Bismillah. Lafaz itu ku dakapkan terlebih dahulu. Seluas kesyukuran
kepada Allah Taala kerana aku masih mampu bernafas hingga hari ini melalui
peluang yang diberi. Allahuakbar! Sedalam tinta sekalipun tak mampu ku
gambarkan dengan kebaikan dan perhatian yang Allah beri buatku. Allah lah
sumber segala perundangan, sumber segala hukum, sumber segala kebijaksanaan,
sumber segala kekuatan. SubhanaAllah,Alhamdulilah,Allahuakbar!!
Salam rindu dariku buatmu Ya Rasullah. Aku sedar biarpun aku
tergelincir berkali-kali. Biar aku tersungkur tiap hari, imanku sentiasa
menyebelahi dan menyokong akan diriku. Dia katakan pada hatiku, jiwaku terlalu
rindu padamu. Acap itu juga, aku menangis tak henti. Mengenangkan serta
menelusuri alur-galur kehidupanmu membuatkan aku terpaku Ya Rasullah. Aku
rindukan engkau, tak dapat ku gambarkan seperti apa kasih dan rinduku. Kisahmu menyuapkan
roti ke mulut yahudi tua itu sering menggamit rasa hatiku untuk menjadi
sepertimu. Kisahmu itu membuatkan aku terpukul dengan segala amanah dan
tanggungjawab yang telah Allah amanahkan di bahuku untukku pikul dengan
sebaiknya. Kisahmu itulah yang membuatkan aku kuat untuk hadapi kehidupan ini.
Selawat dan junjungan besar buatmu Ya Habibullah. Berkat perjuangan dan
pengorbananmu ya Rasullah kini aku berdiri sebagai Norazmalina Binti kamarul
Jamal, hamba yang tiada dayanya. Aku rindukan engkau ya Rasullah. Ingin aku
melawat makammu ya Rasullah, melepaskan rasa rinduku. Ingin ku kucup makammu
untuk kelepaskan tangisan hati dan rinduku padamu. Usiaku akan terus ku hitung
biar umurmu makin meningkat.
Abdullah Bin Rawahah. Tak pernah mataku bertemu dengan dirimu apatah
lagi bercerita dan berkongsi rasa denganmu. Sejarah perjuanganmu membuatkan aku
jatuh hati. Pengorbananmu mengorbankan tenaga dan jiwamu buat Islam membuatkan
aku terlalu rindu bertemumu ya Abdullah. Biar tangan kananmu dipotong, bendera
Islam langsung tak jatuh ke tanah sebaliknya tangan kirimu pula sebagai ganti. Terkorban
juga tangan kirimu, namun bendera itu tidak juga terjatuh sebaliknya bibirmu
menjadi ganti dengan menggigit bendera itu. Allahuakbar! Melayang pergi juga
lidah dan bibirmu namun hinggalah akhirnya bendera itu dipegang oleh sahabatmu
meneruskan perjuanganmu. Ya Abdullah. Aku rindukan engkau. Tiap hari aku
berdoa, agar Allah memberikan kesempatan buat diriku mengunjugi makammu,
mengunjungi perang mu’tah itu. Ya Abdullah, tahukah engkau kisahmu itu sering
ku beritakan agar sekelilingku tak lupa. Dengan bercerita tentangmu juga mampu
melepaskan rasa rinduku. Sayu hatiku mengenangkan engkau Ya Abdullah.
Perjuanganmu itu membuatkan aku terus kuat berdiri atas muka bumi ini
meneruskan perjuanganmu. Akalku sedar, perjuanganku takkan sama dengan apa yang
kau korbankan. Namun, aku ingin engkau mengetahui satu perkara ya Abdullah,
jiwaku takkan pernah lupa akanmu. Kisahmu itulah yang menyedarkan aku tentang
iman dan islam. Allahu Allah!! Terima kasih ya Allah. Syukran kathsir Ya Rabb. Sampaikanlah
salam rinduku buat kekasihmu Rasullah, buat para sahabat Nabi dan Srikandi
pejuang Islam yang tegar. Jadikanlah kekuatanku semara mereka Ya Allah. Pujuklah
aku ya Allah. Aku rinduku mereka. Hanya Engkau yang maha Tahu akan titisan air
yang mengalir di mataku. Walaupun rasa hati itu mampu ku sembunyikan dari
teman-temanku,mana mungkin bisa ku sembunyikan ia dariMu Ya Allah.
Allah!Allah!Allah!
Mujahadahku,
Lama sungguh kau tidak ku ziarahi. Mungkin kerana kesibukan duniaku
membuatkan aku tak berkesempatan melawatmu. Namun, aku ingin kau tahu seperkara
bahwa aku tak pernah melupakanmu walau sesaat kerana kaulah sahabat baik dan
akrabku. Sentiasa menemaniku. Allah,Allah.
Mujahadah,
Dalam kehidupan ni, kita tak boleh hidup senang sebab hakikatnya apa
yang kita lakukan kat dunia ni semua akan dituntut dan dipertanggungjawabkan di
hadapan Allah Yang Esa. Tugas kita adalah sentiasa menjadi pelakon dan sentiasa
cuba untuk menjadi pelakon terbaik melalui skrip yang telah Allah tuliskan buat
kita.
Kalau kita nak hidup senang, tak ada ertinya kita nak kejar Syurga
Allah. Setiap kesusahan itu menjanjikan kemudahan. Setiap kepayahan itu
menjanjikan kemanisan. Setiap mujahadah itu menjanjikan keimanan.
Antara nilai wang RM 1000 dan 10,000 yang mana kita inginkan? Pastilah
nilai besar itu menjadi pilihan kita. Tapi sedarkah kita, untuk mendapatkan
nilai sebanyak itu memerlukan pada usaha yang gigih begitu juga dengan kita.
Untuk mengejar syurga Allah yang mahal itu memerlukan pada kesusahan yang
banyak. Sebabnya?? Allah nak kita hidup tenang dan sentiasa bergembira di
syurgaNya.
Baik kan Allah Taala. Biar kita sentiasa lupa akanNya, Allah tak
pernah lupa akan kita. Buktinya, Allah tak pernah tidur walau sesaat. Penglihatannya
Maha Luas. Kebaikannya Maha Hebat. Allah!Allah!Allah.
Selagi nyawa masih bersisa, masih belum terlambat untuk kita
berubah. Masih belum terlambat untuk kita mencintai Allah, Rasulnya dan para
sahabat perjuangan Nabi SAW. Pastikan tiap hari dan masa kita sentiasa berkomunikasi
dengan Allah Taala.
Satu perkara yang perlu kita lazimi ialah “ Bercakap dengan Allah
Taala”. Setiap masa perlu bermonolog denganNya di dalam hati. Ceritakan segala
segala hal-hal seharian kita dengan Allah. Kita jadikan Allah Taala sebagai tempat
meluahkan segala masalah dan tempat berkongsi kegembiraan. Sekiranya kita
beerjaya lakukan, kita akan merasai bersendirian itu lebih bahagia daripada
teman-teman disisi. Sedangkan kalau kita jauh daripada Allah, waktu sunyi tu
terasa sangat membosankan. Kita juga akan merasai satu perubahan pada diri
iaitu, apa sahaja yang datang samada masalah mahupun perkara bahaya, hati tetap
terasa tenang kerana jiwa telah merasai Allah ada disisi.
Mujahadah,
Diriku terkenang akan kisah ketuaku. Dialah amirku di kampus ini
sebagai pengerusi guru pendidikan islam. Aku bersyukur kerana menjadi timbalan
lajnah tarbiah pada guru pendidikan islam ini. Sungguh aku bersyukur, kerana
aku berada di bawah naungan amirku ini. Dahulu ketuaku ini biasa-biasa sahaja. Tidak
ada yang istimewanya pun. Jarang ke surau dan lebih suka melepak. Amir ku
sendiri yang menceritakan.Namun setelah dia menerima amaran daripada Allah Taala
dengan kesakitan kanser tahap 3 yang dialaminya. Saat itu hidayah Allah datang
mencurah. Sepanjang tempoh penangguhan semester itu, amirku bercerita itulah
saat-saat getir yang tak mampu dilupakannya. Berada di ambang maut. Cuba kita
letakkan situasi kita dalam situasi yang dialaminya. Peluang kedua yang Allah
beri padanya takkan disia-siakan. Peluang dan kebaikan itulah yang digunakannya
untuk mendekatkan diri pada Allah Taala disamping menjalankan tugasnya sebagai
muslim sebenar. Allah!Allah!Allah!
Aku bersyukur kerana
terpilih menjadi orang bawahannya. Dengan keprihatinnya terhadap perjuangan
mendirikan islam di kampus ini membuatkan aku sujud syukur pada Ilahi. Akan ku
cuba laksanakan sebaik mungkin amanah ini.
Apa yang membuatkan aku terus semangat untuk mentarbiah diri serta
sekelilingku bilamana seorang senior di kampus ini mengatakan:
“ Rosak guru pendidikan Islam, maka rosaklah kampus ini”
Allah!Allah!Allah!
Allah,permudhakan urusan mentarbiah diriku dan sekelilingku.lembutkanlah
hati kami menerima kebaikan dan hidayahMu.
Kini, hatiku berasa tenang. Inilah cinta yang ku damba, rindu dan
cinta tiap hari. Kini aku telah bertemu dengan cinta ini. Allah!Allah!Allah. Syukurku
pada Ilahi. Cukuplah cinta ini merawat jiwaku. Kuatkan hatiku menempun
perjuangan ini.
Ya Rasullah!Ya Abdullah!!
Akan ku beritakan kisah kalian di hadapan Rabbku kelak, bahawa
kalianlah yang menjadi tulang belakangku meneruskan perjuangan islam di bumi
ini.. Aku rindukan kalian. Melihat foto di google sahaja sudah cukup
menghilangkan rasa rinduku kerana aku tahu kalian memahami apa yang berada di
dasar hatiku.
Ya Allah,peluang hidayah yang Kau berikan ini akan ku cuba usahakan
untuk membantu agamamu ini. Terima kasih Ya Allah kerana membeerikan aku
ganjaran ini.
Allahumma amin.
Mujahadah, moga apa yang ku kongsikan di dadamu ini mampu memujuk
hatimu yang lama tidak ku ziarahi. In shaa Allah, ada jodoh dan pertemuan, akan
ku kongsikan lagi tarbiah yang ku peroleh. Moga semuanya bernilai sebagai
ibadah disisinya. Allah!Allah!Allah!
Assalamua’laikum mujahadahku.
Sloty Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteFind 김제 출장샵 slotycasinoresort 삼척 출장샵 locations, rates, 진주 출장샵 amenities: expert Las Vegas research, only at Hotel and Travel Index. 영주 출장샵 Realtime driving directions 당진 출장샵 to