Tetaplah tersenyum..
Assalamu’alaikum sahabat-sahabat sekalian, apa khabar??
Lyn doakan semoga semua dalam keadaan sihat dan aman sejahtera..amin.
Kali ini, suka Lyn nak kongsikan sebuah cerita mengenai Hasan Al-Basri yang melihat seorang wanita yang sangat indah...indah kerana senyumannya.
Al-kisah, pada musim haji ketika Hasan Basri dalam kedudukan tawaf, dia melihat seorang wanita yang amat cantik. Wajahnya yang bersinar membuatkan Hasan Basri spontan berkata, “ Belum pernah aku melihat wanita dengan wajah ayu,berseri dan elok dipandang.”
Wanita tersebut mendengar kata-kata Hasan Basri lalu dia berkata, “kamu tidak mengetahui apa pun tentang aku.”
“ceritakanlah padaku” seloroh Hasan Basri.
Sambil menatap langit, wanita itu bercerita.
“Suatu masa yang lalu aku ingin menghidangkan kambing gulai untuk keluargaku.
Oleh yang demikian, suamiku memilih seekor kambing yang terbaik. Lalu dia mengajak anak lelakiku yang berusia lima tahun turut serta dalam proses menyembelih kambing tersebut. Selesai menyembelih, dia meninggalkan anak lelakiku sendirian bersama golok yang lupa dibawa bersamanya.”
*golok tu dalam bahasa Indonesia, dalam bahasa melayu Lyn tak pasti pula apa..hehehe
Kalau ada sahabat2 yang tahu silalah jelaskan ya..syukran =)
Sambung berita..
Sambil menarik nafas panjang, wanita itu meneruskan ceritanya.
“Kemudian dengan membawa golok, anak lelakiku menghampiri adiknya yang
berumur dua tahun sambil berkata : “ dik, aku baru melihat ayah menyembelih seekor kambing. Kamu mahu tahu caranya? Si adikpun mengiyakan dengan isyarat anggukan kepala. Si abang terus merebahkan adiknya di atas sebuah batu. Kemudian hujung golok itu diletakkan di atas kulit leher adiknya yang putih mulus. Lalu….
Kressssssss!!!!! Anak lelakiku yang berumur lima tahun itu tidak tahu apa yang dia lakukan. Dia ketakutan melihat darah yang deras mengalir dari leher adiknya. Dek kerana itu dia berlari laju meninggalkan si adik yang berlumuran darah menuju ke hutan.”
Wanita itu kembali menarik nafas dengan dalam, “ suamiku kemudian teringat akan golok yang ditinggalkannya dan kembali ke tempat penyembelihan. Betapa terkejutnya dia melihat tubuh si bongsu yang sudah kaku tidak bernyawa dengan leher yang hampir putus. Dilihatnya juga anak lelaki keduanya berlari menuju ke hutan. Dengan perasaan yang tidak menentu, dia berusaha mengejar anak lelakinya untuk bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Di tengah-tengah hutan itu dia memanggil-manggil anak lelakinya, namun tidak ada jawapan. Dia sudah semakin jauh berjalan di dalam hutan.
Tiba-tiba..
Dia melihat titisan-titisan darah segar dan samar-samar mendengar satu jeritan.
Dia yakin itu suara anak lelakinya. Dia tergesa-gesa berlari mencari punca suara tersebut. Namun, alangkah terkejutnya dia melihat anak lelakinya yang sedang menjadi santapan dua ekor harimau besar. Dua ekor harimau itu menarik-narik dan mengoyakkan tubuh anak lelakinya di depan mata kepalanya sendiri.
Oleh kerana tidak berdaya menerima apa yang berlaku, tidak sanngup melihat dua nyawa anaknya melayang di depan mata sendiri. Akhirnya suamiku pun meninggal dunia dengan membawa luka batin yang dalam.
Wanita itu terdiam. Kemudian dia meneruskan, “ Berita tentang kematian suamiku
dan kedua anak lelakiku akhirnya sampai pada anak perempuan sulungku. Dia menghidap penyakit jantung. Dek kerana tidak kuat menahan kesedihan yang teramat, penyakitnya pun menyerang. Tidak berapa lama kemudian, dia akhirnya menyusul ayah dan kedua adiknya.
Wanita itu berhenti bercerita. Hasan Basri pula terdiam seribu bahasa. Takjub.
Dia seorang wanita, ya wanita tapi kesabarannya telah mengalahkan seribu lelaki.
“Hari ini”, tiba-tiba wanita itu berkata, memecah kebisuan Hasan Basri.
“Aku mengadu kepada Allah bukan kepada manusia. Aku tersenyum kepada semua manusia agar Allah memasukkan aku ke dalam senarai hambaNya yang sabar. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepadaNya bila-bilapun Dia mahu.”
Selesai bercerita wanita berkenaan itu berlalu pergi meninggalkan Hasan Basri yang berasa amat takjub. Di sebalik senyuman yang menawan dan wajah yang ayu mempersona, wanita itu telah menyembunyikan kedukaan mendalam dari semua makhluk yang menatapnya. Dia hanya membuka aibnya kepada Rabbul ‘Izzati.
Adakah dalam kalangan kita yang jauh lebih menderita dari kisah wanita di atas??
Mungkin, ujian yang kita perolehi pada saat ini jauh lebih ringan. Namun, mengapa keluhan kita jjelas jauh lebih besar??
Ana tidak akan menyalahkan seseorang yang kadangkala mengeluh pada kesukaran, Hal yang demikian kerana kadangkala lyn pun mengakui kadangkala juga suka mengeluh akan sukarnya keadaan, akan beban kehidupan yang begitu berat. Tetapi apa salahnya jika kia menghadapi semua ini tanpa melupakan senyuman??
Sudah habiskah semua nikmat yang kita miliki sehingga senyumpun tidak ada??
Nak senyum sekejappun payah??
Sudah sedemikian memuncakkah penderitaan kita sehingga senyumpun sukar??
Ayuh saudaraku!!
Ayuh sahabatku!!
Tersenyumlah!!!
No comments:
Post a Comment