Powered By Blogger

Friday, 7 December 2012


  Siapalah aku untuk mengharapkan permata padahal aku ini hanyalah pasir. Terima kasih wahai Tuhanku kerana hadiah dan titipkan perasaan fitrah ini dalam diriku. Terima kasih juga atas ketenangan ini.
  Tidak ku harap pada kesempurnaan mahupun kekacakannya atau seumpamanya. Cukup bagiku agamanya. Mana mungkin aku akan sia-siakan nikmat perasaan yang kau berikan ini ya Allah.. Akan ku tunggu dan nantikan Adam yang kau titipkan  itu wahai Rabb berbekalkan doa dan solat.Aku akan cuba untuk memperbaiki sahsiah dan kepimpinanku agar kesolehan itu kelak menyenangkan hatinya.
  Adam itulah yang membuatku tersedar. Dan Adam itulah yang telah menjawab persoalan dan Kau titipkan dia menjadi perintis pada jawapan alam. Aku hargai nikmat dan Adam yang Kau titipkan itu.
  Aku akan cuba Ya Allah membimbing diriku dengan akhlak kekasihMu Rasullah. Tapi , andai suratannya bukan dia untukku taati kelak , pujuk dan rawatlah hatiku kembali untuk menerima hakikat.
  Akan ku simpan dan digunapakai nasihatnya untuk tidak berharap dengan siapa2 kerana hatiku tetap milik pencipta iaitu Engkau Yang Maha Agung. Aku akan pegang kata-katanya Ya Allah! Kini, aku akan cuba bangkit kembali menjadi muslimah dahulu agar kehadiranku kelak seandainya ada tidak menyusahkan dia.        
   Permudakanlah urusanku ya Allah untuk kembali mengembara memungut ilmu walau di tepi jalan. Aku rindu menjadi pengemis di jalanan ilmu , di jalanan dakwah , dijalanan kembara solehah , dijalanan terbitan kasih sebuah ukhwah.
  " Maafkan aku Adam kerana tidak menjawab persoalan. Aku tidak berani menyusahkan dikau wahai Adam dengan mehnah dan ujian yang ku hadapi.Ujian itu titipNya buatku , biarlah aku  sendiri cuba meredahnya dengan semangat. Terima kasih kerana sudi mendoakan agar diriku peroleh seseorang yang lebih baik. In Shaa Allah , telah ku temui dan aku yakin pada janjiNya. Aku harap Allah mengizinkan agar hati ini kan terus setia dalam doa. In Shaa Allah. Aku akan usaha agar tidak mudah jatuh dengan nama  cintanya lelaki. Doakan aku biar tidak secara lisan dan bicara , cukuplah keikhlasan dalam doamu agar Adam lain jauh dan tidak berani mendekatiku. Doakan agar fitnah dari Adam lain pergi dan berlalu bak pasir yang ditiup. "

  Terima kasih ya Allah kerana aku yakin andai dialah ketenanganku , maka dialah yang tebaik yang pernah kau titipkan. 

 Mujahadah! doakan hatiku kuat.. :)

 


  Assalamua'laikum mujahadah cintaku?? ^^ malam ni diriku ingin mencoret lagi diruangan comelmu. Berapa lama air mata itu ku cuba tahan dalam empangan di beduk mata ,kini mengalir lagi. Tahukah dikau wahai mujahadah , apa yang ku fikirkan dan apa yang ku rasakan??
  Ya! Pastinya kau tidak mengetahui kerana tika ini hanya aku dan Rabb yang tahu. Tapi aku berkongsi juga dengan dirimu kerana dikau sebahagian komponen mahupun enjin dalam diriku. Penulisan dan dakwah itu matlamatku. Islam itu seiring denganku.
  Aku yakin inilah sebaik-baik keputusan. Bukan mudah bagiku melakukan usaha ini , jiwaku terhimpit mujahadah. Hanya Allah yang tahu betapa aku dalam ketakutan berdepan dengan mata-mata Adam yang sering mendesak dan memaksa. Hatiku bayu wahai mujahadah. Bukanlah ketegasanku seperti pahlawan mukminin Saidina Umar. Bukan! Aku bukan sepertinya. Aku bukan Saidina Abu Bakar, bukan jua Saidina Uthman dan Remaja terunggul Saidina Ali. FB? Aku terpaksa membiarkan ia andai dengan cara itu bisa mengurangkan.
  Mujahadahku,
 Tahukah dikau , melalui FB juga ukhwah aku dan sahabat cintaku renggang hanya kerana lamaran dari sahabatnya yang ku tolak. Erm , aku cuba meraih kemaafannya sebaik mungkin. Namun jika kemaafan itu harus ditukar ganti dengan lamaran , aku tidak bisa melakukannya mujahadah. Jujur, aku amat menyayangi ukhwah namun bukan itu caranya. Ukhwah bukanlah boleh dibeli kerana harganya tidak ternilai kerana datangnya dari lubuk hati yang dalam.
 Setelah ku fikirkan mujahadah , hati ini terasa sakit dan tersiat-siat. Tiap hari aku melihat Fb sahabatku sambil mataku kian membengkak. Aku rindukannya dan teringat janjinya. Apalah dayaku untuk membolakkan hatinya padaku. Untuk memuaskan hatiku sendiri , aku tidak berani membuangnya sebagai rakan FB ku. Aku terlalu takut wahai mujahadah. Hati ini pula yang kian lara menanggung derita melihat sindiran dan kata-kata yang buatku give up. Tidak sanggup mata ini melihat tiap bicaranya yang kadangkala aku rasa hipokrit. Astaghfirullah! hati manusia.Tidak!  Bukan hati , tapi nafsuku punya bicara. Pergilah dikau wahai nafsu! Ya Allah!
  Mujahadah , jika dengan ini caranya untuk memuaskan hatinya..aku redha jika aku harus terpinggir. Aku redha jika hati ini harus ku cagarkan demi sebuah ukhwah. Aku akan cuba sebaik mungkin. Jika dia selesa dengan membuangku , maka aku yakin di mahsyar kelak akulah yang pimpin dan genggam tangannya dahulu kerana rinduku padanya. " Ana rindu enti! Ana rindu ukhwah kita! Ana rindu mahabbah kita.!Enti janji takkan biarkan ana seorang melawan arus.!"
Huh! Mengeluh lagi.
  Janganlah mengeluh wahai diri. Kesat air matamu. kesakitan cintamu pada ukhwah tidak sia-sia.
Iya! Aku tahu mujahadah. sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku akan cuba menerima hakikat biar perit kerana aku tahu ada manis di penghujung.
 doakan ana mujahadah moga hati ini thabat dan tidak ada yang terluka dengan keputusan yang ana ambil ini. amin!

  

Tuesday, 4 December 2012

Assalamua'laikum Mujahadah! Apa khabar dirimu? apa khabar hari-harimu? semoga sentiasa dirahmati oleh Tuhan sekelian alam iaitu Allah SWT. Hari ini diriku ingin mencoretkan sesuatu diruangan dirimu. kau harap ia mampu mengurangkan sedikit beban di hati. in shaa Allah!
  Aku seorang manusia. Penuh dengan khilaf yang tidak terhitung banyaknya. Terkadang aku bisa tersedar dengan apa pun tarbiah Allah yang mengetuk hati. Dahulu aku pernah terfikir akan Facebook. Pernah terdetik di mindaku. terlalu banyak yang ku postkan.kata-kata nasihat dan sebagainya. Aku pernah terfikir untuk deactivatekan FB tersebut. mengenangkan tugasku bahagian multimedia , dan usrah online serta hari ini maklumat-maklumat semua diperoleh melalui FB. Niatku terbantut untuk melakukan hal tersebut. aku bukanlah segagah mana. Gagahku bukanlah seperti pahlawan badang yang sering digembar-gemburkan dalam cerita dongeng.
  Aku juga sedar ,  setiap apa yang terlintas di mindaku pasti akan ada orang yang akan menyampaikan hal tersebut itu kembali. sebagai contoh berkaitan post2 di FB , update status. Aku pernah terdetik akan statusku selama ini , kata-kata nasihat. Adakah aku mengambil semua nasihat tersebut dalam diriku atau mencurah air ke daun keladi sahaja. Jika ku hitung semua postku ,  aku menjadi malu pada keteranganku sendiri. menjadi malu pada tanganku sendiri. Menjadi malu pada bicaraku sendiri. Pokoknya semua aku menjadi malu.
  Inilah status dari seorang hamba Allah yang sempat ku copykan..status yang membuatku malu dan sedar.


Hampir empat bulan saya menahan diri dari mencoret sesuatu di 'dinding' sendiri.

Kadang-kadang ia sangat menenangkan, kadang-kadang juga membuatkan saya rasa keseorangan.

Menjauhkan diri dari laman sosial bermakna sedang meletakkan diri bersedia berhadapan persepsi manusia iaitu tidak sensitif isu ummat atau tidak ingat kawan.

Perhentian empat bulan itu, saya cuba maknainya dengan beberapa kali saya baca kembali dan renung segala apa yang telah saya tulis dan kongsikan sebelum ini.

Begitulah saya diajar, untuk menulis segala apa yang kita fikir, yang kita lontarkan dan yang kita kritikkan. Supaya suatu hari, kita belajar untuk sedar di mana sebenarnya kita berada.

Begitulah juga sebuah perjalanan, kadang-kadang perlu kita berhenti seketika. Kenalpasti takut-takut kenderaan yang kita pandu itu, ada yang perlu dibaikpulih.

Kalau yang perlu dibaikinya biasa-biasa, maka hentinya hanya sebentar. Tapi jika besar problem-nya, maka hentinya mungkin memakan masa.

Teruskanlah perjalanan sesudah ianya dibaiki. Terpulang laluan mana yang ingin kita lalui. Samada laluan yang berbeza atau kekal seperti asalnya.

Road maps nya telah Dia sediakan dalam Kitab-Nya yang pasti lengkap dan tidak menyesatkan.

Berjalanlah dan tebarkanlah kebaikan itu. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan (وإذا مسه الخير منوعا).
 

  Roda dunia!! segan aku pada kata-kata ini. Mujahadah Cinta. Doakan ana semoga ana dapat lawan semua ni. Doakan agar hati ini tetap thabat atas jalannya.