Powered By Blogger

Wednesday 14 January 2015

Baitul Muslim vs Baitul Haraki


Bismillah,

Allah kalam itu lafazkan terlebih dahulu.. meletakkan kalimah Allah yang utama kerana Dialah pemilik segala ilmu..Moga ilmunya serta perkongsian ini mampu memberikan kekuatan dan berkah disebaliknya Amin...

Baitul Muslim vs Baitul Haraki...

Dari segi maksud hampir sama tapi jauh bezanya dari segi penilaian serta penghayatannya..

Entah angin apa yang membuatkan aku terfikir slogan ini. Aku senyum sendiri..

Dari jauh aku melihat sepasang suami isteri. Tenang melihat mereka dengan anak2 berjalan mengisi ruang cuti mereka...beberapa ketika pula aku melihat ada sepasang suami isteri yang asyik merajuk dan dipujuk. Ada juga pasangan yang ku lihat mengisi setiap masa dan waktu mereka bersama-sama.

pokok kata, setiap masa dan ketika sentiasa dengan suami.

Aku menginsafi keadaan itu. Ku tenung langit semahunya..ku pandang ombak dihadapanku.. Hatiku tenang..Aku berfikir, adakah kehidupanku kelak seperti itu. masaku bersama bakal suami sentiasa full..

Aku berfikir lagi...

Aku teringat pesanan seorang kakak, taujihat darinya banyak menyedarkan serta mengajarkan aku erti hidup.

" Semua orang boleh berbaitul muslim, tapi tak semua dapat merasai erti berbaitul haraki."

Semua orang Islam yang berkahwin itulah baitul muslim tapi berbeza dengan baitul haraki.

Baitul haraki menuntut sebuah pengorbanan yang lebih tinggi..kehidupan perkahwinan yang tidak akan sama seperti orang lain.

Berbaitul haraki!!

Bersedia untuk ditinggalkan
Bersedia untuk mengecap kesunyian
Bersedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah
Bersedia untuk merasa susah
Bersedia dengan air mata
Bersedia dengan segala perasaan

Amat menyeramkan..Tapi itulah dia baitul haraki.

Mataku berair, rupanya mataku menangis. Merah lagi mataku. Aku berfikir dan terus berfikir..

Proses penantian dan persediaan ini membuatku banyak mentarbiyyah diriku sendiri untuk menjadi seorang isteri kepada seseorang yang telah meletakkan janjinya kepada Allah semata, seseorang yang sememangnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah untuk diqiyadikan.

Selang beberapa ketika, Allah menguji jiwa dan perasaanku lagi bilamana seorang sahabat bertanyakan kepadaku akan poligami..

Poligami, suatu benda yang menakutkan bagi seorang wanita sepertiku.

Persoalannya

" Azma, enti tahu bakal suami enti orang yang macam mana. dia orang hebat."

Aku senyum dan menjawab dengan hikmah

" Belum tentu bakal menjadi suami ana enta, segala perancangan Allah yang atur"

Dia senyum

" Ana tahu..tapi enti kena lebih bersedia dari sekarang. Sebab persoalan yang ingin ana tanyakan pada enti ini lebih kepada kehidupan enti."

Senyum dan mengiyakan..

" Apa tu?"
 " Enti, enti tahu bakal suami enti orang yang macam mana..ana ulang lagi..ditakdirkan enti sudah berkahwin dengannya hampir 10 tahun dan mungkin masa tu enti dah beranak pinak..tiba-tiba, sahabat enti yang paling enti rapat belum bersuami..adakah enti membiarkan sahabat enti seperti itu terus atau enti mengorbankan perasaan enti dan bersedia untuk mengambilnya sebagai sahabat madu enti dan berkongsi hidup dengan suami enti.."

Aku senyum dan menyandar ke belakang kerusi...

Dia bertanya,

" Ana bagi enti persoalan ini untuk berfikir..Habis perbincangan ni ana nak tahu jawapan dan pandangan enti"

Aku mengulas senyuman...Tiba2 hatiku terasa sayu..Ku pandang setiap ruang dihadapanku..
Aku keluar sebentar dari tempat perbincangan dan pergi keluar..

Aku memandang langit..Awan yang bergerak mengikut keselesaannya.. Matahari yang pada mulanya tegak ingin melabuhkan diri ke senja di ufuk. Menandakan wajah alam yang ingin bertukar. Malam

Argh!! Mataku berair lagi. Terasa mendalam benar persoalan itu. Ku berikan ruang pada hati untuk ditenangkan.

Langit itu ku pandang lagi..Mataku tunduk memandang lantai..Ku pandang lagi ke langit dan membiarkan mataku terarah..tiba2 fikiran menerawang memikirkan si dia yang juga milik Allah.

Mataku berair, kesekian kalinya ku pandang segala ruang di dada langit tanpa ada satu yang tertinggal..

Ku kesat air mata, ke pegang hatiku..Bibirku kembali senyum..

Bismillah..

Ku pandang langit, disebaliknya ada awan yang menghiasi..disebaliknya juga ada matahari yang meneranginya serta menemaninya..Tapi bukan selamanya matahari itu terus menerangi..dia harus ikut aturan pencipta  kerana malam itu bakal menemani langit..matahari harus akur dengan kehendak yang telah ditetapkan Allah padanya untu merelakan langit itu ditemani dengan malam dan sinaran bulan..

Aku senyum..aku sudah punya jawapannya..dan aku redha dengan jawapan dan kata hati yang Allah hantarkan padaku..

Aku teringat kata2 seorang akak..

" Dik, bila kita jadi isteri seorang pejuang ini..kita kena berlapang dada terima apapun yang Allah beri. Tugas kita adalah untuk menjadi tulang belakang suami dalam melebarkan perjuangannya, menguatkan semangatnya agar tak lelah dan gentar untuk tetap atas jalan ini.."

Dari dalam ku lihat sahabat yang mengutarakan persoalan itu..aku masuk kedalam..aku duduk dengan tenang..Benar seperti jangkaanku, dia datang dan bertanyakan soalan itu.

" Dah habis berfikir"
Aku Senyum..
" Alhamdulillah"

Apalah jawapannya..

Ku pejamkan mata, mengurut dada.. air mata pengorbanann semata2 tuk Islam tak seharusnya dibiarkan mengalir..

" Dia bukan milik ana. Bila dia jadi suami ana pun, dia bukan milik ana..tapi dia milik Allah n dia milik Islam..Paling dekat, dia milik perjuangan..sebelum ana bakal jadi isteri dia pun, awal2 dia dah jadi suami pada isteri dia yang tetap yang lebih melengkapkan kehidupannya..( Perjuangan )..
Ana tidak ada hak atas tu..Hidup ana dan dia Allah yang atur, tugas kami akur pada ketetapan Allah..tugas ana untuk kukuhkan pergantungan dia kepada Allah.

aku berhenti sekejap..aku senyum lagi

Kalau itu yang terbaik untuk perjuangan dan dia seorang yang bertanggungjawab..ana dengan rela hati benarkan diri ana untuk dimadukan..dan ana akan terus doakan suami ana moga terus kuat atas jalan ni..dengan hati terbuka dan lapang ana terima siapapun bakal madu ana.."

Ku genggam tangan dan jemariku..ku tundukkan pandanganku, ada titik air mata jatuh..ku genggam titisan itu..

Moga perjuangan ini bernilai ibadah..Kuatkanlah hati ya Allah untuk mempersiapkan diri menjadi seorang isteri pada perjuangan mahupun sebuah kematian..jagakanlah ibadahku,Al Quranku, amalku,lisan dan perjuanganku..

Untukmu bakal suamiku,

Moga Allah terus menguatkan dirimu atas jalan perjuangan...Aku tidak inginkan apa-apa, cukuplah sekadar aku membantu melengkapkan dunia perjuanganmu walau harus lelah itu menjadi pendampingku..itu sudah memadai dan cukup besar untukku sekiranya dapat berbakti denganmu...

Tak mengapa andai aku ditinggalkan sunyi dan kehidupan kita kelak tak sama seperti kehidupan perkahwinan orang lain..asalkan kau menang dalam membantu agama Allah dan menghadiahkan pahalamu pada keluarga kita kelak..

Buatmu bakal suamiku,

kehidupan perkahwinan dalam teratak haraki ini bukanlah untuk mencapai keseronokan semata2, bahkan ia adalah satu wadah untuk kita lebih bekerja keras membantu agama Allah..mogakan dengan pengorbanan ini, kita dapat meluaskan kembali empayar Islam yang jatuh oleh tangan2 yang tidak berkemanusiaan..Mogakan dengan tadhiyyah ini, satu wadah untuk mendidik generasi anak2 kelak..mogakan lahir diabad itu anak2 persis Al Fateh..

Amin..

14 januari 2015 ( Rabu) 4.52 pm

Tuesday 13 January 2015

Senja Murobbi


14 Januari 2015 :

Bismillah, kalam itu ku rakamkan dahulu dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat Iman dan Islam yang hingga kini masih mampu ku rasai betapa damainya perasaan itu..

Ku hembuskan salam rindu buat Nabi Saw, teladan dan suri kehidupan Ummah. Buat para sahabat yang memperjuangkan Islam itu hingga kini, tak mampu ku nilai betapa titis peluh yang mengalir ditambah dengan jasad yang sentiasa dirobek dan dicalar dengan hunusan pedang berbisa itu..itulah yang membuatkan aku mampu menghirup angin Islam.

Infiiru!!!

Keberangkatan mereka memperjuangkan Islam  untuk dibandingkan dengan diriku.Terasa benar kerdil diri..Allahurabbi, .betapa lemah dan kerdilnya diri berhadapan dengan yang Maha Pencipta..

Apa khabar dirimu mujahadahku sayang, sedar tak sedar hampir 3 hari rupanya aku berada di bumi Kampus Kent, Bumi Pentarbiyahan untukku mendidik diriku menyempurnakan segala amanah dan seruan Nabi saw.

Sepanjang ku berada disini, tiada apa yang ku fikirkan..hanyalah memikirkan apakah cara untukku membawa adik2 sabah untuk mengenal nikmat Iman dan Islam sebenar..Hatiku rasa benar gentar dan terasa sayu jiwa memenuhi ruang jiwa. Apapun, Be Strong Azmalina. Seorang muslimah haraki yang merelakan dirinya ditarbiyyah tidak boleh kalah dan kena kuat untuk berada di atas jalan perjuangan ini.

Untuk melahirkan dan membentuk generasi Ummah yang akan bekerja untuk Islam sememangnya direntang dengan segala duri, kelelahan, kelemahan dan juga ketakutan.. jadi itu adalah satu perkara biasa dalam dunia perjuangan..

so, now let's direct to the point..

Aku ingin berkongsi satu perkongsian berkaitan dengan Ayahanda Imam As Syafie..

 Sejak kecil lagi Imam Syafie mempunyai impian dan cita-cita untuk mempelajari ilmu agama hinggakan belum pun mencapai usia 14 tahun, beliau telah meminta izin daripada ibunya untuk mengembara dalam mencari ilmu. Ibu Imam Syafie merupakan seorang ibu tunggal yang telah lanjut usia dan Imam Syafie merupakan satu-satunya anak yang dimiliki. Setelah menyampaikan hajatnya, Imam Syafie sedar raut wajah ibunya berubah seolah-olah ada kekusutan yang bertandang.
Lalu berkatalah si anak, “Ibu sayang, kalau keinginan saya untuk pergi ini membuatkan ibu berasa risau, saya akan menarik kembali hajat ini, dan akan berpuas hati dengan apa saja ilmu yang akan dapat saya belajar dari kawasan tempatan. Jadi saya dapat berada di sisi ibu dan sentiasa menghambakan diri kepada ibu.”
Tiba-tiba air mata mula menitis dari kelopak mata si ibu. “Tidak anakku, bukanlah itu maksudku. Sebenarnya apa yang engkau minta adalah jawapan kepada impianku dan doaku selama ini terhadapmu. Ibu sentiasa berjaga malam, memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada anak kesayangan ibu kemahuan untuk belajar tentang Rasulullah SAW, supaya Dia kurniakan kepadamu keinginan menuntut ilmu yang akan menerangi jalan makhlukNya. Cuma, yang merisaukan ibu, ibu tidak ada apa-apa untuk diberikan kepadamu sebagai bekal. Tiada apa di rumah ini dapat ibu berikan untuk memenuhi keperluan perjalananmu.”
Tetapi ternyata wanita itu mempunyai ketegasan dan kekuatan dalamam yang amat tinggi. “Baik anakku, janganlah dirimu takut. Allah SWT akan membekalkan kepadamu dengan secukup bekalan dan akan sentiasa memenuhi keperluanmu. Pergilah anakku, ibu menyerahkanmu kepada pemeliharaan Allah SWT. Ibu yakin Dia tidak akan mensia-siakan dirimu.”
Subhanallah, betapa besar pengorbanan si ibu, sebesar cita-citanya yang menginginkan si anak menjadi seorang yang berilmu. Lalu bergeraklah Imam Syafie dengan hanya berbekalkan semangat menuntut ilmu yang tinggi bersama redha ibu tercinta.

Ternyata, perjalanan ilmu yang ikhlas itu suatu yang berkat. Perjalanan Imam Syafie dipermudahkan Allah SWT apabila seorang tua sudi untuk menumpangkannya dari Mekah ke Madinah. Dan di Madinah Imam Syafie menuntut ilmu daripada Imam Malik dan selepas beberapa bulan beliau meneruskan kembara ilmunya ke Iraq, Iran dan Baghdad serta berguru dengan ramai lagi tokoh-tokoh ulama’ yang terkenal.

 KEKURANGAN BUKANLAH ALASAN
Antara kisah yang terkenal dalam kembara beliau, ketika pertama kali di Madinah, Imam Syafie yang ketika itu berada di Masjid Nabawi telah mendengar pengajaran hadith oleh Imam Malik. Secara diam-diam Imam Syafie duduk di satu sudut lalu mengambil seutas rami dan setiap kali Imam Malik meriwayatkan hadith, Imam Syafie akan membasahkan rami itu dengan mulutnya lalu menulisnya di atas tapak tangan kiri. Setelah sesi pengajaran itu tamat, Imam Malik yang telah memperhatikannya memanggil Imam Syafie.
Berkatalah Imam Malik, ”Kamu seperti orang baik, tetapi ada satu kelakuanmu yang pada saya kurang baik untuk dilakukan. Semasa saya meriwayatkan hadith Rasulullah SAW, kamu terus bermain dengan rami dan tidak mendengar dengan penuh hormat.”
Lalu dengan hormat dan rendah diri Imam Syafie menerangkan, ”Saya bukanlah bermain-main. Sebenarnya saya telah menggunakan rami itu untuk menulis di atas tangan saya supaya saya dapat menghafal apa yang telah diajar. Saya tidak ada apa-apa alat untuk menulis dan dakwat, jadi saya telah membasahkan rami itu dengan mulut saya dan selepas menulis ia pun kering dan tiada apa yang dapat dibaca lagi. Alhamdulillah saya telah dapat menghafal kesemua hadith-hadith tadi.”
Hal ini telah memeranjatkan Imam Malik, maka Imam Malik meminta Imam Syafie mengulangi hadith-hadith yang diajarkannya tadi dan ternyata beliau telah menghafal kesemuanya!
Sepanjang kembara ilmunya, Imam Syafie telah ditawarkan dengan pelbagai jawatan-jawatan penting dan harta kekayaan, namun segalanya ditolak agar fokusnya untuk menuntut ilmu tidak lari. Sehinggalah ketika beliau kembali semula ke Madinah untuk bertemu gurunya, Imam Malik yang dikasihinya. Imam Malik yang ketika itu dilimpahi rezeki hadiah daripada anak muridnya serata dunia, menghadiahkan Imam Syafie pelbagai “buah tangan” mewah, daripada kuda-kuda Khurasan, keldai-keldai Mesir, pakaian-pakaian berharga, makanan-makanan sehinggalah kepada beg-beg yang dipenuhi wang ringgit.
KASIH MENUJU AKHIRAT: PERANAN IBU DALAM MENDIDIK ILMUWAN HEBAT
Setibanya di Mekah dengan perasaan yang terlalu rindu kepada ibu tercinta yang telah ditinggalkan selama bertahun-tahun, Imam Syafie lantas mendapatkan si ibu yang telah berusia. Orang ramai yang berkerumun kelihatan sungguh gembira namun insan yang dirindui ternyata tiada senyuman pun terlukis. Apabila ditanya, berkatalah si ibu, “Apakah dirimu masih ingat anakku, apabila engkau meninggalkan ibu, ibu tidak membekalkan apa-apa kecuali dua pakaian Yaman yang ibu berikan kerana semangatmu untuk menuntut ilmu. Dan ibu tetap menghantar kamu walaupun engkau adalah satu-satunya anakku dengan harapan engkau mengkayakan dirimu dengan pelajaran hadith Rasulullah SAW. Apakah engkau fikir ibu menghantarmu untuk kekayaan dunia? Apakah yang engkau bawa balik ini adalah untuk menunjuk-nunjuk kekayaanmu dan merendahkan sepupu-sepupumu?”
Imam Syafie tergamam. “Betapa zuhudmu pada harta kekayaan dunia dan betapa dalamnya penghormatan ibu kepada ilmu agama, betapa kepercayaanmu tiada hadnya kepada Allah SWT.” Lantas dengan izin ibunya, Imam Syafie menyedekahkan kesemua harta yang diperolehi beliau sehingga tidak berbaki waima satu dinar!
Berkatalah si ibu, “Sekarang ini, anakku, kamu akan memasuki teratak burukmu itu dengan keadaan sama seperti kamu meninggalkannya dahulu. Tetapi kini di sana akan ada satu cahaya yang mana belum pernah menyinari teratak itu sebelum ini. Anakku tersayang, Allah SWT telah pun memberi cahaya kepadamu dengan cahaya ilmu dan ibu tidak mahu cahaya itu nanti akan menjadi gelap gelita disebabkan oleh tarikan dan godaan kecantikan dunia yang sekejap ini.” 
KESUNGGUHAN, AKHLAK DAN PENDORONG

 Saya terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mampu tertunduk malu menginsafi diri…
Benar, besar peranan seorang bonda untuk menjadi PENDORONG dalam melahirkan insan-insan yang hebat, di mata masyarakat dan yang paling penting hebat sebagai mukmin bertaqwa pada pandangan Allah SWT. Semoga Allah memberikan kekuatan dan jalan untuk diri ini menjadi ibu solehah yang sentiasa dapat mendidik zuriat yang dilahirkan agar menjadi insan bertaqwa dan mujahid mujahidah yang tegar berjuang untuk Islam, insyaallah.
Sungguh, kembara ilmu itu tidak akan pernah berhenti, menuju akhirat destinasi abadi…
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah (ilmuNya dan hikmahNya). Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Luqman: 27)
Mari mengembara ilmu!!!