Powered By Blogger

Saturday 23 March 2013

Travelog Ukhwah




Penghargaan :
   Mohon berikan aku cinta . Begitulah bait-bait lirik nyanyian penyanyi terkenal Rossa. Sayu dan sebak aku pada cintaNya.  Sesungguhnya diri ini bersyukur dengan nikmat kurniaanNya yang tidak pernah  putus-putus buat diri ini. Kepada Allah sesungguhnya penghargaan terbesar buat diriku selaku insan daif ini. Sesungguhnya kepada Dialah tempat pergantunganku.
    Buat Ibu Bapaku terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Mana mungkin bisaku balas dengan kata –kata , mana juga mungkin bisa ku leraikan dengan perbuatan kerana ianya terlalu berharga  buatku. Ianya tulus lahir di benak perasaanku. Jika ia mampu ku perlihatkan , akan ku tunjukkan , namun itulah erti cinta sebenar dari Allah untuk kalian buat diriku.
     Buat sahabat ikhwan dan akhowatku  Puteri dan Panglima Ruminding , sahabat perjuangan KRU&PSS Sabah ,  terima kasih banyak kerana memberikan aku cinta ini. Memberikan aku perasaan yang sukar ku jangka. Sungguh aku terharu pada perasaan sayang kalian. Pengalaman hidup dan ibrah yang kalian berikan banyak memberikan diri ini input dalaman dan output pada luaran. Kenangan hidup ini terkadang membuatkan aku  terasa jauh, terasa diri hilang arah namun sokongan dan cinta kalian menambahkan semangat buat diriku untuk meneruskan penulisan kalam ini. Semoga ianya memberi manfaat buat umat sejagat. Sesungguhnya umat hari ini memerlukan insan yang dapat mengasak diri mereka menjadi generasi hawariyyun yang diimpi Rasullah SAW tercinta. Ruminding & PSS ini keramat buatku kerana dengannya aku bisa dicintai kalian. Syukran jazilan buat kalian sahabatku cintaku.
   Ku rakamkan jua ucapan cinta terima kasihku buat sahabatku Lilik suriani. Dikala aku keseorangan , Allah titipkan dirimu buatku bersama mendepani cabaran menegakkan Islam di tanah subur ini. SMK Taun Gusi , pertamanya ku rasakan aku harus berjuang demi anak bangsa ini. Kesabaranmu membuatkan aku kagum untuk mencontohi dirimu. Buatmu cinta jiwaku Nur Faezzah Umirah dan Syakirah Mohd Ali. Kebesaran jiwa kalian membuatkan aku yakin kalianlah barisan saffku di medan perjuangan kampus ini.Terima kasih banyak sayangku. Buatmu sahabat lamaku yang telah lama aku cari , baru kini kutemui Nurussyuhaidah Melih. Perkenalan dialam sekolah rendah cukup membuatkan aku terlalu rindu dan kini kita telah bersua. Alhamdulilah luahan ku buatMu Rabbi kerana hadiahkan  diriku teman yang ku cari.
   Akhir sekali diri ini tidak mampu untuk meletakkkan kesemuanya disini. Terkadang diri ini sebolehnya ingin menjadi kopi biarpun pahit , namun gula itu menjadikan kita terasa ingin lagi untuk meneguknya. Ingin aku adil pada kesemuanya , namun aku tidak bisa..sesungguhnya diriku terlalu terbatas. Ketahuilah kalian , diri ini amat menyayangi kalian.tanpa kalian mana bisa aku berdiri seteguh ini. Hanya satu yang bisa kupegang buat yang mengenali diri ini , biar insan ini lupa , biar insan ini  tak mampu menyamakan semua , ketahuilah diri ini berusaha sesungguhnya. Ketahuilah sayangku hanya buat kalian. Pimpinlah tanganku menuju syurgaNya. Bersamalah kita berpimpin tangan kerana ukhwah ini kelak bisa menjadi syafaat di MahsyarNya kelak.
    Terima kasih tidak terhingga buat semua. Diri ini sayangkan kalian sesungguhnya. Wallahua’lam!!










Tinta Pengarang :
    Dalam kehidupan ini ada pasang-surutnya. Ada masanya kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah. Manusia yang hidup di dunia ini tidak akan seorang pun akan terlepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa kita. Sesungguhnya Allah Taala tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia , pendek kata semua ada hikmahnya.
   Disaat ini , dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja Palestin gigih bertempur menghadapi serangan Israel. Dunia Islam khususnya, terharu dengan kisah sebilangan remaja Palestin yang terkorban kerana mempertahankan Negara yang tercinta seperti pemuda yang bernama Wael Imad , bertempur dengan tentera Israel. Dia hanya berumur 14 tahun. Lebih mengharukan dan mengagumkan apabila dirinya syahid bersama ketulan anak batu.
  Disaat itu , ramai juga yang tertanya-tanya dimanakah remaja kita berada. Adakah mereka sedang berjuang di pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus-lumus meneroka pelbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya leka di pentas maksiat seperti dataran,tasik,tepi pantai,kelab-kelab malam dan sebagainya? Ini tidak ubah seperti meniru dan menciplak budaya barat yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan,sedangkan ulama’ menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah akhlak.
  Memang diusia remaja, sikap suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar minda. Hal ini turut diakui oleh golongan ahli sufi, yang mana mereka bimbang akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar melakukan ketaatan.
  Masalah berkaitan remaja adalah besar dan perlu diberi perhatian kerana ia adalah untuk kepentingan Negara dan ummah. Remaja hari ini adalah sebagai pewaris bangsa dan bakal pemimpin di masa depan. Disaat ini , dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah perkasa serta disaluti dengan iman dan jati diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Ibn. Mas’ud,Mus’ab Ibn. Umair,Ammar ibn. Yassir, dan Usamah Ibn.Zaid.Mereka merupakan pejuang yang dihantar oleh Khalifah Abu Bakar bagi menentang Byzantin yang mana pada ketika itu berusia seawal 18 tahun. Remaja hari ini , berada di mana? Tepuk dada , letakkanlah jemari kecil itu di hati. rasailah , tanyalah apa yang diinginkan hatimu duhai remaja. Hatimu amat merindukan Islam dalam dirimu. Rasailah dan rasai tangisan dalam hatimu tika mana engkau berbuat atau berniat menzalimi dirimu sendiri.
  Dibumi ini Umat Islam dipertemukan. Diciptakan kita daripada berlainan kaum , bangsa dan sebagainya untuk berkenal-kenalan dan bersaudara sesama sendiri. Dibumi ini kita mengenali apa itu ukhwah. Apa itu kasih sayang.Dibumi ini juga merupakan taman islam dari Allah buat kita. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita syukuri.
  Jika kita hayati sedetik sahaja   nikmat yang Allah beri ini, pastinya hati kita tidak akan pernah jemu mendamba Redha Ilahi. Buat adik-adik remaja yang masih bersekolah agama , ketahuilah tatkala insan yang jahil ini melangkah keluar dari taman Islam itu menuju ke dunia luar , hati ini terasa syahdu. Sekolah agama itu terlalu indah mekar mewangi dengan bunga semalu yang mempamerkan al haya’ dalam dirinya , penuh dengan bisikan hembusan angin keimanan ,menyegarkan ketaqwaan diri. Nyanyian kelip-kelip dan unggas sering berzikir merdu , lantas mengasyikkan cinta pada Ilahi. Kerlipan indah kita cari. Mencari kerlipan cahaya ilmu , menyinari kegelapan naluri, kicauan riang pujian kebesaran , bergema agung disana-sini , rimbunan pepohonan ukhwah , menjadi teduhan untuk bersatu hati.
  Wahai adik-adikku sekolah agama. Belajarlah erti menghargai nikmat yang Allah berikan. Sendainya masih ada lagi yang memilih solat bersendirian , maka pilihlah untuk solat secara berjemaah.Lawanlah bisikan nafsu itu dengan mengingati Allah Taala. Seandainya masih ada lagi yang memilih untuk bercouple , lepaskanlah dia dari hatimu. Jangan biarkan hatimu terganggu dek lamunan panjang yang tidak berpenghujung itu. Belajarlah tarbiah dari dunia luar. Ketahuilah adik-adikku , untuk mendapatkan solat berjemaah , kuliah ilmu , apatah lagi berusrah serta berhalaqah di luar amat sukar. Tidak semudah adik-adik , hanya menerima dan bersedia. Di luar , semuanya bermula pada mujahadah semata-mata untuk mendapatkan redha dan hidayah Allah. Belum lagi dengan halangan lain. Untuk membentukkan diri menjadi pemimpin serta sesoleh mungkin memerlukan pada kekentalan hati dan minda. Adik-adikku , ketahuilah. Sahabat-sahabat yang berada disekolah biasa itu memerlukan adik-adik untuk mengasak diri mereka.Adik-adik , jiwa mereka terlalu rindu untuk mengenal cinta Allah. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mengenalkan mereka pada Allah. Lihatlah dan selamilah hati mereka di luar sana.Gunakanlah ilmu dan peluang yang diberikan kepada adik-adik untuk terus menyelamatkan bangsa dan sahabat yang parah. Sesama kita saling bertanggungjawab kerana kita hidup bersaudara , hidup berutuhkan aqidah islamiyyah.
  Adik-adik , untuk mencari kebaikan dan hidayah Allah tidak memerlukan modal berupa wang ringgit. Cukuplah iman sebagai mas kahwin dan perjuangan kita meluaskan risalah Islam sebagai mahar. Jika ada tazkirah mahupun ceramah , ringankanlah hatimu menyertainya. Malaikat sentiasa bersama manusia yang berada dalam majlis ilmu. Majlis ilmu antara salah satu taman syurga. Adik-adikku , ilmu kita tidaklah sehebat ilmu Allah , luasnya tidak ternilai. Dalam surah Al-Kahfi ayat 109 Allah telah berfirman :
Katakanlah wahai Muhammad, “ Seandainya lautan menjadi tinta untuk  (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai(penulisan)kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.

Coretan Cinta
  Siapalah aku untuk dibandingkan dengan dunia seisinya. Datangku dari segumpal air mani yang kotor. Kembalinya juga kelak kepada tanah. Diriku ibarat pepasir , mudah ditiup angin. Mudah ditiup angin bisikan azazil. Berarak mengikut rentak dunia. Jika rentaknya baik, maka baiklah aku. Jika rentaknya kasar bak ombak bergelora , maka terikutlah aku pada jalan itu. Hakikat manusia biasa tidak pernah terlepas dengan ujian. Bezanya masa,tempat,keadaan dan waktu sahaja.
   Tidaklah layak aku untuk disanjung , dipuji dan diidolakan. Aku hanyalah insan yang akan berterusan menggarap ilmu diatas bumi Allah ini. Apapun yang dikisahkan dalam warkah ini bukanlah tujuanku untuk meraih pujian dari masyarakat mahupun sebaliknya. Tujuan hati ini mewarkahkah adalah untuk menyatukan ummah ,menyedarkan adik-adik remaja betapa pentingnya menghargai Islam dan Iman dalam kehidupan. Jauh sekali niatku untuk menyombongkan diri dengan nikmat yang diberi. Mohon keampunan kepada Allah SWT jika sepanjang warkah ini membuatkan hati ini riak , sombong , ujub mahupun takbur. Doakan diri ini dan kita semua semoga Allah memelihara niat kita sepanjang bermujahadah ini.
 Hati ini terpanggil untuk mewarkahkan satu “ Travelog Sedamai Ukhwah” berdasarkan pengalaman dan tarbiah sekeliling. Aku juga sama seperti orang lain. Tidak ada bezanya. Jika mereka pernah diuji,aku juga pernah diuji. Jika mereka pernah bersedih , aku juga pernah bersedih. Jika mereka pernah menangis , aku juga pernah menangis. Tapi aku sedar , yang membezakan seorang manusia itu disisi Allah kelak adalah iman dan taqwa. Sewaktu Saidina Umar bertanya kepada Ubai Bin Ka’ab tentang taqwa maka katanya taqwa itu ibarat berjalan dijalanan yang penuh duri. Berhati-hati melalui jalan tersebut agar tidak terkena durinya. Maka kata Saidina Umar : wahai Ubai itulah sebenar-benar taqwa. Berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang dimungkari Allah Taala.
  Aku pernah merasai belajar di sekolah agama dan sekolah biasa. Pelbagai pengalaman yang aku perolehi. Astaghfirullah!! Semoga Allah pelihara  kalam ini. Sepanjang aku bersekolah agama , aku bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk mengaut ilmunya walaupun ilmu ditepi jalan. Segala-galanya memberikan satu inspirasi buat hati ini. Belajar dengan pengalaman. Aku bukanlah manusia sempurna yang lahirnya sekaligus menunjukkan aku seorang yang wara’. Bukanlah lahirku pada awal terus dengan bertudung labuh , handsock , stoking dan tafsir. Aku bukanlah seorang yang petah berbicara bila melibatkan soal hukum dan sebagainya. Segala-galanya berubah pabila aku terlibat dalam satu program Islamik iaitu Kem Remaja Islam bertempat di sekolahku sendiri iaitu SMKA Tun Said.
  Akalku sedar semua itu datangnya daripada Allah. Nikmat hidayahNya membuatkan hati ini sebak dan kadang-kadang membuatkan mata ini tak pernah kering dengan airnya sendiri. Nikmat itulah yang mengajar aku hingga kini. Kerana nikmat Iman dan Islam , aku berdiri. Kerana nikmat iman dan Islam juga aku sedar diri ini harus berjuang menegakkan Islam di bumi subur ini.
  Melalui imej , akhlak  dan peribadi yang ditunjukkan oleh kakak dan abang-abang faci membuatkan hati ini tersentuh. Pertama kali aku rasakan aku telah berjumpa dengan keindahan Islam yang sebenar. Biarpun aku hidup dalam linkungan sekolah agama , itu bukanlah jaminan bahawa kita juga akan turut sama seperti keindahan tersebut . Aku  cukup tertarik dengan kata-kata yang sentiasa menarik diriku ke jalan kebaikan. Hati ini dapat merasakan keihlasan hati mereka menyampaikan dakwah mendidik kami dengan akhlak Nabi SAW sepanjang program itu.
  Aku amat merindui kak Siti Nazirah Butai. Dialah Naqibahku sepanjang program dalam LDK. Kata-katanya seakan-akan mempunyai roh. Dengan kesungguhannya , aku bertekad dan berazam dalam diri untuk mengubah diriku menjadi sesolehah dan muslimah pejuang. Aku bersyukur kerana akhirnya Allah memilih aku buat kesekian kalinya berada dalam perjuangan ini biarpun dahulu aku merasakan diriku tidak layak untuk berada dalam kelompok ini. Kasih sayang Allah , kini aku berada disini.
  Astaghfirullah! Aku memohon keampunan kepada Allah. Entah mengapa aku berasa bertanggungjawab untuk mewarkahkan coretan ini buat dik-adik remaja tidak kira sekolah agama mahupun biasa. Ketahuilah dari sekolah agama itulah , diri ini diajar dengan ilmu yang mana diriku sentiasa disaji dengan solat berjemaah , kuliah ilmu dan sebagainya. Itulah rutin harianku tiap hari. Sama dan tidak pernah berubah jadualnya. Mungkin inilah hikmah daripada perancangan Allah yang tidak ku ketahui. Dididik aku pada awalnya agar hati ini kuat menghadapi cabaran seterusnya. Setelah aku berada disekolah biasa , baru aku mengerti mungkin inilah sebab mengapa Allah letakkan aku di sekolah agama. Adik-adikku , ketahuilah tatkala kaki ini melangkah keluar dari taman islam tersebut , sebak hati ini lebih-lebih lagi pabila mengingatkan hari itu merupakan hari Maulud Nabi. Selalunya disekolah agama , sentiasa dirai dan disambut. Berbeza dengan sekolah biasa sepi tanpa khabar.Menyambut dan merai bertemankan Al-Mathurat sebagai peneguh.  Kerana itu adik-adikku , hargailah sesuatu nikmat mahupun pemberian Allah kepadamu.
   Kerana kesepian itulah , aku sering terfikir dengan apa cara untuk aku selesaikan kemusykilan ini. Seorang diri menghadapi situasi yang amat menggetirkan. Acap kali melihat suasana yang menyesakkan dada. Membiarkan diri dibelai dengan sendu dan doa. Hal itu tidaklah mudah kerana ia memerlukan sifat juang yang tinggi. Dari seorang pendiam , aku harus menjadi petah dalam titik berbicara. Dari seorang penurut menjadi pemikir dalam mencari solusi. Dari seorang yang suka berseronok aku menjadi riang dalam mengajak. Mohon ampun diriku pada Allah atas warkah ini. Semoga dijauhkan dari sifat riak , dan sombong.
  Kerana Islam juga , aku terpanggil untuk bangkit melawan arus lakonan dunia bagi mengajak insan sekelilingku untuk kembali mengenal sebaik-baik pencipta. Kepada siapa harus dilabuhkan rasa kasih , sayang , sedih dan sebagainya. Lembut seorang muslimah itu hanya pada zahirnya tapi tidak pada dalamannya. Tangan yang menghayun buaian itulah tangan yang bakal menggoncang dunia. Aku tidak mengharapkan diriku sesempurna Siti Khadijah , Siti Aisyah , Zinnirah , Rabiatul Adawiyah , Siti Hajar dan Fatimah Az Zahraa kerana aku tahu aku tidak mampu untuk menjadi seperti Srikandi itu. Tapi , aku sedar aku berhak untuk mencontohi akhlak dan peribadi mereka untukku sematkan dalam diri. In Shaa Allah.


 Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar! Tujuh lautan sekalipun tak mampu menjadi tinta untuk menulis pujian selayaknya bagi Allah SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber kecintaan dan sumber perundangan alam. Hidup dan mati hanya alam untukNya. Selawat dan salam buat Rasullah SAW, para sahabat dan pewaris perjuangan Nabi baginda sepanjang zaman.
  Terimalah karya daripadaku dalam misi abadi untuk sama-sama mencari redha Ilahi.
















Prolog Hati :
Ya Allah, aku mohon keampunanmu. Ya Allah, aku mohon kerahmatanmu. Ya Allah, aku mohon taufiq dan hidayahmu. Ya Allah, aku mohon kepadamu, izinkanlah hati menjadi insan yang memperhambakan diri padaMu. Izinkanlah aku untuk mengaku bahawa diriku ini hamba yang amatlah faqir sering meminta dan bergantung harap padaMu. Ya Allah, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui sepanjang aku bergelar seorang pelajar sekolah agama dan pelajar sekolah biasa , dan kini bergelar mahasiswi dalam dunia pendidikan sekolah rendah. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak,menyombong diri,apatah lagi untuk bersikap angkuh.
Aku mohon izinmu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagunganMu,keesaanMu,dan kehebatanMu kepada saudara seaqidahku setelah lafaz syahadah telah diikrar , serta masyarakat umum khususnya. Ya Allah, berikanlah aku ilham,mudahkanlah dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini.
Itulah doaku saban hari , mengharapkan pada Ilahi agar penulisan ini dinaungi olehnya dibawah naungan panji keredhaan. Ku harapkan ia jauh dari tipu daya Syaitan dan Iblis. Semoga dengan penulisan mampu memberikan kesan pada jiwaku serta jiwa-jiwa ummah.
Aku insan yang kurang ilmu dari segenap ilmu yang ada di muka bumi ini. Aku seorang yang faqir. Justeru itu , hamba amatlah malu jika dengan apa yang ada denganku menjadi aku seorang yang bongkak , angkuh dan takbur. Ya Allah, tolong jauhkan aku dari sifat ini. Seringkali aku menunaikan solat hajat dan berulang-kali membaca surah Al-Fath dengan meyakini janji Allah. Inilah kali pertama aku melakar catatan kehidupan dalam satu lakaran yang ku bariskan tiap aksara dengan pena dakwah.in shaa Allah.aku berdoa memohon keredhaannya supaya tidak tergelincir niat sebenar mengapa buku ini ingin ditulis.
‘                                                                                                            
Mengapa?
Hati ini amat takut dan risau. Tentu sekali keinginan supaya setiap perkataan yang ditulis tidak menyebabkan termasuk dalam golongan yang takbur,riak dan angkuh. Bagaimanapun, Allah memberi keyakinan untuk memulakan dan menyudahkan penulisan ini setelah menerima beberapa pandangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan juga murobbi dan murobbiahku agar tetap meneruskan penulisan cakna pena ini.
Buat semua pembaca , sudilah bersama denganku moga Allah Taala pelihara niat sebenarku sepanjang catatan dalam travelog ini. Bersama denganku berdoa moga Allah pelihara niat dan diriku dari sifat takbur,sombong dan riak. Tolong doakan hamba saudara-saudaraku.ketulusan doa kalian hanya Dia yang mampu membalasnya.
Hamba mohon keampunan jika kelihatan egoistic,riak,angkuh dan sombong. Diriku benar-benar tidak berniat begitu.Maafkan hamba wahai saudara-saudari sekalian.











# Warkah Buatmu Teman #
Saat kita bertemu di jalan dakwah
Saat Allah mencampakkan cinta di hati kita
Saat kita saling mengenali dan memahami
Saat kita meniti ranjau bersama
Saat kita mengalirkan kerinduan terhadap syurga
Saat kita melahirkan kerisauan akan neraka
Sahabatku , tahukah kalian..
Dakwah mengajarkan kita untuk lebih mencintai
Kesyahduan amat terasa tatkala itsaar menguasai qalbun
Lalu kita memberikan kehendak dakwah dengan sepenuh keringat
Tadhiyyah dikota ,
Fikiran , masa , harta , tenaga..
Sepenuh jiwa dicurahkan
Semuanya kita lakukan wahai teman..
Namun langit tidak secerah yang dijangka
Seringkali Allah menguji keikhlasan dan thabat kita dijalan dakwah
Sang Khaliq memberikan satu tarbiyyah yang sangat rahsia
Mehnah ataupun ibtila’ menjadi andaian..
Saat itu gelisah mendatangi
Konflik dan amarah bersarang di hati
Kemanisan dan kecintaan semakin luntur dimamah egois
Kita tenggelam dalam kedukaan
Membuka pintu kemurkaan Ilahi..
Sahabatku ,
Disaat itu kita tanyakan pada diri
Apakah benar kita ingin sertai dakwah ini?
Bersabar..
Mengadulah sebaiknya , ,
Serah dan berharaplah pada Sang Khaliq
Tuhan Rabbul jalil
Agar ujian menjadi mudah
Ibtila’ dijauhkan…
Thabatlah dirimu diatas jalan dakwah ini
Istiqamahlah sewajarnya..
Andai rebah bangkitlah semula
Andai terhiris ingatlah janjiNya
Carilah kecintaan Allah didalam dakwah
Sudah pasti cinta itu akan hadir kerana resamnya
“ Dakwah itu adalah kecintaan.”



Amanah Cinta!!
    Dahulu aku amat merindui detik aku meneruskan jihadku dalam pembelajaran.. Seringkali aku menanti detik lamaran ku diterima untuk menyambung pengajianku di bumi Anbiya'. Saban waktu doa itu tak pernah putus dalam diriku.Aku menanti dan terus menanti. Aku bersungguh-sungguh dalam jihad pembelajaranku..
  Terasa sekali kecemburuan dalam hatiku melihat senior-seniorku menyambung pengajian dari bumi sahabat tersebut..Pelbagai andaian menerjah di kotak pemikiranku..
Satu hari aku nyatakan kecemburuanku pada Murobbiahku
" Ustazah mungkinkah saya boleh meneruskan jihad di bumi Anbiya’..? "
tenang sekali Murobbiahku itu menuturkan persoalan padaku...
" Kenapa Nur nak sangat pergi bumi Anbiya'. Kan kat Malaysia pun boleh meneruskan pengajian?"
Aku tak tahu kenapa masa tu aku terasa sekali dengan kata-kata Murobbiahku..
" Sebenarnya Ustazah bila sebut berkaitan jihad ilmu , semua orang boleh mendapatkannya. Semua orang boleh melakukannya hatta tanpa dipaksa pun semua orang boleh melakukannya. Siapa yang tak nak kejayaan dalam jihad ilmu ustazah..
Saat itu aku terdiam sejenak , ku teruskan jua biarpun air mata ini mula mengalir..
Bila sebut jihad yang sebenar , jihad Fillah..pengorbanan jiwa raga..tak semua boleh melakukannya,tak semua sanggup menerimanya, tak semua sanggup menggalasnya..hanya insan yang terpilih sahaja ustazah..
Belum sempat aku menghabiskan ayat ku , ustazah menambah..
" Kan kat sini pun boleh jihad Fillah..Membantu sahabat-sahabat kat sini pun dah dikira jihad dah tu.."
Ustazah masih cuba menguji pendirianku..
Aku tetap aku, pendirianku takkan pernah surut..
" Memang ustazah kat sini pun boleh jihad. tapi tidak sama dengan jihad ke bumi anbiya'. Aku cuba meleraikan kekusutan yang bermain diminda..
" Apa yang tak samanya Nur??.."
" Ustazah kat Bumi Anbiya' tersimpan kemas sejarah perjuangan para sahabat hatta tempat perjuangan para nabi..Kat Bumi Anbiya' terasa sekali roh perjuangan para sahabat. Tak dinafikan kat sini kita juga merasai roh perjuangan tersebut seperti rohnya perjuangan para sahabat zaman dahulu.Saya teringin sekali nak pergi lawat makam para sahabat. Nak sangat menyaksikan tempat dimana berlakunya jihad..tempat yang mengajar saya erti semangat juang. Tempat yang walaupun jauh mengajar saya seribu satu erti semangat jihad. Tempat yang mentarbiah saya untuk teruskan jihad kat bumi SMK Taun Gusi.Tempat yang sering menjadikan peringatan buat saya. Tempat dimana saya berikrar untuk syahid dijalannya. Tempat yang membuatkan jiwa saya bulat pada perjuangan semata-mata.."
" Sungguh saya rasa amat bersyukur biarpun belum lagi menjejakkan kaki ke bumi bertuah tu , saya telah mempelajari banyak perkara..banyak tarbiah yang saya peroleh..tempat dimana Islam pernah diatas..Subhanallah ustazah!!saya..
aku terhenti berkata-kata....
" Nur kalau betul niat kamu ke sana untuk memantapkan perjuangan kamu , ustazah doakan moga dipermudahkan Allah taala..sebenarnya ustazah sengaja nak menguji pendirian kamu terhadap soalan-soalan ustazah..ustazah yakin dengan kamu..walau kamu dicaci , dihina , dipulau , dan apa pun ujian yang Allah beri..ustazah yakin kamu akan mampu menggalasnya..ustazah yakin dengan kepimpinan kamu dalam memimpin sekolah ini hatta menjawab persoalan yang diberi pada kamu ustazah dah nampak kesungguhan kamu pada perjuangan..Percayalah kalau kamu mengharapkan syahid insyaAllah dengan izinNya kamu pasti dapat..ustazah yakin melalui harapan kamu , tempat itulah yang memberikan kamu seribu satu inspirasi dalam meneruskan perjuangan..tempat itu juga lah yang mengajar kamu erti cekal, cekal pada ujian dan pengorbanan..
" Nur, kita manusia sentiasa mengharapkan apa yang kita inginkan kita akan perolehi tapi tak semua yang kita inginkan kita akan dapat..Itu yang kita kena ingat..Ingatlah walau dimana pun kita berada , hidup kita kerana Allah..bila mana kita sandarkan semua pada Allah , kesakitan itu akan bernilai sebagai ibadah kerana ia amat manis sehingga tak terasa lagi kesakitan..
Aku melihat wajah ustazah merah..mungkinkah ustazah menangis keranaku..
" Apakah yang menyebabkan engkau menangis ustazah.."
" Nur , tangisan ustazah kerana kebahagiaan. Ustazah bersyukur dipertemukan dengan kamu, tak semua yang mengerti maksud berjuang..dalam manusia leka dengan hiburan dunia rupanya masih ada lagi insan yang menyedari hidup takkan lama iaitu hidup diakhir zaman..'
" Nur, sejujurnya ustazah terharu dengan pengorbanan kamu. Sepatutnya pengajian kamu di sekolah agama hinggalah kamu tamat SPM justeru kerana permintaan Murobbi dan Murobbiah kamu untuk menghantar kamu ke Sekolah Menengah biasa ini , kamu sanggup menggalasnya.Kamu sanggup menerimanya. Kamu sanggup korbankan kebahagiaan kamu di sana.."
belum pun sempat ustazah meneruskan kata-katanya , aku telah menambah..
" Ustazah, saya teringat dalam satu hadis
Takkan sempurna iman kamu sebelum kamu mencintai saudaramu melebihi dari dirimu sendiri
"Ustazah permintaan itu bukanlah permintaan dari Murobbi ataupun Murobbiah saya, tapi ia adalah permintaan Allah Taala.. Dah sampai masa saya ustazah. Mungkin sebelum ini saya banyak bergembira tanpa memikirkan masih ada lagi orang lain memerlukannya. Sepertimana yang ustazah katakan tadi dimana pun kita berada, disitulah kita berjuang.
 “ Ustazah mungkin kali pertama saya datang ke sini saya terima kejutan budaya , tapi hal tu dah lama saya atasi..semua tu didikan yang Allah bagi saya untuk menjadikan saya lebih cekal bukan asyik terhibur semata-mata. Apa pun yang terjadi ustazah saya rasa bersyukur kerana terpilih ke sini dan di sinilah saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi jiwa remaja. Saya kena membantu sahabat-sahabat saya di sini untuk kembali mengenal Allah Taala..”
 “  Saya tak boleh biarkan orang sekeliling saya terus hanyut. Sedangkan saya tahu, tapi saya tak sampaikan. Maka dosanya pada saya ustazah.”
   Aku terbayang kembali bagaimana saat aku diminta untuk masuk ke bilik disiplin sekolah. Disitulah wajah murobbi murobbiahku menyampaikan amanah padaku yang harus digalas sebaik mungkin..
" Nur,  kami disini telah sepakat untuk menghantar kamu ke sekolah menengah biasa. Bukan bermaksud kami tak sayangkan kamu, tapi kerana sayangkan kamulah kami menghantar kamu ke sekolah itu. Jangan risau Nur, pembelajaran agama dan bahasa arab kamu akan kami uruskan sama seperti sekolah agama juga pengurusannya .”
Tergamam aku pada mulanya dengan permintaan itu, tapi ku pujuk hatiku.
" Kenapa saya ustaz??Ujarku dengan teresak-esak..
" Bukan kami yang pilih kamu tapi Allah yang pilih. Kami hanya wasilah."
" Nur, kami pilih kamu sebab nilai murni yang ada pada kamu. Melalui akhlak kamu sahaja warga sekolah ini sudah jatuh sayang pada kamu. Melalui kepimpinan dan kecekalan kamu juga membuatkan kami yakin kami tidak salah menghantar kamu ke sana.
“ Nur kita harus ingat,  hidup kita untuk berjuang. Bukan berfoya-foya , bukan pentingkan diri sendiri, bukan juga sibuk membelai diri.”
" Percayalah walaupun sekolah itu cukup terkenal dengan banyak masalah malahan mendapat tempat yang pertama dalam masalah disiplin peringkat daerah, kami yakin kamu mampu mengubahnya berbekalkan dengan usaha dan nilai murni yang ada pada kamu. Tidak semua terpilih Nur , bertuahlah kamu kerana Allah telah memilih kamu untuk meneruskan jihad Nur,  kami memilih kamu bukan memilih sesuka hati seperti beli barang tapi berbekalkan istikharah. Murobbi dan Murobbiah disana memerlukan kamu untuk membantu mereka."
 Ya Allah besar sekali harapan mereka. Ya Allah mampukah aku untuk menggalas amanah ini? Ya Allah cekalkah aku hadapi situasi ini?"
" Ustaz dan Ustazah, dengan nama Allah yang menciptakan saya..Sebelum saya menjawab soalan ini..
" Saya nak utarakan satu kalimah mujarab dari Allah melalui kalamnya yang tercinta..
Surah Al Baqarah ayat 256..
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara tapi ia buruk bagimu , dan boleh jadi kamu membenci sesuatu itu tapi ia baik bagimu..
“ Ustaz dan ustazah..terima kasih kerana mendidik saya selama ini,sudi berkongsi ilmu , sudi mendengar luahan saya yang tak pernah putus..Saya terima permintaan ini dan saya bersedia menggalas amanah ini..”
“ Terima kasih Nur..”
  “ Ustazah kita berterima kasihlah pada Allah..Doakan moga kekuatan saya terus mara seperti maranya perjuangan para sahabat di bumi Anbiya'..Doakan moga saya secekal para sahabat..Sanggup syahid atas nama Allah..Doakan moga akhlak saya terpelihara disana..”
“ InsyaAllah Nur..Moga Allah merahmati kamu hendaknya...Amin..”
kenangan itu masih terimbau-imbau lagi di benakku..tarbiah yang mengajarku dimasa lalu..Subhanallah!!!
" Nur  ok ke tak ni.."ustazah dihadapanku merenung aku dengan penuh bermakna..
 “ Ustazah doakan saya “
mengalir air mataku.. , ustazah memelukku dalam dakapannya..
" Yakin dengan Allah anakku , Allah sentiasa bersama para hambanya tak kira tempat dan masa..Yakin dengan Allah anakku..ustazah doakan moga kamu mendapat syahid seperti yang kamu inginkan..”
“ ustazah doakan moga Allah merahmati air mata kita menangis kerananya..”
  Aku berasa aman dalam pelukan ustazah. Akan kuteruskan perjuangan sekalipun aku terpaksa mengorbankan harta dan jiwaku. Aku teringat ayat keramat yang hingga hari ini aku semat dalam perjuanganku..
 Wahai para pejuang ,
Maralah ke hadapan.
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran..
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Ayuh kita bersatu..
Kita gempur hingga penghujungnya.
Ayuh bersatu demi Allah.
Kita bangkitkan kembali Islam dengan izinNya.

Aku terpujuk dengan kata-kata ini..

Ya Allah andai takdirku bertemumu usiaku muda ,
Angkatlah rohku dalam makna perjuangan,
cetusan - cetusan air mata di kalam usia,
Menagih petunjuk dan tawakalku padamu,
Aku serahkan masa depanku padamu,
Kerana aku sudah jatuh cinta dalam kalimah cintamu,
Sifatmu yang indah lagi menawan,
Mencairkan lagi taman imanku ini..
Apalah erti diriku ini tanpamu Ya Allah,
Andai aku ditinggalkan tanpa roh cinta kepadamu,
Angkatlah rohku dalam Aqidah perjuangan ini,
Tika aku pergi menuju cintamu..

Sahabat Nisa’ku juga pernah berpesan padaku :

Kalam ini adalah khusus tanda rindu padamu wahai mujahidah ,
Wanita solehah yang ditarbiah ,
Pembawa sinar pada bi'ah ,
Harapan agama untuk disampaikan risalah ,
Lantas wahai sahabatku fillah ,
Ayuh terus kuat melawan mehnah ,
Terus gagah dalam lembut dan ramah.
Sebarkan dakwah pada bangsa yang parah
Jangan kita hanya sibuk membelai diri ,
Kelak soalan di mahsyar menanti ,
Apa sumbanganmu pada agamamu yang suci ini ,
Jangan kita mudah lemah kiranya apa yang dihajati tidak dipenuhi ,
Kuatkan diri menghadapi mehnah dan tribulasi..

















Langkah kaki:
   Saat diri ini diamanahkan sesuatu yang tidak ku jangka akan maknanya , aku terduduk seketika memikirkan kehidupan yang bakal ku lalui di luar sana. Pelbagai andaian menerjah ruang pemikiranku.Mungkinkah aku bisa meneruskan kehidupan ini tanpa sahabat-sahabatku disisi?? Bagaimana mungkin kehidupan dakwahku disana.Mungkinkah thabat ataupun sebaliknya??
 Ku kuatkan hati. Kaki ini ini melangkah keluar dari sekolah tercinta. Sekolah yang memberikan aku seribu satu erti tarbiah kehidupan. Didikan para Murobbi dan Murobbiahku menjadikan aku sekental ini. Aku amat bersyukur dilahirkan di sekolah ini. Darinya aku belajar dan mendidik diriku menjadi seorang insan dan bukannya manusia. Bagaimana menjadi seorang muslimah , anak , pelajar malahan seorang pendakwah yang baik. Sebelum ini pemikiranku terbatas dengan melihat melalui kaca mata media , kini Allah telah memberikan padaku ruang untuk mencorak diriku sendiri atas jalan doa mana yang menjadi pilihanku.
Tatkala kaki ini menapak di sekolah baru. Sejujurnya hati ini terasa sebak serta-merta. Melihat panorama indah namun disulami dengan maksiat disana-sini. Menurut andaian dan juga ilmu yang ku fahami  setakat itu , bilamana seorang lelaki dan perempuan duduk berduan sahaja dikira maksiat. Lantaran fitnah yang menular. Mana Mungkin Syaitan itu berdiam diri. Sejak dirinya dikeluarkan sahaja , Syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam. Ku rasakan tika itu mataku berair pabila melihatkan adik-adik dan sahabat-sahabat disekolah itu. hidup dan lagat  mereka penuh dengan keseronokan tanpa memikirkan apakah benar setiap perlakuan mereka.Pergaulan yang tidak dijaga antara lelaki dan perempuan , sampah dibuang merata-rata tanpa ada sekelumit rasa bersalah.Kesebakan itu juga tidak mampu kutepis bilamana Surau ( Rumah Allah ) juga dijadikan pusat untuk merokok serta perjumpaan antara berlainan jantina. Semuanya Allah perlihatkan padaku sekaligus. Tika itu aku terfikir , mungkin inilah namanya sindiran dan teguran Allah buatku. Ku sangkakan dunia ini rata. Dan dakwahku hanya disini. Inilah perancangan Allah buatku. Selama ini mungkin jiwaku penuh dengan keseronokan tanpa memikirkan masih ada lagi insan lain yang memerlukan keprihatinan dari diriku. Naifnya aku dalam memahami makna pengorbanan. Kini aku mengerti , pengorbanan keseronokan itulah yang harus ku ketepikan. Tidak selamanya aku menjadi jiwa remaja. Terkenang aku pada kata-kata itu. Seruan Rasullah harus ku sambut.
Aku harus bangkit. Tapi bangkitku bukanlah sebagai anak muda , namun bangkitku kali ini sebagai jiwa Pahlawan dan lembutnya Srikandi dalam menegakkan syiar Islam. Tangan yang menghayun buaian itulah tangan yang bakal menggoncang dunia. Biarpun fizikalku  keseorangan , aku yakin Allah bersamaku. Sepanjang menelusuri alur-galur kehidupan disekolah baru ini , aku cuba sedaya-upayaku memulakan anjakan paradigma. Aku cuba mengamalkan sepenuhnya apa yang pernah menjadi amalanku di sekolah agama dahulu. Jika dahulu , aku bisa mengambil wudhu bila-bila masa sahaja yang ku inginkan , namun kali ini aturan itu harus ku ubah. Bukan semua tempat sama caranya. Bila aku terkenang kembali , hatiku dipagut  kegembiraan dalam aliran ketenangan sungai air mata kerana bagiku untuk mencapai nikmat Halawatul Iman memerlukan mujahadah yang tinggi. Aku teringat bilamana aku ingin menunaikan solat dhuha. Tika itu aku pergi mengambil air wudhu , bilamana tangan ini membuka pili , kosong tidak berair. Hati ini berdetik , dimana ingin ku cari air untuk menunaikan Dhuha.
 Imanku berbisik agar terus berusaha untuk mencari setitik air. Dhuha itulah antara salah satu kekuatanku untuk terus berdiri tika mana aku disapa dengan namanya lemah. Dengan bisikan itu , ku gagahkah diri untuk mencari air. Alhamdulilah aku bersyukur , bertemu juga aku dengan air. Saat itu mataku terlihat sebuah botol kecil lantas kuisi dengan air. Dapat juga aku menunaikan solat dhuha biarpun banyak ranjau yang harus ku tempuh. Tambah lagi keraguan pakcik pengawal denganku.Tiap hari aku menunaikan Dhuha , acap kali itu jugalah pakcik pengawal mengawasiku. Hatiku kehairanan hinggalah aku disoal pada satu hari. Tika itu aku baru sahaja selesai menunaikan Dhuha. kasar nadanya bertutur membuatkan aku sedikit risau.
  “ Dik!!Buat apa selalu datang surau ni. Seorang lagi!!”
“ Saya solat Dhuha pakcik. Itu sahaja niat saya”
“ Tak pernah lagi orang datang waktu-waktu macam ni.Kamu kena ingat , dengan cara ni kamu boleh dituduh mencuri.Lain kali jangan lagi datang waktu macam ni dekat surau. Bukan tak boleh solat waktu zohor.Sekadar sunat , tak buat tak juga mengapa.”
Waktu itu , lidahku kelu tanpa kata.Aku terkejut bukan kerana aku dituduh sebagai pencuri.Namun aku terkejut kerana aku tidak dibenarkan lagi untuk datang ke surau menunaikan solat Dhuha. Aku rasakan jantungku seolah-olah tidak bermaya.
“ Kamu dengar ke apa yang pakcik cakap ni!! Kalau kamu berdegil juga ,kamu tanggunglah sendiri akibatnya.”
Mendengarkan hal itu , ku gagahkan kakiku pergi dari tempat itu. Aku tidak sanggup mendengarnya. Aku rasakan aku seolah-olah bermimpi. Berkali-kali jua aku menampar pipiku dengan harapan semua itu adalah mimpi semata-mata. Hakikatnya aku tidak bermimpi. Kala itu  , aku sendiri tidak mengerti mengapa bisa aku terfikirkan sejarah Siti Hajar.
Sanggup ditinggalkan suami keseorangan di padang pasir bersama anaknya. Hatinya tak gentar , tidak juga takut.Sebabnya?? Keyakinan kepada Allah itu tinggi. Allah sentiasa bersamanya.Saat itu aku dapat rasakan kekuatan dalam diriku.
Surah Al-ikhlas??
“ Aku yakin ini hanya ujian Allah untuk menguji samada aku tabah meneruskan kehidupan ataupun menyerah. Aku juga sedar , tika itu Allah sedang berbicara denganku melalui sifat sabar dan ikhlas. Jika dahulu hidupku penuh dengan keselesaan , kini Allah mengujiku dengan kesusahan. Bukan maksudnya Allah tak menyayangi , tapi kerana sayangNya lah Allah Taala menguji.



     Ketika Allah rindu pada hambaNya , Allah Taala akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah sebuah ujian :
  Dalam sebuah hadis Qudsi Allah telah berfirman :
“ Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
( Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah )
















Sejarah Nabi Yusuf???
   Nabi Yusuf tak pernah mengeluh bilamana dirinya disumbat dalam penjara biarpun hakikatnya diri diftnah. Disebabkan ketampanannya membuatkan Siti Zulaikha tertawan. Dan kerana ketampananannya juga Nabi Yusuf terfitnah. Berkali-kali Nabi Yusuf mempertahankan dirinya dan bertegas kepada Siti Zulaikha namun tidak diendahkan hinggakan baju Nabi Yusuf terkoyak. Saat itu suami Zulaikha melihatkan kejadian itu. Dengan cepat Siti zulaikah memfitnah Nabi Yusuf untuk mempertahankan dirinya di mata suami. Berkat kesabaran Nabi Yusuf terbukti jua bukan dirinya yang memulakan. Namun itu bukanlah pengakhiran pada fitnahnya. Dimasukkan pula Nabi Yusuf ke dalam penjara untuk menyembunyikan kesalahan isterinya. Adakah Nabi Yusuf mempersoalkan ujian yang diterimanya? Adakah Nabi Yusuf meraung dan meratap dengan ujian yang dititipkan buatnya ?Tidak!! Nabi Yusuf  tak pernah mengeluh hatta bersyukur kepada Allah. Nabi Yusuf tahu Allah berbicara dengannya melalui sifat sabar dan ikhlas. Bersangka baik kepada Allah dan bertaubat padaNya atas segala dosa-dosa semalam.
 Aku terpegun dengan kerendahan dan keikhlasan hati Nabi Yusuf.Ujiannya jauh lebih hebat dariku.Sanggup memilih hidup dipenjara jika itu yang terbaik berbanding tinggal di luar yang penuh dengan fitnah.
  Hati ini kudidik sepenuhnya agar dipenuhi dengan sifat sabar dan sangka baik yang tinggi. Aku tahu dengan cara ini , aku bisa mengembalikan lagi kekuatan hatiku dahulu malahan lebih baik dari itu. Aku cuba mengukir senyuman sebaik mungkin melalui kepahitan ujian yang ku hadapi. Ku cuba sebaiknya agar tidak terlihat oleh orang lain. Aku tersenyum sendiri bilamana orang lain mengatakan aku ini keras , dan kuat.
   Ya!! Memang keras dan kuat bilamana dihadapan orang lain. Tapi bila berseorangan dan berhadapan dengan Tuhanku , jiwaku tidaklah sekeras dan sekuat yang disangka. Malahan air mata ini jauh lebih deras alirannya. Untuk apa ku perlihatkan dihadapan orang lain akan diriku , sedangkan mereka sendiri juga memerlukan aku sebagai pembimbing mereka. Jika aku lemah , pada siapa mereka ingin berpangku sebagai wasilah. Untuk melihat mereka kuat , aku sendiri yang harus mengukir kekuatan dalam  diriku. Aku lah yang harus menunjukkan qudwah hasanah buat mereka.

Tautan Hati:
Aku terkenang saat mata ini mula bertentangan dengan ahli usrahku. Aku sendiri merasa janggal , namun ku cuba sebaik mungkin mencipta satu suasana agar ahli usrahku tertarik dengan cara penyampaianku.
Kehairanan aku dibuat ahli usrahku. Tiap bicaraku disalin diatas kertas. Tatapan mereka padaku seolah-olah aku akan pergi jauh. Redup pandangan itu membuatku jiwaku cepat terikat dengan jiwa mereka.kebisuan mereka menjadikan lidah ini kelu. Senyuman kuuraikan buat mereka.Usai aku menerangkan pada ahli usrahku apa maknanya saff. Pelbagai persoalan juga ku terima dari mereka. Tidak kurang juga yang memberikan pendapat dan pandangan. Wajah-wajah itu ku tenung , aku yakin mereka amat mendambakan kasihnya Ilahi namun kurang mengerti melalui saluran apa yang membuatkan mereka lebih mengenal makna kehidupan. Akan ku bisikkan di hati kalian cintaku makna ukhwah. Akanku singkap pada kalian hidup berukhwah sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 10 :
 “ Orang – orang  beriman  itu  sesungguhnya   bersaudara, sebab  itu  demikianlah  (  perbaikilah   hubungan ) antara  kedua  saudaramu  itu  dan  takutlah   terhadap  Allah, supaya   kamu  mendapat   rahmat “
  Perjalanan dakwah dan tarbiah, membina jalur Islam dalam sistem dan kehidupan memerlukan ukhuwah yang kental. Tanpanya ibarat binaan yang tidak kukuh.
Keruntuhan binaan umat adalah malapetaka yang menyebabkan umat menghadapi krisis dan pecah-belah seperti terjadi sekarang; suburnya perasaan dendam dan syak wasangka yang tinggi seolah-olah jiwa rukuk dan sujud menyembah ALLAH Yang Esa hanya ritual dan tidak memberi kesan apa-apa terhadap pentingnya persaudaraan sesama warga umat dipelihara.
Allah berfirman lagi mafhumnya dalam Surah Al-Imran ayat 103 :
“Berpegang teguhlah dengan tali agama ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah”.

Sheikkul  Islam Ibnu  Taimiyah  berkata :
ketika   menafsirkan  ayat  ini,  Ukhuwah  disini bermaksud ukhuwah sesama  muslim, kerana  orang  mukmin  di sifati  oleh  Nabi  saw, dengan  perumpamaaan  orang  mukmin  di dalam wujud kasih  sayang  mereka, belas  kasihan  mereka, kelembutan  mereka  seperti  satu  badan.
(  HR. Muslim, Majmu  Fatawa  Ibnu  Taimiyah ).

Dendangan kalam madah ku ungkapkan buat ahli usrahku :
Masih ligat bermain di fikiranku,
Saat pertama kali bertemu,
Ku lihat wajah kalian satu per satu,
Dalam halaqah kecil kita berpadu.
Saat itu,
Bibir kalian sukar berikan senyuman,
Seperti ada sesuatu yang kalian simpan,
Namun diri ini ku gagahkan,
Untukku leraikan kalian dari kekusutan.
Dindaku,
Maafkan aku kerana tidak selalu di sisi kalian,
Tidak selalu menghiburkan,
Malah aku sering menyakitkan,
Kebajikan kalian sering ku abaikan.
Dindaku,
Aku ingin memohon ampun dari kalian,
Seandainya aku bukan yang kalian mahukan,
Bukan aku tidak mahu berikan ganjaran,
Kerana aku mahu kalian tahu hadiah bukan sandaran.

Dindaku,
Tidak ku harap pada sanjungan,
Tidak juga pada pujian,
Cukuplah sekadar kalian hiaskan,
Diri kalian dengan keimanan.
Dindaku,
Terimalah aku sebagai aku,
Kerana aku menerima kamu sebagai kamu,
Tidak ku ukur rupa parasmu,
Mahupun harta kekayaanmu.
Dindaku,
Sungguh aku terhibur bersama kalian,
Meskipun dendam kesumat sukar untuk ku leraikan,
Namun aku tetap menyayangi kalian,
Ukhuwah yang cuba ku dirikan atas keimanan.
Dindaku,
Bukan ini yang ku pinta
Jika kalian terjunam ke neraka,
Akan ku ikut bersama,
Untukku bebaskan kalian dari sana.

Dindaku,
Ketahuilah kalian adalah cintaku,
Cinta sebagai saudara seIslamku,
Rahmat Ilahi dipohon selalu,
Syurga nan abadi tempat kita tuju

   Berkat kesabaran , akhirnya Allah kurniakan aku seorang sahabat yang cukup aku kagumi penghijrahannya.Kerendahan hatinya untuk mempelajari agama disamping memperbaiki sahsiah diri secara tidak langsung juga mendidik akan diriku.Kesudiannya menemankan aku untuk meneruskan risalah dakwah disekolah ini membuatkan hati ini riang. Kalimah Tahmid itu menjadi peneman kami. Saban hari kami bersama mendepani cabaran di bumi cinta ini.

Nota dan Pen???

  Kami berbeza dari aspek kelas dan aliran .  Namun Itu bukanlah alasan buat kami berdua berpecah lantaran aliran pemikiran yang berbeza. Perbezaan itu justeru menguatkan ikatan ukhwah kami. Lilik Suriani menjadi pelengkap pada kekuranganku dan aku pelangkap pada kekurangannya.Sepanjang kami meniti usia perkenalan , tangannya tidak pernah terlepas dengan nota dan pen. Persoalan itu ku luahkan jua dengannya.
“ Kenapa sentiasa bawa nota dan pen??Tak pernah missed tiap hari??”
“ Sebabnya nota dan pen itu saling melengkapi. Kalau habis dakwat pen , tak lengkaplah nota.Kena ada pen baru lengkap. Maksudnya ukhwah kita tu ibaratnya nota dan pen. Saling melengkapi.Kalau saya tengok nota dan pen tiap hari , saya akan ingat sahabat saya. Terutamanya kamu. Kamu banyak lengkapkan saya. Kamu ibaratnya pen buat saya dan nota itu adalah saya.Kamu datang dalam kehidupan saya bilamana saya terkapai-kapai. Dan kamu juga wasilah yang Allah bagi kat saya supaya selamatkan saya agar tak lemas dalam ombak dunia. Ombak tu kan bahaya.Terkadang ombak itu boleh melemaskan manusia.Ada masanya juga ombak itu bisa membuatkan seseorang itu trauma. Terima kasih sebab selamatkan saya.”
Layakkan aku untuk mendapatkan penghargaan itu. Sejujurnya aku merasakan diriku terlalu kurang. Namun kekurangan itu ditutup dan dilindungi oleh kecerdikan dan kebaikan hati sahabatku.Entah mengapa nota dan pen itu benar-benar menggamit hatiku untuk mengulas. Aku tahu ianya ilham dari Allah buatku.
“ Terima kasih sebab jadikan saya pen kamu. Walaupun saya tak tak tahu hakikat sebenar seperti apa saya kat nota kamu.”
Sahabatku hanya tersenyum penuh pengertian. Kelihatan di bening matanya air mata. Tak sanggup ku melihat air mata itu mengalir. Ku kesat ia dengan tanganku sendiri.Lantas ku bicarakan padanya satu lagi makna dariku sendiri maksud nota dan pen dari sudut pengalaman dan kehidupan.
Benar nota dan pen itu boleh diibaratkan sebagai simbol ukhwah. Malahan jauh lebih dari itu simbolnya. Tapi penghargaan dari sahabat jua yang paling bererti buatku. Nota dan pen ni kalau kita lihat dari hati sebenarnya adalah guru buat kita. Kita selalu dengar pengalaman itu merupakan guru terbaik. Mengapa tidak kita ubah tarbiah  itu adalah pengalaman terbaik buat kita. Pelik kan??Tarbiah itu datangnya daripada hati. Didikan sebenar. Kita tak belajar pengalaman dan tarbiah  dari sistem pengajaran dan pembelajaran dari buku. Sebab pengalaman dan tarbiah bukanlah fakta yang kita boleh buat soalan berdasarkan soalan KBKK. Setiap pengalaman yang kita pelajari itu memberikan input yang amat mendalam buat hati. Dan setiap persoalan itu datangnya daripada mehnah dan tribulasi. Jawapan itu  , hati kita sendiri yang jawab bukan orang lain.Itu hakikat yang harus kita fahami.

Nota dan Pen??

   Cuba bayangkan tiap kali kaki melangkah keluar , mesti  kita akan terfikir apa yang nak kita lakukan bermula dari awal perjalanan hingga akhir.Setiap langkah perjalanan kita sendiri penuh dengan pelajaran melalui tarbiah(didikan) . Sedangkan ujian itu merupakan rahmat dari Allah , pastinya air mata itu tanda tarbiah dari Allah. Kedua-duanya adalah kasih sayang Allah.
   Dalam Surah Ar-Rahman ada menyebut :
   “ Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”
Justeru itu ,   mengapa tidak kita gunakan nota dan pen itu untuk mencatat. Kita belajar untuk mengisi hati dan rohani. Sama juga pelajaran dalam akademik , kita belajar dan mencatat untuk mengisi otak kita dengan ilmu. Bila kedua-duanya terisi , tercapailah makna kehidupan kita.Tidak mustahil dengan keduanya kita bisa menjunjung kembali  Al Quran. Dengannya jua kita boleh mencorak diri kita menjadi generasi yang diimpikan Rasullah SAW.
 Kami bersama mengaminkan doa di dalam hati moga impian kami tercapai.Sujud syukurku pada Ilahi kerana melalui usrah dan halaqah juga Allah mempertemukan Atikah seorang lagi sahabat juga Junior buat kami. Kesanggupannya untuk bersama menelusuri alur-galur kehidupan ini. Bersama meluangkan masa untuk dakwah. Dirinya yang keseorangan menjalani kehidupan di sidang petang membuatkan hati ini kagum. Kesungguhannya untuk menyebarkan Islam sedikit demi sedikit mencuit hatiku.

Telefon Bimbit???

 Terfikir di benakku , pengalaman ini tidak pernah ku pelajari sepanjang aku berada di sekolah agama. Inilah hikmahnya yang tidak ku ketahui. Aku sedar mungkin apa yang pernah aku peroleh dan pelajari di sekolah itu merupakan persediaan untukku hadapi perjuangan di sekolah baru ini. Disini aku lebih banyak memikir , diam tanpa bercakap. Pengalaman ini mengajar aku untuk berfikir dan bercakap apa yang perlu sahaja. Dalam proses pemikiran, aku banyak berfikir tentang kejadian alam , tentang perasaan , tentang kesabaran , tentang pengorbanan , tentang cinta , tentang ukhwah , tentang matlamat kehidupan , tentang hati yang bertuhankan Allah Taala.
  Aku akur dengan kehendak Ilahi yang meletakkan aku ditempat ini. Aku masih teringat,  dahulu sebelum aku berpindah , aku sering berjumpa guru kanselor untuk mendapatkan nasihat. Apakah benar pilihanku atau sebaliknya. Aku nyatakan kerisauanku tentang gejala sosial yang terdapat disekolah itu. Aku terfikir ,  mungkinkah aku berada ditebing kebinasaan.
   Cikgu berpesan padaku ;
“ Jadilah seperti telefon bimbit. Biar diletakkan didalam tong sampah , tetap bernilai. Tetap dipandang , tetap dikenang dan tetap menjadi pilihan. Jadilah seperti itu.Mengapa??Sebabnya harganya yang terlalu mahal menjadikan telefon itu tetap menjadi pilihan. Deringannya membuatkan setiap orang terpaut untuk menggunakannya. Tak cukup dengan telefon , ada lagi yang membeli back up untuknya. Siap meletakkan lagu-lagu yang disukai. Bukankah itu penghargaan buat telefon. Digunakan hingga bertahun lamanya.Jika tidak digunakan sekalipun , telefon itu tidak terbuang , pastinya disimpan sebagai kenangan.”
 Mungkinkah aku bisa menjadi seperti telefon bimbit. Biar aku terhumban dimana sekalipun , biar diriku tercalit dengan ruang-ruang yang penuh dengan noda , bisakah aku menjadi seperti telefon bimbit. Tetap berharga dan menjadi kepentingan untuk orang lain.
  Terfikir aku akan Nabi Muhammad SAW kekasih yang Maha Agung. Lihat sahaja Rasullah SAW , kerana Islam Baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai ada seorang manusia yang membuang Baginda. Berpuluh-puluh lain menyayanginya. Kenapa? Kerana Baginda sentiasa dibela Allah Taala , tidak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Pandangan Allah itulah paling utama bukannya pandangan manusia.
   Iktibar buatku , biarlah semua manusia membuangku asalkan aku tetap berjaya memenangi pandangan Allah Azza Wajalla.Manusia kini hidup di akhir zaman , Islam kembali dagang seperti zaman Rasullah SAW sebagaimana mula-mula nak membawa Islam. Oleh itu , tidak hairanlah jika kebenaran sering nampak terbuang dan terasing. Islam dagang buat kali kedua kerana Rasullah telah melalui dagangan tersebut buat kali pertama.
  Akalku ligat memikirkan sesuatu , imanku berbisik dengan penuh kasih sayang. Bilamana semuanya disandarkan pada Allah , InsyaAllah aku boleh menjadi seperti telefon bimbit dengan syarat setiap ilmu yang peroleh di sekolah agama ini ku amalkan dan ku sebar pada sahabatku di sekolah ini. Aku teringat satu pepatah arab :
                                                  “العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Maksudnya : Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.













Firaun Dan Qarun…

 Bagiku tidak ada ruginya berkongsi ilmu. Ilmu itu merupakan ilmu Allah Taala. Kita tidak berhak sedikitpun atas ilmu itu. Kita hanya meminjam. kita hanya berhak menggunakan ilmu mengikut aturanNya.
  Sememangnya ilmu Allah amat luas. Apa yang ada padaku itu hanyalah senipis bawang. Buktinya , dahulu aku belajar subjek UPSR. Masuk sahaja sekolah menengah , ilmu yang ku pelajari sewaktu UPSR itu hanyalah asas dan didalamkan lagi pengetahuan itu melalui PMR dan begitulah sebaliknya. Aku jua teringat , dahulu Naqibahku pernah menasihatiku tentang ilmu. Kak Ros selalu pesan , ambillah ilmu itu walau di tepi jalan.Aku terfikir , ilmu apa yang terdapat di tepi jalan. Adakah ilmu itu serendah itu nilainya?? Kini setelah perjalanan itu ku lalui , baru aku mengerti apa yang dimaksudkan dengan ilmu ditepi jalan. Sebagai contoh , kita keluar dari pintu rumah. Apakah perkara pertama yang kita lihat?? Setelah itu kita fikirkan jalannya samaada memberi kebaikan ataupun sebaliknya. Jika iya kita ambil sebagai pedoman dan jika tidak kita ambil sebagai pengajaran.Pastinya ilmu yang kita peroleh melalui dua situasi itu adalah sifat berhati-hati. Dengan ilmu yang kita peroleh itu jua kita amal dan serap didalam diri. Itulah ilmu dari Allah. Banyak cara Allah nak bagi dan tunjuk kepada kita hambaNya sesuatu ilmu itu termasuklah diriku.
   Aku rasa hidupku lebih bererti jika sentiasa dipantau oleh Allah Taala. Aku juga amat menghormati orang lain yang mempunyai ilmu dan paling penting ilmu agama. Kerana bagiku ilmu agama itu adalah salah satu panduan dan moral buat tiap insan. Melalui agama kita terbentuk setelah aqidah tersimpul kukuh.
   Aku juga teringat pesanan Ustazahku , melalui ilmu kita boleh jadi orang yang berguna dan melaluinya juga kita juga boleh menjadi orang yang sangat dibenci. Sangat dibenci??? Pelik bunyinya tapi itulah realiti.  
  “ Jangan jadi seperti Firaun dan Qarun dahlah.”
    Kebingungan aku sendirian. Aku cuba mengamati apa sebenarnya yang cuba disampaikan ustazah.Apakah perkaitan ilmu dengan Firauan dan Qarun?? Aku ditinggalkan sendirian tanpa jawapan.Persoalan itu terjawab bilamana aku mengikuti satu program ilmiah. Dalam program itu temanya lebih pada penghijrahan dan akhlak. Sepanjang program itu , ada sesuatu yang ku pelajari. aku cuba mengaitkan kisah Qarun dan Firaun dan kehidupan. Aku yakin aku telah menemui jawapan melalui permasalahan itu.
  Firauan dan Qarun. Kedua-duanya hebat tapi angkuh dan sombong. Mengaku diri mereka Tuhan sedangkan mereka juga hamba yang bergantung pada Allah. Kerana sifat takbur dan bongkak mereka Allah menguji mereka dengan nikmat kesenangan agar mereka lebih lupa akan Allah. Pastinya dengan ujian itu , Firauan dan Qarun semakin jauh dari Allah Taala.Begitu juga dengan ilmu. Biar kita bersederhana dengan apa yang kita ada. Jika kita lihat situasi hari ini , segelintir pelajar ada yang hebat dari segi kepandaian dan ada yang sederhana. Tidak kurang juga ada yang sedikit lambat untuk memahami pelajaran. Cuba kita lihat yang hebat dari segi ilmunya , segelintir mereka ada yang berkata :
  “ Ala!! Aku tak solat pun tetap juga dapat markah yang terbaik. Tak macam korang!!”
   Begitulah sipi-sipi kata yang keluar dari mulut anak muda. Bukankah tika itu kita diuji dengan nikmat kesenangan agar kita lebih jauh dan lupa hakikat asal kita. Buatku , Biar diriku diuji dengan kesusahan berbanding diuji dengan nikmat kesenangan jika dengan cara itu aku bisa dekat lagi dengan Allah Taala.
   SubhanaAllah!!  Hal itu membuatkan aku rasa rendah diri. Tidak layak aku menyombongkan diri dengan orang lain. Memang benar , hakikat kehidupan ini sukar dijangka. Perancangan Allah itu jua yang terbaik. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.
   Dengan itu , aku lebih berhati-hati terhadap ilmu. Aku amat mengharapkan agar ilmu yang ku pelajari selama ini mampu memberi manfaat buat diri  dan orang lain.
  “ Matinya anak Adam itu , maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara.”
      1 ) Doa anak soleh
      2 ) Amal jariah
      3 ) Ilmu yang bermanfaat.


  Aku tidak punya apa-apa melainkan ilmu yang sedikit ini. Terkadang aku rasa terpukul betapa baiknya Allah memberikan diriku peluang untuk belajar dan menggarap ilmuNya. Biarpun sedikit tapi menjadikan aku seorang insan yang sentiasa cari dan dahagakan ilmu.
  Aku tahu , dengan ilmu jugalah aku bisa menjadi seorang sahabat , anak , dan pendakwah yang baik kelak.



























Buku Fatimah Syarha..

  Sahabat perjuanganku Lilik selalu berpesan padaku agar berterusan mencari ilmu. Terkadang aku dan Lilik akan bersaing sesama sendiri untuk duduk di saff hadapan semata-mata ingin mendengar ceramah ataupun tazkirah yang disampaikan. Setelah itu kami akan membentangkan hasil yang kami perolehi sepanjang ceramah itu. Kami akan berkongsi dan meluahkan pendapat masing-masing serta mengaitkan ia dengan fenomena yang berlaku hari ini.
  “ Fastabiqul Khairat” : berlumba-lumba kearah kebaikan.
Ya!! Itulah yang cuba kami lakukan. Berlumba-lumba kearah kebaikan. bukan untuk mencari permusuhan tapi mencari ketenangan. Ilmu ini takkan pernah habis jika ianya sentiasa digali dan terus digali.
   Tiap hari ada sahaja topik kami.Tak cukup dengan berbincang di Anjung , sambil menungu bas pun kami akan berbincang. Orang sekeliling sering mengatakan kami ini pelik. Iya memang pelik!! Kerana apa?? Islam itu datang dalam keadaan pelik dan bangkit juga kelak dalam keadaan pelik. Beruntunglah bagi insan-insan yang ghuraba’ iaitu terasing. Kami sentiasa berdoa agar kamilah yang tergolong dalam golongan pelik itu.
  Satu hari , aku telah membeli sebuah buku yang padaku ianya cukup popular pada masa kini. Itulah buku tautan hati nukilan Fatimah Syarha. Buku itu ku pinjamkan terlebih dahulu kepada sahabatku Lilik. Kata orang selagi belum rasmi , tak nak pinjamkan orang lain dahulu. Aku tersenyum sendiri. Bagiku itu hal yang paling sukar orang nak buat. Tapi kesukaran itu juga yang aku cuba. Bagiku , diriku lebih gembira jika sesuatu yang ku sayang ku dahulukan untuk orang lain. Aku tahu , melaluinya aku bisa belajar untuk bersifat ikhlas dan jujur.
  Seperti selalunya , Lilik akan berkongsi apa jua ilmu yang baru diperolehinya. Satu hari Lilik bertanya padaku ;
  “ kalau saya bagi Nur satu pen dan sekeping kertas. Setelah tu saya minta Nur lukis sesuatu yang melambangkan diri Nur , Nur nak lukis apa??”
  “ Erm bagi saya , saya  nak lukis telefon bimbit. Sebabnya biar terhumban atau tercalit dengan apa jenis lumpur sekalipun ianya tetap bernilai. Saya nak jadi macam tu , tetap bernilai walau dibuang jauh sekalipun.”

“ Nur..Nak tahu tak?? Dalam buku ni , banyak yang kita boleh pelajari. Dalam banyak-banyak part , saya lebih suka part  berkaitan agroutorism.Dalam buku ni cerita tentang satu LDK.  Dalam LDK ni setiap seorang diminta untuk lukis sesuatu melambangkan diri masing-masing. Macam – macam yang dilukis. Kalau Kamal , Dia lukis seekor ikan besar memakai kaca mata hitam dengan anak-anak ikan mengekor di belakang.situasinya dalam sebuah akuarium.ikan itu melambangkan dirinya yang macho.selalunya orang akan ingat ikan besar besar makan anak ikan. Sebenarnya , tidak semua ikan besar macam tu. Melalui lukisan tu , anak-anak ikan ikut dia. Itu tandanya ikan itu bertanggungjawab , berkepimpinan serta melindungi. Itulah melambangkan dirinya seorang lelaki macho yang baik. Sesiapa pun tak ;perlu takut.
  “ kalau part Fattah pula , dia memilih untuk lukis gambar ubat.sebabnya Fattah nak jadi doctor. Ubat itu merupakan penawar dan perawat buat orang lain. doctor dan ubat memang tak boleh dipisahkan. Zaid pula lebih berminat untuk melukis bangsal.itulah perumpamaan buat dirinya. Bagi Zaid , bangsal memang patut dipuji. Tak kira hujan dan panas , ramai orang yang berteduh di bawah bangsal. Itu tandanya bangsal banyak membawa manfaat. Kadang-kadang , kalau orang ada masalah , ramai yang mengadu pada bangsal. Buktinya , kita selalu lihat kan , ramai remaja suka melepak di bangsal , lepas tu mereka akan menconteng bangsal dengan pelbagai luahan rasa hati. Bagi mereka , gejala vandalism ni salah satu cara nak kurangkan bebanan masalah , release tensionlah katakan. Walaupun bangsal menjadi mangsa , bangsal tetap sabar. Begitulah perumpamaan Zaid yang sering menjadi tempat orang mengadu jika terdapat masalah.
  “ berlainan pula dengan Megat. Megat pilih bola.Nampak sahaja bola itu macam bodoh. Kena tending ke sana , kejap tending ke sini tapi sebenarnya bola itu sangat hebat.sentiasa dikejar orang.konklusinya ,  jangan cepat menilai seseorang itu best walaupun kita seringkali lihat yang tak best sahaja dengannya. Bagi Ibrahim , hampir sama dengan Kamal iaitu gambar ikan. Tapi ikan Ibrahim special sikit berbanding Kamal. Bagi Ibrahim , ikannya sepsis Atlantican. Hidupnya bebas dan cerdik dalam mengharungi badai samudera. Tak tergoda walaupun banyak sangat umpan.tak jadi masin walaupun disekelilingnya adalah air masin. Hebat , kan?? Baginya ikan seperti itu memang susah makan umpan. Kalau nak makan pun , ikan tu pandailah pilih umpan yg fresh. Maksudnya kena pandai pilih jodoh.
“ beralih pula pada pelajar akhowat.pelajar akhowat ni kita kena banyak ambik pengajaran.”
Ujar lilik kepadaku.
“ teruskan sahaja lik . setakat ni pun saya dah fikir something. Banyak sangat terkesan kat jiwa.”
“ memang betul Nur. Saya terangkan , lepas ni turn kamu buat kesimpulan akhir.”
Lilik meneruskan bicaranya yang masih tersisa.
  “ akhowat pertama ni Asiah Yusra. Dalam cerita ni dia terdiam  , tapi diam memikir. Tapi Yusra ni berani. Berani mengungkap satu kebenaran dalam hikmahnya. Yusra lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca , berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah. Tidak tertutup. Yusra Tanya kat budak lelaki , kalau diorang nak pilih jam , jam mana yang menjadi pilihan.. suara lantangnya membuktikan kekentalannya , seorang mujahidah. Diorang sempat bergurau Tanya macam-macam tapi Yusra tak layan. Yusra tetap dengan persoalannya hinggalah Fattah sendiri yang menjawab persoalan Yusra.”
 “ bagi Fattah , dia nak pilih jam yang ditutup dengan kain baldu. Walaupun dia boleh agak harganya pasti mahal tapi Fattah tak kisah. Kerana baginya , biar alah membeli asalkan menang memakai. Yang mahal ni selalunya berkualiti , ditutup , dibungkus ,dijaga rapi bukan hanya dilambak dalam rak di pasaran. Fattah juga bagitahu sebab kenapa dia tak pilih jam yang terdedah tu. Sebabnya Fattah tak berkenan. Baginya jam seperti itu pasti banyak debu yang melekat. Lagipun jam seperti itu pastinya telah dibelek-belek orang. Fattah tak suka jam yang telah menjadi tontonan semua orang , tak ada class.”
  “ Yusra lantas menerangkan pada mereka. Itulah mesej yang cuba disampaikan olehnya. Jawapan Fattah itu merupakan jawapan pada imej yang cuba ditunjukkan Yusra. Pemakaian Islam yang sebenar. Yusra berusaha memilih pakaian menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuannya. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca , begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi. Tapi Yusra tak rasa pakaiannya itulah yang terbaik.”
Lilik terdiam seketika. Fikiranku melayang memikirkan sesuatu.
“ Lilik , agak-agak pemakaian kini cukup baik dah ?”
“ Nur lebih tahu berbanding saya.”
Aku hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukan kepala.
“ teruskan sahaja perkongsianmu , nanti kita ulas habis perkongsian ni.”
“ setelah tu , akhowat kedua pula adalah Kak Nadyah. Dia pilih pokok kelapa. Kenapa??sebabnya setiap setiap bahagian bermanfaat buat semua. Batangnya boleh dibuat jambatan. Lidinya boleh dibuat penyapu. Buahnya memberikan kelazatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan. Santannya pelengkap segala masakan. Sabutnya boleh dibuat berus. Tempurungnya menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah. Selain itu , pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat Kak Nadyah. Apabila dirinya melihat pokok kelapa , hatinya terasa sebak dan insaf.
 “ tengok sahaja. Buahnya boleh luruh tanpa mengira muda ataupun tua. Hal itu mengingatkan akan dirinya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan dirinya. Bila-bila masa sahaja dan dimana jua. Tua atau muda Allah berhak menjemput kita. Kak Nadyah sangat takut jika Allah memanggilnya dalam keadaan masih banyak dosa yang belum dikikis. Apabila ketakutan itu datang , Kak Nadyah akan kembali merenung pokok kelapa. Pokok kelapa banyak menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Maksudnya sini Nur , kita perlu membuang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati kita mati dalam diri ini. kita pun sedia maklum bahawa hati itu adalah raja. Rosak hati maka rosaklah segalanya. Dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim ada menyebut :
“  Dalam diri seorang manusia itu terdapat seketul daging. Baik ia maka baiklah segalanya.”
  Hati ini juga kita boleh ibaratkan sebagai raja yang baik dan seluruh anggota badan kita ini adalah tenteranya.
Hadis Riwayat Bukhari& Muslim :
“ sebaik-baik tentera adalah sebaik-baik raja”
  Bukankah saat itu Kota Konstantinopel Berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh? Bayangkan dalam usia yang muda , kota yang ditakluki kerajaan Rom akhirnya tewas ditangan seorang Sultan yang berusia 19 tahun. Bilangan tentera musuh lebih ramai berbanding dengan tentera Islam. Disebabkan kekuatan dan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mementingkan solat dalam saff  peperangan itu , maka saffnya menjadi kuat dan gagah. Tidak gentar melawan musuh. Biar mati Syahid dan menang mendapatkan rahmat Allah. Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri telah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat tenteranya. Begitulah ibaratnya hati. Jika kita menjaga dengan sebaik mungkin , maka baik diri dan sahsiah kita. Biar sukar dan susah melakukan kebaikan , janji rahmat Allah mendahului kemurkaanNya.

Utusan..
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,

Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma

Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.

Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.

Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.

  Aku terpegun dengan patah perkataan yang keluar dari bibir sahabatku. Benarlah kata ustazahku , terkadang orang yang kita ajak lebih baik dari kita sendiri yang menyampaikan. Kerana apa? Kerana sifat mereka yang terlalu menghargai nikmat hidayah Allah Taala.
    Kini aku mengerti mengapa kebanyakan ahli dalam saff perjuangan dakwah lebih ramai dari sekolah biasa berbanding sekolah menengah agama. Ini kerana , mereka sering tercari-cari. Setelah diperoleh maka akan dipegang dengan sebaik mungkin agar tidak terlepas. Terkadang ada yang menangisi kisah lalu hinggakan bercerita dengan orang lain agar tidak jadi seperti mereka. Sanggup meluangkan masa diluar mencari kuliah ilmu dan dicatat didalam buku nota agar tidak lupa. SubhanaAllah!  Berbanding sekolah agama , segelintir mereka ada yang  hidup sentiasa disuap tanpa mengambil sebarang iktibar. Ada juga yang mengambil pengajaran sepenuhnya. Terpulang pada kehendak masing-masing kerana Iman itu tidak pernah diwarisi tapi dicari.Pabila hidup sentiasa disuap , kita akan merasa hidup kita penuh dengan kesenangan. Kerana itu , kita kurang menghargai apa yang kita ada. Kuliah ilmu , solat berjemaah , usrah dan sebagainya telah disediakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan. Tinggal kita sebagai pelajar ingin mengambil dan menceduknya sahaja. Kita sering merasakan , sesuatu itu sentiasa ada. Kita tidak sedar masa itu berlalu begitu sahaja. Alangkah sia-sianya hidup kita jika satu kebaikan dalam sehari itu tidak kita ceduk. Aku terpanggil untuk mengulas perkongsian sahabatku.
  “ Betul tu Lik . setiap ciptaan Allah diatas muka bumi ini sentiasa bersebab dan mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang tidak kita ketahui. Tinggal kita manusia ini sahaja , samada ingin mengambil iktibar atau membiarkan ia berlalu seperti dedaunan yang bebas ditiup angin. Sebut perkaitan tentang pokok kelapa ni , jika kita perasan terdapat juga putik bunga kelapa. Kadang-kadang ia jatuh berguguran. Agak-agak ada lagi tak masa kita untuk ketawa.Putik bunga yang berguguran ibaratnya ajal kita. Kita tidak tahu bila masa kita dijemput Ilahi. Kita takut ketika Allah menarik nyawa kita dalam masa yang sama kita sibuk dan lagat dengan tawa , kita tidak berkesempatan untuk mengucap dan mengingatiNya. Kita juga harus sedar , kalau banyak ketawa , hati mudah lalai , mati dan alpa. Semoga kita sentiasa dijauhi dari sifat seperti itu. NauzuBillah! “
  “ Betul Nur. Rasa sebak bila ingat tentang mati.kecut perut bila teringat dosa semalam. Takut tak cukup amalan untuk menampung.”
    Tika itu sahabatku hanya menundukkan pandangan. Aku pantas memegang bahunya dan memberi semangat yang ada pada diriku. Bagiku , sahabatku itu cukup bertuah. Dengan keyakinan  dan azam yang tinggi sejujurnya membuatkan aku cemburu. Aku terharu melihat kesungguhanNya.
“ InsyaAllah Lilik pasti boleh! Allah sahaja yang berhak menentukan samada amalan kita itu cukup atau tidak. Apa yang paling penting kita manusia ini selagi diberikan kesempatan untuk hidup diatas muka bumi ini kena terus berjuang. Berjuang melawan bisikan Syaitan dan istiqamah dijalan kebaikan.”
Aku juga menceritakan kepadanya sebuah kisah tentang taubat seorang pembunuh yang membunuh 100 orang.
“ Lilik nak tahu , ada satu kisah. Zaman dahulu ada seorang pemuda. Kerjanya tak lain dan tak bukan asyik membunuh. Hinggalah sampai satu hari , pemuda itu berniat ingin berubah.Lantas pergilah ia berjumpa dengan seorang alim ulama’ dan bertanya padanya.
“ Wahai alim ulama’. Aku ini telah membunuh hampir 99 orang. Adakah taubatku diterima Allah. Maka kata ulama’ itu : Tidak! Engkau tidak layak mendapat taubat daripada Allah.lantas pemuda itu terus membunuh ulama’ tersebut. Cukuplah seratus orang. Tapi pemuda itu tidak berputus asa. Dicarinya lagi seseorang alim ulama’.Dengan takdir Allah maka bertemulah ia dengan seorang alim ulama’ yang cukup baik.Pemuda itu bertanya : aku ini telah membunuh hampir 100 orang diatas muka bumi ini. Aku bersungguh-sungguh ingin bertaubat. Mungkinkah taubatku masih sudi diterima Allah? Alim ulama’ itu menjawab : Benar pemuda! Taubatmu pasti diterima Allah. Berhijrahlah dikau dan bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh dan jangan lagi dikau mengulangi kesilapan lalu. Bergembiralah pemuda tersebut dan berazam untuk berubah. Berhijrahlah pemuda itu menuju ke satu tempat hujung jauh dari kampungnya. Ditakdirkan Allah  , pemuda itu meninggal dunia. Maka berebutlah kedua-dua malaikat iaitu Ridhwan dan Malik.kedua-duanya bertelagah sesama sendiri. Malaikat Ridhwan berkata pemuda tersebut layak masuk Syurga lantaran niatnya berhijrah ingin menuntut ilmu sekalipun belum sampai hajatnya. Malaikat Malik pula mengatakan pemuda itu masuk neraka disebabkan dosa-dosanya yang lebih. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengukur dimanakah tempat pemuda tersebut. Atas dasar kasih sayang Allah terhadap pemuda tersebut , taubatnya diterima dan layak untuk memasuki syurga. Setelah kedua-dua malaikat tersebut mengukur , jauh lagi ukuran menuju ke syurga , maka roh pemuda tersebut ditarik untuk menuju syurga Allah.”

  “ Maksudnya Lik , selagi mana kita  taubat dengan bersungguh-sungguh , Allah takkan menghampakan dan mensia-siakan taubat hambaNya. Kita kena yakin pada Allah. Jangan diukur kesalahan dan kejahilan lalu , tapi mulalah kembali dari awal dan perubahan kita kali ini kita bimbing dengan sebaik mungkin mengikut aturan dan perintah Allah menerusi Al Quran dan As Sunnah. Dalam Surah Yunus  ayat 44 :
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi manusia sedikit pun , tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.
  Setiap apa yang berlaku adalah pengajaran dalam hidup kita. Takkan tertimpa pada kita satu ujian jika ianya tidak bermula dengan diri kita sendiri. Tanya hati dan iman kita. Bisikkan pada keduanya apa dosa yang kita lakukan. Jangan cepat bersangka buruk pada ujian Allah dengan mengatakan kenapalah aku duiji sedemikian rupa. Malahan bersangka baiklah pada Allah dan bertaubatlah bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 90 :
Dan mohonlah ampunan kepada tuhanMu , kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sungguh , Tuhanku Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

  “ Terima kasih Nur. Banyak ilmu yang aku peroleh yang tidak aku ketahui.”
 “ Jangan berterima kasih padaku sahabat kerana aku tidak punya apa-apa. Segala-galanya milik  Dia.kita hanya meminjam. Datangnya daripada Allah dan kepadaNya jua kita kembali.”




























Sifat Malu??
   “ Akak kenapa muslimah sering dikaitkan dengan sifat malu. Senang cakap sifat malu. Kadang-kadang manusia ibaratkan muslimah ini seperti bunga mawar yang berduri , kadang juga diibaratkan sebagai pohon semalu.”
  Persoalan itu membuatkan aku tersenyum sipu. Sahabatku Lilik hanya tertawa. Atikah juniorku seorang yang periang. Persoalannya membuatkan kami terhibur.Terkadang wajahnya itu membuatkan aku teringat juniorku di SMKA. Tidak ubah persis sikap mereka. Kerinduan itu bertamu lagi diingatanku. Aku sedar , mereka tetap berbeza tapi sama dari segi fi’il.
  “ Memanglah dik. Itulah sifat wanita. Kalau tidak ada sifat malu dalam diri , memang pelik sangat lah tu. Huru-haralah dunia jadinya.Akak mulakan dengan pohon semalu. Hujung pun dah ada malu maksudnya semalu tu memang pemalu.”
 Atikah masih lagi terkial-kial. Terkadang menggaru-garu anak tudungnya. Aku tahu mungkin aras peneranganku terlalu sukar untuk dimengertikan.
  “ Begini dik.Akak petik sikit dari buku Fatimah syarha. Pohon semalu kalau kita lihat pantang disentuh pasti menunduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan. Analoginya sebagai contoh , agak-agak pohon semalu ni tumbuh kat padang bola tak. Tidak kan? Sebab pohon semalu ni tidak akan tumbuh ditempat yang banyak lelaki. Ia akan cari ditempat pinggir yang tersembunyi dan jarang dipijak orang. Takkan menyusahkan orang lain.”
   Aku meneruskan bicaraku setelah ku lihat juniorku mula terangguk-angguk.
 “ Pohon semalu , memang pemalu! Sifat pemalu! Sifat malu lambang keindahan dan kemuliaan seorang wanita yang bermaruah dan berprinsip. Takkan mudah membiarkan maruah dan prinsip tergadai. Hakikatnya , malu bukan untuk muslimah sahaja tapi untuk muslimin juga. Rasullah sendiri seorang yang pemalu. Daripada Sa’id al Khudri katanya :
كان رسول الله أشد حياء من العذراء في خدرها وكان إذا رأى شيئا يكرهه عرفناه في وجهه

“ Baginda Rasullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda,nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.”


  “ Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasullah SAW:
والإيمان قرناء جميعا فإذا رفع أحدهما رفع الأخر                                    الحياة
“ Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi”
Dalam hadis lain Baginda bersabda ;
إن لكل دين خلقا وخلق الإسلام الحياء
“ Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan maka untuk Islam ialah sifat malu.”

  Entah mengapa aku secara tiba-tiba kelu. Ku pandang sahabat dan juniorku. Keduanya sibuk menyalin butir bicaraku diatas warkah. Aku sebak melihatkan mereka. Aku teringat kisahku dahulu. Jika aku seperti mereka hari ini , menyalin tiap ilmu walau ditepi jalan , mungkin telah banyak yang ku fahami. Inilah namanya fatamorgana roda dunia. Tidak selamanya rata. Kadang berada diatas kadang berada dibawah. Aku menyambung bicaraku setelah ku lihat keduanya memandang kearahku tanpa berkelip mata. Mungkin menanti kesudahanku menghabiskan maksud bicara yang terhenti di tengah kata.
 
  “ Perlu juga kita fahami , makna sifat malu tersebut dalam diri seorang muslimah. Kita malu biar bertempat. Kita tak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah. Malu untuk menjadi wanita perosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu , sifat malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata , Malu kepada Allah dan Rasul atas segala hal yang kita lakukan diatas muka bumi ini.”
  “ Bagi si pohon semalu juga ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata  yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.Sama juga dengan pokok bunga ros atau mawar. Punya kelopak yang cukup wangi disamping duri yang menjadi pertahanannya. Tidak semua orang boleh mendapatkannya dengan cara mudah. Kalau nak menyentuh pun pasti terkena duri. Bunga mawar jika tumbuh bukan di tempat yang sembarangan kerana tempatnya indah. Mekar berkembang pabila dikelilingi oleh suasana yang sejuk dan damai. Jika dibawa ke tempat yang tak sepatutnya, maka mati dan layulah si bunga mawar. That’s why kita perlu jaga bunga mawar dengan baik kalau kita nak mawar itu terus tumbuh menjadi mawar yang kembangnya harum mewangi. Tidak kurang bezanya dengan pohon semalu. Sentiasa mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah wawasan seorang mujahidah. Sentiasa menghiasi alam dengan haruman bunga akhlak yang cantik dan terpuji.
  “ Selain itu , dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh , daun-daun ditepinya juga tertutup malu. Bukankah itu melambangkan persaudaraan kasih sayang antara mereka.Begitulah hidup seorang pejuang mujahidah yang sentiasa memandang semua orang dari sudut kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah SWT dan RasulNya.”
 “ Saya dah faham dah sekarang kak. Hebat pula muslimah ni kan kak?”
“ Memang dik. Jangan disangka lembut seorang wanita itu tandanya lemah. Tapi lembut itulah yang bisa menggoncang dunia.Tidak akan ada Adam diatas muka bumi ini  jika tidak kerana pengorbanan seorang Hawa.”
 Lilik yang diam akhirnya bersuara sambil membisikkan sesuatu dengan kami berdua.
“ Jom kita jadi seperti  burung. Terbang kemana sekalipun tetap bersama. Tak pernah berpisah. Keluar pagi bersama. Pulang ke tempat masing-masing pun bersama. Tak pernah pun bergaduh.Itu pun satu pelajaran dari Allah untuk kita. Ukuran ukhwah seukhwah burung.Itulah dia ukuran ukhwah pencinta Ilahi.”








Auto Dan Manual??

   Subhanallah!! Kalimah itu terpacul seketika dari bibir yang diciptakan Allah ini untuk berbicara akan kata-kata  yang baik,kata yang berhikmah , kata-kata  yang memberi nasihat pada diri dan orang lain
   Sedang aku sibuk menelaah buku ilmiah berkaitan islamik iaitu buku Gent Islamik , aku terpandang akan satu kata-kata berkaitan auto dan manual .Namun apa yang dikaitkan dibuku itu berkaitan auto dan manual  adalah kereta , namun mungkin dengan akal yang senipis bawang itu Allah kurniakan padaku ilham untuk menilai maksud disebalik auto dan manual.
   Aku terfikir makna kehidupan. Hidup memberikan maksud yang sukar dijangka oleh manusia terutamanya aku yang masih berjinak-jinak mengenal  kekuasaan Allah sebagai penciptaku yang mutlak. Segalanya aku sandarkan pada Allah biarpun kadang-kadang  nafsu itu cuba menguasai akalku.
Surah Al ikhlas ayat 2 .
" الله الصمد "
( Allah adalah tempat aku bergantung )

   Nah! Sebaik-baik   pergantungan adalah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Apapun yang berlaku datangnya dari Allah , dan kepadanya jua tempat kita berserah dan bertawakal. Ingatlah kembali maksud surah al ikhlas itu. Biarpun ayatnya pendek tapi maksudnya cukup menggerunkan jiwa-jiwa yang memandangnya dengan disertai hidayah Allah yang Maha Agung!!!Allahuakbar!!!!
Kembali pada persoalan diatas. Hidup manusia telah terbentang  dua jalan dan dua pilihan. Jalan mana yang selalu jadi pilihan. Cuba kita renungkan dan kaitkan dengan kehidupan kita hari ini. Ada orang untuk mendapatkan kesenangan dan kekayaan dengan mudah sanggup menggunakan  jalan yang salah semata-mata  untuk mencapai matlamat tersebut. Ya!! Memang benar  hamba Allah itu sudah berjaya mencapai sasarannya. Maka bergembirallah hamba Allah itu. Tapi cuba kita fikirkan kembali adakah semua itu bertahan lama? Kekal hingga selamanya? Senang cerita adakah keberkatan mengiringinya. Astaghfirullahaladzim!!!! Semoga kita dijauhkan dari ujian ini . Banyakkanlah berdoa pada Allah yang satu.
    Ada segolongan hamba Allah yang lain pula , terasa cemburu sekali dek melihat hamba Allah yang seorang lagi mudah benar mendapat apa yang dihajatinya, tidak perlu butuh pada pekerjaan yang banyak untuk mendapatkannya. Terkadang dihina dan dicaci kononnya apa yang dilakukannya hanyalah kuno semata-mata. Memang benar ia kuno , tapi kuno pada pandangan manusia yang jahil yang tertipu dengan nafsu semata-mata . Tapi bagi Allah apa yang dilakukan hamba Allah itu cukup mulia disisinya.
   Buat hamba Allah yang sabar ini akhirnya  tersedar lamunan. Astaghfirullahaladzim! Aku tak seharusnya berfikir seperti ini.Biarpun susah tapi rezeki yang diperolehi diiringi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Biarpun hidup susah yang penting bukan memilih jalan yang senang untuk mendapatkan sesuatu itu.Tidak ada matlamat menghalalkan cara!! Islam tetap Islam!! Syumul dari segenap aspek. Biarpun  susah hidup yang ditempuhnya , yang penting pandangan Allah yang diutama kan..
  Sama juga dengan kisah Auto dan Manual. Jika kita singkap sedikit , kehidupan kita ibarat ini.Jika  kita bertanya pada kebanyakan orang yang membawa kereta, agak-agak yang mana jadi pilihan mereka.Pastilah Auto bukan! Kerana apa? Kerana ia mudah! Tak perlu kejap-kejap tukar gear, tekan minyak sahaja. Kan mudah tu. Begitulah sipi-sipi  jawapan yang sering diterima . Tidak seperti manual susah.
  “ Asyik-asyik  tukar gear bolehnya kalau terlupa tukar gear , salah tekan gear kan ke bawa pada kemalangan.”
  Ketahuilah biarpun kita pilih auto atau manual. Pastinya kita punya alasan yang tersendiri. Hidup ini perlu pada perjuangan , perlu pada istiqamah , perlu pada kesabaran , perlu pada nilai etika dan perlu pada segala-galanya. Biarpun auto mudah, terdidikkah kita pada erti nilai kehidupan.Terdidik kah jiwa kita sepenuhnya pada nilai erti sabar. Renungkanlah dengan pandangan mata hati  dan jangan sesekali kita biarkan pandangan nafsu itu mengawal dan menguasai hati dan mata kita..
  Biarpun manual itu sukar tapi ia membuatkan kita terfikir sejenak pada kotak pemikiran yang kecil ini. Kadang-kadang kita selalu mengeluh. “ Ish!!susahnya manual ni. “ Nah! Cuba kita fikir , hal tersebut sudah menunjukkan manual ini memainkan peranan penting dalam mencorak kesabaran dan baik sangka kita pada sesuatu yang terjadi.
  Dilahirkan kita atas muka bumi Allah ini adalah untuk menegakkan risalah dan kalam Allah! Dunia hari ini  entah hampir pudar ditelan arus kemodenan dalam menyelusuri arus kejahilan.Astaghfirullahaladzim! Ya Allah sucikanlah hati2 kami..

Saidina Umar Bin Al-Khattab pernah berkata :

Apabila kamu berasa letih setelah berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal selamanya. Namun, sekiranya kamu bersenang-lenang dengan dosa, sesungguhnya kesenangan itu akan hilang tetapi dosa yang dilakukan akan terus kekal.



















Takut Tapi Buat!!

      “ Kakak! Jom kita jalan tengok orang kahwin. Tak lama kejap sahaja.”

   Aku mendengus seorang diri. Tika itu aku sedang membaca kalam Al- Quran Surah Yunus. Bukan aku tak ingin pergi ke rumah orang kahwin , tapi pelbagai andaian menerjah kotak pemikiranku. Bila datang tengok orang kahwin , tak lain tak bukan karoeke menjadi hiburan. Tak kira samaada keluarga terdekat atau jiran kampung sebelah. Hal itu membuatkan aku lali. Aku lebih selesa duduk seorang diri di rumah dibandingkan ke tempat seperti itu. Lantaran permintaan makcikku , ku gagahkah kakiku melangkah.
   Aku masih teringat , malam itu cukup sayu dengan tangisan hujan yang mengiringi. Aku berbaik sangka dengan turunnya hujan rahmat tersebut.Mungkin ada hikmahnya yang tidak aku ketahui.Sampai sahaja di rumah tersebut , ku lihat pancaragam karoeke siap dengan pesertanya sekali.Aku berdoa di dalam hati moga hati makcikku dilembutkan untuk balik cepat.
  Entah kenapa malam itu , aku terasa ada sesuatu yang menarik aku untuk berada lama di rumah orang kahwin tersebut. Kami berada di rumah itu usai habis majlis. Pada mulanya , hatiku tenang dengan adanya majlis marhaban,berzanji dan qasidah. Aku berdoa moga hujan makin kuat agar majlis karoeke itu tidak dapat dijalankan.Tidak berapa lama kemudian, hujan yang renyai-renyai turun dengan lebatnya. Aku mengaminkan doa didalam hati.
   Sangkaanku meleset. Ku sangkakan dengan turunnya hujan lebat , pancaragam itu tidak dijalankan. Nafsu manusia tidak ada siapa yang dapat mengelak..
   Aku teringat dalam satu kisah berkaitan nafsu. Nafsu ini amat sukar dididik. Biarpun dimasukkan ke dalam penjara Allah tetap juga tidak mengaku Allah itu sebagai Tuhan dan tidak mahu tunduk patuh kepada Nabi Adam. Hal itu berlanjutan dengan lamanya hinggalah saat allah mengatakan nafsu itu amat sukar dididik. Ya! Memang benar. Nafsu itu amat sukar dididik. Kerana itu perlunya kita  mendidik nafsu agar tunduk dan akur pada perintah Allah dan Rasul. Menjauhi segala larangan yang ditegah. Justeru itu , kita diminta untuk berpuasa dan melakukan amalan lain yang dapat mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar daripada kemaksiatan.
 
    Aku bersyukur jua makcikku mengajak aku pulang pada saat majlis karoeke itu ingin dimulai. Keluar sahaja aku dari rumah pengantin , aku dan makcikku beriring mengikuti jalan yang sedikit sunyi di bawah kolong rumah yang berdekatan dengan orang kahwin disebabkan jalan yang sedikit lecak.
   Hanya Allah yang Maha Tahu betapa terkejutnya aku. Aku melihat sendiri dengan mata kepalaku tin arak diatas meja. Adakah kerana aku bertudung labuh litup , tin arak itu disembunyikan dariku saat aku melihat mereka satu-persatu. Untuk apa aku ditakuti. Bukan padaku selayaknya ketakutan itu dilabuhkan tapi kepada Allah semutlaknya. Allah Maha Melihat atas segala yang dilakukan. Tak pernah terlepas walau sesaat. Amat jelas di penglihatanku wajah-wajah itu. Aku kaku sebentar di tapak itu. Aku melihat keadaan sekeliling , penuh dengan meja judi. Saat itu, air mataku jatuh bergenang kerana aku tidak mampu melakukannya keseorangan lebih-lebih lagi pada waktu itu adalah malam. Tidak sesuai untukku sebagai seorang gadis.
  Aku tahu mata-mata mereka memerhatikan aku hinggalah saat kaki melangkah masuk ke dalam kereta , baharulah tin arak itu dikeluarkan. Takut tapi buat juga. Inilah akibatnya jika majlis yang penuh barakah diselang-selikan dengan hiburan yang melalaikan.
  Terdetik dimindaku , mengapa hiburan seperti ini tidak dibenarkan dalam syarak. Inilah akibatnya , pelbagai risiko yang harus ditanggung. Memang!! Hiburan seperti itu amat menghiburkan kerana bebas bergaul antara lelaki dan perempuan. Menyanyi sambil berduet. Bukankah dengan cara itu kita telah membuka ruang kepada Syaitan durjana untuk menghancurkan lagi anak-anak Adam? Ada yang siap berjumpa berduaan , berjudi , minum arak ditempat yang tersorok. Benar tuan rumah tidak melihatnya , tapi kepada siapa dosa itu selebihnya. Bukankah kepada tuan rumah? Kenapa?Kerana tuan rumah itulah yang menjadi urus setia.Itu hakikat yang harus kita fahami. Dan hakikat itulah yang sering disalahertikan. Mendahulukan adat daripada syariat.
  Pulang sahaja aku dari rumah , aku melihat wajah nendaku. Tangannya sibuk dengan benang yang berpintal di tangan. Nendaku menegurku sambil kaca matanya disingkap.
  “ Kakak kenapa? Macam ada masalah sahaja.”
 Aku memandang wajah nendaku.
  “ Nek.kalau nanti ditakdirkan kakak kahwin , nenek nak ke majlis karoeke nanti.”
Aku sengaja menguji nendaku. Mindaku telah siap dengan jawapan berserta penerangan yang sesuai dengan aras pemikiran orang tua.
“ Tak tahu. Ikut keluarga. Kenapa?”
“ Apa pandangan nenek tentang arak , judi , dan jumpa lelaki perempuan sambil berpegangan tangan.?”
Nenekku kebingungan sendiri.
“ Memanglah tak baik. Itu kan memang sah diharamkan dalam Islam. Allah pun marah.”
Aku tersenyum sambil duduk dihadapan nendaku.
“ Nek. Kalau nenek tak mahu semua tu ada dalam majlis kahwin kakak  , jangan pernah panggil pancaragam seperti itu.Kahwin ni untuk mencari keberkatan sebab waktu tu Syaitan lari lintang-pukang . Saat tu juga Syaitan menangis sebab tujuannya untuk menyesatkan anak Adam tak berjalan.Biarlah kita tidak ada hiburan macam tu yang penting kita dapat capai redha Allah. Kalau pun kita terhibur tapi dalam masa yang sama kita buka ruang untuk melalaikan orang lain macammana? Biarpun diorang berdosa , dalam masa yang sama kita pun berdosa malahan lebih pada kita sebab tu majlis kita.Kita yang menganjurkan dan kita yang buka ruang.”
Nenekku hanya tersenyum padaku sambil air matanya mengalir. Hati tua amat mudah tersentuh lebih-lebih lagi bila mengetahui hakikat kebenaran.
“ Nenek baru tahu.InsyaAllah. nanti kalau kakak ada rezki kahwin kita tak panggil macam tu.”
   Aku hanya akur. Itulah impianku. Mendirikan baitul muslim tanpa dicemari dengan noda-noda. Biar pada  pandangan orang lain itu kecil tapi bagiku yang kecil itulah yang bahaya kerana jika dibiarkan akan melarat.
   Secara tidak langsung aku teringat tazkirah dari seorang sahabat sekelasku  Harris merangkap seniorku di IPG. Waktu itu kami diminta untuk memberikan tazkirah oleh pensyarah pengajian agama iaitu Ustaz Harun. Dalam tazkirahnya lebih merujuk kepada api yang kecil.Api yang kecil?? Itulah tazkirahnya. Pelik tapi benar.
  Harris menyampaikan tazkirah tersebut dengan bersungguh-sungguh. Berkat azamnya , membuatkan hati kecil ini tersentuh dan sebak. Kata Harris kisah ini tentang seorang budak kecil yang sibuk menangis melihat api.

   Saat itu , Saidina Umar Bin Al-Khattab melihat kejadian tersebut lantas mendekati:
 X “ Wahai anak kecil , mengapakah engkau menangis.?”
  “ Ya Amirul Mukminin. Aku menangis sebab takut masuk api neraka.”
Saidina Umar terkejut lantas memujuknya.
 “ Wahai anak kecil. Jangan bersedih. Anak yang kecil tidak akan masuk neraka.”
 “ Wahai Amirul Mukimin. Bagaimana mungkin anak kecil tidak akan masuk neraka sedangkan aku melihat unggun api ini dinyalakan dengan meletakkan ranting-ranting kecil terlebih dahulu. Setelah itu baharulah diletakkan ranting dan kayu yang besar.”
Saidina Umar terdiam seketika.
  Aku terpana pada kisah itu. sedangkan anak yang sekecil itu lebih mengerti akan azab Allah apatah lagi orang besar. Aku rasa terpukul dan menaakul diriku sendiri. Pernahkah aku terfikir hingga ke tahap itu dikala aku kecil malahan hingga kini. Rendah diri aku dibuatnya lantaran dunia yang menjadi junjungan.

 












Kad Pengenalan

   Hari-hari yang ku lalui penuh dengan persoalan. Cakna minda berlegar-legar di pelusuk pemikiran. Sepanjang aku bersekolah di sekolah biasa ini hampir setahun , pelbagai kenangan terlintas di minda. Aku tidak tahu bagaimana bisa aku kehilangan kad pengenalan.Tika itu , aku baru sahaja pulang dari sekolah. Kebiasaannya aku akan mengemas buku-bukuku untukku susun atur diatas meja. Ini memudahkan lagi jadualku mengulang kaji.
  Malam itu usai menunaikan solat Isya’ , aku melihat ke dalam begku. Aku tercari-cari beg kecilku. Berkali-kali aku menyelongkar , tidak juga berjumpa. Aku menjadi risau. Habis bilikku ku selongkar. Aku dapat merasakan air mataku mulai menitik. Secara tidak langsung fikiranku menerawang jauh. Dalam beg kecilku itu tersimpan kemas duit , kad pengenalan , pendrive dan kad bank. Dengan peperiksaan SPM yang bakal berlangsung dalam 3 bulan sahaja lagi menjadikan aku tidak tentu arah.
  Kukuatkan hati untuk melakukan solat sunat taubat dan istikharah. Aku tahu tidak akan terjadi suatu perkara melainkan tidak dengan izinnya. Aku yakin pasti ada jalan untukku berjumpa dengan barang milikku. Hal itu ku sembunyikan dari pengetahuan keluargaku. Aku tidak mahu mereka risau. Biarlah aku menyelesaikannya sendiri.
  Sepanjang 3 hari aku masih lagi  tidak berjumpa dengan beg kecilku.Hinggalah suatu masa , sahabatku Lilik bertanya padaku. Tika itu , kami sedang menunggu bas untuk balik ke rumah.
“ Nur Kenapa? Ada masalah. Sejak 3 hari ini , macam tak keruan saya tengok kamu.”
Aku tidak dapat menahan tangisku lantas ku peluk sahabatku.
“ Saya risau Lik. Kad pengenalan , dan Kad Bank saya tercicir. Saya tak ingat jatuh kat mana. Saya risau sebabnya kad pengenalan tu sangat diperlukan lebih-lebih lagi sekarang ni proses persediaan untuk SPM.”
Lilik memegang bahuku dan memberikan kata-kata semangat untukku.
“ Tak apa Nur. Allah takkan timpakan sesuatu ujian keatas hambaNya diluar batasan kemampuan kita. Allah tahu kamu mampu sebab tu Allah uji sedemikian. Sekarang ni , kamu tenangkan diri. Erm , family kamu tahu tentang ni?”
Aku melihat sahabatku dan menggelengkan kepala.
“ Tak tahu. Saya tak berani. Saya tak nak family risau.Dalam masa yang sama takut kena marah juga sebab hampir 3 hari saya rahsiakan.”
“ Tak apa Nur. Saya faham kondisi kamu. Sekarang ni kita gerak pergi pekan (kedai). Kita singgah solat kat masjid pekan dulu lepas tu kita terus laporkan hal ni kat polis, Sebab benda ini penting untuk buat kad pengenalan baru. Setelah tu , kita pergi pejabat pendaftaran. Selesai hal tu , kita terus pergi bank untuk block kan kad bank kamu.”
Panjang lebar Lilik menerangkan kepadaku jadual perjalanan pada hari itu. Tiba sahaja kami di masjid pekan , kami terserempak dengan sahabat perjuangan Nisa. Nisa bersekolah di SMK Pekan. Perkenalan kami bermula melalui tapak program hinggalah ke hari ini. Ukhwah itu tetap utuh lantaran dakwah dan aqidah yang diperjuangkan.
“ Tak apa , saya ikut sekali lah temankan kamu berdua selesaikan hal ni.Jangan risau ya.”
Nisa menawarkan diri untuk bersama kami.
“ Tak menyusahkan ke Nisa? Saya rasa bersalah ni.”
“ Tak menyusahkan pun sahabat. Kamu dah banyak tolong saya. Kali ni turn saya dan Lilik pula.”
Nisa mengangkat kening sambil memandang kearah Lilik.
“ Betul tu Nur. Guna duit kami dulu , nanti bila dah ok baru bayar balik. Tak bayar pun tak apa , janji kasih kita dalam persahabatan tetap utuh. Bukan wang ringgit yang jadi ukuran tapi keikhlasan. Kita cuba didik dan semai dalam diri kita untuk ikat ukhwah kita seperti zaman para sahabat. Sanggup mengorbankan harta , masa, tenaga dan jiwa untuk sahabat.”
Air mataku mengalir sambil bahuku terhenjut-henjut. Aku memeluk kedua sahabatku.
“ Nisa dan Lilik. Saya rasa sangat terharu. Jujur , saya tak pernah jumpa dan rasa ukhwah manis macam ni. Saya sayang kamu dua.”
Lilik dan Nisa menenangkanku sambil tersenyum.
  Usai solat kami bergegas ke balai polis dan melaporkan kehilangan tersebut. Setelah itu , kami pergi ke pejabat pendaftaran. Sepanjang menunggu bas , aku dan sahabat-sahabatku sempat lagi berdiskusi tentang subjek SPM.
  Kami berbincang tentang subjek sejarah tingkatan 5 berkaitan politik.Sekeliling  melihat kami sambil kehairanan. Pandangan itu tidak kami pedulikan. Selang 20 minit menunggu , akhirnya kami ditumpangkan oleh seorang makcik.Sepanjang perjalanan itu , makcik tempat kami menumpang banyak bercerita tentang perihal dirinya. Kami pula hanya menjadi pendengar setia. Rasa seronok mendengar kisahnya berhijrah. Menjadi iktibar buat kami bertiga.

  Aku teringat pesanan makcik itu sekilas kami turun dari kereta yang kami naiki. Sewaktu menyalami tangan makcik itu , dia sempat berbisik di telingaku:
   “ Jangan sedih nak. Hilang kad pengenalan dan kad bank boleh buat lagi. Tapi kalau hilang hidayah Allah sukar kita nak dapat lagi. Belajarlah erti bersyukur dalam menerima erti ujian. Ujian itu bukan melemahkan tapi menguatkan hati kita. Sebab dengan adanya ujian , kita dapat memperbaharui iman kita lagi.”
 Aku terpaku dengan nasihat itu.Aku tahu ianya  datang dari Allah agar aku lebih kuat menghadapi ujian ini tapi bersandarkan kepada makcik itu sebagai wasilah. Aku bersyukur kerana Allah masih sudi memandang dan menyayangiku.

















Hidup Berjemaah ;
    Sedang aku meneliti buku karangan sasbadi di pusat sumber , Lilik menepuk bahuku dari belakang. Aku mengukir senyuman buatnya. Kecil-kecil cili padi.Diam-diam ubi berisi.
   “ Jom tambah amal. Bulan ni kita solat berjemaah kat masjid untuk Zohor dan Asar. Kita kumpul kat masjid pekan. Semalam Nisa dah mesej semua sahabat kita dari tiap sekolah. InsyaAllah semua datang jika tidak ada sebarang halangan.”
  “ Alhamdulilah. Semoga Allah redha. Bila start?”
Aku bertanya tanda tidak sabar. Hal itu sememangnya telah aku harapkan sejak dari dahulu lagi.
 “ InsyaAllah hari ini. Habis kelas kita terus solat kat masjid pekan ya.”
 “ InsyaAllah boleh Lik. Then jangan lupa juga temujanji kita tiap hari jumaat usrah dengan budak sekolah kita. Itu nadi kekuatan sekolah kita.”
 “ Takkan dilupa. Jangan lupa juga hujung minggu ni usrah tiap naqibah.”
Aku hanya tersenyum sambil mengiayakan.
 Sekilas mengimbau kenangan lalu. Teringat memori terindah di SMKA. Semua telah tersedia termasuk jadual imam yang mana ianya dimonopoli oleh pelajar. Tapi semenjak bersekolah biasa , aku harus menerima hakikat bahawasanya hidup ini tidak selamanya sentiasa disuap. Semuanya perlu dicari hatta memerlukan pengorbanan yang tinggi terutamanya dalam usaha untuk menginfakkan diri menunaikan solat secara berjemaah. Aku bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang amat mementingkan solat berjemaah dalam kehidupan.
  Disini aku dapat melihat keikhlasan hati sahabat-sahabatku. Kami berbincang sesama kami akan perancangan sepanjang bulan Ramadhan hinggalah kami menemukan satu keputusan.Kami bersetuju memilih sahabat kami Nisa yang akan memegang amanah sebagai setiausaha bagi melicinkan lagi projek ini.
   Aku , Lilik dan kak Suzi pula diamanahkan untuk memberikan usrah bagi tiap sekolah. Dimana kami telah tetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk turun memberikan usrah mahupun tazkirah.Kenangan yang masih segar diingatanku. Tatkala itu kami turun memberikan usrah di sekolah lamaku iaitu sekolah agama satu-satunya yang terdapat di daerahku. Usrah itu berjalan dengan lancar sesuai dengan kehendak kami. Alhamdulilah.

    Rahmat Allah datang buat kami. Ditakdirkan sewaktu kami ingin beredar untuk pulang , hujan lebat mengiringi kami. Serba salah kami ingin meredah hujan tersebut. Buku-buku sekolah kami cuba selamatkan sebaik mungkin. Dengan kekuatan yang ada , hujan itu kami redah bersama. Kami terpaksa berhenti dan singgah di surau Petrol Shell. Kami melihat jam telah menunjukkan waktu asar. Tanpa melengahkan masa , kami bergegas mengambil wudhu dan menunaikan solat asar tersebut diimami oleh kak Suzi sendiri. Usai itu , kami berdoa moga hujan cepat reda.
   Sepanjang 20 minit menanti , akhirnya hujan tersebut reda. Kami meneruskan perjalanan. Saat itu jam menunjukkan jam 4.30 petang. Bas yang dinanti tidak juga kunjung tiba. Lantaran itu kami mengambil keputusan untuk melakukan ekspedisi dengan berjalan kaki.
  “ Akak rasa better kita jalan kaki sahaja , nanti kalau bas ada kita tumpanglah. insyaAllah. Lagi lama kita tunggu takut tak ada. Lebih baik kita ikut plan B yang sedia ada.”
Kak suzi mengetuai ekspedisi kami. Sepanjang ekspedisi itu , kak Suzi memasang lagu-lagu haraki agar tidak terasa kepenatan berjalan kaki. Terasa sekali keseronokan duduk dalam saff ukhwah seperti ini.
  “ Nur penat tak? Kalau penat mari saya tolong bawakan buku-buku kamu.”
“ Tak penat Lik. Saya rasa seronok. Boleh masuk diary kisah kita ni. Tak pernah lagi buat ekspedisi macam ni. “
 Kak Suzi menambah sambil mengenggam tangan kami berdua.
 “ Tak mengapa dik. Kita ekspedisi kerana Allah. insyaAllah tak terasa kepenatan walaupun kita berpuasa. “
 “ Betul kak. Erm , Lilik dan kak Suzi. Saya nak bagitahu sesuatu ni boleh tak?”
 “ Boleh sahaja dik. Apa ?”
  Aku mengenggam erat tangan keduanya. “ Jangan pernah lepaskan tanganku ya. Tolong genggam tangan saya erat-erat agar kita tak jauh.”
 Kak Suzi memandangku dengan penuh makna. Lilik pula tersipu malu.
 “ InsyaAllah dik. Bersama kita mengenggam erat menuju SyurgaNya. Allahumma amin!”





























Dakyah oh Dakyah
 “ Ok semua. Sila ambil perhatian. Tengok buku latihan masing-masing. Dalam soalan ni merujuk kepada rajah 11.2 menunjukkan perubahan fizik yang berlaku ke atas tiga bahan yang berlainan. Dalam soalan ini kamu diminta untuk membina konsep tentang perubahan fizik. “
  Cikgu Mark nampak hebat dalam proses pengajarannya. Pelajar kelas 5 ICT sibuk membuat latihan yang diberikan oleh cikgu Mark. Tidak lama setelah itu , cikgu Mark tidak semena-mena mengemukakan persoalan tentang kepercayaan aqidah kepada kami. Serta-merta aku teringat pesanan Cikgu Azrul tempoh hari  agar berhati-hati dengan Cikgu Mark. Nampak biasa namun penuh dengan strategi menyebarkan dakwah agamanya.
 “ Kamu percaya dengan akidah Miza.”
 “ Aqidah?? Apa tu. Saya tak faham cikgu.”
Cikgu Mark hanya tersenyum. Sahabat sekelasku Nasrul dan Ain memandang kearahku.
  “ Nur. Cikgu Mark mula strategi tu. Kesian Miza. Nanti dia ragu-ragu dengan agama kita. Kami tak mampu jawab sebab berkaitan agama ni kami kurang. Lagipun kami tak macam kau. Terjaga diri dan pandangan.”
Aku memandang keduanya. Aku sendiri kekurangan Ilmu. Aku mendiamkan diri buat seketika untuk melihat tindakan cikgu Mark.
 “ Hari tu saya tengok video tentang orang Islam. Dalam video tu berkaitan dengan suara orang yang disiksa didalam kubur. Bagi cikgu tidak logik langsung. Mana mungkin orang yang telah mati boleh dengar suaranya kan Nurul.”
 Nurul  dengan lantangnya bertanya :
  “ Habis tu cikgu , apalah kesudahannya?”
 “ kamu ini nama sahaja orang Islam , takkan itu pun tak tahu. Kan itu yang ada dalam agama kamu. “
  “ Mana kami tahu cikgu.” Nurul membalas dengan nada bosan.
 “ Sebab itu cikgu tanya aqidah dengan kamu. Percaya atau tidak. Kamu percaya Tuhan kamu wujud?”

    Aku yang diam menggerutu didalam hati. Sah! Memang cikgu memulakan kembali dakyahnya dengan mengelirukan sahabatku. Namun aku masih mampu bersabar dan mendiamkan diri kerana aku tidak ingin dianggap terlebih memandai.Pabila aku melihat sahabatku Miza dan Nurul mula ditertawakan oleh pelajar Kristian kelasku , aku berdoa didalam hati moga Allah memberikan kekuatan padu dalam diriku. Aku juga berdoa moga diberikan ilham untuk menjawab persoalan cikgu Mark dengan sebaik-baik hikmah. Saat itu , aku sendiri tidak mengerti akan diriku mengapa secara tiba-tiba aku minta izin dengan cikgu Mark untuk keluar kelas.
 “ Hai ustazah. Melarikan diri. Takkan tak sudi tolong kawan-kawan. Kan Islam itu hidupnya bantu-membantu sesama sendiri.”
Sindiran itu begitu pedas di telingaku. Aku melihat suasana kelasku . Pelajar Kristian semuanya sibuk memandang kearahku. Aku terdiam sejenak. Mungkinkah jika aku berdiam diri menandakan aku menyerah kalah atau melarikan diri. Aku kebingungan sendiri.Aku terpaut untuk menjawab soalan tersebut setelah sahabatku Miza bertanya padaku. Aku sendiri terkejut dengan persoalan itu.
 “ Iya Nur. Betul juga apa yang cikgu Mark cakap tu. Aku rasa lah sebab macam logik. “
Ya Allah! Berilah aku ilham dan keyakinan sepenuhnya untuk menerangkan kepada sahabatku. Berilah aku kekuatan untuk mendiamkan Cikguku ini. Bukan niatku ingin memalukannya melalui jawapan ku ini. Bukan juga niatku untuk memerli dan kurang sopan terhadapnya. Untuk agamaMu Ya Rabbi , simpulkanlah tali kekuatan itu dihati kecil ini.”
 “ Cikgu saya nak minta izin keluar bukan sebab saya nak keluar , tapi saya nak keluar sebab saya nak cikgu fahami maksud saya keluar. Sebab saya nak jawab soalan cikgu lah saya keluar.”
 Cikgu Mark mula menunjukkan muka tidak senang.
“ Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa ketepikan cikgu dalam hal ini.” Aku berbicara sendiri didalam hati.
 “ Macam ni cikgu,  tadi cikgu cakap berkaitan video tu. Cikgu cakap tak logik boleh dengar suara orang dalam kubur. Pada pandangan cikgu sendiri agak-agak cikgu rasa logik tak jika saya katakan  burung boleh terbang menembusi langit.”
 “ Kamu ni lagi satu. Burung mana boleh terbang menembusi langit. Lagipun burung ada tahapnya terbang. “
 “ Itu jawapan saya untuk persoalan cikgu. Macam mana cikgu boleh kata  tak logik dengar suara dalam kubur begitu juga cikgu cakap berkaitan burung tak logik boleh terbang menembusi langit. Senang kata tak masuk akal. Sebenarnya burung boleh sahaja terbang cikgu.Apa yang susahnya , bawa sahaja burung itu masuk ke dalam roket. Kan terbang juga namanya. Itu jawapan yang sesuai cikgu ,  bagi  yang bertanya soalan  tahap kebudak-budakan. ‘
   “ Kita sebenarnya dewasa. Kita tahu sejauh mana pemikiran kita.Kita faham kita ada konsep pemahaman agama masing-masing. Cikgu ada fahaman sendiri dan kami Islam ada fahaman sendiri. Cikgu bertanyakan soalan akidah kepada sahabat-sahabat saya. Cikgu sendiri sedia maklum , tidak semua orang faham agama dari sudut keseluruhan. Bukankah itu salah dari sudut etika perguruan? Tidak dibenarkan menyebarkan dakwah atau mengelirukan fahaman agama bagi tiap pelajar. “
 “ Kalau benar nak sangat bertanya , kenapa tidak bertanya sendiri kepada saya. Kenapa mesti mengelirukan sahabat-sahabat saya. Sekarang saya nak bagi persoalan pada cikgu. Kat kelas kita ni  benda apa yang cikgu percaya.?”
 Persoalan itu ku ajukan pada cikgu. Cikgu Mark terdiam sebentar.
 “ Cikgu percaya dengan hapak?”
“ Percaya.” Jawapan yang simple tapi berbaur ketidakselesaan.
“Cikgu Nampak tak hapak tu? Tidak kan. Tapi cikgu percaya dia wujud. Macam itulah Tuhan kami cikgu. Tak perlu Nampak , tapi perlu pada keyakinan dan kepercayaan sahaja. Kalau kami tahu Tuhan kami berada dimana , maka kami akan beribadah dengan Tuhan kami disatu tempat sahaja. Tempat lain bebas melakukan dosa. Sebabnya? Tuhan tak Nampak. Tempatnya kat situ sahaja dan paling penting kami tahu dia berada di mana. Tahap kecintaan kepada Tuhan pun kurang. Sebab tu , kami tak tahu Tuhan kami berada di mana. Dia sentiasa berada di mana-mana.Untuk melakukan dosa pun segan dan takut sebab kami sentiasa rasa Tuhan kami perhatikan kami.”
 “ Cikgu saya minta dengan cikgu. Persoalan akidah dan isu agama ni tak masuk pun dalam silibus subjek kita. Tak masuk pun dalam SPM. Saya minta dengan cikgu tolong hormati hak agama kami. Saya minta maaf banyak-banyak jika cikgu terasa hati dengan apa yang saya katakan. Cikgu yang meminta saya menjawab persoalan , dan saya telah menjawabnya.Itu hak cikgu nak anggap saya kurang sopan atau tidak. Apa yang saya fahami, sepanjang saya cakap dengan cikgu , saya cuba sebaik mungkin berlembut bicara biarpun cikgu perli saya tadi. Apa pun saya minta maaf sangat-sangat.”
  Aku berlalu meninggalkan cikgu. Kerusiku ku tarik dan menghadap kembali latihan yang cikgu beri. Aku tidak sanggup melihat wajah cikgu.
“ Ya Allah ampunilah aku atas kata-kataku. Engkau sahaja yang Maha Tahu bahawa aku tidak berniat sedikitpun. Aku hanya ingin menghilangkan keraguan yang berlagu di hati sahabatku Miza dan temanku yang lain.” Aku bermonolog sendiri sambil  tanganku menari-nari sendiri atas kertas.
 “ Terima kasih Nur. Kaulah penyelamat kami.”
Nasrul menyapaku sambil tersengih-sengih. Aku hanya tersenyum kelat. Tidak mampu kubicarakan apa yang bermukim di lubuk hatiku.
 “ Semoga sentiasa berada dibawah lindungan Allah sahabatku. Telah sampai masanya untuk kita tinggalkan kembali urusan dunia.Marilah bersamaku menyebarkan Islam dan membantu sahabat kita yang lain. Dunia dah parah. Jangan kita turut menyumbang kepada keparahan itu.









Nadwah Kepimpinan:
      Saat aku menerima borang ini. Aku terdiam. Lidahku kelu tak mampu berkata. Aku hanya melihat borang tersebut dengan pandangan kosong.Aku tidak yakin diberikan kebenaran untuk program Nadwah ini lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan. Masih terngiang-ngiang lagi ditelingaku :
  “ Kami harap sangat kamu dapat ikut program ni.Program ni banyak pengisian. Dengan sahsiah kepimpinan kamu kami yakin kamu layak untuk mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan bulan hadapan.”
Pesanan Ustazah Fatimah tersimpan kemas dalam kotak pemikiranku.
“ Nur kenapa?” Lilik memandangku dengan penuh tanda Tanya.
Aku hanya tersenyum. Akalku ligat memutarkan sesuatu.
“ Asal kamu sergah saya  , soalan kamu yang pertama mesti tanya kenapa kan.”
Lilik tersenyum sambil meletakkan nota dan pen di sisinya.
“ Sebab , kamu kan pen saya.”
Lilik tertawa sendiri. Aku tersenyum riang melihatnya. Bagiku melihat sahabatku riang cukup membuatkan jiwaku tenang.
‘ Iya lah tu. Penlah sangat. Lik , kamu terpilih kan Nadwah tu?”
“ Iya. Kamu pun sama kan?”
Aku mengangguk-anggukkan kepala.
“ Saya tak yakin saya dapat kebenaranlah. Lagipun minggu lepas saya baru je ikut bahas. Takkan minggu ni nak jalan lagi. Alamat memang kena marahlah ni.”
“ Tak mengapa Nur. Cuba dulu . Kalau tak dapat keizinan juga , jangan risau nanti saya share dengan kamu apa yang saya dapat. Setelah tu , kita bentang. Macam biasa kesimpulannya kamu.”
“ Terima kasih Lik.”
“ Sama-sama”.
 Hatiku tenang buat seketika biarpun ku tahu aku tidak akan dapat izin dari keluarga untuk mengikuti program nadwah tersebut. Benar jangkaanku. Sememangnya aku tidak diizinkan. Sejujurnya aku amat bersedih namun mengenangkan janji dari Lilik , terubat juga kesakitan yang ku alami.
 “ Maafkan saya Ustazah. Saya tak dapat ikut Nadwah ni. Ustazah jangan risau.Saya yakin dengan Lilik.InsyaAllah dia boleh lakukan yang terbaik.”
Aku cuba mengamati wajah ustazah. Jelas kelihatan diwajahnya seraut kekecewaan.
“ Tak mengapa Nur. Ustazah faham keadaan kamu. Sebenarnya ustazah nak sangat kamu jumpa dengan seorang ustaz ni. Dahulu , ustaz itulah yang membangunkan Islam di sekolah ni. Lama dah. Kamu pun belum ada disini lagi. Ustaz tu lah yang menubuhkan pusat Islam disini. Surau Al-Muhajjir tu atas usaha ustaz tu.Banyak sangat jasanya. Ustazah  nak kamu jumpa dengan ustaz tu , sebab kat sini kamu lah yang bantu gerakkan Islam kembali. Membantu mengimarahkan surau disamping mengajak sahabat-sahabat kamu. Ustazah banyak dengar cerita tentang kamu. Untuk pengetahuan kamu , dalam program nadwah ni ustaz tu merangkap Kem Komander Program. Kerana itu ,ustazah pilih kamu. Mungkin ada hikmahnya disebalik perancangan Allah ni.”
Aku terdiam sejenak. Fikirku , mesti ustaz ni yang menjadi pemula legasi di sekolah ni.
“ Nur.kamu ok ke?” Ustazah Fatimah menyapaku setelah melihat aku terdiam tanpa kata.
“ Ok ustazah. Cuma saya terfikir ustaz tersebut. Saya nak sangat jumpa dengan ustaz tu. Mesti ustaz tu seorang yang kuat hatinya.”
“ InsyaAllah Nur. Kamu pun apa kurangnya. Ustazah doakan moga kamu dapat bertemu Ustaz tu satu hari nanti. Pabila dah bertemu , jangan lupa ambil ilmu darinya dan sematkan dalam diri.”
Aku tersenyum sambil mencatat sesuatu diruangan notaku.
  ‘ Semoga aku bisa bertemu dengan ustaz tu satu hari nanti. Amin.’



















Result Trial? Minta Maaf?
“ Nur. Saya nak jumpa kamu sekejap boleh?”
Aku memandang kearah Scholastica. Tica merupakan sahabat sekelasku 5ICT. Sahabatku ini ku renung. Biarpun kami berlainan agama , itu bukan penghalang kepadaku untuk berhenti di  jalan dakwah ini.
“ Boleh Tica. Kenapa? Ada masalah?” Persoalan itu kuajukan padanya.
“ Saya nak minta maaf dengan kamu Nur. Saya banyak buat salah dengan kamu. Saya selalu umpat kamu, selalu sindir kamu , selalu kotorkan meja dan kerusi kamu. Saya rasa bersalah.”
Aku terkejut buat pertama kalinya. Aku memandangnya sambil tersenyum. Tanganku memegang bahunya. Aku lihat wajahnya yang sugul.
“ Kamu tak ada salah apa pun dengan saya Tica. Saya tak ambil hati pun.”
Aku cuba memujuk hatiku sendiri. Mengenangkan perbuatan mereka kepadaku selama ini membuatkan aku bersedih hati. Bukan mudah bagiku menerima apabila dipulaukan oleh rakan sekelas hampir 8 bulan. Kesukaran itu aku alami pabila melibatkan kerja berkumpulan. Aku sering menjadi sasaran mereka terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Menyiapkan tugasan seorang diri membuatkan hatiku perit. Aku sendiri kurang mengerti mengapa aku bisa diperlakukan sedemikian rupa. Aku tersentak setelah bahuku dipegang Tica.
“ Kamu marah saya Nur?”
“ Tidaklah Tica.Tak marah pun.Saya teringat cikgu Datu.”
“Nur , maafkan saya ya. Saya tahu sebab sikap saya selama ni , keputusan trial saya jatuh teruk. Saya takut SPM ni.Saya tahu sebab -sebab keputusan saya down. Saya tengok keputusan kamu maintain sahaja. Tengok result trial ni sahaja. Apa pun tahniah Nur sebab dapat 8 A dari 10 subjek.Tak hairanlah , sekolah target kamu sebagai pelajar terbaik SPM untuk tahun ni. ”
“ Kamu boleh Tica. Masih ada masa lagi untuk kita study. Sekarang ni kita lupakan hal lain. Fokus study dulu.”
  “ Nur , kamu mahu kan bimbing dan tolong saya lagi. Saya janji lepas ni saya takkan sakitkan hati kamu lagi.Saya betul-betul menyesal. Lagi satu , kalau diorang Eli dan kawan yang lain pulaukan saya , kamu janji jangan tinggalkan saya ya.”
“ Saya tak pernah tinggalkan kawan-kawan saya Tica.”
Aku tunduk seketika. Aku cuba memujuk hatiku dengan membuang segala kisah lalu.
“ Nur. Saya nak tanya , macam mana kamu boleh sabar macam ni? Lebih – lebih lagi sikap kami dengan kamu selama ini.”
“ Entahlah Tica. Saya pun tak tahu. Bagi saya apa yang berlaku tu semuanya kehendak Dia. Tugas saya adalah akur dan patuh. Saya tahu Tuhan saya sayang saya , sebab tu saya diuji seperti ini. “
“ Kamu sayang Tuhan kamu?”
Soalan Tica membuatkan aku terpaku.
“ Sayang. Sebab kalau tidak sayangnya , saya tidak akan jadi seperti ini.Saya tidak akan jadi sesabar ini. Biarpun saya dipulaukan atau dibenci , saya tahu Tuhan saya tak pernah pulaukan saya. Saya tahu kala itu Tuhan saya ajar saya untuk bersifat ikhlas dan sabar dengan kehidupan.”
Tica mengangguk-anggukkan kepalanya.
   “  Lagi satu soalan saya pada kamu. Bagaimana kamu boleh kekal dengan pakaian labuh kamu ini? Saya tak pernah nampak kamu pakai tudung kecil termasuk hand sock kamu. Saya tak pernah nampak kamu tanggal. Selalunya student agama yang pindah dari sekolah agama ni mesti tukar fashion bilamana pindah di sekolah biasa. “
“ Tica. Tidak semua pelajar agama seperti itu. Mungkin diorang ada masalah yang tersendiri yang kita tak tahu.Kita berbaik-sangka sahaja. Apa yang kami pelajari disana semuanya baik. Cumanya kita berbeza penerimaan Tica. Macam kamu juga , adakah semua mengamalkan apa yang agama kamu ajarkan?”
“ Betul tu Nur. Agama saya juga tidak semua mengamalkan apa yang Tuhan kami suruh. Saya pun kadang-kadang lalai juga.”
“ Tak mengapa Tica. Saya ada Tuhan saya dan kamu ada Tuhan kamu. Kita taat pada Tuhan kita masing-masing. Kalau kita sedih atau ada masalah , dekatkan diri pada Tuhan kita. Sentiasa berbaik-sangka pada Tuhan kita. Apa pun ujian yang diberi , kita terima dengan redha. Kita tak tahu mungkin dengan ujian yang diberi tu , Tuhan kita nak bagi kejayaan kan? Kita hormat agama kita , Cuba amalkan sepenuhnya apa yang diajar. Memang susah , tapi kesusahan tu pasti menjanjikan kemanisan dalam kehidupan. ”
“ Nur saya tak pernah dengar nasihat macam ni ooo..pertama kali dalam hidup. Terima kasih ya. Saya silap pandang kamu selama ni. Saya sangka kamu sama macam kawan-kawan kamu yang lain. Erm , kenapa kamu panggil saya sahabat?”
“ Itulah yang diajar dalam agama kami Tica sentiasa berpesan dan saling menasihati kearah kebaikan.Sahabat? Sebab kamu memang sahabat saya. Kawan tu maknanya jauh Tica menurut pandangan peribadi saya  sendiri. Tapi kalau sahabat , maknanya saya dah jatuh sayang dengan kamu.Kalau kamu ada masalah jangan segan-segan share. Ingat satu sahaja pesan saya Tica , jangan pernah lepaskan tangan saya Tica. Biar kita beza agama , itu bukan penghalang untuk kita rapat.”
 “ Nur saya pernah terfikir untuk peluk agama kamu. Tapi saya tidak dapat sokongan. Jika saya terdetik satu hari nanti , kamu mahu ke bersama dan bimbing saya.”
Aku terpana dalam ketidakpercayaan. Semoga apa yang aku dengar ini menjadi kenyataan. AllahummaAmin!
“ Pasti sayang.Genggam tanganku dan jangan pernah lepas tanganku.”
Aku menghadiahkan senyuman buatnya.
“ Terima kasih Nur. Jangan pernah berhenti doakan saya ya.”
Aku memeluknya dengan riang.
“ Semoga niatmu dipermudahkan sahabatku.”



















Teman lama..
  Tamat sahaja SPM , masing-masing membawa haluan. Kehidupanku tidak berubah. Dari dahulu hingga kini tetap sama. Aku mengambil keputusan untuk bekerja sementara menanti result SPM. Program juga semakin bertambah. Kami banyak mengisi masa kami dengan aktiviti berunsurkan ilmiah. Usrah , halaqah , program qiamullail , dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang kami juga menerima jemputan dari pihak sekolah untuk menjadi faci mahupun urus setia bagi melancarkan lagi program yang dianjurkan.
   Kenangan lama menusuk ke hati. Hatiku tiba-tiba terdetik mengingatkan sahabat lamaku. Entah seperti apa wajahnya. Hampir 8 tahun tidak bersua membuatkan aku terlalu rindu untuk menatap kembali wajah itu. Entah mengapa hati ini sebak lantaran tidak sempat bertemu dengannya setelah kami terpisah dialam sekolah rendah. Apalah sangat pemahamanku tentang kalimah ‘ Rindu’ dalam kamus hidupku tika itu. Kini setelah aku lalui perjalanan hidup ini , baru aku mengerti hikmah bersahabat. Terfikir di benakku , mungkinkah dia juga teringat akan diriku? Aku yakin satu hari nanti pasti Allah temukan kami kembali. 
   “ Lik , Nisa. Kamu nak tahu , dahulu waktu saya sekolah rendah Allah kurniakan saya 2 orang sahabat. Namanya Nurusyuhaidah dan Marhain.Kemana sahaja kami pasti bersama. Kat sekolah lama saya dulu juga Allah kurniakan saya 2 orang sahabat yang sentiasa menemani.Shafiqqah dan Azimah.Dahulu kami nakal. Selalu kena denda dengan cikgu Hamzah. Saya teringat lagi , waktu tu Zima sibuk nyanyi kat tandas. Tak sedar rupanya cikgu Hamzah ada kat kelas sebelah. Dipendekkan cerita , cikgu Hamzah tunggu kat luar tandas then tanya kami bertiga siapa yang menyanyi. Kami bertiga tak mengaku.
  Kenangan itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Kelucuan itu menggamit memoriku kembali. Ku teruskan lagi cerita tersebut. Lilik dan Nisa pula menunjukkan muka tidak sabar mendengar aku menghabiskan ceritaku.
  Setelah itu , cikgu pun cakap kat kami.
   “ Habis tu siapa yang menyanyi. Cikgu nyanyi. Oleh sebab kamu menganggu ketenteraman awam , kamu bertiga didenda. Kamu budak paling kecil Azimah , nampak hujung koridor tu?”
  Azimah yang ketakutan terus menjawab.
“ Nampak cikgu.”
  “ Dari hujung sini sampai hujung koridor kat sana , pastikan kamu lompat pocong. Jangan lupa lalu sahaja depan bilik guru pastikan  lambai tangan sambil promote cakap saya suka buat bising. Faham!”
Ketegasan cikgu Hamzah terhadap Azimah membuatkan aku tertawa kecil tika itu. Lantaran itu , denda yang dikenakan terhadap aku ditingkatkan sedikit tahapnya.
  “ Nur kena denda apa dengan cikgu. Comel pula kisah Nur dan sahabat-sahabat sana.”
Aku hanya memandang Nisa sambil tersenyum lalu  tertawa kecil.
  “ Sebab saya ketawa waktu tu. Cikgu suruh saya lalu semua kelas sambil melambai-lambai. Masuk tiap kelas cakap saya kena denda. Memang malu juga time tu , sebab lalu kelas senior. Kalau Shafiqah pula ok sikit. Kena suruh pegang janggut cikgu yang panjang tu dalam masa 10 minit. Memang lucu. Tapi itulah kenangan manis yang tak dapat saya lupa. “
Aku melihat Nisa dan Lilik ketawa.
“ Sekarang ni Nur nakal lagi tak? “
Lilik bertanya padaku sambil tersenyum nakal.
 “ Tak. Kali ini jadi budak baik.”
Aku tertawa riang sambil memandang kearah sahabatku.
 “ Dan sekarang Allah kurniakan saya 2 orang lagi sahabat. Iaitu Lilik dan Nisa.”
Keduanya memandangku  tanda tidak percaya.
“ Betul Lik dan Nisa. Melalui kamu saya banyak belajar erti hidup. Belajar erti bermatlamat , erti dakwah , erti tanggungjawab dan amanah. Saya tak nak terpisah dengan kamu lagi. Saya harap dan doa pada Allah moga Allah tautkan kembali hati saya dengan Sufi , Ain , Fiqa dan Zima. Saya ingin sangat nak temukan kamu dengan sahabat-sahabat yang saya rindu satu hari nanti. Semoga dengan bulatan mahabbah ni diredhai Allah.
“ Sufi tu siapa Nur? “
“ Tu sahabat sekolah rendah saya. Namanya Nurussyuhaidah. Saya rindu sangat dengan sahabat tu. Kami terpisah usai UPSR. Lost contact terus. Ain saya dah jumpa. Saya tak tahu macam mana nak cari sahabat lama saya tu. Nombor telefon pun tak ditinggalkan. Saya doa pada Allah sahaja agar Allah temukan saya kembali dengannya. Entah kenapa , saya yakin saya akan bertemu kembali dengannya. Cumanya masa aje yang tak tahu.”
 “ Apa khabar sahabat? Semoga sihat dibawah rahmat Allah selalu. “ Aku bermonolog sendiri.“ jangan sedih Nur. insyaAllah doa yang tak pernah putus pasti Allah kabulkan.
Semoga ukhwah yang  terjalin selama ini bisa menjadi bukti di Mahsyar Allah kelak.








Syukran wahai Facebook.
  Aku melihat wallku di facebook. Entah mengapa  , hatiku berbicara bahawa aku akan bertemu dengan Sufi melalui facebook. Takdir Allah , terdetik di hatiku untuk add muslimin tersebut sebagai rakanku. Tidak lama setelah itu , notification ku merah menandakan requestku diterima.
  “ Kenapa pula aku nak add orang ni? Bukannya kenal pun.”
Aku berbicara sendiri di hatiku sambil tanganku pantas menekan profile muslimin tersebut. Aku terpandang pada satu nama dalam list familynya. Ku lihat nama muslimah itu.
 “ Eh! Kalau tak silap ni nama kakak Sufi.”
Untuk kepastian , aku pantas menekan nama tersebut. Aku cuba mengingat foto dihadapanku.  Wajah itu ku amati dengan perasaan hiba.
 “ Ya Allah syukran kerana memberikan aku peluang untuk berukhwah kembali dengan sahabat lamaku.”
Aku bermonolog sendirian. Telefon nokia milikku pantas ku capai.
 “ Alhamdulilah Lik. Allah makbulkan doaku.Doakan moga dipermudahkan urusanku menjejaki sahabat lamaku ya. “
“ Alhamdulilah Nur.Semoga dipermudahkan.”
Terdetik di hatiku untuk mengingat kembali kisah lalu.
“ erm , kalau tak silap Sufi ni ada abang. Mungkinkah ini abangnya. Tapi macam mana aku nak tanya. Bercakap dengan muslimin sekelas pun segan , inikan pula orang jauh. “
Aku kebingungan sendiri.Perasaan rindu untuk menghubungi sahabat lamaku  terlalu kuat.Aku tidak tahu dengan cara apa aku dapat berhubung kembali dengannya. Aku menelefon sahabatku Lilik dan bertanya pendapatnya soal itu.
 “ Lik. Macam mana saya nak contact Sufi ya. Saya tak berani tanya dengan abangnya. “
“ Biarpun secara tulisan.” Lilik cuba mendugaku.
“ Entahlah sahabat , saya tak tahu. Saya sendiri tak pernah terfikir nak berhubung dengan mana-mana muslimin biar penting sekalipun. Kamu pun tahu kan , selama ni kalau ada urusan yang melibatkan muslimin saya minta tolong dengan kamu dan Nisa.Saya tak berani.”
Aku meluahkan rasa hatiku. Aku berputus asa. Aku tidak yakin aku dapat berhubung lagi dengan sahabat lamaku.
“ Nur. Kali ni ketepikan dahulu rasa malu. Bukan kamu nak berfoya-foya , just nak jejak kembali sahabat kamu tu. Sekarang ni , kamu relax then jangan berputus asa. Yakin pada Allah semoga dipermudahkan. Kalau kamu tak berani juga , kena beranikan diri. Ingat nawaitu kamu.”
“ InsyaAllah Lik . Tapi saya tak tahu  macam mana nak start. Saya tak pernah kenal abangnya tu. Saya tahu ala kadar je.Seingat saya , kami satu MTQ je dahulu. Tapi tak pernah pun bertegur.”
 “ Tak mengapa , kenalkan aje diri dahulu. Setelah tu tanya berkaitan sahabat kamu tu. Dapat info yang kamu inginkan , tamatlah.”
“InsyaAllah saya try. Doakan saya ya. Saya takut ni.”
Dipendekkan cerita aku memberanikan diriku untuk bertanya.
 “ Assalamualaikum sahabat MTQ. Kaifa hal? Entah  masih kenal atau pun tidak. Asifni jiddan. Sekadar nak bertanya. Adakah enta akhi kepada Nurussyuhaidah.”
“ Waalaikumussalam. Memang ana lah tu. MTQ?kenal ana ke?  Boleh taarufkan diri”
“ Tak mengapa lah enta. Erm , ana sahabat Sufi. Sekelas dengannya waktu sekolah rendah. Ana ingat nak berhubung kembali dengannya. Sebab tu ana tanya jika enta akhinya. Jika diizinkan , ana ingat nak minta number phone Sufi.”
“ Oh macam tu. Erm sebenarnya Sufi sambung STAM. Num Phone? Tak pasti dia guna lagi atau tidak.”
Aku menggertap bibirku.Aku cuba berbaik –sangka.Mungkin ada hikmah disebaliknya. Ku pujuk hatiku dengan nasihat itu biarpun  hatiku  resah.
“ Tak mengapalah enta. Apa pun syukran jazilan. Asif sebab ganggu enta untuk bertanyakan hal ini.”
“ Oh! La bak’s. Nanti kalau ana dah dapat number phonenya yang baru , ana bagi kat enti.”
Kasih sayang Allah. Selang 2 bulan , akhirnya penantianku terkota setelah  info yang ku iinginkan telah aku perolehi.
 “ Assalamualaikum enti. Ini nombornya. 0197654823.Asif lambat bagi kat enti.”
“ Waalaikumussalam. Syukran ya akhi. Allah sahaja yang dapat membalas jasa akhi. Asif juga menyusahkan enta.Syukran jazilan.” 
   Kala itu aku berasa amat bersyukur dengan kebaikan yang Allah beri. Buatku biarlah sebelum aku bertemu Ilahi , kesempatan untuk bertemu dengan sahabatku terlaksana.

  






Hikmah Kejayaan
  Aku masih teringat , hari itu merupakan hari bersejarah buat calon SPM 2010. Debaran itu amat terasa dijiwaku.Pelbagai andaian menerjah pemikiranku akan berapakah keputusanku. Hal itu membuatkan aku sedikit penasaran. Aku banyakkan doa didalam hati. Aku sedikit terkejut tatkala melihat beberapa orang rakan PRS (Pembimbing Rakan sebaya ) mendekatiku. Saat itu calon SPM tidak dibenarkan untuk memasuki pejabat. Hanya guru kelas dan penolong kanan sahaja yang dibenarkan.
 Aku melarikan diri daripada rakan PRS. Aku tidak selesa dengan situasi itu lebih-lebih lagi saat itu hatiku benar-benar risau. Aku sedikit kaget tatkala guru kelasku mendekatiku.
 “ Nur. Macam mana kamu boleh failed dalam Bahasa Arab Tinggi dan Quran Sunnah. Seharusnya kamu tunjukkan keputusan yang terbaik.”
  Saat itu aku terdiam. Aku tidak mampu untuk berdiri lagi. Secara tidak langsung aku teringat Cikgu Mark. Cikgu pernah berkata padaku bahawasanya aku akan gagal jika mengambil subjek persendirian. Disamping itu , hatiku sebak bila memikirkan sahabat-sahabat usrahku.
  Namaku dipanggil ke bilik guru. Aku terkejut kerana setahuku keputusan SPM di pejabat. Langkahku yang longlai ini ku gagahkan jua. Sampai sahaja aku dibilik guru , hanya air mata kegembiraan meniti dipipiku.
  “ Tahniah Nur. Kamu Berjaya jadi pelajar terbaik sekolah. Tahniah juga subjek persendirian kamu  iaitu Al-Quran& Sunnah A+ dan Bahasa Arab A. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Sujud syukur aku pada Ilahi saat itu.
  “ Maafkan cikgu mainkan kamu tadi. Cikgu saja nak kenakan Cikgu Mark sebabnya selalu sangat perli kamu. Sekarang ni cikgu tu dah tak boleh nak kata apa lagi. Kamu telah buktikan yang terbaik. Kat sekolah kita ni ada 3 orang pelajar terbaik. Cikgu  dan guru-guru muslim yang lain bersyukur sebabnya dalam 3 pelajar terbaik tu , nama kamu tercalon. 2 lagi daripada pelajar non muslim. Mengikut purata grade , kamu tempat yang pertama setelah itu diikuti oleh Alexandra dan Eliahtie.”
  Aku melihat tafsirku. Kalam itu sentiasa ku bawa walau dimana sahaja kakiku melangkah. Kerana bagiku , itulah sumber kekuatan seorang insan. Aku memandang kearah Cikgu Azrul.
 “ Alhamdulilah cikgu. Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan cikgu selama ni.Hanya Allah yang mampu membalasnya.”
  Aku bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Allah beri. Hati ini semakin yakin dengan janjinya.
Surah Muhammad ayat 7 :
Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
  Janji itu membuatkan aku semakin yakin. Jika kita bantu agama Allah dengan melancarkan gerak kerjanya , pastinya tentera Allah datang membantu. Nasihat Akhi Fauzi masih lagi segar diingatan. Waktu itu , aku dan beberapa orang sahabat lain ditaujihadkan olehnya.
  Kejayaan itu pasti akan dimiliki oleh pemiliknya yang sebenar. Aku terkenang butir bicara Ustaz Zulfikar dan Ustaz Huzni. Keduanya didatangkan daripada Kedah. Taujihad pada malam itu memberikan satu kekuatan yang luar biasa pada kami. Bersyukur kepada Allah Taala kerana memilih kami untuk berada dalam majlis ilmu.
  Dalam katanya tentang soal kejayaan , ustaz Huzni berpesan :
  “ Terhijab sebuah kejayaan bilamana ada sedikit keraguan pada janji Allah didalam hati. Kena yakin pada janjiNya.’
  Ustaz Zulfikar juga menambah :
 “  Untuk Berjaya kena bantu agama Allah. Berusaha mengamalkan akhlak Islam dalam diri. Letakkan keyakinan dan tawakal yang tinggi kepada Allah. Setiap perjalanan menuju kejayaan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Letakkan azam pada diri , mencari kejayaan untuk menegakkan Syiar Islam.Menuntut ilmu kerana Allah. “
  “ Cuba bayangkan  jika kita berjuang mencari kejayaan untuk membantu menaikkan agama Allah dimata dunia , kita akan berkorban dengan bersungguh-sungguh. Cuba kita fahami maksud perkaitan antara membantu agama Allah dan pengorbanan. Sebagai contoh , kita membantu melancarkan gerak kerja dengan berprogram atau  aktiviti yang bermanfaat , dalam masa yang sama kita juga tahu tanggungjawab kita sebagai pelajar. Hal itu menuntut pengorbanan dan kecekalan yang jitu. Kita dah tahu kita bawa orang lain mengenal Allah , secara tidak langsung perasaan tanggungjawab telah ada dalam diri.Pastinya kita inginkan yang terbaik untuk diri dan agama kita. Tidak ingin menjadi fitnah kepada agama ( Islam ). Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat yang terbaik biarpun masa yang ada terlalu singkat. Korbankan masa rehat dan keseronokan semata-mata untuk Islam. Itulah jiwa seorang Da’ie.”
  “ Bagi seorang pendakwah  , tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Masa untuk berfoya-foya dalam jiwa da’ie tak pernah wujud dalam kamus seorang pendakwah!”
Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada? Itulah yang seharusnya ditanam dan disemai dari awal benihnya didalam diri. Hidup kita bermatlamat. Bukan hidup dipandu arus. Kita hidup untuk mencari redha Allah. Boleh sahaja Allah ingin mengangkat martabat Islam dimata dunia. Hanya dengan sekelip mata. Itulah dia kasih sayang Allah Taala pada hambaNya. Diberikan kita dunia untuk mengajar kita berfikir. Adakah kita memerlukanNya atau mengetepikanNya.







IPG & UPU
  “ Jangan menangis kakak. Tidak dapat tawaran bukan maksudnya kakak tidak boleh sambung belajar.”
    Makcikku memberikan semangat padaku. Aku rasa ingin rebah bila mengenangkan proses temuduga KPLSPM. Aku rasa seolah-olah tidak berpeluang untuk meneruskan pengajianku sebagai seorang guru. Aku tidak terpilih untuk mengikuti temuduga rawak KPLSPM yang pertama. Lantaran itu , aku mengambil keputusan untuk mengikuti temuduga  khas pendalaman Sabah dan Sarawak.
  Sampai sahaja di tapak proses temuduga , aku sendiri terkejut melihat ramainya sahabat-sahabat yang mengikuti proses temuduga tersebut. Hampir 2500 orang yang mencuba nasib  pada hari itu termasuklah diriku. Usai sahaja temuduga , aku bertawakal kepada Allah. Aku serahkan segala-galanya.
  Plan kedua , aku disyarankan untuk memasuki kolej memandangkan tawaran KPLSPM bulan hadapannya. Aku juga tidak terpilih dalam proses pemilihan UPU fasa pertama . Aku redha dengan ketentuan itu. Aku membuat persiapan yang rapi untuk melanjutkan pelajaranku di Kolej Islam Selangor ( KUIS ). Dalam masa itu , aku juga tidak henti-henti berdoa moga aku diterima untuk melanjutkan pelajaran di IPT. Serta merta aku teringat pesanan Ustaz Shamsul.
  “ Jika bersedih atau timbul keraguan didalam hati akan janjiNya. Bacalah Surah Al Fath , setelah itu baca maksudnya. “
  Tafsirku ku capai. Ku baca Surah itu. setelah itu kuteliti maknya. Haru perasaanku menatap lembaran warkah itu.
 



Surah Al Fath ayat 1-4 :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang.
Sungguh,kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.(1)
Agar Allah memberikan ampunan kepadamu ( Muhammad ) atas dosamu yang lalu dan yang akan datang , serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan menunjukimu ke jalan yang lurus. ( 2 )
Dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat ( banyak ) ( 3 )
Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan aatas keimanan mereka ( yang telah ada ). Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ( 4 )

  Hari Khamis tepat jam 4 petang , tika itu aku berada di pekan bagi membeli keperluan untuk berangkat ke KUIS ahadnya. Telefonku tiba-tiba berbunyi. Mesej itu ku lihat ala kadar.
  “ Tahniah anda telah terpilih untuk mengikuti tawaran KPLSPM AMBILAN JUN 2011. Sila rujuk www.IPGCerdik.com
Mesej itu ku forwardkan pada makcikku.
“ Kenapa kakak tak check betul atau tidak maklumat ni?”
“ Tak percayalah auntie dengan mesej-mesej ni. Nanti kena tipu lagi macam tempoh hari. Lagipun tak yakin dapat tawaran ni , banyak lagi yang hebat-hebat.Lagipun pengambilan daripada 2500 orang calon tu hanya 20 orang sahaja yang terpilih.Rasa tak yakin dapat offer ni. ”
 Aku berbicara dengan nadaku yang tidak bermaya. Aku tidak ingin terlalu berharap. Biarlah Allah yang tentukan. Kesedihanku dibalas Allah dengan kegembiraan.
  “ Tahniah kakak! Kakak memang sah dapat tawaran IPG. Opsyen Bahasa Arab (SK) IPG Kampus Kent.”
Aku terkejut. Air mataku mengalir mengenangkan kesudian Allah Taala memberikanku peluang. Aku memeluk atuk  dan nenda saat itu juga.Aku teringat nasihat kak Siti :
  “ Kalau rasa kesusahan itu menyapa kita , carilah Al-Quran. Kalam itu datangnya daripada Allah , bila kita membacanya hati akan tenang. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Bezanya samaada lambat atau cepat.
    Surah al-Insyirah ayat 5-6 :
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ( 5 )
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan ( 6 )
    Kita kena ingat , bila kita rasa kita teruji dengan kesusahan yang tak mampu kita urai , dengarlah bisikan hati. Bisikkan pada hati , Allah sedang mengajar aku untuk bersifat sabar dan ikhlas dalam erti redha.  Adukan segala-galanya kepada Allah kerana disitulah tempat semutlaknya pengaduan seorang hamba.
   Surah Yusuf ayat 86 :
Dia ( Ya’kub ) menjawab, “ hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui.
      Keesokannya pula , nikmat Allah datang lagi padaku. Aku berdoa moga hatiku terpelihara daripada sifat sombong dan riak. Hatiku amat yakin , mungkin jalanku adalah sebagai seorang guru. Dan tugasku adalah untuk mendidik anak bangsa. Dengan tawaran UPU yang ku terima dari Universiti Malaya ( UM ) dalam bidang Asasi Pengajian Islam sememangnya menjurus kepada dunia pendidikan. Bezanya dengan IPG hanyalah bidang. Bagiku keduanya tidak ada beza. Bezanya Bahasa Arab lebih kepada bahasa Al-Quran. Dengan adanya ilmu bahasa arab tersebut , aku merasa amat bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa menjunjung kembali Al-Quran  sememangnya aku sedar ia terletak di bahuku. Aku teringat nasihat terakhir dari Ustaz Zulkifli sebelum berpindah :
  “ Biarpun kamu mengajar Bahasa Arab , secara tidak langsung kamu juga telah bergelar ustaz dan ustazah. Seberat-berat amanah guru pengajian Islam , berat lagi amanah kamu sebagai guru bahasa arab. Kamu mengajarkan kembali kepada anak bangsa untuk mengenal  kembali bahasa Al-Quran yang sememangnya dilupakan. Luput ditelan arus kemodenan.  Amanah Al-Quran itulah panduan kamu. Junjunglah bahasa Syurga dan tanamkan dalam hati anak-anak didik kamu kelak tentang bahasa ini. Bukan bahasa Inggeris yang akan dibawa ke Mahsyar kelak , tapi bahasa arab.”
 Dengan azam dan restu keluarga maka Bahasa Arablah yang menjadi pilihanku. Aku teringat pesanan makcikku merangkap guru sekolah menengah :
  “ Kakak , pilihlah untuk mengajar sekolah rendah. Dari sekolah rendahlah seseorang anak itu terbentuk. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ajarkanlah anak-anak itu ajaran Islam yang sebenar. Memang susah mendidik anak-anak yang baru mengenal dunia , itulah  cabaran yang harus ditempuh. Didiklah anak-anak itu dengan kasih sayang yang ikhlas. Anak-anak itu tak akan anggap  guru sekolah rendah yang usia muda ini kakak dan abang  pada mereka . Tidak! Mereka akan anggap guru sekolah rendah itu ibu bapa mereka yang kedua. Oleh itu , jika dah jadi guru yang sebenar nanti  didiklah dengan sebaik mungkin. Anggaplah macam anak sendiri. insyaAllah didikan tu akan sampai pada hati mereka.







Biar Betul!!
    Hari itu merupakan hari pertama dalam hidupku bergelar seorang mahasiswi. Impianku untuk meneruskan pengajianku di IPG  alhamdulilah terlaksana. Kami menjalani proses minggu pengurusan pelajar baharu selama seminggu. Pengambilan KPLSPM sesi 2011 di kampus ini terdiri daripada 3 unit yang berbeza latar belakang iaitu unit Sejarah yang dimonopoli oleh keseluruhan budak China. Kebanyakannya datang dari negeri Sarawak. Seterusnya unit TESL dan unit yang terakhir iaitu unitku sendiri. Bahasa Arab ( SK ).
  Seramai 20 orang pelajar unit Bahasa Arab yang mana ianya  terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan. Aneh tapi itulah hakikat. Bak kata orang tua-tua , hidup berpasangan. Hanyalah andaian semata menurut pandangan peribadiku. Kebanyakannya merantau dari tempat yang jauh. Disini kami mula mengenali diri masing-masing. Berkenalan sesama sendiri.
  Ku sangkakan panas itu berpanjangan , rupanya hujan di tengah hari. Minggu pengurusan itu tidaklah seperti yang kami harapkan. Kebanyakan dalam kalangan kami unit bahasa Arab ada yang merungut lantaran masa solat selalu diambil ringan. Aku perhatikan keadaan sekeliling , masing-masing tidak berani bersuara. Aku lihat jam di tanganku mula menunjukkan angka 6. Solat Asar masih belum ditunaikan.
  Aku tidak menyalahkan jika aktiviti itu  terus berlanjutan. Seharusnya pihak penganjur mengerti tidak semua beragama non muslim biarpun hakikatnya muslim dalam kalangan kami adalah golongan minoriti. Kebimbanganku makin bertambah pabila ku lihat tidak ada tanda-tanda aktiviti itu ditangguhkan. Aku tersentak seketika setelah Faezah menegurku. Faezah merupakan sahabat baruku yang ku kenali di IPG ini.
  “ Nur, macam mana ni? Solat asar belum lagi. Dah dekat nak maghrib dah ni.”
Ku lihat wajah sahabatku itu. Nampak sangat kegusaran dan ketidak selesaan bermukim di lubuk tirai itu.
 “ Eh! Nak Tanya ni. Kat sabah Maghrib jam berapa ye? “
Fakhri menegur aku dan Faezah. Aku dan Faezah hanya menggelengkan kepala.
“ Kejap lagi nak masuk Maghrib. Nak tak nak kita kena jumpa YDP untuk tangguhkam aktiviti ni.”
Faezah akhirnya meluahkan ketidakpuasan hatinya.
  “ Macam ini lah Faezah , jom kita pakat jumpa YDP kat belakang. Then kita bagitahu. Ini hak kita sebagai muslim. Solat tetap solat. Kita tak boleh ambik ringan hal ni.”
Aku dan Faezah beriringan menuju ke meja YDP.
 “ Erm , bang! Kami nak minta izin solat. Tak lama lagi nak masuk maghrib.”
YDP hanya melihat kami sekadar biasa.
 “ Erm , kalau qada’ macam mana. Dibolehkan juga kan.”
Hish! Ini dah lebih ni kalau sebut soal qada’. Terkejut bukan kepalang diriku. Biar betul YDP ni.
“ Kami nak solat juga! Kami tak selesa dengan keadaan ni. Abang tak boleh ambil ringan hal ni. “
Aku berdoa didalam hati moga Allah permudahkan langkah kami. Ku genggam tangan Faezah.
Tidak berapa lama kemudian , aktiviti itupun ditangguh. Tanpa memikirkan sesiapa , kami pantas berlari menuju ke asrama dan menunaikan solat asar. Alhamdulilah , Allah masih bersama kami.
  Ujian tidak terhenti setakat itu . aku dapat merasakan kesukaran sepanjang minggu pengurusan itu dilaksanakan. Aku terkejut dengan suasana yang ada dihadapanku. Biarpun aktiviti itu dijalankan menurut kesesuaian yang diinginkan oleh pihak pengurusan yang mana ianya bertujuan untuk menyatukan hati-hati kami sebagai guru yang berbilang-bangsa ,  jika ianya lebih menjurus pada kebatilan , ia sememangnya tidak dibenarkan. Mustahil haq dan batil bergerak seiring.
   Kami diminta untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah kami buat selama ini sebagai pelajar agama. Percampuran antara lelaki dan perempuan benar-benar menyesakkan dada. Yang mengharukan apabila kami selaku pelaku pelajar muslimat diminta untuk memasukkan baju ke dalam seluar.Tahap itu  amat menggerunkan kami sebagai muslimah. Kalimah istighfar meniti di bibir aku  dan sahabat-sahabatku.
   Kami tetap dengan keputusan kami dengan tidak berganjak melakukan apa yang disuruh oleh abang JPP tersebut. Hati manusia tiada siapa yang mampu duga. Aku terkejut bilamana abang tersebut katakan bahawasanya kami wajib tuck in baju atas alasan disiplin dan memudahkan pergerakan. Aku mendengus seorang diri. Mengalir air mataku mengharapkan ada seseorang yang sudi membantu kami muslimat tika itu.
  “ Cepat tuck in kan baju kamu perempuan bahasa arab. Kita tidak cukup masa.”
Aku melihat Faezah di hadapanku. Ku lihat air mata itu mengalir. Aku sendiri buntu mencari jalan keluar.
“ Ya Allah bantulah kami hambamu. Kami buntu ya Allah.”
Kedengaran juga suara-suara nakal .
“ Tak pandai tuck in  ke? Mari abang tolong. “
Tika itu aku merasakan maruah kami sebagai muslimat tercabar. Telingaku juga seakan-akan pedas pabila Rina mengatakan kepada abang tersebut untuk kebelakang tandas bagi memasukkan baju. Ku lihat semua pelajar muslimat bahasa arab berlari-lari anak untuk melakukan seperti apa yang disuruh.
  “ Faezah , tolong saya. Saya tak boleh buat benda ni. Saya tak berani.”
Saat itu , aku tidak mampu menahan air mataku. Keadaan itu cukup perit untukku lalui.
 “ Saya pun sama Nur. Saya tak pernah buat macam ni.Sia-sia sahaja saya jaga aurat selama ni jika dalam sekelip mata terdedah begitu sahaja.”
Kami berpelukan sesama sendiri. Dipendekkan cerita , dengan keterpaksaan kami lakukan juga. Atas kuasa Allah Taala , belum sempat kami tuck in baju seorang senior pengajian agama iaitu  Syazwan merangkap JPP datang membantu kami.
  “ Muslimat , take out your cloth.”
    Alhamdulilah , syukur kepada Allah. Terima kasih kerana sudi mendengar bisikan doaku. Terhenjut-henjut bahuku menahan tangis  mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini. Syazwan membawa unit kami ke suatu tempat yang sunyi. Disitu baharu kami mengerti mengapa kami diminta untuk tuck in kan baju. Rupa-rupanya di kampus ini golongan Islam sangat sedikit dan sering ditindas oleh golongan non muslim. Unit bahasa arab juga iaitu kami mula menjadi perhatian non muslim disebabkan kebanyakan ahli dalam kelas kami berfikrah agama tambahan pula dengan pakaian kami yang melambangkan imej Islam yang sebenar membuatkan golongan non muslim rasa tercabar. Aku jua mengerti , mengapa kami sering diperli , rupa-rupanya batch bahasa arab sebelum kami merangkap senior merupakan batch  pertama yang memperjuangkan Islam di kampus ini.
   “ Nur , kita kena perjuangkan dan selamatkan sahabat-sahabat serta senior kita kat kampus ini.”
Bisikan Faezah membuatkan aku bersemangat untuk berislah dan melakukan satu perubahan di kampus ini. Bisikku pada diri :
  “ Mungkin ada hikmahnya aku diletakkan di kampus ini. Mungkin sahaja bisa untuk membantu agama Allah disini.”























Tersungkur???
   Aku teringat pesanan ustazah Suzilah. Kata-katanya tetap segar diingatanku.
      “ Nanti bila dah masuk kampus , pilihlah jalan doa mana yang kamu inginkan. Tapi ingat jangan pilih jalan doa yang senang , pilihlah jalan doa yang sukar. “
    Aku tersenyum mengingatkan kenangan itu . Hampir 4 bulan aku berada di kampus ini meniti dunia perjuanganku sebagai pelajar. Aku menjadi sebak serta-merta mengenangkan apa yang telah aku lakukan untuk agamaku. Rasa malu menjalar dalam diriku. Teringat aku pada satu kata-kata yang pernah aku bisikkan di hati adik usrahku. Tatkala itu , dirinya baru berjinak-jinak mengenal dan menghirup kembali tarbiah Allah.
  Antara jalan doa ,
  Yang mana jadi pilihan,
  Jalan yang terbentang luas di hadapan,
  Ketinggiannya istiqamah ,ketaatan dan Ar-Rahman ,
  Penghujungnya Syurga dan keredhaan Allah…..
  Antara jalan doa,
  Yang mana jadi pilihan,
  Jalan yang terbentang luas di hadapan,
  Ketinggian isinya kemungkaran dan kemaksiatan,
  Penghujungnya kemurkaan dan Neraka Allah….
   Menangis hati ini. Rasa malu bila mengenangkan dosa semalam. Aku masih teringat , tika itu aku  dikenalkan dengan pemakaian hari ini. Orang kata fashion hari ini. Aku sendiri hairan , macam mana aku bisa tertarik dengan selendang. Mungkin itulah ujian Allah untukku. Tidak selamanya aku sentiasa berada diatas. Aku bersangka-baik pada Allah Taala , mungkin sepanjang dakwahku selama ini aku pernah berlaku sombong namun tidakku sedari.
  Bagiku itulah selendang pertama dan terakhir aku memakainya. Aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan menyentuh selendang itu lagi. Terlalu pahit untukku ku kenang. Aku tersedar dari khilafku setelah aku dipanggil oleh seorang seniorku merangkap Timbalan Lajnah Tarbiah Kampus. Siti Khadijah itulah namanya.

 “ Apa pandangan Nur tentang selendang? Apa pula pandangan Nur tentang Tabarruj. “
  Aku hanya mendiamkan diri. Aku sedar kesalahanku. Biarpun kak Siti banyak bercakap dan menegur sahabat yang lain , aku cepat terasa lantaran namaku yang dimentionkan di hujung kata.Usai Kak Siti menasihati kami , aku bergegas menuju ke bilikku.
  Malam itu aku lebih selesa bersendiri. Entah mengapa , tanganku pantas menekan lagu Muhasabah Cinta yang terdapat dalam telefon nokia milikku. Aku tidak mampu menahan empangan air mataku. Malam itu aku menangis sepuas hatiku. Ku gagahkan diriku bertemu kak Siti. Sampai sahaja aku di pintu biliknya , ku lihat kak siti. Aku memeluknya dengan melepaskan keseluruhan isi hatiku. Aku akur dengan kesalahan yang dilakukan.
  “ Nur , tak salah mana pun. Tak salah pakai selendang. Nur pakai tudung labuh juga cumanya selendang tu sebagai hiasan. Tak juga tabarruj akak tengok. Cuma itulah dik , Nur pun tahu matlamat dan dasar perjuangan kita. Akak tahu , Nur rasa keseorangan sebab semua sahabat sekelas Nur suka pada fashion. Hal tu membuatkan Nur rasa terhimpit. Akak faham , akak pun pernah melalui benda yang sama. Sebab tu akak tak nak Nur pun buat hal yang sama. Akak sayangkan Nur. Tujuan kita sama. Akak takkan biarkan Nur hanyut. Tu janji akak.”
  “ Tak kisahlah kak, Nur rasa bersalah. Sepatutnya Nur tak sentuh benda tu. Nur malu. Biarpun Nur bertudung labuh , tapi dengan adanya selendang tu Nur dah menyumbangkan diri pada fitnah. Nur janji takkan sentuh selendang tu lagi. Cukuplah itu yang terakhir. Nur malu nak berdepan dengan sahabat-sahabat kita lagi. Nur ajak orang lain , tapi Nur dah hancurkan harapan diorang. “
 “ Jangan cakap macam tu Nur. Semua orang akan melalui ujian dalam hidup ni. Bezanya ujian kita bentuknya  berlainan tempat dan masa. Mungkin sekarang Nur teruji dengan ni , hari lain mungkin akak. Begitulah sebaliknya. Tak selamanya kita sentiasa berada di atas dik. Tujuan Allah hempap kita dengan ujian sebab tak nak diri kita sombong. Allah tak nak kita rasa diri kita hebat. So , bila kita dah diuji kita akan takut untuk melakukannya lagi. Hidup kita akan sentiasa ditegur. Tak payah malu nak masuk dalam saff lagi dik. Sahabat-sahabat kita tak pernah fikir Nur teruk. Tangan mereka sentiasa ada untuk Nur berpaut. Sahabat-sahabat kita rindu sangat kat Nur. Kembalilah lagi dik ke dalam perjuangan. Sahabat-sahabat rindu sangat nak dengar Nur bagi tazkirah dengan diorang. Nur ada cara Nur tersendiri. Nikmat yang Allah beri kat Nur tak ada dengan orang lain.”
   “ Kembalilah lagi dik , perjuangan memerlukan Nur untuk memantapkan lagi maksud sebenar kita. Pada pandangan kami , Nur tak pernah berubah. Dari dulu hingga kini tetap sama. Ilmu Nur tinggi , gunakan ilmu dan kelebihan yang ada dalam diri Nur untuk menyelamatkan sahabat-sahabat kita kat sini. Nur pernah cakap kat akak dulu :
 “ Dunia dah parah , jangan kita pun ikut menjadi penyumbang kepada keparahan itu. “
Aku memandang wajah kak Siti. Mataku masih berair. Aku memeluknya kembali.
 “ Terima kasih sebab sudi tegur Nur kak. Terima kasih sangat. Tolong pegang saya lagi jika saya jatuh ya kak.Doakan moga taubat saya diterima. Saya takut. Saya rasa trauma sangat tengok selendang. Rasa sakit sangat dalam hati.”
“ InsyaAllah dik. Istiqamahkan dirimu qiamullail. Itu kekuatan kita. Akak masih ingat Nur pernah bagitahu kat ahli usrah kita bahawasanya Qiam tu nadi kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera Rom hingga kota konstantinopel berjaya ditawan. Lakukan Qiamullail. Tangan kami terbuka untuk Nur kembali dalam dunia perjuangan. Kami sentiasa bersama Nur.”
  Malam itu , aku berazam dengan sesungguhnya untuk melakukan solat sunat taubat.Ku tunaikan Qiamullai. Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusanku untukku dekatinya selama 2 minggu. Ketenangan itu ku rasai.
     Aku asingkan diriku dari sahabat-sahabatku. Bukan niatku ingin menjauhkan diri , tapi aku perlukan satu kekuatan untuk aku bina kembali diriku. Bukan mudah bagiku melupakan kisah yang membuatkan aku trauma hingga hari ini. Aku sedar tidak ada manusia dalam dunia ini  yang tidak pernah melakukan kesalahan. Aku juga mengerti sememangnya watak manusia diatas muka bumi ini adalah leka dan lalai. Dunia itulah pentasnya.

 Alangkah indahnya hidup ini,
Segala-galanya telahku miliki,
Kekayaan,kebahagiaan,kesihatan,malah kemewahan,
Apa lagi yang belumku kecapi,
Subhanallah,
Sungguh agungnya kuasa Ilahi.
Namun,
Betapa sedikit aku mengingatiNya,
Terlalu banyak pula aku terleka olehnya,
Ya Allah...
Betapa hinanya aku di hadapanMu.
Tak layak aku memasuki SyurgaMu,
Namun tak sanggup aku,
Terjerumus ke lembah nerakaMu.
Bimbinglah aku Ya Rabbi,
Jangan Kau biar aku terleka,
Dek kesenangan dunia yang sementara,
Jangan Kau biar aku terpana,
Dengan nafsu dunia yang fana,
Jangan Kau ganti nikmat selamanya di sana,
Dengan nikmat di sini yang seketika.
Semoga,
Aku menjadi orang yang bertakwa,
Serta terus istiqamah di atas jalanNya,
Mengejar Jannah di sana,
kerna itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya
( Nukilan Sahabat Mohamad Umar Bin Jiman )

  Pada mulanya sememangnya sukar untuk sahabat-sahabatku memahami dasar perubahanku. Namun aku bersyukur , kerana akhirnya mereka akur dengan anjakan paradigma yang aku lakukan. Syakirah sering bersamaku meniti arus dunia yang kadangkala cuba memanggilku kembali.
  “ Maafkan aku wahai dunia. Cukuplah sekali engkau rosakkan diriku. Betapa sakit hati,jiwa dan imanku tatkala merintih di pertiga malam. Pergilah dikau wahai dunia. Tidak ku perlu pada fatamorganamu. Hidupku kini akan kembali kepada matlamat asalku. Selamat tinggal wahai fatamorgana dunia. “
  Aku bermonolog sambil berbisik pada hati dan imanku :
 “Jangan resah dan takut lagi wahai hati dan iman.  Aku akan kembali pada diriku yang dahulu. Akan ku rawat diri kalian dengan ubat taubat serta kembali mengenang cintaNya. “




















Kemerdekaan!!!

  Saat mentari dhuha gagah memancar. Sinarnya mencapah ke segenap alam. Kelas Ruminding riuh – rendah dengan pengumuman yang diucapkan oleh Ketua Unit Bahasa Arab. Afifi , Nampak sahaja kecil namun diam ubi berisi.
  “ Kelas kita terpilih untuk mewakili IPG untuk perbarisan sempena hari kemerdekaan Sabah hari jumaat ini. Kelas kita akan bergabung dengan unit Sejarah Cina.”
“ Afifi! Kalau melibatkan tuck in baju kami tak nak.” Afiqah Mahmad mula bersuara disokong oleh rakan sekelasku yang lain.”
“ InsyaAllah tidak. Doa sahaja banyak-banyak.”
   Bermula hari itu  , kami telah melakukan latihan untuk menyempurnakan hari perbarisan tersebut. Sepanjang latihan itu , kami tidak terlibat dengan masalah yang tidak diingini berlaku. Kasih sayang Allah buat unit kami. Ketika Allah rindu pada hambaNya , Allah Taala akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah sebuah ujian :
  Dalam sebuah hadis Qudsi Allah telah berfirman :
“ Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
( Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah )
  Tiba hari perbarisan yang sebenar , Afifi dengan serba salah memberitahu bahawa pensyarah kami mewajibkan kami untuk tuck in baju memandangkan semua budak Cina melakukan hal tersebut.
  “ Sahabat semua. Saya minta maaf banyak-banyak dengan semua budak muslimat. Cikgu pesan suruh tuck in baju.”
“ Tidak Afifi. Kami takkan tuck in baju. Kamu dah janji dengan kami.”
Aku menyuarakan hasrat itu secara tidak langsung.  Sahabat lain juga terpana melihat keberanianku menuturkan kepadanya. Tidak lama setelah itu , pensyarah yang menjadi pengurus kami datang.
  “ Pastikan semua tuck in baju , tak kira lelaki atau perempuan. Kekemasan dan maruah IPG kena jaga. “
Syakirah memandangku sambil memberi isyarat untuk tidak melakukan hal tersebut. Atikah dan Afiqah Ibrahim mendekatiku.
  “ Nur , kami tak berani. Kita selalu diuji dengan aurat dan ukhwah. Ana rasa tak kuat Nur. “
Ku lihat air mata di wajah Tika dan Fiqa. Ku genggam tangan keduanya.
 “ Saya rasa sakit sangat hati dengan hal ni Tika  , Fiqa. Saya takkan buat.”
Aku melihat Faezah menangis sambil memeluk Syakirah. Aku tidak dapat bertahan lagi. Aku memberanikan diriku buat kali pertama bercakap setentang mata dengan muslimin.
  “ Fakhri , tolonglah kami kaum muslimat. Kami tak boleh buat benda ni. Kami tak mampu bergerak dalam kalangan kami kaum hawa sahaja. Kami memerlukan kaum Adam untuk membantu kami cakap dengan cikgu.Tolonglah kami Fakhri. Kali ini sahaja saya minta tolong. Saya rela kalau kamu suruh saya melutut sekalipun depan cikgu , yang penting kaum Adam tolong back up kami kaum Hawa sahaja.”
Saat itu , aku tidak pedulikan air mataku yang terus mengalir. Pertama kalinya aku menangis dihadapan muslimin setelah sekian lama aku menjaga diriku agar tidak akan jatuh depan seorang lelaki. Kali itu aku akur , kala itu kami memang memerlukan kaum Adam untuk mempertahankan kami. Biarpun begitu aku sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Fakhri.
  “ Eh! Kau ni buat aje lah apa yang cikgu suruh. Bukan susah sangat nak tuck in baju tu. Kejap aje. Habis lalu depan Dato tu , korang nak buka tuck in , terpulanglah.”
 Aku dapat merasakan darahku menyirap. Secara tidak langsung terkeluar dari bibirku bicara yang agak kasar.
  “ Eh Mohd Fakhri! Sekejap kau cakap.  Kau nak suruh kami jawab apa depan Allah. Sekejap! Macam tu kau nak kami jawab. Dah terang-terang dalam Al-Quran perempuan ni paling banyak menghuni neraka. Kau nak letak kami neraka mana? Neraka jahanam! Berapa lama ? 1 tahun , 10 tahun ke 100 tahun!! Kau senang cakap. Hakikatnya kami yang akan dipersoalkan.Kami yang tanggung dosa kami. Kau ingat kami muslimat ni apa. Barang yang boleh dibeli ke? Tak kesian ke tengok muslimat kita yang menangis dari tadi. Beginikah ke korang muslimin nak jadi Imam dengan makmum korang nanti? Tak berani nak mempertahankan kaum hawa.”
  Aku melihat Fakhri berlalu pergi dengan wajah yang merah menahan marah.
  “ Nur ,tolong saya. Hari tu macam ni juga. Tuck in juga isunya. Kali ni pun sama. Saya tak boleh. Sia-sia saya jaga aurat selama ni kalau dalam sekelip mata terdedah macam itu sahaja.”
Aku lantas memeluk sahabatku.
“ Kita banyakkan doa ya Faezzah. Allah lebih tahu.”
  “ Ok semua siap. Kita nak bergerak dah”
 Fakhri memberikan arahan selaku Kem Kom
Aku terpaku seketika. Aku masih tetap dengan pendirianku tidak bertuck in. Tika itu aku mendengar sindiran pedas dari Maya.
  “ Nur , boleh tak jangan pentingkan diri. Kami pun tuck in juga , kamu pula yang melebih. Ingat kamu sorang sahaja ke yang tak mahu , kami pun sama. Tuck in sahaja , biar adil semua. “
Aku menangis lagi. Entah kali keberapa tangisanku kali ini. Ujiannya benar-benar menguji diri ini. Mana mungkin aku bisa mengikuti kehendak tersebut. Aku telah berjanji dengan diriku. Aku berdoa dengan sepenuh pengharapan dari Ilahi agar memberikan aku jalan dan pertolongan.
  “ Nur , jangan menangis lagi. Kesat air mata tu. Bagi jaket kamu dengan saya. Kita tukar jaket. Jaket saya besar sikit. Kalau kamu tuck in tak nampak langsung. Lama-lama kamu boleh sakit jika menangis terus.”
Aku tersentak dengan teguran Syukri. Biarpun begitu , aku bersyukur kepada Allah kerana sudi membantuku kala itu. Aku melihat Syakirah dan Faezah juga mendapat bantuan yang sama. Terdetik di hatiku.  Aku , Syakirah dan Faezah terselamat dari situasi itu. Tapi tidak sahabat muslimatku yang lain. Aku merasakan kesedihan bertamu dijiwaku melihatkan mereka yang tuck in biarpun ada dalam kalangan mereka yang sememangnya sekadar mengikut apa yang disuruh.
  Maafkan aku sahabatku. Aku tidak bisa membantu dan meleraikan kalian dari permasalahan ini. Maafkan aku.






Muhasabah Cinta :
  Kejadian tempoh hari menjadikan ukhwah antara kami kaum muslimat renggang. Ketidakadilan itu bermula daripada tuck in menjadikan kami semakin jauh. Ada juga yang bercakap sesama sendiri tentang kami. Aku sentiasa bersama Syakirah. Kami dapat merasakan diri dipulaukan semenjak hari itu. Hari-hari yang kami berdua lalui cukup perit.
  “ Nur, apa pun yang berlaku. Kita tetap bersama. Kuatkan ukhwah antara kita. Biar sahabat lain menjauhkan diri , kita kena ingat satu perkara bahawa Allah tak pernah jauh dari kita. Kita kena banyak sabar hadapi mehnah dan tribulasi ini dengan tenang. insyaAllah , hati sahabat-sahabat kita akan terbuka juga suatu hari melihat kebenaran. Kita kena teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat kita. Jangan pernah berhenti berdoa.”
  Aku mengenggam tangan Syakira. Kami berdua tersentak setelah pintu bilik Syakirah diketuk orang. Aku pantas membuka pintu tersebut. Ku lihat Faezah dengan wajah yang muram.
  “ Nur , Syakirah. Sebenarnya saya ada hal nak bagitahu kat kamu dua.”
   Belum sempat Faezah meneruskan bicaranya , dia meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Kedengaran tangisan sendunya. Aku dan syakirah berpandangan sesama sendiri sambil tertanya-tanya. Kami berdua memeluk Faezah untuk memberikannya  kekuatan. Belakang badannya ku susut agar tidak terasa sakit.
   “ Nur , Syakirah. Saya minta maaf banyak-banyak kalau pernah sakitkan hati kamu. Saya tak tahu kenapa tapi hati saya sakit. Saya dapat rasakan saya dah jauh berubah dari diri saya yang lalu. Saya rindu diri saya yang dulu.”
  “ Sabar Faezah. Tenangkan diri kamu dahulu. “
    Syakirah memegang bahu Faezah. Aku pula tunduk memandang lantai. Aku dapat merasakan kesakitan yang dialami Faezah kerana pengalaman itu telah aku lalui. Sememangnya sangat  sakit bila mengenangkan dosa tanpa sedar yang kita lakukan. Setelah kita sedar , kita dihantui dengan kejahilan lalu. Untuk bangkit kembali memerlukan pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi bila melibatkan soal ukhwah. Sangat sukar untuk sahabat kita memahami perubahan yang ingin kita laksanakan lantaran mereka rasakan bahawa kita sengaja menjauhkan diri. Itulah yang ku alami. Demi Cinta pada dakwah dan perjuangan , aku harus melupakan keseronokan dunia lantaran ajal yang mengejar entah bila.
  “ Sabar ya Faezah. Kamu tidak ada salah apa pun dengan kami.Jangan salahkan diri kamu ya. “ aku memberikan kata-kata perangsang buatnya.”
  “ Nur , saya dah faham kenapa kamu menjauhkan diri dari kami setelah perjumpaan kita dengan kak Siti tempoh hari. “
Aku memandang wajah Faezah sambil mengesat air matanya.
 “ Saya tak pernah terfikir nak menjauhkan diri dari kamu semua. Cumanya saya mencari ketenangan. Maafkan saya kalau kamu terasa dengan sikap saya sebelum ni. Saya perlukan kekuatan Faezah untuk bangkit dan kembali lagi kepada dunia saya yang asal. Saya rasa gerun bila ingat dosa yang saya buat.”
Entah mengapa hatiku terlalu sebak. Berkali-kali aku katakan pada diri agar tidak menangis lagi. Namun  apalah dayaku sebagai manusia. Secara tidak langsung aku teringat kisah Saidina Umar , Khalifah kedua setelah kewafatan Saidina Abu Bakar:
  Dahulu sebelum Saidina Umar memeluk Islam , beliau merupakan orang yang paling digeruni oleh seluruh orang arab lantaran keberaniannya. Semasa zaman kejahilannya , beliau juga pernah membunuh anak perempuannya hidup-hidup. Ini kerana waktu itu golongan perempuan amat dibenci. Bagi mereka anak perempuan ini hanya menyusahkan dan membawa sial dalam masyarakat. Kuasa Allah , isteri Saidina Umar telah melahirkan seorang anak perempuan. Berusaha Sang isteri itu mengubah keadaan anaknya kepada cara lelaki. Pada mulanya Saidina Umar tidak perasan , namun lama kelamaan Saidina Umar dapat Nampak sesuatu melalui sifat anaknya. Dipendekkan cerita , saat isterinya tidak ada di rumah , Saidina Umar membawa anaknya keluar. Dalam perjalanan , anak kecil itu bertanya:
  “ Wahai ayah , kemanakah engkau ingin membawaku. “
     Saidina Umar memandang wajah anaknya dengan wajah yang bengis seraya berkata :
  “ Aku ingin membawamu jauh dari sini. “
  Apalah sangat yang difahami oleh anak sekecil itu. Baginya itu adalah penghargaan terbesar dari seorang ayah. Sampai sahaja tempat yang dituju , Saidina Umar meletakkan anaknya di tanah lantas menggali kubur untuknya. Anak kecil itu bertanya lagi :
  “ Wahai ayah , apakah yang kau lakukan? “
   Saidina Umar merenungnya sambil menjawab dengan kasar :
  “ Tengok sahaja , tak perlu bertanya. “

   Anak itu terus mendiamkan diri. Tidak lama setelah itu , Saidina Umar meminta anaknya untuk masuk ke dalam liang itu. Anak kecil itu hanya menurut. Setelah itu , Saidina Umar menanam anaknya hidup-hidup. Anak kecil itu terus meraung-raung memanggil ayahnya sambil menangis namun tidak di pedulikan. Akhirnya suara itu lenyap dan tidak kedengaran lagi.
  Setelah memeluk agama Islam , hal itu membuatkan Saidina Umar dihantui rasa bersalah. Kadang-kadang bila melihat anak perempuan bermain-main , Saidina umar akan menangis sendirian menangisi kejahilan dan dosa lalu.
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya


Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
  “ Nur , ok ke? Syakirah memandangku. Aku hanya tersenyum kelat.”
  “ Syakirah , Nur. Saya nak jadi diri saya yang dahulu. Tolong bantu saya ya. Saya nak bersama kamu. Saat ini saya nak jauh dulu dari Azfa , Munirah , Afiqah dan Najah. Saya nak cari kekuatan.”
 “ InsyaAllah boleh Faezah. Kami sentiasa menyokong dari belakang.”
  Selama seminggu Faezah bersama kami , Azfa dan Munirah juga semakin jauh dari kami. Kami cuba mendekati diri mereka , tapi tidak dihiraukan. Hinggalah ditakdirkan pelajar muslimat unit bahasa arab membuat satu liqa bagi merungkai permasalahan antara kami.
  Dalam liqa itu , kami bertiga banyak disalahkan atas asbab yang tidak kami lakukan. Kami cuba  mengukir senyuman biarpun pahit untuk ditelan kata-kata pedas dari bibir mereka.
  “ Kami tak suka dengan kamu. Saya dan Azfa tahu kamu cuba rampas Faezah dari kami. “
Luahan itu membuatkan aku dan Syakirah terkejut. Faezah dengan lantas menjawab tohmahan itu
  “ Maya , Azfa. Syakirah dan Nur tak pernah rampas saya dari sesiapa. Ini atas kerelaan hati saya sendiri.”
  “ Petang itu sewaktu kita tengok  movie , kami nampak kamu ok sahaja. Tiba-tiba malam tu terus kamu berubah dalam sekelip mata setelah balik dari bilik Syakirah. Waktu Tu , Nur pun ada sekali.”
 “ Maya , Azfa. Dengar sini. Saya nak cari kekuatan. Petang tu memang saya happy sakan , tapi saya minta tolong fahami keadaan saya. Malam tu , habis solat isya’ saya rasa berdosa sangat kat diri. Sebab tu saya masuk bilik Syakirah. Waktu tu Nur memang ada kat bilik. Diorang yang bagi kekuatan kat saya. Diorang tak salah sikit pun.”
Maya dan Azfa hanya mendiamkan diri. Antara terima atau tidak. Rina tiba-tiba memasuki ruang bicara.
“ Kami nak tanya. Hari tu waktu kita pergi makan-makan kat rumah ustaz Farhan, tiba-tiba ustaz soal malam muzikal. Kami tahulah kamu tak sokong dengan malam muzikal tu , tapi janganlah sampai report dengan Ustaz.”
Sindiran itu membuatkan aku dan Syakirah saling  berpandangan.
“ Rina , Najah. Kami tak pernah bagitahu apa-apa kat Ustaz. Kami awal datang kat rumah ustaz tempoh hari sebab Mak Teh yang jemput minta tolong sikit. Ustaz yang usulkan sendiri hal tu.Itu terpulang dengan kamu semua nak percaya atau tidak. Apa yang kami tahu dan fahami , kami tak buat hal tu. Kami tak pernah terfikir untuk mengaibkan sahabat kami sendiri.”
“ Habis tu apa pula ceritanya dengan Fakhri. Siap Ustaz Azri tahu. Ni apa kes sebenarnya. “
“ Rina , mestikah semua cerita yang kamu dengar merujuk kepada kami. Seharusnya kamu tanya Fakhri sendiri. Kami hairan , kenapa kamu lebih percayakan Fakhri lebih berbanding kami. Bukan kami yang bagitahu kat ustaz pasal kamu. Hari tu ustaz jumpa kami bertiga. Ustaz sendiri yang bagitahu kat kami , Fakhri yang bagitahu hal kamu kat ustaz. Sekarang ni , mana yang lebih kamu percaya. Fakhri atau ustaz?”
“ Atikah , Ina , Fiqa , kak Qi. Kenapa tinggalkan saya dan Nur. Kita dah janji nak bersama , membantu sahabat-sahabat kita. Mana wala’ kamu pada saya sebagai ketua?”
Aku terdiam sejenak. Itu merupakan rahsia kami berenam. Dan rahsia itulah yang menjadi tujuan kami untuk merealisasikan dakwah di kelas. Mungkin Syakirah ada maksudnya yang tersendiri. Detikku didalam hati. Kesunyian itu tiba-tiba galak setelah Atikah menghumban telefon bimbitnya. Berkecai telefon itu. Masing-masing terdiam. Atikah yang diam akhirnya bersuara.
  “ Itukan janji kita. Kenapa kamu bagitahu Syakirah.”
Aku dapat melihat kekasaran disebalik nada itu. Syakirah menerangkan maksudnya.
 “ Sekarang saya nak tanya kamu. Pernahkah tak kamu wala’ dengan janji kita? Kamu ada terfikir tak kenapa saya bagitahu hal ni kat depan kelas?  Kamu ingat senang ke saya nak luah hal ni. Saya fikir banyak kali. Tak ada guna kita simpan janji ni kalau kamu semua nak menjauhkan diri dengan kami berdua. Membiarkan kami berdua menjalankan janji ini. Seharusnya , sesama kita yang telah berjanji ni lebih banyak bersangka-baik dengan ukhwah kita. Tapi lain pula jadinya.”
Atikah terdiam akur dengan kesalahannya. Mengalir air matanya.
 Ina yang diam mula menuturkan kata. Kak Qi pula menangis di bahu Ina. Fiqa pula diam menundukkan wajah.
 “ Nur , Syakirah. Kami minta maaf atas kesalahan kami. Kami sedar kami banyak bersangka-buruk dengan kamu. Nur , terima kasih sebab tegur kesalahan saya tempoh hari. InsyaAllah , saya boleh terima.”
Aku hanya tersenyum. Syakirah memegang bahuku sambil mengenggam tangan Faezah.
“ Saya pun sama” Atikah dan Fiqa mengungkapkan perkataan maaf pada kami.”
  Alhamdulilah , akhirnya terungkap jua kebenaran. Kini ukhwah kami bertaut kembali. Azfa dan Maya juga mula menerima perubahan Faezah dengan mendoakan kebaikan sesama mereka. Aku diminta untuk membacakan doa Rabithah bagi menguatkan ikatan hati antara kami.
  Usai itu , aku terus bergegas mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat  hajat. Aku melabuhkan kesyukuranku kepada kepada Allah. Aku berdoa saat itu , moga ukhwah kami kali ini lebih diberkati olehNya.

















Sejarah yahudi Buta :
  Tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Waktu itu sahabatku Ika baru balik dari café dengan membawa kacang. Kami berasa dihargai dengan kesudian hati sahabatku membawakan kacang kepada kami. Biarpun Nampak kecil , namun pemberian yang ikhlas itu lebih baik. Sedang kami sibuk berborak , terlihat oleh kami kelibat seorang sahabat sebilikku. Fifa namanya. Seorang yang dingin dan amat susah sekali mendengar nasihat. Aku sering bersabar dengan karenahnya. Biarpun sifatnya sedemikian , aku tahu hatinya cukup baik cuma didasari dengan masalah yang dihadapi.
  Hati sahabat lain banyak yang kecewa dan remuk dek sikapnya yang acuh tak acuh dalam menghormati dan menghargai sahabat sekeliling.
   Aku menegurnya dengan baik :
  “ Fifa nak pergi mana? Marilah join sekali makan. Banyak kacang ni ika beli dari café.”
  Ajakan yang diseru ibaratnya mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ditoleh wajahku dan sahabat lain. Malahan diambil kasut diatas dalam almari lantas keluar dengan menghempas pintu. Aku sendiri terkejut dengan fenomena. Aku mengajak sahabat-sahabatku bersangka baik.
  “ Fifa ada masalah kot. Tak mengapalah. Kita bersangka- baik sahaja.”
 “ Erm kalau iya pun sopanlah sikit. Kesian kat Nur. Bukan sekali kami Nampak Fifa buat macam ni. Dah berkali-kali kami nampak Nur diperlakukan sedemikian. Tak sakit hati ke Nur?”
 Aku memandang wajah mereka satu-persatu. Tak terasa. Tipu jika aku tidak terasa. Aku juga manusia. Punya perasaan sakit didalam hati. Namun hal itu aku cuba atasi sebaik mungkin agar tidak menjejaskan matlamatku. Aku yakin hati Fifa sebenarnya lembut cuma perlu mengambil masa untuk difahami. Aku terangkan juga kepada sahabat-sahabatku yang masih termangu-mangu.
   Ika , Fiqa , Azfa , Faezah. Dengar sini apa yang saya nak cakap.
 “ Yup! Kami dengar. Kalau Nur nak share pun tak mengapa. “
Keikhlasan hati mereka benar-benar membuatkan aku tersenyum.
   “ Sahabat macam tu kalau dah ada masalah , kita tak boleh marah , kutuk , pulau , buat geram. Hal tu boleh menyebabkan sahabat menjauhi kita , malahan gap( jurang ) juga akan wujud. Untuk  bercakap dengan sahabat kita yang macam ni , kita perlu banyak sabar. Tak rugi orang yang sabar , dikasihi oleh  Allah lagi. Kita kena ingat dengan mengajak orang kat sekeliling kita tak semestinya kena tunjuk akhlak aje , tak semestinya kita kena nampakkan kelebihan yang ada pada kita. Kita kena perbetulkan aspek pemikiran kita. Contohnya sahabat kita ni kita boleh mengajaknya dengan berbuat kebajikan , mungkin dengan cara tu kita boleh mendekati dan melembutkan hatinya. Kita tak tahu kan apa yang akan terjadi. Yang penting kita kena yakin Allah akan menilai setiap usaha hambanya. Setelah tu  kita kena ingat jangan sesekali kita nampakkan kat depan sahabat kita tu kita tak puas hati dengannya. Hal tu la yang akan menyebabkan sahabat kita tu makin jauh. Then ,  kita tak payahlah nak balas dendam kat dia kembali  nak dia rasa macam mana perasaan kita yang tercalar olehnya. Itu semua tak perlu sahabat. Hal tu biar urusan dia dengan Allah. Jangan kita nak tambahkan lagi dosa sahabat kita dengan dosa kita sekali. Kita ni dah banyak dosa , tak usahlah kita nak menambah lagi dosa kita. Kalau dihitung kembali  tak terhitung dosa kita ni . Boleh tangkap tak maksud Nur sahabat-sahabat? “
  “ Nur nak bawa satu kisah. Dahulu ada seorang perempuan yahudi buta yang sering menghina, mencaci dan  banyak lagilah yang dilakukan oleh perempuan yahudi itu. Tapi Nabi tak ambil kisah semua tu , Nabi tetap meneruskan kerjanya. Hatta bilamana Nabi menyuap roti yang telah dikunyah-kunyah olehnya lantas  disuap ke mulut perempuan yahudi itu, Perempuan itu sempat lagi menghina Nabi dihadapannya. Nabi hanya tersenyum dan meneruskan kerjanya menyuap roti ke dalam mulut perempuan yahudi.Hampir tiap hari Baginda melakukan perkara yang sama dan tiap hari juga Baginda mendengar hinaan demi hinaan padanya.Sehinggalah satu hari bilamana Rasullah telah wafat , Saidina Abu Bakar meneruskan kerja Nabi. Namun perempuan itu dapat merasai kelainan pada tangan yang menyuapnya kali ini.Lantas berkata perempuan  yahudi itu :
   “  Tangan ini tidak sama dengan tangan yang selalu menyuapku.”
Sahabat nak tahu apa yang terjadi??Abu Bakar berkata :
  “ Wahai makcik ,  orang yang selalu menyuapmu hatta orang kau hina setiap hari itulah dia Rasullah SAW.”
   Mengalir air mata  di wajah tua itu. Perempuan yahudi itu lantas memeluk Islam. Tapi tahukah kita perempuan yahudi itu masuk Islam tanpa melihat dan mengenali akhlak Rasullah itu sendiri.Berkat kebajikan yang dilakukan oleh Rasullah itu menyebabkan hati perempuan tua itu lembut..
Melalui kisah ni kita dah dapat ambil iktibar. Bukan macam tu sahabat semua.
 Sahabat-sahabatku menggangguk-anggukkan kepala tanda akur. Aku meneruskan bicaraku dengan memberitahu satu rancangan.
  “Macam ni kalau kamu perasanlah. Fifa selalu tengok jadual harian dia kan..satu hari tu ana tak sengaja melihat jadual hariannya. Kat situ Fifa notekan sekali birthdaynya. Kalau tak silap  21 hb ni. Start dari sekarang tinggal 2 hari lagi sebelum birthdaynya. Jadi bila time birthdaynya , kita jangan wish dulu.Kita wish sehari setelah birthdaynya ok. Surprise sikit. Macam ok tak cadangan Nur? “
  Aku menantikan saat itu. Hari yang ditunggu tiba jua.
  “ Ya Allah lembutkanlah hati sahabatku untuk mengenal kasih sayangMu.” Doaku didalam hati. Aku amat merindui dirinya. “
 Persiapan  telah disediakan tinggal menanti kedatangan Fifa. Aku pula sedia menanti dibilik kami. Ku lihat pintu dikuak oleh Fifa. Fifa ingin beralih keluar setelah melihatku. Namun aku sempat menghalang niat sahabatku itu. aku mengenggam jemari itu sambil tersenyum.
  “ Ini bilik kamu juga Fifa. Kitakan roommate.”
“ Kenapa Nur dan sahabat-sahabat lain masih sudi nak berbaik dengan Fifa. Fifa ni tak layak nak berkawan dengan korang semua. Saya ni budak teruk. “
  “ Fifa , kami tak pernah rasa kamu macam ni. Kami tahu Fifa bukan nak lakukan semua ni dengan kerelaan hati Fifa. Mungkin kerana masalah yang kamu hadapi kamu jadi macam ni. Maafkan kami Fifa sebab mungkin selama ni kami juga kurang mengambil tahu masalah kamu. Maafkan kami Fifa.”
 Aku memeluk sahabatku. Bagiku biarlah aku seorang merasa pahit melakukan kekhilafan. Jika diberikan kesempatan , aku tidak ingin sahabat-sahabatku merasai kesakitan khilaf tersebut.
  “ Tak adalah Nur. Saya ni yang selalu buat hal. Saya yang selalu menyusahkan korang semua. Entahlah , saya rasa saya tak layak untuk dimaafkan. Lebih-lebih lagi setelah apa yang saya lakukan. Baru saya tahu , saya tak dapat nak hidup seorang diri. Saya perlukan kamu semua. Tapi , sudikah lagi diorang semua terima saya Nur?”
 “ Fifa, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan kamu dalam hidup kami. Kami tak terfikir pun nak buang kamu dari kami. Fifa, kita ni manusia biasa tak pernah terlepas dari ujian. Setiap detik dan saat ada sahaja ujian. Mungkin apa yang berlaku antara kita adalah tarbiah dari Allah untuk mendidik keikhlasan dalam persahabatan dan paling penting ukhwah itu sendiri. Melaluinya Allah nak mendidik kesabaran kita. Kami semua sayangkan kamu. Kalau kamu ada masalah , selagi kita boleh selesaikan , insyaAllah kami akan cuba membantu. Yang penting kita hidup macam adik-beradik.”
  “ Terima kasih Nur sudi terima saya lagi. Kesian kamu jadi roommate saya.”
 Aku hanya tersenyum. Bahunya ku pegang sambil memberikan isyarat peace kepadanya. Pintu bilik dikuak. Aku melihat sahabat-sahabatku menyanyikan lagu hari lahir buat Fifa..Aku melihat semua sahabat-sahabatku masing-masing riang seolah-olah tidak ada sengketa yang berlaku. Terima kasih ya Allah!



















Lautan Dalam Sanggup Direnang?
    Orang tua-tua kata pelik bin ajaib. Orang muda kata trend masa kini. Biasalah anak muda pemikirannya jauh ke hadapan. Mengalahkan pakcik dan makcik yang jauh makan garam terlebih dahulu. “  Lautan dalam sanggup direnang , lautan api sanggup ku redah.” Itulah kata-kata anak muda semata-mata untuk mendapatkan cinta kekasih sementara.Sesuatu fitrah bertukar fitnah. Cinta yang berstatus tinggi berubah pangkat menjadi cinta low class. Pena dilakar warkah menangis pilu lantaran menjadi hamba pada cinta nafsu.
  Terdetik seketika di benakku , Cinta itu merupakan hadiah daripada Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah. Jawabnya wahai anak muda dan diriku , tepuk dada tanyalah iman dan taqwa didalam diri. Malangnya , apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu.
  Aku sedar, isu ini amat sukar untuk dijawab terutamanya pabila ia melibatkan hati. Apabila seorang da’ie berbicara tentang cinta , maka berhati-hatilah kerana kata-katamu pastikan diuji. Allah tidak akan membiarkan hambanya diatas muka bumi ini hidup senang – lenang malahan sewenang-wenangnya melakukan kerosakan diatas muka bumi bertuhankan  desakan nafsu semata-mata.
  Aku akui , sememangnya cinta itu indah malahan memabukkan. Apa lagi jika ia diteguk secara berlebihan dan tanpa peraturan. Cinta itu ibarat garam dan gula. Kena ada peraturan dan kadarnya. Bayangkan jika kita mengambil garam secara berlebihan , ia mendatangkan mudarat seperti serangan darah tinggi dan lemah jantung. Manakala jika gula itu diambil tanpa mengikut kadar yang ditetapkan , bukankah kita akan menerima azab kencing manis. Itulah dia ‘ mabuk cinta’. Pabila mabuk , kita tidak akan sedar kerana kita berada di dunia khayalan. Apa yang kita tahu , saat itu semuanya indah.Manisnya meresap didalam jiwa.
  Aku sebak melihat alam sekolah menengah. Seharusnya saat itu digunakan sebaik mungkin untuk meneguk seberapa banyak ilmu. Bukannya cinta monyet yang menjadi pengarang jantung. Bukan aku memandang mereka dari sudut buruknya akhlak , siapa aku untuk berfikir dan menghukum mereka. Aku hanya insan biasa , takkan pernah terlepas dengan ujian. Aku jua punya perasaan. Aku juga punya ibu bapa. Aku juga dilahirkan dalam keadaan yang susah yang mana membuatkan aku dan adik-adik terasa malu untuk meminta sesuatu.  Aku juga melihat kesusahan ayah dan ibu bekerja siang dan malam untuk menyara aku dan adik-adik. Melihatkan keadaan itu , aku menjadi kasihan pada diriku sendiri  jika aku tidak mampu untuk membahagiakan mereka.
    Selama 9 bulan aku dikandung , diusung kesana-kemari tanpa mengeluh walau sedikit. Setelah itu , aku diasuh dan disayangi dengan penuh cinta. Disekolahkan aku untuk menjadi insan yang berguna , memberi manfaat buat orang lain. Lantaran itu , aku tidak berani menyakiti  hati insan yang bernama ayah dan bonda walau sedikit. Hati ini kelu melihatkan sahabat serta adik-adik yang terbuai dengan arus. Hati ini juga  sering mengadu kesakitan acap kali terlihat keadaan seperti ini. Diikutkan hati , tangan ini ingin sahaja menarik mereka dari kejauhan untukku genggam kembali tangan mereka menuju cinta Abadi. Aku tidak ingin hanya aku seorang yang mengenalNya , tangan ini juga ingin mereka bersama diriku meniti denai kehidupan. Kerana apa? Kerana mereka juga saudaraku. Aku harus mencintai mereka lebih dari diriku sendiri. Allah berfirman mafhumnya :
Tidak akan sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai saudaranya melebihi dari dirinya sendiri.
( hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
   Pada waktu itu akalku sedar pabila diri mabuk dengan cinta nafsu , tidak hairanlah jika ada remaja yang sanggup melupakan ibu bapa mereka yang telah menjaganya selama 17 tahun hanya kerana jejaka yang baru dicintainya selama 7 bulan. Malangnya, tidak sampai setahun , cinta itu bersepai di tengah jalan. ‘ Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna’. Saat itu , baharu kita sebagai remaja mengerti , siapakah yang sebenarnya lebih mencintai diri kita. Secara tidak langsung,kita juga sedar siapakah pula yang harus kita cintai! Ingatlah kata hukama’:
“ Untuk bahagia , cintailah sesiapa yang menyintai anda , bukan sesiapa yang anda cintai.”
  Aku teringat persoalan seorang hamba Allah. Saat itu dirinya masih terbuai dengan dunia percoupelan.
  “ Asyik-asyik nak cakap cinta tu haram. Ini tak boleh , itu tak boleh! Bagi Nur cinta ni macam mana? Memang haram ke? Takkan tak boleh kot bercinta.”
Persoalan itu membuatkan aku tersenyum. Kelat hati ini mendengarkan kalimah ‘cinta’. Salah bercinta? Mata itu kurenung dengan sepenuh hatiku. Aku berdoa didalam hati , moga kata-kata ini  dijauhi dari panahan Syaitan dan Iblis yang ingin menghancurkan anak-anak Adam.
  “ Ya Allah jadikanlah kata-kataku ini mempunyai roh agar sampai didalam hati sahabatku. “
  “ Taklah Ram. Siapa cakap bercinta ini salah. Bercinta itu tak salah justeru ia adalah fitrah tabi’e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri ( instinct ) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Allah Taala mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha Penyayang , dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan. Allah menciptakan sesuatu diatas muka bumi ini pastinya mempunyai tujuan yang tersirat dan bukannya sia-sia.”
  “ Biarpun begitu , Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.”
Sahabatku memandangku sambil mengangkat kening seraya tidak memahami maksud bicaraku.
  “ Peraturan?? Cinta pun ada peraturan. Baru tahu hari ini.”
  “ Betul Ram. Cinta pun ada peraturan. Sebagaimana Allah menciptakan bumi ini berputar mengikut peraturannya  , maka terjadilah  siang dan malam. Hatta Saling melengkapi dan berpasangan pabila peraturan Allah itu diikuti. Tapi , peraturan cinta yang ditetapkan inilah yang sering dilanggar oleh manusia. Khususnya remaja macam kita. Rasa cinta itu tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlaku cinta terlarang iaitu cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan daripada Allah. Ketika itu , fitrah akan bertukar kepada fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah , maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Justeru itu , janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah , tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta dari Allah.”
  “ Peraturan sekolah sanggup kita turuti , mengapa tidak peraturan dari Allah? Bukankah itu peraturan yang seharusnya kita takuti? Peraturan sekolah hukumnya hanya sedikit berbanding hukum Allah berupa azab dan siksaan. Mahukah kita leka seperti itu. terus membiarkan diri terus lalai tanpa ingin mendalami sesuatu ilmu. “
“ Nur , nak Tanya pendapat kamu. Agak-agak kenapa Allah bagi peraturan cinta?”
Tanpa membuang masa aku menatap lembaran kata bingkisan Ustaz Paharol dalam bukunya:
  “ Mengapa ada peraturan bercinta? Jawabnya Ram ada didalam hati. Pastilah Allah menyayangi dan mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi kehendak fitrah tabi’enya. Keinginan  tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan. Tanpa peraturan ,akan terjadi cinta terlarang. Cinta yang terlarang lebih menjurus kepada sifat negatif berbanding sifat positif.”
  “ Hubungan cinta juga jangan dicemari oleh sebarang tindakan yang menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan , lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk rindu dan asyik yang akan membuatkan kita terus terbuai dan terlena. “
Seteguk kita dari kendi cinta terlarang , racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan
  “ cinta yang suci harus dipelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya. Apa maksud mempermainkan cinta? Cinta yang dipermainkan ialah cinta yang tidak setia , cinta yang bersalut dengan nafsu , cinta yang tidak ada matlamat dan tujuan yang suci dan tinggi melainkan matlamat yang bersifat inderawi dan bermartabat rendah. Habis manis sepah dibuang. Ketika itu hilanglah kesucian cinta! “
  Memang benar , kalau cinta dibicarakan tahun depan pun belum tentu habis. Betapa bijak syaitan dan Iblis laknatullah menjalankan strategi menyesat dan melalaikan anak-anak Adam. Soalan terakhir dari seorang sahabat usrahku Asma.
  “ Tadi kamu sebut berkaitan cinta , peraturan dan cinta terlarang. Sebenarnya saya dah couple. Tapi kami tidak bercerita benda yang berfaedah. Kadang-kadang dia suruh saya baca Al-Quran , kalau dia tengok ceramah , dia bawa saya sekali , kadang-kadang bangunkan saya solat malam. Apa pendapat Nur? “
  Jika pandanganku yang diminta , aku akan menjawab tidak ada istilah cinta islamik. Bukankah ia membuka jalan kepada Syaitan dan Iblis dengan mendekati Zina? Surah Al-Isra  ayat 32 mafhumnya Allah telah berfiman :
Dan janganlah kamu mendekati zina. ( zina ) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.
 “ Asma yang Nur sayangi. Jika diikutkan , Islam tak pernah menghalalkan matlamat dan cara kita. Dalam hati kita , biar kita bertindak sebagai raja. Jangan biarkan hati kita dikuasai nafsu. Biar kita yang kuasai suasana dengan jalan kebaikan , bukan suasana yang mengawal kita. Bagi Asma hal tu sangat baik. Tapi , cuba kita fikirkan kembali , bukankah dengan cara itu kita boleh  melalaikan si dia. Kita ambil ketenangannya bersama Allah semata-mata untuk kepentingan hati kita. Asma , zina ni banyak jenisnya. Jangan kita jadi penyumbang kepada zina. Jika benar Asma sayangkan si dia , lepaskanlah dia. Biarkan dia memimpin dirinya terlebih dahulu. Jika benar itu jodoh Asma , Allah akan tautkan juga hati Asma dan si dia satu hari nanti. Sekarang ni , kita fikir tanggungjawab kita untuk membahagiakan ibu dan ayah. Diorang nakkan kejayaan kita Asma , Ram. Kita tunaikan dahulu harapan mereka. Diorang berusaha tak kecaikan hati kita , sentiasa ikut kemahuan kita dari kecil hinggalah kini. Sekarang turn kita. Mereka berhak mendapat apa yang mereka inginkan. Fokus dahulu belajar. Lupakan dahulu si dia. Yakin pada janji Allah disamping berdoa moga Allah pertemukan jodoh kalian satu hari nanti. Doa itu senjata orang mukmin. Petikan kata-kata hukama’ :
الدعاء سلاح المؤمن
Doa itu senjata orang mukmin.
   Aku melihat keduanya tunduk akur. Sekilas kemudian , Asma mula meluahkan rasa. Ram pula sibuk mengingatkan sesuatu.
  “ Nur , terima kasih. Baru tahu hari ini. InsyaAllah saya cuba sekuat hati untuk menjaga cinta ini. Terima kasih sudi sedarkan kami. “
   Bukan aku yang menyedarkan kalian sahabat. Bisikan halus melalui hati itu sedang mengadu kepada Allah. Lantaran itu Allah membisikkan kesedaran di hati agar hati itu kita jaga dengan sebaik mungkin. Kita hanya meminjam dan tidak layak untuk menyakiti hak Allah. Aku berkata seperti itu pada kalian ,dalam masa yang sama aku juga berpesan pada diriku sendiri.
Ukuran Cinta & Benci
Cintailah sesuatu itu sekadar saja ,
Berkemungkinan ia akan menjadi Kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja ,
Berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.



Istikharah cinta ;
    Ujian Allah tak mengenal tempat dan masa. Tidak ada siapa yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.  Begitu juga diriku. Saban kali aku disoal sahabat  , guru dan keluarga soal perasaan atau cinta. Telahkah  aku dimiliki atau tidak. Tika itu , kami baru sahaja selesai program ilmiah yang melibatkan Persatuan Siswazah Sabah. Sempat juga aku diusik nakal.
  “ Nur tak pernah ada hati kat mana-mana syabab ke? Mustahil Nur tak pernah menyimpan sedetik pun. “
Aku memandang mereka sambil tersenyum. Ku lihat wajah sahabatku sambil mengenggam jemari mereka.
  “ Kak Dila , Kak zaha , Ifa. Tipu kalau manusia kat muka bumi ini tak ada sekelumit pun perasaan cinta tu kat dalam diri. Bagi Nur , semua tu hanyalah singgahan dari Allah untuk menguji tahap iman seorang hamba yang mengaku mencintaiNya dan Rasul-Nya. Perasaan yang didatangkan itu ibarat tetamu , kadang menyinggah sekejap dan kadang menyinggah dalam beberapa bulan di rumah hati. Setelah itu ,  ia pergi dengan sendiri. Nur dapat rasakan tiap perasaan yang datang pada Nur tu , bukanlah jodoh Nur. Hanyalah singgahan sebelum Nur bertemu dengan ketenangan hati Nur yang sebenarnya. “
Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala. Masing-masing tersenyum sesama sendiri.
  “ Agak-agak Nur dah jumpa tak ketenangan hati Nur tu.”
   Aku tersentak dan diam dengan persoalan itu. Aku sendiri tidak pasti apakah benar dia jodohku atau tidak. Aku serahkan segala-galanya pada Allah. Dialah yang berhak menentukan. Usahaku hanyalah doa dan tawakal. Bukan mempromosikan diri pada tiap Adam. Aku sentiasa berusaha tiap hari untuk memperbaharui niat ,iman dan diri. Aku juga yakin dengan janji Allah , perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.


Wahai diri ,
Janganlah engkau sampai kehilangan jati diri dalam proses penantian itu ,
Jikalau ingin berlari ,
Belajarlah berjalan dahulu ,
Jikalau ingin berenang ,
Belajarlah mengapung dahulu,
Jikalau ingin dicintai ,
Belajarlah mencintai dahulu ,
Tentunya lebih baik menawarkan  diri pada ikhwan yang tepat ,
Ikhwan soleh yang engkau idamkan,
Yang engkau inginkan ,
Meski tidak secerdas Ali r.a. ,
Tidak semulia Muhammad saw,
Tidak setegar Nabi Allah Ibrahim a.s,
Yang penting ia pilihan akhir zaman ,
Dan ingatlah wahai diri ,
Engkau bukanlah Fatimah yang istimewa dalam bersederhana,
Bukan Siti Khadija yang sempurna dalam menjaga,
Bukan juga Maryam yang begitu mulia dalam aniaya ,
Bukan juga Siti Hajar yang setia dalam sengsara,
Engkau hanyalah wanita biasa ,
Yang terus bermujahadah menjadi solehah ,
Hingga akhir hayatmu..
  Aku masih teringat akan beberapa lamaran yang ku terima. Semuanya bermula dialam kampus. Pertamanya melalui seorang senior peneraju awal Bahasa Arab.Hatiku masih tetap dan aku katakan padanya hati ini belum bersedia. Aku teruskan berdoa moga hati ini terus terjaga. Selang minggu seterusnya  , teruji lagi diriku pabila dirisik melalui sahabatku sendiri juga. Aku sedar itu adalah ujian Allah buatku. Perkara yang sama aku lakukan. Aku tetap aku. Ku gagahkan hati untuk melawan ujian Allah agar  aku bisa melewati  tahap seterusnya. Hinggalah takdir Allah mempertemukan aku dengan seorang muslimin yang juga mukminin soleh menurut akal pendekku. Aku sendiri tidak mengerti dan menjangka akan pertemuan ini. Pertama kali diri ini kalut tak terkata. Terdiam seribu bahasa. Seolah-olah telah lama mengenali biarpun hakikatnya tak pernah mengenali seperti apa dirinya. Aku akur dengan ujian Allah. Ku bisikkan pada hati mungkin si dia juga adalah ujian Allah untuk menguji hati. Berkali-kali aku menolak tiap bayangan dan perasaan yang hadir itu , masih juga tetap bersemai di hati. bercambah menjadi benih di lubuk hati.
  Aku sering menangis memohon kepada Allah agar jauhkan aku dari perasaan ini. Aku lebih selesa bersama Tuhanku ,mengadukan segala isi hati ini padaNya. Aku dapat rasakan semakin aku berdoa , perasaan itu makin bercambah. Aku tidak  tahu seperti apa perasaan itu. Padaku , air mata ini sering mengalir agar beban itu kurang di pundakku.
  Ya Hannan…
  Denai hijau , langit biru , gunung kelabu..
  Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan..
  Yang menyuratkan sebuah keindahan..
  Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran..
   Cerminan alam yang memantulkan keindahan Tuhan.
  
    Denai , langit dan gunung ,
    Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan..
    Pada limpahan nikmat selaut indah..
    Kemana tumpahnya munajat seraut rembah..?
    Sekian lama melihat alam penuh teratur..
    Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?

     Denai , langit dan gunung ,
     Adakah pantulan lambang biasan tamsilan..
     Gunung , bagaikan pasak teguh kemurniaan iman..
     Langit , hamparan saujana kelapangan Islam..
     Denai , lembah subur kelembutan ihsan..
     Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi..
     Rasa kehambaan mengukir iman..

     Ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam diri..
     Ya Hannan , teguhkanlah imanku..
      Seteguh gunung itu..
      Ya Mannan , lapangkanlah Islamku..
      Selapang langit biru..
     Dan lembutkanlah ihsanku..
     Selembut rumput denai itu..
     Nescaya bertamulah diri yang hakiki..
     Di kamar hati yang cinta Ilahi..
    Ya Allah tika gagah-Mu  bercermin alam sehebat guruh..
    Terasa lemahku mencengkam diri seluruh..
    Kolam hatiku takkan selamanya keruh..
    Insya-Allah!

  Aku redha pada ketentuan Allah. Aku cuba mengawal perasaan ini sebaik mungkin. Aku tidak ingin terlalu berharap kerana aku masih tidak tahu seperti apa kedudukanku pada dirinya. Perasaan yang dititipkan Allah buatku diuji lagi samada aku yakin pada janjinya atau tidak.
  Aku diuji dengan kehadiran seorang lagi mukminin soleh. Dengan latar belakang yang hebat hatta menuntut di bumi Mesir dalam bidang perubatan. Jika mataku buta , pastinya aku memilih seseorang kerana pangkat.  Hebatnya Allah , disaat aku meminta kekuatan diberikan aku ujian untuk menghadapinya. Disaat aku meminta kebijaksanaan , diberikan aku kesulitan untuk menyelesaikannya dengan bijak.  Aku mengambil masa yang lama untuk berfikir. Berkali-kali juga aku istikharah dan bermunsyawarah dengan sahabat lain. Aku memandang agama muslimin tersebut , cukup baik dan tepat untuk dijadikan seorang pembimbing kepada keluarganya kelak.
  Kala itu ,aku lebih selesa bersendiri. Menaakul akan kehidupan yang telah ku lalui. Aku tidak mampu menahan empangan air mata. Ku biarkan ia mengalir seiring dengan doa. Ku tadah tangan di pertiga malam memohon petunjuk  dari Ilahi.

Ya Allah , jika aku jatuh hati
Cintailah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hatimu
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya Allah,jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepad-Mu
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui hamba-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi kepada-Mu
   Sedang aku sibuk membaca kalam Allah ( al – Quran ) , fikiranku secara tidak langsung meniti  pada muslimin yang membuatkan hatiku tergugat sebelum itu lagi. Berkali-kali ku tepis  rasa hati , tetap juga bersarang di lubuk hati. Aku dapat merasakan ketenangan itu. Menangis lagi hati ini , Berdoa agar dipelihara dari nafsu dan syaitan laknatullah.

Ya Allah ,
Aku yakin pada tiap bait janjimu ,
Kalammu umpama pujukan buatku ,
Tika aku menyendiri mahupun tika aku riang ,
Terkadang aku terpukul sendiri ,
Setiap manusia pastikan diuji ,
Mungkin hari ini,
Mungkin esoknya ,
Mungkin minggu seterusnya,
Dan begitulah hari yang kian mendatang...
Wahai Khaliqku,
Aku berpegang pada janjimu,
Kalimah La Taqrabu Zina itulah sandaran,
Gelaran Solehah akan ku kejar,
Biar banyak mana mata memandang,
Biar banyak mana mulut berbisa,
Biar banyak mana anasir-anasir,
Itulah pencakku Srikandi Solehah...
Teguh seperti apa pun diriku ,
Pastinya menginginkan diriku didampingi ,
Bukan menjadi kekasih ,
Bukan jua menjadi pasangan,
Bukan jua tempat bermanja ,
Aku hanya mengimpikan gelaran ISTERI Solehah...
Aku jua amat yakin Wahai Tuhanku ,
Kuat mana Engkau datangkan perasaan dalam diri ini ,
Ia hanyalah singgahan dariMu untuk menguji hambamu,
Sejauh mana hati ini bisa dipertahankan,
Kerap itu jualah aku berhati-hati terhadap perasaan yang menyelinap,
Hinggalah akhirnya , Engkau mentakdirkan seorang mukminin soleh,
Disaat itu hati ini mula gundah,
Gelana tidak terkira,
Pertama kalinya diri ini kalut tak terkata,
Nafsu dan iman saling berbisik,
Hingga akhirnya bertelagah sesama sendiri,
Demi melindungi jasad ini,
Dari terus terlena..
Ya Allah..
Aku jua percaya ,
Jodoh itu tak perlu dicari,
Saatnya tiba datang tanpa disangka,
Jauh manapun ia ,
pasti ada jalannya untuk mendekatkan diri padanya,
Dengan jalan Syariat dalam keredhaanNya..
Ya Rabbi ,
Hambamu  ini hanya mampu memohon,
Menadah  tangan dalam tangisan yang bersulam,
Aliran mutiara diselubungi ketakutan dalam ujianMU,
Jika Dia ditakdirkan buat hambamu ini,
Izinkanlah aku mengetuk pintu hatinya Dengan izinmu,
Izinkanlah aku menjadi zaujah buatnya,
Izinkan aku menjadi ummi buat anaknya,
Izinkan aku menjadi insan dibangga buatnya..
Izinkan aku menjadi pelindung buatnya..
Aku hanyalah insan pendamba,
Sungguh aku hargai tiap singgahan yang diberikan ini ya Rabbi,
Jika dia adalah singgahan yang ikhlas menjadi tetamuku,
Maka ku pinta ,
Berilah aku kekuatan menjaga hatiku..
    Esok malamnya , aku sendiri tidak mengerti akan diriku. Bagaimana bisa aku bertanya perihal dirinya pada sepupuku. Setelah aku sedar akan pertanyaan itu , lidahku kelu. Aku menjadi malu dengan diri sendiri. Aku memohon padaNya agar dilindungi hati ini. Takdir Allah , keesokan harinya aku menerima  mesej yang berupa risikan dari muslimin tersebut. Saat itu , diri ini sangat terkejut hinggakan terketar seluruh tubuhku. Dipendekkan cerita , hati ini sudi menerima. Aku berdoa pada Allah moga diriku jauh dari fitnah yang mana fitnah itu sendiri datang dariku. Fitnah terbesar seorang lelaki adalah wanita. Aku menjadi gerun pabila memikirkannya. Aku teruskan istikaharahku disamping berdoa. Aku yakin mukminin Mesir ini pasti bertemu dengan seseorang hawa yang sama hebat dengannya. Aku memberanikan diri  menyatakan hasrat menolak lamaran tersebut . hati ini rasa bersalah namun digagahkan jua.
  Bermula daripada penolakan lamaran tersebut , aku dapat merasakan ukhwahku bersama sahabat yang menjadi orang tengah antara aku dan muslimin Mesir tersebut menjadi renggang. Aku cuba mendekati , namun hati ini dapat merasai bahawasanya sahabatku mula menjauhkan diri. Saban hari aku berdoa moga dilembutkan hati sahabatku. Hinggalah suatu saat , apa yang ku rasakan ini adalah  benar. Menangis hati ini.
  “ Aku amat merinduimu sahabatku. Aku rindukan ketenangan dan tautan hati kita yang lalu. Jangan sisihkan aku dari hidupmu hanya disebabkan asbab ini. Bukan aku tidak ingin menerima , tapi aku yakin si dia pasti lebih berpeluang untuk mendapatkan muslimah yang jauh lebih baik dari diriku. Ambillah lama mana masa yang engkau ingin untuk menenangkan hatimu. Jika kau telah bersedia sahabatku , kembalilah denganku , bersamalah denganku lagi meniti denai ukwah dan dakwah ini. “
  Aku bermonolog sendirian.  Akhirnya , berkat kesabaran ini  , bersama lagi aku dengan sahabat cintaku ini. Terima kasih ya Rabbi kerana masih sudi mengikat hati kami.
     Ku sangkakan panas berpanjangan , rupanya hujan di tengah hari. Aku dapat rasakan ,  diriku mula membawa fitnah pada si Dia. Aku menjadi takut dan gerun. Berkali-kali aku nasihatkan diri agar mengawal diri daripada ini. Betapa hebatnya Syaitan mengatur rancangan. Tersungkur lagi aku melewati kehidupan ini. Benarlah kata kak halimah , pabila dai’e mula membicarakan soal perasaan  dan cinta , hatinya lebih mudah terikut dan menjurus kepada fitnah atas asbab tidak pernah terlibat dengan isu ini.ku gagahkan hati berbincang dengan rakan sebilikku Faezah. Tidak ada rahsia antara kami. Bagiku dialah kakak buatku. Aku teringat lagi katanya :
  “ Nur , perempuan ni sering bawa fitnah pada kaum Adam. Kalau Nur rasa Nur bawa fitnah padanya. Lupakan dia. Apa yang ada dalam diri kita semuanya memberi fitnah pada kaum Adam. Sebab tu kita disuruh menjaga. Nur , jangan rasa jatuh dengan ujian ni. Kita diuji bukan untuk dilemahkan , tapi untuk dikuatkan. Kita belajar dari kehidupan.’
 “ Betul Faezah , Nur rasa bersalah sangat-sangat. Nur rasa Nur dah merosakkan  anak orang. Buktinya Nur dah bawa fitnah pada hati dia. Tak layak untuk Nur rosakkan dia , kerana datang dan lahirnya dia dari keluarga yang cukup baik asuhannya. Nur rasa bersalah, kalaulah Nur tak menghadirkan diri dalam hatinya pastinya hati dia sentiasa terjaga buat Allah , keluarga dan perjuangannya. “
Faezah mengesatkan air mataku. Dipeluknya aku dalam dakapannya. Ku lihat air mata di wajahnya.
“ Maafkan Nur Faezah sebab merosakkan kepercayaan kamu dengan saya. “
“ Taklah Nur , kamu tak merosakkan kepercayaan saya sikit pun. Apa yang kamu lalui sama persis dengan saya. Tidak ada bezanya. Semua tu takdir Allah. Allah yang titipkan perasaan tu kat hati Nur. Bukan orang lain. Kalau betul rasa macam ni , lupakan dia. Bukan bermakna Nur lupakan dia Nur bencikan dia. Tapi Nur nak jaga si dia kan. Kalau betul Nur tak nak dia terbuai hatinya , serahkan sahaja si dia bawah jagaan Allah. Biarlah Allah yang menjaganya. Banyakkan sahaja berdoa dan tawakal. Ada jodoh pasti akan ditemukan juga.”
   Saat itu , aku merasakan satu kekuatan di hatiku. Aku telah temui jawapan yang ku inginkan. Terima kasih atas ujianMu ya Allah. Terima kasihku juga kerana memberikan aku penyelesaian ini. Malam itu usai aku menunaikan solat sunat taubat atas dosa-dosaku , terdetik di hatiku untuk meluahkan rasa hati  bersama mujahadah cintaku iaitu bloggerku. Aku meluahkan isi hatiku melalui penulisan dengan sedamai aliran sungai air mata. Ku biarkan sungai itu mengalir bersama pena yang ku lakar. Ku biarkan jemari ini menari-nari sendiri di ruangan itu.
   “  Ya Allah!!kerana kasih sayangMu dan kerana inilah perasaan yang pertama kali datang dalam diriku ,maka aku redha. Dengan tangan , mata , telinga dan hati menjadi saksi , aku lepaskan dia dibawah jagaanMu. Aku rela lepaskan dia pergi dari hatiku.Biarlah dia sibuk dengan urusannya. “
 “  Ya Allah aku mohon , kembalikanlah hatinya yang dahulu. hati yang belum dicemari dengan mana-mana fitnah.Pulihkan kekuatan dan keteguhan hatinya sebagai muslimin dan Mukminin soleh. Aku titipkan dia buatMu kerana hatinya masih milikmu. Aku tidak punya apa-apa hak keatas hati itu. Bukan milikku dan takkan pernah jadi milikku.”
  " Ana rela enta pergi dari hidup ana. Bukan kerana ana ingin mempermainkan hati enta.Jauh sama sekali ana nak mempermainkan perasaan anak orang dan enta sendiri.  Tapi sebab ana tak berani nak rosakkan enta. Maafkan ana enta. Mungkin tidak pada pandangan enta tapi iya pada pandangan Iman.Maafkan ana sebab merosakkan hati dan diri enta dengan fitnah yang ada dalam diri ana. Ana minta maaf jua kat enta jika ana pernah buat hati enta tidak senang dengan fi'il ana. Ana rela jika enta memarahi ana dengan keputusan yang ana ambil ini. Ambillah lama mana enta untuk berfikir. Ana berharap enta jangan pernah bencikan ana. Sejujurnya sukar ana membuat pilihan ini. Ana tahu dan sedar enta bukan siapa-siapa pada ana dan ana bukan siapa-siapa pada enta.Maafkan ana.Ana sendiri tidak kuat. Tapi , untuk melupakan nafsu itu ana perlukan kekuatan dalaman. Sejujurnya enta , ana tersangat-sangat  rasa bersalah dengan enta. Dengan menghadirkan diri pada enta biarpun sebenarnya itu adalah takdirNya. Dan kerana takdirnya jua , ana memilih untuk melupakan enta secara hakiki. bukan sebab ana ada sesiapa dalam hidup , tapi kerana ana berpegang dan berbai'ah pada perjuangan. Ana telah letakkan diri ana dalam perjuangan itu. Doakan ana agar tergolong dalam perjuangan menegakkan khilafah biarpun sedikit yang ana perjuangkan.”
   “  Enta , sampai bila-bila selagi mana nyawa masih bersemai didalam jasad , ana akan berpegang dengan kata-kata enta. " Jangan pernah jatuh disebabkan cinta pada Lelaki!!Jangan pernah berharap kat enta mahupun sesiapa kerana hati ana masih milik pencipta.Teruskan perjuangan sebagai wanita muslimah!! “
   “ Ana akan ingat kata-kata ni enta. Memang benar kata enta jika benar ana ditakdirkan tulung rusuk enta , alhamdulilah jika tidak?? Sebak ana dengar perkataan ni?? Rasa bersalah yang teramat.Rasa bersalah kat hati. Ana akui enta jika tidak dengan kehadiran ana , ana tahu hati enta pastikan terjaga.Pastikan terjaga buat Allah,keluarga dan perjuangan enta. “
 “  Ana serahkan enta dibawah LindunganNya..Maafkan ana disebalik chatting kita selama ni. Maafkan ana sangat-sangat. Maafkan ana disebalik komen-komen ana selama ni. Jangan risau enta, ana akan cuba menjauhkan diri dari enta.Ana redha  jika enta buka hati enta untuk muslimah lain. Ana redha.Ana takkan ikat hati enta sebab enta berhak memilih siapa yang terbaik yang layak menjadi pendamping hidup enta, yang layak menjadi kebanggaan buat enta..Maafkan ana jika melalui like status selama  ni buat hati enta rasa terusik.Maafkan ana ya enta.. Maafkan ana.Ana serahkan enta dalam jagaan Allah!!Biarlah Allah yang tentukan sebaik-baik kesudahan dalam hidup.”
 “  Enta , ana juga akan terus berdoa meminta agar Dia berikan yang terbaik untuk enta dan ana.Macam yang enta kata teruskan berdoa dan istikharah. Ana akan teruskan..Lantaran itu juga ana buat keputusan ni agar doa itu tak menjadi hijab. Biarlah doa itu dirahmati tanpa ada sekelumit noda nafsu.Sebabnya ana bukan nak cari kekasih macam orang lain , ana cuma nak cari seseorang yg sudi pimpin ana dan family. Ana tak tahu kenapa ana rasa yakin dengan enta. Ana serahkan segalanya kepada Allah sebaik-baik penentu.”
  “Ana rasa malu sangat kerana inilah kali pertama ana mewarkahkan satu kata buat seorang muslimin. Ana rasa dah tak boleh nak angkat muka mengenangkan fi'il ana melayan chat enta. Seharusnya ana mampu kawal hal tu . Ana akui enta , kala tu ana lemah terikut dengan hawa nafsu. Maafkan ana atas sikap-sikap ana kat enta.”
  “ Ana akan cuba bangkit lagi dari kisah semalam tu..Terpulang pada enta macamna pun pandangan enta kat ana. Itu hak enta. Ana tak berhak keatas itu. Maafkan ana.Cuma yang ana harapkan jangan pernah bencikan ana”
 “ Enta ,  ana dah tak mampu nak cakap apa lagi..Ana rasa bersalah yang teramat. Maafkan ana. Doakan ana agar Allah thabatkan ana atas jalan ini lagi. Akhir sekali , maafkan ana sebab jadi fitnah buat hati enta. Maafkan ana sangat-sangat..insyaAllah , enta jangan risau ana akan cuba  pergi dari hati enta. Ana serahkan segalanya pada Allah Taala. “
" Maafkan ana enta.Semoga Allah kuatkan hati enta."
Assalamua'laikum Warahmatullah...
 Lembaran itu ku tutup.aku harap aku kuat hadapi ujian dari Allah setelah ini.Amin ya Rabb.