Powered By Blogger

Thursday, 13 September 2012

Baitul Muslimku???









“Ukhti dah isi borang baitulmuslim? ke Ukhti sudah ada calon sendiri?”

“Bila perancangannya Ukhti akan menamatkan zaman bujang ukhti?”

“Apa perancangan ukhti 2 tahun,3 tahun, 4 tahun akan datang?”
***
Soalan-soalan ini sering kali menerpa diriku  ketika habis usrah, ketika program atau mahupun ketika bersiar-siar bersama murobiyah dan rakan satu usrah. Mungkin kerana disebabkan aku sudah pun berada di bumi kampus, maka  seringkali menjadi “sasaran” utama mereka.

aku diam. Angguk tidak, geleng pun tidak.
Hanya senyuman mampu berbahasa.


Ya ukhti-ukhti ku sayang, ana memang akan berkahwin kerana hakikatnya ana sudahpun bertunang sekarang. Bertunang dengan seseorang yang bernama Kematian. Jadi, Maafkan ana kerna diam membisu. Maafkan ana… Kerana ana TIDAK TAHU SAMADA ANA LAYAK MEMILIKI KESEMPATAN UNTUK PUNYA BEBERAPA TAHUN YANG KAMU TANYAKAN ITU...




***
 Kematian seorang adik/junior tercinta telah banyak mengesan dgn diriku ini.
Pemergiannya tanpa kembali memberi bekas yang mendalam pada diri.
Hadirnya dia selalu dalam mimpi, mengundang rasa sayu dan tangisan dalam hati.
Adikku sayang,
bahagiakah engkau disana?
Bagaimana malam pertama di alam barumu?
Sungguh… aku berasa gerun dan ngeri  tatkala membaca buku “Malam Pertama di Alam Kubur” yang kau hadiahkan buat diriku.
Kini kau telah mengalaminya.
Tunggulah aku, aku akan menyusulmu.  Sabarlah sayang, usah menangis.  Tunggulah daku dalam senyumanmu.

"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)." (Riwayat Tirmizi)

    


 “Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan).

No comments:

Post a Comment