Powered By Blogger

Saturday, 7 January 2012

::::dendam mereka pada ISLAM!::::

::::dendam mereka pada ISLAM!::::
Theodore Hertzel Pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan.. jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil.. laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran (ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.)

William Ewart Gladstone (1809 - 1898) Mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". (ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan)
kecantikan nama selalu ditakrifkan pasti orangnya sekali cantik. Sememangnya betul tekaan umat sekarang ini.. “ pandangan manusia selalu buta , pandangan nafsu selalu menipu , tapi pandangan hati itu yang hakiki. itulah baik lirik yang selalu didengari..
Dalam menghayati keindahan alam ciptaan Sang Khaliq , seorang kakak mengingati detik saat-saat bersama dengan adiknya..lamunannya terhenti sebaik namanya dipanggil oleh ibunya..
“ Mira sihat tak ni? Dari tadi ibu tengok mengelamun sendiri’ ibunya gusar melihat anak sulungnya ini.
“ tak ada apa-apa ibu , Mira sihat Cuma teringat kerja dekat office..ibu tak payah risau ya” Mira cuba menutupi perasaan dirinya.
Biarpun begitu , naluri seorang ibu amat tajam tiada siapa yang bias menipunya. Biarpun begitu hal tersebut didiamkan bagi mengelakkan anaknya it uterus bersedih.
Malam itu Amira masih lagi memikirkan arwah adiknya , sungguhpun begitu Amira bersyukur ke hadrat Allah SWT..kerana adiknya dijemput dalam keadaan baik. Doanya moga adiknya ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah..amin ya rabbal.
Begitulah doa seorang kakak yang tidak pernah putus sesuai dengan maksud namanya.. Nur Amira iaitu ketua bagi seorang perempuan. Subhanallah , rapi sekali perancangan Allah Taala. Ketua pada seorang muslimah pada adiknya arwah Nisa’.
Mira teringat dan terbayang-bayang lagi di kotak pemikirannya yang kecil itu akan suatu peristiwa yang masih lagi segar.
Adiknya ini baru ingin berjinak –jinak dengan dunia remaja dan pastinya harapan ibu inginkan yang terbaik. Pada saat umurnya menginjak umur 17 tahun , perkembangan dari sudut tingkah lakunya mengkhuatirkan aku dan ibuku. Semenjak pemergian arwah ayah ibuku lah yang mengambil alih segala-galanya. Terkadang aku sendiri memarahi adikku yang tidak menjaga batas pergaulan sehingga dengan beraninya membawa teman lelakinya datang ke rumah saat aku dan ibuku tidak berada di rumah. Pendek kata , tidak sesuai dengan pekerjaan ibuku sebagai ustazah tapi anaknya berkelakuan seperti ini.
Pernah  sekali adikku berkata dengan suara yang tinggi dan keras..
“ Ibu faham tak??ibu suruh nisa pakai tudung  seperti  jiran sebelah rumah ini sedangkan kelakuannya sama sahaja dengan orang yang tidak mengenakan tudung.malah lebih teruk lagi.” Ibu sedar tak kawan kat sekolah nisa pakai tudung tapi ikut berjalan , dating dengan lelaki siap berpegangan tangan lagi..sama sahaja ibu..tidak ada bezanya dengan Nisa. Ibu faham tak sekarang ni..sudhlah!!ibu tak payahlah nak nasihatkan Nisa…Nisa tak perlulah semua tu..
Mendengarkan adikku berkata demikian , ibuku hanya mengelus dada menahan sebak dan rasa terkejutnya. Ingin sahaja aku menampar pipi mulus adikku lantaran kata-katanya yang membuatkan naluri seorang ibu tercalar.
Amira teringat satu kata “ syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu selagi belum berumah tangga.” Mengalir air mata amira , tercabar nalurinya namun dinasihatkan oleh ibunya agar terus bersabar dengan kerenah adiknya.
Amira sering terlihat ibunya menangis setiap malam usai solatnya. Lirih sekali doanya menggugat imanku sebagai anak. “ Ya Allah kenalkanlah anakku dengan hidayah dan hukummu. Bukakanlah pintu hidayah anakku. Aku amat menyanyanginya dan merindui bila kah saat anakku ingin. Ya Allah aku rela jika kau gadaikan nyawaku untuk menggantikan hidayah pada anakku sebagai cagarannya.
Begitulah doa seorang ibu usai solatnya. Kasihnya ibu pada anaknya hingga ke syurga tidak ada gantiannya.
Pada suatu hari dengan perancangan Allah yang tidak diketahui akibat keterbatasan hambanya dalam berfikir . dengan izinnya ada seorang jiran baru berpindah disebelah rumahku. Keluarga tersebut mempunyai enam orang anak yang masih kecil-kecil. Suaminya bernama Abu Khoir yang tidak pernah keluar rumah. Aku kenal dengan hamba Allah itu di masjid dimana tika itu ada kenduri yang dianjurkan oleh Masjid.
Selang beberapa hari minggu mereka menetap di halaman kampungku itu timbul desas-desus yang mengatakan isteri abu Khoir yang tidak pernah keluar rumah sehingga dikatakan oleh orang-orang kampong sebagai buta , bisu dan tuli. Hal ini sampai ke pengetahuan adikku. Satu hari adikku bertanya padaku “ kak sememangnya isteri dekat sebelah rumah kita memang cacat? Buta mata , bisu dan tuli?”adikku bertanya dengan rasa ingin tahu.
“ entahlah dik , akak pun tak tahu sangat , kalau nak tau better adik pergi sendiri kat rumahnya untuk tahu samada betul atau tidak keterangan tu. Mulut orang kampong ni bukan boleh percaya sangat..” aku menjawab selamba
Satu hari adikku benar-benar nekad dan pergi ke rumah jiran sebelah ini. “ nekad juga adikku ini” Mira terus menyambung kerjanya.
Sekembalinya adikku dari rumah jiran sebelah ini , aku dapat melihat perubahan yang drastik  pada dirinya. Wajahnya yang kebiasaannya riang menjadi muram atau lesu tidak bermaya. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Yang mengejutkan lagi aku selang dua hari kemudiannya adikku meminta pada ibuku untuk membuatkannya tudung yang mneutupi dada boleh dikatakan tudung labuh. Meminta duit untuk membeli baju yang labuh. Aku menjadi bingung dengan diriku sendiri.bajunya yang dahulu agak sempit dan menyesakkan dada melihatnya terus dibuangnya tanpa ada satu pun yang tertinggal.biarpun begitu aku cukup bersyukur dengan perubahan pada dirinya. Apatah lagi ibuku , sujud syukur usai sahaja solatnya.
Aku juga sering melihat adikku banyak merenung , banyak membaca majalah-majalah Islam dan tidak seperti selalunya. Buku yang sentiasa menjadi pilihannya adalah majalah anak muda seperti majalah hiburan. Aku juga sering melihat ibadahnya pun melebihi daripada apa yang pernah aku lakukan , tahajudnya tak tinggal , Al Qurannya , solat sunatnya dan yang lebih mengharukan aku lagi bila teman-teman perempuanku datang ke rumah adikku akan menundukkan pandangannya. Subahanllah..Maha Suci Allah bagi engkau..menjerit-jerit hatiku dengan perubahan adikku..
Tidak berapa lama kemudian , aku mendapat tawaran bekerja di Putrajaya , Selangor. Aku bekerja di salah sebuah syarikat perakaunan. Dua bulan aku berada disana , satu hari itu aku mendapat panggilan dari ibuku mengatakan bahawa adikku tengah koma dan meminta untuk aku pulang dengan segera.
Aku terus menempah tiket tidak ku hirau berapa pun bayarannya. Dalam kapal doaku tidak pernah putus kepada Allah Taala agar adikku diberikan kesembuhan hendaknya. Manusia hanya berusaha yang menentukannya adalah Allah Taala.
Ketika aku tiba dihadapan rumah , aku melihat banyak sekali orang yang ada disitu. Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya mengalir jua. Aku melihat ke dalam rumah ibuku menangis , aku terus memeluk ibuku. Ibu sempat lagi berkata padaku
“ Mira adikmu meninggal dalam keadaannya tenang dan lancar mengucapkan kalimah Syahadah di akhir hidupnya.” Tidak dapat ku tahan air mataku..sederas air hujan begitulah derasnya air mata aku dan ibuku..semoga Allah mencucuri rahmat atasmu adikku..moga allah tempat kan kau adikku dalam kalangan orang yang soleh dan solehah..amin ya rabbal alamin.
Setelah selesai pengebumiannya dan yang lain. Aku masuk kedalam bilik arwah adikku. Satu persatu ruang dalam bilik itu aku teliti dengan berhati-hati..tiba-tibaku mataku tertangkap akan buku Diary adikku diatas mejanya. Tidak silap dalam diary itulah diluahkan setiap curahan  hatinya semasa hayatnya.
Aku buka selembar demi selembar akhirnya aku terpaut pada satu halaman yang agak misteri dan pertanyaan yang selalu bermain difikiranku kini terjawab melalui diary itu. Perubahan yang terjadi pada adikku ketika baru pulang dari rumah Abu Khoir..disitu kulihat persoalan adikku dan isteri abu Khoir jiranku..
Persoalannya seperti ini ..ku lihat banyak juga bekas-bekas titisan air mata di atas halaman kertas itu.
Nisa : ‘ adikku terpegun melihat wajah cantik dihadapannya”..wajahmu cukup indah makcik??
Isteri Abu : “ alhamdulilah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati yang ikhlas “
Nisa : “ tapi makcik kan sudah mempunyai 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik??
Isteri Abu : “ Subhanallah!  sesungguhnya  keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak , tiada siapa yang boleh menolaknya.
Nisa : makcik , selama ini aku diminta untuk memakai tudung oleh ibu dan kakakku , namun aku selalu menolak kerana aku fikir orang yang memakai tudung sama jugak sifatnya seperti orang yang tidak bertudung malahan lebih teruk lagi..pendapat makcik macam mana..saya bingung , tidak tahu macam mana cara nak berfikir lagi.
Isteri Abu : “  Duhai Annisa’ , sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti. Tudung  dan pakaian labuh adalah hijab untuk wanita.
Nisa : “ tapi aku melihat banyak sekali wanita yang bertudung tapi perlakuannya tak menyenangkan hati .”
Isteri Abu : “ tudung itu hanyalah kain , namun hakikat atau erti tudung dan pemakaian labuh tu sendiri yang harus kita fahami.”
Nisa : “ Apa itu hakikat tudung dan pakaian labuh ? “
Isteri Abu : “ hakikat tudung dan pakaian labuh itu adalah hijab lahir daripada batin , hijab mata kamu memandang lelaki yang bukan muhrim , hijab lidah kamu dari berghibah dan berbicara sesuatu yang sia-sia..Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT , hijab telinga kamu mendengar perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , hijab hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk , hijab tangan kamu dari melakukan perkara yang tidak senonoh , hijab kaki kamu dari melangkah menuju ke jalan syaitan yang direjam , hijab fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdaya nafsumu , hijab hati kamu dari seuatu selain dari Allah yang Maha Esa. Bila kamu sudah mampu maka kamu akan memakai tudung dan pakaian labuh itu melalui hati kamu yang sebenarnya , lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. Itulah hakikatnya..
Nisa : “ sekarang aku sudah faham apa yang dimaksudkan oleh makcik..InsyaAllah aku akan berusaha untuk memakainya melalui hatiku sendiri. Mudah-mudahan aku boleh melakukannya. Namun bagaimana aku boleh melaksanakan semuanya??
Isteri Abu : “ Duhai Nisa bila kamu memakai pemakaian seperti itu , itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT  yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan hijab hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai Nisa , ingatlah suatu hari nanti dimana seluruh manusia akan dibangkitkan , ketika ditiup tiupan yang kedua , pada saat-saat itu roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batasannya, yang tanahnya dari logam yang panas , tidak ada rumput mahupun tumbuhan , ketika matahari didekatkan diatas kepala kita namun keadaan gelap gelita , ketika seluruh nabi ketakutan , ketika ibu tidak mempedulikan anak-anaknya , sanak – saudara tidak kenal antara satu sama lain..kadang-kadang  satu sama lain boleh jadi musuh , satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini.
Ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masin-masing hanya memperdulikan nasib dirinya. Pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa sehingga tenggelam dengan keringat tersebut..macam-macam yang dapat dilihat ada bentuk manusia yang tergantung dari amalannya , ada yang melihat hidupnya namun ada yang buta ketika dibangkitkan , ada yang berbentuk seperti haiwan , semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka.Sesudah hari itu hingga ribuan tahun manusia  didiamkan allah SWt di padang mahsyar yang panas membara hingga timbangan mizan yang digelar yaumul hisab.._hari dihisab
Duhai Annisa , bila kita tidak berusaha untuk beramal hari ini , entah dengan apa yang dapat kita jawab bila kita dihitung oleh Allah Yang Maha perkasa , Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.
Allahuakbar!! Sampai disini aku baca diarynya kerana aku melihat setakat itu yang ditulisnya dan ku lihat banyak sekali titisan air mata yang berbekas disetiap lembaran kertas itu.Subhanallah!! ku belek lembaran kertas berikutnya dan ku lihat tulisan kecil dibawahnya buta , tuli , dan bisu. Wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mendengar perkara yang dapat mengundang kemurkaan Allah Taala , wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang dapat mengundang dosa dan sia-sia.
Tidak tahan air mata ini dari terus mengalir , semoga Allah Swt menerima adikku disisinya..amin ya rabbal alamin..

BUATMU ADINDAKU

Masih ligat bermain di fikiranku,
Saat pertama kali bertemu,
Ku lihat wajah kalian satu per satu,
Dalam halaqah kecil kita berpadu.

Saat itu,
Bibir kalian sukar berikan senyuman,
Seperti ada sesuatu yang kalian simpan,
Namun diri ini ku gagahkan,
Untukku leraikan kalian dari kekusutan.

Dindaku,
Maafkan aku kerana tidak selalu di sisi kalian,
Tidak selalu menghiburkan,
Malah aku sering menyakitkan,
Kebajikan kalian sering ku abaikan.

Dindaku,
Aku ingin memohon ampun dari kalian,
Seandainya aku bukan yang kalian mahukan,
Bukan aku tidak mahu berikan ganjaran,
Kerana aku mahu kalian tahu hadiah bukan sandaran.

Dindaku,
Tidak ku harap pada sanjungan,
Tidak juga pada pujian,
Cukuplah sekadar kalian hiaskan,
Diri kalian dengan keimanan.

Dindaku,
Terimalah aku sebagai aku,
Kerana aku menerima kamu sebagai kamu,
Tidak ku ukur rupa parasmu,
Mahupun harta kekayaanmu.

Dindaku,
Sungguh aku terhibur bersama kalian,
Meskipun dendam kesumat sukar untuk ku leraikan,
Namun aku tetap menyayangi kalian,
Ukhuwah yang cuba ku dirikan atas keimanan.

Dindaku,
Bukan ini yang ku pinta
Jika kalian terjunam ke neraka,
Akan ku ikut bersama,
Untukku bebaskan kalian dari sana.

Dindaku,
Ketahuilah kalian adalah cintaku,
Cinta sebagai saudara seIslamku,
Rahmat Ilahi dipohon selalu,
Syurga nan abadi tempat kita tuju
Alhamdulillah hari ni berpeluang lagi ingin berkongsi sesuatu. ^_^ perkongsian yang tidaklah hebat manapun, tapi orang kata, selagi ada sharela~ huhu^_~

Satu petang, aku duduk-duduk di beranda rumah. Depan rumah aku tu, ada dua buah rumah. Dua buah rumah yang sangat berbeza. Satu rumah mewah dan satu lagi sebaliknya. Aku melihat dan mengelamun seketika.

   "best jugak duk umah besar ni, mewah mesti bahagia..." sambil terbayang jadi orang kaya. hehe...

...dalam aku mengelamun tiba-tiba terlintas di fikiranku, tapi adakah mereka ini bahagia?? dan bagaimana pulak dengan rumah sederhana disebelahnya, adakah mereka tidak bahagia?? Persoalan ini memberi ruang untuk aku berfikir lebih jauh.

Aku teringat ceramah ustaz nik, ustaz sekolah dulu, kata beliau...

   "apa itu kebahagian? berapa ramai yang diberi kekayaan, rumah besar, kereta besar, isteri besar hehe, tetapi sebenarnya mereka tidak bahagia. hidup mereka sibuk mencari kekayaan dunia, sehingga terlupa kekayaan yang sebenar di akhirat kelak. dan berapa ramai pulak orang miskin, rumah kecil, tidak ada kereta hidup mereka lebih bahagia. Senyuman yang lahir dari bibir-bibir mereka lebih ikhlas dan disenangi kerana itu semua lahir dari hati yang muthmainnah(tenang)."

Betullah, kadang-kadang bila aku melihat orang kaya, aku menjadi takut. Sehingga aku merasakan aku tidak mahu menjadi kaya. Patutlah nabi sendiri lebih memilih untuk menjadi miskin.
 Kadang-kadang orang miskin lebih mudah bersedekah berbanding orang kaya. Kadang-kadang orang miskin lebih mudah untuk belanja orang berbanding orang kaya. huhu,

Tapi betul kan...Betapa beratnya ujian menjadi orang kaya.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang kita ada? kekayaan yang paling bermakna sebenarnya adalah kekayaan pada jiwa. Ketenangan luar biasa.

Terpulang pada kita, mana satu yang kita buru. Kekayaan di dunia, ataupun akhirat? Kalau aku ditanya, aku akan jawab... dua-dua! hehe... tp memang itupun yang Allah ajarkan untuk kita agar seimbangkan kedua-duanya.

   "yaAllah ya tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"   doa yang sering kita baca, andainya kita faham~~

Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian, cek balik niat yang sudah lama kita biarkan. Jangan tunggu satu muharram dulu baru nak pasang niat. Lihat balik, kadang-kadang niat yang kita sematkan dalam hati terpesong sedikit. Luruskanlah balik. Moga-moga setiap tingkah kita, dikira ibadah disisinya.

Rasa sangat bersyukur dengan pengajaran yang aku dapat ini. Betullah, hikmah dan ilmu Allah itu berada dimana-mana. Duduk berfikir sejenak tentang kehebatan Allah, benar-benar menenangkan hati~
Allahu a"lam...

Begitulah kisah,
... Infront of my house, there are two different houses. For me, both of these houses is enough to reflect the reality of life in this world...

PEMUDA ITU PILIHANKU

   "Allah lah yg mnciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setalah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah setelah kuat itu lemah
kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki.
Dan Dia maha Mengetahui dan maha Berkuasa."
(ar-Rum:54)
      
        Benarlah firman Allah dalam kitabNya, Al-Quran yang Agung, hebatnya apa yang dikatakan pemuda itu. Zaman muda ini terlalu bertenaga, tinggi cita-cita dan keazaman yang kuat. Andai dia mengharapkan kemenangan, dia pasti mendapatkannya, “ genggam bara api biar sampai jadi arang”. Tidak hairanlah Sultan Ahmad Al-fateh berjaya menawan Kota Constantinople pada usia 19 tahun 
lagi. Tepuk dada tanya iman?




…haa~ aku ada cerita sikit. =)

      Ramadhan ya ramadhan~ Selalunya apa yang paling menarik kalau bulan ramadhan ini antaranya adalah solat tarawih. Kan? ^^ dan aku juga sedaya upaya untuk melaksanakannya. Dulu waktu di asrama, senang jak kalau mo g solat tarawih, sebab sepa xprgi kena marah…huhu~ tapi itulah yang mendidik aku sahingga kini. Rindunya aku pada solat berjemaah di masjid. Mendengar suara imam yang merdu.. opps! Hehe.. jumpa ramai orang dan yang paling penting dapat mengeratkan silaturrahim. Kini, aku telah pun keluar dari asrama dan mulakan kehidupan yang sebenarnya yang mana setiap tindakan tanpa arahan. Setiap kesalahan belum tentu ada yang membetulkan. 

       Hakikat yang perlu kita semua terima. Kan, kawan-kawan? Sebenarnya ada cerita lain yang ingin dikongsi, tapi terlupa sebab intro trlampau panjang.   Hehe…xpala, next time k. =)

Apapun, kita kena kuat. Sebab kesusahan dan kepayahan dalam bermujahadah ini bukanlah sia-sia.

“Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya(syurga).”
(Ali-imran: 14)

Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari hamba sendiri, hakikatnya kedua-duanya dari Allah s.w.t.

Umpama Segenggam Garam

Assalamualaikum w.b.t.

       Apa khabar sahabat2 sekalian, moga-moga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini aku ingin berkongsi sebuah kisah seorang sufi yang sangat mulia lagi tinggi ilmu dan kecintaanNya kepada Allah s.w.t. 

       Guru sufi ini terlihat muridnya yang asyik  termenung dan berwajah murung. Apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya, guru mulia itu senyum lalu membawanya ke suatu tempat.

       "Nah ambil segelas air ini dan bubuh segenggam garam!" arah guru tersebut.
       Si murid pun mengikut arahan gurunya itu lalu memasukkan segenggam garam. 
       "Cuba kamu minum sedikit!" arah guru itu lagi. Wajah murid itu mencebik setelah meminum air masin tadi. 
       "Fuhh! Masin! Tekak mual." Jawab murid itu sambil meludah-ludah sisa masin yang masih melekat pada lidahnya. Peliknya, guru sufi itu hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Si murid tadi masih hairan, mengapa gurunya menyuruh meminum air garam..

       "Nak, sekarang mari ikut ke tasik." ajak si guru sambil meminta membawa segenggam garam lagi.     
       "Sekarang, lemparkan garam itu ke tasik" arah guru tersebut. Muridnya lantas bertindak seperti yang diarahkan.
       "Cuba minum air tasik ini," arah gurunya lagi.
       "Subhanallah, segarnya air ini," kata si murid.
       "Masih terasa tidak garam yang seperti air dalam gelas tadi?" tanya gurunya. Si murid menggelengkan kepalanya.

       "Segala masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyak mana pun masalah seseorang itu sudah dikadarkan oleh Allah sesuai dengan dirinya. Tiada seorang manusia waima seorang nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup," kata guru sufi itu. "tapi penderitaan yang dialami itu bergantung pada besarnya Qalbu(hati) yang menampungnya. Jadi, nak, supaya tidak rasa menderita, berhentilah menjadi gelas, jadilah Qalbu dalam dadamu sebesar tasik"



       Subhanallah~ hebat kan. Teringat kata2 dari guruku, us nik "Kejayaan yang besar perlu pada pengorbanan yang besar. Dan pengorbanan yang besar tidak akan mampu dilakukan melainkan oleh orang yang berjiwa besar"
Kata seniorku, kak ain yang comel, "Badan biar kecik, yang penting jiwa besar.”
(^_~)) 

       Apapun perumpamaannya, jom sama2 kita ambil iktibar. Smile~ ^_^

Surat Untuk Isteriku

surat seorang suami kpd isterinya ketika keluar jalan allah...

WAHAI ISTERIKU

Hari ini aku pergi
meninggalkan kamu
meninggalkan anak-anak kita
meninggalkan rumah kita
yang penuh kenangan.

Hari ini aku pergi
kerana perintah dari Dzat
yang telah menancapkan
getaran dihatiku
ketika menatapmu
di saat malam pertama kita

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati Seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku
berjumpa dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi
untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambia’ Muhammad S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat oleh orang
yang mengaku sebagai umatnya

Jadi…. wahai isteriku
aku pergi tinggalkan kamu
bukan kerana aku tak menyayangimu
tetapi kerana…
ada mata yang tak mengantuk mngawasi kita
mengawasi cinta kita
ada tangan yang akan menghancurkan kita
ketika cinta kita
melebihi cinta kepadaNya…

Jika esok….
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau dapati aku tiada disisimu
maka…cepat lah bertahmid
ALHAMDULILLAH….

Kenapa?
bukankah Ummul Mu’minin Aisyah r.a
ketika merasa senang
kerana hidup bersama Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W katakan:
“Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar dijalan Allah
kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup dengan Allah swt”

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tiada gurau senda
seperti hari sebelumnya
maka…
bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur…
tetapi apa mereka katakan….
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah-rumah diseluruh alam
penuh dengan nur iman

Jika esok….
tiada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan
seperti selalu
yakinlah wahai isteriku
Allah swt akan menyuapmu
dengan hidangan yang memiliki 70 rasa di jannah
yang tak akan jadi kotoran yang jijik…
bahkan mngeluarkan keringat melebihi kasturi

Jika esok musibah dan ujian datang kepadamu
dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah hatimu
kemana kamu berlari?
saat itu Allah swt melihat hatimu..
segeralah berwudhu
dirikan solat
mengadulah kepada Robb mu
kau akan bahagia
di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal abadi

Jika saat itu
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kau akan menderita selama lamanya

Janganlah kamu bangga

seandainya dapat seluruh dunia dan isinya
tetapi… kamu kehilangan Allah swt
maka itulah kerugian yg besar bagi mu
biar pun…
kau berhasil menjaring Jibril a.s
dan kau boleh perintah mengikut kehendakmu
itu pun bukan kejayaan
jika hari harimu kehilangan Allah swt
orang yang kehilangan Allah swt
kehilangan segala galanya
padahal…
barangsiapa yang dapat Allah swt
dia dapat segala galanya

Jika esok
kau lihat rumah jiran kita
suara tawa dan keceriaan terdengar dari sana
suami mereka selalu dirumah
tak pernah khuruj fisabilillah
jangan kamu iri…
tetapi kasihanilah mereka..
kerana..
mereka sedang dalam tangisan dan permusuhan
yang hebat dirumah mereka
dirumah mereka akan datang malaikat maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tanpa belas….
walau mereka kata…
jangan ambil isteriku
jangan ambil anakku
takkan ada tebusan sedikit pun
dan tak tertangguh sesaat pun
saat itulah penyesalan datang
Ya Allah kerana kesibukanku dengan dunia
dan memenuhi hajat isteriku
aku lalai dengan perintahmu
aku lemparkan sunah-sunnah Rasul
dan begitu asyik makan minum
bersama anak isteriku
seperti haiwan….

Isteri dan anak-anak pun akan berkata;
wahai suamiku..
mana tanggungjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan nur iman
tak isi buku catatanku

Bayangkanlah oleh mu
bagaimana jika seorang suami
yang hanya pandai mencari duit
apakah buku amalanmu akan brtambah…?

Jadi isteriku…
kepergianku melewati batas negeri
adalah untuk persiapan
pesta yang besar-besaran untuk kebaikan kita bersama

Ahli dunia
yang belum selesai tugasnya
akan gelisah
tak boleh tidur dan makan
Aku pun demikian
tak akan tenang
kerana belum sempurnakan iman
kamu dan anak-anak kita

Aku takut satu hari nanti
dimana bumi dibelah
dan isi dadanya dikeluarkan
sedang Allah swt berfirman; Iman kamu tak diterima….

Walaupun kita menunaikan haji
dan berjuta kebaikan
jika iman tak diterima
maka habislah segala galanya
kerana dalam hati ada selain dari Allah swt

Ketahuilah bahawa kematian adalah hari raya
bagi orang yang memiliki iman kamil
sedang bagi orang kafir
kematian adalah puasa selama lamanya

Aku tinggalkan kamu
untuk merubah kesedihan
dalam kematian menjadi hari raya yang meriah

Ingatlah…
maut adalah kenderaan
setiap insan menuju Allah swt

Pada saat itu
apa yg kita perlukan?
bukan harta atau kerajaan
tapi iman dan amal soleh
sedangkan untuk sempurnakan iman
adalah korban mujahadah
harta ,diri dan masa
pada jalan Allah swt

Percayalah
walaupun aku yang maju dihadapan musuh
tetapi kamu yang terlebih dahulu dibukakan pintu syurga
oleh Malaikat Ridwan a.s
kamu akan menunggu 500 tahun
berhias dihadapan cermin emas
dan menjadi ratu kepada 70,000 bidadari
dan malaikat..

Itulah sebabnya…
jangan tertipu dengan wanita dunia
apa pun yang mereka buat
tiada harga disisi Allah swt
jika iman tiada dalam hati..

Malik bin Dinar pernah berkata;
nilai wanita cntik didunia ini
tidak lebih dari biji kurma saja

Maafkan aku..
kerana tak pernah
membawamu ke salon dunia
kerana aku tak mahu kamu ditipu mereka

Baju yang kamu pakai pun
dari bahan yang murah
dan berwarna hitam
menutup wajah manismu

Tapi ketahuilah…
baju itu lebih baik
dari dunia dan seisinya
kerana itulah pakaian isteri seorang raja dunia dan akhirat
iaitu pakaian Ummul Mu’minin
isteri Rasulullah SAW

Jadi, jangan terpesona dengan pakaian ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dan ditempel dipunggung mereka
gincu yg mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yg didedahkan pada org
akan digantung dan dibakar api dibawahnya

Dan pada hari itu…
tiada lagi siulan yang mengagumi mereka….
mereka berteriak….
alangkah baiknya jika aku berhijab dahulu
aku terfitnah dan menyebar fitnah

Jangan kau tambah ilmumu tentang keduniaan
yang mnyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
jika orang bertanya kepadamu
dimanakah tempat shopping terhebat di sini?
sedangkan kau mengatakan kamu tidak tahu

Ketahuilah….
Sahabiyah r.ha tidak tahu jalan dikampung mereka sendiri
tetapi…
mereka tahu jalan-jalan menuju syurga
itulah sebabnya mereka telah hantar
anak-anak dan suami mereka ke syurga dengan jalan pintas

Teriakan mereka
menjadikan orang seperti Amru Bin Jamuh yang lumpuh
menjadi masyhur di langit
Isteri Amru berkata;
pergilah kamu bersama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut..

Ketahuilah…
kerana wanita menyeru jihad
telah ramai lelaki menjadi raja di Syurga

Sunday, 1 January 2012

PALESTIN

Maafkan kami, Palestin..
tika darahmu dipaksa mengalir
di bumi sendiri dan kerin...g disejat mentari
tulangmu bersepai dibedil serakah Zionis
jerit pekikmu bergema di dada langit
...
hilai tawamu ditelan bom dan fosfur putih
jiwa kami sedang berpadu dengan nafsu
bercinta dengan dunia sambil beramal pohon
restu untuk bahagia nanti
Maafkan kami, Palestin..
andai pecah peti suaramu memanggil nama Tuhan
putus salur darahmu berkorban demi Tuhan
kami juga sedang berperang
dengan nafsu yang lebih besar dari jihadmu
Maafkan kami, Palestin..
perang kita berbeza medan
kami sibuk berasak di sini
dikau digasak sana sini
bila hanya doa mampu dihantar pengganti kami
senjata terkuat kita
hantarkan kembali doa buat kita berjaya sama
bersama maaf dari Palestin