Entah bila semua ini terjadi , aku sendiri jahil dalam pengertian ini.. awan berarak mengikut rentaknya.mentari bersinar gah disebalik awan.SK Mawar riuh-rendah dengan anak-anak kecil yang ingin menuntut ilmu.diwaktu itu , umurku baru 12 tahun masih segar lagi diingatanku, waktu itu ada seorang pelajar baru masuk ke kelas 6 al Bukhari.
“ wei!!budak baru
masuklah usik Nasrul sambil menyiku lengan Nasyriq.”
“ iya kan..kau tengok dulu tu , diam aje orangnya..”
Rakan-rakan sekelas hanya mampu melihat. Yang duduk
bersebelahan pelajar baharu itu ada yang sempat berkenalan maklumlah duduk
dalam satu kumpulan.
“ woi!! Cikgu Norziah masuklah !!” kedengaran suara Tika
memecah kebisuan dalam kelas tersebut.
“ Assalamualaikum semua..”
“ waalaikumsalam cikgu” ucap murid 6 Al Bukhari tersebut
dengan penuh bersemangat
“ semua siap kerja matematik yang cikgu bagi??” soal cikgu
Norziah kepada mereka.
Cikgu tersebut sememangnya terkenal dengan sifat garang dan
jarang senyum.
“ wei Azni kau dah siap ke kerja cikgu ni??bisik Ain
perlahan
“ sudah!!kau belum siap lagi ke?
“ belumlah,aku betul-betul tak ingat??Macammana ni
Azni??matilah aku kali ini..”
Kedengaran suara Ain seolah-olah putus asa lantaran
ketakutan
“ Ain kau tengok buku aku ajelah,lagipun sikit lagi kan yang
mesti kau buat.lagipun cikgu tu kan periksan dari meja ke meja , kau sempat
lagi tu buat, sekarang ni meh ambik buku aku , kau copy aje senang cerita.”
“ thanks Azni,kaulah kawan aku paling baik”
“ iyalah tu , salin cepat nanti tak pasal-pasal dengan
aku sekali kena denda , siap kau???”
Azni memberi amaran dengan nada gurauan.
Sekelas Azni cukup senang dengan sifatnya yang cukup peramah
.kenakalannya bergaul juga dengan sahabat-sahabat sekelasnya membuatkan Azni
tak kering gusi . namun begitu semenjak awal tahun Azni berubah menjadi seorang
yang pendiam.sehinggakan tiap hari ada sahaja Nasrul tak henti-henti dari
mengusiknya agar kembali seperti dahulu.
“ hah Azni!!mana buku matematik kamu??ke kamu tak siap lagi
kerja yang cikgu bagi??
Hish!!matilah aku kali ni , mana Ain ni tak bagi lagi buku
aku..
“ Errr saya??saya??saya??”Azni gugup secara tiba-tiba
“ Apa saya?? Saya? Berdiri sampai habis masa!!”
Habis sahaja kelas matematik tersebut…
“ Azni aku minta maaf ya , pasal aku kau berdiri sampai habis
masa.aku minta maaf banyak-banyak.”air mata Ain mula kelihatan di bening
matanya.
“ Sudahlah!benda dah jadi Ain biarlah..dahlah tak payahlah
nangis , lagipun bukan selalu aku berdiri , sekali-sekala”
“ betul ni kau tak marah kat aku?”
“ taklah Ain , kalau aku marah sapa nak jadi kawan aku ,
teman aku pergi kantin , teman aku pergi bilik guru…em..takpalah Ain , bukan
salah kau pun”
“Ok!! Kita kawan yea”
“ ok!!”
“ Azni kesian kan kawan baru kita tu , diam sangat.”
“ habis tu kau nak buat apa Ain , nak berkenalan?jom!!”
“ kau biar betul ni Azni “
“ iyalah!!jom”
Sampai sahaja di meja sahabat baru mereka itu , dua pasang
sahabat mula menemubualnya.
“ kau dari mana”Azni memulakan persoalan
“ dari Pulau Labuan”shafiq lebih selesa menjawab sepatah
yang ditanya sepatah itulah yang dijawab.
“ oh ya..aku Ain, Marhain Mazni??kau??”
“ Muhammad Shafiq”panggil Along aje
“oooo..Ni sebelah aku ni Nurul Azni Shafiqah , tapi kelas
panggil dia Mak Minah”Ain ketawa sendirian
“ iyalah tu Ain , kau tulah Mak Minah!!dahlah emm..Along kan
nama kau??emm..tak payah hirau tul burung satu ni..kerja dia melalak aje sampai
esok..kalau kau dengar pagi subuh ayam melalak tu , hah!!sebelah aku nil
ah..”Azni sengaja menimbulkan keadaan seperti itu agar shafiq selesa dengan
mereka.
“iyalah Tu Azni!!”
“Panggil aku Azni aje cukup..”emm..tak payahlah diam sangat
, nanti kau kena buli dengan student sini..kena tegas sikit!!”
Tidak lama kemudian , Nasrul masuk ke kelas.
“ oh Azni!!!nak pikat Shafiq ke yea??”
“ mengadalah kau Nasrul!!aku cili mulut kau , sebulan kau
tak makan” sindir Azni dengan nada yang selamba
“ kenapa sebulan pula
, setahun kan best!!”Nasrul mentertawakan Azni yang kemerah-merahan wajahnya.
“ mengada betul la penyapu satu ni” Azni mendengus tanda
tidak puas hati.
“ Dahlah Azni tak payah kau hirau” jom!!ajak Azni.
Sememangnya Azni terkenal dalam kalangan sahabat sekelasnya
seorang yang pemendam. Suasana kelas itu menjadi hingar kembali setelah
tamatnya waktu rehat.
“ Hoi kawan-kawan!!nak tau tadi Azni berkenalan dengan
Shafiq budak baru” Nasrul mengenakan Azni..
Hahhahahhah!!!
Budak kelas 4 BUkhari menjadi
riuh , shafiq hanya mendiamkan diri.
“ Wei Nasrul , salah ke kalau
kami berkenalan dengan dia.Shafiq pun bukan sesiapa dengan kita.Dia akan jadi
kawan kita. Yang kau tak puas hati sangat dengan Azni ni kenapa hah??” luah Ain
tanda tidak puas hati.
“ Ala ain, yang kau bising sangat
apa hal?? Mak Minah tu diam aje , kau pula yang melebih” Shikin membela Nasrul dan teman yang rapat dengan
mereka.
“ dahlah Ain tak payah hirau
diorang tu , bukannya bagi manfaat pun”.
Sindiran Azni membuatkan Nasrul
tidak berpuas hati.
Sepanjang proses PNP pada hari
itu , suasana menjadi tegang.masing-masing sibuk membawa haluan masing-masing.
“petang ni kau plan nak buat apa
Azni.??
Soalan Ain membuatkan Azni
tersentak
“ tak pasti lagi lah
Ain,kenapa??” balas Azni selamba.
“ owh!! Tak da lah saje aje
Tanya.”
“ oklah Ain semua orang dah balik
dah, aku balik dulu yea”
“ ok!!”
Hah!!jangan lupa buat kerja cikgu
Norziah , nanti esok aku lagi kena denda, esok no excuse tengok buku lagi.”
Amaran nakal Azni disertai dengan kerlingan mata yang manis.
“ ok lah Mak Minah!!jangan risau
esok confirm siap!!”Ain menjawab dengan penuh yakin.
Sepanjang perjalanan pulang ke
kampong menuju rumahnya , Azni banyak diam. Fazilah yang duduk disebelahnya
menyiku lengannya.
“ Hoi!! Yang kau ni kenapa Azni
dari tadi berkhayal sendiri!!” Fazilah tiba-tiba menyergahnya
“ tak adalah Ila. Aku biasa aje ,
cumanya aku geram betul dengan Nasrul tadi.yang kau pun tak bela aku langsung”
kedengaran dengusan Azni tanda putus asa
“ hmmm, aku bukan apa Azni , kang
kalau aku ikut sekali , ada yang nangis nanti , bukan kau tak tau aku , sekali
bercakap , mesti ada nangis.” Kata Ila tanpa segan silu
“ hmm ya lah..cumanya bukan apa
aku kesian tengok..”
Belum sempat Azni meneruskan
katanya,
“ oo mesti si Shafiq ni kan..oo
mesti kau suka dia ni kan”Ila menyakat Azni
“Hoi!!! Kau ni kalau tidak
melibatkan suka-suka tak boleh ke??nak aku terangkan kat kau , kita ni masih
sekolah rendah , mana cukup syarat..apa lah kau ni , akil baligh pun belum
lagi.” Azni cuba mengenakan Ila tanpa segan silu.
“ iya kan , betul kau cakap..apa
yang kau kesiankan sangat kat Shafiq tu. Aku tengok biasa aje”
“ memanglah biasa sepupu cik
oi..masalahnya terlalu pendiam sangat , bukan kau tak tau kawan kita macam
spesies Nasrul tu , suka sangat buli orang , aku tak hairanlah kalau dia buli
shafiq.”tapi kesianlah..
“ iya kan??hmm…habis tu kau nak
buat macam mana??”
“ Aku tak taulah Ila , aku ni pun
bukan baik sangat , jahat lagi tu..hari tu dah masuk kes disiplin..tapi kalau
kes yang hari tu , aku tak hairanlah..budak tu yang tiba-tiba fitnah
aku.free-free kena touching dengan guru disiplin.”
“ entahlah Azni biarlah tu , kes
lama kita tutup lah , kalau ingat nanti kita sakit hati pula dengan budak kelas
sebelah tu.”
“ hmm iyalah..eh dah sampai pun
kita , ok jumpa esok kat kelas sepupuku.”
“ Ok!!beres sepupuku!!”
No comments:
Post a Comment