Powered By Blogger

Sunday 13 October 2013

Travelog Ukhwah


  Assalamua'laikum buat sahabat ukhwahku fil Islam..Apa khabr kalian sahabatku..semoga sihat hendaknya..disini kalian ku himpun..dalam warkah ini kita bersama..inilah sahabat2ku yang sudi bersamaku bermula alam sekolah rendah, menengah , kampus,usrah,halaqah maya,program dan kem kepimpinan. perkenalan kita telah Allah rancangkan dengan sebaik mungkin. perkenalan kita tidak pernah dijangka. masing-masing membawa haluan sendiri. hati ini rasa bersyukur bersulam sebak dengan ukhwah ini. Maafkan aku atas ukhwah yang kita jalani ini. sejujurnya ingin aku adil pada kesemua. Tapi aku tidak berdaya utk bertanya satu-persatu. Sahabatku ,  Maafkanlah diri ini atas kekhilafan yang tidak pernah ku jangka. maafkan aku. bukan bermaksud aku melarikan diri , tapi  hati ini cukup rindu utk bersama. aku bersyukur dikenalkan dengan kalian. jangan pernah lari dariku. terima kasih kerana sudi mengingati akan diriku. terima kasih kerana sudi mengingatkanku. sungguh! hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.kehadiran kalian menambahkan seri dalam hidupku. tanpa kalian,mana mungkin aku mampu berdiri seteguh ini.Sahabatku,kalianlah tulang belakangku. ketahuilah , ukhwah itu tidak  terletak pada kerapnya pertemuan, tidak pada lembutnya berbicara , tidak juga pada bayaran. ukhwah itu terlalu murni, sukar untuk disingkap dengan mata hati. hatta hati sendiri tidak mampu menafsirkan ukhwah sebenar. untuk berbicara soal ukhwah , ia takkan pernah habis kerana ukhwah ini bermula dari hati.Sahabatku , bagiku ukhwah kita ini ibarat simpulan ikatan tasbih. setiap titik punya manfaat. begitulah kalian pada diriku. sentiasa bermanfaat dalam kehidupanku. Sahabatku ,Jadilah kita  ibaratnya bulatan. tidak ada penghalang dalam bentuknya. malahan tidak ada satu titik yg bisa mematikan bentuk itu. tetap selari..jadikanlah ukhwah kita ibarat bulatan itu. kemana kita pergi membawa diri , hati kita sentiasa selari dengan aliran Islam , Iman , dan Ihsan. Sahabatku , letakkanlah pergantungan kita pada Allah selayaknya. Kita cuba untuk berbaik sangka dengan ujian yang dititip. letakkan pergantungan padanya , jangan pada manusia kerana dia juga diuji. Ada masa kalian boleh terima , ada kalanya kita sukar menerima. jangan begitu , terimalah ukwah dan sahabat kita dengan sesungguhnya. Ukhwah kita biarlah sampai dilamar Allah agar kita menjadi Srikandi pejuang Islam sebenar.bersama berada di pintu perjuangan demi melamar hidayah Allah melalui mehnah dan tribulasi.  Ujiannya bukan melemahkan tapi itulah sumber kekuatan buat hambanya yang bersedia meletakkan diri sebagai abdi. tunduk akur pada perintah Allah.sama2lah kita kejar redhaNya agar kelak terselamat kita di mahsyar kelak.Sahabatku , ukhwah itu tidakkan bisa dicagar oleh apa barang berharga sekalipun. keranan itulah hadiah kasih sayang Allah buat kita. ketahuilah , diri ini tak pernah melupakan kalian. mana mungkin bisa ku lupa jika jasa kalian terlalu banyak padaku..Sahabatku ,    sekali lagi maaf dari diriku.. aku hanya mampu berdoa jika tidak bersatu di dunia , biarlah kita disatukan di negeri abadi.semoga ukhwah ini menjadi syafaat di mahsyar kelak. aku rindukan kalian. aku pernah dipesan : di jannah nti ada satu Mall atau market.. Disana kita dtg bukan utk membeli belah ttpi datang untuk berjumpa shbt2 mjalinkan ukhwah fillah subhanaAllah!! aku harap waktu itu kalian berada bersamaku.   Sahabatku ,terimalah seadanya sahabat kita. terimalah kekurangannya. kita sama topupkan dan cover kekurangan itu dengan kesungguhan kita terhadap ukhwah. kita cuba. pesanlah pada hati kita sesama , jangan tinggalkan ukhwah yang dibina. biarlah binaan itu tersusun kukuh seperti binaan yang teguh..berukhwahlah kita dgn ikhlas.semoga bahtera ukhwah ini diredhai Allah.  Sahabatku,ayuh tunjukkan pada dunia bagaimana indahnya ukhwah yang kita bina ini. bagaimana indahnya ukhwah sekawan burung , didiklah hati kita untuk mengambil pelajaran dari haiwan2 ini. tidak dicipta sesuatu diatas muka bumi ini secara sia-sia melainkan punya tujuan tersirat yang harus kita maknakan. itulah dia tujuan hidup. biarlah kita gagal dalam kemuliaan , jangan kita berjaya dalam kehinaan. belajarlah kita mengejar cinta Allah kerana cintanya kita disatukan.  Sungguh indah ukhwah sekawan burung. terbang bersama , dan pergi mencari haluan masing2. setelah itu , kembali ke tempat asal masing-masing juga tetap bersama. ibaratnya kita , biar jauh mana kita membawa haluan , jarang bertemu , jarang bersapa..in shaa Allah, dengan cintanya kita akan bersatu kembali. saat itu , sama-samalah kita melestarikan ukhwah kita dengan ilmu yang ditopup sesama kita. kita lengkapkan ia agar Islam ini kembali dijulang seperti mulianya Islam dahulu. kerana apa? keikhlasan para sahabat dalam berukhwah. sanggup mengorbankan kepentingan diri demi cinta mereka pada Rasullah..tahukah kita , ada seorang pemuda bernama ukasyah. saat Rasullah merelakan dirinya untuk diqisas , semua sahabat sanggup mengorbankan diri dengan menawarkan jasad mereka pada Ukasyah utk diqisas. hinggakan air mata itu mengalir membasahi diri. tahukah kita sahabatku akan pengorbanan Saidina Abu Bakar. sanggup dipatuk ular , menahan kesakitan demi cinta pada Rasullah saw.tahukah kita betapa remuknya hati Saidina Umar tatkala dimaklumkan bahawasanya Rasullah telah wafat. hinggakan beliau berkata , jika ada sesiapa yg berkata soal kewafatan Rasullah akan dipancung. kerana apa? kerana cintanya pada ukhwah hinggakan mengalir air matanya tanda tidk pcaya. tahukah kita, bagaimana ukhwah Sultan Al Fateh bersama tenteranya. kerana ukhwah Islam sebenar , Islam ditakluki. Dunia pernah ditakluk 2/3. kerana apa? kerana ukhwah sahabatku sayang. barisan saff yang kukuh tidak mematahkan semangat mereka sebaliknya bersama memberikan semangat. bersama membahu dari belakang.Sahabatku ,Jiwa ini terlalu rindu. Tidak mampu ku zahirkan. Biarlah Allah yang nilaikan sejauh mana kedalaman hati2 kita.hanya Dia yang Maha tahu. ku titipkan kalian pada Allah kerana Dialah sebaik2 penjaga. Tidak pernah tidur walau sesaat. pergilah padaNya sahabatku. Dialah sebaik2 tempat mengadu. sandarkanlah padanya.  Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam penuh nikmatnya. Jagalah hati dan iman  kita baik2 walau dimana. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Jika jatuh , jangan biarkan diri terus jatuh. bangkitlah kita sahabatku. Akhirul kalam..semoga warkah ini  jauh dari Fitnah Iblis yang tidak putus-putus menyesatkan anak Nabi Allah Adam as. salam ukhwah dan maaf dariku. semoga berjaya dalam apa jua bidang. Allahumma Amin!!

Bismillah..Nama itu ku lakarkan dahulu. selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasululullah saw atas pengorbanannya hingga kini..Kasih dan sayang buat para sahabat atas perjuangan mereka. andai tidak kerana semua itu, mana mungkin aku bisa hidup hingga hari ini dan bernafas dengan baik.

Erm....hari ini aku menerima sesuatu teguran daripadaNya membuatkan aku terus terfikir hinggga saat ini. Apa khabar agaknya saudara-saudaraku di bumi Gaza, di bumi Syria, di Bumi Mesir, di bumi Rohingya dan dimana sahaja saudaraku berada.

Huhuhuhu!!! Entah antara percaya atau tidak. Itu belakang kira. Ku kuatkan hatiku untuk menulis memberitakan kepada semua perihal saudara2 disana. Kadang-kadang aku terfikir, isu terhadap mesir,syria, gaza,rohingya..sebulan sahaja isunya. setelah itu pudar seperti angin taufan..bila tiba musimnya, maka habislah kita,hancurlah segala isi perabot. Bila tenang, maka redalah ia..tidak ada lagi suara manusia2 mendengus.. seperti itulah analogi terhadap saudara2 kita disana.





Erm...apa yang hati saya,saya,saya dan kita semua nampak melalui foto ni?? .Mungkinkah simpati atau mungkinkah Empati????Ask ourself first before give some reason...

Sedih kan tengok..erm., jangan sedih jak..semua tu tak cukup.kalau kesedihan je yang kita bagi, itu semua hanya membebankan hati saudara2 kita disana. Lebih mengharukan kalau sedih tanpa berfikir sesuatu.Erm, Allahu Rabbi!!! :(...be calm Nur..continue...



cuba tengok gambar yang ni lagi...apa yang hati dan diri kita semua rasa dan fikirkan. Maaf kiranya saya ulang kembali. Mungkinkah Simpati atau Empati???? Mungkinkah simpati atau empati???? Terpulanglah pada saya,saya,dan saya dan anda semua nak fikir apa tentang gambar ni. Tapi inilah realiti yang berlaku pada sahabat2, paling dekat saudara kita kat sana..

Agak2 hari ini, apa yang kita makan?? Mungkin juga daging ayam, ikan,KFC..dan paling mantap Mc Donald and so on. erm, tapi saudara2 kita..apa yang diorang makan. Apa yang diorang minum. Apa khabar agaknya adik-adik bayi di sana. Apa khabar agaknya kandungan ibu-ibu disana. Apa khabar agaknya ayah2 dan muslimin disana. Semuanya apa khabar. Pernahkah kita bertanya semua ni hanya untuk satu minit di jiwa kita. Pernahkah kita terfikir tentang mereka hanya untuk 30 saat. Pernahkah kita bacakan Al Fatihah untuk semua saudara2 kita di dunia hanya untuk sesaat hingga ke 15 saat. Pernahkah Kita??Pernahkah Kita??Pernahkah Kita??? Bosan bukan, persoalan yang sama berulang-ulang. Jangan pernah bosan saya,saya,dan saya serta anda semua dengan semua persoalan. Persoalan inilah kelak yang akan diulang-ulang di akhirat . Saat itu,  Pada siapa lagi kita nak bosan. Tak ada. Kepada Allah lah segalanya raja, dan kepada Allah kita meminta segala rayuan...

Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis. Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".

Itulah perkataan yang sempat saya copy & pastekan..rasa sebak saat mengetahui hingga ke tahap itu makanan mereka. Rasa malu pada saya untuk makan makanan2 yang sedap, yang grand2, yang hebat2...Allahu..cukup malu pada diri..sungguh2..

Manalah mereka ingin mencari kayu api...apalah minum mereka...?? Erm....

Ya Allah, ampunilah dan maafilah kami kerana kami tidak mampu membantu dan memberi yang terbaik kepada saudara seaqidah kami di sana.

Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, mesir, gaza Rohingya, dan malaysia sendiri. maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.


Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima. Kami disini memperolehi makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka ya Allah.

Amin Ya Rabbal Alamin!!!



Assalamua'laikum..
huh!! lama rasanya Nur tidak menulis. Entah mengapa kebelakangan ni ada sahaja halangan biarpun niat berkali-kali mendesak.
Tahu kah Mujahadahku, Nur sendiri tak tahu sebenarnya apa yang terjadi dengan diri Nur kebelakangan ni. Nur nak sangat menulis di dada Mujahadah, tapi Nur malu sangat2 dengan sikap Nur membuatkan Nur rasa tidak layak. tersangat-sangat tidak layak.huhuhuhu.. :(
Tugas Dakwah dan Tarbiyyah benar-benar membuatkan Nur rasa serba salah. Nur cuba masuk kat dalam suasana sosial untuk mengawal suasana, tapi kadang-kadang Nur rasa Nur terbawa2 dengan semua tu. Tapi Allah Taala tu Maha Adil dan tahu, acap kali Nur terbuat smthing yang salah, pastinya ada teguran dari Allah. :(
Terketar-ketar tangan Nur tulis di ruangan ni..tapi Nur kuatkan hati juga..doakanlah Nur Mujahadahku.moha hati Nur Kuat untuk mengawal situasi dan bukannya situasi yang mengawal Nur..