Assalamua’laikum mujahadahku?? Apa khabar dirimu tika ini
mujahadahku. Masihkah lagi bersinar indah dengan iman terpasak didada? Masihkah
teguh disaat yang lain runtuh. Masihkah tegar disaat yang lain terlempar?
Masihkah bersemayam tenang jasadmu dengan amanah yang kian bertimbun.? Redhalah
Mujahadahku akan ketentuannya. Setiap yang berlaku adalah atas izinNya.
Mujahadahku ,
Hampir beberapa minggu
dikau tidak ku ziarahi. Ku lihat ia diliputi oleh senawang kemungkaran meminta
untuk dibersihkan dengan vaccum keimanan atau lebih dikenali sebagai penyedut
hampagas. Jangan bersedih duhai mujahadah. Kali ini Nur bersamamu agar
tangisanmu ku kesat ia dengan jihad Ummah. In shaa Allah..
Mujahadah,
Memang benar , kehidupan ini terlalu banyak simboliknya hinggakan
tidak mampu untuk kita tafsirkan dengan akal kita yang terhad serta tahap sebenar
yang Allah letakkan. Hanya Dia yang Maha mengetahui akan rahsia kehidupan kita.
Kebanyakan orang lebih menjurus menggunakan symbol kehidupan seperti roda.
Bagiku , kehidupan kita jauh lebih hebat jika kita berfikir simbolik suatu
keadaan dengan suatu yang sering digunakan. Malam ini ingin ku kongsikan apa
yang terbuku di hatiku bahawasanya kehidupan ini seperti Multimedia Dunia.
Terkadang kita berlakon
dipentas layar dan akan ada yang mengambil video sebagai tontonan akan datang. Terkadang
kita membuat poster agar mudah pihak publisiti memudahkan kerja sebagai
pihak publisiti dan lain-lain. Kita tidak sedar semua yang berlaku dan apa
sahaja yang kita lakukan atas muka bumi seolah-olah menyindir kita apakah benar
kita sedar diri ataupun sebaliknya. Alangkah malunya kita kepada Allah jika
dalam satu hari kehidupan kita tidak
diambil ibrah. Memang benar,kehidupan manusia selalunya rugi. Bukan
kehidupan yang rugi , tapi sikap kita,ego kita yang tak bertempat itulah yang
nadikan. Sungguh semuanya berlaku disaat diri ini terlibat dengan Program BIG
iaitu Bina Insan Guru. Apabila kasih sayang Allah mendatangi , Dia tidak akan
biar hambaNya hidup dalam ketidakpastian tanpa matlamat mahupun tujuan.
Mujahadahku,
Aku masih teringat saat
hari pertama BIG , pelbagai pesanan yang kami terima. Bersedia dari segi mental
dan fizikal. Bersedia dari sudut keimanan yang tegar. Bersedia dari sudut
perjuangan aurat. Semua itu menjadikan diri ini kelam buat sementara waktu.
Menjadikan diri ini kesah. Pelbagai andaian menerjah di ruang kotak akalku.
Namun itu bukanlah persoalan besar. Apa yang ingin diriku coretkan disini
adalah pengalaman pada hari kedua bilamana kumpulan kami iaitu kumpulan A harus
meredah aktiviti darat dengan berjalan sejauh 14 Km. sepanjang kami meredah
jalanan tersebut , kami diuji dengan ketahanan mental bilamana kami diminta
untuk melalui sawah padi yang berair. Dengan kesakitan kaki yang ku hadapi , ku
kuatkan hati untuk melalui bendang tersebut. Entah, mengapa secara tiba-tiba
kaki ini tersadung membuatkan kakiku tenggelam di dalam lumpur yang dalam.
Melihatkan ahli kumpulan , dengan kekuatan berserta kesakitan ku kuatkan hati
untuk keluar dari lumpur tersebut sambil mencari kasut yang termasuk. Rasa lucu
juga kerana antara semua peserta BIG kumpulan A , akulah perasmi jatuh di
bendang. Dengan baju yang berlumuran dengan lumpur , ku kuatkan hati untuk
meredah aktiviti seterusnya. Takdir Allah , aku terjatuh lagi buat kali kedua.
Namun kali ini aku sedikit sukar kerana kakiku tiba-tiba keras ( Crame ) ,
dengan kesejukan kaki yang termasuk di dalam lumpur membuatkan aku kaku
mengharapkan bantuan sesiapa untuk keluar dari kepompong lumpur itu. Mujurlah
ada seorang rakanku yang sudi menghulurkan tangannya untukku berpaut. Dengan senyumannya
ku balas jua dengan senyuman. Berdoa juga aku dihati agar tanganku tidak
berhulur dengan mana-mana muslimin biarpun tanganku telah siap kupakaikan
dengan handcover.
Pada mula aku jatuh , aku
menjadi kurang bersemangat secara tidak langsung lantaran daya ketahananku yang
tidak berapa mengizinkan. Berdoa juga aku dihati agar sakit dadaku tidak
berulang lagi sewaktu kembara darat. Pada
saat aku jatuh kali kedua , aku hampir putus asa untuk meneruskan perjalanan
dengan panas terik yang memancar membuatkan aku terasa kepalaku semakin kuat
denyutannya. Aku terasa ingin sahaja berhenti kembara disitu dan ingin pulang
ke tapak perkhemahan.
Kebaikan Allah Taala ,
diwasihlahkan padaku satu ilham. Saat itu, aku masih teringat , mata ini
tertancap pada sawah padi yang ku lalui. Dengan lumpur yang dalam , dengan duri
yang bertebaran di tanah , dengan panas terik yang asyik memancarkan sinarnya
tanpa menghiraukan muda dan tua,tanpa menghiraukan sakit dan sihat, tanpa
menghiraukan masa dan kudrat. Semua itu menjadikan aku sebak. Sungguh! Air mata
ini mengalir dengan sendirinya.
Terbayang di hatiku
keteguhan hati seorang petani. Kehidupan mereka melalu semua ini dengan sifat
sabar tanpa ada mengeluh walau sedikit demi mencari rezeki yang halal. Demi mencari
sesuap nasi untuk anak-anak mereka. Tidak kisah akan diri mereka yang
terkorban. Terbayang di fikiranku , mana mungkin seorang ayah mahupun ibu ingin
memberitahu kepada anak-anak kesusahan yang mereka lewati sewaktu di bendang. Apa
yang mereka tahu, anak-anak mereka hidup bahagia. Berjaya dunia dan akhirat. Ku
kesat air mataky dengan tangan yang sememangnya berlumpur. Saat itu , tiada apa
lagi yang perlu ku kesali , aku lalui dan redah semua ujian yang diberikan
biarpun mental dan fizikal rasa terseksa.
Tarbiyah Allah tidak
terhenti setakat itu , saat kami diminta untuk masuk ke hutan. Itulah saat yang
paling mendebarkan. Kalimah istighfar dan doa serta bacaan khusus aku baca
sepanjang masuk kedalam hutan. Sampai sahaja di hutan , aku melihat masih ada
lagi rumah-rumah , ( boleh dikira sebagai dhaif ) , yang ada didalam hutan. Jauh
dari Bandar. Jauh dari sekolah.jauh dari pekan. Sumber air juga amat sukar
diperolehi. Lebih mudah bilamana ada hujan , air itulah yang ditadah untuk
menampung keperluan seharian. Sungguh , tidak mampu aku untuk menahan semua
itu. Aku lebih banyak membiarkan diriku terhisab dengan semua yang berlaku. Menghitung
jemari melhat rumah-rumah yang dikelilingi hutan tanpa ada sumber elektrik yang
benar. Malaysia kini hampir mencecah 58 tahun , tapi masih ada lagi nasib
saudara kita yang terbengkalai. Secara automatic , aku teringat pesanan
pensyarahku Ayahanda Tuan Hj Rozaimie. Katanya sewaktu sesi kuliah :
“ Berapa ramai dalam
kalangan kamu yang memikirkan masalah saudara , sahabat sekeliling kamu? Berapa
ramai yang menghitung diri disaat yang lain sibuk dengan kesibukan dunia? Jangan
jadi orang yang bongkak. Kita manusia ini terlalu hina. Fikirlah nasib
saudara-saudara kita , kelak nanti ditanya Allah adakah dalam sehari kita
memikirkan masalah ummah.”
Melihatkan anak-anak yang
melihat dan mengintip kami dari kejauhan membuatkan hatiku terpaut untuk
melihat mereka dari kejauhan. Masih segar diingatanku bilamana kami berkemas
ingin pulang menuju ke IPG , dari kejauhan anak-anak itu melambai-lambai sambil
memanggil kami. Aku hanya mampu tersenyum. Ingin ku berikan makanan , namun
tiada apa-apa bekalan yang ku bawa. Hati ini menjadi sayu kerana tidak mampu
memberikan apa-apa. Baiknya Allah Taala mendengar rasa hatiku , bilamana ketua
kumpulanku memberikan bekalan makanan kering yang dibawanya dan diberikan
kepadaku untukku berikan kepada anak-anak kecil itu. aku bersama sahabatku yang
seorang lagi meminta izin kepada jurulatih darat untuk memberi makanan kepada
anak-anak itu. Alhamdulilah,dengan senang hati jurulatih kami membenarkan. Dengan
pantas berlari , kami pergi kearah anak-anak itu. belum sempat kami naik ke
atas , aku terdengar anjing menyalak. Aku cuba mengamati dari mana arah
datangnya suara anjing itu. rupa-rupanya dari dalam rumah yang kami datangi. Aku
menjadi sebak. Melihatkan keadaan itu. Entah mengapa dapat ku rasakan bantuan
Allah bersamaku tika itu. anjing itu seoalh-olah memahami. Tidak juga menganggu
namun hanya memandang. Aku mendekati rumah itu dari bawah. Dapat ku lihat
dengan jelas betapa daifnya keadaan di dalam rumah itu. melihatkan anak-anak
yang masih kecil membuatkan aku terpaku. Ku berikan makanan kepada mereka
sambil tanganku disalami oleh anak-anak itu. ku lihat wajah anak-anak yang masih kecil itu. terbayang di fikiranku.
Bersekolahkah juga mereka. Jika iya, bagaimana mereka ingin pergi ke sekolah
yang jauh dari hutan itu. sedangkan kami melalui hutan itu harus meredah air
lumpur dan dan duri-duri. Sedangkan kami sendiri merasa penat dan hampir putus
asa apatah lagi anak-anak itu. Semua itu menajdikan aku lebih malu pada Allah.
Kehidupanku jauh lebih
baik dari mereka , namun sering mengeluh pabila diuji dengan kesusahan yang
sedikit. Melihatkan keadaan anak-anak itu , menjadikan aku sedar tanggungjawabku
sebagai seorang bakal guru. Mendidik kerana Allah. Merekalah anak-anakku.
Betapa baiknya Allah Taala mengurniakan aku anak-anak yang comel di usia yang
muda , merasai peluang menjadi seorang ibu biarpun hanyya bersandarkan sebagai
seorang guru. Semua itu adalah nikmat yang tidak terhingga yang diberikan.
Dengan keazaman , tidak ada lagi alasan untukku takuti pabila ditempatkan untuk
mengajar di kawasan pendalaman biarpun harus melalui hutan belantara. Padaku ,
Biarlah kehidupanku berbakti kepada Allah dengan mendidik anak-anakku ke mercu
kegemilangan. Ditangan seorang guru itulah nasib anak didiknya. Jika
sememangnya Allah mengkehendaki mati, sungguh aku lebih rela mati di tangan
memperjuangkan nasib Islam itu sendiri.
Siapa lagi yang ingin
memperjuangkan nasib anak-anak seperti ini selagi bukan aku. Di tanganku yang
akan dipersoalkan Allah kelak adakah benar aku ikhlas dengan profession ini
atau sebaliknya.
Mujahadah ,
Tiada apa lagi yang membuatkan aku tenang Melainkan membawa
perubahan pada anak-anakku ini biarpun sedikit. Cukuplah hati sebak melihat
keadaan mereka mujahadahku. Apa yang Allah berikan padaku ini cukup membuatkan
akal ini terfikir. Mujahadahku , aku terkenang satu manifesto yang ku bawa
disaat aku dicalonkan sebagai pemimpin kampus kini amanah itu mula ku galas
sebagai naib pengerusi exco perhubungan domestic n antarabangsa.. manifesto
itulah yang akan ku bawa untuk kebaikan kampus in shaa Allah.
“ Seandainya pemimpin
mengejar kepentingan diri,pastinya rakyat menanggung derita. Seandainya Pemipin
mengorbankan kepentingan diri , pastiya rakyat mencapai kebahagiaan.”
Mujahadahku , terima kasih
banyak kerana sudi mendengar luahan hatiku. Bukanlah niatku ingin mem[promotekan
diri. Jauh sama sekali. Namun aku hanya ingin berkongsi pengalaman dan input
yang diberikan Allah Taala.
No comments:
Post a Comment