Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan
aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku
dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang
lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada
jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim
dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal
maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang
yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah
mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat
ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara
islam kita.
Macam kenal :)
ReplyDeleteiya ana copy ppaste..syukrnn wa asifni..
ReplyDeleteCasinos in the UK - How to find good games - GrizzGo
ReplyDeleteSo, what febcasino do we mean by “casinos gri-go.com in the titanium flat iron UK”? to find a casino and live casino games on 토토사이트 a mobile phone device in wooricasinos.info 2021.