Powered By Blogger

Monday, 29 December 2014

Fatrah Menguji


Bismillah...

Sebaik-baik kalam , Dengan namaMu ya Allah segala isi kalam ini ku mulakan...

Fatrah Menguji.....


Kala ini hujan ini begitu lebat, sayunya bumi sesayu jiwaku..dirambat dengan segala keadaan yang menghimpit.

Keadan ini begitu membuatkan aku terpanggil untuk menulis sesuatu di ruangan dada cik mujahadahku...Baki-baki terakhir sebelum diriku berjuang di bumi kampus, biarlah dadanya ku isi dengan segala ukiran yang indah, moga menjadi kenangan buatmu cik mujahadahku..

Sahabat-Sahabat,

Jom kita muhasabah diri. Kebelakangan ini kita teruji dengan pelbagai musibah mahupun ujian yang kadangkala datang dari arah yang tidak disangka-sangka right.

Isu Banjir terbesar yang pernah di Malaysia
Isu Kapal terhempas
Isu Kapal hilang

Dan banyak lagi bukan??

Itu baru dalam kehidupan sosial kita, tidak mencakupi lagi kehidupan kita, pekerjaan, persahabat, keluarga dan sebagainya..

Itulah lumrah kehidupan sahabat-sahabatku sayang..

Mungkin cuma dengan musibah, manusia lebih dekat dengan Allah, Mungkin . Tapi tidak mustahil.

Sebabnya, bila kita tidak ada lagi tempat bersandar, baru kita nampak rupa-rupanya sandaran Allah Taala itulah yang paling kukuh..

Bila kita sudah tidak ada lagi tempat untuk mengadu, baru kita tahu satu-satunya yang tidak akan pernah jemu untuk mendengar luahan kita hanyalah Allah Taala..


So, my sahabat..

Ketahuilah..

Tika ini, Allah Taala tengah prepare kita untuk sesuatu.

Don't get lost in despair, look through it. Seek for message inside and we will eventually witness how only the Creator of all Power can guide us through the problems..

Bila kita diuji dengan apapun ujian mahupun cabaran, sedarilah saat itu iman kita diasuh hebat, hammasah kita dibina kental..

Pabila diberi nikmat kita syukuri, pabila diuji kita muhasabah diri..

Jangan mudah melemah, kerana tu bukan ciri2 kita orang muslim, mukmin yang beriman..kita orang Islam harus kuat..

Andai Allah berhekehendak atas segala sesuatu, tiada tangan2 lain lagi yang mampu menolak segala kekuasaanNya..

Justeru,

Letakkan Allah Taala yang utama dan letakkan sebaik-baik pergantungan kepada Allah..Nescaya hati kita kan tenang.

Biarlah segala kesulitan,kesedihan dan kepayahan yang kita lalui ini sebagai tujuan ibadah semata-mata..

In shaa Allah..kuatlah kita kerana Allah, kerana rahmatnya sentiasa ada untuk kita para hambaNya..

Wallahutaala a'lam...

Saturday, 20 December 2014

Bismillah....

Alhamdulilah ku ucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan aku peluang sekali lagi untuk merasai kehidupan di dunia ini biarpun tidak ku tahu berapa baki lagi yang harus aku lunaskan sepanjang aku menumpang di bumi Allah ini.. 
Setinggi mana sekalipun jasaku dimuka bumi Allah ini, takkan mampu ku lunaskan dengan nikmat Allah yang berkali ganda diberikan padaku.

Selawatku untukmu Ya Rasulullah, Andai tidak kerana jasamu memperjuangkan agama yang suci ini, Tidaklah diriku mampu menghirup udara segar keimanan dan Islam. Jika tidak kerana kasih sayangmu,tidaklah aku mengenali Tuhanku Rabbul Jalil.. Bersyukur aku kerana terpilih menjadi umatmu ya Muhammad..

Allah,Allah,Allah..

Tepat jam 10.23, malam ahad..

Hatiku rasa tertaut untuk berkongsi dan melakar sesuatu yang terbuku dijiwaku.

Tidak lain tidak bukan,ianya berkisarkan cinta Allah Taala..

Dulu, aku teringat semasa aku dibangku sekolah menengah cukup popular segala isu couple,lepas tu clash,lepas tu sambung kembali. Tidak kurang juga popular istilah cinta islamik.. Tapi, ada satu cerita yang membuatkan aku terkenang hingga ke hari ini, peristiwa sepasang couple..Once Allah memberikan hidayahnya kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki, maka tiada tangan lain lagi yang mampu menolak kekuasaanNya. Nobody!!

Mereka berpisah kerana Allah, melepaskan juga kerana Allah..menangis?? Yes pasangan itu menangis lantaran terlalu berat untuk melepaskan. Namun kerana yakin akan janji Allah yang Maha menetapkan segala jodoh mengikut kehendakNya... maka dengan yakin akan janji Allah ini berpisah keduanya dengan satu kata2..

" Sekiranya Allah takdirkan jodoh antara kita, kita pasti Allah jodohkan juga..Masanya biarlah Allah yang tetapkan kerana Dia lebih hebat merancang dibandingkan dengan kita dengan ilmu yang cukup terbatas. Tak usahlah menangis kerana perpisahan,tapi lebih baik kita menangis kerana membelakangi cinta Allah.Lebih baik kita menangis kerana rasa bersalah dihadapan Allah."

Allahurabbi...

Itulah satu nasihat yang paling ku pegang saat aku dibangku sekolah menengah. Ku tegah diriku dari terlibat dengan dunia percoupelan..dan Alhamdulilah Allah Taala sudi menjaga hatiku...

Kini

Aku dialam kampus. Banyak juga cabarannya yang harus ku tempuh.. Bukan sahaja tanggungjawab yang semakin menuntut segala kerahan jiwa dan tenagaku malahan juga menuntut rasa hatiku..

Cinta kerana Allah...

Setelah aku diuji dengan beberapa orang,baharu kali ini terasa benar rasa pergantunganku pada Dia,Allah Tuhanku yang menciptakan aku yang menancapkan segala rasa hatiku. Yang memegang hatiku selama ini.

Mujahadahku sayang,

Aku ingin bekongsi suatu kisah denganmu..

Cinta kerana Allah..Mencintai dan menyanyangi seseorang juga kerana Allah.

Sewaktu si dia dicadangkan untukku, tanpa berdalih aku terus menolaknya tanpa alasan yang kukuh. Namun, pujukan demi pujukan daripada akak-akak ni meminta aku untuk istikharah terlebih dahulu..

Ku lembutkan hati untuk melakukan istikharah. Ku serahkan pergantunganku pada Allah..Tanpa sekelumit perasaan, tanpa sedikit rasa hati..Aku menyerahkan diriku pada Allah sebaik-baik penentu.

Hampir dekat sebulan tempoh untukku melakukan istikharah, baharulah ku temui jawapan..dan Alhamdulilah Allah Taala memberikan ruang untukku mengenali dia yang sememangnya tak pernah ku kenali dalam hidupku. Seseorang yang pertama kalinya rahsia ku simpan rapi,hanya dia yang mengetahui kisah disebalikku.

Saat itu hanya Allah yang Maha Mengetahui segala debaran bercampur rasa takut dan gentar. pertama kali bertaaruf dengan seorang pemuda yang ku segani walau hanya sekadar melihat dari jauh.

Nama juga jalan perjuangan,

Tiada benda yang mudah, Tiada jalan perjuangan ini yang dihampar dengan kesusahan dan kesenangan. Tiada jalan perjuangan ini yang dihampar tanpa ada rasa tangisan dan kekecewaan.

Begitulah yang ku rasai, Bilamana halangan diperoleh dari pihak keluargaku sendiri. Hatiku rasa sayu, tapi aku kembali dengan Dia yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang samar-samar pada pandanganku hamba yang dhaif.

Tiap malam tangisan juga ku adukan pada Dia Tuhanku. Dia yang menentukan kehidupanku,Dialah yang mengatur segalanya.

Ku lalui dengan rasa senang hati ujian dariNya. Biarlah segala tangisan dan kesengsaraan adalah kerana tujuan ibadah semata-mata. Bilamana segalanya dianggap ibadah, maka segala kesakitan itu akan lenyap dengan sendirinya bahkan rasa kemanisan itu pula yang menyengat jiwa kita.

Segala2nya belum berakhir, hampir sebulan lebih baharulah ku peroleh izin dari keluargaku..Namun CintaNya tidak pernah berakhir untuk diriku. Bilamana dari dirinya sendiri tiba-tiba mendiamkan diri disaat keluarga telah dimaklumi  membuatkan hatiku cukup terasa.. Sifat malu seorang muslimah lebih menguasai jiwaku. Aku hushnuzonkan diriku dengan berbaik sangka dengan dirinya. Aku cuba mengukir senyuman, semua ini Allah yang tetapkan, Jangan dipersoalkan apa yang telah Allah atur.

Setelah itu, orang tengahku bertanya pada diriku, dengan tenang aku menjawab.

" Tak apa, mungkin akhi ada masalah. Dan kalaupun pandangan saya dipersoalkan, Saya redha apapun keputusan. Kalau nak diteruskan, saya akan cuba sebaik mungkin, dan kalau nak dihentikan pun, saya ok..semua Allah yang atur. Cumanya saya minta dilepaskan dengan cara yang baik. itu sahaja.

Mendengarkan jawapanku, akak itu sempat berpesan..

" Dik, apapun jawapan akhi, terimalah dengan hati yang terbuka. Anggaplah semua ini ada hikmahnya. Jangan terus jatuh, tapi bangkitlah lagi"

Aku hanya tersenyum..

Aku membalas mesej akak tersebut...

" Akak jangan risau tentang diri saya. Saya dah lama bersedia. Saya tak letak harapan pun dekat akhi, Cuma mungkin perasaan sahaja yang mula hadir. Tapi, x apalah semua ini Allah dah tetapkan, kita manusia tak mampu nak menolak, juts accept sahaja qada' dan qadar Allah.. Cuma mohon doanya agar Allah kuatkan hati"

Mujahadahku sayang..

Menipu kalau ku katakan perasaan ini tidak ada.. Tapi kita kembali semula kepada Allah. Allah yang hantar perasaan, dan Allah Maha berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Bilamana Allah katakan Kun Fayakun,maka jadi jadilah. Tiada siapa yang mampu menolaknya.

Kini kerjaku hanyalah kembali kepada Allah, Pencipta diriku yang sentiasa menemani diriku siang dan malam walau dimana sahaja aku berada. Menanti jawapan, namun aku telah bersedia menerima sebarang kemungkinan.

Bagiku, Dia juga makhluk Allah..Segala jawapan itu datangnya dari Allah namun ditancapkan di hatinya. Jadi, tugas kami sebagai hamba adalah menuruti kehendak Allah Taala.

Kadang-kadang hatiku rasa sakit, namun ku harap biarlah kesakitan ini dinilai sebagai ibadah. Menerimanya kerana Allah, dan menolaknya juga kerana Allah.. Biarlah semua kerana Allah. Andai dahulu istikharahku menerima kerana mengharapkan keputusan daripada Allah tanpa ada sekelumit perasaan, namun kini ku lepaskan dia juga kerana mengharapkan keputusan daripada Allah biarpun kini telah ada perasaan itu.

Hatiku kesedihan, Namun aku bersyukur kesedihan itu dibalut Allah dengan dunia perjuangan yang lebih penting berbanding cinta pada makhluk. Bersyukur kerana Allah masih sudi mendekatkan diriku denganNya walau kadangkala aku ini alpa dengan duniaku sendiri. Tapi Dia tidak pernah jemu mengingatkan aku dengan tarbiyyah yang jauh lebih tinggi nilainya dibandingkan dengan apapun yang ada di dunia ini.

Allah,Allah,Allah...

Ya Allah jika ini yang terbaik untuk aku jalani, Nilailah ia sebagai sebuah tamrin untuk hatiku. Nilailah ia sebagai sebuah Qiyadi untukku,Nilailah ia sebagai seukur baiah untukku. Biarlah semua kerana Engkau, Lebih bernilai jika Engkau dahulukan.  

Ya Allah, pinjamkan aku sedikit, andai tak layak pinjamkanlah aku walau secebis cuma kekuatan Anbiya'mu untukku baluti jiwa laraku. Pinjamkanlah aku ketabahan Siti Hajar Ya Allah, Pinjamkanlah aku kekuatan semangat Siti Khadijah.. Jangan sesekali Kau biarkan aku lemah hanya kerana cinta makhluk..Kuatkan aku Ya Rabb..Bantu aku dengan pimpinanMu..Tingkatkan semangatku ya Allah.. Jika ini yang terbaik untuk jalani, jadikanlah aku hambaMu yang redha pada apapun yang Kau tetapkan.......Jangan biarkan aku rasa kesepian. Dekatkan aku dengan TarbiyyahMu, Dekatkan jiwaku dengan kalamMu tanpa henti hinggalah Maut memisahkan aku dengan kalamMu...Amin Ya Allah..

Mujahadahku sayang,

Kini hatiku benar2 tenang. Aku bersedia untuk melepaskan, Kerna aku tahu cinta Allah sentiasa bersamaku tanpa henti dan tanpa noktah.

Aku ingin meneruskan cita-citaku yang dahulu,..Teringin benar rasa hatiku untuk mengajar di bumi pendalaman..Mengajar anak2 serta masyarakat disana akan Al Quran,kalam Allah yang Maha Hebat.. teringin benar aku untuk mengajarkan penduduk disana akan fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, membawa dakwah Nabi saw disana.. 

Teringin benar aku membawa Islam disana dengan kekuatan milik Allah yang dipinjamkan dibahuku..

Tiada lagi cinta makhluk,tiada lagi namanya cinta manusia..kini hidupku cintaku hanya buat Allah,dan perjuangan yang ku bawa..

Doakanlah aku mujahadahku sayang..moga Allah izinkan rasa hatiku,moga Allah mudahkan laluan hidupku dan jalan juangku ke sana..Amin..

Moga inilah namanya cinta Allah..amin ya rabbal alamin

Nukilan:

Azmalina

Hamba Yang Hina

Renung2kan buat mawar2 Nabi saw.. ^_______^
Tiadalah cinta lain yang lebih mengasyikkn melainkan cinta Allah,
Tiada cinta lain yang menguatkan diri melainkan cinta Allah,
Tiadalah cinta lain yang lebih menenangkan melainkan cinta Allah,
Tiadalah cinta lain kita damba melainkan cinta Allah.
Tiadalah cinta lain yang kita harapkan melainkan satu2nya cinta dari Allah..
Cintailah segalanya2nya kerna Allah,
Bila disatu saat kita kesepian,kesedihan dan rasa keseorangan..cintaNya itu menguatkan dan tidak rasa sakit walau sedikitpun..Biarlah segala cinta kita pada dunia hanyalah tujuan ibadah semata2..
segala kesakitan dan tangisan,itulah cubitan cinta dari Allah, sebagai tanda Allah merindui kita hambanya..
Allahu Qawiyyunaa...




Tuesday, 2 December 2014

Kerinduanku Padamu Bumi Anbiya'


Assalamua'laikum Mujahadahku sayang...Apa khabar dirimu sayangku, begitu lama kau tidak kuziarahi...paling akhir aku mencoret sesuatu di ruangan dadamu pada bulan 1, itulah kali terakhir aku mencoret..

Sering juga aku menziarahi namun hanya membaca kembali segala apa yang ku tulis
bermula kau ku wujudkan hingggalah terakhir kali aku menulis...

Membaca kembali kisah-kisah,cerpen mahupun segala luahan hatiku membuatku cukup tertebak. Segala persoalan kehidupan yang berlaku sebenarnya telah ada jawapannya melalui penulisanku selama  ini. Benarlah, apa yang kita dengar tak semestinya kita faham dan apa yang kita faham tak semestinya kita ingat...

Hampir 11 bulan aku mendiamkan diri dari mencoretkan sesuatu di ruangan dadamu, membuatkan aku tenang..menginsafi kembali segala yang ku coretkan,segala peringatan yang kuingatkan,segala perkongsian yang ku kongsikan kepada siapa pun insan yang sudi menziarahi dirimu mujahadahku sayang.

11 Bulan itu ku gunakan sepenuhnya untuk memahami kembali segala yang tuliskan. Tahukah kau, jiwaku merintih..namun itulah roda. Terkadang kita manusia, perlu untuk berhenti seketika dari enjin perjalanan untuk kita memeriksa segala kerosakan mahupun kekurangan pada enjin tersebut. Takut2 jika diteruskan tanpa memeriksa, enjin tersebut akan mati dan terhenti di tengah jalan. Samalah seperti kita manusia biasa, dalam kita menyeru dan menyampaikan, perlu untuk kita menilai dan menginsafi diri kembali atas segala apa telah kita laksanakan di muka bumi Allah ini. Takut-takut jika kita meneruskan perjalanan tanpa kita belajar menginsafi diri, kita akan larut dengan ujian. Kita menyangkakakan ianya baik, tapi mungkin tidak pada pandanganNya. Ianya lebih dikenali sebagai istidraj.

Mujahadahku sayang,

11 Bulan ini, banyak perkara yang ku hadapi..tapi kadangkala ianya membuatkan aku tersenyum..Ujian Allah itu menguatkan, bukan untuk dirintihkan,bukan juga untuk dikeluhkan serta dipersoalkan. 11 Bulan ini juga, jiwaku dari dahulu hingga kini, meronta-ronta ingin melawat makam Anbiya'...

Terkadang bila mengingatkan harapan itu, hatiku menangis terkadang terzahir dengan sendirinya. Allahu Rabbi..Bumi Barakah itu terasa dekat bagiku seolah-olah aku dilambai dari kejauhan. Tapi apakan dayaku, jiwaku masih diperlukan disini, untuk melunaskan segala hutang yang belum terlaksana. 



Mu'tah, hatiku amat merindui tanah itu. tempat yang banyak mengenalkan diriku terhadap dunia perjuangan. Walau sekadar penceritaan, tapi ia ku rasakan amat dekat. Zaid Bin Harithah, Abdullah Bin rawahah, Ja'far Bin Abi Talib...Hatiku merindui panglima itu yang teramat..Salam Al Fatihah buat panglima cintaku,moga sampai rinduku pada kalian Pahlawan Islam...


Mesir, Ardhul Kinanah,,,tempat para Saidatina bersemadi,.tempat para Imam2 terulung,Tabi' Tabiin...
Aku hanya tahu merindui mereka dari kejauhan, hanya mampu mendengar perkongsian dari sahabat2ku di bumi Mesir..betapa mereka telah jatuh cinta di bumi barakah itu..betapa mereka terasa dekat dengan roh2 pejuang disana melalui segala perkongsian kuliah yang banyak membentuk jiwa mereka sebagai Jundi Allah. Kecemburuanku menggunung tinggi, kerinduanku menggunung harapan yang ku susun kemas di dalam azamku, moga diizinkan aku menjejak kakiku kesana walau sekejap cuma..

Mujahadahku sayang,

Tahukah kau, aku menggelarkan diriku dengan nama2 para Saidatina itu. 

Suka sekali aku menggelarkan diriku Siti Hajar dengan harapan moga ketabahanku persis Siti Hajar, tinggi dengan baik sangkanya terhadap Sang suami, menyenangkan hati suaminya walau ditinggal sengsara seorang diri di padang pasir yang tandus..


Suka juga aku menggelarkan diriku Zinnirah, dengan harapan agar bila aku teruji dengan apa pun ujian, aku tabah mengharunginya. Sanggup mengharungi segala kesengsaraan untuk mendapatkan kesenangan di akhirat kelak. Kerana aku tahu, perjuangan ini menuntut kepayahan yang teramat, akan dihamparkan dengan penderitaan yang mungkin mengorbankan harta,tenaga,masa dan nyawaku. Tapi, aku sedar, untuk mendapatkan syurga Allah itu..aku harus menagih ujian yang berat sedangkan neraka itu dipagari dengan kesenangan dan keseronokan.



Kadang-kadang aku memanggil diriku Aisyah dan kadangkala juga Siti Khadijah. Dengan harapan menggunung tingggi, aku dapat menjadi pembakar tiang semangat suamiku kelak,. Biarlah aku harus mengorbankan kesenanganku asalkan cukup bagiku untuk membantu suamiku di jalan ini.. Tidak ku harapkan dia memberikan segala kemewahan yang diimpikan oleh para isteri yang lain,bukan emas permata yang menjadi igauanku..Bukan itu yang ku harapkan menjadi sandaran diriku. Aku hanya ingin merasai apa yang pernah dirasai oleh para Srikandi Islam dan Para Saidatina yang lain. Buatku, Biarlah aku merasai segala derita asalkan suamiku tidak menderita..Kerana itu harapanku..mengesat air matanya tatkala dia rasa gugup dengan perjuangan, menguatkan hatinya tatkala dia rasa lemah agar tetap semangatnya membawa agama Allah dan tak lelah membawa seruan Nabi saw..Menjaga kebajikannya dengan sepenuh jiwaku...Kerana itu aku suka memanggil diriku Aisyah dan Siti Khadijah.

Mujahadahku sayang....

Walau aku bukan Siti Hajar dalam menuntut ketabahannya,baik sangkanya..
Walau aku bukan Zinnirah yang uttuh dan tekad perjuangannya walau matanya dibutakan..
Walau aku bukan Aisyah dan Siti Khadijah yang hebat perjuangan mereka sebagai isteri...
Walau aku bukan Asiyah yang tinggi redhanya...

In shaa Allah, akanku usahakan untuk membimbing diriku dan harapanku besar, siapapun yang Allah takdirkan untuk menjadi suamiku kelak..aku harap sekali dapat menjadi Siti Hajar,Zinnirah, Aisyah,Siti Khadijah, Asiyah dan Para saidatina yang lain untuk dirinya.....Amin Ya Allah...

Tahukah kau mujahadah, Kerinduan dan harapanku ini sering ku panjatkan pada Ilahi...Moga dapat ku rasai segala yang ada dibumi barakah itu disini.

Kerinduanku,tangisanku,kecemburuanku untuk pergi kesana walau sekejap cuma..kalimah Tahmid sahaja mampu ku panjatkan pada Rabb..

Dari aku bergelar pelajar SPM hingga kini kerinduanku pada perjuangan itu membuatkan aku bersyukur yang teramat..

Mungkin kerana terlalu rindu dan terlalu mengingati, hinggakan terbawa ke alam mimpi..aku ibaratnya berada di bumi Mesir, Segala gambar yang dikirimkan padaku tempat dan situasi2 itu, aku seolah2 berada di tempat itu berjaulah dengan 2 orang akak dan seorang sahabat.. Kami berjaulah melawat makam Para Saidatina, Imam Syafie dan banyak lagi..melawat tempat Firauan...

Bukan itu sahaja, sempat juga kami mendengar kuliah kitab yang disampaikan. Dalam mimpi itu, aku tidak mengenali Syeikh tersebut, namun wajahnya amat bersih dan begitu bersungguh dalam menyampaikan. Hammasahnya dalam pengharapan.

Setelah itu, sempat lagi pergi ke masjid mu'tah dan tempat bersemadinya pejuang Mu'tah dan medan peperangan mereka...

Walau sekejap cuma dan hanya alam mimpi...biarpun aku tahu hanya mainan mimpi melalui wasilah yang dititipkan..gambar2 yang dikirimkan padaku..itu pun sudah cukup besar buatku..peluang yang Allah berikan sudah cukup membuatkan kerinduanku terlunas. Syukran ya Allah...

Ya Allah sematkanlah dalam diriku roh perjuangan moga ianya tidak rapuh dimamah egoisku sendiri..Tetapkanlah hidayahmu setelah Kau memberikannya padaku...ampunikanllah hambamu ini ya Allah...

Mujahadahku,moga kau terus berjasa pada siapapun yang membaca segala perkongsian dan juga luahan ku disini. Biar aku sudah tiada di dunia,tapi kau kan terus hidup selagi mana kau masih dijenguki oleh insan lain samada secara sengaja mahupun tidak. 

Tidak akan mati Anak2 Adam itu kecuali 3 perkara, Amal sedekah,doa anak2 soleh dan ilmu yang bermanfaat..

moga perkongsian yang kita kongsikan bersama ini mujahadahku sayang mampu meneruskan kehidupanku kelak..Amin....

Saturday, 11 January 2014


Assalamua'laikum mujahadahku...

Hari ni nur nak berkongsi satu cerita. Untuk Nur juga untuk semua..
Kita istighfar dulu,
" Ya Allah ampunilah aku atas dosa-dosaku selama ini, yang banyak membelenggu diriku hinggakan aku lupa siapa aku..Ampunilah aku Ya Allah..pimpinlah jalanku menuju redhaMu ya Rabb"

Bismillah:

Waktu ni Nur tengah tunggu hari keeseokannya untuk jumpa doktor. Apa yang Nur tahu ada satu keajaiban tentang diri Nur dari sudut kesihatan Nur. Malam tu habis Nur mengaji, makcik Nur yang juga salah seorang ketua jururawat di hospital tu, minta ajarkan mengaji. Hati Nur rasa sangat sebak,tapi Nur cuba tak tunjuk. Inilah doa Nur dari dulu. Nur nak sangat tengok keluarga Nur berhijrah sikit demi sikit. Semenjak dari hari Nur sedar lagi, Nur dah pasang niat..andai sahaja Allah berikan peluang kedua pada Nur, Nur nak habiskan sisa hidup Nur yang berbaki ni dengan berdakwah pada keluarga,adik2 sepupu,makcik dan pakcik,sahabat2 dan sesiapa pun yang mengenali diri Nur..Siapa2 pun yang mempercayai diri Nur..siapa2 pun yang masih meletakkan harapan kat Nur untuk membawa mereka mengenal cinta Sang Ilahi..begitu juga diri Nur..berdakwah pada diri sendiri.

 Nur lihat kesungguhan pada diri makcik Nur tuk belajar bersungguh-sungguh membaca ayat2Nya..Nur tersenyum. Lepas tu, Nur teruskan je ajar macam biasa. habis je ajar, Nur dan makcik duduk kejap sambil rehatkan diri. Nur cita kat makcik, ada seorang tua..dia sangat uzur. tak tahu baca Al Quran pun,tapi Allah taala angkat darjatnya disisi Allah..hanya kerana amalannya, sebelum tidur..beliau akan memeluk dan mencium Al Quran sambil berlinang air matanya memohon keampunan kepada Allah Taala. 

Makcik terdiam..Nur bagi kata2 semangat kat makcik agar semangatnya tak luntur untuk terus mengaji..

 " Anti, Allah tak tengok pada hasil..Tapi, Allah tengok pada usaha hambanya. kita tak lancar mengaji,tapi dengan kesungguhan kita tu kita belajar juga utk kenal Al Quran dan sentiasa letakkan Al Quran kat diri itu lebih baik jika dibandingkan orang yang tahu huruf,fasih bacaannya..tapi tidak hayati Al AQuran disisinya. Tidak meletakkan Al Quran sebagai temannya.malahan jarang2 membuka kalam itu..itu lagi payah anti..yang penting sekrg,kesungguhan anti..anti jgn risau, selagi aku kakak ada..kakak akan usaha utk ajar semua..in shaa Allah"

ku lihat makcikku terdiam..tidak lama setelah itu..ku lihat senyumannya..

" Kakak anti ni jahil agama..tolonglah anti dgn mkck n pkck yang lain...kami mau kenal syurga Allah tu kakak.kakak tau, waktu kakak tidak sedar,dengan wayar,mesin,hos semua dekat badan kakak..kami semua risau. kami menangis lagi kakak. kami tidak mahu kakak pergi dulu. waktu tu, ramai kami tersedar kakak..cuma kakak dapat bantu kami lagi tuk kenal Allah,kenal Islam. waktu tu, kami semua solat hajat..semua keluarga kita kumpul kakak..kami semua sayang kakak."

hampir menitis air mataku...ku katakan pada diriku..
 " Ya Allah, andai kesakitan ini harus ku lalui untuk sebagai wasilah buat makck dan pkckku mengenalmu kembali..aku redha menerimanya.."

Aku pasangkan azam dan tekad untuk mencuba peluang kedua ini dgn sebaik mungkin...namun, aku hanya seorang manusia..kadang jatuh,kadang berada di atas..dan kadang2 berada di antara keduanya..Aku bukan setabah Siti Khadijah, Bukan juga seteguh Asiyah dan Zinnirah..aku hanya insan biasa yang tak lepas dari rasa ragu dan syak wasangka..entah mengapa,aku teringin untuk bercerita pada makcikku..

Entah seperti apa ia ingin ku gambarkan..aku juga tidak tahu apa yang berlaku denganku semasa aku tidak sedar...tapi menurut ahli keluargaku, mataku sentiasa berair..tak terhenti hinggalah saat aku sedar,baharulah air mataku juga berhenti..mereka sendiri pelik mengapa aku menangis dalam keadaan tidak sedar...menurut mereka juga, sehari sebelum aku sedar..saat itu aku separa sedar,bangunku hanya beberapa saat,apa yang keluar dari bibirku hanya kata maaf yang berulang2 sebanyak 3 kali..saat waktu subuh,zohor,dan asar..dan maghrib hari keduanya baharu aku sedar...

makcikku bertanya soalan itu padaku, apa yang ku rasai sepanjang keadaan aku tak sedar lantaran air mataku yang tak henti mengalir. Lama aku terdiam,tidak tahu bagaimana ingin ku mulakan cerita..melihatkan wajah makcikku..ku katakan padanya..

" Anti percaya ka dengan kakak??Anti yakin ka dengan sesuatu yang kita rasakan mustahil,tapi tidak pada Allah..??"

Kenapa ni kakak..ceritalah..

mengalir air mataku..

" Anti..kalau anti kata kakak menangis dalam saat kakak tidak sedar tu..kakak tak rasa kakak menangis..kakak rasa gembira betul..gembira yang kakak tak pernah rasa kat sini...kakak rindu dengan daun hijau tu lagi..kakak teringin betul untuk pergi tempat tu lagi..kakak seorang,tapi kakak rasa banyak orang dengan kakak..kakak teringin untuk pergi tempat tu lagi,teringin tengok pondok tu lagi,biarpun sekadar dalam mimpi..tapi,sampai sekarang kakak tak jumpa lagi dengan tempat tu..."

Aku tak habiskan kata2ku..hatiku rasa cukup sebak..hatiku ingin kesitu lagi..tapi hutangku pada dunia belum lunas lagi. masih ramai lagi insan yang harus ku ajak mengenal Ilahi..terutamanya,keluargaku..hutangku belum lunas lagi..Aku akan usaha tuk lunaskan segala baki2 ini andai ini Pinta dari Allah untuk aku berada di dunianya lagi..kini, hidupku hanya untuk dakwah..hanya untuk Islam..bukan lagi bahagian untukku mencari cinta dari manusia apatah lagi meletakkan diriku dengan angan-angan yang tidak pasti mana penghujungnya..

makcikku memberikan kata2 semangat buat diriku..

" Kakak..kaka tahu ramai orang kata kakak beruntung. Ramai kawan2 kata kakak hebat. Ramai kawan2 kata kakak orang baik. sebabnya kakak berkawan dgn orang yg baik2. Kakak beruntung, sebab dalam ahli keluarga kita, Allah pilih kakak..kakak betul2 bertuah. Allah tarik ingatan kakak yang tidak penting,yang lebih pada dunia, tapi Allah tidak tarik Hafazan,bacaan solat,zikir,ilmu2 agama,ilmu2 dakwah..hatta sejarah zaman dulu,zaman sahabat pun kakak masih ingat..cumanya kakak dilupakan dengan memori2 yang tidak penting..Kakak nampak ka situ kasih sayang Allah..bukan setakat tu,kakak diberi lagi peluang semasa tidak sedar dengan pengalaman yang cukup indah,yang tidak semua orang dapat..semua orang kata kakak sangat beruntung,sebab Allah bagi kelebihan tu ngan kakak..teruskan dakwah kakak..teruskn jdi anak yang baik..redha Allah ada jak tu untuk kakak.."

Aku senyum..aku bertanya lagi..

" Anti..apa yg kakak dapat..kakak mau anti pun dapat..kakak akan usaha anti..kakak usaha untuk redha dengan qada' qadar Allah ni...Allah bagi pinjam nafas ni kira ok betul sudah..x pa lah kalau Allah ambik hak dia..ingatan kakak ni milik Allah,ikut Allah nak ambik bila..cumanya,kakak minta doakan lah akak kuat,akak tabah harunagi kehidupan lepas ni.."

makcikku tengok je aku..makcikku bercerita kisahnya bersama pesakitnya...

" Anti mau cerita satu kisah..hampir sama dengan kakak,tapi lain pengakhirannya..Dia seorang yang hebat.pandai,punya pekerjaan yang mantap sebagai pengarah hospital..satu hari tu, dia kena demam malaria..dengan sakit kencing manis dan darah tinggi..hidupnya amat tipis untuk pulih..sepanjang dia koma..pun sama air matanya mengalir..dia tak sedar walau orang panggil berkali-kali..sampai satu tahap dengan izin Allah, bila ibunya memanggil.baru dia tersedar dari koma..bila dia sedar, perkara yang sebut dulu adalah Allah..Dia cuba baca Al Fatihah..tapi dia langsung tak ingat macam mana nak baca..dia menangis dekat hospital..menangis hinggakan isteri dia yang pujuk..isteri dan mak dia ajar macam mana nak baca Al fatihah..selang beberapa minggu, dia dah sembuh..bila dia dah sembuh..dia sanggup tempah flight n jumpa dgn orang2 yang merawat dia..antaranya yang merawat adalah anti..dia cerita sambil menangis..waktu dia tak sedar..dia nampak satu jalan..dia jalan je tak henti-henti. mula2 dia nampak cahaya..makin lama dia jalan,dia sampai satu simpang..dekat simpang ada dua jalan..satunya penuh dgn cahaya,satunya lagi penuh dgn kegelapan..dia jalan,nak pergi kegelapan..tapi belum sempat dia pergi..dia terdengar mak dia panggil..sejak tu,dia tersedar dari koma..bila je dia sedar..satu yang hal yang dia ingat dulu adalah Allah..pastu dia try baca al fatihah..tapi dia x mampu nak baca..sampai dia menangis hinggakan isteri dan mak dia pujuk..yakinkan dia pada Allah.."

Terdiam aku mendengar cerita makcikku..lantas aku meletakkan kesyukuran Allah masih letakkan dalam dadaku akan ayat2nya..akan bacaan solat..

makcikku meneruskan lagi..

" Akak..akak bersyukur Allah sayangkan kakak..anti orang jahil kakak..tapi anti tahu, sebab Allah uji kita manusia ni sebab Dia tahu kita mampu..sebab dia sayangkan kita..anti tau kakak kuat,sebab tu Allah bagi ni dengan kakak...waktu kakak sedar hari tu pun..kakak ingat Allah dulu..anti tau..sebab anti yang jaga kakak..malahan sampai sekarang ni pun..kakak lagi kenal Allah berbanding diri kakak sendiri..kan?? baik sangka pada Allah..Dia tahu apa yang terbaik untuk kakak..Allah tak mahu kakak ingat kisah lalu yang tidka penting,kisah yang penuh dengan dunia..sebab tu Allah nak bersihkan hati dan fikiran kakak supaya kakak jadi orang baru.................................anti cemburu dengan kakak..doakan anti kakak.."

" Anti..kakak tak rasa kakak hilang ingatan pun waktu hari ptama sedar kat hosp..sebab kakak dapat kenl keluarga tdekat kita..solat mcm biasa..cumanya bila kakak berdepan dgn org ramai..baru kakak tahu,kakak rupanya sakit..memang akak down..2 hari akak tak yakin dgn diri akak sndiri..hatta sekrg ni pun..akak masih cuba bertahan tuk yakin dengan perancangan Allah.."

kakak..cuba berdoa pada Allah..minta Allah jemput kakak sebagai tetamu Dia di tanah suci..doalah berkali2..in shaa Allah kakak....

Moga Allah pelihara kita semua..tak semua boleh baca ni..hanya dengan izin Allah sahaja..yang akan mampu terbaca..moga Allah jauhkan kita dari rasa riak,ujub,sombong dan takbur..terutamanya diriku sendiri..

Astaghfirullah..

Ampunilah aku ya Allah..peliharalah hati2 kami..hati2 yang membaca..moga kami dilindungi olehMu dgn rasa rendah diri sebagai hamba yang hina..redhakanlah kami untuk mencari redhaMu..pilihlah kami agar terus berada dalam saff perjuangan nabimu Tika lalu..izinkanlah kami berperang lagi untuk membantu agamaMu..




Sunday, 5 January 2014



Catatan hatiku....3 Januari 2014( Jumaat )....

Aku tak kenal diri aku
Aku tak kenal kawan-kawan aku
Tidak semua ahli keluargaku aku ingat
Tapi....
Aku bersyukur aku kenal Allah
Jauh aku mengenali diriku sendiri
Aku bersyukur aku masih ingat Rasululullah saw
Aku bersyukur bacaan solat dan ayat2 Al Quran masih tersimpan kemas dalam dada dan ingatanku
Aku bersyukur masih dikenalkan dengan hidayah Allah lagi....

Ya Allah,
Andai inilah  yang terbaik untuk aku jalani
Tidak ada sebab untuk aku tidak redha
Tidak ada sebab untuk aku menangis lagi
Tiada apa lagi yang berharga buat diriku melainkn redhaMu Allah..

Kau mengajar aku menerimanya satu persatu
Aku pula belajar untuk menerimanya satu persatu..

Ya Allah,
Jika kali ini ingatanku yang Engkau ambil sebagai bukti perjuanganku untukMu..
Demi Allah! Demimu Ya Rabb!!
Aku redha dan aku akur
DemiMu jua,
Andai setelah ini organ lain pula yang kau inginkan sebagai bukti perjuanganku..

Aku rela ya Allah andai aku harus menanggung kecacatan seumur hidupku
Asalkan jangan Kau ambil Islam, Iman dan hidayah dariku
Asalkan jangan kau gantikan pada orang lain

Ya Allah,
Engkaulah sumber kekuatan dan hanya pada Engkau tempat aku berharap...

"Engkau memberi apa yang aku perlukan, bukan apa yang aku inginkan"



Sentuhan Kasih Dari Rabbmu....


Assalamua'laikum....

Hari ni baru aku berpeluang menulis lagi..mungkin ni antara bahagian ingatanku yang 50/50 yang masih Allah tinggalkan..alhamdulilah lagi padamu Allah...nak tahu kenapa aku kata sentuhan kasih dari Rabb, sebab apa yang berlaku dengan aku kali ni,sesuatu yang tak jangka..dah cukup..skrg ni aku share tentang sentuhan kasih dari Rabb..

Untuk aku juga kita semua..ini harapanku..andai aku diberi peluang kedua..akanku tulis sebanyak mana,dan ku biarkan ia sebagai motivasi buat diri dan semua..in shaa Allah..Infiru!!! baca dgn mata hati..in shaa Allah kita akan merasainya..istighfar dahulu..pejamkan mata sekejap..


Bismillah...

Hambaku menyombongkan diri terhadapku dengan berbagai bentuk kemegahan,
Padahal akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka,

Aku yang menciptakan,
Namun yang disembah adalah selainku..
Aku yang memberi rezki,
Namun selainku yang disyukuri..

Kebaikanku sentiasa turun kepada para hamba,
Tetapi kejahatan merekalah yang naik kepadaku

Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmatku
Sedangkan aku tidak memerlukan mereka...

Mereka memancing kemurkaanku dengan pelbagai kemaksiatan,
Padahal merekalah yang paling perlu kepadaku...

Sesiapa yang datang kepadaku
Maka ia akan ku jemput dari kejauhan..
Sesiapa yang berpaling dariku,
Aku akan memanggilnya dari kejauhan..

Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi aku,
Akan ku berikan kepadanya lebih dari cukup..
Sesiapa yang menginginkan keredhaanKu,
Aku pun menginginkan apa yang diinginkannya...
Sesiapa yang bertindak dengan bergantung pada daya dan kekuatanKu,
Maka akan ku lunakkan besi baginya,
Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari selainku,
Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.....

Orang yang mengerjakan maksiat,
Tidak akan ku buat mereka berputus asa dari rahmatku..

Jika mereka bertaubat kepadaKu,
Maka.....
Aku akan menjadi kekasih mereka
Sebab....
Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.

Andai mereka tidak bertaubat kepadaKu,
Maka Aku akan bertindak sebagai Doktor mereka..
Akan ku berikan ujian kepada mereka dengan berbagai musibah,
Untuk memebersihkan mereka dari aib.

Satu kebaikan disisiku adalah bernilai 10 kali ganda yang sepertinya,
Hingga  700 kali ganda  hingga ke gandaan yang banyak sekali...
Sedangkan kejahatan disisiku adalah bernilai satu..
Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun,
Maka aku pun akan mengampunkannya..

Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan..
Kasih sayangku mendahului kemurkaanku,
Sifat penyantunku mendahului keputusanku menjatuhkan hukuman,
Pemberian maafku lebih mendahului siksaanku,
Aku lebih pengasih kepada hamba-hambaku daripada kasih sayang Ibu terhadap anak-anaknya..

Dalam sebuah hadis Qudsi Allah menyatakan:

" Jika mana-mana hambaku mentaatiku,maka Aku redha kepadaNya..Jika Aku redha,maka aku berkati seluruh hidupnya. SesungguhNya keberkatanku tidak ada penghujungnya. Dan jika hambaku melakukan maksiat kepadaku, aku marah kepadanya..bila Aku marah kepadaNya,maknanya Aku melaknatnya.."