Powered By Blogger

Wednesday, 26 October 2011

buatmu hai adam tulang belakangku

Adam,
>Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku
>adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga
>dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak
>hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan
>darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan
>syaitan.
>
>Adam,
>Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
>dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah
>dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya
>merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam
>sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari
>peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun
>jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
>mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari
>empat pada satu waktu.
>
>Adam,
>Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana
>sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau,
>gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah
>tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
>Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
>
>Adam,
>Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
>adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
>mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati
>dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
>Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
>kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah
>menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki
>aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di
>bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah
>seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
>Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
>
>Adam.....
>mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu
>sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi
>sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku
>ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau
>yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga
>di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
>Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang
>kasih sucimu terhadapku?
>
>Adam.....
>Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang
>patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata
>jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
>yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang
>degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu,
>pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu,
>apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW
>terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
>psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
>dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
>
>Adam....
>Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah
>pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka
>benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal
>manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
>Aku...akalku satu nafsuku beribu!
>
>Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan
>lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
>kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
>perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi
>hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
>mujahidah kekasih Allah.
>
>Adam,
>Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan
>mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka
>kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku yang
>akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu
>sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan
>itu................................

1 comment:

  1. aSSaLaMu,aLaiKuM WR.WB
    iNDaH SYaiRMu aZMaLiNa...
    SaLaM SaNTuNKu uNTuKMu DaRi NeGeRi SeBeRaNG

    ReplyDelete