Ya Allah..jika ujianmu mendatang pada Hamba.. jika dengan Ujian itu Hamba bisa menjadi cekal... Maka satu yang hamba harapkan... letakkanlah rasa tawakal dan simpulkanlah tali kekuatan itu dihati kecil ini.. yang Engkau ciptakan ini.. agar teguh dan terus meratapi diri ku sebagai Hamba!!!
Sunday, 13 October 2013
Bismillah..Nama itu ku lakarkan dahulu. selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasululullah saw atas pengorbanannya hingga kini..Kasih dan sayang buat para sahabat atas perjuangan mereka. andai tidak kerana semua itu, mana mungkin aku bisa hidup hingga hari ini dan bernafas dengan baik.
Erm....hari ini aku menerima sesuatu teguran daripadaNya membuatkan aku terus terfikir hinggga saat ini. Apa khabar agaknya saudara-saudaraku di bumi Gaza, di bumi Syria, di Bumi Mesir, di bumi Rohingya dan dimana sahaja saudaraku berada.
Huhuhuhu!!! Entah antara percaya atau tidak. Itu belakang kira. Ku kuatkan hatiku untuk menulis memberitakan kepada semua perihal saudara2 disana. Kadang-kadang aku terfikir, isu terhadap mesir,syria, gaza,rohingya..sebulan sahaja isunya. setelah itu pudar seperti angin taufan..bila tiba musimnya, maka habislah kita,hancurlah segala isi perabot. Bila tenang, maka redalah ia..tidak ada lagi suara manusia2 mendengus.. seperti itulah analogi terhadap saudara2 kita disana.
Erm...apa yang hati saya,saya,saya dan kita semua nampak melalui foto ni?? .Mungkinkah simpati atau mungkinkah Empati????Ask ourself first before give some reason...
Sedih kan tengok..erm., jangan sedih jak..semua tu tak cukup.kalau kesedihan je yang kita bagi, itu semua hanya membebankan hati saudara2 kita disana. Lebih mengharukan kalau sedih tanpa berfikir sesuatu.Erm, Allahu Rabbi!!! :(...be calm Nur..continue...
cuba tengok gambar yang ni lagi...apa yang hati dan diri kita semua rasa dan fikirkan. Maaf kiranya saya ulang kembali. Mungkinkah Simpati atau Empati???? Mungkinkah simpati atau empati???? Terpulanglah pada saya,saya,dan saya dan anda semua nak fikir apa tentang gambar ni. Tapi inilah realiti yang berlaku pada sahabat2, paling dekat saudara kita kat sana..
Agak2 hari ini, apa yang kita makan?? Mungkin juga daging ayam, ikan,KFC..dan paling mantap Mc Donald and so on. erm, tapi saudara2 kita..apa yang diorang makan. Apa yang diorang minum. Apa khabar agaknya adik-adik bayi di sana. Apa khabar agaknya kandungan ibu-ibu disana. Apa khabar agaknya ayah2 dan muslimin disana. Semuanya apa khabar. Pernahkah kita bertanya semua ni hanya untuk satu minit di jiwa kita. Pernahkah kita terfikir tentang mereka hanya untuk 30 saat. Pernahkah kita bacakan Al Fatihah untuk semua saudara2 kita di dunia hanya untuk sesaat hingga ke 15 saat. Pernahkah Kita??Pernahkah Kita??Pernahkah Kita??? Bosan bukan, persoalan yang sama berulang-ulang. Jangan pernah bosan saya,saya,dan saya serta anda semua dengan semua persoalan. Persoalan inilah kelak yang akan diulang-ulang di akhirat . Saat itu, Pada siapa lagi kita nak bosan. Tak ada. Kepada Allah lah segalanya raja, dan kepada Allah kita meminta segala rayuan...
Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis. Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".
Itulah perkataan yang sempat saya copy & pastekan..rasa sebak saat mengetahui hingga ke tahap itu makanan mereka. Rasa malu pada saya untuk makan makanan2 yang sedap, yang grand2, yang hebat2...Allahu..cukup malu pada diri..sungguh2..
Manalah mereka ingin mencari kayu api...apalah minum mereka...?? Erm....
Ya Allah, ampunilah dan maafilah kami kerana kami tidak mampu membantu dan memberi yang terbaik kepada saudara seaqidah kami di sana.
Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, mesir, gaza Rohingya, dan malaysia sendiri. maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.
Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima. Kami disini memperolehi makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka ya Allah.
Amin Ya Rabbal Alamin!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment