Apakah perlu bersedih...? Saban hari, hidup ini tidak akan lari dari ujian, samada kita sedar ataupun tidak. Ramai orang yang diuji dengan kesusahan begitu sedar dengan ujian yang diberi Allah itu. Tetapi selalu sangat orang yang diuji dengan kesenangan itu lupa bahawa kesenangannya itu juga merupakan satu ujian...
Tapi, andai disuruh membuat pilihan, antara kesenangan atau kesusahan, kekayaan atau kemiskinan, kejayaan atau kegagalan, sudah pasti yang dipilih hanyalah natijah-natijah yang membawa kepada kesenangan. Sebab itu adalah fitrah manusia.
Namun, mampukah kita menjamin atas kesenangan yang Allah bagi itu, kita tidak akan lupa kepadaNya...~
Andai kita diuji dengan kemiskinan, kesusahan atau kegagalan, mengapa harus bersedih, adakah kerana kegagalan itu terhenti sebuah kehidupan? sedangkan kita sedar, andai kita diuji baru hati mula mencari ilahi.
No comments:
Post a Comment