Powered By Blogger

Saturday 31 December 2011

Antara Cinta Syahid Dan Cinta Dunia

ni email dari lelaki, Assalamualaikum…. Ukhtuki fil aqidah… Salam buatmu Safiyyah, pejuang agama yang begitu syahid. Mungkin kehadiran email ini benar-benar mengejutkan nti. Masih ingat siapa ana? Ana rasa sudah pasti nti sudah lupakan ana. Ana Ehsan Fahmi, Presiden nti dulu. Ingat? Apa khabar mujahidah dakwah ini? Menghilang tanpa khabar berita membuatkan ana hairan dan pelik. Ke mana perginya Safiyyah? Ana dapat email nti dari Fatimah. Pertamanya…Safiyyah, maafkan ana kerana ana telah memperlekehkan semangat jihad nti. Ana hanya memandang luaran seorang wanita yang ana rasakan begitu lemah dan hanya menyusahkan barisan ikhwah untuk menjaga kalian. Ana silap…rupa-rupanya di sebalik kelembutan seorang wanita yang bernama Safiyyah, ada semangat jihad yang mengalir di setiap detik nafasnya. Jujur ana katakan, kelu lidah ini tatkala mendengar berita bahawa nti sedang berjuang di Palestina. Allah..hinanya ana kerana suatu ketika dahulu analah yang paling hebat berbicara. Ana rasakan ana begitu hebat. Namun kini, ana hanya mampu menegakkan keadilan bagi insan-insan yang berkunjung ke mahkamah. Hanya itu yang mampu ana jihadkan. Sikitnya pahala jihad ini berbanding dengan nti…. Untuk pengetahun nti, setelah peristiwa di dewan tempoh hari, ana benar-benar rasa bersalah yang teramat sangat…. Ana cuba untuk mencari nti. Tapi ana rasakan nti cuba melarikan diri daripada ana. Reunion tempoh hari, ana berkobar-kobar untuk pergi kerna ana yakin nti akan turut hadir bersama. Malangnya nti tidak hadir… dari situlah ana ketahui ke mana nti menghilang… Safiyyah, sebenarnya dari mula detik kita bekerjasama sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, sudah terdetik di hati ini, menanam impian akan memiliki seorang insan yang bernama Safiyyah. Namun, ana cuba menepis gelodak perasaan ini dengan sengaja memperlekehkan nti. Sedangkan di dalam hati ini begitu menyukai peribadi nti. Maafkan ana kerana telah melukakan hati nti selama ini. Di sini, ana membawa suatu harapan yang tulus suci. Setelah sekian lama ana pendam, hari ini ana tekad nyatakan. Malam ini, ana Ehsan Fahmi bin Muzakir ingin melamar Safiyyah Hanisa binti Ismail sebagai sayap kiri perjuangan ana, kiranya sudilah nti menerima ana yang tidak seberapa ini. Ana ingin kita bersama menelusuri baitul dakwah ini agar bisa kita melestari sebuah daulah jua khilafah islamiyyah… Salam jihad dari ana… Ehsan Fahmi 2 Januari 2011 10.45 pm TAPI INI PULAK JAWAPAN DARI WANITA, Salam ku utus buatmu rakan jihadku dari bumi Palestina tercinta. Jujur ana katakan, ana agak terkejut menerima email dari nta. Setelah agak lama kita tak bersua, kehadiran email membuatkan hati ana berbolak balik. Tika ini ana baru pulang dari hospital dan baru sahaja menghayati panorama malam bumi Palestina tercinta. Ehsan Fahmi…setelah sekian lama, kini baru nta muncul. Lihatlah betapa egonya diri nta. Buat pengetahuanmu Ehsan, diri ini juga telah lama jatuh hati pada peribadimu. Ana kagum melihat semangat jihadmu. Ana senantiasa berdoa agar Allah kurniakan nta buat ana supaya dapat bersama-sama kita mengharungi perjalanan dakwah ini bersama. Namun, setelah peristiwa di dewan….hati ana begitu terguris dengan kata-kata nta. Aduh….adakah salah semangat jihad ana ini? Tak pa…ana abaikan… Ana tidak mahu berjumpa dengan nta setelah peristiwa itu kerana ana rasa malu sangat. Ana rasakan ana tidak layak memiliki semangat jihad itu. Lantas tertanam satu keazaman dalam diri ana, ana akan buktikan cinta ana terhadap perjuangan Islam melebihi segala-galanya. Tika membaca kiriman email ini, ana ingin katakan “ YA..” ana ingin menjadi sayap kiri perjuangan nta. Namun…ana bangun dan berfikir untuk seketika sebelum mengemukakan jawapan. Ana duduk di jendela, memandang bumi Palestina ini. Di kejauhan kedengaran bunyi letupan di sana sini. Ana tersenyum. Ana sudah temui jawapan. Maafkan ana Ehsan Fahmi. Suatu ketika dahulu, ya..ana akui, ana punya perasaan pada nta. Namun, sejak kali pertama ana jejakkan kaki di sini, tidak ada apa yang ana runsingkan lagi. Setiap hari yang meniti di dalam doa ana ialah mati syahid sahaja… Buat Ehsan Fahmi, ana tidak dapat menerima lamaran nta. Izinkan ana menjadi wanita yang begitu mencintai syahid. Ana sudah tekad, diri ini hanya untuk Islam semata. Carilah gadis lain yang bakal bersamamu menelusuri baitul dakwah yang ingin nta bina. Ana bukanlah gadis yang dicari kerana ana sudahpun berkahwin dengan kematian. Kematian di bumi Palestina ini. Untuk pengetahuan, ana sudah mendaftar diri sebagai barisan pejuang akhawat yang akan menyerang tebing barat, Gaza pada Selasa ini. Restu ibu dan ayah sudah ana pohon. Petunjuk dari Ilahi sudah ana pohon. Jadi…bersiap sedialah ana untuk gapai cita-cita ana, mati syahid sebagai mujahidah pembela agama! Salam juang dari ana… Safiyyah Hanisa

Kemanisan Dakwah


Eh Ika….banyak gak enti beli kacang ni , buat sedekah ke??seloroh Nisa slumber.
Hehehhe…enti ni macam tau2 aje…saja nak cari pahala macam ni la..ika membalas tanpa mengaku kalah.
Ar ah la..enti la yang menang?? Kalau bap nak sponsor ni serah aje kat enti…kitorang langkah kanan aje…ehheheh
Hheheeh..tak adalah macam tu..dah tiba2 ada rezki share la..bak kata ayah tak bek kedekut ..nanti rezki susah nak masuk..tak macam tu ukhti semua..
Tampak manis senyumannya dihiasi barisan gigi yang tersusun rapi…
Sedang mereka sibuk berborak terlihat oleh mereka kelibat sahabat sebilik mereka…Sara namanya..seorang yang dingin dan amat susah sekali mendengar nasihat..hatta tidak menghiraukan sahabat2 yg berada disekelilingnya..hati sahabat kecewa dan remuk dek sikapnya yang acuh tak acuh dalam menghormati dan menghargai sahabat di sekelilingnya..
Sara nak pergi mana??marilah join sekali makan..banyak ni kacang ika beli dari kantin…
Ar ah Sara marilah…ajak sahabat2nya..
Ajakan yang diseru  oleh sahabatnya ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ditoleh wajah ika dan nisa yang bercakap dengannya…diambil kasut diatas rak lantas keluar dengan menghempas pintu..terkejut sahabat2nya
Mak aih , slumbernya dahlah ana panggil tak hirau, siap buat tak tau lagi..kira syukurlah ana ajak makan g sekali..hish!!!geramnya ana..ingat ana ni tak da perasaan ka..rungut ika..dengan nada kesal.
Ar ah betul tu ika…ana Tanya pun tak dihiraukan ingat ana ni tunggul kayu keapa..panas hati ni…haih!!macam manalah boleh jumpa orang macam ni..tak pernah seumur hidup aku..nisa juga merungut kesal
Enti rasa macam mana mira..tak sakit hati ke tengok..
Nak buat macam mana biar aje lah..dia da besar dah tau fikir mana baik mana tidak…takkan kita nak ikut mana dia pergi..
Enti ni pun satu…kalau dibiar hati kita pula yang parah…
Belum sempat nisa meneruskan ayatnya..Sufi menyampuk..
Nisa , ika , mira..dengar sini ana nak cakap sikit..
3 sahabat it uterus tertumpu pada sufi. Bagi mereka sufilah ketua tmasuk  naqibah. Setiap kata2nya mampu menggugat keimanan setiap insan. Beruntunglah siapa yang dapat memndekatinya..subhanallah!!!
Sahabat macam tu kalau dah ada masalah , kita tak boleh marah , kutuk , pulau , buat geram..hal tu boleh menyebabkan sahabat menjauhi kita , malahan gap( jurang ) juga akan wujud. Tuk bercakap dengan sahabat kita yang macam ni kita perlu banyak sabar..tak rugi orang yang sabar , dikasihi oleh  Allah lagi.kita kena ingat dengan mengajak orang kat sekeliling kita tak semestinya kena tnjuk akhlak aje , tak semestinya kita kena nampakkn kelebihan yg ada pada kita..kita kena perbetulkan aspek pemikiran kita..contohnya..sahabat kita ni kita boleh mengajaknya dengan berbuat kebajikan..mungkin dengan carat u kita boleh mendekati n melembutkan hatinya..kita tak tau kan apa yang akan terjadi..yang penting kita kena yakin Allah akan menilai setiap usaha hambanya..pastu kita kena ingat jangan sesekali kita nampakkan kat depan sahabat kita tu kita tak puas hati dengannya..hal tu la yang akan menyebabkan sahabat kita tu makin jauh darinya..pastu kita tak payahlah nak balas dendam kat dia nak dia rasa macam mana perasaan kita yang tercalar olehnya…itu semua tak perlu sahabat..hal tu biar urusan dia dengan Allah..jangan kita nak tmbhkan lagi dosa sahabat kita dengan dosa kita sekali..kita ni dah banyak dosa , tak usahlah kita nak menambah lagi dosa kita..kalau dihitung tak terhitung dosa kita ni..boleh tangkap tak maksud ana sahabat2..
Ana nak bawah satu kisah..dahulu ada seorang perempuan yahudi buta yang sering menghina, mencaci banyak lagilah yang dilakukan oleh perempuan yahudi..tapi nabi tak ambil kisah semua tu , nabi tetap meneruskan kerjanya..hatta bilamana nabi menyuap roti yang telah dikunyah2 olehnya disuap ke mulut perempuan yahudi itu..perempuan itu sempat lagi menghina nabi dihadapannya..nabi hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya menyuap roti ke dalam mulut perempuan yahudi..hampir tiap hari baginda melakukan pkara yang sama dan tiap hari juga baginda mendengar hinaan demi hinaan padanya..sehinggalah satu hari bilamana rasullah telah wafat , saidina abu bakar meneruskan kerja nabi..namun perempuan itu dapat merasai kelainan pada tangan yang menyuapnya kali ini..lantas berkata yahudi..tangan ini tidak sama dengan tangan yang selalu menyuapku..
Sahabat nak tau apa yang terjadi??abu bakar brkata::
Wahai makcik orang yang selalu menyuapmu hatta orang kau hina setiap hari itulah dia RAsullah SAW..mengalir air di wajah perempuan yahudi itu lantas memeluk islam..tapi tahukah kita perempuan yahudi itu masuk islam tanpa melihat dan mengenali akhlak Rasullah itu sendiri.berkat kebajikan yang dilakukan oleh Rasullah itu menyebabkan hati perempuan tua itu lembut..
Melalui kisah ni kita dah dapat ambil iktibar..tak macam tu sahabat semua..
Habis tu kita nak buat macam mana sekarang ni Sufi..
Macam ni nisa kita bincang dulu nak buat camna, kita susun strategi kita baik2..
Perbincangan mereka pun bermula..
Keesokan harinya , 4 sahabat itu meneruskan kerja kebajikan mereka..
Sara..sara..bangun2..subuh2..bangun sara..
Begitulah usaha 4 sahabat ini dalam usaha menggerakkannya bangun untuk solat subuh.akhirnya solat yang dilakukan sara hampir datangnya waktu fajar…
Pagi itu mira tidak sengaja melihat biliknya yang bersepah..lantas memanggil ika.
Ika jom..kita tolong sara kemas biliknya..
Ok no hal..jom..
Diteruskn  kerja mereka..
Kenapa sara tak kemas bilik dia..
Tak taula ika  tak pa lah ika kita tolg aje dia..mungkin tadi dia nak cepat..sampai tak sempat kemas
Mungkin jugaklah mira..tak pa lah kita kemas aje..
Akhirnya kerja mereka siap jua akhirnya..
Barulah Nampak cantik sikit kan ika..boleh tahan jugak kita ni mengemas.tersenyum bangga mira dengan hasil kerja mereka.
Tengah hari itu mereka pergi ke restoran yang berdekatan..tengan mereka berjemaah menjamah makanan yang terhidang..kelibat sara kelihatan.
Eh tu sara kan..
Eh sara..marilah join kitorang…masih banyak lagi ni makanan..
Ajakan itu tak dihiraukan sara..
Erm macam mana ni sufi…
Tak pa ika…kita sabar aje..erm cuba tengok..antunna perasan tak tadi sara just pesan makanan aje, minuman tak da..jom kita sponsor dia air….
Erh…biar ana yang sponsor…nisa menawarkan diri..
Ok..
Sara..ni ana beli air lebih..ambiklah ana blanja..
Sara hanya melihat air itu..egonya melebihi kehendak dirinya..
Alhmdulilah sufi…ana da bagi kat sara..
Baguslah macam tu nisa..sekarang ni jom kita join sara..
Jom…
Erm sara kitorang nak join sekali makan boleh kan..
Terkebil-kebil empat sahabat itu…tiada yang mampu bersuara
Tak pa…kita sabar aje…ya sahabat2..jangan dibawa ke hati apa yang kita rasa hari ini..anggaplah ia satu tarbiah dari Allah tuk mendidik hati kita..bukan senang nak dapat tarbiah dari Allah ini..
Kami tau Sufi..insyaAllah kami boleh terima..
3 sahabat itu mengangguk-angguk tanda setuju dengan nasihat Sufi…
Erm ana ada cadangan..nak tau tak sahabat2..ujar sufi..
Pa dia Sufi..mira bertanya tanda tidak sabar dengan cadangan sufi.
Macam ni kalau enti perasanla..sara selalu tengok jadual harian dia kan..satu hari tu ana tak sengaja melihat jadual hariannya..kat situ sara notekan sekali birthdaynya..kalau tak silap  21 hb ni..start dari sekarang tinggal 2 hari lagi sebelum birthdaynya..jadi bila time birthdaynya..kita jangan wish dulu..kita wish sehari setelah birthdaynya ok..surprise sikit..macam ok tak cadangan ana..
Mantap cadangan enti sufi..so jom kita plan start dari sekarang..kita ajak muslimin sekelas kita wat surprise tu kat rumh kita..macam mana..mira pula mengusulkan cadangan..
Ar ah..ok la tu..
Nisa dan ika menyetujuinya..
Selang beberapa hari…hari yang ditunggu mengunjung tiba..
Sedang sahabat  lain sibuk menyiapkan surprise birthday  sara..sara pula mengasingkan diri dengan pergi ke pantai..
Hmmm…ari ni da masuk hari kedua birthday  aku..sorang pun tak  da yang wish kat aku..budak rumah aku , budak kelas aku…sejujurnya bukan hadiah yang aku nak , yang aku inginkan  cukuplah perhatian , kasih sayang , dan sumbangan..tapi memang salah aku pun..selama ni aku asyik menyakitkan hati mereka , sentasa buat tak endah dengan ajakan mereka..mungkin sekarang Allah nak balas kat aku..bila time birthday aku sorang pun tak endah..hrmmmm..
Mengalir air mata sara menyesali perbuatannya..
Balik sahaja di rumah sara bergegas masuk ke biliknya..dibuka sahaja pintu..sufi menantinya disitu..
Sara ingin keluar kembali namun sempat dihalang oleh Sufi..dipimpinnya tangan sara dan membawanya duduk atas katil milik sara..
Ni bilik awak sara..maafkan sufi sebab masuk bilik tanpa izin sara..
Sara…kami semua sayangkan sara..dalam rumah ni kita macam adik beradik..disinilah kita menyulam kasih , ukhwah..
Kenapa sufi dn kawan2 yang lain masih nak berbaik dengan sara..sara ni tak layak nak berkawan dengan korang semua..sara ni budak teruk..
Sara kami tak pernah rasa sara macam ni..kami tau sara bukan nak lakukan semua ni dengan kerelaan sara kan..tapi kerana mungkin masalah yang sarah hadapi yang kita hadapi.maafkan kami sara sebab  mungkin selama ni kami jugak yang kurang ambil tahu masalah setiap sahabat kita dalam rumah ni hatta kat kels sekali..maafkan kami sara..mengalir air di wajah sufi..
Tak adalah sufi..sara yang selalu buat hal..sara yang selalu menyusahkan korang semua..sara ni tak layak nak dimaafkan..lebih2 lagi apa yang selama ni sara buat dah lebih dari cukup..baru sara rasa yang sara ni tak dapat hidup n gerak secara bersendirian..sara perlukan sahabat2 sara..sufi layak lagi ke sara nak bersahabat dengan korang semua..
Sara , kami sentias mengalu-alukan kedatangan sara dalam hidup kami..kami tak terfikir pun nak buang sara dari kami..sara manusia ni tak pernah terlepas dari ujian..setiap detik dan saat ada aje ujian sara..mungkin apa yang berlaku pada kita ni adalah tarbiah dari Allah utuk mendidik keikhlasan dalam persahabatn n paling penting ukhwah tu  sendiri.dari situ Allah nak mendidik kesabaran kita..sara kami nak sara tau kami sayangkan sara..kalau sara ada masalah..selagi boleh kita selesaikan..insyaAllah sara kami bantu..yang penting kita hidup macam adik beradik..kami sayangkan sara..
Dua sahabat itu berpelukan..mengalir air mata keduanya..terima kasih sufi…
Tiba-tiba…
“ Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan nurul maisara,Allah selamatkan kamu..”
Sanah helwah sara..mira , nisa , sufi , ika dan sahabt sekelas lain..masing2 memeluk sara…mengalir air mata sara..terharu atas pengorbanan sahabat2nya..maafkan sara..doakan sara berubah..sara yang sayangkan korang semua..erat sekali pelukan sara dengan sahabat2ny…
insyaAllah sara kami doakan..semoga Allah teguhkan ukhwah kita..maafkan kami juga sara..
mengalir air mata sahabat2 ini…kerana ukhwah..Allah menguji,kerana ukhwah Allah mendidik, Kerana ukhwah Allah memimpin hati manusia untuk menjadi insane yang istiqamah pada apa pun jenis ujian..moga kita ambil iktibar dari kisah ni…
mesti semua dalam kalangan kita ni hadapi situasi yang sama kan macam ni…kita perbetulkan niat kita..dalam nak mengajak sahabat n masyarakat sekeliling kita..kit a doakan moga keluhan tak mnjadi penghalang dalam kita meneruskan kerja Nabi SAW…
jom kita berubah..kerana Allah!!!
REMAJA CINTA DAKWAH PENENTU TAMADUN UMMAH!!!!

Sunday 13 November 2011

Jangan Sesekali


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA..

Buatmu Sang Kumbang


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

Diari Kehidupan

Tirai Kehidupan

Bismillahirahmaanirrahim...
dengan nama Rabbku yang Maha Agung , kali ini aku terpanggil untuk menulis diatas pena ini sambil hati kecilku berkata-kata...makna disebalik kehidupan??Entah mungkin betul pada pandangan manusia yang jahil sepertiku, mungkin jua tidak pada pandangan Allah!!Kadang-kadang terfikir dibenakku , hidup ini mengajar seribu satu pengajaran..hidup yang mendidik manusia mengenal akan kebesaran penciptanya.hidup yang mendidik manusia mengingati kehidupan yang tak kekal lama...sungguh hidup ini mempunyai banyak tirai yang tidak diketahui oleh Sang Manusia itu sendiri.
Bila ku kaitkan nilai tirai kehidupan itu dengan apa yang berlaku disekelilingku..banyak sekali pengajaran yang ku perolehi..ia seolah2 mentarbiah diriku bahawa aku harus merencanakan sesuatu..sesuatu yang mana untuk Allah tuhanku semutlaknya...mengajarku nilai erti pengorbanan...sanggup berkorban sekalipun tahu akan risikonya..namun kerana memikirkan Perjuangan Itu Pahit , Syurga Itu Manis...aku gagahi jua memegang amanah yang diberikan pada manusia lebih 1400 tahun yang lalu...biarpun bumi tandus dari suara yang kudus...namun masih kedengaran lagi panggilan serta seruan dari lidah Sayyidul Mursalin Rasullah SAW..
terbangkitnya aku dari sebuah seruan...
aku teruskan kerja Nabi...ku teruskan dengan penuh semangat..seringkali sahaja air mataku mengalir mengenang perjuangan ini..bukan aku bersedih perjuangan ku hadapi yang penuh dengan cemuhan semata2, tapi aku sungguh bersedih, mengenang perjuangan Nabiku , lebih dari segala2nya...dicemuh , diancam , ingin dibunuh , dipulaukan dan banyak lagi...nilai perjuanganku x sebanding perjuangan Nabi.biarpun air mata ini seringkali mengalir...sedikit sekali ujian yang ku terima dalam meneruskan risalah ini...
mengenangkan lagi perjuagan para sahabat Nabi...merintih lagi hati ini...Saidina Abu Bakar sanggup mempertaruhkan nyawanya pada Nabi kerana cintanya pada rAsullah..Disaat Rasullah sedang lena diulit mimpi , beliau meletakkan tangannya pada lubang tempat ular itu berada...menangis Abu Bakar dalam diam semata2 tidak ingin Rasullah mendengarnya..namun pa la daya Abu Bakar menahan bisa ular tersebut..mengalir jua air mata beliau..sehingga jauh pada pipi Rasullah..lantas Rasullah tersedar dari lenanya...bertanya beliau pada Abu bakar,mengapa engkau menangis..wahai rasullah aku menangis kerana cintaku padamu..
Subhanallah!!!mampukah aku mencintai Nabiku seperti Abu Bakar??mampukah aku mempertaruhkan nyawaku demi kekasih Allah??ya Allah terasa sekali diri ini kerdil menghadapmu..malu sekali hati ini disaat Rasullah memberi kami syafaat...banyak dosa kami..tapi sedikit yang kami syukuri.
sungguh pemula pada perjuangan ini adalah Rasullah...dan hidup manusia kala ini diambang akhir zaman..
ya Allah,kau satukanlah hati2 kami umat islam yang ingin berjuang dijalanmu , jadikanlah kami antara hambamu yang redhamu bukan mengharapkan pujian atas perjuangan..teguhkanlah hati2 kami seperti mana kau teguh hati2 para kekasihmu , walimu...ya Allah golongkanlah kami antara hamba yang merindui Syahid dijalanmu...
ya Allah izinkanlah hati ini untuk terus berjuang biarpun terhadapi hadapi onak dan badai..kerna ku yakin datnagnya aku darimu dan kembaliku juan padamu...wallahualam bisssowab..

Friday 11 November 2011

Cinta

Bila seseorang itu kerap Jatuh Cinta, Ertinya Dia belum berjaya mncintai dirinya sendiri.  CINTA umpama hadiah dari Allah. Kita gmbira dan suka pabila menerima hadiah. Namun , wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah?? Jawabnya , tepuk dada,tanya iman di dalam jiwa. Tentulah pemberi hadiah.Malangnya apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu...lebih pada Cinta yang diberi namun jarang disyukuri nikmat itu.. disalahgunakan nikmat cinta itu pada keseronokan..ditakrifkan CINTA itu sebagai satu alat untuk merasai kehidupan dunia yang sebenar..sedangkan dunia ini hanya lakonan dan tipuan semata-mata..sedangkan seorang pendai'e mula mnegungkap CINTA..boleh tergugat imannya,apatah lagi insan biasa yang kurang atas segala-galanya..terkadang kita lupa cinta itu ibarat aak yang memabukkan , membuatkan orang yang jatuh hati sesama sendiri tidak boleh membezakan yang haqq dan batil , membuatkan si dia tidak nampak lagi akan jasa orang tuamya...Subhanallah!!!begitu sekali cinta itu...sahabatku yang diredhai Allah Taala , cinta itu juga ibarat pedang yang menghunus ke dalam jiwa..sekali manusia itu terjunam ia ibarta pedang yang membuatkan SAng Manusia tidak berdaya lantaran hunusan CINTA yang membuatkan si Dia tidak berdaya lagi untuk bangkit melawan nafsu tersebut..sahabat2ku sedarlah kita..Cinta yang bersulamkan keduniaan tidak mempunyai makna apa2...mungkin pada kita ianya betul tapi tidak pada syariat...sahabta2ku..sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh kita...di luh mahfuz sana...peliharalah cinta yang bersemadi di dalam hati kita...jadikan ia sebagai satu loncatan dalam mengejar redha ilahi..wallahualam..

Wednesday 26 October 2011

muhasabah hari lahirku

♥●•٠ ♥Muhasabah diri di Hari Ulang Tahun ♥˙·٠•●♥
♥•♥...¸.·´... ¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ .¸¸.·¨¯`·.

Alhamdulillah hari ini ulang tahunku.

Dalam kesempatan ini aku hanya ingin melakukan muhasabah dari usia yang telah Allah berikan kepadaku.

Secara lahir memang usiaku bertambah, padahal sebenarnya jatah dan kesempatanku untuk hidup dan mendekatkan diri kepada sang Khalik semakin berkurang, sementara dosa dan kesalahan yang aku lakukan dari hari ke hari juga semakin banyak. Maka tak ada yang bisa aku lakukan di hari jadiku ini selain mohon ampun dan berdoa kepada-Nya.

Ya Allah ya Tuhanku, puji dan syukur aku sampaikan kehadirat-Mu, atas segala nikmat dan rahmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Nikmat dan rahmat yang begitu banyak sehingga aku tidak bisa menghitung berapa jumlah dan harganya nikmat-Mu itu Ya Allah.

Ya Allah, dari usia dan umur yang telah Engkau berikan, begitu banyak dosa yang telah hamba-Mu lakukan, begitu besar kesalahan yang telah aku perbuat, begitu jauh aku bergelimang dosa, sehingga aku sering melupakan-Mu ya Allah. Sering aku melalaikan perintah-Mu ya Allah, tidak mendengarkan panggilan-Mu Ya Allah, begitu asyik aku mengarungi kehidupan duniawi, begitu jauh aku menyimpang dari jalan-Mu Ya Allah. Hari ini, di hari Ulang Tahunku ini aku memohon ampunan-Mu ya Allah atas segala kelalaian dan kesalahan yang telah aku lakukan selama ini. Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih tolong selamatkanlah aku dari kepedihan azab-Mu.

Ya Allah, wahai Zat yang menunjuki orang yang tersesat, pengasih terhadap orang yang berdosa, dan pemaaf bagi orang yang tergelincir pada kesalahan, Kasihanilah hamba-Mu ini, selamatkanlah aku dari segala bahaya kemaksiatan yang dapat menjerumuskanku ke dalam gejolak api neraka. Jadikanlah aku orang-orang yang senantiasa menyebut nama-Mu, mengingat keagungan-Mu, tidak pernah lupa akan segala kebesaran-Mu. Berilah kepadaku rezeki yang halal, yang toyyib serta dapat memberikan ketenangan dalam kehidupanku dengan limpahan rahmat-Mu, Ya Maha Pengasih.

Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah umur panjang sehingga aku dapat melakukan ketaatan dan lebih bertaqarrub kepada-Mu Ya Mujibas saailin. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibu bapakku, dosa-dosa seluruh keluargaku dan dosa seluruh orang telah berjasa kepadaku, dan dosa semua saudaraku baik yang masih hidup maupun yang telah wafat. Berikan petunjuk-Mu agar aku mampu membedakan yang haq dan yang batil. Berikan ketegaran untuk memilih jalan-Mu yang benar dan berikan pula kemampuan untuk menghindari jalan-jalan yang batil. Terimalah ya Allah segala amal ibadahku, dan perkenankanlah permohonan hamba-Mu ini, hanya kepada-Mu jualah ya Allah kami berserah diri.


=====================================

Selama hidup ini, mulai dari usia baligh sampai sekarang, apakah usia itu banyak digunakan untuk beribadah atau bermaksiat.

Mata ini, sungguh tak terjaga, banyak melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT ketimbang melihat ayat-ayat-Nya.

Telinga ini tak terjaga, banyak mendengar hal-hal yang diharamkan Allah SWT ketimbang mendengar ayat-ayat Al Quran serta nasehat-nasehat taqwa.

Mulut ini, tak terjaga banyak membicarakan hal-hal haram, menggibah, berbohong, mencela, menyakiti hati oranglain, bicara kotor ketimbang berdzikir pada-Nya.

Tangan ini, tak terjaga banyak menyentuh, mengambil hal-hal yang bukan haknya.

Kaki ini, tak terjaga banyak melangkah menuju kemaksiatan, berat melangkah menuju mesjid-Mu.

Diri ini berlumur kehinaan karena dosa-dosa yang acapkali ku lakukan berulang-ulang.

Hati ini, penuh dengan penyakit hati, kemunafikan, seringkali lalai dari berdzikir pada-Mu.

Malu diri ini pada-Mu Ya Robb…… namun sungguh memalukan lagi ketika hati ini malah lebih malu pada makhluk-Mu sehingga kenuafikan itu datang lagi, semakin menggelapkan hati ini, secara sadar dan sengaja tak menghiraukan segala amanah-Mu, maksiat, maksiat dan maksiat lagi.

Bila Engkau Mau, tentu saja Engkau Bisa membinasakan hamba yang kerdil ini dengan segala azab-Mu yang pedih saat ini juga.

Namun rupanya tak Kau lakukan. Semoga itu semua pertanda bahwa Engkau masih memberikan waktu untukku bertaubat, bukan menjadikanku orang-orang yang diceritakan dalam ayat-Mu ini :

“Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka” (Q.S. Al Baqoroh : 15)

Naudzubillah………………

“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan yang pantas disembah melainkan Engkau yang telah menciptakan diriku.

Aku adalah hamba-Mu, dan aku berada dalam perintah dan perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku perintah-Mu aku laksanakan.

Aku berlindung kepada-Mu dari segala kejelekan yang aku perbuat terhadap-Mu.

Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sementara aku senantiasa berbuat dosa. Maka ampunilah dosa-dosaku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.”

” Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosaku ku”

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebajikan sebagaimana yang dimohon oleh Nabi-Mu Muhammad. Dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejelekan sebagaimana yang Nabi-Mu Muhammad mohon perlindungan.

Engkaulah yang Maha Pemberi Pertolongan, dan kepada-Mu lah puncak segala pengharapan. Tiada daya upaya untuk meninggalkan maksiat dan tiada kekuatan untuk melakukan ibadah kecuali atas pertolongan Allah.”

“Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam mentaati-Mu, dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang saleh.”

“Ya Allah, sesungguhnya dosa-dosaku tak akan kekal kecuali harapan akan ampunan-Mu.

Telah Aku hadapkan di depanku suatu penghalang, lalu aku memohon kepada-Mu sesuatu yang tak layak bagiku untuk Kau perkenankan,

berdoa kepada-Mu sesuatu yang tak layak bagiku untuk Kau ijabahi,

dan merendahkan diri kepada-Mu dengan sesuatu yang tak layak di hadapan-Mu.

Namun bagi-Mu tidak tersembunyi keadaanku walaupun tersembunyi bagi manusia untuk mengetahui persoalanku yang sebenarnya.

Ya Allah, jika rizkiku ada di langit turunkan, jika ada di bumi keluarkan, jika jauh dekatkan, jika dekat mudahkan, jika sedikit perbanyaklah, dan berkahi aku di dalamnya”

Ya Allah, baguskanlah untukkku agamaku yang menjadi pangkal urusanku, baguskanlah duniaku yang menjadi tempat penghidupanku, serta baguskanlah akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku menjadi bekal bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah matiku sebagai pelepas dari segala keburukan.

Dengan dipanjangkan usiaku berarti Allah masih memberikan kesempatan kepadaku untuk lebih banyak menggunakan usiaku untuk taat dan mendekatkan diri kepada-Nya. InsyaAllah dalam sisa umurku aku bisa lebih dekat kepada-Nya, dan aku juga bisa lebih bijaksana, dimudahkan rezeki, dan dapat bermanfaat bagi orang lain.


Rabbanaa aatinaa fid dun-nyaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa ‘adzaaban naari

usrahku

assalamualaikum warahmatullah..pertama kali kak mau minta maf tuk adik2 dan sahabat seusrah sebab terlalu lama menyepikan diri..tapi tuk pengetahuan kalian,kalian x pernah dilupakan pa lagi satu perjuangan,cuma satu jak kak nak bgtau,tuk berjumpa dan berusrah insyaAllah jika berjodoh kita pasti ditemukan,jika tidak hanya usrah fb yg dapat kak buat sedaya kak...harapan kak,janganlh lari dri medan perjuangan,tuk kalian yg meletakkan kebergantungan dgn hamba Allah yg x bdaya ni,ubahlah,ltakkanlh kmbali kebergantungan tu pada yg slayaknya..kerna manusia ni x da yg kekal,cuma allah yg kekal..kembalilah kembali pada perjuangan..bacalah semua usrah ni..insyaAllah ada juga ckit pengisian...cukuplah hati x kosong dan sunyi...kak/ana yakin kalian semua adalah yg bek malahan lebih terbaik dri yg bek...sama2lah kita ingt,hidayah ni skali jak allah bg,kalu kita x hargai,allah ambik hidayah tu dik..hbis pa lg yg tgal dgn kita,umpama pokok x beranting..kak minta,letakkanlh smgt kalian sebagai daie..akademik daie biarlah seiring..kalu rasa sepi..pintalah dulu dgn Allah,mungkin kita akan berjumpa,mgkn disitu kak adalah wasilah dan wadah kalian..bykknlh berdoa moga Allah permudahkan urusan jodoh pertemuan kita adik dan sahabatku...sejujurnya,kalian adalah kekuatan dan inspirasi diri ni..jika kalian lemah,kak pun rasa bahangnya..kenapa?sebab dari hari pertama kita berusrah hati kita sudah tertaut..iya kan dik..erm,rindu dgn usrah...iingin balik sama2 menjamu nikmat iman tu..tapi apakan daya Allah pisahkan kita buat sementara waktu dri zahir,tapi dari rohani kita x pernah berpisah...sebb semua adalah saudara kak..kak minta satu jak...ringankanlh diri dgn usrah dan halaqah,walaupun ianya kelompk yg kecil,tapi byk yg menyertai mjlis ilmu,kan ada malaikat allah,ingat juga sal hadis ilmu tu kan..ilmu tu cahaya,x semestinya ilmu akademik semata,tapi ilmu akhirat juga pntg sebab tu ilmu yg akan jd bkalan kita dialam kubur..semua kubur smua takut,tmasuk kak..he..belum ready la tu kali..pa pun kak minta satu,kalu x mau naqibah kalian sedih dari kejauhan,ringankan diri ikut usrah ya...halaqah jgn lupa..x lama lg syaban menjelma..bykkan amal..byk fadhilat dia..jan risau kita tetap berusrah tp usrah fb...rajin2lah buka fb ya..he..akhir kata maafkan kak..x manusia yg x wat silap..hanya Rasullah jak bersifat maksum..jdlah daie yg sebenar daie...gud luck tuk yg mbil exm pmr,spm,dan kak stpm...smga allah pertemukan kita dalam ukhwah syahid dijalannya..insyaAllah..maafkanlah ksalahan org,x rugi maafkan org..malah sifat tu adlh sifat mulia..cuma satu jak kak nk pesan tuk diri akak dan juga tuk adik2 kak...kita tak layak utk tak memaafkn org..sdg nabi sndiri maafkan umat dia...kita tau juga kan..erm...byk pula usrah kak ni..ya la..lama da x berusrah kan...salam mahabbah lillah

buatmu hai adam tulang belakangku

Adam,
>Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
>adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga
>dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak
>hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
>darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan
>syaitan.
>
>Adam,
>Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
>dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah
>dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya
>merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam
>sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari
>peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun
>jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
>mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
>empat pada satu waktu.
>
>Adam,
>Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
>sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau,
>gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah
>tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
>Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
>
>Adam,
>Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
>adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
>mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati
>dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
>Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
>kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah
>menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki
>aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
>bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
>seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
>Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
>
>Adam.....
>mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu
>sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
>sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku
>ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau
>yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga
>di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
>Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang
>kasih sucimu terhadapku?
>
>Adam.....
>Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang
>patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata
>jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
>yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang
>degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu,
>pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu,
>apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW
>terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
>psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
>dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
>
>Adam....
>Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
>pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka
>benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal
>manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
>Aku...akalku satu nafsuku beribu!
>
>Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan
>lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
>kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
>perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
>hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
>mujahidah kekasih Allah.
>
>Adam,
>Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan
>mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka
>kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang
>akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu
>sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan
>itu................................

Tarbiah

Bismillahirahmanirrahim...hari ni aku lalui dgn tarbiah,bukan hanya hari ini tapi juga hari2 lain..tapi entah mengapa wallahualam mungkin Allah menjentik hatiku dan meminta aku menyedarinya...aku terkedu dgn tarbiah yang aku hadapi, walaupun bukan diriku yang mghadapinya tapi perasaan itu sudah cukup membuatkan hatiku bergetar malahan juga sudah cukup membuatkn kau mgalirkan air mata..Subhanallah hebatnya hidayah Allah..aku cukup terkesan dgn pemergian adik2ku ke rahmatullah..biarpun bukn adik2 kandungku tapi aku dapat mrasakan situasi seorg kakak itu dlm diriku..sayu hatiku..mendengr pemergian mereka..adikku Erra Fazira Kwong Mui Yen dan adikku Imam Shafie...pemergian kalian memberikan seribu satu tamparan dalam diri kakak...sungguh adik2ku,biarpun kita x prnah serpt mna..tapi pertemuan yg Allah beri walau sesingkat itu sudh cukup untuk kakak mengenali kalian biar dari sudut lahiriah...adik2ku moga Allah tmpatkan kalian dalam kalangan orang yg Soleh dan Solehah..moga Allah ltakkan kalian disisinya...ya Allah..aku mnegerti kini setelah ianya betul2 berlaku dihadapanku..betapa aku sedih dan takut...terfikir aku akan amalku ya Rabbi...entah berat manalah nanti jika ditimbang..Ya Allah sungguh aku hambamu yg jahil,jahil ilmu,jahil ibadah,jahil dalam berkata-kata,dan jahil sggala-galanya ya Tuhan..dari sudut hatiku,sungguh engkau lebih mengetahui..aku takut ya Allah,bukan takut pada sebuah kematian tapi takut pada amalku,bagaimalah untuk aku persembhkan dihadapanmu kelak..ya Allah kuatkanlah semangatku tuk menjalani khidupan ini dgn sebaiknya..kuatkan smangatku tuk meneruskn jihad risalah nabi..biarpun aku terpaksa terpulau...wallahualam