Assalamua’laikum mujahadahku…
Lama kan saya tak menjenguk mujahadah.
Erm..hari ni NUr nak berkongsi satu cerita tentang seorang hawa.
Hawa ni sangat baik,sangat peramah,selalu
memberikan semangatnya untuk orang lain,seoarng yang sanggup berkorbankan diri
sendiri demi kebahagian dan kesenangan orang lain. ( Menurut pandangan
sahabat-sahabatnya ). Baginya apa yang
dia lakukan masih tidak mencukupi biarpun bagi pandangan orang lain,ianya dah
terlalu tinggi. Dia juga sangat berkomitmen dalam gerak kerja Islam,kira pernah
jadi budak top juga dalam pembelajaran. Dia sangat-sangat menjaga. Dan dia
selalu berdoa agar Allah terus beri dia kekuatan tuk teruskan kehidupan sebagai
seorang hamba..Hawa tahu, dengan kekuatan itu sahaja dia boleh capai semuanya.
Hawa juga sangat sayangkan keluarga dia dan adik-adik dia. Baginya, mereka
itulah piala anugerah Allah yang paling bernilai. Hawa tak pernah terfikir pun
yang dia akan teruji dengan CINTA. Sedari dulu, dia pasangkan tembok kat dalam
diri, agar tak jatuh di tangan seorang lelaki.
Bila jak hawa ni teruji, dia cuba tolak
perasaan tu dari terus mendatangi diri. Dia usaha sedaya upaya, tapi dia tak
mampu. Akhirnya, dia berserah pada Allah segala nasibnya. Gerak kerja Islam
tetap diteruskan macam biasa. Bezanya, hati dia sentiasa rasa tak tenang. Dia
tak minta tuk menerima Adam itu. Tapi dah memang itu pintanya Allah ke atas
hawa..Dia redha Allah nak lukis apa atas kertas kehidupan dia.
Baginya Adam itu sangat baik.walaupun dia tak
kenal dan tak pernah kenal pun. Saat Allah datangkan rasa getaran pertama kali
sepanjang kehidupannya.ketika itu pertemuan pertama kalinya dengan Adam
tersebut. Itu pun pertemuan yang tidak disangka. Seorang senior sekolah rendah
yang tidak pernah disapanya,9 tahun lebih terpisah..dan Allah pertemukan disaat
keduanya dewasa. Saat pertemuan, hawa tersangat getar dan bertanya pada
diri,mengapa dia segetar itu. Tak pernah dalam kehidupannya melalui pengalaman
itu.
Balik sahaja, dia menangis. Dia tak nak kalau
sampai ada sedikit perasaan timbul kat diri. Tapi, akal dan iman dia sedar.
Hawa bukan sesiapa. Hawa tidaklah sekuat mana. Saat beberapa minggu kat kampus,
hawa terkejut ditaqdim Adam tersebut. Pada mulanya, hawa tak berani nak
menerima apatah lagi menjawab persoalan taqdimnya berkaitan soal sudi menjadi
isteri.. Namun, hati manusia tak siapa yang duga. Hawa menerimanya. Buat
pertama kali, kehidupannya terasa asing.Hawa selalu berdoa, moga perasaan ini
terjaga hinggalah sampai saatnya kelak.
Hawa dan Adam tak bercontact pun, kalau ada
pun Cuma hal yang penting. Biarpun demikian, Hawa cuba juga mengikis sedikit
demi sedikit perasaan tu agar tak merebak kerana takut kelak pabila makin
marak, dia tak mampu nak kawal emosinya sendiri.
Ujian Allah, nak uji sejauh mana kekuatan
jiwanya. Sapa yang lebih diingati, Pemberi Cinta ataupun penerima
cinta..berkali-kali hawa katakana kat dirinya, Allah tujuan
aku..wallahua’lam,mungkin kerana adanya hijab..hawa tak perasan..Allah nak
didik dia secara diam-diam..tahun itu, hidup hawa dipenuhi dengan tanggungjawab
dan tak pernah menyangka dia akan pegang tanggungjawab sebagai timbalan lajnah
tarbiah,timbalan lajnah dakwah,dan juga timbalan presiden majlis tarbiah
Nuqoba’..
Sahabat-sahabat sering pesan padanya,
“ Enti, Allah letakkan harapan kat bahu enti.
Enti tak bagitahu ana, tapi ana dapat rasa dalam diri enti ada satu halangan
yang kadang sampai antara kita dan kadangkala ana rasa tak sampai. Tak seperti
tahun-tahun sebelumnya. Enti, Mungkinkah ada cinta lain kat dalam diri enti
selain cinta pada Allah dan perjuangan kita.Mungkinkah enti. Andai benar,
tamparlah ana enti. Ana gagal jaga enti..Allah dah amanahkan enti pada ana
sejak kita mulakan salam ta’aruf lagi.”
Hawa akur dan mengakui..tak tertahan rasa
tangisan yang bermukim. Tak sanggup melihat sahabat-sahabatnya menangis kerana
dirinya. Tak sanggup melihat air mata sahabat-sahabatnya hanya kerana kasihkan
dia.
“ Maafkan ana antunna semua. Benar, ada
perasaan lain dalam diri ana selain perasaan tu. Maafkan ana. Ana tak pinta
semua ni enti. Jauh ana nakkan semua ni.Ana jatuh kali ni enti. Ana perlukan
antunna tuk membahu di belakang ana..bantulah ana dengan doa enti, agar Allah
thabatkan ana.”
“ enti,kami sentiasa doakan enti.Tapi,kami
nak enti jadi orang kuat. Jangan kalah dengan perasaan. Jangan mudah menangis andai
kecewa dengan cinta manusia.Enti tak perlu menangis. Semua tu kerja budak-budak
enti. Sahabat2 enti nak enti jadi orang kuat. Andai sahaja enti menangis hanya
kerana ini..izinkanlah kami menampar enti. Ikhlaskan diri enti andai saat tu
tiba. Andai tidak.pada Allah segalanya kami panjatkan kesyukuran.”
“ Enti,enti kena ingat! Ada sebab mengapa
Allah titipkan tanggungjwab sebagai timbalan dakwah,tarbiah dan paling penting.
Enti orang terpenting dalam pelaksanaan mentarbiyyah sekeliling.. ana minta kat
enti,jangan sesekali campur adukkan soal gerak kerja dengan perasaan. Agama dan
sekeliling tak buat salah apa dengan enti.Jangan jadikan Agama dan sekeliling
kita jadi mangsa perasaan dan emosi enti kelak. Andai enti buat macam tu, ana
juga akan tampar enti..sebab kami syg enti sangat2..Sebab kami hormat dengan
enti drai awal pertemuan ta’aruf kita hingga kini.”
Masa berputar ikut putarannya sesuai dengan
kehendak Allah Taala.. Satu hari, Allah titipkan Hawa tuk mengikuti satu
tamrin. Dalam tamrin, hawa masih teringat pada hari terakhir hawa di
tapak..mas’ul merangkap ustaz pada Hawa berjumpa dengannya. Tapi, oleh kerana
nak kemas, jadi tak berapa dihiraukan sangat apa yang cuba dikatakan mas’ulnya.
“ Enti..ana tak kata ana hebat!! Tapi ana
tahu enti hebat. Ana tahu enti boleh memimpin. Antara enti dan Syazwan ( Bukan
nama asal)..enti lagi layak tuk pegang sebagai amirah kampus. Bukan sebagai
mas’ulah. Bukan setakat ana enti, mas’ul2 atasan enti juga kata enti layak malahan tak ubah seperti Zinnirah. Seorang yang
teguh hatinya.”
“
Ustaz, janganlah ana dianggap macam tu. Ana biasa jea ustaz. Hakikatnya,syazwan
tetap amir ana, dan ana kenyataannya adalah seorang raisah.Raisah pada lajnah.”
“ Enti!!! Cuti sem ni..ana mohon pada
enti,tolong bersedia.Enti akan teruji cuti ini dengan sesuatu yang enti tak
jangka dan pernah terhenti ujian itu..datangnya berturut-turut tanpa mengira
enti dan sembuh atau tidak. Hingga sampai satu saat,enti akan menangis dan
meraung..tak tertahan bagaimana cara tuk menyelesaikan masalah2 ini. Hinggakan
enti akan terasa nak lepaskan semua tanggungjwb hanya kerana enti rasa enti tak
mampu dan tak layak lagi nak pegang. Enti!! Ujian itu akan bersangkut paut soal
perasaan,emosi,dakwah dan tarbiyyah enti selama ni. Semuanya akan jatub sekaligus
enti.Ana nak enti jadi orang yang kuat!! Sentiasa bersedia enti dengan
istighfar!!hanya itu yang menguatkan enti!! Bukan ana mengharap, tapi ana yakin
di sudut hati ana, enti akan banyak menangis cuti ini. Ana minta, setiap
tangisan enti,setiap titik air mata enti,jgn tinggalkn istighfar..pabila enti
teruji jea,jgn lupa bertahmid pada Allah dan bersyukur atas ujiannya..”
Hawa
terdiam. Benarkah apa yang dikatakan ustaz??mampukah hawa sekuat
itu..Telahannya benar,cuti semester terlalu menagih air matanya. Belum sempat
hati terawat, kasih Allah mendatangi lagi melalui ujiannya..hinggakan benar apa
yang dikatakan ustaz,tak terdaya hati nak menggalas amanah itu lagi.
Namun, pabila hatinya dletakkan pada Allah..hatinya
rasa tenang..berjumpa sahaja dengan sahabat2nya..
“
Enti!!benar ana jatuh kerana seorang muslimin. Dan ana menangis kerananya.
Kalau benar enti sayangkan ana, dan tak nak ana dijilat api neraka walau
sedikit..ana minta. Tampar ana enti!!ikut enti nak tampar ana mengikut bilangan
enti sendiri.’
Saat
itu Hawa menangis dan terduduk setelah mengungkapkan kata2 itu buat
sahabat2nya.
“ Enti!! Ikhlaskah diri enti untuk menerima
tamparan sahabat2 enti ni??Kami takkan tampar enti selagi enti tak ikhlaskan
diri enti”
Hawa terdiam dan sujud syukur di pasir..
“
Ana ikhlas enti!! Tampar lah ana”
Tamparan
demi tamparan diterimanya. Semua itu diterima dengan redha.habis sahaja
tamparan demi tamparan…sahabat2nya memeluknya..
“
Enti!! Enti orang hebat!! Tangan kami dah tampar enti….ana minta enti, sekarang
turn enti untuk tampar kami semua..kesakitan yang enti rasa sekarang, kami nak
kami juga rasa enti. Dari awal ta’aruf perjuangan, Allah tujuan kita dan Rasul
ikutan kita. Boleh jea Allah nak angkat martabat Islam enti. Hanya denga Kun
Fayakun!! Tapi tidak!! Allah takkan bagi kita dapat Syurga Allah secara mudah
enti. Enti Zinnirah!!Takkan Allah nak bagi enti syurga dengan mudah selagi enti
tak harung kepayahan dan kesusahan enti..Enti bukan Zinnirah zaman
Rasullah,tapi enti Zinnirah zaman ini..kalau enti sygkan kami, enti kena
letakkan tujuan kita Allah..lupakan dia dari fikiran enti.matlamat kita
dakwah,sasaran kita tarbiyyah. Kita x banyak masa enti.kalau benar enti sygkan
kami dan perjuangan kita selama ni, ana minta tampar lah kami..kami redha dan
ikhlas berapa tamparan pun yg enti nak bagi.”
“ Enti!! Akak tak kisah kalau hawa nak tampar
kami. Hawa raisah..dan kami wala pada enti hawa..tamparlah kami..bukan kerana
hawa tak hormat tau tak sayang kat akak2 hawa ni..tapi kerana sayang tulah.hawa
tamparlah kami.hawa nak denda kami,hawa dendalah..kami redha dan kami ikhlas
dik dari awal dik.Biarlah tamparan tu menyakitkan asalkan hati kita semua tak
da yang menjadi penghalang untuk sampai disetiap jiwa kita semua”
Kali itu,hawa yakin..Ujian Allah diterimanya
dengan hati yang redha…Allah lah yang mengizinkan segalanya berlaku..jika tidak
dengan izinnya,mana mungkin akan berlaku.hawa tersenyum melihat ukhwah antara
mereka.
“ sahabat2..ana takkan tampar antunna
semua..tapi ana minta,doakanlah ana..antunna dah tampar ana dah cukup
menguatkan hati ana..ana takkan biar tangan ana sampai kat tangan
antunna..andai ana Zinnirah..kalian semua adalah
Sumayyah,Asiah,masyitah..sanggup mengharung kesakitan hati antunna tuk menampar
ana..ana sayang antunna semua..ana dah nekad, bantulah ana dengan doa
kalian..agar Allah makbulkan doa ana tuk menutup pintu hati ana kat sesiapa.dan
redha menerima ujian lain sebelum ini yang menimpa diri ana..ujian yang banyak
dan tidak terduga tu banyak mengajar ana..”
p/s : perkongsian tuk kita bersama..