Powered By Blogger

Wednesday, 31 October 2012




jauh di sudut hatiku...


Assalamualaikum...

apa khabar mujahadahcintaku?
hari ini aku tidak tahu apa yang harus ku coretkan dalam ruangan dirimu kerana akal ku kosong dan hati ku terasa mati....
jadi..benarkan aku membiarkan jari ku menari-nari di ruang kecilmu untuk melepaskan luahan hati kecilku...
mujahadahcintaku...
dalam beberapa ketika ini, terlalu banyak perkara yang terjadi.. akal ku seperti mati untuk membuka simpulan masalah yang kian menjadi...

kosong............
maaf, aku sudah tidak mampu meneruskannya...
Biarlah pengalaman semalam mengajar aku erti tarbiah..
cukuplah kali ini aku tersungkur dgn namanya erti sementara..

Mujahadah Cintaku..
Akalku ligat imanku tunduk akur..
Aku redha apa pun yang berlaku..
biarlah diriku dibeli dengan harga nilaian iman..
biarlah diriku dilamar dgn perjuangan..
hati ini bakal ku rawat..
ku ubat ia dgn cintaNya..
semoga aku kuat hadapi ujian ini..
semoga aku bisa lagi menjadi muslimah..
jika ditakdirkan akan terus menanti..
jika tidak??
biarlah kenangan di pintu tarbiah..
Mujahadah Cintaku..
Kuatkan hatimu menghadapi ujian dariNya..
amin


DOA, TIDAK MEMERLUKAN MODAL berbentuk RM untuk dibayar. SESIAPA pun boleh berdoa…yang miskin, kaya atau yang sederhana.TAPI, doa sangat MULIA dan BERNILAI di sisi ALLAH. ALLAH SANGAT SUKA hambanya yang berdoa dan ALLAH SANGAT BENCI kepada hambanya yang MALAS MEMINTA. BERBEZA dengan manusia, SEMAKIN BANYAK DIMINTA, SEMAKIN RIMAS JADINYA...justeru..berdoalah! Ia TAK SUSAH…malah PERCUMA! ALLAH itu MAHA MENDENGAR..dan DIA sentiasa HAMPIR dengan kita!

"..Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAH-KU) dan hendaklah mereka BERIMAN kepada-Ku, agar mereka SELALU berada dalam KEBENARAN" (Al-Baqarah: 186)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra; 
"BERDOALAH dengan penuh KEYAKINAN bahawasanya ALLAH swt PASTI MENERIMANNYA...KETAHUILAH ALLAH swt bahawasanya TIDAK akan menerima doa dari sekeping hati yang LALAI dan LEKA"




Sewaktu BELUM mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam. Bila SUDAH mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi LAKONAN. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam. Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai UJIAN, BUKAN JODOH YANG DITETAPKAN. Allah mahu melihat SEJAUH mana engkau punya KEIMANAN. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan ツツ






 Antara Ukhwah dan Perasaan..aku menjadi kelu dalam ketidakkepastian.aku diminta untuk memilih antara dakwah dan cinta. aku terkebil-kebil. aku simpan soalan itu untuk ku bawa bertemu Tuhanku dikala malam menyinsing. aku simpan soalan itu di lubuk tirai hatiku. aku kemas ia dengan rapi.
  Hinggalah malam pertiga itu , ku huraikan soalan itu padaMu. meminta pandanganMu. meminta petunjukMu.hatiku sebak memikirkan apa yang aku lakukan.apa yang aku fikirkan. aku akui diriku lemah bilamana perasaan ingin didampingi itu mendatangiku. butanya hatiku mengenal ujianMU ya Rabbi tatkala Engkau mendatangkan aku seorang Mukminin soleh. seharusnya aku tahu Ya Rabbi itu adalah ujianMu untuk menguji hati dan imanku.
  aku akui Ya Rabbi.kebelakangan ini hatiku rasa terganggu , keresahan , hinggalah engkau mentakdirkan padaku persoalan yang menguji diriku sendiri. ujian ini cukup membuatkan aku berfikir samada  untuk mendahulukan iman ataupun nafsu..
  aku malu padaMu Rabbi mengenangkan kelakuanku. Ya Allah. aku malu dengan fi'ilku. mudahnya aku meletakkan seseorang yang tidak tentu menjadi milikku. aku malu ya Allah..aku mengajak sekeliling , namun hatiku rasa terhijab hanya kerana ada noda ini. aku rasa bersalah yang teramat kerana aku menjadi fitnah buat dirinya. menjadikan dirinya terikut dgn buaian nafsu. aku sedar ya Allah!!dgn kehadiranku , aku menjadikan dirinya mungkin mengingatiku lebih dari dirimu . dengan kehadiranku , menjdikan dirinya terbuai sebentar.  aku malu ya Allah.
  terfikir aku Rabbi , saat aku keseorangan terkadang aku boleh mengingatinya. berkali-kali aku menepis gelodak dan bayangan itu. kadang-kadang hinggakan aku menangis mengapakah ia boleh membuatkan aku menjadi seseorang yang hilang prinsip sebagai pejuang Muslimah.hinggakan bilamana sekeliling meminta pandanganku berkaitan perasaan dan nafsu menjadikan aku terdiam. terduduk aku mendengarkan soalan mereka. rasa bersalah itu memuncak dalam diriku bilamana dikatakan PEREMPUAN itu merupakan fitnah terbesar buat seseorang yang bernama muslimin.
  Ya Rabbi!!aku sedar aku telah merosakkannya sedikit demi sedikit. tidak wajar aku merosakkannya kerana datangnya dia dari keluarga yang cukup baik asuhannya. Ya Allah!!jika ujian ini engkau datangkan buatku untuk memikir. untukku mentadabbur diri sendiri.maka ku pohon ya Allah!!tunjukkanlah aku jalan yang sebenarnya.jalan yang Engkau redhai.
  Ya Allah!!kerana kasih sayangMu dan kerana inilah perasaan yang pertama kali dtg dalam diriku ,maka aku redha. dengan tangan , mata , teliga dan hati menjadi saksi..aku lepaskan Dia dibawah jagaanMu. aku rela lepaskan dia pergi dari hatiku.biarlah dia sibuk dengan urusannya. 
  Ya Allah aku mohon , kembalikanlah hatinya yang dahulu. hati yang belum dicemari dgn mana2 fitnah.Pulihkan kekuatan dan keteguhan hatinya sebagai muslimin dan Mukminin soleh. aku titipkan dia buatMu kerana hatinya masih milikmu. dan aku tidak punya apa-apa hak keatas hati itu. bukan milkku dan takkan pernah jadi milikku.
  " Ana rela enta pergi dari hidup ana. bukan kerana ana ingin mempermainkan hati enta.jauh sama sekali ana nak mempermainkan perasaan anak orang dan enta sendiri.  tapi sebab ana tak berani nak rosakkan enta. maafkan ana enta. mungkin tidak pada pandangan enta tapi iya pada pandangan Iman.maafkan ana sebab merosakkan hati dan diri enta dgn fitnah yang ada dalam diri ana. ana minta maaf jua kat enta jika ana pernah buat hati enta tidak senang dgn fi'il ana. ana rela jika enta memarahi ana dengan keputusan yang ana ambil ini. ambillah lama mana enta untuk berfikir. ana berharap enta jangan pernah bencikan ana. sejujurnya sukar ana membuat pilihan ini. tapi ana tahu enta bukan siapa2 pada ana dan ana bukan siapa2 pada enta.maafkan ana.ana sendiri tidak kuat. tapi , untuk melupakan nafsu itu ana perlukan kekuatan dalaman. sejujurnya enta , ana tersangat2 rasa bersalah dgn enta. dengan menghadirkan diri pada enta biarpun sebenarnya itu adalah takdirNya. dan kerana takdirnya jua , ana memilih untuk melupakan enta secara hakiki. bukan sebab ana ada sesiapa dalam hidup , tapi kerana ana berpegang dan berbai'ah pada perjuangan. ana telah letakkan diri ana dalam perjuangan itu. doakan ana agar tergolong dlm perjuangan menegakkan khilafah biarpun sedikit yang ana perjuangkan.
   Enta , sampai bila-bila selagi mana nyawa masih bersemai didalam jasad , ana akan berpegang dgn kata-kata enta. " jangan pernah jatuh disebabkan cinta pada Lelaki!!jangan pernah berharap kat enta mahupun sesiapa kerana hati ana masih milik pencipta.teruskan perjuangan sebagai wanita muslimah!! ana akan ingat kata-kata ni enta. memang benar kata enta jika benar ana ditakdirkan tulung rusuk enta , alhamdulilah jika tidak?? sebak ana dengar perkataan ni?? rasa bersalah yang teramat.rasa bersalah kat hati. ana akui enta jika tidak dgn kehadiran ana , ana tahu hati enta pastikan terjaga.pastikan terjaga buat Allah,keluarga dan perjuangan enta. 
  Ana serahkan enta dibawah LindunganNya..maafkan ana disebalik chatting kita selama ni. maafkan ana sangat-sangat. maafkan ana disebalik komen2 ana selama ni. jangan risau enta, ana akan cuba menjauhkan diri dari enta.ana redha  jika enta buka hati enta untuk muslimah lain. ana redha.ana takkan ikat hati enta sebab enta berhak memilih siapa yang terbaik yang layak menjadi pendamping hidup enta.yang layak menjadi kebanggaan buat enta..maafkan ana jika melalui like status selama  ni buat hati enta rasa terusik.maafkan ana ya enta.. maafkan ana.ana serahkan enta dalam jagaan Allah!!biarlah Allah yang tentukan sebaik-baik kesudahan dalam hidup. insyaAllah, minggu hadapan ana akan bergerak untuk menjadi faci kepada adik-adik yang baru nak kenal dunia penghijrahan. kerana takut terhijab kata2 dan harapan ana untuk mereka , lantaran itu ana memilih keputusan ini.
  enta , ana juga akan terus berdoa meminta agar Dia berikan yang terbaik untuk enta dan ana.macam yang enta kata teruskan berdoa dan istikharah. ana akan teruskan..lantaran itu juga ana buat keputusan ni agar doa itu tak menjadi hijab. biarlah doa itu dirahmati tanpa ada sekelumit noda nafsu.sebabnya ana bukan nak cari kekasih macam org lain , ana cuma nak cari seseorang yg sudi pimpin ana dan family. ana tak tahu kenapa ana rasa yakin dgn enta. ana serahkan segalanya kepada Allah sebaik-baik penentu.
  ana rasa malu sangat kerana inilah kali pertama ana mewarkahkan satu kata buat seorang muslimin. ana rasa dah tak boleh nak angkat muka mengenangkan fi'il ana melayan chat enta..seharusnya ana mampu kawal hal tu . ana akui enta , kala tu ana lemah terikut dgn hawa nafsu. maafkan ana..atas sikap2 ana kat enta.
  ana akan cuba bangkit lagi dari kisah semalam tu..terpulang pada enta macamna pun pandangan enta kat ana. itu hak enta. ana tak berhak keatas itu. maafkan ana.cuma yang ana harapkan jangan pernah bencikan ana. ana akui , sahabat2 ana sendiri hairan mengapa ana boleh melayan chat seorang muslimin yang x da ikatan dgn ana. setelah setahun lebih berhijrah dari berbicara dgn muslimin dan kali ini ana tersungkur lagi.tersungkur kali ini melibatkan perasaan yang tidak ada kepastiannya. ana malu sangat bila ingat balik. nak jak padam , tapi hal tu takkan bisa. sebab ianya tetap tgal kenangan.
 enta ,  ana dah tak mampu nak cakap apa lagi..ana rasa bersalah yang teramat. maafkan ana. doakan ana agar Allah thabatkan ana atas jalan ini lagi. dan akhir sekali , maafkan ana sebab jadi fitnah buat hati enta. maafkan ana sangat2..insyaAllah , enta jgn risau ana akan cuba  pergi dari hati enta...dan ana serahkan segalanya pada Allah Taala. 
" Maafkan ana enta.semoga Allah kuatkan hati enta."
Assalamua'laikum Warahmatullah...

Azmalina
  
  

Saturday, 27 October 2012





Aku sukakan angin,
Saat angin datang menghembus kencang,
Maka aku akan berhenti berjalan,
Membiarkan badan membatu senyap,
Memberikan kulit dan liang roma merasai akan hembusan yang datang dari Tuhan,


Pejam mata,
Kepala di dongak,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara denganmu,

Senyum,
Senyum, senyumlah,
Tuhan sedang memeluk dan menyelesakan diri dan hatimu
Sungguh, aku terasa sedang di peluk!
Sayup-sayup ada suara,
Usah gusar, kau tidak sendiri, AKU sentiasa di sisi,

Senyum semakin lebar!

Aku juga sukakan hujan,
Saat hujan berlumba turun ke bumi,
Maka aku akan berjalan riang,
Membiarkan telapak tangan terbuka,
Turun naik tiap jemari menghayati tiap rentak hujan yang mendarat di telapak,
Aku akan terus berjalan bersama wajah kekasih yang rindu,

Buka tangan,
Rasa, rasailah,
Tuhan sedang berbicara dengan melodiNYA yang tersendiri

lalalalala~!

Ketawa kecil,
Ketawa, ketawalah,
Tuhan sedang memujukmu dengan kesegaran dan kesejukan hujan,
Seolah-olah menukil pesan kepadaku,

" Dunia memang 'panas' sayang,
Salah langkah,
kamu akan 'panas' di sini dan juga di sana,
Hujan sejuk datang,
membawa perkhabaran,
bahawa Aku dengan penuh kasih dan cinta,
masih setia menunggu manusia lupa diri yang ingin kembali,
Aku menunggu bersama kesegaran air sungai di jannah,
dan, peluang itu masih ada untuk kamu,
ayuh! "

Rintik hujan, hembus angin, bukan sekadar satu metafora alam,
Keindahannya harus di nikmati dengan hati yang celik,
Kehalusannya harus di nilai dengan jiwa seorang hamba,
Kerna,
Bagiku, rintik hujan, hembus angin,
benar-benar datang terus dari Illahi..
datang terus.

Saturday, 13 October 2012

aku mencintai keluargaku. sungguh aku bahagia dikurniakan keluarga yang cukup memahami diriku. tak kira senang mahupun susah. tapi paling bersyukur dikala aku sedih..kala itu aku didakap bagaikan anak kecil. tangisan dikesatkan.
  aku tidak mengharapkan kesempurnaan walaupun hakikat itulah yang diinginkan. buat usrahku..insyaAllah anak muda yang dilahirkan ini sesungguhnya tak ingin menjadi jiwa remaja. tapi anakmu ini ingin menjadi jiwa Saidina Ali Bin Abi Talib , jiwa Ja'far Bin Rawahah. pengorbanannya hingga hari ini mengesan di jiwa anakmu ini.
  Bondaku ,
  jika anakmu ini ditakdirkan memperjuangkan Agama. redhakanlah hajat anakmu ini mungkin dengannya anakmu ini bisa membantu kalian disyurganya kelak. insyaAllah. 
  Ayahanda dan Bonda ,
terima kasih kerana lahirkan anakmu ini dunia fana yang penuh nikmat belajar mengejar tarbiah cinta dariNya. anakmu ini mengerti , sangat sukar kalian melepaskan diriku sdgkan jika aku dibawa pergi oleh seseorg yg bnama suami jua kalian risau dan bimbangkan apatah lagi perjuangan dan pemergian yg bakal merobek seluruh jiwa dan tenagaku. pastinya hati kalian risau tak bertempat.
  Ayahanda & Bonda ,
jangan bersedih jika benar anakmu ini sememangnya tertulis untuk menjadi pejuangNya. anakmu ini tak pergi jauh kerana hati anakmu dan kalian telah termaktub dihati Ilahi Rabbi. anakmu tak berdaya melakukan apa-apa. sikit sekali pengorbananku buat kalian. tak terbalas dgn kesungguhan dan penat lelah kalian ayah bonda. 
  Telah ku fikirkan ayah n bonda , mungkin inilah jalan untukku membalas jasa dan budi kalian. izinkanlah anakmu ini pergi berjuang. demi keselamatan kita ayah dan bonda. izinkan anakmu ini mengesat kesedihan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yg sekian lamanya memperjuangkan Islam agar terbela.
Ayah dan bonda ,
  izinkanlah anakmu ini sebaris dengan pejuang yang lain.semoga kita tergolong dalam golongan yg sering ingat padaNya. izinkan anakmu ini berjuang untuk membantu kalian ayah dan bonda.
Sungguh!!ayah dan bonda. 
  anakmu ini jua takut. tapi bila melihatkan wajah kalian , ketakutan itu lenyap kerana memikirkan tanggungjawabku pada agama dan utama anakmu ingin membantu kalian ayah bonda. ingin anakmu ini buktikan pada Rabbi kelak inilah hasil acuan dan didikan dari ayah dan bonda yang merawatku selama ini.
jangan risau ayah dan ibu..
 Dengan kerelaan dan keikhlasan hati ayah dan ibu membenarkan anakmu ini pergi , pastinya anakmu ini akan terus menjulang Agama insyaAllah. kerana kepergianku berjuang kerana ingin melihat kalian seperti Al Khansa melepaskan semua anaknya pergi bjuang.
sememangnya Al Khansa bersedih ayah dan ibu , tapi ketahuilah kesedihan itu pasti dibayar Allah dgn nikmatnya di Syurga kelak.
La tahzan Abi Wa ummi.
salam sayang dari anakmu ;
Azmalina bintu kamarul jamal.