Powered By Blogger

Sunday, 19 February 2012

Duhai Negeriku.


Dahulu Palestin...
Dan kini....
Syria menjengah...
dimana jentera2 islam...
oooo...
...
rupa2nya masih lagi seprti dahulu..
kurang memikirkan nasib yg menimpa saudara islam ini..
tiap kali berlaku keganasan..
acap kali kezaliman menimpa..
Berkali2 juga saudara nun teluk itu memanggill..meraung2..
" Mana Umat Islam!! Mengapa Tidak Bersama Kami..
Mana keteguhan Umat Islam...mana dan dimana????"
usai rintihan demi rintihan ,
" AllahuAkbar!!!!!!
Tidak berdaya lagi saudara2 ini...
Bila Peluru menembusi badan ,
Bila wanita2nya diprlakukan sprti binatang..
seolah2 tidak bermaruah...
senyuman terukir di wajah saudara2 ini..
terpancar ketenangan dek x sabar btemu Ilahi...
Hai saudaraku....
Lihatlah bayi...tiada upaya...
dikerat 4 sprti binatang...
dilontar seolah2 bayi ini adalah smpah....
Dimana kesedaran kita saudara2ku....
dimana!!!!
cukupkah hanya skdr memberi simpati...
Ya Allah saudaraku....
jika kita tidak bgkit dari skrg..
Tak mustahil kita akn alami nasib yg sama....
" teringat aku akn stu teguran dari ustazhku...enti..kita kena ingat!!kalu x bgkit dari skrg, pihak musuh akn melawan kita...x mustahil kita akn alami nasib yg sama sprti mreka..jika kita trus2an dgn dunia fana ini.."

Saturday, 18 February 2012

buat Kalian Sahabatku...

nukilan buat kalian sahabtku..
.Sahabat,
Aku tahu...
Beku salju tidakkan bisa membeku hatimu,
Gerimis sukma tidak pula menuntunmu ke lembah duka,
Putih salju...biarkan ia menormalkan hitam pekat lampaumu,
Alir gerimis mengalir menyuci dosa dan noda dahulu.

Sahabat,
Aku tahu...
Bukan mudah dikau menongkah arusmu,
Amat payah menahan yang satu tatkala dunia merebut yang seribu,
Tapi ingatlah sahabatku...janji tuhan dan rasulmu,
Tetaplah....thabatlah di jalan juangmu,
Kerna Rabbmu Maha Tahu!

Sahabat,
Ayuh berpijak di paksi realiti,
Lirihlah bahterayang umat kini nakhodai,
Sedikit sahaja yang menujah layar ke jalan Ilahi,
Selebihnya hanyut berlandas kompas duniawi,
Hancur!! Ia kian tersebati.

Sahabat,
Alam tidak pernah berdosa,
Tapi terpaksa dan dipaksa menjadi mangsa,
Menjadi saksi kebobrokan haloba manusia,
Yang mengejar dunia dan isinya yang fana.

Dunia kian parah,
Muda mudi ramai yang rebah,
Hidangan hiburan ditambah dan ditambah,
Akhirnya menjerat menanti musnah,
Terketar maya menanti murka Rabbah.

Sahabat,
Hari ini...
Kemodenan berubah menjadi fitnah,
Kepimpinan manusia berpaksi rasuah,
Barat pula menjadi penunjuk arah,
Bersekongkolkan zionis laknatullah,
Akhirnya Gaza terus terusan berdarah.

Menilik ke pentas pemudamu pula,
Ralit...mereka alpa diselubung debu noda,
Para pemerintah...pembesarmu...bangga,
Rakyat pula terhimpit bagai hidup di neraka dunia,
Akhirnya...Islam terfitnah juga.

Mengapa sahabat?
Salahkah kemodenan yang kita kecapi ini?
Fitnahkah ketamadunan yang engkau raih ini?
Mundurkah ia jika engkau adunkan bersama,
Al-Quran dan As-Sunnah baginda yang mulia?

Tepuk dada tanya imanmu!
Atas pentas dunia apa watakmu?
Adakah hanya antagonis dan protagonis palsu?
Atau engkaukah ulul albab yang diseru!!

Dikaukah??
Engkaukah ulul albab itu??
Hahahahaha.....

TIDAK!!!
Kau bukan jaylul Quran didikan baginda,
Engkau bukan generasi Salahuddin Al-ayyubi penebus Baitul Maqdis,
Bukan juga ummah teri'izzah pasca tarbiyah Muhammad Al-Fateh.
Engkau hanya ummat akhir zaman,
Jauh sekali ummat yang baginda idamkan,
Ummat yang bisa merantai perjuangan,
Memimpin kembali jalan pulang...

Aaaah!!! lupakan sahaja!
Hanya masih tega melompangkan saf-safmu,
Tatkala azan fajar menunggu disahutkan,
Sedang jundi al-Fatehmu dahulu,
Tengah hari Jumaat tidak terbandingkan.

Tiba sahaja kelahiran baginda,
Dikau bangga meraikannya...riuh rendah dengan pujangga cinta,
Nyah kau!! Buangkan sahaja...ia dusta semata.

Cinta baginda...engkau benar-benar turuti ajarannya,
Cinta baginda...engkau berjuang bermatian persisnya,
Cinta baginda...dunia padamu hanyalah boneka,
Kerna akhiratlah yang kekal selamanya.

Memang...Memang musuh durjana selamanya akan ketawa,
Kita pula?? Masih bangga meralit ilusi dunia,
Mengayam fantasi maya.

Ini alam,
Ini kisah,
Ini ceritera,
Ini pula dongengan,

Tetapkan tiada nilai,
Selamanya...

Sahabat,
bangunkan jiwa yang lena,
Ini bukan masa harapan,
Ini bukan masa angan-angan,
Ini kenyataan...
Kembalikan daku...Kemabalikan daku ulul albab dahulu,
Yang definisinya penggali ilmu,
Tafakkur dan tasyakkur digabung menjadi satu,
Teori dan praktikal berarena padu.

Sahabat,
Ingatkah kita di suatu ketika...
Tatkala merenung sahabat...baginda lantas bersabda,
Akhir zaman menyaksikan mereka,
Pencinta agama kan menggenggam bara,
Menggenggam menyakitkan,
Melepas menghancurkan.

Ayuh rijal dan serikandi agama,
Ayuh ulul albab semua!
Bangkit!!....Bangkit! Bangkitlah!!
Kita tinggalkan permaidani dahulu,
Ucapkan permisi pada mimpi-mimpi palsu.

Ayuh kita tambah,
Dan tambah,
Biar sejarah menjadi ibrah,
Ilmu dan amal diiring hujjah,
Hidup malammu meniti maghfirah,
Kerna nilaian di sisi Allah,
Hanyalah taqwa dan izzah imaniyyah


Tetaplah Tersenyum diatas Jalan Dakwah

Tetaplah tersenyum..


Assalamu’alaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar??
Lyn doakan semoga semua dalam keadaan sihat dan aman sejahtera..amin.

Kali ini, suka Lyn nak kongsikan sebuah cerita mengenai Hasan Al-Basri yang melihat seorang wanita yang sangat indah...indah kerana senyumannya.

Al-kisah, pada musim haji ketika Hasan Basri dalam kedudukan tawaf, dia melihat seorang wanita yang amat cantik. Wajahnya yang bersinar membuatkan Hasan Basri spontan berkata, “ Belum pernah aku melihat wanita dengan wajah ayu,berseri dan elok dipandang.”

Wanita tersebut mendengar kata-kata Hasan Basri lalu dia berkata, “kamu tidak mengetahui apa pun tentang aku.”

“ceritakanlah padaku” seloroh Hasan Basri.

Sambil menatap langit, wanita itu bercerita.
“Suatu masa yang lalu aku ingin menghidangkan kambing gulai untuk keluargaku.
Oleh yang demikian, suamiku memilih seekor kambing yang terbaik. Lalu dia mengajak anak lelakiku yang berusia lima tahun turut serta dalam proses menyembelih kambing tersebut. Selesai menyembelih, dia meninggalkan anak lelakiku sendirian bersama golok yang lupa dibawa bersamanya.”

*golok tu dalam bahasa Indonesia, dalam bahasa melayu Lyn tak pasti pula apa..hehehe
Kalau ada sahabat2 yang tahu silalah jelaskan ya..syukran =)

Sambung berita..

Sambil menarik nafas panjang, wanita itu meneruskan ceritanya.
“Kemudian dengan membawa golok, anak lelakiku menghampiri adiknya yang
berumur  dua tahun sambil berkata : “ dik, aku baru melihat ayah menyembelih seekor kambing. Kamu mahu tahu caranya? Si adikpun mengiyakan dengan isyarat anggukan kepala. Si abang terus merebahkan adiknya di atas sebuah batu. Kemudian hujung golok itu diletakkan di atas kulit leher adiknya yang putih mulus. Lalu….
Kressssssss!!!!! Anak lelakiku yang berumur lima tahun itu tidak tahu apa yang dia lakukan. Dia ketakutan melihat darah yang deras mengalir dari leher adiknya. Dek kerana itu dia berlari laju meninggalkan si adik yang berlumuran darah menuju ke hutan.”

Wanita itu kembali menarik nafas dengan dalam, “ suamiku kemudian teringat akan golok yang ditinggalkannya dan kembali ke tempat penyembelihan. Betapa terkejutnya dia melihat tubuh si bongsu yang sudah kaku tidak bernyawa dengan leher yang hampir putus. Dilihatnya juga anak lelaki keduanya berlari menuju ke hutan. Dengan perasaan yang tidak menentu, dia berusaha mengejar anak lelakinya untuk bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Di tengah-tengah hutan itu dia memanggil-manggil anak lelakinya, namun tidak ada jawapan. Dia sudah semakin jauh berjalan di dalam hutan.

Tiba-tiba..
Dia melihat titisan-titisan darah segar dan samar-samar mendengar satu jeritan.
Dia yakin itu suara anak lelakinya. Dia tergesa-gesa berlari mencari punca suara tersebut. Namun, alangkah terkejutnya dia melihat anak lelakinya yang sedang menjadi santapan dua ekor harimau besar. Dua ekor harimau itu menarik-narik dan mengoyakkan tubuh anak lelakinya di depan mata kepalanya sendiri.

Oleh kerana tidak berdaya menerima apa yang berlaku, tidak sanngup melihat dua nyawa anaknya melayang di depan mata sendiri. Akhirnya suamiku pun meninggal dunia dengan membawa luka batin yang dalam.

Wanita itu terdiam. Kemudian dia meneruskan, “ Berita tentang kematian suamiku
dan kedua anak  lelakiku akhirnya sampai pada anak perempuan sulungku. Dia menghidap penyakit jantung. Dek kerana tidak kuat menahan kesedihan yang teramat, penyakitnya pun menyerang. Tidak berapa lama kemudian, dia akhirnya menyusul ayah dan kedua adiknya.

Wanita itu berhenti bercerita. Hasan Basri pula terdiam seribu bahasa. Takjub.
Dia seorang wanita, ya wanita tapi kesabarannya telah mengalahkan seribu lelaki.

“Hari ini”, tiba-tiba wanita itu berkata, memecah kebisuan Hasan Basri.
“Aku mengadu kepada Allah bukan kepada manusia. Aku tersenyum kepada semua manusia agar Allah memasukkan aku ke dalam senarai hambaNya yang sabar. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepadaNya bila-bilapun Dia mahu.”
Selesai bercerita wanita berkenaan itu berlalu pergi meninggalkan Hasan Basri yang berasa amat takjub. Di sebalik senyuman yang menawan dan wajah yang ayu mempersona, wanita itu telah menyembunyikan kedukaan mendalam dari semua makhluk yang menatapnya. Dia hanya membuka aibnya kepada Rabbul ‘Izzati.

Adakah dalam kalangan kita yang jauh lebih menderita dari kisah wanita di atas??
Mungkin, ujian yang kita perolehi pada saat ini jauh lebih ringan. Namun, mengapa keluhan kita jjelas jauh lebih besar??

Ana tidak akan menyalahkan seseorang yang kadangkala mengeluh pada kesukaran, Hal yang demikian kerana kadangkala lyn pun mengakui kadangkala juga suka mengeluh akan sukarnya keadaan, akan beban kehidupan yang begitu berat. Tetapi apa salahnya jika kia menghadapi semua ini tanpa melupakan senyuman??
Sudah habiskah semua nikmat yang kita miliki sehingga senyumpun tidak ada??
Nak senyum sekejappun payah??
Sudah sedemikian memuncakkah penderitaan kita sehingga senyumpun sukar??

Ayuh saudaraku!!
Ayuh sahabatku!!
Tersenyumlah!!!

PERISTIWA DI SEBALIK SYRIA.. BEKALKANLAH DIRIMU DENGAN SEBAIK-BAIK BEKAL IAITU TAQWA

BISMILAHIR RAHMANNIR RAHIM..

ASSALAMU'ALAIKUM WBT..

kali ni Ana cuma nak kongsikan tentang penderitaan saudara kita di Syria memandangkan ramai 
dalam kalangan kita rakyat Malaysia ni masih samar-samar dengan isu hangat ini.

sahabat-sahabt yg dicintai kerana Allah sekalian,
 nota ini cuma la sekadar copy and paste dr beberapa bahan bacaan..
dengan harapan sahabat-sahabat semua dapat berkongsi maklumat ini dengan yg lain amnya dan khususnya 
saudara muslim sekalian..

dek kerana negara kita yg majmuk dan aman damai, janganlah pula kita lupa
dengan kesengsaraan saudara kita di tempat lain..
Lyn tahu, meskipun kudrat kita tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kpd mereka
sama ada dr sudut kewangan, perubatan dll..
tp masih ingatkah kalian bahawa kita masih punya senjata yg utuh??
kita masih punya Allah, yg Empunya segalanya..
yg sentiasa membantu hamba-hambanya..
 kita punya Rabbul 'Izzati yg maha pemberi kemenangan dan ketenangan..


tenangkah jiwamu melihat saudara seakidahmu dibunuh sesuka hati??
tenangkah hidupmu sehari-hari sedangkan tangis mereka tidak pernah henti??
mengapakah sulit buatmu untuk memohon kepada ilahi,
sebagai pengerat ukhuwah walau jasad tak pernah mengerti..
tp kerana Allah..
marilah kita sama-sama memohon pertolongan dr Allah agar Islam mendapat kemenangan..
memohonlah kita kpd Allah sebagai tanda kita sayang kdp mereka..
memohonlah kpd rabb agar kita kelak dapat bersaksi bahawa kita adalah antara orang yg 
turut sama dlm perjuangan..
marilah sahabatku sekalian..






Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh Ulama' Syria, Syeikh Hassan (Pembantu Peribadi Dr Yusuf Al-Qaradhawi) di UPM yang datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria. Ana turut berkesempatan berada disana.




PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Jzkki akh Abu Abdullah
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

|This is what happens to the mouth of a person who says the word “Freedom” in Syria. O ALLAH please do help our brothers and sisters there..ameen|

WASSALAM..

APAKAH PERLU BERSEDIH????????

Apakah perlu bersedih...? Saban hari, hidup ini tidak akan lari dari ujian, samada kita sedar ataupun tidak. Ramai orang yang diuji dengan kesusahan begitu sedar dengan ujian yang diberi Allah itu. Tetapi selalu sangat orang yang diuji dengan kesenangan itu lupa bahawa kesenangannya itu juga merupakan satu ujian... 

Tapi, andai disuruh membuat pilihan, antara kesenangan atau kesusahan, kekayaan atau kemiskinan, kejayaan atau kegagalan, sudah pasti yang dipilih hanyalah natijah-natijah yang membawa kepada kesenangan. Sebab itu adalah fitrah manusia.

Namun, mampukah kita menjamin atas kesenangan yang Allah bagi itu, kita tidak akan lupa kepadaNya...~

Andai kita diuji dengan kemiskinan, kesusahan atau kegagalan, mengapa harus bersedih, adakah kerana kegagalan itu terhenti sebuah kehidupan? sedangkan kita sedar, andai kita diuji baru hati mula mencari ilahi. 



TALBIAH WARGA HOMS IRINGI PEMAKAMAN WARGA SHUHADA' YANG DIBANTAI REJIM ASSAD

...terkesan dgn antara pengisian prog. mlm tadi, pnjelasan isu di Syria, aku trgerak utk kongsikan ssuatu tntg apa yg berlaku di Syria skg ni. Mungkin ramai dlm kalangan kita yang tidak sedar atau tidak mahu mengambil kisah, tapi inilah saudar seakidah kita. 


Syabab.Com - Ratusan ribu orang berkumpul di pusat kota Khalidiyah, Homs (Hims), Syria, Sabtu, 04/02/2012, untuk melaksanakan pemakaman para syuhada Khalidiah, sehari setelah pembantaian keji rezim Bashar al-Assad yang telah menewaskan ratusan syahid, dan lebih dari seribu orang terluka.
Saat jenazah para syuhada melewati kerumunan untuk dikumpulkan massa yang besar itu pun secara serentak membacakan talbiyah, "Laba'ik, Allahumma labaiyk. Labaiyka la shareeka laka labaiyk. Innal-Hamda wa ni'imata, laka wal-Mulk. Laa shareeka lak" 
(Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adl milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu). 
Massa juga secara serentak meneriakkan yel-yel yang dipimpin oleh seorang pemuda, Labaik, labaik, ya Allah" (Kami memenuhi panggilan-Mu ya Allah).
Lebih dari 400 orang syahid dalam pembantaian yang dilakukan rezim kejam Bashar al-Assad selama tiga jam pada hari Jumat malam di kota Khalidiyah, Homs, Suriah. Sementara itu lebih dari seribu lainnya terluka. 
Homs, merupakan salah satu kota pusat perlawanan terhadap rezim Bashar al- Assad. Akhid Desember lalu, puluhan ribu berkumpul di Khalidiyah, Homs, untuk berikrar bahwa mereka tidak akam membiarkan sedikitpun darah para syuhada.
Mereka juga menegaskan bahwa pertolongan itu datang bukan dari Liga Arab, PBB, Amerika atau Obama, melainkan hanya datangan dari Allah Swt., sembari serentak membaca surat an-Nasr (perotolongan). 
Demikianlah nasib kaum Muslim di negeri Syam, sebuah negeri yang telah disebut Rasulullah sebagai pusatnya negeri Islam. Kaum Muslim di Syam tak lelah untuk terus berdiri melawan rezim korup despotik Bashar Assad, sekalipun darah syuhada harus membanjiri bumi.
Umat Islam benar-benar membutuhkan satu kesatuan kekuatan politik di bawah naungan Khilafah Islamiyyah yang akan menyatukan umat di seluruh dunia. Institusi inilah yang akan meangkiri kedzaliman para penguasa diktator di negeri Muslim. Insya Allah, semakin dekat. [m/syrian.revolution/syabab.com]


... moga-moga, dgn perkongsian yg sedikit ini, dpt membuat kita berfikir sejenak tentang saudara kita, dan cuba kita bandingkan dgn diri kita, sejauh mana kita menyumbang kepada tertegaknya Khilafah Islamiyyah di muka bumi ini..
Takbirr!! 


http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2359-talbiyah-ratusan-warga-homs-iringi-pemakaman-para-syuhada-yang-dibantai-rezim-assad-video.html