Powered By Blogger

Friday 7 December 2012


  Siapalah aku untuk mengharapkan permata padahal aku ini hanyalah pasir. Terima kasih wahai Tuhanku kerana hadiah dan titipkan perasaan fitrah ini dalam diriku. Terima kasih juga atas ketenangan ini.
  Tidak ku harap pada kesempurnaan mahupun kekacakannya atau seumpamanya. Cukup bagiku agamanya. Mana mungkin aku akan sia-siakan nikmat perasaan yang kau berikan ini ya Allah.. Akan ku tunggu dan nantikan Adam yang kau titipkan  itu wahai Rabb berbekalkan doa dan solat.Aku akan cuba untuk memperbaiki sahsiah dan kepimpinanku agar kesolehan itu kelak menyenangkan hatinya.
  Adam itulah yang membuatku tersedar. Dan Adam itulah yang telah menjawab persoalan dan Kau titipkan dia menjadi perintis pada jawapan alam. Aku hargai nikmat dan Adam yang Kau titipkan itu.
  Aku akan cuba Ya Allah membimbing diriku dengan akhlak kekasihMu Rasullah. Tapi , andai suratannya bukan dia untukku taati kelak , pujuk dan rawatlah hatiku kembali untuk menerima hakikat.
  Akan ku simpan dan digunapakai nasihatnya untuk tidak berharap dengan siapa2 kerana hatiku tetap milik pencipta iaitu Engkau Yang Maha Agung. Aku akan pegang kata-katanya Ya Allah! Kini, aku akan cuba bangkit kembali menjadi muslimah dahulu agar kehadiranku kelak seandainya ada tidak menyusahkan dia.        
   Permudakanlah urusanku ya Allah untuk kembali mengembara memungut ilmu walau di tepi jalan. Aku rindu menjadi pengemis di jalanan ilmu , di jalanan dakwah , dijalanan kembara solehah , dijalanan terbitan kasih sebuah ukhwah.
  " Maafkan aku Adam kerana tidak menjawab persoalan. Aku tidak berani menyusahkan dikau wahai Adam dengan mehnah dan ujian yang ku hadapi.Ujian itu titipNya buatku , biarlah aku  sendiri cuba meredahnya dengan semangat. Terima kasih kerana sudi mendoakan agar diriku peroleh seseorang yang lebih baik. In Shaa Allah , telah ku temui dan aku yakin pada janjiNya. Aku harap Allah mengizinkan agar hati ini kan terus setia dalam doa. In Shaa Allah. Aku akan usaha agar tidak mudah jatuh dengan nama  cintanya lelaki. Doakan aku biar tidak secara lisan dan bicara , cukuplah keikhlasan dalam doamu agar Adam lain jauh dan tidak berani mendekatiku. Doakan agar fitnah dari Adam lain pergi dan berlalu bak pasir yang ditiup. "

  Terima kasih ya Allah kerana aku yakin andai dialah ketenanganku , maka dialah yang tebaik yang pernah kau titipkan. 

 Mujahadah! doakan hatiku kuat.. :)

 


  Assalamua'laikum mujahadah cintaku?? ^^ malam ni diriku ingin mencoret lagi diruangan comelmu. Berapa lama air mata itu ku cuba tahan dalam empangan di beduk mata ,kini mengalir lagi. Tahukah dikau wahai mujahadah , apa yang ku fikirkan dan apa yang ku rasakan??
  Ya! Pastinya kau tidak mengetahui kerana tika ini hanya aku dan Rabb yang tahu. Tapi aku berkongsi juga dengan dirimu kerana dikau sebahagian komponen mahupun enjin dalam diriku. Penulisan dan dakwah itu matlamatku. Islam itu seiring denganku.
  Aku yakin inilah sebaik-baik keputusan. Bukan mudah bagiku melakukan usaha ini , jiwaku terhimpit mujahadah. Hanya Allah yang tahu betapa aku dalam ketakutan berdepan dengan mata-mata Adam yang sering mendesak dan memaksa. Hatiku bayu wahai mujahadah. Bukanlah ketegasanku seperti pahlawan mukminin Saidina Umar. Bukan! Aku bukan sepertinya. Aku bukan Saidina Abu Bakar, bukan jua Saidina Uthman dan Remaja terunggul Saidina Ali. FB? Aku terpaksa membiarkan ia andai dengan cara itu bisa mengurangkan.
  Mujahadahku,
 Tahukah dikau , melalui FB juga ukhwah aku dan sahabat cintaku renggang hanya kerana lamaran dari sahabatnya yang ku tolak. Erm , aku cuba meraih kemaafannya sebaik mungkin. Namun jika kemaafan itu harus ditukar ganti dengan lamaran , aku tidak bisa melakukannya mujahadah. Jujur, aku amat menyayangi ukhwah namun bukan itu caranya. Ukhwah bukanlah boleh dibeli kerana harganya tidak ternilai kerana datangnya dari lubuk hati yang dalam.
 Setelah ku fikirkan mujahadah , hati ini terasa sakit dan tersiat-siat. Tiap hari aku melihat Fb sahabatku sambil mataku kian membengkak. Aku rindukannya dan teringat janjinya. Apalah dayaku untuk membolakkan hatinya padaku. Untuk memuaskan hatiku sendiri , aku tidak berani membuangnya sebagai rakan FB ku. Aku terlalu takut wahai mujahadah. Hati ini pula yang kian lara menanggung derita melihat sindiran dan kata-kata yang buatku give up. Tidak sanggup mata ini melihat tiap bicaranya yang kadangkala aku rasa hipokrit. Astaghfirullah! hati manusia.Tidak!  Bukan hati , tapi nafsuku punya bicara. Pergilah dikau wahai nafsu! Ya Allah!
  Mujahadah , jika dengan ini caranya untuk memuaskan hatinya..aku redha jika aku harus terpinggir. Aku redha jika hati ini harus ku cagarkan demi sebuah ukhwah. Aku akan cuba sebaik mungkin. Jika dia selesa dengan membuangku , maka aku yakin di mahsyar kelak akulah yang pimpin dan genggam tangannya dahulu kerana rinduku padanya. " Ana rindu enti! Ana rindu ukhwah kita! Ana rindu mahabbah kita.!Enti janji takkan biarkan ana seorang melawan arus.!"
Huh! Mengeluh lagi.
  Janganlah mengeluh wahai diri. Kesat air matamu. kesakitan cintamu pada ukhwah tidak sia-sia.
Iya! Aku tahu mujahadah. sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku akan cuba menerima hakikat biar perit kerana aku tahu ada manis di penghujung.
 doakan ana mujahadah moga hati ini thabat dan tidak ada yang terluka dengan keputusan yang ana ambil ini. amin!

  

Tuesday 4 December 2012

Assalamua'laikum Mujahadah! Apa khabar dirimu? apa khabar hari-harimu? semoga sentiasa dirahmati oleh Tuhan sekelian alam iaitu Allah SWT. Hari ini diriku ingin mencoretkan sesuatu diruangan dirimu. kau harap ia mampu mengurangkan sedikit beban di hati. in shaa Allah!
  Aku seorang manusia. Penuh dengan khilaf yang tidak terhitung banyaknya. Terkadang aku bisa tersedar dengan apa pun tarbiah Allah yang mengetuk hati. Dahulu aku pernah terfikir akan Facebook. Pernah terdetik di mindaku. terlalu banyak yang ku postkan.kata-kata nasihat dan sebagainya. Aku pernah terfikir untuk deactivatekan FB tersebut. mengenangkan tugasku bahagian multimedia , dan usrah online serta hari ini maklumat-maklumat semua diperoleh melalui FB. Niatku terbantut untuk melakukan hal tersebut. aku bukanlah segagah mana. Gagahku bukanlah seperti pahlawan badang yang sering digembar-gemburkan dalam cerita dongeng.
  Aku juga sedar ,  setiap apa yang terlintas di mindaku pasti akan ada orang yang akan menyampaikan hal tersebut itu kembali. sebagai contoh berkaitan post2 di FB , update status. Aku pernah terdetik akan statusku selama ini , kata-kata nasihat. Adakah aku mengambil semua nasihat tersebut dalam diriku atau mencurah air ke daun keladi sahaja. Jika ku hitung semua postku ,  aku menjadi malu pada keteranganku sendiri. menjadi malu pada tanganku sendiri. Menjadi malu pada bicaraku sendiri. Pokoknya semua aku menjadi malu.
  Inilah status dari seorang hamba Allah yang sempat ku copykan..status yang membuatku malu dan sedar.


Hampir empat bulan saya menahan diri dari mencoret sesuatu di 'dinding' sendiri.

Kadang-kadang ia sangat menenangkan, kadang-kadang juga membuatkan saya rasa keseorangan.

Menjauhkan diri dari laman sosial bermakna sedang meletakkan diri bersedia berhadapan persepsi manusia iaitu tidak sensitif isu ummat atau tidak ingat kawan.

Perhentian empat bulan itu, saya cuba maknainya dengan beberapa kali saya baca kembali dan renung segala apa yang telah saya tulis dan kongsikan sebelum ini.

Begitulah saya diajar, untuk menulis segala apa yang kita fikir, yang kita lontarkan dan yang kita kritikkan. Supaya suatu hari, kita belajar untuk sedar di mana sebenarnya kita berada.

Begitulah juga sebuah perjalanan, kadang-kadang perlu kita berhenti seketika. Kenalpasti takut-takut kenderaan yang kita pandu itu, ada yang perlu dibaikpulih.

Kalau yang perlu dibaikinya biasa-biasa, maka hentinya hanya sebentar. Tapi jika besar problem-nya, maka hentinya mungkin memakan masa.

Teruskanlah perjalanan sesudah ianya dibaiki. Terpulang laluan mana yang ingin kita lalui. Samada laluan yang berbeza atau kekal seperti asalnya.

Road maps nya telah Dia sediakan dalam Kitab-Nya yang pasti lengkap dan tidak menyesatkan.

Berjalanlah dan tebarkanlah kebaikan itu. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan (وإذا مسه الخير منوعا).
 

  Roda dunia!! segan aku pada kata-kata ini. Mujahadah Cinta. Doakan ana semoga ana dapat lawan semua ni. Doakan agar hati ini tetap thabat atas jalannya.

  

Friday 30 November 2012

Warkah Buatmu Adam

Wahai Adam,
lihat dan dengarlah,
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang,
namun janganlah enta bimbang...Ana di sini mampu menahannya
kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang
hambaNya mampu.


Diharap enta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta
sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua enta berada.Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu...


Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNyaAna serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana bukan jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana bukan cendekiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana bukan hartawan...diharap anta sanggup bersama


Yang Ana pinta bukan ketampananmu...
Yang Ana damba bukan hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana dah bersedia...
Ana layak untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai isteri kepada anta...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..


Sebelum kita diijabkabulkan...
Ana akan memberitahu satu rahsia,
Rahsia yang pahit untuk ditelan...
Sukar tuk Ana lupakan...Setelah Ana memberitahu rahsia itu...
Ana redha jika anta pergi ...
Ana redha jika anta membenci...
kerana...
Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Ana pasrah jika itu terjadi...
Ana pasrah jika itu takdir diri...
kerana...
Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...
kerana...
Ana mencari siapa yang ikhlas menemani...
Ana mencari siapa yang sanggup memberi...
Ana mencari siapa yang mampu menerima...
Ana mencari siapa yang pasrah dan redha...Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Ana akan berusaha membahagiakan anta..Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah anta bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...





Adamku ,

Jangan berani dekatiku jika hanya ingin bergembira sementara,

jangan berani senyum padaku jika hanya menambah panahan syaitan,
jangan berani meminjamkan smgatmu jika ia mengundang fitnah hati..
jangan berani dekati keluargaku jika ia hanya samar2,
dan jangan berani memanggil namaku dgn sapaan lembut jika ia bertujuan membuatku lemah,
dan sekali lagi aku ingatkan jangan pernah rosakkan kekuatanku jika ia menyakitiku..
hanya itu pintaku...
Ana doakan kebahagiaan anta..Bermohonlah padaNya selalu..
kerna cuma Allah yang mendengar isi hatimu..

Saturday 10 November 2012



     Assalamua'laikum..apa khabar coretan hatiku??
 Erm , hari ni Nur tiba-tiba rasa rindu nak mencoretkan sesuatu. nak tau tak  Mujahadah Cintaku, hari ini Nur rasa happy tapi dalam happy2 ni Nur rasa something yang hati Nur rasa sebak. nak tahu tak Mujahadah Cintaku , hal ini bukan sekali cuma tapi acap kali. bila Nur happy , sekejap sahaja lepas tu hati Nur akan terdiam sendiri.
    Mujahadah Cintaku , 
Rasanya entah ke berapa kali sudah ni Nur menangis. rasa sakit sangat. tapi bila jumpa Mujahadah hati Nur ni , Nur rasa happy sebab Mujahadah Hati Nur ni pujuk Nur supaya mencoretkan sesuatu kat ruangan comel Nur ni.kesian sangat kat Mujahadah Hati Nur ni , asyik -asyik jadi bahan coretan.heheehhe :) , tapi tak mengapa. Cinta Hati Nur ni jangan risau ya. insyaAllah , selagi nyawa Nur masih ada , Nur pasti coretkan sesuatu yang bermanfaat.kalau pun ada , mungkin coretan luahan. nak tahu tak Mujahadah Nur , Nur buat semua ni supaya nanti bila Nur dah tak ada , Mujahadah hati Nur ni boleh tengok tiap hari , tiap masa , tiap ketika..nanti boleh ubat hati Mujahadah Cinta melihatkan tulisan Nur.^^
  Mujahadah Cintaku,
sepanjang kehidupan ni , Nur rasa bersyukur sangat sebab dilahirkan bukan dalam linkungan kesenangan. Nur tahu , setiap kesusahan pasti ada kemudahan. sampai sekarang Nur masih ingat kata2 nasihat Ustazah Nur.Nur rindu sangat nak jumpa uztazah tu lagi. Ustazah yg sudi menitiskan air mata tuk Nur. Nur rasa terharu. nak tahu Mujahadah Cintaku, Nur rindu nak dengar tarbiah ustazah.jauh sangat dah ustzah tu . Nur dapat berhubung dgn ustzah melalui telefon.itupun dah buat hati Nur rasa syukur sebab Allah sudi mengikat hati Nur dengan Ustzah tu.
  Mujahadah cintaku ,
dari kecil Nur rasa bersyukur biarpun mungkin x semua keinginan Nur tercapai.lagi buat hati Nur rasa syukur bilamana didikan yang Nur terima dari kecil hinggalah kini tidaklah sama dengan kawan2 Nur yang lain. dari kecil Nur dididik dengan didikan yang tegas dan kadangkala ketegasan tu buat hati Nur rasa takut.ketegasan tu lah yang menjadikan Nur seperti ini hari ini.Nur rasa bersyukur sekurang-kurangnya didikan tu menjadikan hati Nur seorang yang taat , tak berani nak lawan cakap keluarga ,insyaAllah akan Nur bawa ketaatan ni tuk pencipta Nur dan insyaAllah tuk bakal suami Nur yang entah Nur pun tak tahu siapa dia yang ditakdirkan untuk Nur taati sebagai seorang isteri kelak. Nur hanya mampu doa sahaja semoga didikan yang Nur terima selama ni boleh menyenangkan hati suami Nur.insyaAllah..boleh menjadi tempat suami Nur berpangku disaat hatinya lemah..insyaAllah.itu impian Nur menjadi seorang isteri yang dapat mengelap peluhnya disaat dia kepenatan dan mengesat darah yang berlumuran ditubuhnya seandainya tercatat dirinya sebagai pejuang Islam. InsyaAllah , doakan Nur ya Mujahadah Cintaku..
  Mujahadah cintaku ,
Nur sayang sangat dengan keluarga Nur. biar dari sudut zahirnya tampak tegas tapi hakikatnya hati diorang lembut sangat yang Nur rasakan tidak ada pada orang lain. Nur rasa terharu dan nangis bila teringat kata2 semangat tuk Nur bilamana Nur nak ambik exam. hati Nur rasa sebak sampaikan bila Nur terasa nak tidur jak Nur akan pastikan tengok dulu kata2 semangat yang family Nur bagi kat Nur. biar hanya mesej , hati Nur rasa tenang. bila Nur call , diorang tak sambut tapi hati Nur dapat rasakan harapan tinggi keluarga Nur yang nakkan Nur berjaya dalam hidup. Nur masih ingt lagi diorang cakap kat Nur time tu seminggu lagi Nur nak duduk SPM n nasihat ni berulang lagi waktu nak ambik paper Arab hari kedua exam kat kampus.

  " kakak!belajar baik2..kami tak minta pun kakak balas jasa kami dengan duit. bukan duit yang kami mau kakak. cumanya kejayaan kakak. kami mau kakak n adik2 sama dengan orang lain. kakak anak sulung kena tunjukkan contoh terbaik untuk adik-adik.sebab apa yang kakak buat tu lah yang akan adik2 ikut. kami doa dan berharap betul kakak dapat jadi seorang ustazah. bukan ustzah biasa , tapi ustazah yang dapat tolong keluarga dan orang lain.lagipun dalam keluarga kita tidak ada lagi yang faham agama secara betul.kakaklah tempat kami merujuk. belajarlah betul2.sebab ilmu tu lah yang dapat bantu kakak n adik2.kalau tiba2 dtg rasa malas ingatlah keluarga kakak.jangan dulu cari cinta ataupun berkawan2 istimewa dgn mlana2 lelaki. kakak fokus study dulu ,habis tu kakak mau fikir hal tu terpulglah. tapi kami akan harap juga smoga siapa pu jodoh kakak adalah orang yang baik juga. kami tau kakak baik , solehah , tak berani lawan cakap , x berani minta beli apa2..kami harap , akak dapat orang yang baik juga , yang sudi terima tiap kekurangan keluarga n kakak sndiri.yang mau jadi pemimpin untuk kakak n keluarga kakak nanty..itu jak harapan kami kakak. tengok kakak senang dan bahagia. kakak kena ingat jangan pernah kasi lupa diorang emak , iyang , anty2 , mama , bapa , adik2  tiap hari habis solat. kasi doa moga ahli keluarga kita diberikan hidayah oleh Allah.kakaklah harapan kami. kejayaan kakaklah yang dapat buktikan keluarga kita juga boleh berjaya. kami tau kakak baik , insyaallah doa kakak dimakbulkan."
   Mujahadah Cintaku ,
Nur tahu Mujahadah Cinta Nur ni memahami hati Nur. tapi Nur x dapat nak tahan sebak kat hati Nur bilamana teringat nasihat ni. besar harapan diorang lebih2 g bilamana keluarga Nur smua nak Nur sambung Master. Nur takut Nur tak dapat capai hasrat hati family Nur.tolong doakan Nur ya Mujahadah Cintaku.
Nur masih ingat lagi sayang waktu Nur tak dapat mana2 offer tuk smbg stdy..Nur nampak sangat kerisauan kat wajah2 family Nur.waktu tu Nur rasa Give Up. biarpun result ok tapi x dapat mana2 offer.hal tu buat hati Nur rasa risau.sampaikan diorang cakap kat Nur agar smbg kat kolej.Nur akur dgn kehendk tu biarpun hati teringin sngt nak masuk IPT. tapi berkat doa n kesungguhan dan keyakinan pada Allah , akhirnya Allah makbulkan doa Nur. Nur ingat g waktu tu hari khamis ptg..time tu busy cari barang bap nak flight g KUIS ahadnya..tiba2 atas kuasa Allah , Nur trima satu mesej." Tahniah anda telah berjaya dalam tawaran KPLSPM." waktu tu Nur tkejut tapi Nur x yakin , so Nur minta kat makcik tuk check betul ka tidk.bila makcik call ckp tahniah kat Nur. baru Nur tahu Nur tak berangan tapi kyataan. alhamdulilah.Nur bagitahu kat family , diorg snyum shaja..ucapan tahniah pun tak ada keluar dari bibir. Nur diam jak..Nur tahu family happy.bila balik kat umah , Nur nampak bonda duduk sndirian kat bilik. Nur masuk kat bilik , Nur nampak bonda menangis. bila Nur datang. terus jak bonda tarik Nur dekat dgn dia..Nur nampak merah mata bonda.Nur tak dapat nak cakap. apa yang Nur dapat kata , terima kasih sebab tolong doakan Nur jak.alhamdulilah tercapai hati bonda ingin melihatku bergelar seorang ustz..esoknya pula nikmat allah dtg lagi dgn tawaran UPU..alhamdulilah dapat kat UM dalam Asasi pendidikan Islam..tapi kerana sygnya bonda , aku akur menerima IPG sebagai tempatku menuntut ilmu..
   Mujahadah Cintaku ,
 kesian kat mujahadah..boring ka??ehhe..alhamdulilah x boring nk dgr lagi ya??erm..apa2 pun mujahadahku , nasihat itulah yg mnjadi kekuatan sbnr Nur untuk terus thabat atas jalan ni.Nur selalu doa n mengharap agar Nur dapat tunaika harapn keluarga Nur.Nur nak jadi cnth terbaik tuk adik2 Nur. Nur nak adik2 Nur bjaya , Nur sndiri yang kena corak kejayaan. Nur nak adik2 jdi anak soleh n solehah..Nur dulu yg kena jadi anak solehah. Nur nak adik2 x couple makanya Nur sendiri kena kuat lawan tiap perasaan yg dtg..pokoknya smua Nur yg kena jadi cnth dulu tuk adik2..doakan Nur ya Mujahadah Cintaku.
    Mujahadah Cintaku ,
Nur tahu diri Nur tidaklah sekuat mana. hakikatnya Nur perlukan orang juga untuk bergantung.kali ini Nur rasa selamat sebabnya ada bonda , ada keluarga tuk Nur pinjam bahu diorang..Nur tak tahu seperti apa jodoh Nur.tapi yang Nur harap , kalaupun ditakdirkan bakal suami Nur itu serius sangat macam atuk Nur..apa yang Nur harapkan adalah bakal suami Nur sudi pinjamkn bahunya tuk Nur berpangku dikala Nur buntu ,hilang semangat , sedih n semualah. Nur harap siapa pun bakal suami Nur tu , Nur harap si dia sudi nak bagi semangatnya sedikit untuk Nur.Nur tak pntgkan wajah tau kekayaan..apa yang Nur inginkan adalah agamanya , sebab Nur tahu Mujahadah Cintaku , dgn agama yg ada dgnnyalah Nur dapat bersama lagi dgn  keluarga Nur , dapat izin darinya untuk terus membantu adik-adik.Nur tahu dia akan sudi nak pimpin Nur supaya kelak kat syurga Nur dapat buktikan kat ayah n bonda , Nur boleh jadi anak yang baik. Nur tak tahu siapalah jodoh Nur. tapi hati Nur yakin sangat dia orangnya baik.yang menyanyangi keluarganya melebihi dirinya sndiri.seorang yang sudi nak bertegas dgn Nur kelak supaya x buat smthing yg boleh menyebabkan Nur dimurkai Allah. entah kenapa Mujahadah Cintaku , Nur dapat rasakan didikan dan bimbingannya kelak persis ayah n bonda Nur. jarang memujuk tapi sekali bercakap terasa kasih sygnya hingga hari ini.Nur tahu dia akan sudi nak pimpin Nur supaya kelak kat syurga Nur dapat buktikan kat ayah n bonda , Nur boleh jadi anak yang baik.
  Mujahadah Cintaku ,
erm , Nur nak berhenti dulu ya..sambutlah salam sayang dari Nur..insyaAllah ada kesempatan nanti Nur lawat Mujahadah lagi ya..syukran jazilan Mujahadah Cintaku sudi nak dengar luahan hati Nur. hati Nur dah rasa tenang. kurang sikit beban kat hati..syukran kathsir ya Mujahadah Cintaku. Nur nak tunaikan solat jap..nak jumpa Tuhan Mujahadah cintaku dan Nur..
Assalamua'laikum warahmatullah..

Thursday 8 November 2012


  Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kamu memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang pernah menjadi labuhan lelaki lain.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan?
Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad, yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi sekiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. 

Akan ku keringkan darah dari luka mu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kamu mencintai Allah dengan sepenuh hati mu kerana dengan mencintai Allah, kamu akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, bermesra dengan lelaki yang bukan muhrimnya, hilanglah harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah!

Wednesday 31 October 2012




jauh di sudut hatiku...


Assalamualaikum...

apa khabar mujahadahcintaku?
hari ini aku tidak tahu apa yang harus ku coretkan dalam ruangan dirimu kerana akal ku kosong dan hati ku terasa mati....
jadi..benarkan aku membiarkan jari ku menari-nari di ruang kecilmu untuk melepaskan luahan hati kecilku...
mujahadahcintaku...
dalam beberapa ketika ini, terlalu banyak perkara yang terjadi.. akal ku seperti mati untuk membuka simpulan masalah yang kian menjadi...

kosong............
maaf, aku sudah tidak mampu meneruskannya...
Biarlah pengalaman semalam mengajar aku erti tarbiah..
cukuplah kali ini aku tersungkur dgn namanya erti sementara..

Mujahadah Cintaku..
Akalku ligat imanku tunduk akur..
Aku redha apa pun yang berlaku..
biarlah diriku dibeli dengan harga nilaian iman..
biarlah diriku dilamar dgn perjuangan..
hati ini bakal ku rawat..
ku ubat ia dgn cintaNya..
semoga aku kuat hadapi ujian ini..
semoga aku bisa lagi menjadi muslimah..
jika ditakdirkan akan terus menanti..
jika tidak??
biarlah kenangan di pintu tarbiah..
Mujahadah Cintaku..
Kuatkan hatimu menghadapi ujian dariNya..
amin


DOA, TIDAK MEMERLUKAN MODAL berbentuk RM untuk dibayar. SESIAPA pun boleh berdoa…yang miskin, kaya atau yang sederhana.TAPI, doa sangat MULIA dan BERNILAI di sisi ALLAH. ALLAH SANGAT SUKA hambanya yang berdoa dan ALLAH SANGAT BENCI kepada hambanya yang MALAS MEMINTA. BERBEZA dengan manusia, SEMAKIN BANYAK DIMINTA, SEMAKIN RIMAS JADINYA...justeru..berdoalah! Ia TAK SUSAH…malah PERCUMA! ALLAH itu MAHA MENDENGAR..dan DIA sentiasa HAMPIR dengan kita!

"..Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-Ku, agar mereka SELALU berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra; 
"BERDOALAH dengan penuh KEYAKINAN bahawasanya ALLAH swt PASTI MENERIMANNYA...KETAHUILAH ALLAH swt bahawasanya TIDAK akan menerima doa dari sekeping hati yang LALAI dan LEKA"




Sewaktu BELUM mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam. Bila SUDAH mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi LAKONAN. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam. Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai UJIAN, BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN. Allah mahu melihat SEJAUH mana engkau punya KEIMANAN. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan ツツ






 Antara Ukhwah dan Perasaan..aku menjadi kelu dalam ketidakkepastian.aku diminta untuk memilih antara dakwah dan cinta. aku terkebil-kebil. aku simpan soalan itu untuk ku bawa bertemu Tuhanku dikala malam menyinsing. aku simpan soalan itu di lubuk tirai hatiku. aku kemas ia dengan rapi.
  Hinggalah malam pertiga itu , ku huraikan soalan itu padaMu. meminta pandanganMu. meminta petunjukMu.hatiku sebak memikirkan apa yang aku lakukan.apa yang aku fikirkan. aku akui diriku lemah bilamana perasaan ingin didampingi itu mendatangiku. butanya hatiku mengenal ujianMU ya Rabbi tatkala Engkau mendatangkan aku seorang Mukminin soleh. seharusnya aku tahu Ya Rabbi itu adalah ujianMu untuk menguji hati dan imanku.
  aku akui Ya Rabbi.kebelakangan ini hatiku rasa terganggu , keresahan , hinggalah engkau mentakdirkan padaku persoalan yang menguji diriku sendiri. ujian ini cukup membuatkan aku berfikir samada  untuk mendahulukan iman ataupun nafsu..
  aku malu padaMu Rabbi mengenangkan kelakuanku. Ya Allah. aku malu dengan fi'ilku. mudahnya aku meletakkan seseorang yang tidak tentu menjadi milikku. aku malu ya Allah..aku mengajak sekeliling , namun hatiku rasa terhijab hanya kerana ada noda ini. aku rasa bersalah yang teramat kerana aku menjadi fitnah buat dirinya. menjadikan dirinya terikut dgn buaian nafsu. aku sedar ya Allah!!dgn kehadiranku , aku menjadikan dirinya mungkin mengingatiku lebih dari dirimu . dengan kehadiranku , menjdikan dirinya terbuai sebentar.  aku malu ya Allah.
  terfikir aku Rabbi , saat aku keseorangan terkadang aku boleh mengingatinya. berkali-kali aku menepis gelodak dan bayangan itu. kadang-kadang hinggakan aku menangis mengapakah ia boleh membuatkan aku menjadi seseorang yang hilang prinsip sebagai pejuang Muslimah.hinggakan bilamana sekeliling meminta pandanganku berkaitan perasaan dan nafsu menjadikan aku terdiam. terduduk aku mendengarkan soalan mereka. rasa bersalah itu memuncak dalam diriku bilamana dikatakan PEREMPUAN itu merupakan fitnah terbesar buat seseorang yang bernama muslimin.
  Ya Rabbi!!aku sedar aku telah merosakkannya sedikit demi sedikit. tidak wajar aku merosakkannya kerana datangnya dia dari keluarga yang cukup baik asuhannya. Ya Allah!!jika ujian ini engkau datangkan buatku untuk memikir. untukku mentadabbur diri sendiri.maka ku pohon ya Allah!!tunjukkanlah aku jalan yang sebenarnya.jalan yang Engkau redhai.
  Ya Allah!!kerana kasih sayangMu dan kerana inilah perasaan yang pertama kali dtg dalam diriku ,maka aku redha. dengan tangan , mata , teliga dan hati menjadi saksi..aku lepaskan Dia dibawah jagaanMu. aku rela lepaskan dia pergi dari hatiku.biarlah dia sibuk dengan urusannya. 
  Ya Allah aku mohon , kembalikanlah hatinya yang dahulu. hati yang belum dicemari dgn mana2 fitnah.Pulihkan kekuatan dan keteguhan hatinya sebagai muslimin dan Mukminin soleh. aku titipkan dia buatMu kerana hatinya masih milikmu. dan aku tidak punya apa-apa hak keatas hati itu. bukan milkku dan takkan pernah jadi milikku.
  " Ana rela enta pergi dari hidup ana. bukan kerana ana ingin mempermainkan hati enta.jauh sama sekali ana nak mempermainkan perasaan anak orang dan enta sendiri.  tapi sebab ana tak berani nak rosakkan enta. maafkan ana enta. mungkin tidak pada pandangan enta tapi iya pada pandangan Iman.maafkan ana sebab merosakkan hati dan diri enta dgn fitnah yang ada dalam diri ana. ana minta maaf jua kat enta jika ana pernah buat hati enta tidak senang dgn fi'il ana. ana rela jika enta memarahi ana dengan keputusan yang ana ambil ini. ambillah lama mana enta untuk berfikir. ana berharap enta jangan pernah bencikan ana. sejujurnya sukar ana membuat pilihan ini. tapi ana tahu enta bukan siapa2 pada ana dan ana bukan siapa2 pada enta.maafkan ana.ana sendiri tidak kuat. tapi , untuk melupakan nafsu itu ana perlukan kekuatan dalaman. sejujurnya enta , ana tersangat2 rasa bersalah dgn enta. dengan menghadirkan diri pada enta biarpun sebenarnya itu adalah takdirNya. dan kerana takdirnya jua , ana memilih untuk melupakan enta secara hakiki. bukan sebab ana ada sesiapa dalam hidup , tapi kerana ana berpegang dan berbai'ah pada perjuangan. ana telah letakkan diri ana dalam perjuangan itu. doakan ana agar tergolong dlm perjuangan menegakkan khilafah biarpun sedikit yang ana perjuangkan.
   Enta , sampai bila-bila selagi mana nyawa masih bersemai didalam jasad , ana akan berpegang dgn kata-kata enta. " jangan pernah jatuh disebabkan cinta pada Lelaki!!jangan pernah berharap kat enta mahupun sesiapa kerana hati ana masih milik pencipta.teruskan perjuangan sebagai wanita muslimah!! ana akan ingat kata-kata ni enta. memang benar kata enta jika benar ana ditakdirkan tulung rusuk enta , alhamdulilah jika tidak?? sebak ana dengar perkataan ni?? rasa bersalah yang teramat.rasa bersalah kat hati. ana akui enta jika tidak dgn kehadiran ana , ana tahu hati enta pastikan terjaga.pastikan terjaga buat Allah,keluarga dan perjuangan enta. 
  Ana serahkan enta dibawah LindunganNya..maafkan ana disebalik chatting kita selama ni. maafkan ana sangat-sangat. maafkan ana disebalik komen2 ana selama ni. jangan risau enta, ana akan cuba menjauhkan diri dari enta.ana redha  jika enta buka hati enta untuk muslimah lain. ana redha.ana takkan ikat hati enta sebab enta berhak memilih siapa yang terbaik yang layak menjadi pendamping hidup enta.yang layak menjadi kebanggaan buat enta..maafkan ana jika melalui like status selama  ni buat hati enta rasa terusik.maafkan ana ya enta.. maafkan ana.ana serahkan enta dalam jagaan Allah!!biarlah Allah yang tentukan sebaik-baik kesudahan dalam hidup. insyaAllah, minggu hadapan ana akan bergerak untuk menjadi faci kepada adik-adik yang baru nak kenal dunia penghijrahan. kerana takut terhijab kata2 dan harapan ana untuk mereka , lantaran itu ana memilih keputusan ini.
  enta , ana juga akan terus berdoa meminta agar Dia berikan yang terbaik untuk enta dan ana.macam yang enta kata teruskan berdoa dan istikharah. ana akan teruskan..lantaran itu juga ana buat keputusan ni agar doa itu tak menjadi hijab. biarlah doa itu dirahmati tanpa ada sekelumit noda nafsu.sebabnya ana bukan nak cari kekasih macam org lain , ana cuma nak cari seseorang yg sudi pimpin ana dan family. ana tak tahu kenapa ana rasa yakin dgn enta. ana serahkan segalanya kepada Allah sebaik-baik penentu.
  ana rasa malu sangat kerana inilah kali pertama ana mewarkahkan satu kata buat seorang muslimin. ana rasa dah tak boleh nak angkat muka mengenangkan fi'il ana melayan chat enta..seharusnya ana mampu kawal hal tu . ana akui enta , kala tu ana lemah terikut dgn hawa nafsu. maafkan ana..atas sikap2 ana kat enta.
  ana akan cuba bangkit lagi dari kisah semalam tu..terpulang pada enta macamna pun pandangan enta kat ana. itu hak enta. ana tak berhak keatas itu. maafkan ana.cuma yang ana harapkan jangan pernah bencikan ana. ana akui , sahabat2 ana sendiri hairan mengapa ana boleh melayan chat seorang muslimin yang x da ikatan dgn ana. setelah setahun lebih berhijrah dari berbicara dgn muslimin dan kali ini ana tersungkur lagi.tersungkur kali ini melibatkan perasaan yang tidak ada kepastiannya. ana malu sangat bila ingat balik. nak jak padam , tapi hal tu takkan bisa. sebab ianya tetap tgal kenangan.
 enta ,  ana dah tak mampu nak cakap apa lagi..ana rasa bersalah yang teramat. maafkan ana. doakan ana agar Allah thabatkan ana atas jalan ini lagi. dan akhir sekali , maafkan ana sebab jadi fitnah buat hati enta. maafkan ana sangat2..insyaAllah , enta jgn risau ana akan cuba  pergi dari hati enta...dan ana serahkan segalanya pada Allah Taala. 
" Maafkan ana enta.semoga Allah kuatkan hati enta."
Assalamua'laikum Warahmatullah...

Azmalina
  
  

Saturday 27 October 2012





Aku sukakan angin,
Saat angin datang menghembus kencang,
Maka aku akan berhenti berjalan,
Membiarkan badan membatu senyap,
Memberikan kulit dan liang roma merasai akan hembusan yang datang dari Tuhan,


Pejam mata,
Kepala di dongak,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara denganmu,

Senyum,
Senyum, senyumlah,
Tuhan sedang memeluk dan menyelesakan diri dan hatimu
Sungguh, aku terasa sedang di peluk!
Sayup-sayup ada suara,
Usah gusar, kau tidak sendiri, AKU sentiasa di sisi,

Senyum semakin lebar!

Aku juga sukakan hujan,
Saat hujan berlumba turun ke bumi,
Maka aku akan berjalan riang,
Membiarkan telapak tangan terbuka,
Turun naik tiap jemari menghayati tiap rentak hujan yang mendarat di telapak,
Aku akan terus berjalan bersama wajah kekasih yang rindu,

Buka tangan,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara dengan melodiNYA yang tersendiri

lalalalala~!

Ketawa kecil,
Ketawa, ketawalah,
Tuhan sedang memujukmu dengan kesegaran dan kesejukan hujan,
Seolah-olah menukil pesan kepadaku,

" Dunia memang 'panas' sayang,
Salah langkah,
kamu akan 'panas' di sini dan juga di sana,
Hujan sejuk datang,
membawa perkhabaran,
bahawa Aku dengan penuh kasih dan cinta,
masih setia menunggu manusia lupa diri yang ingin kembali,
Aku menunggu bersama kesegaran air sungai di jannah,
dan, peluang itu masih ada untuk kamu,
ayuh! "

Rintik hujan, hembus angin, bukan sekadar satu metafora alam,
Keindahannya harus di nikmati dengan hati yang celik,
Kehalusannya harus di nilai dengan jiwa seorang hamba,
Kerna,
Bagiku, rintik hujan, hembus angin,
benar-benar datang terus dari Illahi..
datang terus.

Saturday 13 October 2012

aku mencintai keluargaku. sungguh aku bahagia dikurniakan keluarga yang cukup memahami diriku. tak kira senang mahupun susah. tapi paling bersyukur dikala aku sedih..kala itu aku didakap bagaikan anak kecil. tangisan dikesatkan.
  aku tidak mengharapkan kesempurnaan walaupun hakikat itulah yang diinginkan. buat usrahku..insyaAllah anak muda yang dilahirkan ini sesungguhnya tak ingin menjadi jiwa remaja. tapi anakmu ini ingin menjadi jiwa Saidina Ali Bin Abi Talib , jiwa Ja'far Bin Rawahah. pengorbanannya hingga hari ini mengesan di jiwa anakmu ini.
  Bondaku ,
  jika anakmu ini ditakdirkan memperjuangkan Agama. redhakanlah hajat anakmu ini mungkin dengannya anakmu ini bisa membantu kalian disyurganya kelak. insyaAllah. 
  Ayahanda dan Bonda ,
terima kasih kerana lahirkan anakmu ini dunia fana yang penuh nikmat belajar mengejar tarbiah cinta dariNya. anakmu ini mengerti , sangat sukar kalian melepaskan diriku sdgkan jika aku dibawa pergi oleh seseorg yg bnama suami jua kalian risau dan bimbangkan apatah lagi perjuangan dan pemergian yg bakal merobek seluruh jiwa dan tenagaku. pastinya hati kalian risau tak bertempat.
  Ayahanda & Bonda ,
jangan bersedih jika benar anakmu ini sememangnya tertulis untuk menjadi pejuangNya. anakmu ini tak pergi jauh kerana hati anakmu dan kalian telah termaktub dihati Ilahi Rabbi. anakmu tak berdaya melakukan apa-apa. sikit sekali pengorbananku buat kalian. tak terbalas dgn kesungguhan dan penat lelah kalian ayah bonda. 
  Telah ku fikirkan ayah n bonda , mungkin inilah jalan untukku membalas jasa dan budi kalian. izinkanlah anakmu ini pergi berjuang. demi keselamatan kita ayah dan bonda. izinkan anakmu ini mengesat kesedihan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yg sekian lamanya memperjuangkan Islam agar terbela.
Ayah dan bonda ,
  izinkanlah anakmu ini sebaris dengan pejuang yang lain.semoga kita tergolong dalam golongan yg sering ingat padaNya. izinkan anakmu ini berjuang untuk membantu kalian ayah dan bonda.
Sungguh!!ayah dan bonda. 
  anakmu ini jua takut. tapi bila melihatkan wajah kalian , ketakutan itu lenyap kerana memikirkan tanggungjawabku pada agama dan utama anakmu ingin membantu kalian ayah bonda. ingin anakmu ini buktikan pada Rabbi kelak inilah hasil acuan dan didikan dari ayah dan bonda yang merawatku selama ini.
jangan risau ayah dan ibu..
 Dengan kerelaan dan keikhlasan hati ayah dan ibu membenarkan anakmu ini pergi , pastinya anakmu ini akan terus menjulang Agama insyaAllah. kerana kepergianku berjuang kerana ingin melihat kalian seperti Al Khansa melepaskan semua anaknya pergi bjuang.
sememangnya Al Khansa bersedih ayah dan ibu , tapi ketahuilah kesedihan itu pasti dibayar Allah dgn nikmatnya di Syurga kelak.
La tahzan Abi Wa ummi.
salam sayang dari anakmu ;
Azmalina bintu kamarul jamal.

Thursday 27 September 2012

Harapanku Buatmu Allah

Ya Allah ,
Aku yakin pada tiap bait janjimu ,
Kalammu umpama pujukan buatku ,
tika aku menyendiri mahupun tika aku riang ,
terkadang aku terpukul sendiri ,
setiap manusia pastikan diuji ,
mungkin hari ini,
mungkin esoknya ,
mungkin minggu seterusnya,
dan begitulah hari yang kian mendatang...
wahai Khaliqku,
aku berpegang pada janjimu,
kalimah La Taqrabu Zina itulah sandaran,
gelaran Solehah akan ku kejar,
biar banyak mana mata memandang,
biar banyak mana mulut berbisa,
biar banyak mana anasir-anasir,
itulah pencakku Srikandi Solehah...
teguh seperti apa pun diriku ,
pastinya menginginkan dirinya didampingi ,
bukan menjadi kekasih ,
bukan jua menjadi pasangan,
bukan jua tempat bermanja ,
aku hanya mengimpikan gelaran ISTERI Solehah...
aku jua amat yakin Wahai Tuhanku ,
kuat mana Engkau datangkan perasaan dalam diri ini ,
ia hanyalah singgahan dariMu untuk menguji hambamu,
sejauh mana hati ini bisa dipertahankan,
kerap itu jualah aku berhati-hati terhadap perasaan yang menyelinap,
hinggalah akhirnya , Engkau mentakdirkan seorang mukminin soleh,
disaat itu hati ini mula gundah,
gelana tidak terkira,
pertama kalinya diri ini kalut tak terkata,
nafsu dan iman saling berbisik,
hingga akhirnya bertelagah sesama sendiri,
demi melindungi jasad ini,
dari terus terlena..
Ya Allah..
Aku jua percaya ,
jodoh itu tak perlu dicari,
saatnya tiba datang tanpa disangka,
jauh manapun ia ,
pasti ada jalannya untuk mendekatkan diri padanya,
dengan jalan Syariat dalam keredhaanNya..
Ya Rabbi ,
hambu ini hanya mampu memohon,
menadah  tangan dalam tangisan yang bersulam,
aliran mutiara diselubungi ketakutan dalam ujianMU,
jika Dia ditakdirkan buat hambamu ini,
izinkanlah aku mengetuk pintu hatinya Dengan izinmu,
izinkanlah aku menjadi zaujah buatnya,
iznkan aku menjadi ummi buat anaknya,
izinkan aku menjadi insan dibangga buatnya..
iznkan aku menjadi pelindung buatnya..
aku hanyalah insan pendamba,
Sungguh aku hargai tiap singgahan yang berikan ini ya Rabbi,
jika dia adalah singgahan yang ikhlas menjadi tetamuku,
maka ku pinta ,
berilah aku kekuatan menjaga hatiku..
Wallahua'lam bissyawab..

p/s : buat Muslimah solehah..usah dicari akan jodohmu,ia telah termaktub di Luh Mahfuz. Siapa dia,seperti apa dia..semuanya telah tertulis..:) pringatan buat dirku dan buat semua jua..moga Allah redha pada mata yang sering membaca peringatan..:) percayalah muslimah solehah yang dirahmati Allah ,jauh mana pun jodoh kita tu , tak pernah jumpa sekalipun hatta jika itulah jodoh kita , Allah akan dekatkan jua biar banyak mana halangannya..apa yang penting sekarang persiapkan diri menjadi sesolehah mungkin ya..ketahuilah, perasaan yang didatangkan Allah buat kita ibaratnya tetamu yang datang menyinggah ,kadang lama kadang sekejap!! betulkan!!perasaan yang didatangkan buat kita ini sebenarnya tujuan Allah nak uji kita,nak uji hati kita.kuatkah kita berdepan dengan ujian hati ini. jika kita lulus satu level ,Allah datangkan lagi level kedua dan begitulah seterusnya. hingga akhirnya jika berjaya setiap level , pastinya singgahan terakhir itulah jodoh kita, seperti apa kita begitulah jodoh kita. tringat dalam stu firman Allah Taala mafhumnya ( sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah diri kamu melainkan diri sendiri) tolong perbetulkan ya.melalui ayat ni , kita diminta tuk mengubah diri kita..tidak siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. percayalah jika kita trus-trusan memimpin sahsiah n kepimpinan kita ,pasti ,pasti,dan pasti kita akan berjumpa dgn lelaki soleh , suami yg soleh dan ayah yang soleh..skrg dah dpt tgkapkan mksud ana..buatlah yang terbaik buat diir kita..percyalah jika jodohmu belum tiba pastinya Adam yang kau nantikan itu sedang mmebina sahsiah kepimpinannya..so , selagi jodoh belum dtg, binalah jua sahsiah n kepimpinan kita..:)bestkan!!kalu camtu, sentiasalah kita memujuk n mentrabiah diir degn pgisian..wallahualam..syukran kathsir buat semua yg sudi membaca..;)

Wednesday 19 September 2012







Ya Allah ,
diri ini tidak pernah ragu pada ketentuanmu
Apalagi takdir qada' dan qadarmu
Sungguh,sungguh , dan sungguh
Kasihku padamu jua tidak ku sesali..
Wahai Rabbku ,
sungguh aku cuba merelakannya,
aku cuba sedaya upayaku,
dengan keimananku yang hanya senipis bawang
aku lalui ujian demi ujian yang Engkau beri
tidak dapat ku ragukan lagi, 
ujianmu benar-benar menguji diri ini ,
mujahadahku pula makin ku asak..
namun ,
aku hanya insan biasa wahai Rabbku,
sebaik pergantungan adalah selayaknya padamu
hatiku ibarat kapas mudah diserap
sedangkan gula mudah dihinggap semut
apakan lagi hatiku..
nafsu satu demi satu 
bersaing sesama sendiri merebut jantungku
Syaitan pula ibaratnya pengadil
iman pula ibaratnya pendokong setia
dan aku ibarat kapas
terserap melalui keduanya..
kadang aku terfikir ,
bukan niatku ingin merosakkan dirimu wahai Adamku
tidak jua ingin memperalatkan dirimu di pena fatamorgana ini
tidak jua ingin meletakkan dirimu di dunia khayalan ini..
Namun , 
terkadang aku tidak mengerti ,
arah manakah diriku membuatkan engkau lalai Adamku,
aku sedar Adamku,
mungkin bisa melalui suaraku ,
mungkin bisa dari sikapku ,
mungkin shja bisa dari kesemuanya,
Maafkan aku Adamku..
aku cuba melindungi diriku ,
dengan sistem perang yang aku ada
tetap juga bisa menggoyah imanmu
aku buntu Adamku ,
sungguh!!aku bagaikan hilang arah!!
kerap ini , 
aku bagaikan kilang kaunter
tempat bertanya mungkinkah aku telah dimiliki
serba salah diriku,
ingin ku katakan iya ,
mungkin menyebabkan ada antara kalian yang bisa runtuh
ingin ku katakan tidak
mungkin bisa kalian terus-terusan mengasakku
Jangan begitu Adamku ,
tidak kukira seperti apa dirimu,
hanya padaku kesediaanmu membimbing diriku
membimbing anak-anak kita,
membantuku menjadi isteri solehah
gelaran impian setiap bidadari di Jannahnya..
tolong aku Adamku ,
jika benarlah engkau menginginkan akan diriku
janganlah Engkau membawa aku ke lembah itu,
jiwaku lemah apatah lagi  kekuatanku
justeru itu Admaku ,
lamarlah dengan cara yang baik,
datanglah pada keluargaku beserta doa dan sahsiahmu
Dengan izinnya..
pasti,pasti dan  pasti..
dengan rendah aku menerima dan bersedia berkhidmat buat dirimu..
tapi tolong jangan pernah mencuba mengajakku ke lembah durjana itu..


bantulah aku Adamku...


Saturday 15 September 2012

Pesanan Roh Buat Kita





Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
                              
berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
                              "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
                              menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
                              jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
                              tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari
                              tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
                                "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
                              menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
                              dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
                              dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
                              memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
                              diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
                              kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
                              isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
                              dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
                              Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
                              isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
                              menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
                              janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya
                              pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan
                              aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
                              selama-lamanya". 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
                              dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
                              wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
                              diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku
                              dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
                              melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
                              yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
                              sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
                              kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
                              aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
                              Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
       Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
                              itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
                              memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
                              anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
                              mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
                              pernah mendoakan aku".
     Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
                              Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
                              Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
                              masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
                              lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
                              mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
                              kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
                              datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
                              menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
                              kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
                              kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
                              rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
                              kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang
                              lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
                              dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
                              itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
                              Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
                              "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
                              maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
                              sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
                              nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
                              Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
                              maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
                              sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
                              pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
                              sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu
                              orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
                              sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
                              dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
                              masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
                              sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
                              apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
                              tinggalnya.

        
 Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
                              mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
                              mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
                              orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
                              kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
                              mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
                              kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang
                              diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
                              Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
                              malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
                              lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
                              Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut
                              roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
                              sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
                              keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
                              penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada
                              jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
                              dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
                              sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim
                              dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
 Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
                              berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
                              ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
                              mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
                              menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal
                              maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
                              Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
                              bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
                              ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang
                              yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
                              AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
                              orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik
                              saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
                              AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah
                              mulut dengan tenang.
                              Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
                              pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
                              Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

                              1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
                              Adnin.
                              2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
                              3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
                              Illiyyina.
                              4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
                              syurga mengikut kehendak mereka.
                              5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
                              udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
                              hari kiamat.
                              6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
                              gunung dari minyak misik.
                              7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
                              Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
                              sampai hari Kiamat."
                              Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
                              manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
                              malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
                              1. Orang-orang yang mati syahid.
                              2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
                              bulan ramadhan.
                              3. Orang berpuasa di hari Arafah.
                              Sekian untuk ingatan kita bersama.
                              Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
                              saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat
                              ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
                              yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
                              Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara
                              islam kita.