Powered By Blogger

Thursday, 26 December 2013

Selangit impian segunung harapan.. kasih tercipta rindu bertandang.. semarak cinta kian mendalam



Assalamua’laikum mujahadahku…
Lama kan saya tak menjenguk mujahadah. Erm..hari ni NUr nak berkongsi satu cerita tentang seorang hawa.
Hawa ni sangat baik,sangat peramah,selalu memberikan semangatnya untuk orang lain,seoarng yang sanggup berkorbankan diri sendiri demi kebahagian dan kesenangan orang lain. ( Menurut pandangan sahabat-sahabatnya ).  Baginya apa yang dia lakukan masih tidak mencukupi biarpun bagi pandangan orang lain,ianya dah terlalu tinggi. Dia juga sangat berkomitmen dalam gerak kerja Islam,kira pernah jadi budak top juga dalam pembelajaran. Dia sangat-sangat menjaga. Dan dia selalu berdoa agar Allah terus beri dia kekuatan tuk teruskan kehidupan sebagai seorang hamba..Hawa tahu, dengan kekuatan itu sahaja dia boleh capai semuanya. Hawa juga sangat sayangkan keluarga dia dan adik-adik dia. Baginya, mereka itulah piala anugerah Allah yang paling bernilai. Hawa tak pernah terfikir pun yang dia akan teruji dengan CINTA. Sedari dulu, dia pasangkan tembok kat dalam diri, agar tak jatuh di tangan seorang lelaki.
Bila jak hawa ni teruji, dia cuba tolak perasaan tu dari terus mendatangi diri. Dia usaha sedaya upaya, tapi dia tak mampu. Akhirnya, dia berserah pada Allah segala nasibnya. Gerak kerja Islam tetap diteruskan macam biasa. Bezanya, hati dia sentiasa rasa tak tenang. Dia tak minta tuk menerima Adam itu. Tapi dah memang itu pintanya Allah ke atas hawa..Dia redha Allah nak lukis apa atas kertas kehidupan dia.
Baginya Adam itu sangat baik.walaupun dia tak kenal dan tak pernah kenal pun. Saat Allah datangkan rasa getaran pertama kali sepanjang kehidupannya.ketika itu pertemuan pertama kalinya dengan Adam tersebut. Itu pun pertemuan yang tidak disangka. Seorang senior sekolah rendah yang tidak pernah disapanya,9 tahun lebih terpisah..dan Allah pertemukan disaat keduanya dewasa. Saat pertemuan, hawa tersangat getar dan bertanya pada diri,mengapa dia segetar itu. Tak pernah dalam kehidupannya melalui pengalaman itu.
Balik sahaja, dia menangis. Dia tak nak kalau sampai ada sedikit perasaan timbul kat diri. Tapi, akal dan iman dia sedar. Hawa bukan sesiapa. Hawa tidaklah sekuat mana. Saat beberapa minggu kat kampus, hawa terkejut ditaqdim Adam tersebut. Pada mulanya, hawa tak berani nak menerima apatah lagi menjawab persoalan taqdimnya berkaitan soal sudi menjadi isteri.. Namun, hati manusia tak siapa yang duga. Hawa menerimanya. Buat pertama kali, kehidupannya terasa asing.Hawa selalu berdoa, moga perasaan ini terjaga hinggalah sampai saatnya kelak.
Hawa dan Adam tak bercontact pun, kalau ada pun Cuma hal yang penting. Biarpun demikian, Hawa cuba juga mengikis sedikit demi sedikit perasaan tu agar tak merebak kerana takut kelak pabila makin marak, dia tak mampu nak kawal emosinya sendiri.
Ujian Allah, nak uji sejauh mana kekuatan jiwanya. Sapa yang lebih diingati, Pemberi Cinta ataupun penerima cinta..berkali-kali hawa katakana kat dirinya, Allah tujuan aku..wallahua’lam,mungkin kerana adanya hijab..hawa tak perasan..Allah nak didik dia secara diam-diam..tahun itu, hidup hawa dipenuhi dengan tanggungjawab dan tak pernah menyangka dia akan pegang tanggungjawab sebagai timbalan lajnah tarbiah,timbalan lajnah dakwah,dan juga timbalan presiden majlis tarbiah Nuqoba’..
Sahabat-sahabat sering pesan padanya,
“ Enti, Allah letakkan harapan kat bahu enti. Enti tak bagitahu ana, tapi ana dapat rasa dalam diri enti ada satu halangan yang kadang sampai antara kita dan kadangkala ana rasa tak sampai. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Enti, Mungkinkah ada cinta lain kat dalam diri enti selain cinta pada Allah dan perjuangan kita.Mungkinkah enti. Andai benar, tamparlah ana enti. Ana gagal jaga enti..Allah dah amanahkan enti pada ana sejak kita mulakan salam ta’aruf lagi.”
Hawa akur dan mengakui..tak tertahan rasa tangisan yang bermukim. Tak sanggup melihat sahabat-sahabatnya menangis kerana dirinya. Tak sanggup melihat air mata sahabat-sahabatnya hanya kerana kasihkan dia.
“ Maafkan ana antunna semua. Benar, ada perasaan lain dalam diri ana selain perasaan tu. Maafkan ana. Ana tak pinta semua ni enti. Jauh ana nakkan semua ni.Ana jatuh kali ni enti. Ana perlukan antunna tuk membahu di belakang ana..bantulah ana dengan doa enti, agar Allah thabatkan ana.”
“ enti,kami sentiasa doakan enti.Tapi,kami nak enti jadi orang kuat. Jangan kalah dengan perasaan. Jangan mudah menangis andai kecewa dengan cinta manusia.Enti tak perlu menangis. Semua tu kerja budak-budak enti. Sahabat2 enti nak enti jadi orang kuat. Andai sahaja enti menangis hanya kerana ini..izinkanlah kami menampar enti. Ikhlaskan diri enti andai saat tu tiba. Andai tidak.pada Allah segalanya kami panjatkan kesyukuran.”
“ Enti,enti kena ingat! Ada sebab mengapa Allah titipkan tanggungjwab sebagai timbalan dakwah,tarbiah dan paling penting. Enti orang terpenting dalam pelaksanaan mentarbiyyah sekeliling.. ana minta kat enti,jangan sesekali campur adukkan soal gerak kerja dengan perasaan. Agama dan sekeliling tak buat salah apa dengan enti.Jangan jadikan Agama dan sekeliling kita jadi mangsa perasaan dan emosi enti kelak. Andai enti buat macam tu, ana juga akan tampar enti..sebab kami syg enti sangat2..Sebab kami hormat dengan enti drai awal pertemuan ta’aruf kita hingga kini.”
Masa berputar ikut putarannya sesuai dengan kehendak Allah Taala.. Satu hari, Allah titipkan Hawa tuk mengikuti satu tamrin. Dalam tamrin, hawa masih teringat pada hari terakhir hawa di tapak..mas’ul merangkap ustaz pada Hawa berjumpa dengannya. Tapi, oleh kerana nak kemas, jadi tak berapa dihiraukan sangat apa yang cuba dikatakan mas’ulnya.
“ Enti..ana tak kata ana hebat!! Tapi ana tahu enti hebat. Ana tahu enti boleh memimpin. Antara enti dan Syazwan ( Bukan nama asal)..enti lagi layak tuk pegang sebagai amirah kampus. Bukan sebagai mas’ulah. Bukan setakat ana enti, mas’ul2 atasan enti juga kata enti layak  malahan tak ubah seperti Zinnirah. Seorang yang teguh hatinya.”
            “ Ustaz, janganlah ana dianggap macam tu. Ana biasa jea ustaz. Hakikatnya,syazwan tetap amir ana, dan ana kenyataannya adalah seorang raisah.Raisah pada lajnah.”
“ Enti!!! Cuti sem ni..ana mohon pada enti,tolong bersedia.Enti akan teruji cuti ini dengan sesuatu yang enti tak jangka dan pernah terhenti ujian itu..datangnya berturut-turut tanpa mengira enti dan sembuh atau tidak. Hingga sampai satu saat,enti akan menangis dan meraung..tak tertahan bagaimana cara tuk menyelesaikan masalah2 ini. Hinggakan enti akan terasa nak lepaskan semua tanggungjwb hanya kerana enti rasa enti tak mampu dan tak layak lagi nak pegang. Enti!! Ujian itu akan bersangkut paut soal perasaan,emosi,dakwah dan tarbiyyah enti selama ni. Semuanya akan jatub sekaligus enti.Ana nak enti jadi orang yang kuat!! Sentiasa bersedia enti dengan istighfar!!hanya itu yang menguatkan enti!! Bukan ana mengharap, tapi ana yakin di sudut hati ana, enti akan banyak menangis cuti ini. Ana minta, setiap tangisan enti,setiap titik air mata enti,jgn tinggalkn istighfar..pabila enti teruji jea,jgn lupa bertahmid pada Allah dan bersyukur atas ujiannya..”
            Hawa terdiam. Benarkah apa yang dikatakan ustaz??mampukah hawa sekuat itu..Telahannya benar,cuti semester terlalu menagih air matanya. Belum sempat hati terawat, kasih Allah mendatangi lagi melalui ujiannya..hinggakan benar apa yang dikatakan ustaz,tak terdaya hati nak menggalas amanah itu lagi.
            Namun,  pabila hatinya dletakkan pada Allah..hatinya rasa tenang..berjumpa sahaja dengan sahabat2nya..
 “ Enti!!benar ana jatuh kerana seorang muslimin. Dan ana menangis kerananya. Kalau benar enti sayangkan ana, dan tak nak ana dijilat api neraka walau sedikit..ana minta. Tampar ana enti!!ikut enti nak tampar ana mengikut bilangan enti sendiri.’
            Saat itu Hawa menangis dan terduduk setelah mengungkapkan kata2 itu buat sahabat2nya.
“ Enti!! Ikhlaskah diri enti untuk menerima tamparan sahabat2 enti ni??Kami takkan tampar enti selagi enti tak ikhlaskan diri enti”
Hawa terdiam dan sujud syukur di pasir..
            “ Ana ikhlas enti!! Tampar lah ana”
            Tamparan demi tamparan diterimanya. Semua itu diterima dengan redha.habis sahaja tamparan demi tamparan…sahabat2nya memeluknya..
            “ Enti!! Enti orang hebat!! Tangan kami dah tampar enti….ana minta enti, sekarang turn enti untuk tampar kami semua..kesakitan yang enti rasa sekarang, kami nak kami juga rasa enti. Dari awal ta’aruf perjuangan, Allah tujuan kita dan Rasul ikutan kita. Boleh jea Allah nak angkat martabat Islam enti. Hanya denga Kun Fayakun!! Tapi tidak!! Allah takkan bagi kita dapat Syurga Allah secara mudah enti. Enti Zinnirah!!Takkan Allah nak bagi enti syurga dengan mudah selagi enti tak harung kepayahan dan kesusahan enti..Enti bukan Zinnirah zaman Rasullah,tapi enti Zinnirah zaman ini..kalau enti sygkan kami, enti kena letakkan tujuan kita Allah..lupakan dia dari fikiran enti.matlamat kita dakwah,sasaran kita tarbiyyah. Kita x banyak masa enti.kalau benar enti sygkan kami dan perjuangan kita selama ni, ana minta tampar lah kami..kami redha dan ikhlas berapa tamparan pun yg enti nak bagi.”
“ Enti!! Akak tak kisah kalau hawa nak tampar kami. Hawa raisah..dan kami wala pada enti hawa..tamparlah kami..bukan kerana hawa tak hormat tau tak sayang kat akak2 hawa ni..tapi kerana sayang tulah.hawa tamparlah kami.hawa nak denda kami,hawa dendalah..kami redha dan kami ikhlas dik dari awal dik.Biarlah tamparan tu menyakitkan asalkan hati kita semua tak da yang menjadi penghalang untuk sampai disetiap jiwa kita semua”
Kali itu,hawa yakin..Ujian Allah diterimanya dengan hati yang redha…Allah lah yang mengizinkan segalanya berlaku..jika tidak dengan izinnya,mana mungkin akan berlaku.hawa tersenyum melihat ukhwah antara mereka.
“ sahabat2..ana takkan tampar antunna semua..tapi ana minta,doakanlah ana..antunna dah tampar ana dah cukup menguatkan hati ana..ana takkan biar tangan ana sampai kat tangan antunna..andai ana Zinnirah..kalian semua adalah Sumayyah,Asiah,masyitah..sanggup mengharung kesakitan hati antunna tuk menampar ana..ana sayang antunna semua..ana dah nekad, bantulah ana dengan doa kalian..agar Allah makbulkan doa ana tuk menutup pintu hati ana kat sesiapa.dan redha menerima ujian lain sebelum ini yang menimpa diri ana..ujian yang banyak dan tidak terduga tu banyak mengajar ana..”

p/s : perkongsian tuk kita bersama..


No comments:

Post a Comment