Ya Allah..jika ujianmu mendatang pada Hamba.. jika dengan Ujian itu Hamba bisa menjadi cekal... Maka satu yang hamba harapkan... letakkanlah rasa tawakal dan simpulkanlah tali kekuatan itu dihati kecil ini.. yang Engkau ciptakan ini.. agar teguh dan terus meratapi diri ku sebagai Hamba!!!
Sunday, 13 October 2013
Travelog Ukhwah
Assalamua'laikum buat sahabat ukhwahku fil Islam..Apa khabr kalian sahabatku..semoga sihat hendaknya..disini kalian ku himpun..dalam warkah ini kita bersama..inilah sahabat2ku yang sudi bersamaku bermula alam sekolah rendah, menengah , kampus,usrah,halaqah maya,program dan kem kepimpinan. perkenalan kita telah Allah rancangkan dengan sebaik mungkin. perkenalan kita tidak pernah dijangka. masing-masing membawa haluan sendiri. hati ini rasa bersyukur bersulam sebak dengan ukhwah ini. Maafkan aku atas ukhwah yang kita jalani ini. sejujurnya ingin aku adil pada kesemua. Tapi aku tidak berdaya utk bertanya satu-persatu. Sahabatku , Maafkanlah diri ini atas kekhilafan yang tidak pernah ku jangka. maafkan aku. bukan bermaksud aku melarikan diri , tapi hati ini cukup rindu utk bersama. aku bersyukur dikenalkan dengan kalian. jangan pernah lari dariku. terima kasih kerana sudi mengingati akan diriku. terima kasih kerana sudi mengingatkanku. sungguh! hanya Allah yang mampu balas jasa kalian.kehadiran kalian menambahkan seri dalam hidupku. tanpa kalian,mana mungkin aku mampu berdiri seteguh ini.Sahabatku,kalianlah tulang belakangku. ketahuilah , ukhwah itu tidak terletak pada kerapnya pertemuan, tidak pada lembutnya berbicara , tidak juga pada bayaran. ukhwah itu terlalu murni, sukar untuk disingkap dengan mata hati. hatta hati sendiri tidak mampu menafsirkan ukhwah sebenar. untuk berbicara soal ukhwah , ia takkan pernah habis kerana ukhwah ini bermula dari hati.Sahabatku , bagiku ukhwah kita ini ibarat simpulan ikatan tasbih. setiap titik punya manfaat. begitulah kalian pada diriku. sentiasa bermanfaat dalam kehidupanku. Sahabatku ,Jadilah kita ibaratnya bulatan. tidak ada penghalang dalam bentuknya. malahan tidak ada satu titik yg bisa mematikan bentuk itu. tetap selari..jadikanlah ukhwah kita ibarat bulatan itu. kemana kita pergi membawa diri , hati kita sentiasa selari dengan aliran Islam , Iman , dan Ihsan. Sahabatku , letakkanlah pergantungan kita pada Allah selayaknya. Kita cuba untuk berbaik sangka dengan ujian yang dititip. letakkan pergantungan padanya , jangan pada manusia kerana dia juga diuji. Ada masa kalian boleh terima , ada kalanya kita sukar menerima. jangan begitu , terimalah ukwah dan sahabat kita dengan sesungguhnya. Ukhwah kita biarlah sampai dilamar Allah agar kita menjadi Srikandi pejuang Islam sebenar.bersama berada di pintu perjuangan demi melamar hidayah Allah melalui mehnah dan tribulasi. Ujiannya bukan melemahkan tapi itulah sumber kekuatan buat hambanya yang bersedia meletakkan diri sebagai abdi. tunduk akur pada perintah Allah.sama2lah kita kejar redhaNya agar kelak terselamat kita di mahsyar kelak.Sahabatku , ukhwah itu tidakkan bisa dicagar oleh apa barang berharga sekalipun. keranan itulah hadiah kasih sayang Allah buat kita. ketahuilah , diri ini tak pernah melupakan kalian. mana mungkin bisa ku lupa jika jasa kalian terlalu banyak padaku..Sahabatku , sekali lagi maaf dari diriku.. aku hanya mampu berdoa jika tidak bersatu di dunia , biarlah kita disatukan di negeri abadi.semoga ukhwah ini menjadi syafaat di mahsyar kelak. aku rindukan kalian. aku pernah dipesan : di jannah nti ada satu Mall atau market.. Disana kita dtg bukan utk membeli belah ttpi datang untuk berjumpa shbt2 mjalinkan ukhwah fillah subhanaAllah!! aku harap waktu itu kalian berada bersamaku. Sahabatku ,terimalah seadanya sahabat kita. terimalah kekurangannya. kita sama topupkan dan cover kekurangan itu dengan kesungguhan kita terhadap ukhwah. kita cuba. pesanlah pada hati kita sesama , jangan tinggalkan ukhwah yang dibina. biarlah binaan itu tersusun kukuh seperti binaan yang teguh..berukhwahlah kita dgn ikhlas.semoga bahtera ukhwah ini diredhai Allah. Sahabatku,ayuh tunjukkan pada dunia bagaimana indahnya ukhwah yang kita bina ini. bagaimana indahnya ukhwah sekawan burung , didiklah hati kita untuk mengambil pelajaran dari haiwan2 ini. tidak dicipta sesuatu diatas muka bumi ini secara sia-sia melainkan punya tujuan tersirat yang harus kita maknakan. itulah dia tujuan hidup. biarlah kita gagal dalam kemuliaan , jangan kita berjaya dalam kehinaan. belajarlah kita mengejar cinta Allah kerana cintanya kita disatukan. Sungguh indah ukhwah sekawan burung. terbang bersama , dan pergi mencari haluan masing2. setelah itu , kembali ke tempat asal masing-masing juga tetap bersama. ibaratnya kita , biar jauh mana kita membawa haluan , jarang bertemu , jarang bersapa..in shaa Allah, dengan cintanya kita akan bersatu kembali. saat itu , sama-samalah kita melestarikan ukhwah kita dengan ilmu yang ditopup sesama kita. kita lengkapkan ia agar Islam ini kembali dijulang seperti mulianya Islam dahulu. kerana apa? keikhlasan para sahabat dalam berukhwah. sanggup mengorbankan kepentingan diri demi cinta mereka pada Rasullah..tahukah kita , ada seorang pemuda bernama ukasyah. saat Rasullah merelakan dirinya untuk diqisas , semua sahabat sanggup mengorbankan diri dengan menawarkan jasad mereka pada Ukasyah utk diqisas. hinggakan air mata itu mengalir membasahi diri. tahukah kita sahabatku akan pengorbanan Saidina Abu Bakar. sanggup dipatuk ular , menahan kesakitan demi cinta pada Rasullah saw.tahukah kita betapa remuknya hati Saidina Umar tatkala dimaklumkan bahawasanya Rasullah telah wafat. hinggakan beliau berkata , jika ada sesiapa yg berkata soal kewafatan Rasullah akan dipancung. kerana apa? kerana cintanya pada ukhwah hinggakan mengalir air matanya tanda tidk pcaya. tahukah kita, bagaimana ukhwah Sultan Al Fateh bersama tenteranya. kerana ukhwah Islam sebenar , Islam ditakluki. Dunia pernah ditakluk 2/3. kerana apa? kerana ukhwah sahabatku sayang. barisan saff yang kukuh tidak mematahkan semangat mereka sebaliknya bersama memberikan semangat. bersama membahu dari belakang.Sahabatku ,Jiwa ini terlalu rindu. Tidak mampu ku zahirkan. Biarlah Allah yang nilaikan sejauh mana kedalaman hati2 kita.hanya Dia yang Maha tahu. ku titipkan kalian pada Allah kerana Dialah sebaik2 penjaga. Tidak pernah tidur walau sesaat. pergilah padaNya sahabatku. Dialah sebaik2 tempat mengadu. sandarkanlah padanya. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam penuh nikmatnya. Jagalah hati dan iman kita baik2 walau dimana. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Jika jatuh , jangan biarkan diri terus jatuh. bangkitlah kita sahabatku. Akhirul kalam..semoga warkah ini jauh dari Fitnah Iblis yang tidak putus-putus menyesatkan anak Nabi Allah Adam as. salam ukhwah dan maaf dariku. semoga berjaya dalam apa jua bidang. Allahumma Amin!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment