Powered By Blogger

Wednesday, 13 March 2013


Mujahadahku,
Sungguh aku malu dengan diriku. kerap ini aku terlalu malu dengan diriku. serba salah aku menghadap Allah selaku penciptaku dengan cacat cela yang ku bawa. Malu aku kerana menodai kasihku pada Rabb. Malu aku kerana mengingkari akan janjinya.
  Malu aku pada Adam itu. Ingin aku lari, tapi entah ke mana. Aku sedar kadang aku terbuai dengan perasaanku. Mengingatinya melebihi ingatanku pada Rabbku. Aku benar-benar berasa malu dengan diriku sendiri. Betapa mudahnya aku jatuh dan tersasar kali ini. Punah dengan nafsuku sendiri.
 Bila aku bersendiri, aku sedar mataku kerap berair. Berkali-kali aku tergelincir, namun kebaikan Allah sentiasa mendatangiku. Diberikan aku peluang kehidupan agar aku bisa merubah diriku , bertaubat pada Allah atas segala dosa-dosaku terutamanya dosa hati.
Mujahadah,
Aku buntu. Aku ingin lari dari semua ini. Aku ingin lari dari perasaan ini. Aku rindu diriku yang dahulu. Jauh daripada noda perasaan. Aku rinduku diriku itu. aku malu. Untuk melakarkan rasa hatiku ini jua, rasa bersalah lebih menguasai diriku.



Ya Allah,
Jauhkanlah Adam itu dariku seandainya dia hanyalah ujian buatku. Jauhkan hatiku darinya agar kesakitan itu tidak terlalu menyakitkan.. selamatkanlah aku ya Allah dari noda dosa ini. Terimalah air mataku sebagai saksi wahai Rabbku. Terimalah taubatku wahai Tuhanku. Selamatkanlah hambamu ya Rabb. KepadaMu sahajalah tempat aku meletakkan segala pergantungan. Hanya rahmatmu sebagai pengharapanku.
Aku sangat lemah ya Allah. Dahulu aku yang sering berkata tentang soal perasaan. Betapa egonya diriku tika lalu merasakan hatiku terlalu betah , kini Engkau telah mengizinkan ianya berlaku pada diriku. aku akur dan sedar betapa sukarnya melawan perasaan ini.
Ya Allah,
Aku akur dengan ujianMu. Kuatkanlah hatiku untuk menolaknya dari kehidupanku. Izinkanlah aku kembali padaMu Ya Allah. Kembali kepadaMu tanpa ada noda yang tercalit di ruang hatiku. Kembali kepadamu dengan fizikalku yang akan ku usahakan untukku bersihkan. Izinkanlah aku memadu kasih denganmu seperti dahulu , jauh dari segala pengharapan palsu.
Ya Allah. Sayangilah hambamu ini agar ketenangan itu mampu ku capai. Kuatkanlah dan tegarkanlah hatiku ya Rabb. Pimpinlah hatiku menujumu.

Mujahadaku…
Nur malu. Tersangat malu. Hendak melakar juga Nur teramat malu. Telah ku cuba mujadahku, sedayaku untuk menolak semua perasaan palsu itu, dalam pada itu juga aku sering tergelincir. Adakalanya membibitkan rasa rindu. Aku malu mujahadahku. Bukan dia tempat aku rindu, bukan dia. Dia bukan siapa2 padaku. Doakanlah ana mujahadahku. Bersamalah denganku dan beriringlah denganku dalam kembara mujahadah ini.

Ya Allah
terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku kan tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya





Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah hambamu ini Ya Allah
Segala dosaku
Kasihanilah aku wahai Tuhanku Allah yang Agung
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Andai Engkau tidak membelanya
Maafkanlah hambaMu Ya Allah

No comments:

Post a Comment