Powered By Blogger

Friday, 7 December 2012


  Siapalah aku untuk mengharapkan permata padahal aku ini hanyalah pasir. Terima kasih wahai Tuhanku kerana hadiah dan titipkan perasaan fitrah ini dalam diriku. Terima kasih juga atas ketenangan ini.
  Tidak ku harap pada kesempurnaan mahupun kekacakannya atau seumpamanya. Cukup bagiku agamanya. Mana mungkin aku akan sia-siakan nikmat perasaan yang kau berikan ini ya Allah.. Akan ku tunggu dan nantikan Adam yang kau titipkan  itu wahai Rabb berbekalkan doa dan solat.Aku akan cuba untuk memperbaiki sahsiah dan kepimpinanku agar kesolehan itu kelak menyenangkan hatinya.
  Adam itulah yang membuatku tersedar. Dan Adam itulah yang telah menjawab persoalan dan Kau titipkan dia menjadi perintis pada jawapan alam. Aku hargai nikmat dan Adam yang Kau titipkan itu.
  Aku akan cuba Ya Allah membimbing diriku dengan akhlak kekasihMu Rasullah. Tapi , andai suratannya bukan dia untukku taati kelak , pujuk dan rawatlah hatiku kembali untuk menerima hakikat.
  Akan ku simpan dan digunapakai nasihatnya untuk tidak berharap dengan siapa2 kerana hatiku tetap milik pencipta iaitu Engkau Yang Maha Agung. Aku akan pegang kata-katanya Ya Allah! Kini, aku akan cuba bangkit kembali menjadi muslimah dahulu agar kehadiranku kelak seandainya ada tidak menyusahkan dia.        
   Permudakanlah urusanku ya Allah untuk kembali mengembara memungut ilmu walau di tepi jalan. Aku rindu menjadi pengemis di jalanan ilmu , di jalanan dakwah , dijalanan kembara solehah , dijalanan terbitan kasih sebuah ukhwah.
  " Maafkan aku Adam kerana tidak menjawab persoalan. Aku tidak berani menyusahkan dikau wahai Adam dengan mehnah dan ujian yang ku hadapi.Ujian itu titipNya buatku , biarlah aku  sendiri cuba meredahnya dengan semangat. Terima kasih kerana sudi mendoakan agar diriku peroleh seseorang yang lebih baik. In Shaa Allah , telah ku temui dan aku yakin pada janjiNya. Aku harap Allah mengizinkan agar hati ini kan terus setia dalam doa. In Shaa Allah. Aku akan usaha agar tidak mudah jatuh dengan nama  cintanya lelaki. Doakan aku biar tidak secara lisan dan bicara , cukuplah keikhlasan dalam doamu agar Adam lain jauh dan tidak berani mendekatiku. Doakan agar fitnah dari Adam lain pergi dan berlalu bak pasir yang ditiup. "

  Terima kasih ya Allah kerana aku yakin andai dialah ketenanganku , maka dialah yang tebaik yang pernah kau titipkan. 

 Mujahadah! doakan hatiku kuat.. :)

No comments:

Post a Comment