Penghargaan :
Mohon berikan aku cinta . Begitulah bait-bait lirik nyanyian penyanyi
terkenal Rossa. Sayu dan sebak aku pada cintaNya. Sesungguhnya diri ini bersyukur dengan nikmat
kurniaanNya yang tidak pernah
putus-putus buat diri ini. Kepada Allah sesungguhnya penghargaan terbesar
buat diriku selaku insan daif ini. Sesungguhnya kepada Dialah tempat
pergantunganku.
Buat Ibu Bapaku terima kasih yang tidak terhingga buat kalian. Mana
mungkin bisaku balas dengan kata –kata , mana juga mungkin bisa ku leraikan
dengan perbuatan kerana ianya terlalu berharga
buatku. Ianya tulus lahir di benak perasaanku. Jika ia mampu ku
perlihatkan , akan ku tunjukkan , namun itulah erti cinta sebenar dari Allah
untuk kalian buat diriku.
Buat sahabat ikhwan dan akhowatku
Puteri dan Panglima Ruminding , sahabat perjuangan KRU&PSS Sabah , terima kasih banyak kerana memberikan aku
cinta ini. Memberikan aku perasaan yang sukar ku jangka. Sungguh aku terharu
pada perasaan sayang kalian. Pengalaman hidup dan ibrah yang kalian berikan
banyak memberikan diri ini input dalaman dan output pada luaran. Kenangan hidup
ini terkadang membuatkan aku terasa jauh,
terasa diri hilang arah namun sokongan dan cinta kalian menambahkan semangat
buat diriku untuk meneruskan penulisan kalam ini. Semoga ianya memberi manfaat
buat umat sejagat. Sesungguhnya umat hari ini memerlukan insan yang dapat
mengasak diri mereka menjadi generasi hawariyyun yang diimpi Rasullah SAW
tercinta. Ruminding & PSS ini keramat buatku kerana dengannya aku bisa
dicintai kalian. Syukran jazilan buat kalian sahabatku cintaku.
Ku rakamkan jua ucapan cinta terima kasihku
buat sahabatku Lilik suriani. Dikala aku keseorangan , Allah titipkan dirimu
buatku bersama mendepani cabaran menegakkan Islam di tanah subur ini. SMK Taun
Gusi , pertamanya ku rasakan aku harus berjuang demi anak bangsa ini.
Kesabaranmu membuatkan aku kagum untuk mencontohi dirimu. Buatmu cinta jiwaku
Nur Faezzah Umirah dan Syakirah Mohd Ali. Kebesaran jiwa kalian membuatkan aku
yakin kalianlah barisan saffku di medan perjuangan kampus ini.Terima kasih
banyak sayangku. Buatmu sahabat lamaku yang telah lama aku cari , baru kini
kutemui Nurussyuhaidah Melih. Perkenalan dialam sekolah rendah cukup membuatkan
aku terlalu rindu dan kini kita telah bersua. Alhamdulilah luahan ku buatMu
Rabbi kerana hadiahkan diriku teman yang
ku cari.
Akhir sekali diri ini tidak mampu untuk meletakkkan kesemuanya disini.
Terkadang diri ini sebolehnya ingin menjadi kopi biarpun pahit , namun gula itu
menjadikan kita terasa ingin lagi untuk meneguknya. Ingin aku adil pada
kesemuanya , namun aku tidak bisa..sesungguhnya diriku terlalu terbatas.
Ketahuilah kalian , diri ini amat menyayangi kalian.tanpa kalian mana bisa aku
berdiri seteguh ini. Hanya satu yang bisa kupegang buat yang mengenali diri ini
, biar insan ini lupa , biar insan ini
tak mampu menyamakan semua , ketahuilah diri ini berusaha sesungguhnya.
Ketahuilah sayangku hanya buat kalian. Pimpinlah tanganku menuju syurgaNya. Bersamalah
kita berpimpin tangan kerana ukhwah ini kelak bisa menjadi syafaat di
MahsyarNya kelak.
Terima kasih tidak terhingga buat semua. Diri ini sayangkan kalian
sesungguhnya. Wallahua’lam!!
Tinta Pengarang :
Dalam kehidupan ini ada pasang-surutnya. Ada masanya kita dikurniakan
nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah. Manusia yang hidup di dunia ini
tidak akan seorang pun akan terlepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah
tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa kita. Sesungguhnya Allah Taala tidak
mencipta sesuatu dengan sia-sia , pendek kata semua ada hikmahnya.
Disaat ini , dunia menyaksikan pejuang-pejuang remaja Palestin gigih
bertempur menghadapi serangan Israel. Dunia Islam khususnya, terharu dengan
kisah sebilangan remaja Palestin yang terkorban kerana mempertahankan Negara
yang tercinta seperti pemuda yang bernama Wael Imad , bertempur dengan tentera
Israel. Dia hanya berumur 14 tahun. Lebih mengharukan dan mengagumkan apabila
dirinya syahid bersama ketulan anak batu.
Disaat itu , ramai juga yang tertanya-tanya dimanakah remaja kita
berada. Adakah mereka sedang berjuang di pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka
sedang bertungkus-lumus meneroka pelbagai bidang ilmu yang bersifat global atau
sebaliknya leka di pentas maksiat seperti dataran,tasik,tepi pantai,kelab-kelab
malam dan sebagainya? Ini tidak ubah seperti meniru dan menciplak budaya barat
yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan,sedangkan ulama’ menyatakan
bahawa 2/3 Islam itu adalah akhlak.
Memang diusia remaja, sikap suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar
minda. Hal ini turut diakui oleh golongan ahli sufi, yang mana mereka bimbang
akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu
syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada
mencintai dunia dan tidak gemar melakukan ketaatan.
Masalah berkaitan remaja adalah besar dan perlu diberi perhatian kerana
ia adalah untuk kepentingan Negara dan ummah. Remaja hari ini adalah sebagai
pewaris bangsa dan bakal pemimpin di masa depan. Disaat ini , dunia Islam
merindui remaja-remaja yang gagah perkasa serta disaluti dengan iman dan jati
diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Ibn.
Mas’ud,Mus’ab Ibn. Umair,Ammar ibn. Yassir, dan Usamah Ibn.Zaid.Mereka
merupakan pejuang yang dihantar oleh Khalifah Abu Bakar bagi menentang Byzantin
yang mana pada ketika itu berusia seawal 18 tahun. Remaja hari ini , berada di
mana? Tepuk dada , letakkanlah jemari kecil itu di hati. rasailah , tanyalah
apa yang diinginkan hatimu duhai remaja. Hatimu amat merindukan Islam dalam
dirimu. Rasailah dan rasai tangisan dalam hatimu tika mana engkau berbuat atau
berniat menzalimi dirimu sendiri.
Dibumi ini Umat Islam dipertemukan. Diciptakan kita daripada berlainan
kaum , bangsa dan sebagainya untuk berkenal-kenalan dan bersaudara sesama
sendiri. Dibumi ini kita mengenali apa itu ukhwah. Apa itu kasih sayang.Dibumi
ini juga merupakan taman islam dari Allah buat kita. Terlalu banyak nikmat
Allah untuk kita syukuri.
Jika kita hayati sedetik sahaja
nikmat yang Allah beri ini, pastinya hati kita tidak akan pernah jemu
mendamba Redha Ilahi. Buat adik-adik remaja yang masih bersekolah agama ,
ketahuilah tatkala insan yang jahil ini melangkah keluar dari taman Islam itu
menuju ke dunia luar , hati ini terasa syahdu. Sekolah agama itu terlalu indah
mekar mewangi dengan bunga semalu yang mempamerkan al haya’ dalam dirinya ,
penuh dengan bisikan hembusan angin keimanan ,menyegarkan ketaqwaan diri.
Nyanyian kelip-kelip dan unggas sering berzikir merdu , lantas mengasyikkan
cinta pada Ilahi. Kerlipan indah kita cari. Mencari kerlipan cahaya ilmu ,
menyinari kegelapan naluri, kicauan riang pujian kebesaran , bergema agung
disana-sini , rimbunan pepohonan ukhwah , menjadi teduhan untuk bersatu hati.
Wahai adik-adikku sekolah agama. Belajarlah erti menghargai nikmat yang
Allah berikan. Sendainya masih ada lagi yang memilih solat bersendirian , maka
pilihlah untuk solat secara berjemaah.Lawanlah bisikan nafsu itu dengan
mengingati Allah Taala. Seandainya masih ada lagi yang memilih untuk bercouple
, lepaskanlah dia dari hatimu. Jangan biarkan hatimu terganggu dek lamunan panjang
yang tidak berpenghujung itu. Belajarlah tarbiah dari dunia luar. Ketahuilah
adik-adikku , untuk mendapatkan solat berjemaah , kuliah ilmu , apatah lagi
berusrah serta berhalaqah di luar amat sukar. Tidak semudah adik-adik , hanya
menerima dan bersedia. Di luar , semuanya bermula pada mujahadah semata-mata
untuk mendapatkan redha dan hidayah Allah. Belum lagi dengan halangan lain. Untuk
membentukkan diri menjadi pemimpin serta sesoleh mungkin memerlukan pada
kekentalan hati dan minda. Adik-adikku , ketahuilah. Sahabat-sahabat yang
berada disekolah biasa itu memerlukan adik-adik untuk mengasak diri mereka.Adik-adik
, jiwa mereka terlalu rindu untuk mengenal cinta Allah. Kitalah yang
bertanggungjawab untuk mengenalkan mereka pada Allah. Lihatlah dan selamilah
hati mereka di luar sana.Gunakanlah ilmu dan peluang yang diberikan kepada
adik-adik untuk terus menyelamatkan bangsa dan sahabat yang parah. Sesama kita
saling bertanggungjawab kerana kita hidup bersaudara , hidup berutuhkan aqidah
islamiyyah.
Adik-adik , untuk mencari kebaikan dan hidayah Allah tidak memerlukan
modal berupa wang ringgit. Cukuplah iman sebagai mas kahwin dan perjuangan kita
meluaskan risalah Islam sebagai mahar. Jika ada tazkirah mahupun ceramah ,
ringankanlah hatimu menyertainya. Malaikat sentiasa bersama manusia yang berada
dalam majlis ilmu. Majlis ilmu antara salah satu taman syurga. Adik-adikku ,
ilmu kita tidaklah sehebat ilmu Allah , luasnya tidak ternilai. Dalam surah
Al-Kahfi ayat 109 Allah telah berfirman :
Katakanlah wahai Muhammad, “ Seandainya
lautan menjadi tinta untuk (menulis)
kalimat-kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum
selesai(penulisan)kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun kami datangkan tambahan
sebanyak itu pula.
Coretan Cinta
Siapalah aku untuk dibandingkan dengan dunia seisinya. Datangku dari
segumpal air mani yang kotor. Kembalinya juga kelak kepada tanah. Diriku ibarat
pepasir , mudah ditiup angin. Mudah ditiup angin bisikan azazil. Berarak mengikut rentak dunia.
Jika rentaknya baik, maka baiklah aku. Jika rentaknya kasar bak ombak bergelora
, maka terikutlah aku pada jalan itu. Hakikat manusia biasa tidak pernah
terlepas dengan ujian. Bezanya masa,tempat,keadaan dan waktu sahaja.
Tidaklah layak aku untuk disanjung , dipuji dan diidolakan. Aku hanyalah
insan yang akan berterusan menggarap ilmu diatas bumi Allah ini. Apapun yang
dikisahkan dalam warkah ini bukanlah tujuanku untuk meraih pujian dari
masyarakat mahupun sebaliknya. Tujuan hati ini mewarkahkah adalah untuk menyatukan
ummah ,menyedarkan adik-adik remaja betapa pentingnya menghargai Islam dan Iman
dalam kehidupan. Jauh sekali niatku untuk menyombongkan diri dengan nikmat yang
diberi. Mohon keampunan kepada Allah SWT jika sepanjang warkah ini membuatkan
hati ini riak , sombong , ujub mahupun takbur. Doakan diri ini dan kita semua
semoga Allah memelihara niat kita sepanjang bermujahadah ini.
Hati ini terpanggil untuk mewarkahkan satu “
Travelog Sedamai Ukhwah” berdasarkan pengalaman dan tarbiah sekeliling. Aku
juga sama seperti orang lain. Tidak ada bezanya. Jika mereka pernah diuji,aku
juga pernah diuji. Jika mereka pernah bersedih , aku juga pernah bersedih. Jika
mereka pernah menangis , aku juga pernah menangis. Tapi aku sedar , yang
membezakan seorang manusia itu disisi Allah kelak adalah iman dan taqwa.
Sewaktu Saidina Umar bertanya kepada Ubai Bin Ka’ab tentang taqwa maka katanya
taqwa itu ibarat berjalan dijalanan yang penuh duri. Berhati-hati melalui jalan
tersebut agar tidak terkena durinya. Maka kata Saidina Umar : wahai Ubai itulah
sebenar-benar taqwa. Berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang dimungkari
Allah Taala.
Aku pernah merasai belajar di sekolah agama dan sekolah biasa. Pelbagai
pengalaman yang aku perolehi. Astaghfirullah!! Semoga Allah pelihara kalam ini. Sepanjang aku bersekolah agama ,
aku bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah untuk mengaut ilmunya
walaupun ilmu ditepi jalan. Segala-galanya memberikan satu inspirasi buat hati
ini. Belajar dengan pengalaman. Aku bukanlah manusia sempurna yang lahirnya
sekaligus menunjukkan aku seorang yang wara’. Bukanlah lahirku pada awal terus
dengan bertudung labuh , handsock , stoking dan tafsir. Aku bukanlah seorang
yang petah berbicara bila melibatkan soal hukum dan sebagainya. Segala-galanya
berubah pabila aku terlibat dalam satu program Islamik iaitu Kem Remaja Islam
bertempat di sekolahku sendiri iaitu SMKA Tun Said.
Akalku sedar semua itu datangnya daripada Allah. Nikmat hidayahNya
membuatkan hati ini sebak dan kadang-kadang membuatkan mata ini tak pernah
kering dengan airnya sendiri. Nikmat itulah yang mengajar aku hingga kini.
Kerana nikmat Iman dan Islam , aku berdiri. Kerana nikmat iman dan Islam juga
aku sedar diri ini harus berjuang menegakkan Islam di bumi subur ini.
Melalui imej , akhlak dan
peribadi yang ditunjukkan oleh kakak dan abang-abang faci membuatkan hati ini
tersentuh. Pertama kali aku rasakan aku telah berjumpa dengan keindahan Islam
yang sebenar. Biarpun aku hidup dalam linkungan sekolah agama , itu bukanlah
jaminan bahawa kita juga akan turut sama seperti keindahan tersebut . Aku cukup tertarik dengan kata-kata yang sentiasa
menarik diriku ke jalan kebaikan. Hati ini dapat merasakan keihlasan hati
mereka menyampaikan dakwah mendidik kami dengan akhlak Nabi SAW sepanjang
program itu.
Aku amat merindui kak Siti Nazirah Butai. Dialah Naqibahku sepanjang
program dalam LDK. Kata-katanya seakan-akan mempunyai roh. Dengan
kesungguhannya , aku bertekad dan berazam dalam diri untuk mengubah diriku menjadi
sesolehah dan muslimah pejuang. Aku bersyukur kerana akhirnya Allah memilih aku
buat kesekian kalinya berada dalam perjuangan ini biarpun dahulu aku merasakan
diriku tidak layak untuk berada dalam kelompok ini. Kasih sayang Allah , kini
aku berada disini.
Astaghfirullah! Aku memohon keampunan kepada Allah. Entah mengapa aku
berasa bertanggungjawab untuk mewarkahkan coretan ini buat dik-adik remaja
tidak kira sekolah agama mahupun biasa. Ketahuilah dari sekolah agama itulah ,
diri ini diajar dengan ilmu yang mana diriku sentiasa disaji dengan solat
berjemaah , kuliah ilmu dan sebagainya. Itulah rutin harianku tiap hari. Sama
dan tidak pernah berubah jadualnya. Mungkin inilah hikmah daripada perancangan
Allah yang tidak ku ketahui. Dididik aku pada awalnya agar hati ini kuat
menghadapi cabaran seterusnya. Setelah aku berada disekolah biasa , baru aku
mengerti mungkin inilah sebab mengapa Allah letakkan aku di sekolah agama.
Adik-adikku , ketahuilah tatkala kaki ini melangkah keluar dari taman islam
tersebut , sebak hati ini lebih-lebih lagi pabila mengingatkan hari itu
merupakan hari Maulud Nabi. Selalunya disekolah agama , sentiasa dirai dan
disambut. Berbeza dengan sekolah biasa sepi tanpa khabar.Menyambut dan merai
bertemankan Al-Mathurat sebagai peneguh. Kerana itu adik-adikku , hargailah sesuatu
nikmat mahupun pemberian Allah kepadamu.
Kerana kesepian itulah , aku sering terfikir dengan apa cara untuk aku
selesaikan kemusykilan ini. Seorang diri menghadapi situasi yang amat
menggetirkan. Acap kali melihat suasana yang menyesakkan dada. Membiarkan diri
dibelai dengan sendu dan doa. Hal itu tidaklah mudah kerana ia memerlukan sifat
juang yang tinggi. Dari seorang pendiam , aku harus menjadi petah dalam titik
berbicara. Dari seorang penurut menjadi pemikir dalam mencari solusi. Dari
seorang yang suka berseronok aku menjadi riang dalam mengajak. Mohon ampun
diriku pada Allah atas warkah ini. Semoga dijauhkan dari sifat riak , dan
sombong.
Kerana Islam juga , aku terpanggil untuk bangkit melawan arus lakonan
dunia bagi mengajak insan sekelilingku untuk kembali mengenal sebaik-baik pencipta.
Kepada siapa harus dilabuhkan rasa kasih , sayang , sedih dan sebagainya.
Lembut seorang muslimah itu hanya pada zahirnya tapi tidak pada dalamannya.
Tangan yang menghayun buaian itulah tangan yang bakal menggoncang dunia. Aku
tidak mengharapkan diriku sesempurna Siti Khadijah , Siti Aisyah , Zinnirah ,
Rabiatul Adawiyah , Siti Hajar dan Fatimah Az Zahraa kerana aku tahu aku tidak
mampu untuk menjadi seperti Srikandi itu. Tapi , aku sedar aku berhak untuk
mencontohi akhlak dan peribadi mereka untukku sematkan dalam diri. In Shaa
Allah.
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar! Tujuh
lautan sekalipun tak mampu menjadi tinta untuk menulis pujian selayaknya bagi
Allah SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber
kecintaan dan sumber perundangan alam. Hidup dan mati hanya alam untukNya.
Selawat dan salam buat Rasullah SAW, para sahabat dan pewaris perjuangan Nabi
baginda sepanjang zaman.
Terimalah karya daripadaku dalam misi abadi untuk sama-sama mencari
redha Ilahi.
Prolog Hati :
Ya Allah, aku mohon keampunanmu. Ya
Allah, aku mohon kerahmatanmu. Ya Allah, aku mohon taufiq dan hidayahmu. Ya
Allah, aku mohon kepadamu, izinkanlah hati menjadi insan yang memperhambakan
diri padaMu. Izinkanlah aku untuk mengaku bahawa diriku ini hamba yang amatlah
faqir sering meminta dan bergantung harap padaMu. Ya Allah, izinkanlah aku
bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui sepanjang aku
bergelar seorang pelajar sekolah agama dan pelajar sekolah biasa , dan kini
bergelar mahasiswi dalam dunia pendidikan sekolah rendah. Ya Allah, aku
bukanlah ingin berlaku riak,menyombong diri,apatah lagi untuk bersikap angkuh.
Aku mohon izinmu semata-mata kerana aku
ingin khabarkan tentang keagunganMu,keesaanMu,dan kehebatanMu kepada saudara
seaqidahku setelah lafaz syahadah telah diikrar , serta masyarakat umum
khususnya. Ya Allah, berikanlah aku ilham,mudahkanlah dan berikanlah kekuatan
untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini.
Itulah doaku saban hari , mengharapkan
pada Ilahi agar penulisan ini dinaungi olehnya dibawah naungan panji keredhaan.
Ku harapkan ia jauh dari tipu daya Syaitan dan Iblis. Semoga dengan penulisan
mampu memberikan kesan pada jiwaku serta jiwa-jiwa ummah.
Aku insan yang kurang ilmu dari segenap
ilmu yang ada di muka bumi ini. Aku seorang yang faqir. Justeru itu , hamba
amatlah malu jika dengan apa yang ada denganku menjadi aku seorang yang bongkak
, angkuh dan takbur. Ya Allah, tolong jauhkan aku dari sifat ini. Seringkali
aku menunaikan solat hajat dan berulang-kali membaca surah Al-Fath dengan
meyakini janji Allah. Inilah kali pertama aku melakar catatan kehidupan dalam
satu lakaran yang ku bariskan tiap aksara dengan pena dakwah.in shaa Allah.aku
berdoa memohon keredhaannya supaya tidak tergelincir niat sebenar mengapa buku
ini ingin ditulis.
‘
Mengapa?
Hati ini amat takut dan risau. Tentu
sekali keinginan supaya setiap perkataan yang ditulis tidak menyebabkan
termasuk dalam golongan yang takbur,riak dan angkuh. Bagaimanapun, Allah
memberi keyakinan untuk memulakan dan menyudahkan penulisan ini setelah
menerima beberapa pandangan daripada sahabat-sahabat seperjuangan juga murobbi
dan murobbiahku agar tetap meneruskan penulisan cakna pena ini.
Buat semua pembaca , sudilah bersama
denganku moga Allah Taala pelihara niat sebenarku sepanjang catatan dalam
travelog ini. Bersama denganku berdoa moga Allah pelihara niat dan diriku dari
sifat takbur,sombong dan riak. Tolong doakan hamba saudara-saudaraku.ketulusan
doa kalian hanya Dia yang mampu membalasnya.
Hamba mohon keampunan jika kelihatan
egoistic,riak,angkuh dan sombong. Diriku benar-benar tidak berniat begitu.Maafkan
hamba wahai saudara-saudari sekalian.
# Warkah Buatmu Teman #
Saat kita bertemu di jalan dakwah
Saat Allah mencampakkan cinta di hati
kita
Saat kita saling mengenali dan memahami
Saat kita meniti ranjau bersama
Saat kita mengalirkan kerinduan terhadap
syurga
Saat kita melahirkan kerisauan akan neraka
Sahabatku , tahukah kalian..
Dakwah mengajarkan kita untuk lebih
mencintai
Kesyahduan amat terasa tatkala itsaar
menguasai qalbun
Lalu kita memberikan kehendak dakwah
dengan sepenuh keringat
Tadhiyyah dikota ,
Fikiran , masa , harta , tenaga..
Sepenuh jiwa dicurahkan
Semuanya kita lakukan wahai teman..
Namun langit tidak secerah yang dijangka
Seringkali Allah menguji keikhlasan dan
thabat kita dijalan dakwah
Sang Khaliq memberikan satu tarbiyyah
yang sangat rahsia
Mehnah ataupun ibtila’ menjadi andaian..
Saat itu gelisah mendatangi
Konflik dan amarah bersarang di hati
Kemanisan dan kecintaan semakin luntur
dimamah egois
Kita tenggelam dalam kedukaan
Membuka pintu kemurkaan Ilahi..
Sahabatku ,
Disaat itu kita tanyakan pada diri
Apakah benar kita ingin sertai dakwah
ini?
Bersabar..
Mengadulah sebaiknya , ,
Serah dan berharaplah pada Sang Khaliq
Tuhan Rabbul jalil
Agar ujian menjadi mudah
Ibtila’ dijauhkan…
Thabatlah dirimu diatas jalan dakwah ini
Istiqamahlah sewajarnya..
Andai rebah bangkitlah semula
Andai terhiris ingatlah janjiNya
Carilah kecintaan Allah didalam dakwah
Sudah pasti cinta itu akan hadir kerana
resamnya
“ Dakwah itu adalah kecintaan.”
Amanah Cinta!!
Dahulu aku amat merindui detik aku meneruskan jihadku dalam
pembelajaran.. Seringkali aku menanti detik lamaran ku diterima untuk
menyambung pengajianku di bumi Anbiya'. Saban waktu doa itu tak pernah putus
dalam diriku.Aku menanti dan terus menanti. Aku bersungguh-sungguh dalam jihad
pembelajaranku..
Terasa sekali kecemburuan dalam hatiku melihat senior-seniorku
menyambung pengajian dari bumi sahabat tersebut..Pelbagai andaian menerjah di
kotak pemikiranku..
Satu hari aku nyatakan kecemburuanku pada
Murobbiahku
" Ustazah mungkinkah saya boleh
meneruskan jihad di bumi Anbiya’..? "
tenang sekali Murobbiahku itu menuturkan
persoalan padaku...
" Kenapa Nur nak sangat pergi bumi
Anbiya'. Kan kat Malaysia pun boleh meneruskan pengajian?"
Aku tak tahu kenapa masa tu aku terasa
sekali dengan kata-kata Murobbiahku..
" Sebenarnya Ustazah bila sebut
berkaitan jihad ilmu , semua orang boleh mendapatkannya. Semua orang boleh
melakukannya hatta tanpa dipaksa pun semua orang boleh melakukannya. Siapa yang
tak nak kejayaan dalam jihad ilmu ustazah..
Saat itu aku terdiam sejenak , ku
teruskan jua biarpun air mata ini mula mengalir..
Bila sebut jihad yang sebenar , jihad
Fillah..pengorbanan jiwa raga..tak semua boleh melakukannya,tak semua sanggup
menerimanya, tak semua sanggup menggalasnya..hanya insan yang terpilih sahaja
ustazah..
Belum sempat aku menghabiskan ayat ku ,
ustazah menambah..
" Kan kat sini pun boleh jihad
Fillah..Membantu sahabat-sahabat kat sini pun dah dikira jihad dah tu.."
Ustazah masih cuba menguji pendirianku..
Aku tetap aku, pendirianku takkan pernah
surut..
" Memang ustazah kat sini pun boleh
jihad. tapi tidak sama dengan jihad ke bumi anbiya'. Aku cuba meleraikan
kekusutan yang bermain diminda..
" Apa yang tak samanya Nur??.."
" Ustazah kat Bumi Anbiya' tersimpan
kemas sejarah perjuangan para sahabat hatta tempat perjuangan para nabi..Kat
Bumi Anbiya' terasa sekali roh perjuangan para sahabat. Tak dinafikan kat sini
kita juga merasai roh perjuangan tersebut seperti rohnya perjuangan para
sahabat zaman dahulu.Saya teringin sekali nak pergi lawat makam para sahabat. Nak
sangat menyaksikan tempat dimana berlakunya jihad..tempat yang mengajar saya
erti semangat juang. Tempat yang walaupun jauh mengajar saya seribu satu erti
semangat jihad. Tempat yang mentarbiah saya untuk teruskan jihad kat bumi SMK
Taun Gusi.Tempat yang sering menjadikan peringatan buat saya. Tempat dimana
saya berikrar untuk syahid dijalannya. Tempat yang membuatkan jiwa saya bulat
pada perjuangan semata-mata.."
" Sungguh saya rasa amat bersyukur
biarpun belum lagi menjejakkan kaki ke bumi bertuah tu , saya telah mempelajari
banyak perkara..banyak tarbiah yang saya peroleh..tempat dimana Islam pernah
diatas..Subhanallah ustazah!!saya..
aku terhenti berkata-kata....
" Nur kalau betul niat kamu ke sana
untuk memantapkan perjuangan kamu , ustazah doakan moga dipermudahkan Allah
taala..sebenarnya ustazah sengaja nak menguji pendirian kamu terhadap soalan-soalan
ustazah..ustazah yakin dengan kamu..walau kamu dicaci , dihina , dipulau , dan apa
pun ujian yang Allah beri..ustazah yakin kamu akan mampu menggalasnya..ustazah
yakin dengan kepimpinan kamu dalam memimpin sekolah ini hatta menjawab
persoalan yang diberi pada kamu ustazah dah nampak kesungguhan kamu pada
perjuangan..Percayalah kalau kamu mengharapkan syahid insyaAllah dengan izinNya
kamu pasti dapat..ustazah yakin melalui harapan kamu , tempat itulah yang
memberikan kamu seribu satu inspirasi dalam meneruskan perjuangan..tempat itu
juga lah yang mengajar kamu erti cekal, cekal pada ujian dan pengorbanan..
" Nur, kita manusia sentiasa
mengharapkan apa yang kita inginkan kita akan perolehi tapi tak semua yang kita
inginkan kita akan dapat..Itu yang kita kena ingat..Ingatlah walau dimana pun
kita berada , hidup kita kerana Allah..bila mana kita sandarkan semua pada
Allah , kesakitan itu akan bernilai sebagai ibadah kerana ia amat manis
sehingga tak terasa lagi kesakitan..
Aku melihat wajah ustazah
merah..mungkinkah ustazah menangis keranaku..
" Apakah yang menyebabkan engkau
menangis ustazah.."
" Nur , tangisan ustazah kerana
kebahagiaan. Ustazah bersyukur dipertemukan dengan kamu, tak semua yang
mengerti maksud berjuang..dalam manusia leka dengan hiburan dunia rupanya masih
ada lagi insan yang menyedari hidup takkan lama iaitu hidup diakhir zaman..'
" Nur, sejujurnya ustazah terharu
dengan pengorbanan kamu. Sepatutnya pengajian kamu di sekolah agama hinggalah
kamu tamat SPM justeru kerana permintaan Murobbi dan Murobbiah kamu untuk
menghantar kamu ke Sekolah Menengah biasa ini , kamu sanggup menggalasnya.Kamu
sanggup menerimanya. Kamu sanggup korbankan kebahagiaan kamu di sana.."
belum pun sempat ustazah meneruskan
kata-katanya , aku telah menambah..
" Ustazah, saya teringat dalam satu
hadis
Takkan sempurna iman kamu sebelum kamu
mencintai saudaramu melebihi dari dirimu sendiri
"Ustazah permintaan itu bukanlah
permintaan dari Murobbi ataupun Murobbiah saya, tapi ia adalah permintaan Allah
Taala.. Dah sampai masa saya ustazah. Mungkin sebelum ini saya banyak
bergembira tanpa memikirkan masih ada lagi orang lain memerlukannya. Sepertimana
yang ustazah katakan tadi dimana pun kita berada, disitulah kita berjuang.
“ Ustazah
mungkin kali pertama saya datang ke sini saya terima kejutan budaya , tapi hal
tu dah lama saya atasi..semua tu didikan yang Allah bagi saya untuk menjadikan
saya lebih cekal bukan asyik terhibur semata-mata. Apa pun yang terjadi ustazah
saya rasa bersyukur kerana terpilih ke sini dan di sinilah saya sedar saya tak
boleh selamanya menjadi jiwa remaja. Saya kena membantu sahabat-sahabat saya di
sini untuk kembali mengenal Allah Taala..”
“ Saya tak boleh biarkan orang sekeliling saya
terus hanyut. Sedangkan saya tahu, tapi saya tak sampaikan. Maka dosanya pada
saya ustazah.”
Aku terbayang kembali bagaimana saat aku
diminta untuk masuk ke bilik disiplin sekolah. Disitulah wajah murobbi
murobbiahku menyampaikan amanah padaku yang harus digalas sebaik mungkin..
" Nur, kami disini telah sepakat untuk menghantar
kamu ke sekolah menengah biasa. Bukan bermaksud kami tak sayangkan kamu, tapi
kerana sayangkan kamulah kami menghantar kamu ke sekolah itu. Jangan risau Nur,
pembelajaran agama dan bahasa arab kamu akan kami uruskan sama seperti sekolah
agama juga pengurusannya .”
Tergamam aku pada mulanya dengan permintaan
itu, tapi ku pujuk hatiku.
" Kenapa saya ustaz??Ujarku dengan
teresak-esak..
" Bukan kami yang pilih kamu tapi
Allah yang pilih. Kami hanya wasilah."
" Nur, kami pilih kamu sebab nilai
murni yang ada pada kamu. Melalui akhlak kamu sahaja warga sekolah ini sudah
jatuh sayang pada kamu. Melalui kepimpinan dan kecekalan kamu juga membuatkan
kami yakin kami tidak salah menghantar kamu ke sana.
“ Nur kita harus ingat, hidup kita untuk berjuang. Bukan berfoya-foya
, bukan pentingkan diri sendiri, bukan juga sibuk membelai diri.”
" Percayalah walaupun sekolah itu cukup
terkenal dengan banyak masalah malahan mendapat tempat yang pertama dalam
masalah disiplin peringkat daerah, kami yakin kamu mampu mengubahnya
berbekalkan dengan usaha dan nilai murni yang ada pada kamu. Tidak semua
terpilih Nur , bertuahlah kamu kerana Allah telah memilih kamu untuk meneruskan
jihad Nur, kami memilih kamu bukan
memilih sesuka hati seperti beli barang tapi berbekalkan istikharah. Murobbi
dan Murobbiah disana memerlukan kamu untuk membantu mereka."
Ya
Allah besar sekali harapan mereka. Ya Allah mampukah aku untuk menggalas amanah
ini? Ya Allah cekalkah aku hadapi situasi ini?"
" Ustaz dan Ustazah, dengan nama
Allah yang menciptakan saya..Sebelum saya menjawab soalan ini..
" Saya nak utarakan satu kalimah
mujarab dari Allah melalui kalamnya yang tercinta..
Surah Al Baqarah ayat 256..
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara
tapi ia buruk bagimu , dan boleh jadi kamu membenci sesuatu itu tapi ia baik
bagimu..
“ Ustaz dan ustazah..terima kasih kerana
mendidik saya selama ini,sudi berkongsi ilmu , sudi mendengar luahan saya yang
tak pernah putus..Saya terima permintaan ini dan saya bersedia menggalas amanah
ini..”
“ Terima kasih Nur..”
“
Ustazah kita berterima kasihlah pada Allah..Doakan moga kekuatan saya terus
mara seperti maranya perjuangan para sahabat di bumi Anbiya'..Doakan moga saya
secekal para sahabat..Sanggup syahid atas nama Allah..Doakan moga akhlak saya
terpelihara disana..”
“ InsyaAllah Nur..Moga Allah merahmati
kamu hendaknya...Amin..”
kenangan itu masih terimbau-imbau lagi di
benakku..tarbiah yang mengajarku dimasa lalu..Subhanallah!!!
" Nur ok ke tak ni.."ustazah dihadapanku
merenung aku dengan penuh bermakna..
“ Ustazah
doakan saya “
mengalir air mataku.. , ustazah memelukku
dalam dakapannya..
" Yakin dengan Allah anakku , Allah
sentiasa bersama para hambanya tak kira tempat dan masa..Yakin dengan Allah
anakku..ustazah doakan moga kamu mendapat syahid seperti yang kamu inginkan..”
“ ustazah doakan moga Allah merahmati air
mata kita menangis kerananya..”
Aku
berasa aman dalam pelukan ustazah. Akan kuteruskan perjuangan sekalipun aku
terpaksa mengorbankan harta dan jiwaku. Aku teringat ayat keramat yang hingga
hari ini aku semat dalam perjuanganku..
Wahai
para pejuang ,
Maralah ke hadapan.
Kerahkanlah tenagamu dan jua fikiran..
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Ayuh kita bersatu..
Kita gempur hingga penghujungnya.
Ayuh bersatu demi Allah.
Kita bangkitkan kembali Islam dengan
izinNya.
Aku terpujuk dengan kata-kata ini..
Ya Allah andai takdirku bertemumu usiaku
muda ,
Angkatlah rohku dalam makna perjuangan,
cetusan - cetusan air mata di kalam usia,
Menagih petunjuk dan tawakalku padamu,
Aku serahkan masa depanku padamu,
Kerana aku sudah jatuh cinta dalam
kalimah cintamu,
Sifatmu yang indah lagi menawan,
Mencairkan lagi taman imanku ini..
Apalah erti diriku ini tanpamu Ya Allah,
Andai aku ditinggalkan tanpa roh cinta
kepadamu,
Angkatlah rohku dalam Aqidah perjuangan
ini,
Tika aku pergi menuju cintamu..
Sahabat Nisa’ku juga pernah berpesan
padaku :
Kalam ini adalah khusus tanda rindu
padamu wahai mujahidah ,
Wanita solehah yang ditarbiah ,
Pembawa sinar pada bi'ah ,
Harapan agama untuk disampaikan risalah ,
Lantas wahai sahabatku fillah ,
Ayuh terus kuat melawan mehnah ,
Terus gagah dalam lembut dan ramah.
Sebarkan dakwah pada bangsa yang parah
Jangan kita hanya sibuk membelai diri ,
Kelak soalan di mahsyar menanti ,
Apa sumbanganmu pada agamamu yang suci
ini ,
Jangan kita mudah lemah kiranya apa yang
dihajati tidak dipenuhi ,
Kuatkan diri menghadapi mehnah dan
tribulasi..
Langkah kaki:
Saat diri ini diamanahkan sesuatu yang tidak ku jangka akan maknanya ,
aku terduduk seketika memikirkan kehidupan yang bakal ku lalui di luar sana.
Pelbagai andaian menerjah ruang pemikiranku.Mungkinkah aku bisa meneruskan
kehidupan ini tanpa sahabat-sahabatku disisi?? Bagaimana mungkin kehidupan
dakwahku disana.Mungkinkah thabat ataupun sebaliknya??
Ku
kuatkan hati. Kaki ini ini melangkah keluar dari sekolah tercinta. Sekolah yang
memberikan aku seribu satu erti tarbiah kehidupan. Didikan para Murobbi dan
Murobbiahku menjadikan aku sekental ini. Aku amat bersyukur dilahirkan di
sekolah ini. Darinya aku belajar dan mendidik diriku menjadi seorang insan dan
bukannya manusia. Bagaimana menjadi seorang muslimah , anak , pelajar malahan
seorang pendakwah yang baik. Sebelum ini pemikiranku terbatas dengan melihat
melalui kaca mata media , kini Allah telah memberikan padaku ruang untuk
mencorak diriku sendiri atas jalan doa mana yang menjadi pilihanku.
Tatkala kaki ini menapak di sekolah baru.
Sejujurnya hati ini terasa sebak serta-merta. Melihat panorama indah namun
disulami dengan maksiat disana-sini. Menurut andaian dan juga ilmu yang ku
fahami setakat itu , bilamana seorang
lelaki dan perempuan duduk berduan sahaja dikira maksiat. Lantaran fitnah yang
menular. Mana Mungkin Syaitan itu berdiam diri. Sejak dirinya dikeluarkan
sahaja , Syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak-anak Adam. Ku rasakan
tika itu mataku berair pabila melihatkan adik-adik dan sahabat-sahabat
disekolah itu. hidup dan lagat mereka
penuh dengan keseronokan tanpa memikirkan apakah benar setiap perlakuan mereka.Pergaulan
yang tidak dijaga antara lelaki dan perempuan , sampah dibuang merata-rata
tanpa ada sekelumit rasa bersalah.Kesebakan itu juga tidak mampu kutepis
bilamana Surau ( Rumah Allah ) juga dijadikan pusat untuk merokok serta
perjumpaan antara berlainan jantina. Semuanya Allah perlihatkan padaku
sekaligus. Tika itu aku terfikir , mungkin inilah namanya sindiran dan teguran
Allah buatku. Ku sangkakan dunia ini rata. Dan dakwahku hanya disini. Inilah
perancangan Allah buatku. Selama ini mungkin jiwaku penuh dengan keseronokan
tanpa memikirkan masih ada lagi insan lain yang memerlukan keprihatinan dari
diriku. Naifnya aku dalam memahami makna pengorbanan. Kini aku mengerti ,
pengorbanan keseronokan itulah yang harus ku ketepikan. Tidak selamanya aku
menjadi jiwa remaja. Terkenang aku pada kata-kata itu. Seruan Rasullah harus ku
sambut.
Aku harus bangkit. Tapi bangkitku
bukanlah sebagai anak muda , namun bangkitku kali ini sebagai jiwa Pahlawan dan
lembutnya Srikandi dalam menegakkan syiar Islam. Tangan yang menghayun buaian
itulah tangan yang bakal menggoncang dunia. Biarpun fizikalku keseorangan , aku yakin Allah bersamaku. Sepanjang
menelusuri alur-galur kehidupan disekolah baru ini , aku cuba sedaya-upayaku
memulakan anjakan paradigma. Aku cuba mengamalkan sepenuhnya apa yang pernah
menjadi amalanku di sekolah agama dahulu. Jika dahulu , aku bisa mengambil
wudhu bila-bila masa sahaja yang ku inginkan , namun kali ini aturan itu harus
ku ubah. Bukan semua tempat sama caranya. Bila aku terkenang kembali , hatiku
dipagut kegembiraan dalam aliran
ketenangan sungai air mata kerana bagiku untuk mencapai nikmat Halawatul Iman
memerlukan mujahadah yang tinggi. Aku teringat bilamana aku ingin menunaikan
solat dhuha. Tika itu aku pergi mengambil air wudhu , bilamana tangan ini
membuka pili , kosong tidak berair. Hati ini berdetik , dimana ingin ku cari
air untuk menunaikan Dhuha.
Imanku berbisik agar terus berusaha untuk
mencari setitik air. Dhuha itulah antara salah satu kekuatanku untuk terus
berdiri tika mana aku disapa dengan namanya lemah. Dengan bisikan itu , ku
gagahkah diri untuk mencari air. Alhamdulilah aku bersyukur , bertemu juga aku
dengan air. Saat itu mataku terlihat sebuah botol kecil lantas kuisi dengan
air. Dapat juga aku menunaikan solat dhuha biarpun banyak ranjau yang harus ku
tempuh. Tambah lagi keraguan pakcik pengawal denganku.Tiap hari aku menunaikan
Dhuha , acap kali itu jugalah pakcik pengawal mengawasiku. Hatiku kehairanan
hinggalah aku disoal pada satu hari. Tika itu aku baru sahaja selesai
menunaikan Dhuha. kasar nadanya bertutur membuatkan aku sedikit risau.
“
Dik!!Buat apa selalu datang surau ni. Seorang lagi!!”
“ Saya solat Dhuha pakcik. Itu sahaja niat
saya”
“ Tak pernah lagi orang datang
waktu-waktu macam ni.Kamu kena ingat , dengan cara ni kamu boleh dituduh
mencuri.Lain kali jangan lagi datang waktu macam ni dekat surau. Bukan tak
boleh solat waktu zohor.Sekadar sunat , tak buat tak juga mengapa.”
Waktu itu , lidahku kelu tanpa kata.Aku
terkejut bukan kerana aku dituduh sebagai pencuri.Namun aku terkejut kerana aku
tidak dibenarkan lagi untuk datang ke surau menunaikan solat Dhuha. Aku rasakan
jantungku seolah-olah tidak bermaya.
“ Kamu dengar ke apa yang pakcik cakap
ni!! Kalau kamu berdegil juga ,kamu tanggunglah sendiri akibatnya.”
Mendengarkan hal itu , ku gagahkan kakiku
pergi dari tempat itu. Aku tidak sanggup mendengarnya. Aku rasakan aku
seolah-olah bermimpi. Berkali-kali jua aku menampar pipiku dengan harapan semua
itu adalah mimpi semata-mata. Hakikatnya aku tidak bermimpi. Kala itu , aku sendiri tidak mengerti mengapa bisa aku
terfikirkan sejarah Siti Hajar.
Sanggup ditinggalkan suami keseorangan di
padang pasir bersama anaknya. Hatinya tak gentar , tidak juga takut.Sebabnya?? Keyakinan
kepada Allah itu tinggi. Allah sentiasa bersamanya.Saat itu aku dapat rasakan
kekuatan dalam diriku.
Surah Al-ikhlas??
“ Aku yakin ini hanya ujian Allah untuk
menguji samada aku tabah meneruskan kehidupan ataupun menyerah. Aku juga sedar
, tika itu Allah sedang berbicara denganku melalui sifat sabar dan ikhlas. Jika
dahulu hidupku penuh dengan keselesaan , kini Allah mengujiku dengan kesusahan.
Bukan maksudnya Allah tak menyayangi , tapi kerana sayangNya lah Allah Taala
menguji.
Ketika Allah rindu pada hambaNya
, Allah Taala akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril
yang isinya adalah sebuah ujian :
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah telah berfirman :
“ Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah
berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
( Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah
)
Sejarah Nabi Yusuf???
Nabi
Yusuf tak pernah mengeluh bilamana dirinya disumbat dalam penjara biarpun
hakikatnya diri diftnah. Disebabkan ketampanannya membuatkan Siti Zulaikha
tertawan. Dan kerana ketampananannya juga Nabi Yusuf terfitnah. Berkali-kali
Nabi Yusuf mempertahankan dirinya dan bertegas kepada Siti Zulaikha namun tidak
diendahkan hinggakan baju Nabi Yusuf terkoyak. Saat itu suami Zulaikha
melihatkan kejadian itu. Dengan cepat Siti zulaikah memfitnah Nabi Yusuf untuk
mempertahankan dirinya di mata suami. Berkat kesabaran Nabi Yusuf terbukti jua
bukan dirinya yang memulakan. Namun itu bukanlah pengakhiran pada fitnahnya. Dimasukkan
pula Nabi Yusuf ke dalam penjara untuk menyembunyikan kesalahan isterinya.
Adakah Nabi Yusuf mempersoalkan ujian yang diterimanya? Adakah Nabi Yusuf
meraung dan meratap dengan ujian yang dititipkan buatnya ?Tidak!! Nabi Yusuf tak pernah mengeluh hatta bersyukur kepada
Allah. Nabi Yusuf tahu Allah berbicara dengannya melalui sifat sabar dan
ikhlas. Bersangka baik kepada Allah dan bertaubat padaNya atas segala dosa-dosa
semalam.
Aku terpegun dengan kerendahan dan keikhlasan
hati Nabi Yusuf.Ujiannya jauh lebih hebat dariku.Sanggup memilih hidup
dipenjara jika itu yang terbaik berbanding tinggal di luar yang penuh dengan
fitnah.
Hati
ini kudidik sepenuhnya agar dipenuhi dengan sifat sabar dan sangka baik yang
tinggi. Aku tahu dengan cara ini , aku bisa mengembalikan lagi kekuatan hatiku
dahulu malahan lebih baik dari itu. Aku cuba mengukir senyuman sebaik mungkin
melalui kepahitan ujian yang ku hadapi. Ku cuba sebaiknya agar tidak terlihat
oleh orang lain. Aku tersenyum sendiri bilamana orang lain mengatakan aku ini
keras , dan kuat.
Ya!!
Memang keras dan kuat bilamana dihadapan orang lain. Tapi bila berseorangan dan
berhadapan dengan Tuhanku , jiwaku tidaklah sekeras dan sekuat yang disangka.
Malahan air mata ini jauh lebih deras alirannya. Untuk apa ku perlihatkan
dihadapan orang lain akan diriku , sedangkan mereka sendiri juga memerlukan aku
sebagai pembimbing mereka. Jika aku lemah , pada siapa mereka ingin berpangku
sebagai wasilah. Untuk melihat mereka kuat , aku sendiri yang harus mengukir
kekuatan dalam diriku. Aku lah yang
harus menunjukkan qudwah hasanah buat mereka.
Tautan Hati:
Aku terkenang saat mata ini mula
bertentangan dengan ahli usrahku. Aku sendiri merasa janggal , namun ku cuba
sebaik mungkin mencipta satu suasana agar ahli usrahku tertarik dengan cara
penyampaianku.
Kehairanan aku dibuat ahli usrahku. Tiap
bicaraku disalin diatas kertas. Tatapan mereka padaku seolah-olah aku akan
pergi jauh. Redup pandangan itu membuatku jiwaku cepat terikat dengan jiwa
mereka.kebisuan mereka menjadikan lidah ini kelu. Senyuman kuuraikan buat
mereka.Usai aku menerangkan pada ahli usrahku apa maknanya saff. Pelbagai
persoalan juga ku terima dari mereka. Tidak kurang juga yang memberikan
pendapat dan pandangan. Wajah-wajah itu ku tenung , aku yakin mereka amat
mendambakan kasihnya Ilahi namun kurang mengerti melalui saluran apa yang membuatkan
mereka lebih mengenal makna kehidupan. Akan ku bisikkan di hati kalian cintaku
makna ukhwah. Akanku singkap pada kalian hidup berukhwah sebagaimana yang
disebut dalam Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 10 :
“
Orang – orang beriman itu
sesungguhnya bersaudara, sebab itu
demikianlah ( perbaikilah
hubungan ) antara kedua saudaramu
itu dan takutlah
terhadap Allah, supaya kamu
mendapat rahmat “
Perjalanan
dakwah dan tarbiah, membina jalur Islam dalam sistem dan kehidupan memerlukan
ukhuwah yang kental. Tanpanya ibarat binaan yang tidak kukuh.
Keruntuhan binaan umat adalah malapetaka
yang menyebabkan umat menghadapi krisis dan pecah-belah seperti terjadi
sekarang; suburnya perasaan dendam dan syak wasangka yang tinggi seolah-olah
jiwa rukuk dan sujud menyembah ALLAH Yang Esa hanya ritual dan tidak memberi
kesan apa-apa terhadap pentingnya persaudaraan sesama warga umat dipelihara.
Allah berfirman lagi mafhumnya dalam
Surah Al-Imran ayat 103 :
“Berpegang teguhlah dengan tali agama
ALLAH dan janganlah kamu berpecah-belah”.
Sheikkul
Islam Ibnu Taimiyah berkata :
ketika
menafsirkan ayat ini,
Ukhuwah disini bermaksud ukhuwah
sesama muslim, kerana orang
mukmin di sifati oleh
Nabi saw, dengan perumpamaaan
orang mukmin di dalam wujud kasih sayang
mereka, belas kasihan mereka, kelembutan mereka
seperti satu badan.
(
HR. Muslim, Majmu Fatawa Ibnu
Taimiyah ).
Dendangan kalam madah ku ungkapkan buat
ahli usrahku :
Masih ligat bermain di fikiranku,
Saat pertama kali bertemu,
Ku lihat wajah kalian satu per satu,
Dalam halaqah kecil kita berpadu.
Saat itu,
Bibir kalian sukar berikan senyuman,
Seperti ada sesuatu yang kalian simpan,
Namun diri ini ku gagahkan,
Untukku leraikan kalian dari kekusutan.
Dindaku,
Maafkan aku kerana tidak selalu di sisi
kalian,
Tidak selalu menghiburkan,
Malah aku sering menyakitkan,
Kebajikan kalian sering ku abaikan.
Dindaku,
Aku ingin memohon ampun dari kalian,
Seandainya aku bukan yang kalian mahukan,
Bukan aku tidak mahu berikan ganjaran,
Kerana aku mahu kalian tahu hadiah bukan
sandaran.
Dindaku,
Tidak ku harap pada sanjungan,
Tidak juga pada pujian,
Cukuplah sekadar kalian hiaskan,
Diri kalian dengan keimanan.
Dindaku,
Terimalah aku sebagai aku,
Kerana aku menerima kamu sebagai kamu,
Tidak ku ukur rupa parasmu,
Mahupun harta kekayaanmu.
Dindaku,
Sungguh aku terhibur bersama kalian,
Meskipun dendam kesumat sukar untuk ku
leraikan,
Namun aku tetap menyayangi kalian,
Ukhuwah yang cuba ku dirikan atas
keimanan.
Dindaku,
Bukan ini yang ku pinta
Jika kalian terjunam ke neraka,
Akan ku ikut bersama,
Untukku bebaskan kalian dari sana.
Dindaku,
Ketahuilah kalian adalah cintaku,
Cinta sebagai saudara seIslamku,
Rahmat Ilahi dipohon selalu,
Syurga nan abadi tempat kita tuju
Berkat kesabaran , akhirnya Allah kurniakan aku seorang sahabat yang cukup
aku kagumi penghijrahannya.Kerendahan hatinya untuk mempelajari agama disamping
memperbaiki sahsiah diri secara tidak langsung juga mendidik akan diriku.Kesudiannya
menemankan aku untuk meneruskan risalah dakwah disekolah ini membuatkan hati
ini riang. Kalimah Tahmid itu menjadi peneman kami. Saban hari kami bersama
mendepani cabaran di bumi cinta ini.
Nota dan Pen???
Kami berbeza dari aspek kelas dan aliran . Namun Itu bukanlah alasan buat kami berdua
berpecah lantaran aliran pemikiran yang berbeza. Perbezaan itu justeru
menguatkan ikatan ukhwah kami. Lilik Suriani menjadi pelengkap pada
kekuranganku dan aku pelangkap pada kekurangannya.Sepanjang kami meniti usia
perkenalan , tangannya tidak pernah terlepas dengan nota dan pen. Persoalan itu
ku luahkan jua dengannya.
“ Kenapa sentiasa bawa nota dan pen??Tak
pernah missed tiap hari??”
“ Sebabnya nota dan pen itu saling
melengkapi. Kalau habis dakwat pen , tak lengkaplah nota.Kena ada pen baru
lengkap. Maksudnya ukhwah kita tu ibaratnya nota dan pen. Saling melengkapi.Kalau
saya tengok nota dan pen tiap hari , saya akan ingat sahabat saya. Terutamanya
kamu. Kamu banyak lengkapkan saya. Kamu ibaratnya pen buat saya dan nota itu
adalah saya.Kamu datang dalam kehidupan saya bilamana saya terkapai-kapai. Dan
kamu juga wasilah yang Allah bagi kat saya supaya selamatkan saya agar tak
lemas dalam ombak dunia. Ombak tu kan bahaya.Terkadang ombak itu boleh melemaskan
manusia.Ada masanya juga ombak itu bisa membuatkan seseorang itu trauma. Terima
kasih sebab selamatkan saya.”
Layakkan aku untuk mendapatkan
penghargaan itu. Sejujurnya aku merasakan diriku terlalu kurang. Namun kekurangan
itu ditutup dan dilindungi oleh kecerdikan dan kebaikan hati sahabatku.Entah
mengapa nota dan pen itu benar-benar menggamit hatiku untuk mengulas. Aku tahu
ianya ilham dari Allah buatku.
“ Terima kasih sebab jadikan saya pen
kamu. Walaupun saya tak tak tahu hakikat sebenar seperti apa saya kat nota
kamu.”
Sahabatku hanya tersenyum penuh
pengertian. Kelihatan di bening matanya air mata. Tak sanggup ku melihat air
mata itu mengalir. Ku kesat ia dengan tanganku sendiri.Lantas ku bicarakan
padanya satu lagi makna dariku sendiri maksud nota dan pen dari sudut
pengalaman dan kehidupan.
Benar nota dan pen itu boleh diibaratkan
sebagai simbol ukhwah. Malahan jauh lebih dari itu simbolnya. Tapi penghargaan
dari sahabat jua yang paling bererti buatku. Nota dan pen ni kalau kita lihat
dari hati sebenarnya adalah guru buat kita. Kita selalu dengar pengalaman itu
merupakan guru terbaik. Mengapa tidak kita ubah tarbiah itu adalah pengalaman terbaik buat kita.
Pelik kan??Tarbiah itu datangnya daripada hati. Didikan sebenar. Kita tak
belajar pengalaman dan tarbiah dari
sistem pengajaran dan pembelajaran dari buku. Sebab pengalaman dan tarbiah
bukanlah fakta yang kita boleh buat soalan berdasarkan soalan KBKK. Setiap pengalaman
yang kita pelajari itu memberikan input yang amat mendalam buat hati. Dan
setiap persoalan itu datangnya daripada mehnah dan tribulasi. Jawapan itu , hati kita sendiri yang jawab bukan orang
lain.Itu hakikat yang harus kita fahami.
Nota dan Pen??
Cuba
bayangkan tiap kali kaki melangkah keluar , mesti kita akan terfikir apa yang nak kita lakukan
bermula dari awal perjalanan hingga akhir.Setiap langkah perjalanan kita
sendiri penuh dengan pelajaran melalui tarbiah(didikan) . Sedangkan ujian itu merupakan
rahmat dari Allah , pastinya air mata itu tanda tarbiah dari Allah.
Kedua-duanya adalah kasih sayang Allah.
Dalam Surah Ar-Rahman ada menyebut :
“ Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?”
Justeru itu , mengapa tidak kita gunakan nota dan pen itu
untuk mencatat. Kita belajar untuk mengisi hati dan rohani. Sama juga pelajaran
dalam akademik , kita belajar dan mencatat untuk mengisi otak kita dengan ilmu.
Bila kedua-duanya terisi , tercapailah makna kehidupan kita.Tidak mustahil
dengan keduanya kita bisa menjunjung kembali
Al Quran. Dengannya jua kita boleh mencorak diri kita menjadi generasi
yang diimpikan Rasullah SAW.
Kami bersama mengaminkan doa di dalam hati
moga impian kami tercapai.Sujud syukurku pada Ilahi kerana melalui usrah dan
halaqah juga Allah mempertemukan Atikah seorang lagi sahabat juga Junior buat
kami. Kesanggupannya untuk bersama menelusuri alur-galur kehidupan ini. Bersama
meluangkan masa untuk dakwah. Dirinya yang keseorangan menjalani kehidupan di
sidang petang membuatkan hati ini kagum. Kesungguhannya untuk menyebarkan Islam
sedikit demi sedikit mencuit hatiku.
Telefon Bimbit???
Terfikir di benakku , pengalaman ini tidak
pernah ku pelajari sepanjang aku berada di sekolah agama. Inilah hikmahnya yang
tidak ku ketahui. Aku sedar mungkin apa yang pernah aku peroleh dan pelajari di
sekolah itu merupakan persediaan untukku hadapi perjuangan di sekolah baru ini.
Disini aku lebih banyak memikir , diam tanpa bercakap. Pengalaman ini mengajar
aku untuk berfikir dan bercakap apa yang perlu sahaja. Dalam proses pemikiran,
aku banyak berfikir tentang kejadian alam , tentang perasaan , tentang
kesabaran , tentang pengorbanan , tentang cinta , tentang ukhwah , tentang
matlamat kehidupan , tentang hati yang bertuhankan Allah Taala.
Aku akur dengan kehendak Ilahi yang meletakkan aku ditempat ini. Aku
masih teringat, dahulu sebelum aku
berpindah , aku sering berjumpa guru kanselor untuk mendapatkan nasihat. Apakah
benar pilihanku atau sebaliknya. Aku nyatakan kerisauanku tentang gejala sosial
yang terdapat disekolah itu. Aku terfikir ,
mungkinkah aku berada ditebing kebinasaan.
Cikgu berpesan padaku ;
“ Jadilah seperti telefon bimbit. Biar
diletakkan didalam tong sampah , tetap bernilai. Tetap dipandang , tetap
dikenang dan tetap menjadi pilihan. Jadilah seperti itu.Mengapa??Sebabnya
harganya yang terlalu mahal menjadikan telefon itu tetap menjadi pilihan.
Deringannya membuatkan setiap orang terpaut untuk menggunakannya. Tak cukup
dengan telefon , ada lagi yang membeli back up untuknya. Siap meletakkan
lagu-lagu yang disukai. Bukankah itu penghargaan buat telefon. Digunakan hingga
bertahun lamanya.Jika tidak digunakan sekalipun , telefon itu tidak terbuang ,
pastinya disimpan sebagai kenangan.”
Mungkinkah aku bisa menjadi seperti telefon
bimbit. Biar aku terhumban dimana sekalipun , biar diriku tercalit dengan
ruang-ruang yang penuh dengan noda , bisakah aku menjadi seperti telefon
bimbit. Tetap berharga dan menjadi kepentingan untuk orang lain.
Terfikir aku akan Nabi Muhammad SAW kekasih yang Maha Agung. Lihat
sahaja Rasullah SAW , kerana Islam Baginda terbuang dan dimusuhi. Namun, andai
ada seorang manusia yang membuang Baginda. Berpuluh-puluh lain menyayanginya.
Kenapa? Kerana Baginda sentiasa dibela Allah Taala , tidak pernah terbuang pada
pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Pandangan
Allah itulah paling utama bukannya pandangan manusia.
Iktibar buatku , biarlah semua manusia membuangku asalkan aku tetap berjaya
memenangi pandangan Allah Azza Wajalla.Manusia kini hidup di akhir zaman ,
Islam kembali dagang seperti zaman Rasullah SAW sebagaimana mula-mula nak membawa
Islam. Oleh itu , tidak hairanlah jika kebenaran sering nampak terbuang dan
terasing. Islam dagang buat kali kedua kerana Rasullah telah melalui dagangan
tersebut buat kali pertama.
Akalku ligat memikirkan sesuatu , imanku berbisik dengan penuh kasih
sayang. Bilamana semuanya disandarkan pada Allah , InsyaAllah aku boleh menjadi
seperti telefon bimbit dengan syarat setiap ilmu yang peroleh di sekolah agama
ini ku amalkan dan ku sebar pada sahabatku di sekolah ini. Aku teringat satu
pepatah arab :
“العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
“
Maksudnya : Ilmu tanpa amal ibarat pokok
tanpa buah.
Firaun Dan Qarun…
Bagiku tidak ada ruginya berkongsi ilmu. Ilmu
itu merupakan ilmu Allah Taala. Kita tidak berhak sedikitpun atas ilmu itu.
Kita hanya meminjam. kita hanya berhak menggunakan ilmu mengikut aturanNya.
Sememangnya ilmu Allah amat luas. Apa yang ada padaku itu hanyalah
senipis bawang. Buktinya , dahulu aku belajar subjek UPSR. Masuk sahaja sekolah
menengah , ilmu yang ku pelajari sewaktu UPSR itu hanyalah asas dan didalamkan
lagi pengetahuan itu melalui PMR dan begitulah sebaliknya. Aku jua teringat ,
dahulu Naqibahku pernah menasihatiku tentang ilmu. Kak Ros selalu pesan ,
ambillah ilmu itu walau di tepi jalan.Aku terfikir , ilmu apa yang terdapat di
tepi jalan. Adakah ilmu itu serendah itu nilainya?? Kini setelah perjalanan itu
ku lalui , baru aku mengerti apa yang dimaksudkan dengan ilmu ditepi jalan.
Sebagai contoh , kita keluar dari pintu rumah. Apakah perkara pertama yang kita
lihat?? Setelah itu kita fikirkan jalannya samaada memberi kebaikan ataupun
sebaliknya. Jika iya kita ambil sebagai pedoman dan jika tidak kita ambil
sebagai pengajaran.Pastinya ilmu yang kita peroleh melalui dua situasi itu
adalah sifat berhati-hati. Dengan ilmu yang kita peroleh itu jua kita amal dan
serap didalam diri. Itulah ilmu dari Allah. Banyak cara Allah nak bagi dan
tunjuk kepada kita hambaNya sesuatu ilmu itu termasuklah diriku.
Aku rasa hidupku lebih bererti jika sentiasa dipantau oleh Allah Taala.
Aku juga amat menghormati orang lain yang mempunyai ilmu dan paling penting
ilmu agama. Kerana bagiku ilmu agama itu adalah salah satu panduan dan moral
buat tiap insan. Melalui agama kita terbentuk setelah aqidah tersimpul kukuh.
Aku juga teringat pesanan Ustazahku , melalui ilmu kita boleh jadi orang
yang berguna dan melaluinya juga kita juga boleh menjadi orang yang sangat
dibenci. Sangat dibenci??? Pelik bunyinya tapi itulah realiti.
“
Jangan jadi seperti Firaun dan Qarun dahlah.”
Kebingungan aku sendirian. Aku cuba mengamati
apa sebenarnya yang cuba disampaikan ustazah.Apakah perkaitan ilmu dengan
Firauan dan Qarun?? Aku ditinggalkan sendirian tanpa jawapan.Persoalan itu
terjawab bilamana aku mengikuti satu program ilmiah. Dalam program itu temanya
lebih pada penghijrahan dan akhlak. Sepanjang program itu , ada sesuatu yang ku
pelajari. aku cuba mengaitkan kisah Qarun dan Firaun dan kehidupan. Aku yakin
aku telah menemui jawapan melalui permasalahan itu.
Firauan dan Qarun. Kedua-duanya hebat tapi angkuh dan sombong. Mengaku
diri mereka Tuhan sedangkan mereka juga hamba yang bergantung pada Allah.
Kerana sifat takbur dan bongkak mereka Allah menguji mereka dengan nikmat
kesenangan agar mereka lebih lupa akan Allah. Pastinya dengan ujian itu ,
Firauan dan Qarun semakin jauh dari Allah Taala.Begitu juga dengan ilmu. Biar
kita bersederhana dengan apa yang kita ada. Jika kita lihat situasi hari ini , segelintir
pelajar ada yang hebat dari segi kepandaian dan ada yang sederhana. Tidak
kurang juga ada yang sedikit lambat untuk memahami pelajaran. Cuba kita lihat
yang hebat dari segi ilmunya , segelintir mereka ada yang berkata :
“
Ala!! Aku tak solat pun tetap juga dapat markah yang terbaik. Tak macam
korang!!”
Begitulah sipi-sipi kata yang keluar dari mulut anak muda. Bukankah tika
itu kita diuji dengan nikmat kesenangan agar kita lebih jauh dan lupa hakikat
asal kita. Buatku , Biar diriku diuji dengan kesusahan berbanding diuji dengan
nikmat kesenangan jika dengan cara itu aku bisa dekat lagi dengan Allah Taala.
SubhanaAllah!!
Hal itu membuatkan aku rasa rendah diri.
Tidak layak aku menyombongkan diri dengan orang lain. Memang benar , hakikat
kehidupan ini sukar dijangka. Perancangan Allah itu jua yang terbaik.
Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.
Dengan itu , aku lebih berhati-hati terhadap ilmu. Aku amat mengharapkan
agar ilmu yang ku pelajari selama ini mampu memberi manfaat buat diri dan orang lain.
“
Matinya anak Adam itu , maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga
perkara.”
1 ) Doa anak soleh
2 ) Amal jariah
3 ) Ilmu yang bermanfaat.
Aku tidak punya apa-apa melainkan ilmu yang sedikit ini. Terkadang aku
rasa terpukul betapa baiknya Allah memberikan diriku peluang untuk belajar dan
menggarap ilmuNya. Biarpun sedikit tapi menjadikan aku seorang insan yang
sentiasa cari dan dahagakan ilmu.
Aku tahu , dengan ilmu jugalah aku bisa menjadi seorang sahabat , anak ,
dan pendakwah yang baik kelak.
Buku Fatimah Syarha..
Sahabat perjuanganku Lilik selalu berpesan padaku agar berterusan
mencari ilmu. Terkadang aku dan Lilik akan bersaing sesama sendiri untuk duduk
di saff hadapan semata-mata ingin mendengar ceramah ataupun tazkirah yang
disampaikan. Setelah itu kami akan membentangkan hasil yang kami perolehi
sepanjang ceramah itu. Kami akan berkongsi dan meluahkan pendapat masing-masing
serta mengaitkan ia dengan fenomena yang berlaku hari ini.
“
Fastabiqul Khairat” : berlumba-lumba kearah kebaikan.
Ya!! Itulah yang cuba kami lakukan.
Berlumba-lumba kearah kebaikan. bukan untuk mencari permusuhan tapi mencari
ketenangan. Ilmu ini takkan pernah habis jika ianya sentiasa digali dan terus
digali.
Tiap hari ada sahaja topik kami.Tak cukup dengan berbincang di Anjung ,
sambil menungu bas pun kami akan berbincang. Orang sekeliling sering mengatakan
kami ini pelik. Iya memang pelik!! Kerana apa?? Islam itu datang dalam keadaan
pelik dan bangkit juga kelak dalam keadaan pelik. Beruntunglah bagi insan-insan
yang ghuraba’ iaitu terasing. Kami sentiasa berdoa agar kamilah yang tergolong
dalam golongan pelik itu.
Satu hari , aku telah membeli sebuah buku yang padaku ianya cukup
popular pada masa kini. Itulah buku tautan hati nukilan Fatimah Syarha. Buku
itu ku pinjamkan terlebih dahulu kepada sahabatku Lilik. Kata orang selagi
belum rasmi , tak nak pinjamkan orang lain dahulu. Aku tersenyum sendiri.
Bagiku itu hal yang paling sukar orang nak buat. Tapi kesukaran itu juga yang
aku cuba. Bagiku , diriku lebih gembira jika sesuatu yang ku sayang ku
dahulukan untuk orang lain. Aku tahu , melaluinya aku bisa belajar untuk
bersifat ikhlas dan jujur.
Seperti selalunya , Lilik akan berkongsi apa jua ilmu yang baru
diperolehinya. Satu hari Lilik bertanya padaku ;
“
kalau saya bagi Nur satu pen dan sekeping kertas. Setelah tu saya minta Nur
lukis sesuatu yang melambangkan diri Nur , Nur nak lukis apa??”
“
Erm bagi saya , saya nak lukis telefon
bimbit. Sebabnya biar terhumban atau tercalit dengan apa jenis lumpur sekalipun
ianya tetap bernilai. Saya nak jadi macam tu , tetap bernilai walau dibuang
jauh sekalipun.”
“ Nur..Nak tahu tak?? Dalam buku ni ,
banyak yang kita boleh pelajari. Dalam banyak-banyak part , saya lebih suka
part berkaitan agroutorism.Dalam buku ni
cerita tentang satu LDK. Dalam LDK ni
setiap seorang diminta untuk lukis sesuatu melambangkan diri masing-masing.
Macam – macam yang dilukis. Kalau Kamal , Dia lukis seekor ikan besar memakai
kaca mata hitam dengan anak-anak ikan mengekor di belakang.situasinya dalam
sebuah akuarium.ikan itu melambangkan dirinya yang macho.selalunya orang akan
ingat ikan besar besar makan anak ikan. Sebenarnya , tidak semua ikan besar
macam tu. Melalui lukisan tu , anak-anak ikan ikut dia. Itu tandanya ikan itu
bertanggungjawab , berkepimpinan serta melindungi. Itulah melambangkan dirinya
seorang lelaki macho yang baik. Sesiapa pun tak ;perlu takut.
“
kalau part Fattah pula , dia memilih untuk lukis gambar ubat.sebabnya Fattah
nak jadi doctor. Ubat itu merupakan penawar dan perawat buat orang lain. doctor
dan ubat memang tak boleh dipisahkan. Zaid pula lebih berminat untuk melukis
bangsal.itulah perumpamaan buat dirinya. Bagi Zaid , bangsal memang patut
dipuji. Tak kira hujan dan panas , ramai orang yang berteduh di bawah bangsal.
Itu tandanya bangsal banyak membawa manfaat. Kadang-kadang , kalau orang ada
masalah , ramai yang mengadu pada bangsal. Buktinya , kita selalu lihat kan ,
ramai remaja suka melepak di bangsal , lepas tu mereka akan menconteng bangsal
dengan pelbagai luahan rasa hati. Bagi mereka , gejala vandalism ni salah satu
cara nak kurangkan bebanan masalah , release tensionlah katakan. Walaupun
bangsal menjadi mangsa , bangsal tetap sabar. Begitulah perumpamaan Zaid yang
sering menjadi tempat orang mengadu jika terdapat masalah.
“
berlainan pula dengan Megat. Megat pilih bola.Nampak sahaja bola itu macam
bodoh. Kena tending ke sana , kejap tending ke sini tapi sebenarnya bola itu
sangat hebat.sentiasa dikejar orang.konklusinya , jangan cepat menilai seseorang itu best
walaupun kita seringkali lihat yang tak best sahaja dengannya. Bagi Ibrahim ,
hampir sama dengan Kamal iaitu gambar ikan. Tapi ikan Ibrahim special sikit
berbanding Kamal. Bagi Ibrahim , ikannya sepsis Atlantican. Hidupnya bebas dan
cerdik dalam mengharungi badai samudera. Tak tergoda walaupun banyak sangat
umpan.tak jadi masin walaupun disekelilingnya adalah air masin. Hebat , kan??
Baginya ikan seperti itu memang susah makan umpan. Kalau nak makan pun , ikan
tu pandailah pilih umpan yg fresh. Maksudnya kena pandai pilih jodoh.
“ beralih pula pada pelajar
akhowat.pelajar akhowat ni kita kena banyak ambik pengajaran.”
Ujar lilik kepadaku.
“ teruskan sahaja lik . setakat ni pun
saya dah fikir something. Banyak sangat terkesan kat jiwa.”
“ memang betul Nur. Saya terangkan ,
lepas ni turn kamu buat kesimpulan akhir.”
Lilik meneruskan bicaranya yang masih
tersisa.
“
akhowat pertama ni Asiah Yusra. Dalam cerita ni dia terdiam , tapi diam memikir. Tapi Yusra ni berani.
Berani mengungkap satu kebenaran dalam hikmahnya. Yusra lukis dua buah jam.
Satu dalam bekas kaca , berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah.
Tidak tertutup. Yusra Tanya kat budak lelaki , kalau diorang nak pilih jam ,
jam mana yang menjadi pilihan.. suara lantangnya membuktikan kekentalannya , seorang
mujahidah. Diorang sempat bergurau Tanya macam-macam tapi Yusra tak layan.
Yusra tetap dengan persoalannya hinggalah Fattah sendiri yang menjawab
persoalan Yusra.”
“
bagi Fattah , dia nak pilih jam yang ditutup dengan kain baldu. Walaupun dia
boleh agak harganya pasti mahal tapi Fattah tak kisah. Kerana baginya , biar
alah membeli asalkan menang memakai. Yang mahal ni selalunya berkualiti ,
ditutup , dibungkus ,dijaga rapi bukan hanya dilambak dalam rak di pasaran.
Fattah juga bagitahu sebab kenapa dia tak pilih jam yang terdedah tu. Sebabnya
Fattah tak berkenan. Baginya jam seperti itu pasti banyak debu yang melekat.
Lagipun jam seperti itu pastinya telah dibelek-belek orang. Fattah tak suka jam
yang telah menjadi tontonan semua orang , tak ada class.”
“
Yusra lantas menerangkan pada mereka. Itulah mesej yang cuba disampaikan
olehnya. Jawapan Fattah itu merupakan jawapan pada imej yang cuba ditunjukkan
Yusra. Pemakaian Islam yang sebenar. Yusra berusaha memilih pakaian menutup
aurat yang paling sempurna mengikut kemampuannya. Sebagaimana unggulnya sebuah
jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca , begitulah
unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi. Tapi Yusra tak rasa
pakaiannya itulah yang terbaik.”
Lilik terdiam seketika. Fikiranku
melayang memikirkan sesuatu.
“ Lilik , agak-agak pemakaian kini cukup
baik dah ?”
“ Nur lebih tahu berbanding saya.”
Aku hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukan
kepala.
“ teruskan sahaja perkongsianmu , nanti
kita ulas habis perkongsian ni.”
“ setelah tu , akhowat kedua pula adalah
Kak Nadyah. Dia pilih pokok kelapa. Kenapa??sebabnya setiap setiap bahagian
bermanfaat buat semua. Batangnya boleh dibuat jambatan. Lidinya boleh dibuat
penyapu. Buahnya memberikan kelazatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan.
Santannya pelengkap segala masakan. Sabutnya boleh dibuat berus. Tempurungnya
menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah. Selain itu , pokok kelapa
merupakan tazkirah terbaik buat Kak Nadyah. Apabila dirinya melihat pokok
kelapa , hatinya terasa sebak dan insaf.
“
tengok sahaja. Buahnya boleh luruh tanpa mengira muda ataupun tua. Hal itu
mengingatkan akan dirinya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan dirinya.
Bila-bila masa sahaja dan dimana jua. Tua atau muda Allah berhak menjemput
kita. Kak Nadyah sangat takut jika Allah memanggilnya dalam keadaan masih
banyak dosa yang belum dikikis. Apabila ketakutan itu datang , Kak Nadyah akan
kembali merenung pokok kelapa. Pokok kelapa banyak menunjukkan bahawa
pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Maksudnya sini Nur , kita
perlu membuang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati kita mati dalam diri
ini. kita pun sedia maklum bahawa hati itu adalah raja. Rosak hati maka
rosaklah segalanya. Dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim ada menyebut :
“
Dalam diri seorang manusia itu terdapat seketul daging. Baik ia maka
baiklah segalanya.”
Hati ini juga kita boleh ibaratkan sebagai raja yang baik dan seluruh
anggota badan kita ini adalah tenteranya.
Hadis Riwayat Bukhari& Muslim :
“ sebaik-baik tentera adalah sebaik-baik
raja”
Bukankah saat itu Kota Konstantinopel
Berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh? Bayangkan dalam usia yang muda ,
kota yang ditakluki kerajaan Rom akhirnya tewas ditangan seorang Sultan yang
berusia 19 tahun. Bilangan tentera musuh lebih ramai berbanding dengan tentera
Islam. Disebabkan kekuatan dan kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang
mementingkan solat dalam saff peperangan
itu , maka saffnya menjadi kuat dan gagah. Tidak gentar melawan musuh. Biar
mati Syahid dan menang mendapatkan rahmat Allah. Sultan Muhammad Al-Fateh
sendiri telah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat tenteranya. Begitulah
ibaratnya hati. Jika kita menjaga dengan sebaik mungkin , maka baik diri dan
sahsiah kita. Biar sukar dan susah melakukan kebaikan , janji rahmat Allah
mendahului kemurkaanNya.
Utusan..
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma
Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.
Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.
Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.
Aku terpegun dengan patah perkataan yang keluar dari bibir sahabatku.
Benarlah kata ustazahku , terkadang orang yang kita ajak lebih baik dari kita
sendiri yang menyampaikan. Kerana apa? Kerana sifat mereka yang terlalu
menghargai nikmat hidayah Allah Taala.
Kini aku mengerti mengapa kebanyakan ahli dalam saff perjuangan dakwah
lebih ramai dari sekolah biasa berbanding sekolah menengah agama. Ini kerana ,
mereka sering tercari-cari. Setelah diperoleh maka akan dipegang dengan sebaik
mungkin agar tidak terlepas. Terkadang ada yang menangisi kisah lalu hinggakan
bercerita dengan orang lain agar tidak jadi seperti mereka. Sanggup meluangkan
masa diluar mencari kuliah ilmu dan dicatat didalam buku nota agar tidak lupa.
SubhanaAllah! Berbanding sekolah agama ,
segelintir mereka ada yang hidup
sentiasa disuap tanpa mengambil sebarang iktibar. Ada juga yang mengambil
pengajaran sepenuhnya. Terpulang pada kehendak masing-masing kerana Iman itu
tidak pernah diwarisi tapi dicari.Pabila hidup sentiasa disuap , kita akan
merasa hidup kita penuh dengan kesenangan. Kerana itu , kita kurang menghargai
apa yang kita ada. Kuliah ilmu , solat berjemaah , usrah dan sebagainya telah
disediakan sepenuhnya oleh pihak pengurusan. Tinggal kita sebagai pelajar ingin
mengambil dan menceduknya sahaja. Kita sering merasakan , sesuatu itu sentiasa
ada. Kita tidak sedar masa itu berlalu begitu sahaja. Alangkah sia-sianya hidup
kita jika satu kebaikan dalam sehari itu tidak kita ceduk. Aku terpanggil untuk
mengulas perkongsian sahabatku.
“
Betul tu Lik . setiap ciptaan Allah diatas muka bumi ini sentiasa bersebab dan
mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang tidak kita ketahui. Tinggal kita
manusia ini sahaja , samada ingin mengambil iktibar atau membiarkan ia berlalu
seperti dedaunan yang bebas ditiup angin. Sebut perkaitan tentang pokok kelapa
ni , jika kita perasan terdapat juga putik bunga kelapa. Kadang-kadang ia jatuh
berguguran. Agak-agak ada lagi tak masa kita untuk ketawa.Putik bunga yang
berguguran ibaratnya ajal kita. Kita tidak tahu bila masa kita dijemput Ilahi.
Kita takut ketika Allah menarik nyawa kita dalam masa yang sama kita sibuk dan
lagat dengan tawa , kita tidak berkesempatan untuk mengucap dan mengingatiNya.
Kita juga harus sedar , kalau banyak ketawa , hati mudah lalai , mati dan alpa.
Semoga kita sentiasa dijauhi dari sifat seperti itu. NauzuBillah! “
“
Betul Nur. Rasa sebak bila ingat tentang mati.kecut perut bila teringat dosa
semalam. Takut tak cukup amalan untuk menampung.”
Tika itu sahabatku hanya menundukkan pandangan. Aku pantas memegang
bahunya dan memberi semangat yang ada pada diriku. Bagiku , sahabatku itu cukup
bertuah. Dengan keyakinan dan azam yang
tinggi sejujurnya membuatkan aku cemburu. Aku terharu melihat kesungguhanNya.
“ InsyaAllah Lilik pasti boleh! Allah
sahaja yang berhak menentukan samada amalan kita itu cukup atau tidak. Apa yang
paling penting kita manusia ini selagi diberikan kesempatan untuk hidup diatas
muka bumi ini kena terus berjuang. Berjuang melawan bisikan Syaitan dan
istiqamah dijalan kebaikan.”
Aku juga menceritakan kepadanya sebuah
kisah tentang taubat seorang pembunuh yang membunuh 100 orang.
“ Lilik nak tahu , ada satu kisah. Zaman
dahulu ada seorang pemuda. Kerjanya tak lain dan tak bukan asyik membunuh.
Hinggalah sampai satu hari , pemuda itu berniat ingin berubah.Lantas pergilah
ia berjumpa dengan seorang alim ulama’ dan bertanya padanya.
“ Wahai alim ulama’. Aku ini telah
membunuh hampir 99 orang. Adakah taubatku diterima Allah. Maka kata ulama’ itu
: Tidak! Engkau tidak layak mendapat taubat daripada Allah.lantas pemuda itu
terus membunuh ulama’ tersebut. Cukuplah seratus orang. Tapi pemuda itu tidak
berputus asa. Dicarinya lagi seseorang alim ulama’.Dengan takdir Allah maka
bertemulah ia dengan seorang alim ulama’ yang cukup baik.Pemuda itu bertanya :
aku ini telah membunuh hampir 100 orang diatas muka bumi ini. Aku
bersungguh-sungguh ingin bertaubat. Mungkinkah taubatku masih sudi diterima
Allah? Alim ulama’ itu menjawab : Benar pemuda! Taubatmu pasti diterima Allah.
Berhijrahlah dikau dan bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh dan jangan lagi
dikau mengulangi kesilapan lalu. Bergembiralah pemuda tersebut dan berazam
untuk berubah. Berhijrahlah pemuda itu menuju ke satu tempat hujung jauh dari
kampungnya. Ditakdirkan Allah , pemuda
itu meninggal dunia. Maka berebutlah kedua-dua malaikat iaitu Ridhwan dan Malik.kedua-duanya
bertelagah sesama sendiri. Malaikat Ridhwan berkata pemuda tersebut layak masuk
Syurga lantaran niatnya berhijrah ingin menuntut ilmu sekalipun belum sampai
hajatnya. Malaikat Malik pula mengatakan pemuda itu masuk neraka disebabkan
dosa-dosanya yang lebih. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengukur
dimanakah tempat pemuda tersebut. Atas dasar kasih sayang Allah terhadap pemuda
tersebut , taubatnya diterima dan layak untuk memasuki syurga. Setelah
kedua-dua malaikat tersebut mengukur , jauh lagi ukuran menuju ke syurga , maka
roh pemuda tersebut ditarik untuk menuju syurga Allah.”
“
Maksudnya Lik , selagi mana kita taubat
dengan bersungguh-sungguh , Allah takkan menghampakan dan mensia-siakan taubat
hambaNya. Kita kena yakin pada Allah. Jangan diukur kesalahan dan kejahilan
lalu , tapi mulalah kembali dari awal dan perubahan kita kali ini kita bimbing
dengan sebaik mungkin mengikut aturan dan perintah Allah menerusi Al Quran dan
As Sunnah. Dalam Surah Yunus ayat 44 :
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi
manusia sedikit pun , tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.
Setiap apa yang berlaku adalah pengajaran dalam hidup kita. Takkan tertimpa
pada kita satu ujian jika ianya tidak bermula dengan diri kita sendiri. Tanya
hati dan iman kita. Bisikkan pada keduanya apa dosa yang kita lakukan. Jangan
cepat bersangka buruk pada ujian Allah dengan mengatakan kenapalah aku duiji
sedemikian rupa. Malahan bersangka baiklah pada Allah dan bertaubatlah
bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 90 :
Dan mohonlah ampunan kepada tuhanMu ,
kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sungguh , Tuhanku Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.
“
Terima kasih Nur. Banyak ilmu yang aku peroleh yang tidak aku ketahui.”
“
Jangan berterima kasih padaku sahabat kerana aku tidak punya apa-apa.
Segala-galanya milik Dia.kita hanya
meminjam. Datangnya daripada Allah dan kepadaNya jua kita kembali.”
Sifat Malu??
“ Akak kenapa muslimah sering dikaitkan dengan sifat malu. Senang cakap
sifat malu. Kadang-kadang manusia ibaratkan muslimah ini seperti bunga mawar
yang berduri , kadang juga diibaratkan sebagai pohon semalu.”
Persoalan itu membuatkan aku tersenyum sipu. Sahabatku Lilik hanya
tertawa. Atikah juniorku seorang yang periang. Persoalannya membuatkan kami
terhibur.Terkadang wajahnya itu membuatkan aku teringat juniorku di SMKA. Tidak
ubah persis sikap mereka. Kerinduan itu bertamu lagi diingatanku. Aku sedar ,
mereka tetap berbeza tapi sama dari segi fi’il.
“
Memanglah dik. Itulah sifat wanita. Kalau tidak ada sifat malu dalam diri ,
memang pelik sangat lah tu. Huru-haralah dunia jadinya.Akak mulakan dengan
pohon semalu. Hujung pun dah ada malu maksudnya semalu tu memang pemalu.”
Atikah masih lagi terkial-kial. Terkadang
menggaru-garu anak tudungnya. Aku tahu mungkin aras peneranganku terlalu sukar
untuk dimengertikan.
“
Begini dik.Akak petik sikit dari buku Fatimah syarha. Pohon semalu kalau kita
lihat pantang disentuh pasti menunduk sopan , tapi durinya tetap tajam berceracakan.
Analoginya sebagai contoh , agak-agak pohon semalu ni tumbuh kat padang bola
tak. Tidak kan? Sebab pohon semalu ni tidak akan tumbuh ditempat yang banyak
lelaki. Ia akan cari ditempat pinggir yang tersembunyi dan jarang dipijak
orang. Takkan menyusahkan orang lain.”
Aku meneruskan bicaraku setelah ku lihat juniorku mula terangguk-angguk.
“
Pohon semalu , memang pemalu! Sifat pemalu! Sifat malu lambang keindahan dan
kemuliaan seorang wanita yang bermaruah dan berprinsip. Takkan mudah membiarkan
maruah dan prinsip tergadai. Hakikatnya , malu bukan untuk muslimah sahaja tapi
untuk muslimin juga. Rasullah sendiri seorang yang pemalu. Daripada Sa’id al
Khudri katanya :
كان رسول الله أشد حياء من العذراء في
خدرها وكان إذا رأى شيئا يكرهه عرفناه في وجهه
“ Baginda Rasullah SAW adalah seorang
yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila
melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda,nescaya kami dapat camkan yang
demikian itu daripada wajah Baginda.”
“
Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan. Sabda Rasullah SAW:
والإيمان قرناء جميعا فإذا رفع أحدهما رفع
الأخر الحياة
“ Malu dan iman itu adalah teman seiring
jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi”
Dalam hadis lain Baginda bersabda ;
إن لكل دين خلقا وخلق الإسلام الحياء
“ Sesungguhnya bagi
tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan maka untuk Islam ialah sifat
malu.”
Entah mengapa aku secara tiba-tiba kelu. Ku pandang sahabat dan
juniorku. Keduanya sibuk menyalin butir bicaraku diatas warkah. Aku sebak
melihatkan mereka. Aku teringat kisahku dahulu. Jika aku seperti mereka hari
ini , menyalin tiap ilmu walau ditepi jalan , mungkin telah banyak yang ku
fahami. Inilah namanya fatamorgana roda dunia. Tidak selamanya rata. Kadang
berada diatas kadang berada dibawah. Aku menyambung bicaraku setelah ku lihat
keduanya memandang kearahku tanpa berkelip mata. Mungkin menanti kesudahanku
menghabiskan maksud bicara yang terhenti di tengah kata.
“
Perlu juga kita fahami , makna sifat malu tersebut dalam diri seorang muslimah.
Kita malu biar bertempat. Kita tak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan
kebenaran Allah. Malu untuk menjadi wanita perosak akhlaknya iaitu yang hanya
pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu , sifat malu untuk
melakukan maksiat. Pendek kata , Malu kepada Allah dan Rasul atas segala hal
yang kita lakukan diatas muka bumi ini.”
“
Bagi si pohon semalu juga ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk
sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang
ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.Sama juga dengan pokok bunga ros
atau mawar. Punya kelopak yang cukup wangi disamping duri yang menjadi
pertahanannya. Tidak semua orang boleh mendapatkannya dengan cara mudah. Kalau
nak menyentuh pun pasti terkena duri. Bunga mawar jika tumbuh bukan di tempat
yang sembarangan kerana tempatnya indah. Mekar berkembang pabila dikelilingi
oleh suasana yang sejuk dan damai. Jika dibawa ke tempat yang tak sepatutnya,
maka mati dan layulah si bunga mawar. That’s why kita perlu jaga bunga mawar
dengan baik kalau kita nak mawar itu terus tumbuh menjadi mawar yang kembangnya
harum mewangi. Tidak kurang bezanya dengan pohon semalu. Sentiasa mengeluarkan
bunga ungu yang cantik.Begitulah wawasan seorang mujahidah. Sentiasa menghiasi
alam dengan haruman bunga akhlak yang cantik dan terpuji.
“
Selain itu , dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya
antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh , daun-daun ditepinya juga
tertutup malu. Bukankah itu melambangkan persaudaraan kasih sayang antara
mereka.Begitulah hidup seorang pejuang mujahidah yang sentiasa memandang semua
orang dari sudut kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah
SWT dan RasulNya.”
“
Saya dah faham dah sekarang kak. Hebat pula muslimah ni kan kak?”
“ Memang dik. Jangan disangka lembut
seorang wanita itu tandanya lemah. Tapi lembut itulah yang bisa menggoncang
dunia.Tidak akan ada Adam diatas muka bumi ini
jika tidak kerana pengorbanan seorang Hawa.”
Lilik yang diam akhirnya bersuara sambil membisikkan
sesuatu dengan kami berdua.
“ Jom kita jadi seperti burung. Terbang kemana sekalipun tetap
bersama. Tak pernah berpisah. Keluar pagi bersama. Pulang ke tempat
masing-masing pun bersama. Tak pernah pun bergaduh.Itu pun satu pelajaran dari
Allah untuk kita. Ukuran ukhwah seukhwah burung.Itulah dia ukuran ukhwah
pencinta Ilahi.”
Auto Dan Manual??
Subhanallah!! Kalimah itu terpacul seketika dari bibir yang diciptakan
Allah ini untuk berbicara akan kata-kata
yang baik,kata yang berhikmah , kata-kata yang memberi nasihat pada diri dan orang lain
Sedang aku sibuk menelaah buku ilmiah berkaitan islamik iaitu buku Gent
Islamik , aku terpandang akan satu kata-kata berkaitan auto dan manual .Namun
apa yang dikaitkan dibuku itu berkaitan auto dan manual adalah kereta , namun mungkin dengan akal
yang senipis bawang itu Allah kurniakan padaku ilham untuk menilai maksud
disebalik auto dan manual.
Aku terfikir makna kehidupan. Hidup memberikan maksud yang sukar
dijangka oleh manusia terutamanya aku yang masih berjinak-jinak mengenal kekuasaan Allah sebagai penciptaku yang
mutlak. Segalanya aku sandarkan pada Allah biarpun kadang-kadang nafsu itu cuba menguasai akalku.
Surah Al ikhlas ayat 2 .
"
الله الصمد "
( Allah adalah tempat aku
bergantung )
Nah!
Sebaik-baik pergantungan adalah kepada Allah Tuhan
sekalian alam. Apapun yang berlaku datangnya dari Allah , dan kepadanya jua
tempat kita berserah dan bertawakal. Ingatlah kembali maksud surah al ikhlas
itu. Biarpun ayatnya pendek tapi maksudnya cukup menggerunkan jiwa-jiwa yang
memandangnya dengan disertai hidayah Allah yang Maha Agung!!!Allahuakbar!!!!
Kembali pada persoalan diatas. Hidup
manusia telah terbentang dua jalan dan
dua pilihan. Jalan mana yang selalu jadi pilihan. Cuba kita renungkan dan
kaitkan dengan kehidupan kita hari ini. Ada orang untuk mendapatkan kesenangan
dan kekayaan dengan mudah sanggup menggunakan
jalan yang salah semata-mata untuk mencapai matlamat tersebut. Ya!! Memang
benar hamba Allah itu sudah berjaya
mencapai sasarannya. Maka bergembirallah hamba Allah itu. Tapi cuba kita
fikirkan kembali adakah semua itu bertahan lama? Kekal hingga selamanya? Senang
cerita adakah keberkatan mengiringinya. Astaghfirullahaladzim!!!! Semoga kita
dijauhkan dari ujian ini . Banyakkanlah berdoa pada Allah yang satu.
Ada segolongan hamba Allah yang lain pula , terasa cemburu sekali dek
melihat hamba Allah yang seorang lagi mudah benar mendapat apa yang
dihajatinya, tidak perlu butuh pada pekerjaan yang banyak untuk mendapatkannya.
Terkadang dihina dan dicaci kononnya apa yang dilakukannya hanyalah kuno
semata-mata. Memang benar ia kuno , tapi kuno pada pandangan manusia yang jahil
yang tertipu dengan nafsu semata-mata . Tapi bagi Allah apa yang dilakukan
hamba Allah itu cukup mulia disisinya.
Buat
hamba Allah yang sabar ini akhirnya tersedar
lamunan. Astaghfirullahaladzim! Aku tak seharusnya berfikir seperti ini.Biarpun
susah tapi rezeki yang diperolehi diiringi dengan rahmat dan keberkatan dari
Allah SWT. Biarpun hidup susah yang penting bukan memilih jalan yang senang untuk
mendapatkan sesuatu itu.Tidak ada matlamat menghalalkan cara!! Islam tetap
Islam!! Syumul dari segenap aspek. Biarpun susah hidup yang ditempuhnya , yang penting
pandangan Allah yang diutama kan..
Sama
juga dengan kisah Auto dan Manual. Jika kita singkap sedikit , kehidupan kita
ibarat ini.Jika kita bertanya pada kebanyakan
orang yang membawa kereta, agak-agak yang mana jadi pilihan mereka.Pastilah
Auto bukan! Kerana apa? Kerana ia mudah! Tak perlu kejap-kejap tukar gear,
tekan minyak sahaja. Kan mudah tu. Begitulah sipi-sipi jawapan yang sering diterima . Tidak seperti
manual susah.
“
Asyik-asyik tukar gear bolehnya kalau
terlupa tukar gear , salah tekan gear kan ke bawa pada kemalangan.”
Ketahuilah
biarpun kita pilih auto atau manual. Pastinya kita punya alasan yang tersendiri.
Hidup ini perlu pada perjuangan , perlu pada istiqamah , perlu pada kesabaran ,
perlu pada nilai etika dan perlu pada segala-galanya. Biarpun auto mudah, terdidikkah
kita pada erti nilai kehidupan.Terdidik kah jiwa kita sepenuhnya pada nilai
erti sabar. Renungkanlah dengan pandangan mata hati dan jangan sesekali kita biarkan pandangan
nafsu itu mengawal dan menguasai hati dan mata kita..
Biarpun
manual itu sukar tapi ia membuatkan kita terfikir sejenak pada kotak pemikiran
yang kecil ini. Kadang-kadang kita selalu mengeluh. “ Ish!!susahnya manual ni.
“ Nah! Cuba kita fikir , hal tersebut sudah menunjukkan manual ini memainkan peranan
penting dalam mencorak kesabaran dan baik sangka kita pada sesuatu yang terjadi.
Dilahirkan
kita atas muka bumi Allah ini adalah untuk menegakkan risalah dan kalam Allah!
Dunia hari ini entah hampir pudar
ditelan arus kemodenan dalam menyelusuri arus kejahilan.Astaghfirullahaladzim! Ya
Allah sucikanlah hati2 kami..
Saidina Umar Bin Al-Khattab pernah
berkata :
Apabila kamu berasa letih setelah berbuat
kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan
kekal selamanya. Namun, sekiranya kamu bersenang-lenang dengan dosa,
sesungguhnya kesenangan itu akan hilang tetapi dosa yang dilakukan akan terus
kekal.
Takut Tapi Buat!!
“ Kakak! Jom kita jalan tengok
orang kahwin. Tak lama kejap sahaja.”
Aku mendengus seorang diri. Tika itu aku sedang membaca kalam Al- Quran
Surah Yunus. Bukan aku tak ingin pergi ke rumah orang kahwin , tapi pelbagai
andaian menerjah kotak pemikiranku. Bila datang tengok orang kahwin , tak lain
tak bukan karoeke menjadi hiburan. Tak kira samaada keluarga terdekat atau
jiran kampung sebelah. Hal itu membuatkan aku lali. Aku lebih selesa duduk
seorang diri di rumah dibandingkan ke tempat seperti itu. Lantaran permintaan
makcikku , ku gagahkah kakiku melangkah.
Aku masih teringat , malam itu cukup sayu dengan tangisan hujan yang
mengiringi. Aku berbaik sangka dengan turunnya hujan rahmat tersebut.Mungkin
ada hikmahnya yang tidak aku ketahui.Sampai sahaja di rumah tersebut , ku lihat
pancaragam karoeke siap dengan pesertanya sekali.Aku berdoa di dalam hati moga
hati makcikku dilembutkan untuk balik cepat.
Entah kenapa malam itu , aku terasa ada sesuatu yang menarik aku untuk
berada lama di rumah orang kahwin tersebut. Kami berada di rumah itu usai habis
majlis. Pada mulanya , hatiku tenang dengan adanya majlis marhaban,berzanji dan
qasidah. Aku berdoa moga hujan makin kuat agar majlis karoeke itu tidak dapat
dijalankan.Tidak berapa lama kemudian, hujan yang renyai-renyai turun dengan
lebatnya. Aku mengaminkan doa didalam hati.
Sangkaanku meleset. Ku sangkakan dengan turunnya hujan lebat ,
pancaragam itu tidak dijalankan. Nafsu manusia tidak ada siapa yang dapat
mengelak..
Aku teringat dalam satu kisah berkaitan nafsu. Nafsu ini amat sukar
dididik. Biarpun dimasukkan ke dalam penjara Allah tetap juga tidak mengaku
Allah itu sebagai Tuhan dan tidak mahu tunduk patuh kepada Nabi Adam. Hal itu
berlanjutan dengan lamanya hinggalah saat allah mengatakan nafsu itu amat sukar
dididik. Ya! Memang benar. Nafsu itu amat sukar dididik. Kerana itu perlunya
kita mendidik nafsu agar tunduk dan akur
pada perintah Allah dan Rasul. Menjauhi segala larangan yang ditegah. Justeru
itu , kita diminta untuk berpuasa dan melakukan amalan lain yang dapat
mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar daripada kemaksiatan.
Aku bersyukur jua makcikku mengajak aku pulang
pada saat majlis karoeke itu ingin dimulai. Keluar sahaja aku dari rumah
pengantin , aku dan makcikku beriring mengikuti jalan yang sedikit sunyi di
bawah kolong rumah yang berdekatan dengan orang kahwin disebabkan jalan yang
sedikit lecak.
Hanya Allah yang Maha Tahu betapa terkejutnya aku. Aku melihat sendiri
dengan mata kepalaku tin arak diatas meja. Adakah kerana aku bertudung labuh
litup , tin arak itu disembunyikan dariku saat aku melihat mereka satu-persatu.
Untuk apa aku ditakuti. Bukan padaku selayaknya ketakutan itu dilabuhkan tapi
kepada Allah semutlaknya. Allah Maha Melihat atas segala yang dilakukan. Tak
pernah terlepas walau sesaat. Amat jelas di penglihatanku wajah-wajah itu. Aku
kaku sebentar di tapak itu. Aku melihat keadaan sekeliling , penuh dengan meja
judi. Saat itu, air mataku jatuh bergenang kerana aku tidak mampu melakukannya
keseorangan lebih-lebih lagi pada waktu itu adalah malam. Tidak sesuai untukku
sebagai seorang gadis.
Aku tahu mata-mata mereka memerhatikan aku hinggalah saat kaki melangkah
masuk ke dalam kereta , baharulah tin arak itu dikeluarkan. Takut tapi buat
juga. Inilah akibatnya jika majlis yang penuh barakah diselang-selikan dengan
hiburan yang melalaikan.
Terdetik dimindaku , mengapa hiburan seperti ini tidak dibenarkan dalam
syarak. Inilah akibatnya , pelbagai risiko yang harus ditanggung. Memang!!
Hiburan seperti itu amat menghiburkan kerana bebas bergaul antara lelaki dan
perempuan. Menyanyi sambil berduet. Bukankah dengan cara itu kita telah membuka
ruang kepada Syaitan durjana untuk menghancurkan lagi anak-anak Adam? Ada yang
siap berjumpa berduaan , berjudi , minum arak ditempat yang tersorok. Benar tuan
rumah tidak melihatnya , tapi kepada siapa dosa itu selebihnya. Bukankah kepada
tuan rumah? Kenapa?Kerana tuan rumah itulah yang menjadi urus setia.Itu hakikat
yang harus kita fahami. Dan hakikat itulah yang sering disalahertikan.
Mendahulukan adat daripada syariat.
Pulang sahaja aku dari rumah , aku melihat wajah nendaku. Tangannya
sibuk dengan benang yang berpintal di tangan. Nendaku menegurku sambil kaca
matanya disingkap.
“
Kakak kenapa? Macam ada masalah sahaja.”
Aku memandang wajah nendaku.
“
Nek.kalau nanti ditakdirkan kakak kahwin , nenek nak ke majlis karoeke nanti.”
Aku sengaja menguji nendaku. Mindaku
telah siap dengan jawapan berserta penerangan yang sesuai dengan aras pemikiran
orang tua.
“ Tak tahu. Ikut keluarga. Kenapa?”
“ Apa pandangan nenek tentang arak , judi
, dan jumpa lelaki perempuan sambil berpegangan tangan.?”
Nenekku kebingungan sendiri.
“ Memanglah tak baik. Itu kan memang sah
diharamkan dalam Islam. Allah pun marah.”
Aku tersenyum sambil duduk dihadapan
nendaku.
“ Nek. Kalau nenek tak mahu semua tu ada
dalam majlis kahwin kakak , jangan
pernah panggil pancaragam seperti itu.Kahwin ni untuk mencari keberkatan sebab
waktu tu Syaitan lari lintang-pukang . Saat tu juga Syaitan menangis sebab
tujuannya untuk menyesatkan anak Adam tak berjalan.Biarlah kita tidak ada
hiburan macam tu yang penting kita dapat capai redha Allah. Kalau pun kita
terhibur tapi dalam masa yang sama kita buka ruang untuk melalaikan orang lain
macammana? Biarpun diorang berdosa , dalam masa yang sama kita pun berdosa
malahan lebih pada kita sebab tu majlis kita.Kita yang menganjurkan dan kita
yang buka ruang.”
Nenekku hanya tersenyum padaku sambil air
matanya mengalir. Hati tua amat mudah tersentuh lebih-lebih lagi bila
mengetahui hakikat kebenaran.
“ Nenek baru tahu.InsyaAllah. nanti kalau
kakak ada rezki kahwin kita tak panggil macam tu.”
Aku hanya akur. Itulah impianku. Mendirikan baitul muslim tanpa dicemari
dengan noda-noda. Biar pada pandangan
orang lain itu kecil tapi bagiku yang kecil itulah yang bahaya kerana jika
dibiarkan akan melarat.
Secara tidak langsung aku teringat tazkirah dari seorang sahabat
sekelasku Harris merangkap seniorku di
IPG. Waktu itu kami diminta untuk memberikan tazkirah oleh pensyarah pengajian
agama iaitu Ustaz Harun. Dalam tazkirahnya lebih merujuk kepada api yang
kecil.Api yang kecil?? Itulah tazkirahnya. Pelik tapi benar.
Harris menyampaikan tazkirah tersebut dengan bersungguh-sungguh. Berkat
azamnya , membuatkan hati kecil ini tersentuh dan sebak. Kata Harris kisah ini
tentang seorang budak kecil yang sibuk menangis melihat api.
Saat itu , Saidina Umar Bin Al-Khattab melihat
kejadian tersebut lantas mendekati:
X
“ Wahai anak kecil , mengapakah engkau menangis.?”
“
Ya Amirul Mukminin. Aku menangis sebab takut masuk api neraka.”
Saidina Umar terkejut lantas memujuknya.
“
Wahai anak kecil. Jangan bersedih. Anak yang kecil tidak akan masuk neraka.”
“
Wahai Amirul Mukimin. Bagaimana mungkin anak kecil tidak akan masuk neraka
sedangkan aku melihat unggun api ini dinyalakan dengan meletakkan
ranting-ranting kecil terlebih dahulu. Setelah itu baharulah diletakkan ranting
dan kayu yang besar.”
Saidina Umar terdiam seketika.
Aku terpana pada kisah itu. sedangkan anak yang sekecil itu lebih
mengerti akan azab Allah apatah lagi orang besar. Aku rasa terpukul dan
menaakul diriku sendiri. Pernahkah aku terfikir hingga ke tahap itu dikala aku
kecil malahan hingga kini. Rendah diri aku dibuatnya lantaran dunia yang menjadi
junjungan.
Kad Pengenalan
Hari-hari yang ku lalui penuh dengan persoalan. Cakna minda
berlegar-legar di pelusuk pemikiran. Sepanjang aku bersekolah di sekolah biasa
ini hampir setahun , pelbagai kenangan terlintas di minda. Aku tidak tahu
bagaimana bisa aku kehilangan kad pengenalan.Tika itu , aku baru sahaja pulang
dari sekolah. Kebiasaannya aku akan mengemas buku-bukuku untukku susun atur
diatas meja. Ini memudahkan lagi jadualku mengulang kaji.
Malam itu usai menunaikan solat Isya’ , aku melihat ke dalam begku. Aku
tercari-cari beg kecilku. Berkali-kali aku menyelongkar , tidak juga berjumpa.
Aku menjadi risau. Habis bilikku ku selongkar. Aku dapat merasakan air mataku
mulai menitik. Secara tidak langsung fikiranku menerawang jauh. Dalam beg
kecilku itu tersimpan kemas duit , kad pengenalan , pendrive dan kad bank.
Dengan peperiksaan SPM yang bakal berlangsung dalam 3 bulan sahaja lagi
menjadikan aku tidak tentu arah.
Kukuatkan hati untuk melakukan solat sunat taubat dan istikharah. Aku
tahu tidak akan terjadi suatu perkara melainkan tidak dengan izinnya. Aku yakin
pasti ada jalan untukku berjumpa dengan barang milikku. Hal itu ku sembunyikan
dari pengetahuan keluargaku. Aku tidak mahu mereka risau. Biarlah aku
menyelesaikannya sendiri.
Sepanjang 3 hari aku masih lagi
tidak berjumpa dengan beg kecilku.Hinggalah suatu masa , sahabatku Lilik
bertanya padaku. Tika itu , kami sedang menunggu bas untuk balik ke rumah.
“ Nur Kenapa? Ada masalah. Sejak 3 hari
ini , macam tak keruan saya tengok kamu.”
Aku tidak dapat menahan tangisku lantas
ku peluk sahabatku.
“ Saya risau Lik. Kad pengenalan , dan
Kad Bank saya tercicir. Saya tak ingat jatuh kat mana. Saya risau sebabnya kad
pengenalan tu sangat diperlukan lebih-lebih lagi sekarang ni proses persediaan
untuk SPM.”
Lilik memegang bahuku dan memberikan
kata-kata semangat untukku.
“ Tak apa Nur. Allah takkan timpakan
sesuatu ujian keatas hambaNya diluar batasan kemampuan kita. Allah tahu kamu
mampu sebab tu Allah uji sedemikian. Sekarang ni , kamu tenangkan diri. Erm ,
family kamu tahu tentang ni?”
Aku melihat sahabatku dan menggelengkan
kepala.
“ Tak tahu. Saya tak berani. Saya tak nak
family risau.Dalam masa yang sama takut kena marah juga sebab hampir 3 hari
saya rahsiakan.”
“ Tak apa Nur. Saya faham kondisi kamu.
Sekarang ni kita gerak pergi pekan (kedai). Kita singgah solat kat masjid pekan
dulu lepas tu kita terus laporkan hal ni kat polis, Sebab benda ini penting untuk
buat kad pengenalan baru. Setelah tu , kita pergi pejabat pendaftaran. Selesai
hal tu , kita terus pergi bank untuk block kan kad bank kamu.”
Panjang lebar Lilik menerangkan kepadaku
jadual perjalanan pada hari itu. Tiba sahaja kami di masjid pekan , kami
terserempak dengan sahabat perjuangan Nisa. Nisa bersekolah di SMK Pekan.
Perkenalan kami bermula melalui tapak program hinggalah ke hari ini. Ukhwah itu
tetap utuh lantaran dakwah dan aqidah yang diperjuangkan.
“ Tak apa , saya ikut sekali lah temankan
kamu berdua selesaikan hal ni.Jangan risau ya.”
Nisa menawarkan diri untuk bersama kami.
“ Tak menyusahkan ke Nisa? Saya rasa
bersalah ni.”
“ Tak menyusahkan pun sahabat. Kamu dah
banyak tolong saya. Kali ni turn saya dan Lilik pula.”
Nisa mengangkat kening sambil memandang
kearah Lilik.
“ Betul tu Nur. Guna duit kami dulu ,
nanti bila dah ok baru bayar balik. Tak bayar pun tak apa , janji kasih kita
dalam persahabatan tetap utuh. Bukan wang ringgit yang jadi ukuran tapi
keikhlasan. Kita cuba didik dan semai dalam diri kita untuk ikat ukhwah kita
seperti zaman para sahabat. Sanggup mengorbankan harta , masa, tenaga dan jiwa
untuk sahabat.”
Air mataku mengalir sambil bahuku
terhenjut-henjut. Aku memeluk kedua sahabatku.
“ Nisa dan Lilik. Saya rasa sangat terharu.
Jujur , saya tak pernah jumpa dan rasa ukhwah manis macam ni. Saya sayang kamu
dua.”
Lilik dan Nisa menenangkanku sambil
tersenyum.
Usai solat kami bergegas ke balai polis dan melaporkan kehilangan
tersebut. Setelah itu , kami pergi ke pejabat pendaftaran. Sepanjang menunggu
bas , aku dan sahabat-sahabatku sempat lagi berdiskusi tentang subjek SPM.
Kami berbincang tentang subjek sejarah tingkatan 5 berkaitan politik.Sekeliling melihat kami sambil kehairanan. Pandangan itu
tidak kami pedulikan. Selang 20 minit menunggu , akhirnya kami ditumpangkan
oleh seorang makcik.Sepanjang perjalanan itu , makcik tempat kami menumpang
banyak bercerita tentang perihal dirinya. Kami pula hanya menjadi pendengar
setia. Rasa seronok mendengar kisahnya berhijrah. Menjadi iktibar buat kami
bertiga.
Aku teringat pesanan makcik itu sekilas kami turun dari kereta yang kami
naiki. Sewaktu menyalami tangan makcik itu , dia sempat berbisik di telingaku:
“ Jangan sedih nak. Hilang kad pengenalan dan kad bank boleh buat lagi.
Tapi kalau hilang hidayah Allah sukar kita nak dapat lagi. Belajarlah erti
bersyukur dalam menerima erti ujian. Ujian itu bukan melemahkan tapi menguatkan
hati kita. Sebab dengan adanya ujian , kita dapat memperbaharui iman kita lagi.”
Aku terpaku dengan nasihat itu.Aku tahu
ianya datang dari Allah agar aku lebih
kuat menghadapi ujian ini tapi bersandarkan kepada makcik itu sebagai wasilah.
Aku bersyukur kerana Allah masih sudi memandang dan menyayangiku.
Hidup Berjemaah ;
Sedang aku meneliti buku karangan sasbadi di pusat sumber , Lilik
menepuk bahuku dari belakang. Aku mengukir senyuman buatnya. Kecil-kecil cili
padi.Diam-diam ubi berisi.
“ Jom tambah amal. Bulan ni kita solat berjemaah kat masjid untuk Zohor
dan Asar. Kita kumpul kat masjid pekan. Semalam Nisa dah mesej semua sahabat
kita dari tiap sekolah. InsyaAllah semua datang jika tidak ada sebarang
halangan.”
“
Alhamdulilah. Semoga Allah redha. Bila start?”
Aku bertanya tanda tidak sabar. Hal itu
sememangnya telah aku harapkan sejak dari dahulu lagi.
“
InsyaAllah hari ini. Habis kelas kita terus solat kat masjid pekan ya.”
“
InsyaAllah boleh Lik. Then jangan lupa juga temujanji kita tiap hari jumaat
usrah dengan budak sekolah kita. Itu nadi kekuatan sekolah kita.”
“
Takkan dilupa. Jangan lupa juga hujung minggu ni usrah tiap naqibah.”
Aku hanya tersenyum sambil mengiayakan.
Sekilas mengimbau kenangan lalu. Teringat
memori terindah di SMKA. Semua telah tersedia termasuk jadual imam yang mana ianya
dimonopoli oleh pelajar. Tapi semenjak bersekolah biasa , aku harus menerima
hakikat bahawasanya hidup ini tidak selamanya sentiasa disuap. Semuanya perlu
dicari hatta memerlukan pengorbanan yang tinggi terutamanya dalam usaha untuk
menginfakkan diri menunaikan solat secara berjemaah. Aku bersyukur dikurniakan
sahabat-sahabat yang amat mementingkan solat berjemaah dalam kehidupan.
Disini aku dapat melihat keikhlasan hati sahabat-sahabatku. Kami
berbincang sesama kami akan perancangan sepanjang bulan Ramadhan hinggalah kami
menemukan satu keputusan.Kami bersetuju memilih sahabat kami Nisa yang akan
memegang amanah sebagai setiausaha bagi melicinkan lagi projek ini.
Aku , Lilik dan kak Suzi pula diamanahkan untuk memberikan usrah bagi
tiap sekolah. Dimana kami telah tetapkan beberapa tarikh yang sesuai untuk
turun memberikan usrah mahupun tazkirah.Kenangan yang masih segar diingatanku.
Tatkala itu kami turun memberikan usrah di sekolah lamaku iaitu sekolah agama
satu-satunya yang terdapat di daerahku. Usrah itu berjalan dengan lancar sesuai
dengan kehendak kami. Alhamdulilah.
Rahmat Allah datang buat kami. Ditakdirkan
sewaktu kami ingin beredar untuk pulang , hujan lebat mengiringi kami. Serba
salah kami ingin meredah hujan tersebut. Buku-buku sekolah kami cuba selamatkan
sebaik mungkin. Dengan kekuatan yang ada , hujan itu kami redah bersama. Kami
terpaksa berhenti dan singgah di surau Petrol Shell. Kami melihat jam telah
menunjukkan waktu asar. Tanpa melengahkan masa , kami bergegas mengambil wudhu
dan menunaikan solat asar tersebut diimami oleh kak Suzi sendiri. Usai itu , kami
berdoa moga hujan cepat reda.
Sepanjang 20 minit menanti , akhirnya hujan tersebut reda. Kami
meneruskan perjalanan. Saat itu jam menunjukkan jam 4.30 petang. Bas yang
dinanti tidak juga kunjung tiba. Lantaran itu kami mengambil keputusan untuk
melakukan ekspedisi dengan berjalan kaki.
“
Akak rasa better kita jalan kaki sahaja , nanti kalau bas ada kita tumpanglah.
insyaAllah. Lagi lama kita tunggu takut tak ada. Lebih baik kita ikut plan B
yang sedia ada.”
Kak suzi mengetuai ekspedisi kami.
Sepanjang ekspedisi itu , kak Suzi memasang lagu-lagu haraki agar tidak terasa
kepenatan berjalan kaki. Terasa sekali keseronokan duduk dalam saff ukhwah
seperti ini.
“
Nur penat tak? Kalau penat mari saya tolong bawakan buku-buku kamu.”
“ Tak penat Lik. Saya rasa seronok. Boleh
masuk diary kisah kita ni. Tak pernah lagi buat ekspedisi macam ni. “
Kak Suzi menambah sambil mengenggam tangan
kami berdua.
“
Tak mengapa dik. Kita ekspedisi kerana Allah. insyaAllah tak terasa kepenatan
walaupun kita berpuasa. “
“
Betul kak. Erm , Lilik dan kak Suzi. Saya nak bagitahu sesuatu ni boleh tak?”
“
Boleh sahaja dik. Apa ?”
Aku
mengenggam erat tangan keduanya. “ Jangan pernah lepaskan tanganku ya. Tolong
genggam tangan saya erat-erat agar kita tak jauh.”
Kak Suzi memandangku dengan penuh makna. Lilik
pula tersipu malu.
“
InsyaAllah dik. Bersama kita mengenggam erat menuju SyurgaNya. Allahumma amin!”
Dakyah oh Dakyah
“
Ok semua. Sila ambil perhatian. Tengok buku latihan masing-masing. Dalam soalan
ni merujuk kepada rajah 11.2 menunjukkan perubahan fizik yang berlaku ke atas
tiga bahan yang berlainan. Dalam soalan ini kamu diminta untuk membina konsep
tentang perubahan fizik. “
Cikgu Mark nampak hebat dalam proses pengajarannya. Pelajar kelas 5 ICT
sibuk membuat latihan yang diberikan oleh cikgu Mark. Tidak lama setelah itu ,
cikgu Mark tidak semena-mena mengemukakan persoalan tentang kepercayaan aqidah
kepada kami. Serta-merta aku teringat pesanan Cikgu Azrul tempoh hari agar berhati-hati dengan Cikgu Mark. Nampak
biasa namun penuh dengan strategi menyebarkan dakwah agamanya.
“
Kamu percaya dengan akidah Miza.”
“
Aqidah?? Apa tu. Saya tak faham cikgu.”
Cikgu Mark hanya tersenyum. Sahabat
sekelasku Nasrul dan Ain memandang kearahku.
“
Nur. Cikgu Mark mula strategi tu. Kesian Miza. Nanti dia ragu-ragu dengan agama
kita. Kami tak mampu jawab sebab berkaitan agama ni kami kurang. Lagipun kami
tak macam kau. Terjaga diri dan pandangan.”
Aku memandang keduanya. Aku sendiri
kekurangan Ilmu. Aku mendiamkan diri buat seketika untuk melihat tindakan cikgu
Mark.
“
Hari tu saya tengok video tentang orang Islam. Dalam video tu berkaitan dengan
suara orang yang disiksa didalam kubur. Bagi cikgu tidak logik langsung. Mana
mungkin orang yang telah mati boleh dengar suaranya kan Nurul.”
Nurul dengan lantangnya bertanya :
“
Habis tu cikgu , apalah kesudahannya?”
“
kamu ini nama sahaja orang Islam , takkan itu pun tak tahu. Kan itu yang ada
dalam agama kamu. “
“
Mana kami tahu cikgu.” Nurul membalas dengan nada bosan.
“
Sebab itu cikgu tanya aqidah dengan kamu. Percaya atau tidak. Kamu percaya
Tuhan kamu wujud?”
Aku yang diam menggerutu didalam hati. Sah!
Memang cikgu memulakan kembali dakyahnya dengan mengelirukan sahabatku. Namun
aku masih mampu bersabar dan mendiamkan diri kerana aku tidak ingin dianggap terlebih
memandai.Pabila aku melihat sahabatku Miza dan Nurul mula ditertawakan oleh
pelajar Kristian kelasku , aku berdoa didalam hati moga Allah memberikan
kekuatan padu dalam diriku. Aku juga berdoa moga diberikan ilham untuk menjawab
persoalan cikgu Mark dengan sebaik-baik hikmah. Saat itu , aku sendiri tidak
mengerti akan diriku mengapa secara tiba-tiba aku minta izin dengan cikgu Mark untuk
keluar kelas.
“
Hai ustazah. Melarikan diri. Takkan tak sudi tolong kawan-kawan. Kan Islam itu
hidupnya bantu-membantu sesama sendiri.”
Sindiran itu begitu pedas di telingaku.
Aku melihat suasana kelasku . Pelajar Kristian semuanya sibuk memandang
kearahku. Aku terdiam sejenak. Mungkinkah jika aku berdiam diri menandakan aku
menyerah kalah atau melarikan diri. Aku kebingungan sendiri.Aku terpaut untuk
menjawab soalan tersebut setelah sahabatku Miza bertanya padaku. Aku sendiri
terkejut dengan persoalan itu.
“
Iya Nur. Betul juga apa yang cikgu Mark cakap tu. Aku rasa lah sebab macam
logik. “
Ya Allah! Berilah aku ilham dan keyakinan
sepenuhnya untuk menerangkan kepada sahabatku. Berilah aku kekuatan untuk
mendiamkan Cikguku ini. Bukan niatku ingin memalukannya melalui jawapan ku ini.
Bukan juga niatku untuk memerli dan kurang sopan terhadapnya. Untuk agamaMu Ya
Rabbi , simpulkanlah tali kekuatan itu dihati kecil ini.”
“
Cikgu saya nak minta izin keluar bukan sebab saya nak keluar , tapi saya nak
keluar sebab saya nak cikgu fahami maksud saya keluar. Sebab saya nak jawab
soalan cikgu lah saya keluar.”
Cikgu Mark mula menunjukkan muka tidak senang.
“ Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa
ketepikan cikgu dalam hal ini.” Aku berbicara sendiri didalam hati.
“
Macam ni cikgu, tadi cikgu cakap
berkaitan video tu. Cikgu cakap tak logik boleh dengar suara orang dalam kubur.
Pada pandangan cikgu sendiri agak-agak cikgu rasa logik tak jika saya katakan burung boleh terbang menembusi langit.”
“
Kamu ni lagi satu. Burung mana boleh terbang menembusi langit. Lagipun burung
ada tahapnya terbang. “
“
Itu jawapan saya untuk persoalan cikgu. Macam mana cikgu boleh kata tak logik dengar suara dalam kubur begitu
juga cikgu cakap berkaitan burung tak logik boleh terbang menembusi langit.
Senang kata tak masuk akal. Sebenarnya burung boleh sahaja terbang cikgu.Apa
yang susahnya , bawa sahaja burung itu masuk ke dalam roket. Kan terbang juga
namanya. Itu jawapan yang sesuai cikgu , bagi
yang bertanya soalan tahap
kebudak-budakan. ‘
“ Kita sebenarnya dewasa. Kita tahu sejauh mana pemikiran kita.Kita
faham kita ada konsep pemahaman agama masing-masing. Cikgu ada fahaman sendiri
dan kami Islam ada fahaman sendiri. Cikgu bertanyakan soalan akidah kepada
sahabat-sahabat saya. Cikgu sendiri sedia maklum , tidak semua orang faham
agama dari sudut keseluruhan. Bukankah itu salah dari sudut etika perguruan?
Tidak dibenarkan menyebarkan dakwah atau mengelirukan fahaman agama bagi tiap
pelajar. “
“
Kalau benar nak sangat bertanya , kenapa tidak bertanya sendiri kepada saya.
Kenapa mesti mengelirukan sahabat-sahabat saya. Sekarang saya nak bagi
persoalan pada cikgu. Kat kelas kita ni
benda apa yang cikgu percaya.?”
Persoalan itu ku ajukan pada cikgu. Cikgu Mark
terdiam sebentar.
“
Cikgu percaya dengan hapak?”
“ Percaya.” Jawapan yang simple tapi
berbaur ketidakselesaan.
“Cikgu Nampak tak hapak tu? Tidak kan.
Tapi cikgu percaya dia wujud. Macam itulah Tuhan kami cikgu. Tak perlu Nampak ,
tapi perlu pada keyakinan dan kepercayaan sahaja. Kalau kami tahu Tuhan kami
berada dimana , maka kami akan beribadah dengan Tuhan kami disatu tempat
sahaja. Tempat lain bebas melakukan dosa. Sebabnya? Tuhan tak Nampak. Tempatnya
kat situ sahaja dan paling penting kami tahu dia berada di mana. Tahap
kecintaan kepada Tuhan pun kurang. Sebab tu , kami tak tahu Tuhan kami berada
di mana. Dia sentiasa berada di mana-mana.Untuk melakukan dosa pun segan dan
takut sebab kami sentiasa rasa Tuhan kami perhatikan kami.”
“
Cikgu saya minta dengan cikgu. Persoalan akidah dan isu agama ni tak masuk pun
dalam silibus subjek kita. Tak masuk pun dalam SPM. Saya minta dengan cikgu
tolong hormati hak agama kami. Saya minta maaf banyak-banyak jika cikgu terasa
hati dengan apa yang saya katakan. Cikgu yang meminta saya menjawab persoalan ,
dan saya telah menjawabnya.Itu hak cikgu nak anggap saya kurang sopan atau
tidak. Apa yang saya fahami, sepanjang saya cakap dengan cikgu , saya cuba
sebaik mungkin berlembut bicara biarpun cikgu perli saya tadi. Apa pun saya
minta maaf sangat-sangat.”
Aku berlalu meninggalkan cikgu. Kerusiku ku tarik dan menghadap kembali
latihan yang cikgu beri. Aku tidak sanggup melihat wajah cikgu.
“ Ya Allah ampunilah aku atas
kata-kataku. Engkau sahaja yang Maha Tahu bahawa aku tidak berniat sedikitpun.
Aku hanya ingin menghilangkan keraguan yang berlagu di hati sahabatku Miza dan
temanku yang lain.” Aku bermonolog sendiri sambil tanganku menari-nari sendiri atas kertas.
“
Terima kasih Nur. Kaulah penyelamat kami.”
Nasrul menyapaku sambil tersengih-sengih.
Aku hanya tersenyum kelat. Tidak mampu kubicarakan apa yang bermukim di lubuk
hatiku.
“ Semoga
sentiasa berada dibawah lindungan Allah sahabatku. Telah sampai masanya untuk
kita tinggalkan kembali urusan dunia.Marilah bersamaku menyebarkan Islam dan
membantu sahabat kita yang lain. Dunia dah parah. Jangan kita turut menyumbang
kepada keparahan itu.
Nadwah Kepimpinan:
Saat aku menerima borang ini. Aku terdiam. Lidahku kelu tak mampu
berkata. Aku hanya melihat borang tersebut dengan pandangan kosong.Aku tidak
yakin diberikan kebenaran untuk program Nadwah ini lantaran kesihatan yang tidak
mengizinkan. Masih terngiang-ngiang lagi ditelingaku :
“
Kami harap sangat kamu dapat ikut program ni.Program ni banyak pengisian.
Dengan sahsiah kepimpinan kamu kami yakin kamu layak untuk mewakili Sabah ke
peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan bulan hadapan.”
Pesanan Ustazah Fatimah tersimpan kemas
dalam kotak pemikiranku.
“ Nur kenapa?” Lilik memandangku dengan
penuh tanda Tanya.
Aku hanya tersenyum. Akalku ligat
memutarkan sesuatu.
“ Asal kamu sergah saya , soalan kamu yang pertama mesti tanya kenapa
kan.”
Lilik tersenyum sambil meletakkan nota
dan pen di sisinya.
“ Sebab , kamu kan pen saya.”
Lilik tertawa sendiri. Aku tersenyum
riang melihatnya. Bagiku melihat sahabatku riang cukup membuatkan jiwaku
tenang.
‘ Iya lah tu. Penlah sangat. Lik , kamu
terpilih kan Nadwah tu?”
“ Iya. Kamu pun sama kan?”
Aku mengangguk-anggukkan kepala.
“ Saya tak yakin saya dapat kebenaranlah.
Lagipun minggu lepas saya baru je ikut bahas. Takkan minggu ni nak jalan lagi.
Alamat memang kena marahlah ni.”
“ Tak mengapa Nur. Cuba dulu . Kalau tak
dapat keizinan juga , jangan risau nanti saya share dengan kamu apa yang saya
dapat. Setelah tu , kita bentang. Macam biasa kesimpulannya kamu.”
“ Terima kasih Lik.”
“ Sama-sama”.
Hatiku tenang buat seketika biarpun ku tahu
aku tidak akan dapat izin dari keluarga untuk mengikuti program nadwah
tersebut. Benar jangkaanku. Sememangnya aku tidak diizinkan. Sejujurnya aku
amat bersedih namun mengenangkan janji dari Lilik , terubat juga kesakitan yang
ku alami.
“
Maafkan saya Ustazah. Saya tak dapat ikut Nadwah ni. Ustazah jangan risau.Saya
yakin dengan Lilik.InsyaAllah dia boleh lakukan yang terbaik.”
Aku cuba mengamati wajah ustazah. Jelas
kelihatan diwajahnya seraut kekecewaan.
“ Tak mengapa Nur. Ustazah faham keadaan
kamu. Sebenarnya ustazah nak sangat kamu jumpa dengan seorang ustaz ni. Dahulu
, ustaz itulah yang membangunkan Islam di sekolah ni. Lama dah. Kamu pun belum
ada disini lagi. Ustaz tu lah yang menubuhkan pusat Islam disini. Surau
Al-Muhajjir tu atas usaha ustaz tu.Banyak sangat jasanya. Ustazah nak kamu jumpa dengan ustaz tu , sebab kat
sini kamu lah yang bantu gerakkan Islam kembali. Membantu mengimarahkan surau
disamping mengajak sahabat-sahabat kamu. Ustazah banyak dengar cerita tentang
kamu. Untuk pengetahuan kamu , dalam program nadwah ni ustaz tu merangkap Kem
Komander Program. Kerana itu ,ustazah pilih kamu. Mungkin ada hikmahnya
disebalik perancangan Allah ni.”
Aku terdiam sejenak. Fikirku , mesti
ustaz ni yang menjadi pemula legasi di sekolah ni.
“ Nur.kamu ok ke?” Ustazah Fatimah
menyapaku setelah melihat aku terdiam tanpa kata.
“ Ok ustazah. Cuma saya terfikir ustaz
tersebut. Saya nak sangat jumpa dengan ustaz tu. Mesti ustaz tu seorang yang
kuat hatinya.”
“ InsyaAllah Nur. Kamu pun apa kurangnya.
Ustazah doakan moga kamu dapat bertemu Ustaz tu satu hari nanti. Pabila dah
bertemu , jangan lupa ambil ilmu darinya dan sematkan dalam diri.”
Aku tersenyum sambil mencatat sesuatu
diruangan notaku.
‘
Semoga aku bisa bertemu dengan ustaz tu satu hari nanti. Amin.’
Result Trial? Minta Maaf?
“ Nur. Saya nak jumpa kamu sekejap
boleh?”
Aku memandang kearah Scholastica. Tica
merupakan sahabat sekelasku 5ICT. Sahabatku ini ku renung. Biarpun kami berlainan
agama , itu bukan penghalang kepadaku untuk berhenti di jalan dakwah ini.
“ Boleh Tica. Kenapa? Ada masalah?” Persoalan
itu kuajukan padanya.
“ Saya nak minta maaf dengan kamu Nur.
Saya banyak buat salah dengan kamu. Saya selalu umpat kamu, selalu sindir kamu
, selalu kotorkan meja dan kerusi kamu. Saya rasa bersalah.”
Aku terkejut buat pertama kalinya. Aku
memandangnya sambil tersenyum. Tanganku memegang bahunya. Aku lihat wajahnya
yang sugul.
“ Kamu tak ada salah apa pun dengan saya
Tica. Saya tak ambil hati pun.”
Aku cuba memujuk hatiku sendiri.
Mengenangkan perbuatan mereka kepadaku selama ini membuatkan aku bersedih hati.
Bukan mudah bagiku menerima apabila dipulaukan oleh rakan sekelas hampir 8
bulan. Kesukaran itu aku alami pabila melibatkan kerja berkumpulan. Aku sering
menjadi sasaran mereka terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Menyiapkan
tugasan seorang diri membuatkan hatiku perit. Aku sendiri kurang mengerti
mengapa aku bisa diperlakukan sedemikian rupa. Aku tersentak setelah bahuku
dipegang Tica.
“ Kamu marah saya Nur?”
“ Tidaklah Tica.Tak marah pun.Saya
teringat cikgu Datu.”
“Nur , maafkan saya ya. Saya tahu sebab
sikap saya selama ni , keputusan trial saya jatuh teruk. Saya takut SPM ni.Saya
tahu sebab -sebab keputusan saya down. Saya tengok keputusan kamu maintain
sahaja. Tengok result trial ni sahaja. Apa pun tahniah Nur sebab dapat 8 A dari
10 subjek.Tak hairanlah , sekolah target kamu sebagai pelajar terbaik SPM untuk
tahun ni. ”
“ Kamu boleh Tica. Masih ada masa lagi untuk
kita study. Sekarang ni kita lupakan hal lain. Fokus study dulu.”
“
Nur , kamu mahu kan bimbing dan tolong saya lagi. Saya janji lepas ni saya takkan
sakitkan hati kamu lagi.Saya betul-betul menyesal. Lagi satu , kalau diorang
Eli dan kawan yang lain pulaukan saya , kamu janji jangan tinggalkan saya ya.”
“ Saya tak pernah tinggalkan kawan-kawan
saya Tica.”
Aku tunduk seketika. Aku cuba memujuk
hatiku dengan membuang segala kisah lalu.
“ Nur. Saya nak tanya , macam mana kamu
boleh sabar macam ni? Lebih – lebih lagi sikap kami dengan kamu selama ini.”
“ Entahlah Tica. Saya pun tak tahu. Bagi
saya apa yang berlaku tu semuanya kehendak Dia. Tugas saya adalah akur dan
patuh. Saya tahu Tuhan saya sayang saya , sebab tu saya diuji seperti ini. “
“ Kamu sayang Tuhan kamu?”
Soalan Tica membuatkan aku terpaku.
“ Sayang. Sebab kalau tidak sayangnya ,
saya tidak akan jadi seperti ini.Saya tidak akan jadi sesabar ini. Biarpun saya
dipulaukan atau dibenci , saya tahu Tuhan saya tak pernah pulaukan saya. Saya
tahu kala itu Tuhan saya ajar saya untuk bersifat ikhlas dan sabar dengan
kehidupan.”
Tica mengangguk-anggukkan kepalanya.
“ Lagi satu soalan saya pada
kamu. Bagaimana kamu boleh kekal dengan pakaian labuh kamu ini? Saya tak pernah
nampak kamu pakai tudung kecil termasuk hand sock kamu. Saya tak pernah nampak
kamu tanggal. Selalunya student agama yang pindah dari sekolah agama ni mesti
tukar fashion bilamana pindah di sekolah biasa. “
“ Tica. Tidak semua pelajar agama seperti
itu. Mungkin diorang ada masalah yang tersendiri yang kita tak tahu.Kita
berbaik-sangka sahaja. Apa yang kami pelajari disana semuanya baik. Cumanya
kita berbeza penerimaan Tica. Macam kamu juga , adakah semua mengamalkan apa
yang agama kamu ajarkan?”
“ Betul tu Nur. Agama saya juga tidak
semua mengamalkan apa yang Tuhan kami suruh. Saya pun kadang-kadang lalai
juga.”
“ Tak mengapa Tica. Saya ada Tuhan saya
dan kamu ada Tuhan kamu. Kita taat pada Tuhan kita masing-masing. Kalau kita
sedih atau ada masalah , dekatkan diri pada Tuhan kita. Sentiasa berbaik-sangka
pada Tuhan kita. Apa pun ujian yang diberi , kita terima dengan redha. Kita tak
tahu mungkin dengan ujian yang diberi tu , Tuhan kita nak bagi kejayaan kan?
Kita hormat agama kita , Cuba amalkan sepenuhnya apa yang diajar. Memang susah
, tapi kesusahan tu pasti menjanjikan kemanisan dalam kehidupan. ”
“ Nur saya tak pernah dengar nasihat
macam ni ooo..pertama kali dalam hidup. Terima kasih ya. Saya silap pandang
kamu selama ni. Saya sangka kamu sama macam kawan-kawan kamu yang lain. Erm ,
kenapa kamu panggil saya sahabat?”
“ Itulah yang diajar dalam agama kami
Tica sentiasa berpesan dan saling menasihati kearah kebaikan.Sahabat? Sebab
kamu memang sahabat saya. Kawan tu maknanya jauh Tica menurut pandangan
peribadi saya sendiri. Tapi kalau
sahabat , maknanya saya dah jatuh sayang dengan kamu.Kalau kamu ada masalah
jangan segan-segan share. Ingat satu sahaja pesan saya Tica , jangan pernah
lepaskan tangan saya Tica. Biar kita beza agama , itu bukan penghalang untuk
kita rapat.”
“
Nur saya pernah terfikir untuk peluk agama kamu. Tapi saya tidak dapat
sokongan. Jika saya terdetik satu hari nanti , kamu mahu ke bersama dan bimbing
saya.”
Aku terpana dalam ketidakpercayaan.
Semoga apa yang aku dengar ini menjadi kenyataan. AllahummaAmin!
“ Pasti sayang.Genggam tanganku dan
jangan pernah lepas tanganku.”
Aku menghadiahkan senyuman buatnya.
“ Terima kasih Nur. Jangan pernah
berhenti doakan saya ya.”
Aku memeluknya dengan riang.
“ Semoga niatmu dipermudahkan sahabatku.”
Teman lama..
Tamat sahaja SPM , masing-masing membawa haluan. Kehidupanku tidak
berubah. Dari dahulu hingga kini tetap sama. Aku mengambil keputusan untuk
bekerja sementara menanti result SPM. Program juga semakin bertambah. Kami
banyak mengisi masa kami dengan aktiviti berunsurkan ilmiah. Usrah , halaqah ,
program qiamullail , dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang kami juga menerima
jemputan dari pihak sekolah untuk menjadi faci mahupun urus setia bagi
melancarkan lagi program yang dianjurkan.
Kenangan lama menusuk ke hati. Hatiku tiba-tiba terdetik mengingatkan
sahabat lamaku. Entah seperti apa wajahnya. Hampir 8 tahun tidak bersua
membuatkan aku terlalu rindu untuk menatap kembali wajah itu. Entah mengapa
hati ini sebak lantaran tidak sempat bertemu dengannya setelah kami terpisah
dialam sekolah rendah. Apalah sangat pemahamanku tentang kalimah ‘ Rindu’ dalam
kamus hidupku tika itu. Kini setelah aku lalui perjalanan hidup ini , baru aku
mengerti hikmah bersahabat. Terfikir di benakku , mungkinkah dia juga teringat
akan diriku? Aku yakin satu hari nanti pasti Allah temukan kami kembali.
“ Lik , Nisa. Kamu nak tahu , dahulu waktu saya sekolah rendah Allah
kurniakan saya 2 orang sahabat. Namanya Nurusyuhaidah dan Marhain.Kemana sahaja
kami pasti bersama. Kat sekolah lama saya dulu juga Allah kurniakan saya 2
orang sahabat yang sentiasa menemani.Shafiqqah dan Azimah.Dahulu kami nakal.
Selalu kena denda dengan cikgu Hamzah. Saya teringat lagi , waktu tu Zima sibuk
nyanyi kat tandas. Tak sedar rupanya cikgu Hamzah ada kat kelas sebelah.
Dipendekkan cerita , cikgu Hamzah tunggu kat luar tandas then tanya kami
bertiga siapa yang menyanyi. Kami bertiga tak mengaku.
Kenangan itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Kelucuan itu menggamit
memoriku kembali. Ku teruskan lagi cerita tersebut. Lilik dan Nisa pula
menunjukkan muka tidak sabar mendengar aku menghabiskan ceritaku.
Setelah itu , cikgu pun cakap kat kami.
“ Habis tu siapa yang menyanyi. Cikgu nyanyi. Oleh sebab kamu menganggu
ketenteraman awam , kamu bertiga didenda. Kamu budak paling kecil Azimah , nampak
hujung koridor tu?”
Azimah yang ketakutan terus menjawab.
“ Nampak cikgu.”
“
Dari hujung sini sampai hujung koridor kat sana , pastikan kamu lompat pocong.
Jangan lupa lalu sahaja depan bilik guru pastikan lambai tangan sambil promote cakap saya suka
buat bising. Faham!”
Ketegasan cikgu Hamzah terhadap Azimah
membuatkan aku tertawa kecil tika itu. Lantaran itu , denda yang dikenakan
terhadap aku ditingkatkan sedikit tahapnya.
“
Nur kena denda apa dengan cikgu. Comel pula kisah Nur dan sahabat-sahabat
sana.”
Aku hanya memandang Nisa sambil tersenyum
lalu tertawa kecil.
“
Sebab saya ketawa waktu tu. Cikgu suruh saya lalu semua kelas sambil
melambai-lambai. Masuk tiap kelas cakap saya kena denda. Memang malu juga time
tu , sebab lalu kelas senior. Kalau Shafiqah pula ok sikit. Kena suruh pegang
janggut cikgu yang panjang tu dalam masa 10 minit. Memang lucu. Tapi itulah
kenangan manis yang tak dapat saya lupa. “
Aku melihat Nisa dan Lilik ketawa.
“ Sekarang ni Nur nakal lagi tak? “
Lilik bertanya padaku sambil tersenyum
nakal.
“
Tak. Kali ini jadi budak baik.”
Aku tertawa riang sambil memandang kearah
sahabatku.
“
Dan sekarang Allah kurniakan saya 2 orang lagi sahabat. Iaitu Lilik dan Nisa.”
Keduanya memandangku tanda tidak percaya.
“ Betul Lik dan Nisa. Melalui kamu saya
banyak belajar erti hidup. Belajar erti bermatlamat , erti dakwah , erti
tanggungjawab dan amanah. Saya tak nak terpisah dengan kamu lagi. Saya harap
dan doa pada Allah moga Allah tautkan kembali hati saya dengan Sufi , Ain ,
Fiqa dan Zima. Saya ingin sangat nak temukan kamu dengan sahabat-sahabat yang
saya rindu satu hari nanti. Semoga dengan bulatan mahabbah ni diredhai Allah.
“ Sufi tu siapa Nur? “
“ Tu sahabat sekolah rendah saya. Namanya
Nurussyuhaidah. Saya rindu sangat dengan sahabat tu. Kami terpisah usai UPSR.
Lost contact terus. Ain saya dah jumpa. Saya tak tahu macam mana nak cari
sahabat lama saya tu. Nombor telefon pun tak ditinggalkan. Saya doa pada Allah
sahaja agar Allah temukan saya kembali dengannya. Entah kenapa , saya yakin
saya akan bertemu kembali dengannya. Cumanya masa aje yang tak tahu.”
“
Apa khabar sahabat? Semoga sihat dibawah rahmat Allah selalu. “ Aku bermonolog
sendiri.“ jangan sedih Nur. insyaAllah doa yang tak pernah putus pasti Allah
kabulkan.
Semoga ukhwah yang terjalin selama ini bisa menjadi bukti di
Mahsyar Allah kelak.
Syukran wahai Facebook.
Aku melihat wallku di facebook. Entah mengapa , hatiku berbicara bahawa aku akan bertemu
dengan Sufi melalui facebook. Takdir Allah , terdetik di hatiku untuk add
muslimin tersebut sebagai rakanku. Tidak lama setelah itu , notification ku
merah menandakan requestku diterima.
“
Kenapa pula aku nak add orang ni? Bukannya kenal pun.”
Aku berbicara sendiri di hatiku sambil tanganku
pantas menekan profile muslimin tersebut. Aku terpandang pada satu nama dalam
list familynya. Ku lihat nama muslimah itu.
“
Eh! Kalau tak silap ni nama kakak Sufi.”
Untuk kepastian , aku pantas menekan nama
tersebut. Aku cuba mengingat foto dihadapanku.
Wajah itu ku amati dengan perasaan hiba.
“
Ya Allah syukran kerana memberikan aku peluang untuk berukhwah kembali dengan
sahabat lamaku.”
Aku bermonolog sendirian. Telefon nokia
milikku pantas ku capai.
“
Alhamdulilah Lik. Allah makbulkan doaku.Doakan moga dipermudahkan urusanku
menjejaki sahabat lamaku ya. “
“ Alhamdulilah Nur.Semoga dipermudahkan.”
Terdetik di hatiku untuk mengingat
kembali kisah lalu.
“ erm , kalau tak silap Sufi ni ada
abang. Mungkinkah ini abangnya. Tapi macam mana aku nak tanya. Bercakap dengan
muslimin sekelas pun segan , inikan pula orang jauh. “
Aku kebingungan sendiri.Perasaan rindu
untuk menghubungi sahabat lamaku terlalu
kuat.Aku tidak tahu dengan cara apa aku dapat berhubung kembali dengannya. Aku
menelefon sahabatku Lilik dan bertanya pendapatnya soal itu.
“
Lik. Macam mana saya nak contact Sufi ya. Saya tak berani tanya dengan
abangnya. “
“ Biarpun secara tulisan.” Lilik cuba
mendugaku.
“ Entahlah sahabat , saya tak tahu. Saya
sendiri tak pernah terfikir nak berhubung dengan mana-mana muslimin biar
penting sekalipun. Kamu pun tahu kan , selama ni kalau ada urusan yang
melibatkan muslimin saya minta tolong dengan kamu dan Nisa.Saya tak berani.”
Aku meluahkan rasa hatiku. Aku berputus
asa. Aku tidak yakin aku dapat berhubung lagi dengan sahabat lamaku.
“ Nur. Kali ni ketepikan dahulu rasa
malu. Bukan kamu nak berfoya-foya , just nak jejak kembali sahabat kamu tu.
Sekarang ni , kamu relax then jangan berputus asa. Yakin pada Allah semoga
dipermudahkan. Kalau kamu tak berani juga , kena beranikan diri. Ingat nawaitu
kamu.”
“ InsyaAllah Lik . Tapi saya tak
tahu macam mana nak start. Saya tak
pernah kenal abangnya tu. Saya tahu ala kadar je.Seingat saya , kami satu MTQ
je dahulu. Tapi tak pernah pun bertegur.”
“
Tak mengapa , kenalkan aje diri dahulu. Setelah tu tanya berkaitan sahabat kamu
tu. Dapat info yang kamu inginkan , tamatlah.”
“InsyaAllah saya try. Doakan saya ya.
Saya takut ni.”
Dipendekkan cerita aku memberanikan
diriku untuk bertanya.
“
Assalamualaikum sahabat MTQ. Kaifa hal? Entah
masih kenal atau pun tidak. Asifni jiddan. Sekadar nak bertanya. Adakah
enta akhi kepada Nurussyuhaidah.”
“ Waalaikumussalam. Memang ana lah tu.
MTQ?kenal ana ke? Boleh taarufkan diri”
“ Tak mengapa lah enta. Erm , ana sahabat
Sufi. Sekelas dengannya waktu sekolah rendah. Ana ingat nak berhubung kembali
dengannya. Sebab tu ana tanya jika enta akhinya. Jika diizinkan , ana ingat nak
minta number phone Sufi.”
“ Oh macam tu. Erm sebenarnya Sufi
sambung STAM. Num Phone? Tak pasti dia guna lagi atau tidak.”
Aku menggertap bibirku.Aku cuba berbaik
–sangka.Mungkin ada hikmah disebaliknya. Ku pujuk hatiku dengan nasihat itu
biarpun hatiku resah.
“ Tak mengapalah enta. Apa pun syukran
jazilan. Asif sebab ganggu enta untuk bertanyakan hal ini.”
“ Oh! La bak’s. Nanti kalau ana dah dapat
number phonenya yang baru , ana bagi kat enti.”
Kasih sayang Allah. Selang 2 bulan ,
akhirnya penantianku terkota setelah
info yang ku iinginkan telah aku perolehi.
“
Assalamualaikum enti. Ini nombornya. 0197654823.Asif lambat bagi kat enti.”
“ Waalaikumussalam. Syukran ya akhi.
Allah sahaja yang dapat membalas jasa akhi. Asif juga menyusahkan enta.Syukran
jazilan.”
Kala
itu aku berasa amat bersyukur dengan kebaikan yang Allah beri. Buatku biarlah
sebelum aku bertemu Ilahi , kesempatan untuk bertemu dengan sahabatku
terlaksana.
Hikmah Kejayaan
Aku masih teringat , hari itu merupakan hari bersejarah buat calon SPM
2010. Debaran itu amat terasa dijiwaku.Pelbagai andaian menerjah pemikiranku akan
berapakah keputusanku. Hal itu membuatkan aku sedikit penasaran. Aku banyakkan
doa didalam hati. Aku sedikit terkejut tatkala melihat beberapa orang rakan PRS
(Pembimbing Rakan sebaya ) mendekatiku. Saat itu calon SPM tidak dibenarkan
untuk memasuki pejabat. Hanya guru kelas dan penolong kanan sahaja yang
dibenarkan.
Aku melarikan diri daripada rakan PRS. Aku
tidak selesa dengan situasi itu lebih-lebih lagi saat itu hatiku benar-benar
risau. Aku sedikit kaget tatkala guru kelasku mendekatiku.
“
Nur. Macam mana kamu boleh failed dalam Bahasa Arab Tinggi dan Quran Sunnah.
Seharusnya kamu tunjukkan keputusan yang terbaik.”
Saat itu aku terdiam. Aku tidak mampu untuk berdiri lagi. Secara tidak
langsung aku teringat Cikgu Mark. Cikgu pernah berkata padaku bahawasanya aku
akan gagal jika mengambil subjek persendirian. Disamping itu , hatiku sebak
bila memikirkan sahabat-sahabat usrahku.
Namaku dipanggil ke bilik guru. Aku terkejut kerana setahuku keputusan
SPM di pejabat. Langkahku yang longlai ini ku gagahkan jua. Sampai sahaja aku
dibilik guru , hanya air mata kegembiraan meniti dipipiku.
“
Tahniah Nur. Kamu Berjaya jadi pelajar terbaik sekolah. Tahniah juga subjek
persendirian kamu iaitu Al-Quran&
Sunnah A+ dan Bahasa Arab A. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Sujud syukur aku
pada Ilahi saat itu.
“
Maafkan cikgu mainkan kamu tadi. Cikgu saja nak kenakan Cikgu Mark sebabnya
selalu sangat perli kamu. Sekarang ni cikgu tu dah tak boleh nak kata apa lagi.
Kamu telah buktikan yang terbaik. Kat sekolah kita ni ada 3 orang pelajar
terbaik. Cikgu dan guru-guru muslim yang
lain bersyukur sebabnya dalam 3 pelajar terbaik tu , nama kamu tercalon. 2 lagi
daripada pelajar non muslim. Mengikut purata grade , kamu tempat yang pertama
setelah itu diikuti oleh Alexandra dan Eliahtie.”
Aku melihat tafsirku. Kalam itu sentiasa ku bawa walau dimana sahaja
kakiku melangkah. Kerana bagiku , itulah sumber kekuatan seorang insan. Aku
memandang kearah Cikgu Azrul.
“
Alhamdulilah cikgu. Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokongan cikgu selama
ni.Hanya Allah yang mampu membalasnya.”
Aku bersyukur dengan nikmat kejayaan yang Allah beri. Hati ini semakin
yakin dengan janjinya.
Surah Muhammad ayat 7 :
Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu
menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Janji itu membuatkan aku semakin yakin. Jika kita bantu agama Allah
dengan melancarkan gerak kerjanya , pastinya tentera Allah datang membantu.
Nasihat Akhi Fauzi masih lagi segar diingatan. Waktu itu , aku dan beberapa
orang sahabat lain ditaujihadkan olehnya.
Kejayaan itu pasti akan dimiliki oleh pemiliknya yang sebenar. Aku
terkenang butir bicara Ustaz Zulfikar dan Ustaz Huzni. Keduanya didatangkan daripada
Kedah. Taujihad pada malam itu memberikan satu kekuatan yang luar biasa pada
kami. Bersyukur kepada Allah Taala kerana memilih kami untuk berada dalam
majlis ilmu.
Dalam katanya tentang soal kejayaan , ustaz Huzni berpesan :
“
Terhijab sebuah kejayaan bilamana ada sedikit keraguan pada janji Allah didalam
hati. Kena yakin pada janjiNya.’
Ustaz Zulfikar juga menambah :
“ Untuk Berjaya kena bantu agama Allah. Berusaha
mengamalkan akhlak Islam dalam diri. Letakkan keyakinan dan tawakal yang tinggi
kepada Allah. Setiap perjalanan menuju kejayaan memerlukan pengorbanan yang
tinggi.Letakkan azam pada diri , mencari kejayaan untuk menegakkan Syiar Islam.Menuntut
ilmu kerana Allah. “
“
Cuba bayangkan jika kita berjuang
mencari kejayaan untuk membantu menaikkan agama Allah dimata dunia , kita akan
berkorban dengan bersungguh-sungguh. Cuba kita fahami maksud perkaitan antara
membantu agama Allah dan pengorbanan. Sebagai contoh , kita membantu
melancarkan gerak kerja dengan berprogram atau
aktiviti yang bermanfaat , dalam masa yang sama kita juga tahu tanggungjawab
kita sebagai pelajar. Hal itu menuntut pengorbanan dan kecekalan yang jitu.
Kita dah tahu kita bawa orang lain mengenal Allah , secara tidak langsung
perasaan tanggungjawab telah ada dalam diri.Pastinya kita inginkan yang terbaik
untuk diri dan agama kita. Tidak ingin menjadi fitnah kepada agama ( Islam ).
Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat yang terbaik biarpun masa
yang ada terlalu singkat. Korbankan masa rehat dan keseronokan semata-mata
untuk Islam. Itulah jiwa seorang Da’ie.”
“
Bagi seorang pendakwah , tanggungjawab
itu melebihi masa yang ada. Masa untuk berfoya-foya dalam jiwa da’ie tak pernah
wujud dalam kamus seorang pendakwah!”
Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada?
Itulah yang seharusnya ditanam dan disemai dari awal benihnya didalam diri.
Hidup kita bermatlamat. Bukan hidup dipandu arus. Kita hidup untuk mencari
redha Allah. Boleh sahaja Allah ingin mengangkat martabat Islam dimata dunia.
Hanya dengan sekelip mata. Itulah dia kasih sayang Allah Taala pada hambaNya.
Diberikan kita dunia untuk mengajar kita berfikir. Adakah kita memerlukanNya
atau mengetepikanNya.
IPG & UPU
“
Jangan menangis kakak. Tidak dapat tawaran bukan maksudnya kakak tidak boleh
sambung belajar.”
Makcikku memberikan semangat padaku. Aku rasa ingin rebah bila
mengenangkan proses temuduga KPLSPM. Aku rasa seolah-olah tidak berpeluang
untuk meneruskan pengajianku sebagai seorang guru. Aku tidak terpilih untuk
mengikuti temuduga rawak KPLSPM yang pertama. Lantaran itu , aku mengambil
keputusan untuk mengikuti temuduga khas
pendalaman Sabah dan Sarawak.
Sampai sahaja di tapak proses temuduga , aku sendiri terkejut melihat
ramainya sahabat-sahabat yang mengikuti proses temuduga tersebut. Hampir 2500
orang yang mencuba nasib pada hari itu termasuklah
diriku. Usai sahaja temuduga , aku bertawakal kepada Allah. Aku serahkan
segala-galanya.
Plan kedua , aku disyarankan untuk memasuki kolej memandangkan tawaran
KPLSPM bulan hadapannya. Aku juga tidak terpilih dalam proses pemilihan UPU
fasa pertama . Aku redha dengan ketentuan itu. Aku membuat persiapan yang rapi
untuk melanjutkan pelajaranku di Kolej Islam Selangor ( KUIS ). Dalam masa itu
, aku juga tidak henti-henti berdoa moga aku diterima untuk melanjutkan
pelajaran di IPT. Serta merta aku teringat pesanan Ustaz Shamsul.
“
Jika bersedih atau timbul keraguan didalam hati akan janjiNya. Bacalah Surah Al
Fath , setelah itu baca maksudnya. “
Tafsirku ku capai. Ku baca Surah itu. setelah itu kuteliti maknya. Haru
perasaanku menatap lembaran warkah itu.
Surah Al Fath ayat 1-4 :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih ,
Maha Penyayang.
Sungguh,kami telah memberikan kepadamu
kemenangan yang nyata.(1)
Agar Allah memberikan ampunan kepadamu (
Muhammad ) atas dosamu yang lalu dan yang akan datang , serta menyempurnakan
nikmat-Nya atasmu dan menunjukimu ke jalan yang lurus. ( 2 )
Dan agar Allah menolongmu dengan
pertolongan yang kuat ( banyak ) ( 3 )
Dialah yang telah menurunkan ketenangan
di dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan aatas keimanan mereka
( yang telah ada ). Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, Dan Allah
Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ( 4 )
Hari Khamis tepat jam 4 petang , tika itu aku
berada di pekan bagi membeli keperluan untuk berangkat ke KUIS ahadnya.
Telefonku tiba-tiba berbunyi. Mesej itu ku lihat ala kadar.
“
Tahniah anda telah terpilih untuk mengikuti tawaran KPLSPM AMBILAN JUN 2011.
Sila rujuk www.IPGCerdik.com “
Mesej itu ku forwardkan pada makcikku.
“ Kenapa kakak tak check betul atau tidak
maklumat ni?”
“ Tak percayalah auntie dengan
mesej-mesej ni. Nanti kena tipu lagi macam tempoh hari. Lagipun tak yakin dapat
tawaran ni , banyak lagi yang hebat-hebat.Lagipun pengambilan daripada 2500
orang calon tu hanya 20 orang sahaja yang terpilih.Rasa tak yakin dapat offer
ni. ”
Aku berbicara dengan nadaku yang tidak
bermaya. Aku tidak ingin terlalu berharap. Biarlah Allah yang tentukan.
Kesedihanku dibalas Allah dengan kegembiraan.
“
Tahniah kakak! Kakak memang sah dapat tawaran IPG. Opsyen Bahasa Arab (SK) IPG
Kampus Kent.”
Aku terkejut. Air mataku mengalir
mengenangkan kesudian Allah Taala memberikanku peluang. Aku memeluk atuk dan nenda saat itu juga.Aku teringat nasihat
kak Siti :
“
Kalau rasa kesusahan itu menyapa kita , carilah Al-Quran. Kalam itu datangnya
daripada Allah , bila kita membacanya hati akan tenang. Setiap kesusahan pasti
ada kemudahan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Bezanya samaada
lambat atau cepat.
Surah al-Insyirah ayat 5-6 :
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan ( 5 )
Sesungguhnya bersama kesulitan ada
kemudahan ( 6 )
Kita kena ingat , bila kita rasa kita teruji dengan kesusahan yang tak
mampu kita urai , dengarlah bisikan hati. Bisikkan pada hati , Allah sedang
mengajar aku untuk bersifat sabar dan ikhlas dalam erti redha. Adukan segala-galanya kepada Allah kerana
disitulah tempat semutlaknya pengaduan seorang hamba.
Surah Yusuf ayat 86 :
Dia ( Ya’kub ) menjawab, “ hanya kepada
Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah
apa yang tidak kamu ketahui.
Keesokannya pula , nikmat Allah datang lagi
padaku. Aku berdoa moga hatiku terpelihara daripada sifat sombong dan riak.
Hatiku amat yakin , mungkin jalanku adalah sebagai seorang guru. Dan tugasku
adalah untuk mendidik anak bangsa. Dengan tawaran UPU yang ku terima dari
Universiti Malaya ( UM ) dalam bidang Asasi Pengajian Islam sememangnya
menjurus kepada dunia pendidikan. Bezanya dengan IPG hanyalah bidang. Bagiku
keduanya tidak ada beza. Bezanya Bahasa Arab lebih kepada bahasa Al-Quran.
Dengan adanya ilmu bahasa arab tersebut , aku merasa amat bertanggungjawab dan
amanah untuk mendidik anak bangsa menjunjung kembali Al-Quran sememangnya aku sedar ia terletak di bahuku.
Aku teringat nasihat terakhir dari Ustaz Zulkifli sebelum berpindah :
“
Biarpun kamu mengajar Bahasa Arab , secara tidak langsung kamu juga telah
bergelar ustaz dan ustazah. Seberat-berat amanah guru pengajian Islam , berat
lagi amanah kamu sebagai guru bahasa arab. Kamu mengajarkan kembali kepada anak
bangsa untuk mengenal kembali bahasa
Al-Quran yang sememangnya dilupakan. Luput ditelan arus kemodenan. Amanah Al-Quran itulah panduan kamu.
Junjunglah bahasa Syurga dan tanamkan dalam hati anak-anak didik kamu kelak
tentang bahasa ini. Bukan bahasa Inggeris yang akan dibawa ke Mahsyar kelak ,
tapi bahasa arab.”
Dengan azam dan restu keluarga maka Bahasa
Arablah yang menjadi pilihanku. Aku teringat pesanan makcikku merangkap guru
sekolah menengah :
“
Kakak , pilihlah untuk mengajar sekolah rendah. Dari sekolah rendahlah
seseorang anak itu terbentuk. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
Ajarkanlah anak-anak itu ajaran Islam yang sebenar. Memang susah mendidik
anak-anak yang baru mengenal dunia , itulah
cabaran yang harus ditempuh. Didiklah anak-anak itu dengan kasih sayang
yang ikhlas. Anak-anak itu tak akan anggap guru sekolah rendah yang usia muda ini kakak
dan abang pada mereka . Tidak! Mereka
akan anggap guru sekolah rendah itu ibu bapa mereka yang kedua. Oleh itu , jika
dah jadi guru yang sebenar nanti
didiklah dengan sebaik mungkin. Anggaplah macam anak sendiri. insyaAllah
didikan tu akan sampai pada hati mereka.
Biar Betul!!
Hari itu merupakan hari
pertama dalam hidupku bergelar seorang mahasiswi. Impianku untuk meneruskan
pengajianku di IPG alhamdulilah
terlaksana. Kami menjalani proses minggu pengurusan pelajar baharu selama
seminggu. Pengambilan KPLSPM sesi 2011 di kampus ini terdiri daripada 3 unit
yang berbeza latar belakang iaitu unit Sejarah yang dimonopoli oleh keseluruhan
budak China. Kebanyakannya datang dari negeri Sarawak. Seterusnya unit TESL dan
unit yang terakhir iaitu unitku sendiri. Bahasa Arab ( SK ).
Seramai 20 orang pelajar
unit Bahasa Arab yang mana ianya terdiri
daripada 10 lelaki dan 10 perempuan. Aneh tapi itulah hakikat. Bak kata orang
tua-tua , hidup berpasangan. Hanyalah andaian semata menurut pandangan
peribadiku. Kebanyakannya merantau dari tempat yang jauh. Disini kami mula
mengenali diri masing-masing. Berkenalan sesama sendiri.
Ku sangkakan panas itu
berpanjangan , rupanya hujan di tengah hari. Minggu pengurusan itu tidaklah
seperti yang kami harapkan. Kebanyakan dalam kalangan kami unit bahasa Arab ada
yang merungut lantaran masa solat selalu diambil ringan. Aku perhatikan keadaan
sekeliling , masing-masing tidak berani bersuara. Aku lihat jam di tanganku
mula menunjukkan angka 6. Solat Asar masih belum ditunaikan.
Aku tidak menyalahkan jika
aktiviti itu terus berlanjutan.
Seharusnya pihak penganjur mengerti tidak semua beragama non muslim biarpun
hakikatnya muslim dalam kalangan kami adalah golongan minoriti. Kebimbanganku
makin bertambah pabila ku lihat tidak ada tanda-tanda aktiviti itu
ditangguhkan. Aku tersentak seketika setelah Faezah menegurku. Faezah merupakan
sahabat baruku yang ku kenali di IPG ini.
“ Nur, macam mana ni? Solat
asar belum lagi. Dah dekat nak maghrib dah ni.”
Ku lihat wajah sahabatku itu. Nampak sangat kegusaran dan ketidak
selesaan bermukim di lubuk tirai itu.
“ Eh! Nak Tanya ni. Kat
sabah Maghrib jam berapa ye? “
Fakhri menegur aku dan Faezah. Aku dan Faezah hanya menggelengkan
kepala.
“ Kejap lagi nak masuk Maghrib. Nak tak nak kita kena jumpa YDP
untuk tangguhkam aktiviti ni.”
Faezah akhirnya meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“ Macam ini lah Faezah ,
jom kita pakat jumpa YDP kat belakang. Then kita bagitahu. Ini hak kita sebagai
muslim. Solat tetap solat. Kita tak boleh ambik ringan hal ni.”
Aku dan Faezah beriringan menuju ke meja YDP.
“ Erm , bang! Kami nak minta
izin solat. Tak lama lagi nak masuk maghrib.”
YDP hanya melihat kami sekadar biasa.
“ Erm , kalau qada’ macam
mana. Dibolehkan juga kan.”
Hish! Ini dah lebih ni kalau sebut soal qada’. Terkejut bukan
kepalang diriku. Biar betul YDP ni.
“ Kami nak solat juga! Kami tak selesa dengan keadaan ni. Abang tak
boleh ambil ringan hal ni. “
Aku berdoa didalam hati moga Allah permudahkan langkah kami. Ku
genggam tangan Faezah.
Tidak berapa lama kemudian , aktiviti itupun ditangguh. Tanpa
memikirkan sesiapa , kami pantas berlari menuju ke asrama dan menunaikan solat
asar. Alhamdulilah , Allah masih bersama kami.
Ujian tidak terhenti
setakat itu . aku dapat merasakan kesukaran sepanjang minggu pengurusan itu
dilaksanakan. Aku terkejut dengan suasana yang ada dihadapanku. Biarpun
aktiviti itu dijalankan menurut kesesuaian yang diinginkan oleh pihak
pengurusan yang mana ianya bertujuan untuk menyatukan hati-hati kami sebagai
guru yang berbilang-bangsa , jika ianya
lebih menjurus pada kebatilan , ia sememangnya tidak dibenarkan. Mustahil haq
dan batil bergerak seiring.
Kami diminta untuk
melakukan sesuatu yang tidak pernah kami buat selama ini sebagai pelajar agama.
Percampuran antara lelaki dan perempuan benar-benar menyesakkan dada. Yang
mengharukan apabila kami selaku pelaku pelajar muslimat diminta untuk memasukkan
baju ke dalam seluar.Tahap itu amat
menggerunkan kami sebagai muslimah. Kalimah istighfar meniti di bibir aku dan sahabat-sahabatku.
Kami tetap dengan
keputusan kami dengan tidak berganjak melakukan apa yang disuruh oleh abang JPP
tersebut. Hati manusia tiada siapa yang mampu duga. Aku terkejut bilamana abang
tersebut katakan bahawasanya kami wajib tuck in baju atas alasan disiplin dan
memudahkan pergerakan. Aku mendengus seorang diri. Mengalir air mataku
mengharapkan ada seseorang yang sudi membantu kami muslimat tika itu.
“ Cepat tuck in kan baju
kamu perempuan bahasa arab. Kita tidak cukup masa.”
Aku melihat Faezah di hadapanku. Ku lihat air mata itu mengalir.
Aku sendiri buntu mencari jalan keluar.
“ Ya Allah bantulah kami hambamu. Kami buntu ya Allah.”
Kedengaran juga suara-suara nakal .
“ Tak pandai tuck in ke?
Mari abang tolong. “
Tika itu aku merasakan maruah kami sebagai muslimat tercabar.
Telingaku juga seakan-akan pedas pabila Rina mengatakan kepada abang tersebut
untuk kebelakang tandas bagi memasukkan baju. Ku lihat semua pelajar muslimat
bahasa arab berlari-lari anak untuk melakukan seperti apa yang disuruh.
“ Faezah , tolong saya.
Saya tak boleh buat benda ni. Saya tak berani.”
Saat itu , aku tidak mampu menahan air mataku. Keadaan itu cukup
perit untukku lalui.
“ Saya pun sama Nur. Saya
tak pernah buat macam ni.Sia-sia sahaja saya jaga aurat selama ni jika dalam
sekelip mata terdedah begitu sahaja.”
Kami berpelukan sesama sendiri. Dipendekkan cerita , dengan
keterpaksaan kami lakukan juga. Atas kuasa Allah Taala , belum sempat kami tuck
in baju seorang senior pengajian agama iaitu
Syazwan merangkap JPP datang membantu kami.
“ Muslimat , take out your
cloth.”
Alhamdulilah , syukur kepada Allah. Terima
kasih kerana sudi mendengar bisikan doaku. Terhenjut-henjut bahuku menahan
tangis mengenangkan apa yang berlaku
pada hari ini. Syazwan membawa unit kami ke suatu tempat yang sunyi. Disitu
baharu kami mengerti mengapa kami diminta untuk tuck in kan baju. Rupa-rupanya
di kampus ini golongan Islam sangat sedikit dan sering ditindas oleh golongan
non muslim. Unit bahasa arab juga iaitu kami mula menjadi perhatian non muslim
disebabkan kebanyakan ahli dalam kelas kami berfikrah agama tambahan pula
dengan pakaian kami yang melambangkan imej Islam yang sebenar membuatkan
golongan non muslim rasa tercabar. Aku jua mengerti , mengapa kami sering
diperli , rupa-rupanya batch bahasa arab sebelum kami merangkap senior merupakan
batch pertama yang memperjuangkan Islam
di kampus ini.
“ Nur , kita kena
perjuangkan dan selamatkan sahabat-sahabat serta senior kita kat kampus ini.”
Bisikan Faezah membuatkan aku bersemangat untuk berislah dan
melakukan satu perubahan di kampus ini. Bisikku pada diri :
“ Mungkin ada hikmahnya aku
diletakkan di kampus ini. Mungkin sahaja bisa untuk membantu agama Allah
disini.”
Tersungkur???
Aku teringat pesanan
ustazah Suzilah. Kata-katanya tetap segar diingatanku.
“ Nanti bila dah masuk
kampus , pilihlah jalan doa mana yang kamu inginkan. Tapi ingat jangan pilih
jalan doa yang senang , pilihlah jalan doa yang sukar. “
Aku tersenyum
mengingatkan kenangan itu . Hampir 4 bulan aku berada di kampus ini meniti dunia
perjuanganku sebagai pelajar. Aku menjadi sebak serta-merta mengenangkan apa
yang telah aku lakukan untuk agamaku. Rasa malu menjalar dalam diriku. Teringat
aku pada satu kata-kata yang pernah aku bisikkan di hati adik usrahku. Tatkala
itu , dirinya baru berjinak-jinak mengenal dan menghirup kembali tarbiah Allah.
Antara jalan doa ,
Yang mana jadi pilihan,
Jalan yang terbentang luas
di hadapan,
Ketinggiannya istiqamah
,ketaatan dan Ar-Rahman ,
Penghujungnya Syurga dan
keredhaan Allah…..
Antara jalan doa,
Yang mana jadi pilihan,
Jalan yang terbentang luas
di hadapan,
Ketinggian isinya
kemungkaran dan kemaksiatan,
Penghujungnya kemurkaan dan
Neraka Allah….
Menangis hati ini. Rasa
malu bila mengenangkan dosa semalam. Aku masih teringat , tika itu aku dikenalkan dengan pemakaian hari ini. Orang
kata fashion hari ini. Aku sendiri hairan , macam mana aku bisa tertarik dengan
selendang. Mungkin itulah ujian Allah untukku. Tidak selamanya aku sentiasa
berada diatas. Aku bersangka-baik pada Allah Taala , mungkin sepanjang dakwahku
selama ini aku pernah berlaku sombong namun tidakku sedari.
Bagiku itulah selendang
pertama dan terakhir aku memakainya. Aku berjanji pada diriku bahawa aku tidak
akan menyentuh selendang itu lagi. Terlalu pahit untukku ku kenang. Aku
tersedar dari khilafku setelah aku dipanggil oleh seorang seniorku merangkap
Timbalan Lajnah Tarbiah Kampus. Siti Khadijah itulah namanya.
“ Apa pandangan Nur tentang
selendang? Apa pula pandangan Nur tentang Tabarruj. “
Aku hanya mendiamkan diri.
Aku sedar kesalahanku. Biarpun kak Siti banyak bercakap dan menegur sahabat
yang lain , aku cepat terasa lantaran namaku yang dimentionkan di hujung kata.Usai
Kak Siti menasihati kami , aku bergegas menuju ke bilikku.
Malam itu aku lebih selesa
bersendiri. Entah mengapa , tanganku pantas menekan lagu Muhasabah Cinta yang
terdapat dalam telefon nokia milikku. Aku tidak mampu menahan empangan air
mataku. Malam itu aku menangis sepuas hatiku. Ku gagahkan diriku bertemu kak
Siti. Sampai sahaja aku di pintu biliknya , ku lihat kak siti. Aku memeluknya
dengan melepaskan keseluruhan isi hatiku. Aku akur dengan kesalahan yang dilakukan.
“ Nur , tak salah mana pun.
Tak salah pakai selendang. Nur pakai tudung labuh juga cumanya selendang tu
sebagai hiasan. Tak juga tabarruj akak tengok. Cuma itulah dik , Nur pun tahu
matlamat dan dasar perjuangan kita. Akak tahu , Nur rasa keseorangan sebab semua
sahabat sekelas Nur suka pada fashion. Hal tu membuatkan Nur rasa terhimpit.
Akak faham , akak pun pernah melalui benda yang sama. Sebab tu akak tak nak Nur
pun buat hal yang sama. Akak sayangkan Nur. Tujuan kita sama. Akak takkan
biarkan Nur hanyut. Tu janji akak.”
“ Tak kisahlah kak, Nur
rasa bersalah. Sepatutnya Nur tak sentuh benda tu. Nur malu. Biarpun Nur
bertudung labuh , tapi dengan adanya selendang tu Nur dah menyumbangkan diri
pada fitnah. Nur janji takkan sentuh selendang tu lagi. Cukuplah itu yang
terakhir. Nur malu nak berdepan dengan sahabat-sahabat kita lagi. Nur ajak
orang lain , tapi Nur dah hancurkan harapan diorang. “
“ Jangan cakap macam tu Nur.
Semua orang akan melalui ujian dalam hidup ni. Bezanya ujian kita bentuknya berlainan tempat dan masa. Mungkin sekarang
Nur teruji dengan ni , hari lain mungkin akak. Begitulah sebaliknya. Tak
selamanya kita sentiasa berada di atas dik. Tujuan Allah hempap kita dengan
ujian sebab tak nak diri kita sombong. Allah tak nak kita rasa diri kita hebat.
So , bila kita dah diuji kita akan takut untuk melakukannya lagi. Hidup kita
akan sentiasa ditegur. Tak payah malu nak masuk dalam saff lagi dik.
Sahabat-sahabat kita tak pernah fikir Nur teruk. Tangan mereka sentiasa ada
untuk Nur berpaut. Sahabat-sahabat kita rindu sangat kat Nur. Kembalilah lagi
dik ke dalam perjuangan. Sahabat-sahabat rindu sangat nak dengar Nur bagi
tazkirah dengan diorang. Nur ada cara Nur tersendiri. Nikmat yang Allah beri
kat Nur tak ada dengan orang lain.”
“ Kembalilah lagi dik ,
perjuangan memerlukan Nur untuk memantapkan lagi maksud sebenar kita. Pada
pandangan kami , Nur tak pernah berubah. Dari dulu hingga kini tetap sama. Ilmu
Nur tinggi , gunakan ilmu dan kelebihan yang ada dalam diri Nur untuk
menyelamatkan sahabat-sahabat kita kat sini. Nur pernah cakap kat akak dulu :
“ Dunia dah parah , jangan
kita pun ikut menjadi penyumbang kepada keparahan itu. “
Aku memandang wajah kak Siti. Mataku masih berair. Aku memeluknya
kembali.
“ Terima kasih sebab sudi
tegur Nur kak. Terima kasih sangat. Tolong pegang saya lagi jika saya jatuh ya
kak.Doakan moga taubat saya diterima. Saya takut. Saya rasa trauma sangat
tengok selendang. Rasa sakit sangat dalam hati.”
“ InsyaAllah dik. Istiqamahkan dirimu qiamullail. Itu kekuatan kita.
Akak masih ingat Nur pernah bagitahu kat ahli usrah kita bahawasanya Qiam tu
nadi kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera Rom hingga kota
konstantinopel berjaya ditawan. Lakukan Qiamullail. Tangan kami terbuka untuk
Nur kembali dalam dunia perjuangan. Kami sentiasa bersama Nur.”
Malam itu , aku berazam
dengan sesungguhnya untuk melakukan solat sunat taubat.Ku tunaikan Qiamullai.
Aku bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusanku untukku dekatinya selama 2
minggu. Ketenangan itu ku rasai.
Aku
asingkan diriku dari sahabat-sahabatku. Bukan niatku ingin menjauhkan diri ,
tapi aku perlukan satu kekuatan untuk aku bina kembali diriku. Bukan mudah
bagiku melupakan kisah yang membuatkan aku trauma hingga hari ini. Aku sedar
tidak ada manusia dalam dunia ini yang
tidak pernah melakukan kesalahan. Aku juga mengerti sememangnya watak manusia
diatas muka bumi ini adalah leka dan lalai. Dunia itulah pentasnya.
Alangkah indahnya hidup ini,
Segala-galanya telahku miliki,
Kekayaan,kebahagiaan,kesihatan,malah kemewahan,
Apa lagi yang belumku kecapi,
Subhanallah,
Sungguh agungnya kuasa Ilahi.
Namun,
Betapa sedikit aku mengingatiNya,
Terlalu banyak pula aku terleka olehnya,
Ya Allah...
Betapa hinanya aku di hadapanMu.
Tak layak aku memasuki SyurgaMu,
Namun tak sanggup aku,
Terjerumus ke lembah nerakaMu.
Bimbinglah aku Ya Rabbi,
Jangan Kau biar aku terleka,
Dek kesenangan dunia yang sementara,
Jangan Kau biar aku terpana,
Dengan nafsu dunia yang fana,
Jangan Kau ganti nikmat selamanya di sana,
Dengan nikmat di sini yang seketika.
Semoga,
Aku menjadi orang yang bertakwa,
Serta terus istiqamah di atas jalanNya,
Mengejar Jannah di sana,
kerna itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya
( Nukilan Sahabat Mohamad Umar Bin Jiman )
Pada mulanya sememangnya
sukar untuk sahabat-sahabatku memahami dasar perubahanku. Namun aku bersyukur ,
kerana akhirnya mereka akur dengan anjakan paradigma yang aku lakukan. Syakirah
sering bersamaku meniti arus dunia yang kadangkala cuba memanggilku kembali.
“ Maafkan aku wahai dunia.
Cukuplah sekali engkau rosakkan diriku. Betapa sakit hati,jiwa dan imanku
tatkala merintih di pertiga malam. Pergilah dikau wahai dunia. Tidak ku perlu
pada fatamorganamu. Hidupku kini akan kembali kepada matlamat asalku. Selamat
tinggal wahai fatamorgana dunia. “
Aku bermonolog sambil
berbisik pada hati dan imanku :
“Jangan resah dan takut lagi
wahai hati dan iman. Aku akan kembali
pada diriku yang dahulu. Akan ku rawat diri kalian dengan ubat taubat serta
kembali mengenang cintaNya. “
Kemerdekaan!!!
Saat mentari dhuha gagah
memancar. Sinarnya mencapah ke segenap alam. Kelas Ruminding riuh – rendah
dengan pengumuman yang diucapkan oleh Ketua Unit Bahasa Arab. Afifi , Nampak
sahaja kecil namun diam ubi berisi.
“ Kelas kita terpilih untuk
mewakili IPG untuk perbarisan sempena hari kemerdekaan Sabah hari jumaat ini.
Kelas kita akan bergabung dengan unit Sejarah Cina.”
“ Afifi! Kalau melibatkan tuck in baju kami tak nak.” Afiqah Mahmad
mula bersuara disokong oleh rakan sekelasku yang lain.”
“ InsyaAllah tidak. Doa sahaja banyak-banyak.”
Bermula hari itu , kami telah melakukan latihan untuk
menyempurnakan hari perbarisan tersebut. Sepanjang latihan itu , kami tidak
terlibat dengan masalah yang tidak diingini berlaku. Kasih sayang Allah buat
unit kami. Ketika Allah rindu pada hambaNya , Allah Taala akan mengirimkan
sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah sebuah ujian
:
Dalam sebuah hadis Qudsi
Allah telah berfirman :
“ Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah
berbagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
( Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah )
Tiba hari perbarisan yang
sebenar , Afifi dengan serba salah memberitahu bahawa pensyarah kami mewajibkan
kami untuk tuck in baju memandangkan semua budak Cina melakukan hal tersebut.
“ Sahabat semua. Saya minta
maaf banyak-banyak dengan semua budak muslimat. Cikgu pesan suruh tuck in
baju.”
“ Tidak Afifi. Kami takkan tuck in baju. Kamu dah janji dengan
kami.”
Aku menyuarakan hasrat itu secara tidak langsung. Sahabat lain juga terpana melihat
keberanianku menuturkan kepadanya. Tidak lama setelah itu , pensyarah yang
menjadi pengurus kami datang.
“ Pastikan semua tuck in
baju , tak kira lelaki atau perempuan. Kekemasan dan maruah IPG kena jaga. “
Syakirah memandangku sambil memberi isyarat untuk tidak melakukan
hal tersebut. Atikah dan Afiqah Ibrahim mendekatiku.
“ Nur , kami tak berani.
Kita selalu diuji dengan aurat dan ukhwah. Ana rasa tak kuat Nur. “
Ku lihat air mata di wajah Tika dan Fiqa. Ku genggam tangan
keduanya.
“ Saya rasa sakit sangat
hati dengan hal ni Tika , Fiqa. Saya
takkan buat.”
Aku melihat Faezah menangis sambil memeluk Syakirah. Aku tidak
dapat bertahan lagi. Aku memberanikan diriku buat kali pertama bercakap
setentang mata dengan muslimin.
“ Fakhri , tolonglah kami
kaum muslimat. Kami tak boleh buat benda ni. Kami tak mampu bergerak dalam
kalangan kami kaum hawa sahaja. Kami memerlukan kaum Adam untuk membantu kami
cakap dengan cikgu.Tolonglah kami Fakhri. Kali ini sahaja saya minta tolong.
Saya rela kalau kamu suruh saya melutut sekalipun depan cikgu , yang penting
kaum Adam tolong back up kami kaum Hawa sahaja.”
Saat itu , aku tidak pedulikan air mataku yang terus mengalir.
Pertama kalinya aku menangis dihadapan muslimin setelah sekian lama aku menjaga
diriku agar tidak akan jatuh depan seorang lelaki. Kali itu aku akur , kala itu
kami memang memerlukan kaum Adam untuk mempertahankan kami. Biarpun begitu aku
sedikit terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Fakhri.
“ Eh! Kau ni buat aje lah
apa yang cikgu suruh. Bukan susah sangat nak tuck in baju tu. Kejap aje. Habis
lalu depan Dato tu , korang nak buka tuck in , terpulanglah.”
Aku dapat merasakan darahku
menyirap. Secara tidak langsung terkeluar dari bibirku bicara yang agak kasar.
“ Eh Mohd Fakhri! Sekejap
kau cakap. Kau nak suruh kami jawab apa
depan Allah. Sekejap! Macam tu kau nak kami jawab. Dah terang-terang dalam
Al-Quran perempuan ni paling banyak menghuni neraka. Kau nak letak kami neraka
mana? Neraka jahanam! Berapa lama ? 1 tahun , 10 tahun ke 100 tahun!! Kau
senang cakap. Hakikatnya kami yang akan dipersoalkan.Kami yang tanggung dosa
kami. Kau ingat kami muslimat ni apa. Barang yang boleh dibeli ke? Tak kesian
ke tengok muslimat kita yang menangis dari tadi. Beginikah ke korang muslimin
nak jadi Imam dengan makmum korang nanti? Tak berani nak mempertahankan kaum
hawa.”
Aku melihat Fakhri berlalu
pergi dengan wajah yang merah menahan marah.
“ Nur ,tolong saya. Hari tu
macam ni juga. Tuck in juga isunya. Kali ni pun sama. Saya tak boleh. Sia-sia
saya jaga aurat selama ni kalau dalam sekelip mata terdedah macam itu sahaja.”
Aku lantas memeluk sahabatku.
“ Kita banyakkan doa ya Faezzah. Allah lebih tahu.”
“ Ok semua siap. Kita nak
bergerak dah”
Fakhri memberikan arahan
selaku Kem Kom
Aku terpaku seketika. Aku masih tetap dengan pendirianku tidak
bertuck in. Tika itu aku mendengar sindiran pedas dari Maya.
“ Nur , boleh tak jangan
pentingkan diri. Kami pun tuck in juga , kamu pula yang melebih. Ingat kamu
sorang sahaja ke yang tak mahu , kami pun sama. Tuck in sahaja , biar adil
semua. “
Aku menangis lagi. Entah kali keberapa tangisanku kali ini.
Ujiannya benar-benar menguji diri ini. Mana mungkin aku bisa mengikuti kehendak
tersebut. Aku telah berjanji dengan diriku. Aku berdoa dengan sepenuh
pengharapan dari Ilahi agar memberikan aku jalan dan pertolongan.
“ Nur , jangan menangis
lagi. Kesat air mata tu. Bagi jaket kamu dengan saya. Kita tukar jaket. Jaket
saya besar sikit. Kalau kamu tuck in tak nampak langsung. Lama-lama kamu boleh
sakit jika menangis terus.”
Aku tersentak dengan teguran Syukri. Biarpun begitu , aku bersyukur
kepada Allah kerana sudi membantuku kala itu. Aku melihat Syakirah dan Faezah
juga mendapat bantuan yang sama. Terdetik di hatiku. Aku , Syakirah dan Faezah terselamat dari
situasi itu. Tapi tidak sahabat muslimatku yang lain. Aku merasakan kesedihan
bertamu dijiwaku melihatkan mereka yang tuck in biarpun ada dalam kalangan
mereka yang sememangnya sekadar mengikut apa yang disuruh.
Maafkan aku sahabatku. Aku
tidak bisa membantu dan meleraikan kalian dari permasalahan ini. Maafkan aku.
Muhasabah Cinta :
Kejadian tempoh hari
menjadikan ukhwah antara kami kaum muslimat renggang. Ketidakadilan itu bermula
daripada tuck in menjadikan kami semakin jauh. Ada juga yang bercakap sesama
sendiri tentang kami. Aku sentiasa bersama Syakirah. Kami dapat merasakan diri
dipulaukan semenjak hari itu. Hari-hari yang kami berdua lalui cukup perit.
“ Nur, apa pun yang
berlaku. Kita tetap bersama. Kuatkan ukhwah antara kita. Biar sahabat lain
menjauhkan diri , kita kena ingat satu perkara bahawa Allah tak pernah jauh
dari kita. Kita kena banyak sabar hadapi mehnah dan tribulasi ini dengan
tenang. insyaAllah , hati sahabat-sahabat kita akan terbuka juga suatu hari
melihat kebenaran. Kita kena teruskan berdoa untuk sahabat-sahabat kita. Jangan
pernah berhenti berdoa.”
Aku mengenggam tangan
Syakira. Kami berdua tersentak setelah pintu bilik Syakirah diketuk orang. Aku
pantas membuka pintu tersebut. Ku lihat Faezah dengan wajah yang muram.
“ Nur , Syakirah.
Sebenarnya saya ada hal nak bagitahu kat kamu dua.”
Belum sempat Faezah
meneruskan bicaranya , dia meraup wajahnya dengan kedua tapak tangan.
Kedengaran tangisan sendunya. Aku dan syakirah berpandangan sesama sendiri
sambil tertanya-tanya. Kami berdua memeluk Faezah untuk memberikannya kekuatan. Belakang badannya ku susut agar
tidak terasa sakit.
“ Nur , Syakirah. Saya
minta maaf banyak-banyak kalau pernah sakitkan hati kamu. Saya tak tahu kenapa
tapi hati saya sakit. Saya dapat rasakan saya dah jauh berubah dari diri saya
yang lalu. Saya rindu diri saya yang dulu.”
“ Sabar Faezah. Tenangkan
diri kamu dahulu. “
Syakirah memegang bahu
Faezah. Aku pula tunduk memandang lantai. Aku dapat merasakan kesakitan yang
dialami Faezah kerana pengalaman itu telah aku lalui. Sememangnya sangat sakit bila mengenangkan dosa tanpa sedar yang
kita lakukan. Setelah kita sedar , kita dihantui dengan kejahilan lalu. Untuk
bangkit kembali memerlukan pengorbanan yang tinggi lebih-lebih lagi bila
melibatkan soal ukhwah. Sangat sukar untuk sahabat kita memahami perubahan yang
ingin kita laksanakan lantaran mereka rasakan bahawa kita sengaja menjauhkan
diri. Itulah yang ku alami. Demi Cinta pada dakwah dan perjuangan , aku harus
melupakan keseronokan dunia lantaran ajal yang mengejar entah bila.
“ Sabar ya Faezah. Kamu
tidak ada salah apa pun dengan kami.Jangan salahkan diri kamu ya. “ aku
memberikan kata-kata perangsang buatnya.”
“ Nur , saya dah faham
kenapa kamu menjauhkan diri dari kami setelah perjumpaan kita dengan kak Siti
tempoh hari. “
Aku memandang wajah Faezah sambil mengesat air matanya.
“ Saya tak pernah terfikir
nak menjauhkan diri dari kamu semua. Cumanya saya mencari ketenangan. Maafkan
saya kalau kamu terasa dengan sikap saya sebelum ni. Saya perlukan kekuatan
Faezah untuk bangkit dan kembali lagi kepada dunia saya yang asal. Saya rasa
gerun bila ingat dosa yang saya buat.”
Entah mengapa hatiku terlalu sebak. Berkali-kali aku katakan pada
diri agar tidak menangis lagi. Namun
apalah dayaku sebagai manusia. Secara tidak langsung aku teringat kisah
Saidina Umar , Khalifah kedua setelah kewafatan Saidina Abu Bakar:
Dahulu sebelum Saidina Umar
memeluk Islam , beliau merupakan orang yang paling digeruni oleh seluruh orang
arab lantaran keberaniannya. Semasa zaman kejahilannya , beliau juga pernah
membunuh anak perempuannya hidup-hidup. Ini kerana waktu itu golongan perempuan
amat dibenci. Bagi mereka anak perempuan ini hanya menyusahkan dan membawa sial
dalam masyarakat. Kuasa Allah , isteri Saidina Umar telah melahirkan seorang
anak perempuan. Berusaha Sang isteri itu mengubah keadaan anaknya kepada cara
lelaki. Pada mulanya Saidina Umar tidak perasan , namun lama kelamaan Saidina Umar
dapat Nampak sesuatu melalui sifat anaknya. Dipendekkan cerita , saat isterinya
tidak ada di rumah , Saidina Umar membawa anaknya keluar. Dalam perjalanan ,
anak kecil itu bertanya:
“ Wahai ayah , kemanakah
engkau ingin membawaku. “
Saidina Umar memandang
wajah anaknya dengan wajah yang bengis seraya berkata :
“ Aku ingin membawamu jauh
dari sini. “
Apalah sangat yang difahami
oleh anak sekecil itu. Baginya itu adalah penghargaan terbesar dari seorang
ayah. Sampai sahaja tempat yang dituju , Saidina Umar meletakkan anaknya di
tanah lantas menggali kubur untuknya. Anak kecil itu bertanya lagi :
“ Wahai ayah , apakah yang
kau lakukan? “
Saidina Umar merenungnya
sambil menjawab dengan kasar :
“ Tengok sahaja , tak perlu
bertanya. “
Anak itu terus mendiamkan diri. Tidak lama
setelah itu , Saidina Umar meminta anaknya untuk masuk ke dalam liang itu. Anak
kecil itu hanya menurut. Setelah itu , Saidina Umar menanam anaknya
hidup-hidup. Anak kecil itu terus meraung-raung memanggil ayahnya sambil
menangis namun tidak di pedulikan. Akhirnya suara itu lenyap dan tidak
kedengaran lagi.
Setelah memeluk agama Islam
, hal itu membuatkan Saidina Umar dihantui rasa bersalah. Kadang-kadang bila
melihat anak perempuan bermain-main , Saidina umar akan menangis sendirian
menangisi kejahilan dan dosa lalu.
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan
Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia
Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?
Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan
“ Nur , ok ke? Syakirah
memandangku. Aku hanya tersenyum kelat.”
“ Syakirah , Nur. Saya nak
jadi diri saya yang dahulu. Tolong bantu saya ya. Saya nak bersama kamu. Saat
ini saya nak jauh dulu dari Azfa , Munirah , Afiqah dan Najah. Saya nak cari
kekuatan.”
“ InsyaAllah boleh Faezah.
Kami sentiasa menyokong dari belakang.”
Selama seminggu Faezah
bersama kami , Azfa dan Munirah juga semakin jauh dari kami. Kami cuba
mendekati diri mereka , tapi tidak dihiraukan. Hinggalah ditakdirkan pelajar
muslimat unit bahasa arab membuat satu liqa bagi merungkai permasalahan antara
kami.
Dalam liqa itu , kami
bertiga banyak disalahkan atas asbab yang tidak kami lakukan. Kami cuba mengukir senyuman biarpun pahit untuk ditelan
kata-kata pedas dari bibir mereka.
“ Kami tak suka dengan
kamu. Saya dan Azfa tahu kamu cuba rampas Faezah dari kami. “
Luahan itu membuatkan aku dan Syakirah terkejut. Faezah dengan
lantas menjawab tohmahan itu
“ Maya , Azfa. Syakirah dan
Nur tak pernah rampas saya dari sesiapa. Ini atas kerelaan hati saya sendiri.”
“ Petang itu sewaktu kita tengok movie , kami nampak kamu ok sahaja. Tiba-tiba
malam tu terus kamu berubah dalam sekelip mata setelah balik dari bilik
Syakirah. Waktu Tu , Nur pun ada sekali.”
“ Maya , Azfa. Dengar sini.
Saya nak cari kekuatan. Petang tu memang saya happy sakan , tapi saya minta
tolong fahami keadaan saya. Malam tu , habis solat isya’ saya rasa berdosa
sangat kat diri. Sebab tu saya masuk bilik Syakirah. Waktu tu Nur memang ada
kat bilik. Diorang yang bagi kekuatan kat saya. Diorang tak salah sikit pun.”
Maya dan Azfa hanya mendiamkan diri. Antara terima atau tidak. Rina
tiba-tiba memasuki ruang bicara.
“ Kami nak tanya. Hari tu waktu kita pergi makan-makan kat rumah
ustaz Farhan, tiba-tiba ustaz soal malam muzikal. Kami tahulah kamu tak sokong
dengan malam muzikal tu , tapi janganlah sampai report dengan Ustaz.”
Sindiran itu membuatkan aku dan Syakirah saling berpandangan.
“ Rina , Najah. Kami tak pernah bagitahu apa-apa kat Ustaz. Kami
awal datang kat rumah ustaz tempoh hari sebab Mak Teh yang jemput minta tolong
sikit. Ustaz yang usulkan sendiri hal tu.Itu terpulang dengan kamu semua nak
percaya atau tidak. Apa yang kami tahu dan fahami , kami tak buat hal tu. Kami
tak pernah terfikir untuk mengaibkan sahabat kami sendiri.”
“ Habis tu apa pula ceritanya dengan Fakhri. Siap Ustaz Azri tahu.
Ni apa kes sebenarnya. “
“ Rina , mestikah semua cerita yang kamu dengar merujuk kepada
kami. Seharusnya kamu tanya Fakhri sendiri. Kami hairan , kenapa kamu lebih
percayakan Fakhri lebih berbanding kami. Bukan kami yang bagitahu kat ustaz
pasal kamu. Hari tu ustaz jumpa kami bertiga. Ustaz sendiri yang bagitahu kat
kami , Fakhri yang bagitahu hal kamu kat ustaz. Sekarang ni , mana yang lebih
kamu percaya. Fakhri atau ustaz?”
“ Atikah , Ina , Fiqa , kak Qi. Kenapa tinggalkan saya dan Nur.
Kita dah janji nak bersama , membantu sahabat-sahabat kita. Mana wala’ kamu
pada saya sebagai ketua?”
Aku terdiam sejenak. Itu merupakan rahsia kami berenam. Dan rahsia
itulah yang menjadi tujuan kami untuk merealisasikan dakwah di kelas. Mungkin
Syakirah ada maksudnya yang tersendiri. Detikku didalam hati. Kesunyian itu
tiba-tiba galak setelah Atikah menghumban telefon bimbitnya. Berkecai telefon
itu. Masing-masing terdiam. Atikah yang diam akhirnya bersuara.
“ Itukan janji kita. Kenapa
kamu bagitahu Syakirah.”
Aku dapat melihat kekasaran disebalik nada itu. Syakirah
menerangkan maksudnya.
“ Sekarang saya nak tanya
kamu. Pernahkah tak kamu wala’ dengan janji kita? Kamu ada terfikir tak kenapa
saya bagitahu hal ni kat depan kelas?
Kamu ingat senang ke saya nak luah hal ni. Saya fikir banyak kali. Tak
ada guna kita simpan janji ni kalau kamu semua nak menjauhkan diri dengan kami
berdua. Membiarkan kami berdua menjalankan janji ini. Seharusnya , sesama kita
yang telah berjanji ni lebih banyak bersangka-baik dengan ukhwah kita. Tapi
lain pula jadinya.”
Atikah terdiam akur dengan kesalahannya. Mengalir air matanya.
Ina yang diam mula
menuturkan kata. Kak Qi pula menangis di bahu Ina. Fiqa pula diam menundukkan
wajah.
“ Nur , Syakirah. Kami minta
maaf atas kesalahan kami. Kami sedar kami banyak bersangka-buruk dengan kamu.
Nur , terima kasih sebab tegur kesalahan saya tempoh hari. InsyaAllah , saya
boleh terima.”
Aku hanya tersenyum. Syakirah memegang bahuku sambil mengenggam
tangan Faezah.
“ Saya pun sama” Atikah dan Fiqa mengungkapkan perkataan maaf pada
kami.”
Alhamdulilah , akhirnya
terungkap jua kebenaran. Kini ukhwah kami bertaut kembali. Azfa dan Maya juga
mula menerima perubahan Faezah dengan mendoakan kebaikan sesama mereka. Aku
diminta untuk membacakan doa Rabithah bagi menguatkan ikatan hati antara kami.
Usai itu , aku terus
bergegas mengambil wudhu dan menunaikan solat sunat hajat. Aku melabuhkan kesyukuranku kepada
kepada Allah. Aku berdoa saat itu , moga ukhwah kami kali ini lebih diberkati
olehNya.
Sejarah yahudi Buta :
Tidak semua yang kita
inginkan akan kita perolehi. Waktu itu sahabatku Ika baru balik dari café
dengan membawa kacang. Kami berasa dihargai dengan kesudian hati sahabatku
membawakan kacang kepada kami. Biarpun Nampak kecil , namun pemberian yang
ikhlas itu lebih baik. Sedang kami sibuk berborak , terlihat oleh kami kelibat
seorang sahabat sebilikku. Fifa namanya. Seorang yang dingin dan amat susah
sekali mendengar nasihat. Aku sering bersabar dengan karenahnya. Biarpun
sifatnya sedemikian , aku tahu hatinya cukup baik cuma didasari dengan masalah
yang dihadapi.
Hati sahabat lain banyak
yang kecewa dan remuk dek sikapnya yang acuh tak acuh dalam menghormati dan
menghargai sahabat sekeliling.
Aku menegurnya dengan baik
:
“ Fifa nak pergi mana?
Marilah join sekali makan. Banyak kacang ni ika beli dari café.”
Ajakan yang diseru
ibaratnya mencurah air ke daun keladi. Tidak langsung ditoleh wajahku dan
sahabat lain. Malahan diambil kasut diatas dalam almari lantas keluar dengan
menghempas pintu. Aku sendiri terkejut dengan fenomena. Aku mengajak
sahabat-sahabatku bersangka baik.
“ Fifa ada masalah kot. Tak
mengapalah. Kita bersangka- baik sahaja.”
“ Erm kalau iya pun sopanlah
sikit. Kesian kat Nur. Bukan sekali kami Nampak Fifa buat macam ni. Dah berkali-kali
kami nampak Nur diperlakukan sedemikian. Tak sakit hati ke Nur?”
Aku memandang wajah mereka
satu-persatu. Tak terasa. Tipu jika aku tidak terasa. Aku juga manusia. Punya
perasaan sakit didalam hati. Namun hal itu aku cuba atasi sebaik mungkin agar
tidak menjejaskan matlamatku. Aku yakin hati Fifa sebenarnya lembut cuma perlu
mengambil masa untuk difahami. Aku terangkan juga kepada sahabat-sahabatku yang
masih termangu-mangu.
Ika , Fiqa , Azfa , Faezah.
Dengar sini apa yang saya nak cakap.
“ Yup! Kami dengar. Kalau
Nur nak share pun tak mengapa. “
Keikhlasan hati mereka benar-benar membuatkan aku tersenyum.
“ Sahabat macam tu kalau dah ada masalah ,
kita tak boleh marah , kutuk , pulau , buat geram. Hal tu boleh menyebabkan
sahabat menjauhi kita , malahan gap( jurang ) juga akan wujud. Untuk bercakap dengan sahabat kita yang macam ni ,
kita perlu banyak sabar. Tak rugi orang yang sabar , dikasihi oleh Allah lagi. Kita kena ingat dengan mengajak
orang kat sekeliling kita tak semestinya kena tunjuk akhlak aje , tak
semestinya kita kena nampakkan kelebihan yang ada pada kita. Kita kena perbetulkan
aspek pemikiran kita. Contohnya sahabat kita ni kita boleh mengajaknya dengan
berbuat kebajikan , mungkin dengan cara tu kita boleh mendekati dan melembutkan
hatinya. Kita tak tahu kan apa yang akan terjadi. Yang penting kita kena yakin
Allah akan menilai setiap usaha hambanya. Setelah tu kita kena ingat jangan sesekali kita nampakkan
kat depan sahabat kita tu kita tak puas hati dengannya. Hal tu la yang akan
menyebabkan sahabat kita tu makin jauh. Then , kita tak payahlah nak balas dendam kat dia
kembali nak dia rasa macam mana perasaan
kita yang tercalar olehnya. Itu semua tak perlu sahabat. Hal tu biar urusan dia
dengan Allah. Jangan kita nak tambahkan lagi dosa sahabat kita dengan dosa kita
sekali. Kita ni dah banyak dosa , tak usahlah kita nak menambah lagi dosa kita.
Kalau dihitung kembali tak terhitung
dosa kita ni . Boleh tangkap tak maksud Nur sahabat-sahabat? “
“ Nur nak bawa satu kisah. Dahulu
ada seorang perempuan yahudi buta yang sering menghina, mencaci dan banyak lagilah yang dilakukan oleh perempuan
yahudi itu. Tapi Nabi tak ambil kisah semua tu , Nabi tetap meneruskan
kerjanya. Hatta bilamana Nabi menyuap roti yang telah dikunyah-kunyah olehnya
lantas disuap ke mulut perempuan yahudi
itu, Perempuan itu sempat lagi menghina Nabi dihadapannya. Nabi hanya tersenyum
dan meneruskan kerjanya menyuap roti ke dalam mulut perempuan yahudi.Hampir
tiap hari Baginda melakukan perkara yang sama dan tiap hari juga Baginda
mendengar hinaan demi hinaan padanya.Sehinggalah satu hari bilamana Rasullah
telah wafat , Saidina Abu Bakar meneruskan kerja Nabi. Namun perempuan itu
dapat merasai kelainan pada tangan yang menyuapnya kali ini.Lantas berkata perempuan
yahudi itu :
“ Tangan ini tidak sama dengan tangan yang
selalu menyuapku.”
Sahabat nak tahu apa yang terjadi??Abu Bakar berkata :
“ Wahai makcik , orang yang selalu menyuapmu hatta orang kau
hina setiap hari itulah dia Rasullah SAW.”
Mengalir air mata di wajah tua itu. Perempuan yahudi itu lantas
memeluk Islam. Tapi tahukah kita perempuan yahudi itu masuk Islam tanpa melihat
dan mengenali akhlak Rasullah itu sendiri.Berkat kebajikan yang dilakukan oleh
Rasullah itu menyebabkan hati perempuan tua itu lembut..
Melalui kisah ni kita dah dapat ambil iktibar. Bukan macam tu
sahabat semua.
Sahabat-sahabatku
menggangguk-anggukkan kepala tanda akur. Aku meneruskan bicaraku dengan
memberitahu satu rancangan.
“Macam ni kalau kamu
perasanlah. Fifa selalu tengok jadual harian dia kan..satu hari tu ana tak
sengaja melihat jadual hariannya. Kat situ Fifa notekan sekali birthdaynya.
Kalau tak silap 21 hb ni. Start dari
sekarang tinggal 2 hari lagi sebelum birthdaynya. Jadi bila time birthdaynya ,
kita jangan wish dulu.Kita wish sehari setelah birthdaynya ok. Surprise sikit.
Macam ok tak cadangan Nur? “
Aku menantikan saat itu. Hari
yang ditunggu tiba jua.
“ Ya Allah lembutkanlah
hati sahabatku untuk mengenal kasih sayangMu.” Doaku didalam hati. Aku amat
merindui dirinya. “
Persiapan telah disediakan tinggal menanti kedatangan
Fifa. Aku pula sedia menanti dibilik kami. Ku lihat pintu dikuak oleh Fifa.
Fifa ingin beralih keluar setelah melihatku. Namun aku sempat menghalang niat
sahabatku itu. aku mengenggam jemari itu sambil tersenyum.
“ Ini bilik kamu juga Fifa.
Kitakan roommate.”
“ Kenapa Nur dan sahabat-sahabat lain masih sudi nak berbaik dengan
Fifa. Fifa ni tak layak nak berkawan dengan korang semua. Saya ni budak teruk.
“
“ Fifa , kami tak pernah
rasa kamu macam ni. Kami tahu Fifa bukan nak lakukan semua ni dengan kerelaan
hati Fifa. Mungkin kerana masalah yang kamu hadapi kamu jadi macam ni. Maafkan
kami Fifa sebab mungkin selama ni kami juga kurang mengambil tahu masalah kamu.
Maafkan kami Fifa.”
Aku memeluk sahabatku.
Bagiku biarlah aku seorang merasa pahit melakukan kekhilafan. Jika diberikan
kesempatan , aku tidak ingin sahabat-sahabatku merasai kesakitan khilaf
tersebut.
“ Tak adalah Nur. Saya ni
yang selalu buat hal. Saya yang selalu menyusahkan korang semua. Entahlah ,
saya rasa saya tak layak untuk dimaafkan. Lebih-lebih lagi setelah apa yang
saya lakukan. Baru saya tahu , saya tak dapat nak hidup seorang diri. Saya
perlukan kamu semua. Tapi , sudikah lagi diorang semua terima saya Nur?”
“ Fifa, kami sentiasa
mengalu-alukan kedatangan kamu dalam hidup kami. Kami tak terfikir pun nak
buang kamu dari kami. Fifa, kita ni manusia biasa tak pernah terlepas dari
ujian. Setiap detik dan saat ada sahaja ujian. Mungkin apa yang berlaku antara
kita adalah tarbiah dari Allah untuk mendidik keikhlasan dalam persahabatan dan
paling penting ukhwah itu sendiri. Melaluinya Allah nak mendidik kesabaran
kita. Kami semua sayangkan kamu. Kalau kamu ada masalah , selagi kita boleh
selesaikan , insyaAllah kami akan cuba membantu. Yang penting kita hidup macam
adik-beradik.”
“ Terima kasih Nur sudi
terima saya lagi. Kesian kamu jadi roommate saya.”
Aku hanya tersenyum. Bahunya
ku pegang sambil memberikan isyarat peace kepadanya. Pintu bilik dikuak. Aku
melihat sahabat-sahabatku menyanyikan lagu hari lahir buat Fifa..Aku melihat
semua sahabat-sahabatku masing-masing riang seolah-olah tidak ada sengketa yang
berlaku. Terima kasih ya Allah!
Lautan Dalam Sanggup Direnang?
Orang tua-tua kata pelik bin ajaib. Orang muda kata trend masa kini.
Biasalah anak muda pemikirannya jauh ke hadapan. Mengalahkan pakcik dan makcik
yang jauh makan garam terlebih dahulu. “
Lautan dalam sanggup direnang , lautan api sanggup ku redah.” Itulah
kata-kata anak muda semata-mata untuk mendapatkan cinta kekasih sementara.Sesuatu
fitrah bertukar fitnah. Cinta yang berstatus tinggi berubah pangkat menjadi
cinta low class. Pena dilakar warkah menangis pilu lantaran menjadi hamba pada
cinta nafsu.
Terdetik seketika di benakku , Cinta itu merupakan hadiah daripada
Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah
lebih dicintai daripada pemberi hadiah. Jawabnya wahai anak muda dan diriku ,
tepuk dada tanyalah iman dan taqwa didalam diri. Malangnya , apa yang berlaku
kekadang lebih daripada itu.
Aku sedar, isu ini amat sukar untuk dijawab terutamanya pabila ia
melibatkan hati. Apabila seorang da’ie berbicara tentang cinta , maka
berhati-hatilah kerana kata-katamu pastikan diuji. Allah tidak akan membiarkan
hambanya diatas muka bumi ini hidup senang – lenang malahan sewenang-wenangnya
melakukan kerosakan diatas muka bumi bertuhankan desakan nafsu semata-mata.
Aku akui , sememangnya cinta itu indah malahan memabukkan. Apa lagi jika
ia diteguk secara berlebihan dan tanpa peraturan. Cinta itu ibarat garam dan
gula. Kena ada peraturan dan kadarnya. Bayangkan jika kita mengambil garam
secara berlebihan , ia mendatangkan mudarat seperti serangan darah tinggi dan
lemah jantung. Manakala jika gula itu diambil tanpa mengikut kadar yang
ditetapkan , bukankah kita akan menerima azab kencing manis. Itulah dia ‘ mabuk
cinta’. Pabila mabuk , kita tidak akan sedar kerana kita berada di dunia
khayalan. Apa yang kita tahu , saat itu semuanya indah.Manisnya meresap didalam
jiwa.
Aku sebak melihat alam sekolah menengah. Seharusnya saat itu digunakan
sebaik mungkin untuk meneguk seberapa banyak ilmu. Bukannya cinta monyet yang
menjadi pengarang jantung. Bukan aku memandang mereka dari sudut buruknya
akhlak , siapa aku untuk berfikir dan menghukum mereka. Aku hanya insan biasa ,
takkan pernah terlepas dengan ujian. Aku jua punya perasaan. Aku juga punya ibu
bapa. Aku juga dilahirkan dalam keadaan yang susah yang mana membuatkan aku dan
adik-adik terasa malu untuk meminta sesuatu.
Aku juga melihat kesusahan ayah dan ibu bekerja siang dan malam untuk
menyara aku dan adik-adik. Melihatkan keadaan itu , aku menjadi kasihan pada
diriku sendiri jika aku tidak mampu
untuk membahagiakan mereka.
Selama 9 bulan aku dikandung , diusung kesana-kemari tanpa mengeluh
walau sedikit. Setelah itu , aku diasuh dan disayangi dengan penuh cinta.
Disekolahkan aku untuk menjadi insan yang berguna , memberi manfaat buat orang
lain. Lantaran itu , aku tidak berani menyakiti hati insan yang bernama ayah dan bonda walau
sedikit. Hati ini kelu melihatkan sahabat serta adik-adik yang terbuai dengan
arus. Hati ini juga sering mengadu
kesakitan acap kali terlihat keadaan seperti ini. Diikutkan hati , tangan ini
ingin sahaja menarik mereka dari kejauhan untukku genggam kembali tangan mereka
menuju cinta Abadi. Aku tidak ingin hanya aku seorang yang mengenalNya , tangan
ini juga ingin mereka bersama diriku meniti denai kehidupan. Kerana apa? Kerana
mereka juga saudaraku. Aku harus mencintai mereka lebih dari diriku sendiri.
Allah berfirman mafhumnya :
Tidak akan sempurna iman seseorang
sebelum dia mencintai saudaranya melebihi dari dirinya sendiri.
( hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
Pada waktu itu akalku sedar pabila diri
mabuk dengan cinta nafsu , tidak hairanlah jika ada remaja yang sanggup
melupakan ibu bapa mereka yang telah menjaganya selama 17 tahun hanya kerana
jejaka yang baru dicintainya selama 7 bulan. Malangnya, tidak sampai setahun ,
cinta itu bersepai di tengah jalan. ‘ Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian
tidak berguna’. Saat itu , baharu kita sebagai remaja mengerti , siapakah yang
sebenarnya lebih mencintai diri kita. Secara tidak langsung,kita juga sedar
siapakah pula yang harus kita cintai! Ingatlah kata hukama’:
“ Untuk bahagia , cintailah sesiapa yang
menyintai anda , bukan sesiapa yang anda cintai.”
Aku teringat persoalan seorang hamba Allah. Saat itu dirinya masih
terbuai dengan dunia percoupelan.
“
Asyik-asyik nak cakap cinta tu haram. Ini tak boleh , itu tak boleh! Bagi Nur
cinta ni macam mana? Memang haram ke? Takkan tak boleh kot bercinta.”
Persoalan itu membuatkan aku tersenyum.
Kelat hati ini mendengarkan kalimah ‘cinta’. Salah bercinta? Mata itu kurenung
dengan sepenuh hatiku. Aku berdoa didalam hati , moga kata-kata ini dijauhi dari panahan Syaitan dan Iblis yang
ingin menghancurkan anak-anak Adam.
“
Ya Allah jadikanlah kata-kataku ini mempunyai roh agar sampai didalam hati
sahabatku. “
“
Taklah Ram. Siapa cakap bercinta ini salah. Bercinta itu tak salah justeru ia
adalah fitrah tabi’e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta
dan dicintai adalah naluri ( instinct ) setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan
cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Allah
Taala mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui , Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang , dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan. Allah
menciptakan sesuatu diatas muka bumi ini pastinya mempunyai tujuan yang
tersirat dan bukannya sia-sia.”
“
Biarpun begitu , Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.”
Sahabatku memandangku sambil mengangkat
kening seraya tidak memahami maksud bicaraku.
“
Peraturan?? Cinta pun ada peraturan. Baru tahu hari ini.”
“
Betul Ram. Cinta pun ada peraturan. Sebagaimana Allah menciptakan bumi ini
berputar mengikut peraturannya , maka
terjadilah siang dan malam. Hatta Saling
melengkapi dan berpasangan pabila peraturan Allah itu diikuti. Tapi , peraturan
cinta yang ditetapkan inilah yang sering dilanggar oleh manusia. Khususnya
remaja macam kita. Rasa cinta itu tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlaku cinta terlarang iaitu
cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan daripada Allah. Ketika itu
, fitrah akan bertukar kepada fitnah. Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan
atau diisi mengikut peraturan Allah , maka akan berlakulah kekalutan dan
kemusnahan. Justeru itu , janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah ,
tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta dari Allah.”
“
Peraturan sekolah sanggup kita turuti , mengapa tidak peraturan dari Allah?
Bukankah itu peraturan yang seharusnya kita takuti? Peraturan sekolah hukumnya
hanya sedikit berbanding hukum Allah berupa azab dan siksaan. Mahukah kita leka
seperti itu. terus membiarkan diri terus lalai tanpa ingin mendalami sesuatu
ilmu. “
“ Nur , nak Tanya pendapat kamu.
Agak-agak kenapa Allah bagi peraturan cinta?”
Tanpa membuang masa aku menatap lembaran
kata bingkisan Ustaz Paharol dalam bukunya:
“
Mengapa ada peraturan bercinta? Jawabnya Ram ada didalam hati. Pastilah Allah
menyayangi dan mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan
buat manusia dalam memenuhi kehendak fitrah tabi’enya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kerosakan. Tanpa peraturan ,akan terjadi cinta terlarang. Cinta yang terlarang
lebih menjurus kepada sifat negatif berbanding sifat positif.”
“
Hubungan cinta juga jangan dicemari oleh sebarang tindakan yang menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan , lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk rindu dan
asyik yang akan membuatkan kita terus terbuai dan terlena. “
Seteguk kita dari kendi cinta terlarang ,
racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan
“
cinta yang suci harus dipelihara dan dilindungi. Orang yang tidak memelihara
dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta samalah dengan mempermainkannya.
Apa maksud mempermainkan cinta? Cinta yang dipermainkan ialah cinta yang tidak
setia , cinta yang bersalut dengan nafsu , cinta yang tidak ada matlamat dan
tujuan yang suci dan tinggi melainkan matlamat yang bersifat inderawi dan
bermartabat rendah. Habis manis sepah dibuang. Ketika itu hilanglah kesucian
cinta! “
Memang benar , kalau cinta dibicarakan tahun depan pun belum tentu
habis. Betapa bijak syaitan dan Iblis laknatullah menjalankan strategi menyesat
dan melalaikan anak-anak Adam. Soalan terakhir dari seorang sahabat usrahku
Asma.
“
Tadi kamu sebut berkaitan cinta , peraturan dan cinta terlarang. Sebenarnya
saya dah couple. Tapi kami tidak bercerita benda yang berfaedah. Kadang-kadang
dia suruh saya baca Al-Quran , kalau dia tengok ceramah , dia bawa saya sekali
, kadang-kadang bangunkan saya solat malam. Apa pendapat Nur? “
Jika pandanganku yang diminta , aku akan menjawab tidak ada istilah
cinta islamik. Bukankah ia membuka jalan kepada Syaitan dan Iblis dengan
mendekati Zina? Surah Al-Isra ayat 32
mafhumnya Allah telah berfiman :
Dan janganlah kamu mendekati zina. ( zina
) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.
“
Asma yang Nur sayangi. Jika diikutkan , Islam tak pernah menghalalkan matlamat
dan cara kita. Dalam hati kita , biar kita bertindak sebagai raja. Jangan
biarkan hati kita dikuasai nafsu. Biar kita yang kuasai suasana dengan jalan
kebaikan , bukan suasana yang mengawal kita. Bagi Asma hal tu sangat baik. Tapi
, cuba kita fikirkan kembali , bukankah dengan cara itu kita boleh melalaikan si dia. Kita ambil ketenangannya
bersama Allah semata-mata untuk kepentingan hati kita. Asma , zina ni banyak
jenisnya. Jangan kita jadi penyumbang kepada zina. Jika benar Asma sayangkan si
dia , lepaskanlah dia. Biarkan dia memimpin dirinya terlebih dahulu. Jika benar
itu jodoh Asma , Allah akan tautkan juga hati Asma dan si dia satu hari nanti.
Sekarang ni , kita fikir tanggungjawab kita untuk membahagiakan ibu dan ayah.
Diorang nakkan kejayaan kita Asma , Ram. Kita tunaikan dahulu harapan mereka.
Diorang berusaha tak kecaikan hati kita , sentiasa ikut kemahuan kita dari
kecil hinggalah kini. Sekarang turn kita. Mereka berhak mendapat apa yang
mereka inginkan. Fokus dahulu belajar. Lupakan dahulu si dia. Yakin pada janji
Allah disamping berdoa moga Allah pertemukan jodoh kalian satu hari nanti. Doa
itu senjata orang mukmin. Petikan kata-kata hukama’ :
الدعاء سلاح المؤمن
Doa itu senjata orang mukmin.
Aku melihat keduanya tunduk akur. Sekilas
kemudian , Asma mula meluahkan rasa. Ram pula sibuk mengingatkan sesuatu.
“
Nur , terima kasih. Baru tahu hari ini. InsyaAllah saya cuba sekuat hati untuk
menjaga cinta ini. Terima kasih sudi sedarkan kami. “
Bukan aku yang menyedarkan kalian sahabat. Bisikan halus melalui hati
itu sedang mengadu kepada Allah. Lantaran itu Allah membisikkan kesedaran di
hati agar hati itu kita jaga dengan sebaik mungkin. Kita hanya meminjam dan
tidak layak untuk menyakiti hak Allah. Aku berkata seperti itu pada kalian
,dalam masa yang sama aku juga berpesan pada diriku sendiri.
Ukuran Cinta & Benci
Cintailah sesuatu itu sekadar saja ,
Berkemungkinan ia akan menjadi
Kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah yang engkau benci itu sekadar
saja ,
Berkemungkinan ia akan menjadi
kecintaanmu pada satu ketika.
Istikharah cinta ;
Ujian Allah tak mengenal tempat dan masa.
Tidak ada siapa yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Begitu juga diriku. Saban kali aku disoal
sahabat , guru dan keluarga soal
perasaan atau cinta. Telahkah aku
dimiliki atau tidak. Tika itu , kami baru sahaja selesai program ilmiah yang
melibatkan Persatuan Siswazah Sabah. Sempat juga aku diusik nakal.
“
Nur tak pernah ada hati kat mana-mana syabab ke? Mustahil Nur tak pernah
menyimpan sedetik pun. “
Aku memandang mereka sambil tersenyum. Ku
lihat wajah sahabatku sambil mengenggam jemari mereka.
“
Kak Dila , Kak zaha , Ifa. Tipu kalau manusia kat muka bumi ini tak ada
sekelumit pun perasaan cinta tu kat dalam diri. Bagi Nur , semua tu hanyalah
singgahan dari Allah untuk menguji tahap iman seorang hamba yang mengaku
mencintaiNya dan Rasul-Nya. Perasaan yang didatangkan itu ibarat tetamu ,
kadang menyinggah sekejap dan kadang menyinggah dalam beberapa bulan di rumah
hati. Setelah itu , ia pergi dengan
sendiri. Nur dapat rasakan tiap perasaan yang datang pada Nur tu , bukanlah
jodoh Nur. Hanyalah singgahan sebelum Nur bertemu dengan ketenangan hati Nur
yang sebenarnya. “
Mereka hanya mengangguk-anggukkan kepala.
Masing-masing tersenyum sesama sendiri.
“
Agak-agak Nur dah jumpa tak ketenangan hati Nur tu.”
Aku tersentak dan diam dengan persoalan itu. Aku sendiri tidak pasti
apakah benar dia jodohku atau tidak. Aku serahkan segala-galanya pada Allah.
Dialah yang berhak menentukan. Usahaku hanyalah doa dan tawakal. Bukan
mempromosikan diri pada tiap Adam. Aku sentiasa berusaha tiap hari untuk memperbaharui
niat ,iman dan diri. Aku juga yakin dengan janji Allah , perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik.
Wahai diri ,
Janganlah engkau sampai kehilangan jati
diri dalam proses penantian itu ,
Jikalau ingin berlari ,
Belajarlah berjalan dahulu ,
Jikalau ingin berenang ,
Belajarlah mengapung dahulu,
Jikalau ingin dicintai ,
Belajarlah mencintai dahulu ,
Tentunya lebih baik menawarkan diri pada ikhwan yang tepat ,
Ikhwan soleh yang engkau idamkan,
Yang engkau inginkan ,
Meski tidak secerdas Ali r.a. ,
Tidak semulia Muhammad saw,
Tidak setegar Nabi Allah Ibrahim a.s,
Yang penting ia pilihan akhir zaman ,
Dan ingatlah wahai diri ,
Engkau bukanlah Fatimah yang istimewa
dalam bersederhana,
Bukan Siti Khadija yang sempurna dalam
menjaga,
Bukan juga Maryam yang begitu mulia dalam
aniaya ,
Bukan juga Siti Hajar yang setia dalam
sengsara,
Engkau hanyalah wanita biasa ,
Yang terus bermujahadah menjadi solehah ,
Hingga akhir hayatmu..
Aku masih teringat akan beberapa lamaran yang ku terima. Semuanya
bermula dialam kampus. Pertamanya melalui seorang senior peneraju awal Bahasa
Arab.Hatiku masih tetap dan aku katakan padanya hati ini belum bersedia. Aku
teruskan berdoa moga hati ini terus terjaga. Selang minggu seterusnya , teruji lagi diriku pabila dirisik melalui
sahabatku sendiri juga. Aku sedar itu adalah ujian Allah buatku. Perkara yang
sama aku lakukan. Aku tetap aku. Ku gagahkan hati untuk melawan ujian Allah
agar aku bisa melewati tahap seterusnya. Hinggalah takdir Allah
mempertemukan aku dengan seorang muslimin yang juga mukminin soleh menurut akal
pendekku. Aku sendiri tidak mengerti dan menjangka akan pertemuan ini. Pertama
kali diri ini kalut tak terkata. Terdiam seribu bahasa. Seolah-olah telah lama
mengenali biarpun hakikatnya tak pernah mengenali seperti apa dirinya. Aku akur
dengan ujian Allah. Ku bisikkan pada hati mungkin si dia juga adalah ujian
Allah untuk menguji hati. Berkali-kali aku menolak tiap bayangan dan perasaan
yang hadir itu , masih juga tetap bersemai di hati. bercambah menjadi benih di
lubuk hati.
Aku sering menangis memohon kepada Allah agar jauhkan aku dari perasaan
ini. Aku lebih selesa bersama Tuhanku ,mengadukan segala isi hati ini padaNya.
Aku dapat rasakan semakin aku berdoa , perasaan itu makin bercambah. Aku
tidak tahu seperti apa perasaan itu.
Padaku , air mata ini sering mengalir agar beban itu kurang di pundakku.
Ya
Hannan…
Denai hijau , langit biru , gunung kelabu..
Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan..
Yang menyuratkan sebuah keindahan..
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran..
Cerminan alam yang memantulkan keindahan Tuhan.
Denai ,
langit dan gunung ,
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan..
Pada limpahan nikmat selaut indah..
Kemana tumpahnya munajat seraut rembah..?
Sekian lama melihat alam penuh teratur..
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur?
Denai , langit dan gunung ,
Adakah pantulan lambang biasan tamsilan..
Gunung , bagaikan pasak teguh kemurniaan
iman..
Langit , hamparan saujana kelapangan Islam..
Denai , lembah subur kelembutan ihsan..
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi..
Rasa kehambaan mengukir iman..
Ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam
diri..
Ya Hannan , teguhkanlah imanku..
Seteguh gunung itu..
Ya Mannan , lapangkanlah
Islamku..
Selapang langit biru..
Dan lembutkanlah ihsanku..
Selembut rumput denai itu..
Nescaya bertamulah diri yang hakiki..
Di kamar hati yang cinta Ilahi..
Ya Allah tika gagah-Mu bercermin
alam sehebat guruh..
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh..
Kolam hatiku takkan selamanya keruh..
Insya-Allah!
Aku redha pada ketentuan Allah. Aku cuba mengawal perasaan ini sebaik
mungkin. Aku tidak ingin terlalu berharap kerana aku masih tidak tahu seperti
apa kedudukanku pada dirinya. Perasaan yang dititipkan Allah buatku diuji lagi
samada aku yakin pada janjinya atau tidak.
Aku
diuji dengan kehadiran seorang lagi mukminin soleh. Dengan latar belakang yang
hebat hatta menuntut di bumi Mesir dalam bidang perubatan. Jika mataku buta ,
pastinya aku memilih seseorang kerana pangkat. Hebatnya Allah , disaat aku meminta kekuatan
diberikan aku ujian untuk menghadapinya. Disaat aku meminta kebijaksanaan ,
diberikan aku kesulitan untuk menyelesaikannya dengan bijak. Aku mengambil masa yang lama untuk berfikir. Berkali-kali
juga aku istikharah dan bermunsyawarah dengan sahabat lain. Aku memandang agama
muslimin tersebut , cukup baik dan tepat untuk dijadikan seorang pembimbing
kepada keluarganya kelak.
Kala itu ,aku lebih selesa bersendiri. Menaakul akan kehidupan yang
telah ku lalui. Aku tidak mampu menahan empangan air mata. Ku biarkan ia
mengalir seiring dengan doa. Ku tadah tangan di pertiga malam memohon
petunjuk dari Ilahi.
Ya Allah , jika aku jatuh hati
Cintailah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk
mencintai-Mu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hatimu
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah ,jika aku menikmati cinta
kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhir-Mu
Ya Allah,jika aku jatuh hati pada
kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia
kepad-Mu
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui
hamba-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi kepada-Mu
Sedang aku sibuk membaca kalam Allah ( al –
Quran ) , fikiranku secara tidak langsung meniti pada muslimin yang membuatkan hatiku tergugat
sebelum itu lagi. Berkali-kali ku tepis
rasa hati , tetap juga bersarang di lubuk hati. Aku dapat merasakan
ketenangan itu. Menangis lagi hati ini , Berdoa agar dipelihara dari nafsu dan
syaitan laknatullah.
Ya Allah ,
Aku yakin pada tiap bait janjimu ,
Kalammu umpama pujukan buatku ,
Tika aku menyendiri mahupun tika aku
riang ,
Terkadang aku terpukul sendiri ,
Setiap manusia pastikan diuji ,
Mungkin hari ini,
Mungkin esoknya ,
Mungkin minggu seterusnya,
Dan begitulah hari yang kian mendatang...
Wahai Khaliqku,
Aku berpegang pada janjimu,
Kalimah La Taqrabu Zina itulah sandaran,
Gelaran Solehah akan ku kejar,
Biar banyak mana mata memandang,
Biar banyak mana mulut berbisa,
Biar banyak mana anasir-anasir,
Itulah pencakku Srikandi Solehah...
Teguh seperti apa pun diriku ,
Pastinya menginginkan diriku didampingi ,
Bukan menjadi kekasih ,
Bukan jua menjadi pasangan,
Bukan jua tempat bermanja ,
Aku hanya mengimpikan gelaran ISTERI
Solehah...
Aku jua amat yakin Wahai Tuhanku ,
Kuat mana Engkau datangkan perasaan dalam
diri ini ,
Ia hanyalah singgahan dariMu untuk
menguji hambamu,
Sejauh mana hati ini bisa dipertahankan,
Kerap itu jualah aku berhati-hati
terhadap perasaan yang menyelinap,
Hinggalah akhirnya , Engkau mentakdirkan
seorang mukminin soleh,
Disaat itu hati ini mula gundah,
Gelana tidak terkira,
Pertama kalinya diri ini kalut tak
terkata,
Nafsu dan iman saling berbisik,
Hingga akhirnya bertelagah sesama
sendiri,
Demi melindungi jasad ini,
Dari terus terlena..
Ya Allah..
Aku jua percaya ,
Jodoh itu tak perlu dicari,
Saatnya tiba datang tanpa disangka,
Jauh manapun ia ,
pasti ada jalannya untuk mendekatkan diri
padanya,
Dengan jalan Syariat dalam keredhaanNya..
Ya Rabbi ,
Hambamu
ini hanya mampu memohon,
Menadah
tangan dalam tangisan yang bersulam,
Aliran mutiara diselubungi ketakutan
dalam ujianMU,
Jika Dia ditakdirkan buat hambamu ini,
Izinkanlah aku mengetuk pintu hatinya Dengan
izinmu,
Izinkanlah aku menjadi zaujah buatnya,
Izinkan aku menjadi ummi buat anaknya,
Izinkan aku menjadi insan dibangga
buatnya..
Izinkan aku menjadi pelindung buatnya..
Aku hanyalah insan pendamba,
Sungguh aku hargai tiap singgahan yang diberikan
ini ya Rabbi,
Jika dia adalah singgahan yang ikhlas
menjadi tetamuku,
Maka ku pinta ,
Berilah aku kekuatan menjaga hatiku..
Esok malamnya , aku sendiri tidak mengerti akan diriku. Bagaimana bisa
aku bertanya perihal dirinya pada sepupuku. Setelah aku sedar akan pertanyaan
itu , lidahku kelu. Aku menjadi malu dengan diri sendiri. Aku memohon padaNya
agar dilindungi hati ini. Takdir Allah , keesokan harinya aku menerima mesej yang berupa risikan dari muslimin
tersebut. Saat itu , diri ini sangat terkejut hinggakan terketar seluruh
tubuhku. Dipendekkan cerita , hati ini sudi menerima. Aku berdoa pada Allah
moga diriku jauh dari fitnah yang mana fitnah itu sendiri datang dariku. Fitnah
terbesar seorang lelaki adalah wanita. Aku menjadi gerun pabila memikirkannya.
Aku teruskan istikaharahku disamping berdoa. Aku yakin mukminin Mesir ini pasti
bertemu dengan seseorang hawa yang sama hebat dengannya. Aku memberanikan diri menyatakan hasrat menolak lamaran tersebut .
hati ini rasa bersalah namun digagahkan jua.
Bermula daripada penolakan lamaran tersebut , aku dapat merasakan
ukhwahku bersama sahabat yang menjadi orang tengah antara aku dan muslimin
Mesir tersebut menjadi renggang. Aku cuba mendekati , namun hati ini dapat
merasai bahawasanya sahabatku mula menjauhkan diri. Saban hari aku berdoa moga
dilembutkan hati sahabatku. Hinggalah suatu saat , apa yang ku rasakan ini
adalah benar. Menangis hati ini.
“
Aku amat merinduimu sahabatku. Aku rindukan ketenangan dan tautan hati kita
yang lalu. Jangan sisihkan aku dari hidupmu hanya disebabkan asbab ini. Bukan
aku tidak ingin menerima , tapi aku yakin si dia pasti lebih berpeluang untuk
mendapatkan muslimah yang jauh lebih baik dari diriku. Ambillah lama mana masa
yang engkau ingin untuk menenangkan hatimu. Jika kau telah bersedia sahabatku ,
kembalilah denganku , bersamalah denganku lagi meniti denai ukwah dan dakwah
ini. “
Aku bermonolog sendirian.
Akhirnya , berkat kesabaran ini ,
bersama lagi aku dengan sahabat cintaku ini. Terima kasih ya Rabbi kerana masih
sudi mengikat hati kami.
Ku sangkakan panas berpanjangan , rupanya hujan di tengah hari. Aku
dapat rasakan , diriku mula membawa
fitnah pada si Dia. Aku menjadi takut dan gerun. Berkali-kali aku nasihatkan
diri agar mengawal diri daripada ini. Betapa hebatnya Syaitan mengatur
rancangan. Tersungkur lagi aku melewati kehidupan ini. Benarlah kata kak
halimah , pabila dai’e mula membicarakan soal perasaan dan cinta , hatinya lebih mudah terikut dan
menjurus kepada fitnah atas asbab tidak pernah terlibat dengan isu ini.ku
gagahkan hati berbincang dengan rakan sebilikku Faezah. Tidak ada rahsia antara
kami. Bagiku dialah kakak buatku. Aku teringat lagi katanya :
“
Nur , perempuan ni sering bawa fitnah pada kaum Adam. Kalau Nur rasa Nur bawa
fitnah padanya. Lupakan dia. Apa yang ada dalam diri kita semuanya memberi
fitnah pada kaum Adam. Sebab tu kita disuruh menjaga. Nur , jangan rasa jatuh
dengan ujian ni. Kita diuji bukan untuk dilemahkan , tapi untuk dikuatkan. Kita
belajar dari kehidupan.’
“
Betul Faezah , Nur rasa bersalah sangat-sangat. Nur rasa Nur dah
merosakkan anak orang. Buktinya Nur dah
bawa fitnah pada hati dia. Tak layak untuk Nur rosakkan dia , kerana datang dan
lahirnya dia dari keluarga yang cukup baik asuhannya. Nur rasa bersalah, kalaulah
Nur tak menghadirkan diri dalam hatinya pastinya hati dia sentiasa terjaga buat
Allah , keluarga dan perjuangannya. “
Faezah mengesatkan air mataku. Dipeluknya
aku dalam dakapannya. Ku lihat air mata di wajahnya.
“ Maafkan Nur Faezah sebab merosakkan
kepercayaan kamu dengan saya. “
“ Taklah Nur , kamu tak merosakkan
kepercayaan saya sikit pun. Apa yang kamu lalui sama persis dengan saya. Tidak
ada bezanya. Semua tu takdir Allah. Allah yang titipkan perasaan tu kat hati
Nur. Bukan orang lain. Kalau betul rasa macam ni , lupakan dia. Bukan bermakna
Nur lupakan dia Nur bencikan dia. Tapi Nur nak jaga si dia kan. Kalau betul Nur
tak nak dia terbuai hatinya , serahkan sahaja si dia bawah jagaan Allah.
Biarlah Allah yang menjaganya. Banyakkan sahaja berdoa dan tawakal. Ada jodoh
pasti akan ditemukan juga.”
Saat
itu , aku merasakan satu kekuatan di hatiku. Aku telah temui jawapan yang ku
inginkan. Terima kasih atas ujianMu ya Allah. Terima kasihku juga kerana
memberikan aku penyelesaian ini. Malam itu usai aku menunaikan solat sunat
taubat atas dosa-dosaku , terdetik di hatiku untuk meluahkan rasa hati bersama mujahadah cintaku iaitu bloggerku. Aku
meluahkan isi hatiku melalui penulisan dengan sedamai aliran sungai air mata.
Ku biarkan sungai itu mengalir bersama pena yang ku lakar. Ku biarkan jemari
ini menari-nari sendiri di ruangan itu.
“ Ya Allah!!kerana kasih sayangMu
dan kerana inilah perasaan yang pertama kali datang dalam diriku ,maka aku
redha. Dengan tangan , mata , telinga dan hati menjadi saksi , aku lepaskan dia
dibawah jagaanMu. Aku rela lepaskan dia pergi dari hatiku.Biarlah dia sibuk
dengan urusannya. “
“ Ya Allah aku mohon , kembalikanlah hatinya
yang dahulu. hati yang belum dicemari dengan mana-mana fitnah.Pulihkan kekuatan
dan keteguhan hatinya sebagai muslimin dan Mukminin soleh. Aku titipkan dia
buatMu kerana hatinya masih milikmu. Aku tidak punya apa-apa hak keatas hati
itu. Bukan milikku dan takkan pernah jadi milikku.”
" Ana rela enta pergi dari hidup ana. Bukan kerana ana ingin
mempermainkan hati enta.Jauh sama sekali ana nak mempermainkan perasaan anak
orang dan enta sendiri. Tapi sebab ana
tak berani nak rosakkan enta. Maafkan ana enta. Mungkin tidak pada pandangan
enta tapi iya pada pandangan Iman.Maafkan ana sebab merosakkan hati dan diri
enta dengan fitnah yang ada dalam diri ana. Ana minta maaf jua kat enta jika
ana pernah buat hati enta tidak senang dengan fi'il ana. Ana rela jika enta
memarahi ana dengan keputusan yang ana ambil ini. Ambillah lama mana enta untuk
berfikir. Ana berharap enta jangan pernah bencikan ana. Sejujurnya sukar ana
membuat pilihan ini. Ana tahu dan sedar enta bukan siapa-siapa pada ana dan ana
bukan siapa-siapa pada enta.Maafkan ana.Ana sendiri tidak kuat. Tapi , untuk
melupakan nafsu itu ana perlukan kekuatan dalaman. Sejujurnya enta , ana
tersangat-sangat rasa bersalah dengan
enta. Dengan menghadirkan diri pada enta biarpun sebenarnya itu adalah
takdirNya. Dan kerana takdirnya jua , ana memilih untuk melupakan enta secara
hakiki. bukan sebab ana ada sesiapa dalam hidup , tapi kerana ana berpegang dan
berbai'ah pada perjuangan. Ana telah letakkan diri ana dalam perjuangan itu. Doakan
ana agar tergolong dalam perjuangan menegakkan khilafah biarpun sedikit yang ana
perjuangkan.”
“ Enta
, sampai bila-bila selagi mana nyawa masih bersemai didalam jasad , ana akan
berpegang dengan kata-kata enta. " Jangan pernah jatuh disebabkan cinta
pada Lelaki!!Jangan pernah berharap kat enta mahupun sesiapa kerana hati ana
masih milik pencipta.Teruskan perjuangan sebagai wanita muslimah!! “
“ Ana akan ingat kata-kata ni enta. Memang benar kata enta jika benar
ana ditakdirkan tulung rusuk enta , alhamdulilah jika tidak?? Sebak ana dengar
perkataan ni?? Rasa bersalah yang teramat.Rasa bersalah kat hati. Ana akui enta
jika tidak dengan kehadiran ana , ana tahu hati enta pastikan terjaga.Pastikan
terjaga buat Allah,keluarga dan perjuangan enta. “
“ Ana serahkan enta dibawah LindunganNya..Maafkan
ana disebalik chatting kita selama ni. Maafkan ana sangat-sangat. Maafkan ana
disebalik komen-komen ana selama ni. Jangan risau enta, ana akan cuba
menjauhkan diri dari enta.Ana redha jika
enta buka hati enta untuk muslimah lain. Ana redha.Ana takkan ikat hati enta
sebab enta berhak memilih siapa yang terbaik yang layak menjadi pendamping
hidup enta, yang layak menjadi kebanggaan buat enta..Maafkan ana jika melalui
like status selama ni buat hati enta
rasa terusik.Maafkan ana ya enta.. Maafkan ana.Ana serahkan enta dalam jagaan
Allah!!Biarlah Allah yang tentukan sebaik-baik kesudahan dalam hidup.”
“ Enta , ana juga akan terus berdoa meminta
agar Dia berikan yang terbaik untuk enta dan ana.Macam yang enta kata teruskan
berdoa dan istikharah. Ana akan teruskan..Lantaran itu juga ana buat keputusan
ni agar doa itu tak menjadi hijab. Biarlah doa itu dirahmati tanpa ada
sekelumit noda nafsu.Sebabnya ana bukan nak cari kekasih macam orang lain , ana
cuma nak cari seseorang yg sudi pimpin ana dan family. Ana tak tahu kenapa ana
rasa yakin dengan enta. Ana serahkan segalanya kepada Allah sebaik-baik
penentu.”
“Ana rasa malu sangat kerana inilah kali pertama ana mewarkahkan satu
kata buat seorang muslimin. Ana rasa dah tak boleh nak angkat muka mengenangkan
fi'il ana melayan chat enta. Seharusnya ana mampu kawal hal tu . Ana akui enta
, kala tu ana lemah terikut dengan hawa nafsu. Maafkan ana atas sikap-sikap ana
kat enta.”
“
Ana akan cuba bangkit lagi dari kisah semalam tu..Terpulang pada enta macamna
pun pandangan enta kat ana. Itu hak enta. Ana tak berhak keatas itu. Maafkan
ana.Cuma yang ana harapkan jangan pernah bencikan ana”
“
Enta , ana dah tak mampu nak cakap apa
lagi..Ana rasa bersalah yang teramat. Maafkan ana. Doakan ana agar Allah thabatkan
ana atas jalan ini lagi. Akhir sekali , maafkan ana sebab jadi fitnah buat hati
enta. Maafkan ana sangat-sangat..insyaAllah , enta jangan risau ana akan
cuba pergi dari hati enta. Ana serahkan
segalanya pada Allah Taala. “
" Maafkan ana enta.Semoga Allah
kuatkan hati enta."
Assalamua'laikum Warahmatullah...
Lembaran
itu ku tutup.aku harap aku kuat hadapi ujian dari Allah setelah ini.Amin ya
Rabb.
No comments:
Post a Comment