ustazah..mungkin sebelum ini saya banyak bergembira tanpa memikirkan masih ada lagi orang lain memerlukannya..macam yang ustazah katakan tadi dimana pun kita berada , disitulah kita berjuang..ustazah mungkin kali pertama saya pergi ke sini sini saya terima kejutan budaya, tapi hal tu dah lama saya atasi..semua tu didikan yang Allah bagi kat saya untuk menjadikan saya lebih cekal..bukan asyik terhibur semata-mata.apa pun yang terjadi ustazah saya rasa bersyukur kerana terpilih ke sini..kat sini saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi jiwa remaja..saya kena membantu sahabat-sahabat saya kat sini untuk kembali mengenal Allah Taala..saya tak boleh biarkan orang sekeliling saya terus hanyut..sedangkan saya tahu tapi saya tak sampaikan..maka dosa pada saya ustazah..


" aku terbayang kembali bagaimana saat aku diminta untuk masuk ke bilik disiplin sekolah..disitulah wajah-wajah murobbi murobbiahku menyampaikan amanah padaku yang harus digalas sebaik mungkin..
" Azini kami disini telah sepakat untuk menghantar kamu ke sekolah menengah biasa.bukan maksdunya kami tak sayangkan kamu , tapi kerana sayangkan kamu maka kami menghantar kamu ke sekolah itu..jangan risau Azini , pembelajaran agama dan bahasa arab kamu akan kami uruskan..sama macam sekolah agama juga jadualnya..
tergamam aku pada mulanya dengan permintaan itu..tapi ku pujuk hatiku..
" kenapa saya ustaz..??ujarku dengan teresak-esak..
" bukan kami yang pilih kamu tapi Allah yang pilih..kami hanya wasilah.."
" Azini , kami pilih kamu sebab nilai murni yang ada pada kamu..melalui akhlak kamu sahaja warga sekolah ini sudah jatuh sayang pada kamu..melalui kepimpinan dan kecekalan kamu juga membuatkan kami yakin kami tidak salah menghantar kamu ke sana..
Azini..ingatlah , hidup kita tuk berjuang..bukan berfoya-foya , bukan pentingkan diri sendiri..bukan sibuk membelai diri..
" Percayalah walaupun sekolah itu cukup terkenal dengan kes-kes malahan mendapat tempat yang pertama dalam masalah disiplin peringkat daerah..kami yakin kamu mempu mengubahnya berbekalkan dengan usaha dan nilai murni yang ada pada kamu..tidak semua terpilih azini , bertuahlah kamu kerana Allah telah memilih kamu untuk meneruskan jihad..Azini kami memilih kamu bukan memilih sesuka hati seperti beli barang tapi berbekalkan istikharah..Murobbi dan Murobbiah disana memerlukan kamu untuk membantu mereka.."
" Ya Allah besar sekali harapan mereka..ya Allah mampukah aku untuk menggalas amanah ini..Ya Allah cekalkah aku hadapi situasi ini.."
" Ustaz dan Ustazah..dengan nama Allah yang menciptakan saya..sebelum saya menjawab soalan ini..
" saya nak utarakan satu kalimah mujarab dari Allah melalui kalamnya yang tercinta..
Surah Al Baqarah ayat 256..
( boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara tapi ia buruk bagimu , dan boleh jadi kamu membenci sesuatu itu tapi ia baik bagimu..)
Ustaz dan ustazah..terima kasih kerana mendidik saya selama ini,sudi berkongsi ilmu , sudi mendengar luahan saya yang tak pernah putus..saya terima permintaan ini dan saya bersedia menggalas amanah ini..
Terima kasih Azini..
Ustazah kita berterima kasihlah pada Allah..doakan moga kekuatan saya terus mara seperti maranya perjuangan para sahabat di bumi Anbiya'..doakan moga saya secekal para sahabat..sanggup syahid atas nama Allah..doakan moga akhlak saya terpelihara disana..
InsyaAllah Azini..moga Allah merahmati kamu hendaknya...amin..
kenangan itu masih terimbau-imbau lagi di benakku..tarbiah yang mengajarku dimasa lalu..Subhanallah!!!
"Azini ok ke tak ni.."ustazah dihadapanku merenung aku dengan penuh bermakna..
Ustazah doakan saya..mengalir air mataku..
ustazah memelukku dalam dakapannya..
" yakin dengan Allah anakku , Allah sentiasa bersama para hambanya tak kira tempat dan masa..yakin dengan Allah anakku..ustazha doakan moga kamu mendapat syahid seperti yang kamu inginkan..
ustazah doakan moga Allah merahmati air mata kita menangis kerananya..
Aku berasa aman dalam pelukan ustazah..
akan kuteruskan perjuangan sekalipun aku terpaksa mengorbankan harta dan jiwaku....
aku teringat ayat keramat yang hingga hari ini aku semat dalam perjuaganku..

wahai para pejuang ,
maralah ke hadapan.
.kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran..
korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
..ayuh kita bersatu..
kita gempur hingga penghujungnya.
.Ayuh bersatu demi Allah.
.kita bgkitkan kmbali Islam..dengan izinnya.

aku terpujuk dengan kata-kata ini..

Ya Allah andai takdirku bertemumu usiaku muda ,
Angkatlah rohku dalam makna perjuangan,
cetusan - cetusan air mata di kalam usia,
Menagih petunjuk dan tawakalku padamu,
Aku serahkan masa depanku padamu,
Kerana aku sudah jatuh cinta dalam kalimah cintamu,
Sifatmu yang indah lagi menawan,
Mencairkan lagi taman imanku ini..
Apalah erti diriku ini tanpamu Ya Allah,
Andai aku ditinggalkan tanpa roh cinta kepadamu,
Angkatlah rohku dalam Aqidah perjuangan ini,
Tika aku pergi menuju cintamu..
Amin Ya Rabbal alamin


Tuesday 12 June 2012

Duhai Hati

Assalamualaikum sahabat blogger yg dikasihi Allah Taala....
Apa Khbr smua??harap2 sihat hendaknya...

   emm..lama  tak menulis n berkarya..ilham pun makin susah tuk dirobek-robek,tapi kali ni aku menatap satu lagi karya yang cukup menyengat jiwaku...berkenaan dengan hati..kadang-kadang kita tertanya-tanya samada kita termasuk dalam golongan munafik atau seperti apa..percayalah duhai rakan - rakanku, tanyalah hatimu kerana itu yang hakiki,situlah lahir kebenaran yang padu...


Duhai hati..
Ingin kulihat dirimu detik ini..
Dan aku, ingin lebih mengetahui isinya..
Yaa.. karena aku yang merasakannya..

Begitu banyak hal yang membuatku ingin bermuhasabah diri dan lebih banyak berdiam..
Tentu saja menangis..

Entahlah..

Teringat kembali dosa-dosa-dosa-dosa-dosa-dosa dan dosaku
Teringat tangisan saudaraku yang rintihannya menembus langit..
Teringat air mata pengemis yang tidak bisa aku beri..

Dan disini, aku hanya bisa terdiam
Aku terpatung menunggu waktu
Dan mungkin saja aku tak memiliki waktu untuk menjalani apa yang aku harap
Lakukanlah..!!
Lakukanlah apa yang kau mau selama masih dalam ridhoNya..

Selanjutnya... 



Apa yang aku perbuat ketika mengetahui teman-teman dekatku berpacaran?
Apa yang sudah aku lakukan untuk meyelamatkan saudaraku?
Aku hanya bisa terdiam lagi..
Menutup mata dari apa yang aku ketahui
Apa aku munafik?
pura-pura tidak mendengar, bahkan tak mendengar apa yang mereka perbuat
Seakan-akan "mengiyakan" 

Duhai Allah..
Sebegitu banyakah hal yang tak pantas untuk menjadi indikasi bahwa aku hambaMu?
Sebegitu liarkah imajinasiku hingga aku tidak layak menjadi ummat kekasihMu?
Tuntun aku untuk menjadi lentera..
setidaknya bukan lilin yang dapat menerangi sisi gelap, namun membakar dirinya dalam kemunafikan..
Buka Lilin..!! 

Dan disini, aku hanya punya pena kecil..
Dan apa yang aku tulis, dari hati..

Disudut ruang hati ini, biarlah aku menangis sepuasnya..
Tak perlu kalian peduli..

Tak perlu kalian kasihani..
Karena aku mengasihani diri sendir

Monday 11 June 2012


WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DPPM Category: Politik dan Gerakan
Published on 20 December 2011Hits: 954
Print
Semua umat manusia di muka bumi ini adalah bersaudara sekalipun berlainan rupa dan bahasa, bersatu atas dasar 'saudara senasab' yang bapanya bernama Adam A.S, dipilih oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dan dari aspek nasab ini juga, fahamilah bahawa bangsa Melayu sebenarnya adalah saudara kepada bangsa Cina, bangsa India, bangsa Arab, bangsa Eropah dan seluruh umat bangsa termasuklah bangsa Yahudi. Sekalipun hubungan 'SAUDARA SEAQIDAH' tidak mungkin selama-lamanya akan wujud antara pemeluk agama Islam dan penganut agama Kristian, tetapi hubungan kedua-dua agama terbesar ini wujud dari sudut nasab yang sama iaitu Adam A.S. Sabda Rasulullah S.A.W, "Manusia (semuanya) berasal dari Nabi Adam A.S (sulbi yang sama), dan Adam itu dari tanah" - Musnad Imam Ahmad
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mainstream yang agak keterlaluan malah tidak benar berlaku di tanah Melayu apabila Islam dijadikan barang dagangan untuk melaga-lagakan penganut agama lain. Identiti dan semangat  yang dilaungkan pula bukan kerana kefahaman dan ilmu, tetapi lebih kepada nafsu dan doktrin yang lahir dari parti perkauman yang dangkal. Pernahkah kita terfikir Baginda Rasulullah S.A.W mengalami kesukaran yang berganda-ganda mengajak manusia memeluk Islam, ketika itu jumlah umat Islam di aras kadar minoriti. Sedikit, tidak ramai seperti hari ini. Tiba-tiba jumlah kita yang ramai ini hanya mencalar keunggulan dakwah yang telah ditempa dan dirintis ribuan abad oleh Rasulullah S.A.W dan generasi Para Sahabat.

Islam bukan agama perkauman, bukan juga paksi kepada permusuhan. Islam adalah agama fitrah bagi sekalian manusia, kerana itu setiap umat manusia berpotensi untuk memeluk Islam jika mereka benar-benar menggunakan akalnya untuk berfikir tentang kejadian alam semesta.
Tetapi musuh Islam tidak pernah berhenti untuk menafikan ke-universalisme Islam. Maka Islam sering dicemar dengan label-label perkauman seperti the Saracens, Moors, Tatars, Turks, Gazan, Uighur dan sebagainya. Pernah di Eropah satu ketika dahulu, orang yang memeluk Islam disebut turned Turks (menjadi Turki). Manakala dalam konteks rantau ini, mereka yang masuk Islam pula disebut masuk Melayu.
Begitu juga Islam sering ditohmah dengan paksi kepada keganasan. Islam dan Kristian sebagai contoh, sering diibaratkan bagai api yang membakar dan ranting kayu yang kering, apabila disatukan ia akan marak membesar sehingga tidak terkawal. Dua agama terbesar ini dianggap sering bermusuhan, berperang, ibarat pertembungan Sultan Salahuddin dan Guy de Lusignan, Sultan Yusuf Tasyifin dan Alfonso. Tetapi sedarkah kita, tokoh-tokoh mujahid tersebut memperjuangkan Islam bukan kerana bermusuh dengan orang yang agama Kristian, tetapi adalah kerana mempertahankan hak dan menghentikan kezaliman yang bermaharajalela.
Darihal itu keadilan Islam dapat dipersaksikan di sekalian wilayah dan benua. Keadilan itu jugalah yang akan menghasilkan manusia-manusia yang akur dengan keesaan dan keluhuran Zat Allah Taala yang menjadikan Islam sebagai risalah ke-Rasulan Nabi Muhammad S.A.W.
Keadilan Islam bukan warisan Roman Justice, iaitu keadilan yang hanya diperuntukan buat bangsa Rom. Tetapi keadilan Islam didasari oleh norma-norma etika samawi yang murni yang  mengiktiraf karamah insaniyyah tanpa mengira bangsa, warna dan bahasa. Di-naqal Ibn Asakir di dalam kitabnya, 'Tarikh Dimashq' bahawa Abu Ubaidah R.A telah mengundurkan para tenteranya dari wilayah Hims, Palestin ke kubu terkuat masing-masing selepas tentera Rom berkumpul di kota Yarmouk untuk menyerang Islam. Lalu Abu Ubaidah mengarahkan pegawai-pegawainya memulangkan jizyah dan kharaj yang dikutip dari kaum Zimmi. Abu Ubaidah juga memberitahu kepada kaum Zimmi yang menduduki Hims bahawa orang-orang Islam tidak boleh lagi melindungi mereka setelah jizyah tersebut dipulangkan kembali.
Maka menangislah penduduk Kristian yang tinggal di daerah tersebut sambil berkata, "Wahai jemaah Islam! Kamu semua yang paling kami kasihi berbanding Rom walaupun mereka saudara seagama seperti kami. Kamu (tentera Islam) sangat kami hormati kerana menepati janji, mempunyai belas kasihan kepada kami, kamu tidak melakukan kezaliman terhadap kami dan bersikap adil ke atas wilayah kami, sebaliknya -tentera Rom - selalu menindas urusan dan penempatan kami". [Rujuk Tarikh Dimashq, Ibn Asakir (14/130). Futuh Al Buldan hlmn.137].
Begitu juga ketika Amru bin al ‘Ash berjaya membuka Kota Kaherah. Beliau telah menulis surat kepada seluruh penduduk Mesir sebagai janji yang bakal ditunaikan apabila Islam menguasai negara tersebut.  Surat tersebut berbunyi, "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ini adalah (amanah) yang akan ditunaikan Amru bin al 'Ash ke atas penduduk Mesir agar mengecapi suasana aman makmur; terhadap diri mereka, pegangan mereka, harta-harta mereka, gereja (tempat ibadat) mereka, keturunan, sumber rezeki mereka di daratan dan di lautan. Aku tidak akan menganggu sesuatupun dari hak mereka dan aku tidak akan menguranginya" - Tarikh at Tobari, jilid 2:513-514.
Jadi pengembangan dakwah yang berlaku seterusnya dalam sejarah seperti itu terhasil dengan keberkesanan akhlak, sikap, disiplin yang dimiliki oleh umat. Bukan hanya memerintah dan cakap tak serupa bikin.
Islam telah berjaya mencairkan hati masyarakat non-Muslim yang kemudiannya memeluk Islam dengan penuh redha dan keyakinan. Dalam peristiwa lain ketika umat Islam berada di dalam peristiwa hijrah pertama, Rasulullah S.A.W mengarahkan beberapa orang Sahabat berhijrah dari Makkah ke Habsyah. Seorang Raja Kristian bernama Najasyi telah menerima rombongan-rombongan Rasulullah tersebut agar dilindungi dari kekejaman kafir Quraish. Kata Najasyi kepada Amru bin al 'Ash (ketika itu masih belum memeluk Islam) dan Abdullah bin Rabeah, "Sesungguhnya (apa yang dibacakan Jaafar bin Abi Talib) ucapan ini adalah kebenaran yang dibawa oleh Nabi Isa A.S yang tentunya berasal dari sumber yang sama. Demi Allah, aku tidak akan menyerahkan mereka sama sekali kepada kalian berdua selama aku masih hidup".
Benar, sejarah telah membuktikan perang Salibiyyah berlaku antara Islam dan Kristian, akan tetapi ke semua tujuan peperangan yang diarahkan oleh Allah Taala kepada umat Islam adalah demi mempertahankan wilayah, aqidah, hak dan keadilan sesama manusia. Bukannya membinasakan seluruh orang yang tidak beriman kepadaNya berdasarkan pepatah, 'berpatah arang berkerat rotan’, 'membujur lalu melintang patah'.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Barang siapa yang terhalang untuk berlemah-lembut, maka ia terhalang untuk mendapatkan segala kebaikan" - Sahih Muslim

Islam Bukan Agama Kekerasan

Secara normatif, Islam tidak menganjurkan atau mendorong umatnya melakukan kekerasan, baik terhadap sesamanya mahupun terhadap penganut agama lain. Islam tidak mengajar umatnya untuk memeras ugut, memaksa penganut agama lain supaya akur dengan dasar-dasar keimanan agama Islam. Firman Allah bermaksud, "Dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman seluruh manusia di muka bumi seluruhnya. Tetapi adakah kamu hendak memaksa manusia agar mereka menjadi orang-orang yang beriman?"-Surah Yunus:99
Allah Taala menegah perbuatan 'ikrah' - bentuk paksaan sebagai jalan untuk menghasilkan 'keimanan'. Islam mengajar umatnya 'berperang' terhadap sesuatu kumpulan ataupun kaum BUKAN KERANA PERBEZAAN AGAMA, tetapi apabila Islam dimusuhi, diinjak, ditindas, ataupun sesuatu kelompok yang mengisytiharkan pendirian untuk memerangi Islam, baharulah umat Islam wajib mengangkat senjata. Justeru itu, umat Islam sepatutnya menggunakan seluruh kesempatan dan ruang waktu aman yang diberikan untuk berdakwah.

Objektif Penulisan Ini

Bagi maksud penulisan ini, beberapa konsep tasawwur dakwah perlu kita kaji mulai hari ini untuk memastikan fungsi dakwah mampu berkompetisi dengan zaman dan tuntutan-tuntutannya, perubahan serta kondisi global-nya. Konsep ‘Al Ukhuwatul Muwatinun', ‘Al Ukhuwatul Insaniyyah' dan 'Dar Al Dakwah', adalah antara label-label kontemporari yang diwujudkan oleh intelektual Islam abad ini antaranya Dr. Yusuf al Qaradhawi, Dr. Solah Sultan, Dr. Muhammad Imarah, Dr. Akram Kassab dan ramai lagi.
Konsep-konsep tersebut amat penting difahami kerana ia menghasilkan intipati pemikiran pendakwah yang bergerak seiringan dengan check-point kebangkitan Islam. Sebelum ini, tasawwur dakwah dalam ruang lingkup tradisi umpamanya menggunakan istilah ahlu Zimmah, Dar Al Harb dan kafir Harbi sehingga menimbulkan implikasi yang agak signifikan kepada umat Islam dan telah diaplikasikan sejak berkurun tahun dahulu. Ingin dijelaskan di sini, bukanlah bermaksud tradisi ilmiah tersebut salah, tetapi dalam ruang massa yang kian terbuka, kita perlukan tajdid haraki sehingga membolehkan dakwah itu benar-benar berperanan ke semua peringkat. Dakwah for All untuk merealisasikan Islam for All.
Apatah lagi setelah Perang Dunia ke-2, Khilafah Islamiyyah telah berpecah, kucar-kacir berlaku di negara Islam di setiap belahan dunia. Oleh itu, gerakan Islam pada hari ini perlu beroperasi dalam ruang lingkup tasawwur yang lebih bersifat universal dan terbuka terutamanya apabila mendepani isu pluraliti kaum, agama dan warganegara.

Ukhuwatul Muwatinun (Saudara Senegara)

Hari ini apabila ditimbulkan hak-hak kaum minoriti di sesebuah negara yang majoritinya penduduk Islam, ramai yang mengklasifikasikan kaum minoriti non-Muslim ini sebagai ahlu Zimmah. Menjelaskan konsep ahlu Zimmah dalam konteks masyarakat pada hari ini, Dr.Yusuf Al Qaradhawi di dalam bukunya ‘Ad Din wa al Siyasah' berpandangan bahawa konsep istilah ini sekarang lebih bersesuaian digantikan dengan 'Al Ukhuwatul Muwatinun'. Pandangan ini dilakukan kerana istilah ahlu Zimmah asalnya terpakai kepada kaum minoriti yang membayar jizyah untuk mendapat jaminan perlindungan manakala pada hari ini kaum minoriti seperti di Malaysia adalah berbeza. Masyarakat non-Muslim di Malaysia bukan lagi kaum zimmi, dan ini adalah suatu pengkategorian yang sudah kehilangan justifikasi kesejarahannya.
Ketika era pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al Khattab, Khalid Al Walid pernah mengatakan kepada beberapa komuniti penduduk zimmi bahawa, "Sekiranya kami melindungi kamu maka kami berhak mendapatkan jizyah. Jika tidak maka kami tidak berhak memperolehinya". [Rujuk Tarikh At Tabari jilid 1, hlmn.2055].
Malah pemerintah Islam berhak membatalkan jizyah kepada non-Muslim jika mereka menunjukkan kesetiaan kepada negara, mempertahankan negaranya yang sama dihuni oleh umat Islam. Maka istilah 'al Ukhuwatul Muwatinun' ini dilihat mampu memberikan tasawwur baru kepada method dan pendekatan dakwah kepada golongan non-Muslim.
Malah lebih jauh lagi Dr.Yusuf Al Qaradawi menyebut bahawa warga non-Muslim sebagai saudara ketika merujuk kaum Kristian Koptik (Qibti) dengan sebutan 'Ikhwanuna Al Aqbat', manakala Dr.Akram Kassab dengan istilah 'Ar Rabitah al Wataniyyah'. Dalam penghujahan ini mereka merujuk sejumlah ayat dari surah Al Shu'ara (Rujuk ayat 123-124 dan 160-161) tentang hubungan ukhuwwah di antara Para Rasul (Nuh, Hud, Soleh dan Lut) dengan kaum mereka (kaum 'Ad, Tsamud dan sebagainya), di mana sejumlah besarnya kufur dan mendustakan Para Rasul.
Namun demikian Al Quran menyebut hubungan antara Para Rasul dengan kaumnya yang kufur tersebut sebagai hubungan saudara. Maka di sini menunjukkan bahawa Islam tidak sekadar memperakui persaudaraan seaqidah yang lazim kita fahami. Persoalannya, bersediakah kita untuk mengatakan Ah Chong yang tinggal di Pulau Pinang, dan Muthusamy yang tinggal di Batu Caves sebagai ‘saudara’ senegara kita?

Al Ukhuwatul Insaniyyah (Saudara Sesama Insan)

Antara tohmahan yang kerap dihadapkan kepada Islam adalah ketidakupayaan syariat untuk melindungi hak-hak asasi manusia. Tohmahan ini juga merupakan salah satu faktor menjadikan dakwah Islam dilihat tidak bersifat universal dan sering mendapat tanggapan yang salah di mata umum. Persepsi seperti ini boleh diperbetulkan melalui konsep 'Al Ukhuwatul Insaniyyah' yang diterapkan kepada seluruh anggota pendakwah. Bertepatan dengan ruh ayat 70 surah Al Isra' yang bermaksud, "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam".
Ayat ini dengan tegas mengatakan bahawa Allah memuliakan manusia dan mengiktiraf hak-hak asasi yang sebahagian besarnya adalah menjadi kewajipan setiap individu. Melalui intipati ayat ini, gerakan dakwah dan juga apa sahaja aktiviti dakwah perlu memberi perhatian dalam melindungi dan memperjuangkan hak-hak asasi manusia agar dapat dilihat keadilan ajaran Islam itu secara hakiki. Ini kerana Islam tidak pernah menyetujui sempadan kesukuan yang sempit. Maka, tidak ada golongan yang diunggulkan semata-mata kerana darah keturunan, ataupun warisan yang dipusakai dari bapanya.
Keunggulan bukan hak eksklusif golongan tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua golongan manusia yang sanggup memenuhi syarat. Keunggulan seperti itulah yang menjadi syarat di dalam surah Ali Imran ayat 110, "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik".
Keunggulan yang mendapat pengiktirafan Allah dalam ayat tersebut memiliki tiga syarat :
  • Komitmen terhadap nilai-nilai kemakrufan.
  • Berjuang menentang gejala kemungkaran.
  • Beriman dengan Allah dengan sebenar-benar keyakinan.
Dar Al Dakwah

Menyentuh kepada konsep 'kenegaraan', istilah tradisi yang sering digunakan bagi membezakan daerah penduduk Islam dengan bukan Islam ialah  dar al harb. Melalui konsep ini jugalah timbulnya istilah kafir harb yang sering di-salah fahami bukan sahaja masyarakat non-Muslim malah komuniti Muslim juga turut menerima tempias yang sama. Lebih malang lagi apabila istilah ini dipolitikkan demi kepentingan parti. Maka secara tidak langsung istilah-istilah ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang kurang matang kepada kesuburan dakwah.
Dengan tidak menafikan keabsahan istilah kafir harbi, dar al harb, dar ahdi, dar maslubah dan sebagainya berasaskan isu-isu lain, akan tetapi bergerak di dalam ruang lingkup tasawwur yang menganggap warganegara non-Muslim itu sebagai kafir yang diperangi menjadi satu permasalahan yang sangat besar implikasinya. Dari hal ini istilah Al Ukhuwatul Muwatinun, Al Ukhuwatul Insaniyah dan Dar Al Dakwah wajar dijadikan tasawwur dakwah masa kini. Tasawwur dakwah yang bersifat universal dan kontemporari inilah yang akan dapat memberikan nafas baru bagi setiap gerakan yang ingin memacu kredibiliti dakwah di persada antarabangsa terutamanya dalam membina attitude umat Islam terhadap penganut agama lain. 

Penutup

Apa yang telah disebut tadi hanyalah sebuah konsep baharu yang sebenarnya telah lama diaplikasikan, cuma mungkin ia tidak disedari oleh kita. Begitupun konsep-konsep baharu yang disebut adalah secara ringkas, sedang kehendak dan akhlak seorang pendakwah adalah teras utama dalam melaksanakan tugas maha berat ini. Kita tidak sepatutnya merasa terpencil, kerana usaha dakwah mestilah dilaksanakan secara berjamaah dengan gerak kerja yang tersusun demi menjamin mobilasi-nya bergerak dengan baik. Firman Allah Taala, "Dan jika kamu tidak lakukan (amanah berdakwah sebagaimana yang diperintahkan) ini bererti kamu tidak menyampaikan  amanah risalahNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia..." - Al Maidah:67

MAAF AKU TIDAK DAPAT MENCINTAIMU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..












   Mereka bertemu setelah memeterai 'janji' untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah. 

"Moga Sakinah boleh menjadi pelengkap hidup saya nanti" kata Farid kepada bakal isterinya, Siti Nur Sakinah. 

"Insya Allah abang, saya akan berusaha menjadi isteri yang taat dan solehah" balas Sakinah. Pertemuan di rumah bertemankan anak saudaranya, begitu hening dan damai. 

"Jangan banyak berjanji, takut tak tertunai. Cukup beritahu abang yang Sakinah akan buat yang terbaik dalam hidup. Itu sahaja" Farid seperti mengingatkan. 

Bertemu dalam satu 'gelanggang' perjuangan yang sama sangat mengujakan. Masing-masing dengan aspirasi dan teori dakwah serta impian kasih-sayang yang tinggi melayang. 

Walaupun Farid seorang yang dihormati di kalangan sahabat-sahabatnya. Dia pernah memimpin ketika di kampus dahulu. Namun, dia tidak 'meninggi diri' tatkala berkata soal kehidupan realiti. 

"Abang pilih Sakinah kerana perjuangan, kerana kehidupan abang penuh perjuangan. Sebab itu abang tak mengharap apa-apa pada Sakinah" kata Farid kepada isterinya suatu hari. 

"Maksud abang? Abang tak cintakan Sakinah?" soal Sakinah. Begitu naluri wanita

"Bukan begitu sayang. Abang sayang Sakinah. Abang harap Sakinah boleh menyayangi kehidupan abang sepertimana abang menyayangimu" balas Farid. Syahdu seketika.

Selepas empat tahun, setelah kelahiran anak ketiga mereka, Farid semakin sibuk menguruskan kehidupan, keluarga dan dakwahnya. Seperti biasa, kerja dakwah sangat banyak berbanding keluarga. 

Farid masih lagi utuh menjadi manusia, daie dan pejuang yang istiqamah.

Kehidupan mereka sedikit sebanyak berubah. Sakinah sudah mula merungut akibat kepulangan Farid yang selalu sahaja lewat, tengah malam. 

"Abang, kalau boleh janganlah pulang lewat sangat. Tak kasihan pada anak-anak? Sakinah?" tegur Sakinah. 

"Maaf sayang. Abang ada urusan mesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam parti tadi. Kebetulan selepas itu ziarah sahabat yang baru sahaja kehilangan anaknya dalam kemalangan" jawab Farid perlahan. Dia menarik nafas sedikit kerana kepenatan baru pulang. 

Jam di dinding berlalu menunjukkan 1.30 pagi. 

"Urusan, urusan juga, tapi jangan sampai tinggal keluarga.." jawab Sakinah semula. 

"Abang bukan tinggal terus sayang, hm..tak apelah usah dipanjangkan ya, Insya Allah abang cuba buat yang terbaik" kata Farid. 

Suatu hari, anak ketiga mereka jatuh sakit. Demam panas. 

Setelah dua minggu di hospital, keadaan semakin kritikal. Demam panasnya memberi kesan kepada jantung dan paru-paru. Peluang sembuh hanya 20 peratus.

Tanpa diduga, Allah lebih menyayangi anaknya. 

"Abang, kita dah hilang seorang anak kita.." ujar Sakinah sedih. 

"Allah uji kita. Moga diganti dengan yang lebih baik. Kita redha dengan takdir ini sayang" balas Farid menenangkan isterinya. 

"Saya tidak mahu kehilangan abang pula" kata Sakinah lagi. 

Selepas kehilangan anaknya yang ketiga. Farid pasrah. Perjuangannya dan kehidupannya. Semua itu menyesakkan dadanya. Benarlah kadang-kala keluarga menjadi sebahagian dari halangan perjuangan. 

Namun ia juga adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah. 

"Sakinah.. Abang mohon maaf seandai tidak menjadi suamimu yang baik" Farid berkata suatu ketika. 

Dia menyambung, " Sesungguhnya, abang memang menyayangimu.." 

"Terima kasih abang. Sakinah juga sayangkan abang.." jawabnya. 

"Tetapi, abang tidak dapat menyintaimu" balasnya. 

Sakinah terdiam. 

"Jika memilih antara perjuangan, abang tidak dapat menyintaimu seperti mana orang lain bercinta" tambahnya lagi. 

"Maaf takrifan cintaku begitu. Abang sayang padamu, tetapi abang tidak dapat menyintaimu.." 

"Abang..." sayup suara Sakinah. 

Farid semakin jauh.. 



best tak..bestkan kalau baca baca tul2 menyengat di jiwa..huhu..emm..ni mehnah n tribulasi dalam perjuangan..kdg2 pa yg kita inginkn dimasa hdpn len yg jdi..buat rakan seperjuanganku..sebagai persediaan tuk menghadapi mehnah n tribulasi ini...
  karya ini hasil daripada ilham seorang akhi yang amat ana segani perjuangannya..keteguhannyannya dlm melayari akidah perjuangan penerus risalah NAbi Saw..emm..semoga memberi iktibar pada kita semua.. especially tuk mujahidah mawar berduri di sana tak terkecuali dengan diriku sendiri..semoga kita bersdia tuk mghadapinya di masa akan dtg.. 
amin ya rabbal alamin..
pantang menyerah selagi belum berjuang..InsyaAllah