kecantikan nama selalu ditakrifkan pasti orangnya sekali cantik. Sememangnya betul tekaan umat sekarang ini.. “ pandangan manusia selalu buta , pandangan nafsu selalu menipu , tapi pandangan hati itu yang hakiki. itulah baik lirik yang selalu didengari..
Dalam menghayati keindahan alam ciptaan Sang Khaliq , seorang kakak mengingati detik saat-saat bersama dengan adiknya..lamunannya terhenti sebaik namanya dipanggil oleh ibunya..
“ Mira sihat tak ni? Dari tadi ibu tengok mengelamun sendiri’ ibunya gusar melihat anak sulungnya ini.
“ tak ada apa-apa ibu , Mira sihat Cuma teringat kerja dekat office..ibu tak payah risau ya” Mira cuba menutupi perasaan dirinya.
Biarpun begitu , naluri seorang ibu amat tajam tiada siapa yang bias menipunya. Biarpun begitu hal tersebut didiamkan bagi mengelakkan anaknya it uterus bersedih.
Malam itu Amira masih lagi memikirkan arwah adiknya , sungguhpun begitu Amira bersyukur ke hadrat Allah SWT..kerana adiknya dijemput dalam keadaan baik. Doanya moga adiknya ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah..amin ya rabbal.
Begitulah doa seorang kakak yang tidak pernah putus sesuai dengan maksud namanya.. Nur Amira iaitu ketua bagi seorang perempuan. Subhanallah , rapi sekali perancangan Allah Taala. Ketua pada seorang muslimah pada adiknya arwah Nisa’.
Mira teringat dan terbayang-bayang lagi di kotak pemikirannya yang kecil itu akan suatu peristiwa yang masih lagi segar.
Adiknya ini baru ingin berjinak –jinak dengan dunia remaja dan pastinya harapan ibu inginkan yang terbaik. Pada saat umurnya menginjak umur 17 tahun , perkembangan dari sudut tingkah lakunya mengkhuatirkan aku dan ibuku. Semenjak pemergian arwah ayah ibuku lah yang mengambil alih segala-galanya. Terkadang aku sendiri memarahi adikku yang tidak menjaga batas pergaulan sehingga dengan beraninya membawa teman lelakinya datang ke rumah saat aku dan ibuku tidak berada di rumah. Pendek kata , tidak sesuai dengan pekerjaan ibuku sebagai ustazah tapi anaknya berkelakuan seperti ini.
Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang tinggi dan keras..
“ Ibu faham tak??ibu suruh nisa pakai tudung seperti jiran sebelah rumah ini sedangkan kelakuannya sama sahaja dengan orang yang tidak mengenakan tudung.malah lebih teruk lagi.” Ibu sedar tak kawan kat sekolah nisa pakai tudung tapi ikut berjalan , dating dengan lelaki siap berpegangan tangan lagi..sama sahaja ibu..tidak ada bezanya dengan Nisa. Ibu faham tak sekarang ni..sudhlah!!ibu tak payahlah nak nasihatkan Nisa…Nisa tak perlulah semua tu..
Mendengarkan adikku berkata demikian , ibuku hanya mengelus dada menahan sebak dan rasa terkejutnya. Ingin sahaja aku menampar pipi mulus adikku lantaran kata-katanya yang membuatkan naluri seorang ibu tercalar.
Amira teringat satu kata “ syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu selagi belum berumah tangga.” Mengalir air mata amira , tercabar nalurinya namun dinasihatkan oleh ibunya agar terus bersabar dengan kerenah adiknya.
Amira sering terlihat ibunya menangis setiap malam usai solatnya. Lirih sekali doanya menggugat imanku sebagai anak. “ Ya Allah kenalkanlah anakku dengan hidayah dan hukummu. Bukakanlah pintu hidayah anakku. Aku amat menyanyanginya dan merindui bila kah saat anakku ingin. Ya Allah aku rela jika kau gadaikan nyawaku untuk menggantikan hidayah pada anakku sebagai cagarannya.
Begitulah doa seorang ibu usai solatnya. Kasihnya ibu pada anaknya hingga ke syurga tidak ada gantiannya.
Pada suatu hari dengan perancangan Allah yang tidak diketahui akibat keterbatasan hambanya dalam berfikir . dengan izinnya ada seorang jiran baru berpindah disebelah rumahku. Keluarga tersebut mempunyai enam orang anak yang masih kecil-kecil. Suaminya bernama Abu Khoir yang tidak pernah keluar rumah. Aku kenal dengan hamba Allah itu di masjid dimana tika itu ada kenduri yang dianjurkan oleh Masjid.
Selang beberapa hari minggu mereka menetap di halaman kampungku itu timbul desas-desus yang mengatakan isteri abu Khoir yang tidak pernah keluar rumah sehingga dikatakan oleh orang-orang kampong sebagai buta , bisu dan tuli. Hal ini sampai ke pengetahuan adikku. Satu hari adikku bertanya padaku “ kak sememangnya isteri dekat sebelah rumah kita memang cacat? Buta mata , bisu dan tuli?”adikku bertanya dengan rasa ingin tahu.
“ entahlah dik , akak pun tak tahu sangat , kalau nak tau better adik pergi sendiri kat rumahnya untuk tahu samada betul atau tidak keterangan tu. Mulut orang kampong ni bukan boleh percaya sangat..” aku menjawab selamba
Satu hari adikku benar-benar nekad dan pergi ke rumah jiran sebelah ini. “ nekad juga adikku ini” Mira terus menyambung kerjanya.
Sekembalinya adikku dari rumah jiran sebelah ini , aku dapat melihat perubahan yang drastik pada dirinya. Wajahnya yang kebiasaannya riang menjadi muram atau lesu tidak bermaya. Entah aku sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Yang mengejutkan lagi aku selang dua hari kemudiannya adikku meminta pada ibuku untuk membuatkannya tudung yang mneutupi dada boleh dikatakan tudung labuh. Meminta duit untuk membeli baju yang labuh. Aku menjadi bingung dengan diriku sendiri.bajunya yang dahulu agak sempit dan menyesakkan dada melihatnya terus dibuangnya tanpa ada satu pun yang tertinggal.biarpun begitu aku cukup bersyukur dengan perubahan pada dirinya. Apatah lagi ibuku , sujud syukur usai sahaja solatnya.
Aku juga sering melihat adikku banyak merenung , banyak membaca majalah-majalah Islam dan tidak seperti selalunya. Buku yang sentiasa menjadi pilihannya adalah majalah anak muda seperti majalah hiburan. Aku juga sering melihat ibadahnya pun melebihi daripada apa yang pernah aku lakukan , tahajudnya tak tinggal , Al Qurannya , solat sunatnya dan yang lebih mengharukan aku lagi bila teman-teman perempuanku datang ke rumah adikku akan menundukkan pandangannya. Subahanllah..Maha Suci Allah bagi engkau..menjerit-jerit hatiku dengan perubahan adikku..
Tidak berapa lama kemudian , aku mendapat tawaran bekerja di Putrajaya , Selangor. Aku bekerja di salah sebuah syarikat perakaunan. Dua bulan aku berada disana , satu hari itu aku mendapat panggilan dari ibuku mengatakan bahawa adikku tengah koma dan meminta untuk aku pulang dengan segera.
Aku terus menempah tiket tidak ku hirau berapa pun bayarannya. Dalam kapal doaku tidak pernah putus kepada Allah Taala agar adikku diberikan kesembuhan hendaknya. Manusia hanya berusaha yang menentukannya adalah Allah Taala.
Ketika aku tiba dihadapan rumah , aku melihat banyak sekali orang yang ada disitu. Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya mengalir jua. Aku melihat ke dalam rumah ibuku menangis , aku terus memeluk ibuku. Ibu sempat lagi berkata padaku
“ Mira adikmu meninggal dalam keadaannya tenang dan lancar mengucapkan kalimah Syahadah di akhir hidupnya.” Tidak dapat ku tahan air mataku..sederas air hujan begitulah derasnya air mata aku dan ibuku..semoga Allah mencucuri rahmat atasmu adikku..moga allah tempat kan kau adikku dalam kalangan orang yang soleh dan solehah..amin ya rabbal alamin.
Setelah selesai pengebumiannya dan yang lain. Aku masuk kedalam bilik arwah adikku. Satu persatu ruang dalam bilik itu aku teliti dengan berhati-hati..tiba-tibaku mataku tertangkap akan buku Diary adikku diatas mejanya. Tidak silap dalam diary itulah diluahkan setiap curahan hatinya semasa hayatnya.
Aku buka selembar demi selembar akhirnya aku terpaut pada satu halaman yang agak misteri dan pertanyaan yang selalu bermain difikiranku kini terjawab melalui diary itu. Perubahan yang terjadi pada adikku ketika baru pulang dari rumah Abu Khoir..disitu kulihat persoalan adikku dan isteri abu Khoir jiranku..
Persoalannya seperti ini ..ku lihat banyak juga bekas-bekas titisan air mata di atas halaman kertas itu.
Nisa : ‘ adikku terpegun melihat wajah cantik dihadapannya”..wajahmu cukup indah makcik??
Isteri Abu : “ alhamdulilah..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati yang ikhlas “
Nisa : “ tapi makcik kan sudah mempunyai 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik??
Isteri Abu : “ Subhanallah! sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak , tiada siapa yang boleh menolaknya.
Nisa : makcik , selama ini aku diminta untuk memakai tudung oleh ibu dan kakakku , namun aku selalu menolak kerana aku fikir orang yang memakai tudung sama jugak sifatnya seperti orang yang tidak bertudung malahan lebih teruk lagi..pendapat makcik macam mana..saya bingung , tidak tahu macam mana cara nak berfikir lagi.
Isteri Abu : “ Duhai Annisa’ , sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti. Tudung dan pakaian labuh adalah hijab untuk wanita.
Nisa : “ tapi aku melihat banyak sekali wanita yang bertudung tapi perlakuannya tak menyenangkan hati .”
Isteri Abu : “ tudung itu hanyalah kain , namun hakikat atau erti tudung dan pemakaian labuh tu sendiri yang harus kita fahami.”
Nisa : “ Apa itu hakikat tudung dan pakaian labuh ? “
Isteri Abu : “ hakikat tudung dan pakaian labuh itu adalah hijab lahir daripada batin , hijab mata kamu memandang lelaki yang bukan muhrim , hijab lidah kamu dari berghibah dan berbicara sesuatu yang sia-sia..Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT , hijab telinga kamu mendengar perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , hijab hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk , hijab tangan kamu dari melakukan perkara yang tidak senonoh , hijab kaki kamu dari melangkah menuju ke jalan syaitan yang direjam , hijab fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdaya nafsumu , hijab hati kamu dari seuatu selain dari Allah yang Maha Esa. Bila kamu sudah mampu maka kamu akan memakai tudung dan pakaian labuh itu melalui hati kamu yang sebenarnya , lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. Itulah hakikatnya..
Nisa : “ sekarang aku sudah faham apa yang dimaksudkan oleh makcik..InsyaAllah aku akan berusaha untuk memakainya melalui hatiku sendiri. Mudah-mudahan aku boleh melakukannya. Namun bagaimana aku boleh melaksanakan semuanya??
Isteri Abu : “ Duhai Nisa bila kamu memakai pemakaian seperti itu , itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan hijab hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai Nisa , ingatlah suatu hari nanti dimana seluruh manusia akan dibangkitkan , ketika ditiup tiupan yang kedua , pada saat-saat itu roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batasannya, yang tanahnya dari logam yang panas , tidak ada rumput mahupun tumbuhan , ketika matahari didekatkan diatas kepala kita namun keadaan gelap gelita , ketika seluruh nabi ketakutan , ketika ibu tidak mempedulikan anak-anaknya , sanak – saudara tidak kenal antara satu sama lain..kadang-kadang satu sama lain boleh jadi musuh , satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini.
Ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masin-masing hanya memperdulikan nasib dirinya. Pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa sehingga tenggelam dengan keringat tersebut..macam-macam yang dapat dilihat ada bentuk manusia yang tergantung dari amalannya , ada yang melihat hidupnya namun ada yang buta ketika dibangkitkan , ada yang berbentuk seperti haiwan , semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka.Sesudah hari itu hingga ribuan tahun manusia didiamkan allah SWt di padang mahsyar yang panas membara hingga timbangan mizan yang digelar yaumul hisab.._hari dihisab
Duhai Annisa , bila kita tidak berusaha untuk beramal hari ini , entah dengan apa yang dapat kita jawab bila kita dihitung oleh Allah Yang Maha perkasa , Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.
Allahuakbar!! Sampai disini aku baca diarynya kerana aku melihat setakat itu yang ditulisnya dan ku lihat banyak sekali titisan air mata yang berbekas disetiap lembaran kertas itu.Subhanallah!! ku belek lembaran kertas berikutnya dan ku lihat tulisan kecil dibawahnya buta , tuli , dan bisu. Wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mendengar perkara yang dapat mengundang kemurkaan Allah Taala , wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang dapat mengundang dosa dan sia-sia.
Tidak tahan air mata ini dari terus mengalir , semoga Allah Swt menerima adikku disisinya..amin ya rabbal alamin..
No comments:
Post a Comment