Powered By Blogger

Friday, 22 February 2013

Travelog Tangisan

Assalamua'laikum sayangku mujahadah...izinkanlah diriku mencoret sekali lagi di ruangan comelmu..Membiarkan jemari kecilku menari-nari sendiri di layang warkahmu..

  Sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah itu jugalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui dimana kelemahan mahupun  kekuatan kita. Hidup didunia hanyalah sementara Kerja kita sebagai hamba hanyalah mengembara mengutip tiap cebisan didikan yanig diberi. Ana teringat nasihat Pensyarah Bahasa Arab ana , Ustazah Hafizah. Ustazah mengajar bahasa arab , dalam masa yang sama diselitkan dengan pengisian hati. Sangat-sangat terkesan di hati pabila ustazah menyebut akan lakonan.
   Kita menetap di bumi Allah ini hanyalah sebagai seorang pelakon. Pelbagai watak yang kita bawa sepanjang kehidupan kita. Jika kita kasar , begitulah ciri-ciri watak yang ditetapkannya. Ada orang yang jujur dan amanah tapi jatuh kemudian bangkit , itulah watak yang diberikan Dia juga. Prop semua telah Allah sediakan, mind map juga telah Allah sediakan..skrip juga telah Allah sediakan , tinggal kita sahaja yang berfikir. Nak ambil atau tidak panduan skrip melalui Al-Quran mahupun Sunnah Nabi.
    Mati kita juga telah Allah tetapkan. Tak kira muda mahupun tua. Tak kira sihat mahupun sakit. Tak kira kaya mahupun miskin. Tak kira masa lapang ataupun sempit. Tapi , kita jarang benar mengingati seperti apa kejadian nasib kita. Sering merasakan hidup sentiasa senang. Sentiasa lupa untuk bersyukur bila Allah menguji dengan nikmat kesusahan. Apa yang keluar dari mulut kita adalah prasangka buruk, maki hamun , cercaan , nista, dusta dan sebagainya. Mengapa ?? Sebab kita fikir dan sentiasa rasa hidup kita panjang , dan hidup untuk mencari harta dunia. Takut meninggalkan dunia sedangkan kematian itu semakin mengejar. Mati tak pandang kita sedia ke atau tidak. Mengambil secara mengejut.
   Sebab ustazah kata kat kami semasa sesi kuliah ,
     " Semua yang berlaku telah Allah tetapkan.. Tugas kita berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba. Kena redha dan akur untuk menerima kehendak Allah. Tawakal yang tinggi pada Dia selayaknya. "
   Terdiam dan mengalir air mata muslimat bakal pendidik negara ,pendidik anak bangsa,pendidik jiwa2 yang kontang. Tiadalah daya yang tertahan mengenangkan kehidupan. Aku sedar , aku banyak lupa ,banyak tersasar. Namun , Allah sering memantau akan diriku. Tidak dibiarkan aku sentiasa diulit gembira, kerana Dia  tahu , aku akan tersasar darinya walau sedikit, lantaran itu aku sedar mengapa banyaknya ujian yang menagih air mataku.
  Mujahadahku ,
Sebut tentang orang istimewa , atau lebih dikenali sebagai orang kurang upaya iaitu , cacat dari segi pendengaran , penglihatan , percakapan. Pekak , buta , bisu dan tuli. Menjadikan aku kaku dengan sendirinya. kelu tanpa bicara..Setelah diusulkan padaku bahawasanya aku diminta untuk menjadi fasi buat adik2 yang kurang upaya ini , membuatkan hatiku sebak. Aku ingin melihat sendiri bagaimana pasrahnya mereka menerima ketentuan yang Allah beri. Aku ingin mendengar sendiri dari bibir mereka akan bicara benar dan suci dari lidah mereka sendiri. Biar telah dimaklumkan awal padaku ,kemungkinan bisu , pekak dan tuli itulah yang akan ku bawa. Menggunakan komunikasi hanya bersandarkan tulisan semata-mata.

  Malam itu sebelum aku bertolak untuk pergi ke St. Peter Majunting yang mana sekolah itu dimonopoli oleh orang Kristian. Dalamnya terdapat mutiara pejuang yang akan kami corak sedikit demi sedikit dengan fikrah Islam secara perlahan-lahan. Dengan usaha yang ada , aku menggunakan sepenuh kaedah yang aku pelajari sepanjang training sebagai bakal guru. Menerangkan kepada adik-adik ini dengan menggunakan peta minda yang dicorakkan dengan keindahan kartun muslim , mempersiapkan video-video tentang sejarah Nabi Muhammad, menggunakan slide kartun Islam bagi menerangkan pada mereka Siapa Tuhan kita? Apa itu Islam? Bagaimana cara bersolat dan sebagainya. Malam itu , segala-galanya menuntut pada kekuatan hati.Bersungguh - sungguh menyiapkan bahan bantu mengajar buat adik-adik ini.
   Apa yang menjadi kekuatanku hanyalah mengenangkan nasihat kakak yang mengamanahkan kepadaku sebagai ketua fasilitator melibatkan gabungan IPG KENT dan UNITAR. aku sedar tika itu kakak itu cuba menguji sejauh mana pendirianku , sejauh mana niat dan azamku.
   " Dik , jadilah ketua fasi , jangan risau elaun akan diberikan. Makanan semua ditanggung , tempat penginapan juga sangat ok. "

Aku senyum sahaja memandang akak tersebut. Aku genggam tangannya sambil menyalami.
  " Kak , bagilah saya banyak mana duit pun , tempat hotel sekalipun..saya dan Faezah takkan ambik semua itu. Paksa lah kami untuk terima semua itu , kami takkan ambil kak. Hati kami dah nekad untuk pergi ke sana menjalankan tanggungjawab tu. Apa yang kami harapkan , melihat adik-adik itu terbang bersama Islam dan aqidah yang kita pegang."
Mujahadahku,
    Saat tu , aku  meletakkan kepalaku ke bahu kak tu. Ketakutan dan kekalutan itu kulepaskan semuanya di bahu akak tersebut. Mengharapkan sinar kekuatan buat diri. Ramai mengatakan dnegan mengunjungi Baitullah hati juga akan tenang. Tapi , entah mengapa hatiku cukup tenang untuk pergi ke sekolah Kristian tersebut biarpun yang akan ku bawa dan seru adalah orang-orang yang kurang upaya. Certai orang mengatakan tidak sanggup memikul kerja tersebut. Sebab apa? Sebab menyusahkan mereka mendidik.
   Semuanya telah aku persiapkan.. tinggal menanti hari pergi. Namun , perancangan Allah tidak dijangka. Pada esok sabtunya , Unit bahasa arab akan mengikuti kursus bahasa arab di Kundasang Ranau. atiku berbelah bahagi , antara pergi atau tidak. Hatiku benar-benar terikat dengan St. Peter Majunting. Hari ini ,aku benar-benar terdesak untuk membuat pilihan. Teruji dengan pekerjaan dan tanggungjwab yang datang secara tiba-tiba. Semuanya menuntut kewajipan aku , Faezah dan Amal untuk berada dalam kancah perjuangan itu. Tugasku Sebagai JPP biro perhubungan , melaksanakan tugas pada hari itu dengan menghubungi pihak terlibat serta berurusan dengan pihak HEP , dalam masa yang sama diminta untuk mencari Faci bagi menggantikan tempat kami , membantu mempersiapkan pelaksanaan program Qiamullail Kampus, Malamnya menyediakan hati dan minda untuk menjalankan satu sesi usrah bagi kumpulan Nisa'. 
   Saat itu , hatiku terdiam. Aku cuba mencari ketenangan disebalik semua ini. pekerjaan itu memerlukan pengurusan yang cepat dan segera menjadikan aku kelu. Tanpa ku sedar , aku mencari satu tempat untuk bersendiri bagi menenagkan diriku. Mataku terpandangkan buku hijau milikku. Itulah buku yang akan ku bawa dimana sahaja aku pergi. Terpandangkan kata-kata inimembuatkan aku sedar..
   " Tika wajahmu penat memikirkan dunia dan ummah , berwuduklah. Tika tanganmu letih menggapai cita-cita , berdoalah kepada Allah. Tika bahumu tiada daya dan kuasa memikul amanah yang diberikan , BERSUJUDLAH pada Allah."
Tanpa ku sedar, sahabatku mendekati diriku.


   " Jom..Kita bersujud denganNya. Dia nak jumpa kita sekarang. Allah nak suruh kita dekat dengan Dia , sebab tu Allah beri kita banyak kekeliruan supaya kita pergi minta jawapan denganNya. Ana faham , enti rasa terbeban sekarang. Tengok enti yang bersendiri ,lebih-lebih lagi mata enti merah sangat. Sekarang ni , kita sujud pada Dia dulu. Hapuskan dulu beban kita ni.."
Aku hanya tersenyum dengan nasihatnya. Aku sedar aku telah lupa satu perkara iaitu BERSUJUD. Dengan bersujud pasti menenangkan..pasti berhikmah. mungkin belum tiba masanya untuk kami bersama adik2 istimewa itu. Tapi , hatiku yakin. satu hari nanti kami pasti menjejakkan kai di sekolah itu. Bermula travelog kami sebagai bakal pendidik..


Thursday, 21 February 2013

Benarkah Aku Sarang Mujahidah???


Assalamua'laikum warahmatullah.. Apa khabar dirimu hari ini sang cinta dan rindu wasilah Tuhanku , Allah Rabbul Izzah?? Nur Harap mujahidah ana ini baik-baik sahaja..Dengan umur yang masih bersisa, ana harap sang cinta ana sudi bersama mendepani dunia yang penuh dengan cabaran ,bersama ana melestarikan dunia perjuangan yang kadangkala kesakitannya tidak terduga. Walau seribu rintangan yang menghadang dalam diri , ana akan cuba untuk teguhkan hati ini hanya buat Tuhan Kita Allah Taala.
  Mujahadahku ,
Hari ini bertarikh 21/02/2013 tepat jam 6.30 am , tarikh bersejarah buat diriku dan sahabat satu jabatan.. Merai dan menyambut sambutan Maulidur Rasul biarpun Rasullah telah meninggalkan jauh berabad lamanya. Tapi Roh perjuangannya tidak pernah pergi , kerana risalah perjuangan utusan Mulia sentiasa diteruskan oleh pejuang-pejuang Islam hari ini. Semoga hamba tergolong dalam kelompok pejuang itu. Ana sedar akan makna suatu hakikat , ana bukanlah siapa-siapa jika ingin dibandingkan perjuangan dengan pejuang tegar yang lain. Ana masih lagi bertatih atas jalan ini , kadangkala tersungkur , kadangkala tegar ,kadangkala  mara kadangkala rebah dan sebagainya.
Mujahadah ,
Apa yang ana nak cerita dan kongsi disini adalah pengalaman yang ana lihat , dengar , hidu dan sebagainya. ^_^ hehehe..
  Kadang ana rasa lucu juga pabila sahabat-sahabat ana menggelar ana Zinnirah. Sebabnya ana tak tahu mengapa. namun itulah gelaran yang ana perolehi dari sahabat2 ana. harapan moga gelaran yang diberikan meresap dalam jiwa ana.

  Ana masih teringat , tetap segar dan membekas dalam kotak memori. Saat hari pertama ana menjejakkan di sekolah biasa , hari itu jika ana masih stay di sekolah agama , pasti ana akan turun sekaki meraikan maulud Nabi. Ana ingatkan sekolah biasa juga meraikan. Mungkin ada certain sekolah lain , tapi kat sekolah baru ana ni , memang tak disambut langsung maulud Nabi. Ana rasa sangat sebak lebih-lebih lagi pabila melihatkan keadaan sekolah dengan keletah pelajarnya. Ana rasa sangat down , dan kekuatan ana saat itu hanyalah amalan sunat..Tapi semua itu diuji Allah lagi , bila ana dituduh mencuri dan tidak dibenarkan untuk menunaikan solat dhuha lagi. Semua itu berlaku saat hari maulud Nabi.Allahu Allah.. :(
  Mujahadah ,
Biarpun saat itu ana rasa sangat lemah, ana rasa sangat bersyukur dengan kenikmatan yang Allah beri. mesti mujahadah nak tahu apa dia kenikmatan yang ana maksudkan. kenikmatan itu adalah pabila Allah datangkan kepada ana , seorang pelajar kristian dari kelas ana. bicaranya yang kasar dan menjengkelkan itu membuatkan ana kuat dan berazam untuk mengubah secara perlahan-lahan. Dia cakap kat ana waktu kat kelas ana ,
   " Eleh!! kamu ni sekejap jak pakai tudung labuh , nanti lepas sebulan hilanglah tudung. Tidak pun tukar fashion macam yang lain. lagi teruk dari kami. "
kalau kita fikir dari sudut luaran , kita akan rasa down dan melemahkan semangat diri. Tapi , Allah kuatkan hati ana. Ana cakap kat member tu ,
  " Tidak semua pelajar sekolah agama macam tu. Kami dididik secara baik. Terpulang pada penerimaan individu nak ambik atau tidak.
Mujahadah ,
Waktu tu , apa yang terlintas difikiran ana , ana akan cuba sedaya upaya ana untuk mengubah persepsi mereka dengan pelajar sekolah agama dan sekolah itu sendiri. Ana sedar semua itu memakan masa , bukan dalam masa yang singkat. Memerlukan pengorbanan yang tetap. Itulah yang ana alami , mengubah prasangka seorang pakcik yang mengatakan ana seorang pencuri disurau hanya kerana ana solat dhuha hingga tidak dibenarkan ana untuk datang ke surau itu lagi. Seorang pendiam menjadi orang yang banyak bercakap dan paling penting adalah kuasai guru dan ilmu..Semuanya Allah permudahkan bila kita membantu agama Allah.Syaratnya kena ikhlas dan tawakal sepenuhnya pada Allah. Buktinya , ana masih ingat waktu exam sem 1 tingkatan 5 subjek sejarah. Dalam masa yang sama , ana sibuk buat kertas kerja , turun naik jumpa pengetua dan penolong kanan , berhubung dengan peserta tiap sekolah.  Terasa sangat letih waktu tu.esok subjek sejarah , before subuh bangun menelaah buku. bertemankan air mata takut tak dapat nak survive. Takut membawa fitnah pada Islam , pada Dakwah yang dibawa. 20 minit sebelum subuh , ana call sahabat ana , share msalah kat dia. n sahabat ana kata , " Ana yakin Nur boleh score yang terbaik exam ni..syaratnya Nur kena yakin dengan Janji Allah. Ada masa lagi Nur nak solat taubat. bertaubatlah atas segala prasangka Nur akan janjiNya Allah. baca baik-baik surah Muhammad ayat 7. "
  Keesokannya , ana pergi sekolah. kat tangan waktu hanya nota sejarah seklai imbas. lucu juga tem tu , asal nak baca , mesti ada jak halangan.^^..hehe..n yang paling power bila ana kena panggil oleh cikgu azrul atas keja ana tuk dimaklumkan pada pengetua.Kertas sejarah 1 masanya hanya 1 jam n ana lambat masuk 15 minit. semua orang dah mula. Takut , tapi berserah saja kat Allah. member kat kelas semua cakap , yang ana x kan dpt nak survive. Ana tahu semua tu ujian dari Allah tuk kuatkan hati ana untuk survive dan membuktikan pada mereka. Ana kuatkan hati buka paper, n recall balik apa yang ana baca.Apa yang ana dapat rasa saat itu adalah ketenangan semasa menjawab. bila diumumkan result sem , ana sendiri macam tak percaya dengan result tu. Terutamanya dengan subjek sej kertas 1, kebaikannya memberikan 39/40 . Saat tu , sahabat ana kol , terharu juga dengan kata-katanya.
  " Alhamdulilah ya Zinnirah , berkat keikhlasan Nur datang ke sekolah biasa yang menuntut kecekalan , menguji kesabaran , merasai pahitnya berjuang. Akur menerima apa yang ditetapkan Allah. Banyakkan bersyukur sebab Allah letakkan Nur kat situ. Sekarang ni tugas Nur, tugas survive tuk SPM. Bawa Islam atas wasilah ilmu. saya tahu Zinnirah pasti boleh. kejayaan kamu ya zinnirah disitu."
Ya , berkat Maulud Nabi. Kelahiran seorang Nabi junjungan mulia. berkat sejarah perjuangan Nabi membawa Islam. Nak kata kita hidup seorang , tak logik sebab kat daearah Kb ni masih ada lagi yang berjuang membawa Islam , kita masih boleh berjemaah dengan mereka untuk menegakkan Islam. Tapi , Nabi seorang-seorang membawa Islam. begitu juga dengan Nabi terdahulu , seorang membawa Islam , membawa kebenaran.

  Semua nostalgia itu menjadikan aku berfikir sendiri. hari ni, kami berarak menyambut kelahiran Nabi. Aku terfikir , kita berarak bukan sebarang berarak , kita berarak ada tujuan.Penat dan letih ada tujuan. Semuanya bermotif. Kata kak Ros denganku dahulu , " Ambillah ilmu walau di tepi jalan".
  Sedih melihatkan sekeliling, termasuk diriku sendiri. hanya mampu memandang dan melihat. berarak sekadar memenuhi syarat perarakan. Yang paling mengharukan bila ada dalam kalangan sahabat yang kata , " sepanduk kitalah yang paling kecik."
   Pada mulanya aku mengiayakan , setelah itu bila seorang lagi kata , diorang pakai baju cantik n sebagainya. Sahabat ana pandang ana , ana kata dalam nada bergurau ," ehhe , tak palah sepanduk kecil yang penting kita buat dengan ikhlas. Orang berarak sekarang sebab nak menang pertandingan. Orang buat sepanduk besar hari ini , sebab nak tengok sepanduk mana paling lawa. Biarlah kita tak dipandang , yang penting , kita tak cari kalah menang dalam perarakan ni."
  Sahabat ana menambah ;
  " perarakan ni kita nak cari ibrah ,nak ingat rentetan perjuangan mereka. zaman dahulu mereka berarakan dengan panas yang mencengkam , hari ini kita berarak , matahari tak garang sangat. Dulu mereka berarak , manada baju cantik , pakai apa yang ada saja. Dahulu orang berarak , selawatnya gah sampai orang bukan Islam gentar , hari ni , kita selawat , orang bukan Islam pandang sambil tertawa-tawa."
  Aku terdiam , memang benar katanya. AllahuRabbi..Sangat-sangat malu. Sampai sahaja di dewan , majlis pun bermula. Aku dan sahabat lain slain berpandangan sesama sendiri. Ikutkan hati , ingin sahaja kami keluar dari dewan tu. Bukan ibrah yang diperolehi , hiburan pula yang kami dapat. melihatkan keadaan sekeliling , nak lari pun ada. Tak sanggup nak tunggu lama. Seolah-olah join konsert. ^^

  Kat palestin berjuang mempertahankan aurat, kat sini perempuan dijadikan hiburan. menjadi tontonan dan siulan para kaum Adam. Aku adalah hawa. perasaan itu mencengkam dalam diriku. muslimah mualaf menjadi bahan santapan nasyid dan siulan didepan.aku terfikir , " mana kebertanggungjawaban pemimpin tika itu. berseronok sahajakah yang diinginkan.sekadar memenuhi tentatif. Tepat jam 11 lebih , kami tak mampu nak tahan lagi , lagi lama duduk , makin rasa bersalah. kami bergegas keluar dari dewan itu. sepanjang perjalanan kami terdiam. Tiada yang bersuara.
   Baiknya Allah Taala , saat kami menangisi lantaran tidak mampu berbuat apa-apa , Allah pujuk kami dengan mengirimkan jemputannya pada kami sebagai faci di sebuah sekolah yang ratanya muslim. Tapi tidak mengenali apa itu Islam. kami juga diberitahu terlebih dahulu , bahawa mereka ini kurang upaya. seorang akak awal-awal lagi berpesan padaku , bahawasanya kumpulanku kelak kemungkinan dalam kalangan pelajar bisu dan pekak.. Air mata yang keluar saat tu. terpempam aku mendengar..berbicara dengan mereka melalui tulisan. Allah..Maha besar atas segala kekuasaannya. kata akak tu kat ana ,

  " Nur ,prepare awal dari sudut mental , banyakkan doa moga diberikan kesabaran , banyakkan tajdid niat dan bertaubat. semoga sampai pada mereka. Adik-adik itulah titipan yang Allah kat kita. Diorang ni sangat istimewa dik. hati diorang masih bersih. kita lah yang mencorak hati mereka. Jangan ambil mudah hal ini ya dik..akak tahu , adik boleh berkomunikasi dengan adik-adik tu..gunakanlah pendekatan apa pun , tapi berilah kasih sayang adik pada mereka. pandanglah mereka dengan ikhlas."
  Syukran ya Allah , menjemputku ke sekolah itu. Doakan ana mujahadahku, in shaa Allah sabtu ini ana akan bertolak ke sekolah itu dengan beberapa orang shabat. Doakan agar semuanya dipermudhkan..:)

Wednesday, 6 February 2013

Multimedia Dunia


  Assalamua’laikum mujahadahku?? Apa khabar dirimu tika ini mujahadahku. Masihkah lagi bersinar indah dengan iman terpasak didada? Masihkah teguh disaat yang lain runtuh. Masihkah tegar disaat yang lain terlempar? Masihkah bersemayam tenang jasadmu dengan amanah yang kian bertimbun.? Redhalah Mujahadahku akan ketentuannya. Setiap yang berlaku adalah atas izinNya.
Mujahadahku ,
  Hampir beberapa minggu dikau tidak ku ziarahi. Ku lihat ia diliputi oleh senawang kemungkaran meminta untuk dibersihkan dengan vaccum keimanan atau lebih dikenali sebagai penyedut hampagas. Jangan bersedih duhai mujahadah. Kali ini Nur bersamamu agar tangisanmu ku kesat ia dengan jihad Ummah. In shaa Allah..
Mujahadah,
Memang benar , kehidupan ini terlalu banyak simboliknya hinggakan tidak mampu untuk kita tafsirkan dengan akal kita yang terhad serta tahap sebenar yang Allah letakkan. Hanya Dia yang Maha mengetahui akan rahsia kehidupan kita. Kebanyakan orang lebih menjurus menggunakan symbol kehidupan seperti roda. Bagiku , kehidupan kita jauh lebih hebat jika kita berfikir simbolik suatu keadaan dengan suatu yang sering digunakan. Malam ini ingin ku kongsikan apa yang terbuku di hatiku bahawasanya kehidupan ini seperti Multimedia Dunia.
   Terkadang kita berlakon dipentas layar dan akan ada yang mengambil video sebagai tontonan akan datang. Terkadang kita membuat poster agar mudah pihak publisiti memudahkan kerja sebagai pihak publisiti dan lain-lain. Kita tidak sedar semua yang berlaku dan apa sahaja yang kita lakukan atas muka bumi seolah-olah menyindir kita apakah benar kita sedar diri ataupun sebaliknya. Alangkah malunya kita kepada Allah jika dalam satu hari kehidupan kita tidak  diambil ibrah. Memang benar,kehidupan manusia selalunya rugi. Bukan kehidupan yang rugi , tapi sikap kita,ego kita yang tak bertempat itulah yang nadikan. Sungguh semuanya berlaku disaat diri ini terlibat dengan Program BIG iaitu Bina Insan Guru. Apabila kasih sayang Allah mendatangi , Dia tidak akan biar hambaNya hidup dalam ketidakpastian tanpa matlamat mahupun tujuan.
Mujahadahku,

  Aku masih teringat saat hari pertama BIG , pelbagai pesanan yang kami terima. Bersedia dari segi mental dan fizikal. Bersedia dari sudut keimanan yang tegar. Bersedia dari sudut perjuangan aurat. Semua itu menjadikan diri ini kelam buat sementara waktu. Menjadikan diri ini kesah. Pelbagai andaian menerjah di ruang kotak akalku. Namun itu bukanlah persoalan besar. Apa yang ingin diriku coretkan disini adalah pengalaman pada hari kedua bilamana kumpulan kami iaitu kumpulan A harus meredah aktiviti darat dengan berjalan sejauh 14 Km. sepanjang kami meredah jalanan tersebut , kami diuji dengan ketahanan mental bilamana kami diminta untuk melalui sawah padi yang berair. Dengan kesakitan kaki yang ku hadapi , ku kuatkan hati untuk melalui bendang tersebut. Entah, mengapa secara tiba-tiba kaki ini tersadung membuatkan kakiku tenggelam di dalam lumpur yang dalam. Melihatkan ahli kumpulan , dengan kekuatan berserta kesakitan ku kuatkan hati untuk keluar dari lumpur tersebut sambil mencari kasut yang termasuk. Rasa lucu juga kerana antara semua peserta BIG kumpulan A , akulah perasmi jatuh di bendang. Dengan baju yang berlumuran dengan lumpur , ku kuatkan hati untuk meredah aktiviti seterusnya. Takdir Allah , aku terjatuh lagi buat kali kedua. Namun kali ini aku sedikit sukar kerana kakiku tiba-tiba keras ( Crame ) , dengan kesejukan kaki yang termasuk di dalam lumpur membuatkan aku kaku mengharapkan bantuan sesiapa untuk keluar dari kepompong lumpur itu. Mujurlah ada seorang rakanku yang sudi menghulurkan tangannya untukku berpaut. Dengan senyumannya ku balas jua dengan senyuman. Berdoa juga aku dihati agar tanganku tidak berhulur dengan mana-mana muslimin biarpun tanganku telah siap kupakaikan dengan handcover.

  Pada mula aku jatuh , aku menjadi kurang bersemangat secara tidak langsung lantaran daya ketahananku yang tidak berapa mengizinkan. Berdoa juga aku dihati agar sakit dadaku tidak berulang lagi  sewaktu kembara darat. Pada saat aku jatuh kali kedua , aku hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan dengan panas terik yang memancar membuatkan aku terasa kepalaku semakin kuat denyutannya. Aku terasa ingin sahaja berhenti kembara disitu dan ingin pulang ke tapak perkhemahan.
  Kebaikan Allah Taala , diwasihlahkan padaku satu ilham. Saat itu, aku masih teringat , mata ini tertancap pada sawah padi yang ku lalui. Dengan lumpur yang dalam , dengan duri yang bertebaran di tanah , dengan panas terik yang asyik memancarkan sinarnya tanpa menghiraukan muda dan tua,tanpa menghiraukan sakit dan sihat, tanpa menghiraukan masa dan kudrat. Semua itu menjadikan aku sebak. Sungguh! Air mata ini mengalir dengan sendirinya.
  Terbayang di hatiku keteguhan hati seorang petani. Kehidupan mereka melalu semua ini dengan sifat sabar tanpa ada mengeluh walau sedikit demi mencari rezeki yang halal. Demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak mereka. Tidak kisah akan diri mereka yang terkorban. Terbayang di fikiranku , mana mungkin seorang ayah mahupun ibu ingin memberitahu kepada anak-anak kesusahan yang mereka lewati sewaktu di bendang. Apa yang mereka tahu, anak-anak mereka hidup bahagia. Berjaya dunia dan akhirat. Ku kesat air mataky dengan tangan yang sememangnya berlumpur. Saat itu , tiada apa lagi yang perlu ku kesali , aku lalui dan redah semua ujian yang diberikan biarpun mental dan fizikal rasa terseksa.

  Tarbiyah Allah tidak terhenti setakat itu , saat kami diminta untuk masuk ke hutan. Itulah saat yang paling mendebarkan. Kalimah istighfar dan doa serta bacaan khusus aku baca sepanjang masuk kedalam hutan. Sampai sahaja di hutan , aku melihat masih ada lagi rumah-rumah , ( boleh dikira sebagai dhaif ) , yang ada didalam hutan. Jauh dari Bandar. Jauh dari sekolah.jauh dari pekan. Sumber air juga amat sukar diperolehi. Lebih mudah bilamana ada hujan , air itulah yang ditadah untuk menampung keperluan seharian. Sungguh , tidak mampu aku untuk menahan semua itu. Aku lebih banyak membiarkan diriku terhisab dengan semua yang berlaku. Menghitung jemari melhat rumah-rumah yang dikelilingi hutan tanpa ada sumber elektrik yang benar. Malaysia kini hampir mencecah 58 tahun , tapi masih ada lagi nasib saudara kita yang terbengkalai. Secara automatic , aku teringat pesanan pensyarahku Ayahanda Tuan Hj Rozaimie. Katanya sewaktu sesi kuliah :
  “ Berapa ramai dalam kalangan kamu yang memikirkan masalah saudara , sahabat sekeliling kamu? Berapa ramai yang menghitung diri disaat yang lain sibuk dengan kesibukan dunia? Jangan jadi orang yang bongkak. Kita manusia ini terlalu hina. Fikirlah nasib saudara-saudara kita , kelak nanti ditanya Allah adakah dalam sehari kita memikirkan masalah ummah.”
 Melihatkan anak-anak yang melihat dan mengintip kami dari kejauhan membuatkan hatiku terpaut untuk melihat mereka dari kejauhan. Masih segar diingatanku bilamana kami berkemas ingin pulang menuju ke IPG , dari kejauhan anak-anak itu melambai-lambai sambil memanggil kami. Aku hanya mampu tersenyum. Ingin ku berikan makanan , namun tiada apa-apa bekalan yang ku bawa. Hati ini menjadi sayu kerana tidak mampu memberikan apa-apa. Baiknya Allah Taala mendengar rasa hatiku , bilamana ketua kumpulanku memberikan bekalan makanan kering yang dibawanya dan diberikan kepadaku untukku berikan kepada anak-anak kecil itu. aku bersama sahabatku yang seorang lagi meminta izin kepada jurulatih darat untuk memberi makanan kepada anak-anak itu. Alhamdulilah,dengan senang hati jurulatih kami membenarkan. Dengan pantas berlari , kami pergi kearah anak-anak itu. belum sempat kami naik ke atas , aku terdengar anjing menyalak. Aku cuba mengamati dari mana arah datangnya suara anjing itu. rupa-rupanya dari dalam rumah yang kami datangi. Aku menjadi sebak. Melihatkan keadaan itu. Entah mengapa dapat ku rasakan bantuan Allah bersamaku tika itu. anjing itu seoalh-olah memahami. Tidak juga menganggu namun hanya memandang. Aku mendekati rumah itu dari bawah. Dapat ku lihat dengan jelas betapa daifnya keadaan di dalam rumah itu. melihatkan anak-anak yang masih kecil membuatkan aku terpaku. Ku berikan makanan kepada mereka sambil tanganku disalami oleh anak-anak itu. ku lihat wajah anak-anak  yang masih kecil itu. terbayang di fikiranku. Bersekolahkah juga mereka. Jika iya, bagaimana mereka ingin pergi ke sekolah yang jauh dari hutan itu. sedangkan kami melalui hutan itu harus meredah air lumpur dan dan duri-duri. Sedangkan kami sendiri merasa penat dan hampir putus asa apatah lagi anak-anak itu. Semua itu menajdikan aku lebih malu pada Allah.
   Kehidupanku jauh lebih baik dari mereka , namun sering mengeluh pabila diuji dengan kesusahan yang sedikit. Melihatkan keadaan anak-anak itu , menjadikan aku sedar tanggungjawabku sebagai seorang bakal guru. Mendidik kerana Allah. Merekalah anak-anakku. Betapa baiknya Allah Taala mengurniakan aku anak-anak yang comel di usia yang muda , merasai peluang menjadi seorang ibu biarpun hanyya bersandarkan sebagai seorang guru. Semua itu adalah nikmat yang tidak terhingga yang diberikan. Dengan keazaman , tidak ada lagi alasan untukku takuti pabila ditempatkan untuk mengajar di kawasan pendalaman biarpun harus melalui hutan belantara. Padaku , Biarlah kehidupanku berbakti kepada Allah dengan mendidik anak-anakku ke mercu kegemilangan. Ditangan seorang guru itulah nasib anak didiknya. Jika sememangnya Allah mengkehendaki mati, sungguh aku lebih rela mati di tangan memperjuangkan nasib Islam itu sendiri.

  Siapa lagi yang ingin memperjuangkan nasib anak-anak seperti ini selagi bukan aku. Di tanganku yang akan dipersoalkan Allah kelak adakah benar aku ikhlas dengan profession ini atau sebaliknya.
Mujahadah ,
Tiada apa lagi yang membuatkan aku tenang Melainkan membawa perubahan pada anak-anakku ini biarpun sedikit. Cukuplah hati sebak melihat keadaan mereka mujahadahku. Apa yang Allah berikan padaku ini cukup membuatkan akal ini terfikir. Mujahadahku , aku terkenang satu manifesto yang ku bawa disaat aku dicalonkan sebagai pemimpin kampus kini amanah itu mula ku galas sebagai naib pengerusi exco perhubungan domestic n antarabangsa.. manifesto itulah yang akan ku bawa untuk kebaikan kampus in shaa Allah.

  “ Seandainya pemimpin mengejar kepentingan diri,pastinya rakyat menanggung derita. Seandainya Pemipin mengorbankan kepentingan diri , pastiya rakyat mencapai kebahagiaan.”
  Mujahadahku , terima kasih banyak kerana sudi mendengar luahan hatiku. Bukanlah niatku ingin mem[promotekan diri. Jauh sama sekali. Namun aku hanya ingin berkongsi pengalaman dan input yang diberikan Allah Taala.