Powered By Blogger

Friday, 22 February 2013

Travelog Tangisan

Assalamua'laikum sayangku mujahadah...izinkanlah diriku mencoret sekali lagi di ruangan comelmu..Membiarkan jemari kecilku menari-nari sendiri di layang warkahmu..

  Sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah itu jugalah yang terbaik kerana Dia Maha Mengetahui dimana kelemahan mahupun  kekuatan kita. Hidup didunia hanyalah sementara Kerja kita sebagai hamba hanyalah mengembara mengutip tiap cebisan didikan yanig diberi. Ana teringat nasihat Pensyarah Bahasa Arab ana , Ustazah Hafizah. Ustazah mengajar bahasa arab , dalam masa yang sama diselitkan dengan pengisian hati. Sangat-sangat terkesan di hati pabila ustazah menyebut akan lakonan.
   Kita menetap di bumi Allah ini hanyalah sebagai seorang pelakon. Pelbagai watak yang kita bawa sepanjang kehidupan kita. Jika kita kasar , begitulah ciri-ciri watak yang ditetapkannya. Ada orang yang jujur dan amanah tapi jatuh kemudian bangkit , itulah watak yang diberikan Dia juga. Prop semua telah Allah sediakan, mind map juga telah Allah sediakan..skrip juga telah Allah sediakan , tinggal kita sahaja yang berfikir. Nak ambil atau tidak panduan skrip melalui Al-Quran mahupun Sunnah Nabi.
    Mati kita juga telah Allah tetapkan. Tak kira muda mahupun tua. Tak kira sihat mahupun sakit. Tak kira kaya mahupun miskin. Tak kira masa lapang ataupun sempit. Tapi , kita jarang benar mengingati seperti apa kejadian nasib kita. Sering merasakan hidup sentiasa senang. Sentiasa lupa untuk bersyukur bila Allah menguji dengan nikmat kesusahan. Apa yang keluar dari mulut kita adalah prasangka buruk, maki hamun , cercaan , nista, dusta dan sebagainya. Mengapa ?? Sebab kita fikir dan sentiasa rasa hidup kita panjang , dan hidup untuk mencari harta dunia. Takut meninggalkan dunia sedangkan kematian itu semakin mengejar. Mati tak pandang kita sedia ke atau tidak. Mengambil secara mengejut.
   Sebab ustazah kata kat kami semasa sesi kuliah ,
     " Semua yang berlaku telah Allah tetapkan.. Tugas kita berusaha untuk menjadi sebaik-baik hamba. Kena redha dan akur untuk menerima kehendak Allah. Tawakal yang tinggi pada Dia selayaknya. "
   Terdiam dan mengalir air mata muslimat bakal pendidik negara ,pendidik anak bangsa,pendidik jiwa2 yang kontang. Tiadalah daya yang tertahan mengenangkan kehidupan. Aku sedar , aku banyak lupa ,banyak tersasar. Namun , Allah sering memantau akan diriku. Tidak dibiarkan aku sentiasa diulit gembira, kerana Dia  tahu , aku akan tersasar darinya walau sedikit, lantaran itu aku sedar mengapa banyaknya ujian yang menagih air mataku.
  Mujahadahku ,
Sebut tentang orang istimewa , atau lebih dikenali sebagai orang kurang upaya iaitu , cacat dari segi pendengaran , penglihatan , percakapan. Pekak , buta , bisu dan tuli. Menjadikan aku kaku dengan sendirinya. kelu tanpa bicara..Setelah diusulkan padaku bahawasanya aku diminta untuk menjadi fasi buat adik2 yang kurang upaya ini , membuatkan hatiku sebak. Aku ingin melihat sendiri bagaimana pasrahnya mereka menerima ketentuan yang Allah beri. Aku ingin mendengar sendiri dari bibir mereka akan bicara benar dan suci dari lidah mereka sendiri. Biar telah dimaklumkan awal padaku ,kemungkinan bisu , pekak dan tuli itulah yang akan ku bawa. Menggunakan komunikasi hanya bersandarkan tulisan semata-mata.

  Malam itu sebelum aku bertolak untuk pergi ke St. Peter Majunting yang mana sekolah itu dimonopoli oleh orang Kristian. Dalamnya terdapat mutiara pejuang yang akan kami corak sedikit demi sedikit dengan fikrah Islam secara perlahan-lahan. Dengan usaha yang ada , aku menggunakan sepenuh kaedah yang aku pelajari sepanjang training sebagai bakal guru. Menerangkan kepada adik-adik ini dengan menggunakan peta minda yang dicorakkan dengan keindahan kartun muslim , mempersiapkan video-video tentang sejarah Nabi Muhammad, menggunakan slide kartun Islam bagi menerangkan pada mereka Siapa Tuhan kita? Apa itu Islam? Bagaimana cara bersolat dan sebagainya. Malam itu , segala-galanya menuntut pada kekuatan hati.Bersungguh - sungguh menyiapkan bahan bantu mengajar buat adik-adik ini.
   Apa yang menjadi kekuatanku hanyalah mengenangkan nasihat kakak yang mengamanahkan kepadaku sebagai ketua fasilitator melibatkan gabungan IPG KENT dan UNITAR. aku sedar tika itu kakak itu cuba menguji sejauh mana pendirianku , sejauh mana niat dan azamku.
   " Dik , jadilah ketua fasi , jangan risau elaun akan diberikan. Makanan semua ditanggung , tempat penginapan juga sangat ok. "

Aku senyum sahaja memandang akak tersebut. Aku genggam tangannya sambil menyalami.
  " Kak , bagilah saya banyak mana duit pun , tempat hotel sekalipun..saya dan Faezah takkan ambik semua itu. Paksa lah kami untuk terima semua itu , kami takkan ambil kak. Hati kami dah nekad untuk pergi ke sana menjalankan tanggungjawab tu. Apa yang kami harapkan , melihat adik-adik itu terbang bersama Islam dan aqidah yang kita pegang."
Mujahadahku,
    Saat tu , aku  meletakkan kepalaku ke bahu kak tu. Ketakutan dan kekalutan itu kulepaskan semuanya di bahu akak tersebut. Mengharapkan sinar kekuatan buat diri. Ramai mengatakan dnegan mengunjungi Baitullah hati juga akan tenang. Tapi , entah mengapa hatiku cukup tenang untuk pergi ke sekolah Kristian tersebut biarpun yang akan ku bawa dan seru adalah orang-orang yang kurang upaya. Certai orang mengatakan tidak sanggup memikul kerja tersebut. Sebab apa? Sebab menyusahkan mereka mendidik.
   Semuanya telah aku persiapkan.. tinggal menanti hari pergi. Namun , perancangan Allah tidak dijangka. Pada esok sabtunya , Unit bahasa arab akan mengikuti kursus bahasa arab di Kundasang Ranau. atiku berbelah bahagi , antara pergi atau tidak. Hatiku benar-benar terikat dengan St. Peter Majunting. Hari ini ,aku benar-benar terdesak untuk membuat pilihan. Teruji dengan pekerjaan dan tanggungjwab yang datang secara tiba-tiba. Semuanya menuntut kewajipan aku , Faezah dan Amal untuk berada dalam kancah perjuangan itu. Tugasku Sebagai JPP biro perhubungan , melaksanakan tugas pada hari itu dengan menghubungi pihak terlibat serta berurusan dengan pihak HEP , dalam masa yang sama diminta untuk mencari Faci bagi menggantikan tempat kami , membantu mempersiapkan pelaksanaan program Qiamullail Kampus, Malamnya menyediakan hati dan minda untuk menjalankan satu sesi usrah bagi kumpulan Nisa'. 
   Saat itu , hatiku terdiam. Aku cuba mencari ketenangan disebalik semua ini. pekerjaan itu memerlukan pengurusan yang cepat dan segera menjadikan aku kelu. Tanpa ku sedar , aku mencari satu tempat untuk bersendiri bagi menenagkan diriku. Mataku terpandangkan buku hijau milikku. Itulah buku yang akan ku bawa dimana sahaja aku pergi. Terpandangkan kata-kata inimembuatkan aku sedar..
   " Tika wajahmu penat memikirkan dunia dan ummah , berwuduklah. Tika tanganmu letih menggapai cita-cita , berdoalah kepada Allah. Tika bahumu tiada daya dan kuasa memikul amanah yang diberikan , BERSUJUDLAH pada Allah."
Tanpa ku sedar, sahabatku mendekati diriku.


   " Jom..Kita bersujud denganNya. Dia nak jumpa kita sekarang. Allah nak suruh kita dekat dengan Dia , sebab tu Allah beri kita banyak kekeliruan supaya kita pergi minta jawapan denganNya. Ana faham , enti rasa terbeban sekarang. Tengok enti yang bersendiri ,lebih-lebih lagi mata enti merah sangat. Sekarang ni , kita sujud pada Dia dulu. Hapuskan dulu beban kita ni.."
Aku hanya tersenyum dengan nasihatnya. Aku sedar aku telah lupa satu perkara iaitu BERSUJUD. Dengan bersujud pasti menenangkan..pasti berhikmah. mungkin belum tiba masanya untuk kami bersama adik2 istimewa itu. Tapi , hatiku yakin. satu hari nanti kami pasti menjejakkan kai di sekolah itu. Bermula travelog kami sebagai bakal pendidik..


1 comment: